url
stringlengths 49
58
| headline
stringlengths 22
176
| content
sequence |
---|---|---|
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=301 |
Dua kategori bankrap dapat pelepasan tanpa perlu melalui bantahan pemiutang - Azalina
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Mei - Individu bankrap yang tidak mampu menguruskan diri sendiri akibat penyakit mental serta individu berusia 70 tahun ke atas layak dilepaskan tanpa perlu melalui bantahan pemiutang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.Azalina berkata dua kategori baharu itu layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) bawah Pindaan Akta Insolvensi 1967.Katanya, bagi individu bankrap yang mengidap penyakit mental perlu disahkan oleh pakar psikatiari hospital kerajaan.\"Pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara kebajikan bankrap. Golongan ini tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pentadbiran kebankrapan.\"Faktor kepentingan awam juga perlu diambil kira memandangkan pentadbiran kebankrapan melibatkan dana awam yang perlu digunakan dengan optimum,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata pindaan itu melibatkan Fasal 8, subseksyen 33B (2A) dengan masukan dua kategori itu sebagai perenggan (e) dan (f)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=302 |
Dewan Rakyat lulus RUU kesalahan percubaan bunuh diri
| [
"KUALA LUMPUR, 23 Mei - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.Timbalan Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh dalam sesi penggulungan berkata pindaan itu bertujuan meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).Ia susulan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).Pindaan menyentuh kuasa penyelamatan individu yang cuba membunuh diri kata beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor.\"Perkataan tangkapan yang digunakan bawah akta ini adalah perlu diambil dalam konteksnya, iaitu konteks di sini ialah untuk menyelamatkan seseorang mangsa, bukannya untuk menangkap mangsa tersebut. \"Seksyen 11 ini niatnya adalah jelas ialah untuk menyelamatkan seorang yang mungkin mempunyai kecelaruan mental, tetapi juga subseksyen b yang menyatakan bahawa orang yang perlu diselamatkan iaitu seseorang yang ingin membunuh diri, \" katanya.Dalam pada itu beliau menjelaskan, pelbagai usaha dilakukan dalam menangani kes percubaan membunuh diri.Antaranya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan Model Latihan Pencegahan Bunuh Diri, bagi pasukan Pegawai 'Intervensi Crisis'.Pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maritim Malaysia.\"Latihan di peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada tahun 2022, yang melibatkan lebih 50 orang anggota polis, dan juga bomba. Modul latihan ini juga termasuk kemahiran berkomunikasi,\" tambahnya",
"Selain itu, KKM turut menyediakan empat institusi kesihatan mental khusus bagi individu yang memerlukan pemeriksaan.Malah KKM turut membangunkan 'The National Suicide and Fatal Injury Registry' yang dijangka siap pada akhir tahun ini.\"Empat institusi mental telah menyediakan perkhidmatan penilaian kesihatan mental peribadi yang mana bagi individu-individu yang memerlukan pemeriksaan tersebut akan diletakkan bawah pakar-pakar psikiatri yang bertauliah.\"Orang yang dituduh mesti menjalani pemeriksaan ini bawah perintah mahkamah dan laporan pakar akan disediakan dalam tempoh sebulan,\" jelasnya lagi.KKM turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Program Minda Sihat Sekolah.Ia bertujuan memperkasa aspek psikososial dan kesejahteraan emosi serta menerapkan ilmu kemahiran dan daya tindak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.Sementara itu, beliau turut menjelaskan bagi kes percubaan membunuh diri membabitkan individu beragama Islam, pendekatan psikososial dan intervensi perkhidmatan KKM digunakan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=303 |
RTM rangka strategi lebih komprehensif perkukuh jenama di Asia Pasifik
| [
"BALI, 23 Mei - Radio Televisyen Malaysia (RTM) merangka strategi lebih komprehensif untuk memperkukuhkan lagi jenama stesen penyiaran awam itu di Asia Pasifik.Ini termasuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media baharu yang selari dengan teknologi terkini.Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Suhaimi Sulaiman berkata dengan strategi yang lebih luas itu akan memastikan setiap kandungan yang dikongsi mampu menarik minat penduduk rantau Asia untuk mengikuti siaran RTM.Tambahnya, dengan strategi itu dapat meningkatkan jumlah audiens dan pendapatan buat RTM.\"Ini dapat dibuktikan apabila Sukan SEA baru-baru ini, kita mempunyai penonton dari Indonesia dan Thailand.\"Seperti yang saya katakan dalam sesi pembentangan tadi, apa salahnya kalau kita buat konsert dengan artis-artis Malaysia yang diminati oleh Indonesia, Thailand dan Singapura dan kita siarkan secara langsung melalui aplikasi TikTok dan mungkin tidak perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen pun.\"Ini peluang untuk RTM. Fikirkan tentang nilai komersialnya. Ia platform untuk jana pendapatan menerusi produk dan perkhidmatan yang RTM tawarkan,\" katanya pada Sidang Kemuncak Asia (AMS) 2023 di sini hari ini.",
"(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman dalam sesi pembentangan Sidang Kemuncak Asia (AMS) 2023 di Bali hari ini)",
"Terdahulu, Suhaimi menjadi panel dalam sesi pembentangan bertajuk 'Strategi Memastikan Media Tradisional Kekal Relevan Dalam Era Over-the-top (OTT) dan User-generated content (UGC).AMS Edisi ke-18 berlangsung selama lima hari sejak Ahad lalu disertai lebih 400 peserta yang mewakili 40 buah negara bertemakan ‘Media Memperkasa Kemampanan Ekonomi’."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=304 |
Sarawak tubuh lembaga penjaga urus dana kekayaan berdaulat - Abang Johari
| [
"(Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/FOTO UKAS)",
"KUALA LUMPUR, 23 Mei - Kerajaan negeri Sarawak akan menubuhkan Lembaga Penjaga yang dianggotai oleh lapan pakar kewangan dan pelaburan bagi menguruskan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak secara profesional .Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri kini dalam proses mengenal pasti individu terbabit yang boleh bertugas dengan profesional serta telus untuk memastikan dana itu dapat diurus sebaik mungkin.“Kita perlu meneliti aspek personaliti, integriti dan latar belakang profesional itu untuk menggalas tugas dalam lembaga pengarah. Mereka bukan hanya rakyat Sarawak dan bukan sahaja rakyat Malaysia.“Lembaga ini adalah multinasional dan merangkumi mereka yang berpengalaman dalam pasaran modal serta modal permulaan awal yang pelbagai,” katanya kepada pemberita pada acara Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di sini, hari ini.Mengulas selanjutnya, Abang Johari berkata penubuhan dana kekayaan tersebut juga berpandukan Prinsip Santiago bagi memastikannya dapat membantu mengekalkan sistem kewangan global yang stabil selain aliran modal dan pelaburan secara bebas.Dari segi pengurusan dana, kerajaan negeri akan turut memastikan hasil pulangannya dapat dimanfaatkan untuk terus memaksimumkan dana tersebut.",
"Terdahulu dalam ucap tamanya, Abang Johari menjelaskan bahawa dana itu akan menggunapakai model pemaksimum modal dan berdasarkan dana kekayaan Norway -- Dana Pencen Global Kerajaan Norway yang mempunyai saiz dana US$1.25 trilion (US$1=RM4.56).Malah, model sama turut digunapakai oleh Perbadanan Dana Kekal Alaska (dengan saiz dana US$70.6 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dengan semua negara terbabit mempunyai hasil daripada sumber minyak dan gas seperti Sarawak.“Saya juga sedar bahawa dana kekayaan berdaulat ini turut menjadi strategi bagi sebahagian besar negara untuk melabur lebihan modal ke dalam pasaran serta pelaburan lain.“Sehubungan itu, kita perlu membangunkan kekayaan untuk Sarawak apabila simpanan minyak dan gas semakin berkurangan di masa depan,” katanya.Sarawak menubuhkan dana tersebut dengan peruntukan awal RM8 bilion dalam usaha memperkukuh kemampanan kewangan negeri.Pada 22 November lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak 2022.-- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=305 |
Seksyen 309 Kanun Keseksaan babitkan kesalahan cubaan bunuh diri mansuh
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mei- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574) bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan oleh lapan Ahli Parlimen.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri termasuk dari sudut Islam dalam usaha memansuhkan kesalahan itu.Beberapa sesi libat urus juga telah dilakukan bersama pakar serta pihak berkepentingan sejak 2018 hingga 2020 bagi meneliti isu berkaitan.“Seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan untuk mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif kepada pendekatan berasaskan rawatan perubatan.\"Pemansuhan Seksyen 309 akan membawa pindaan kepada akta lain yang berkaitan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 (Akta 574).Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023.Pindaan dibuat bagi memasukkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak, orang yang kurang keupayaan mental, atau mana-mana orang sebagai kesalahan jenayah melalui pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574).\"Bagaimanapun, kesalahan bersubahat membunuh diri di bawah Seksyen 305 dan 306 akta itu akan dikekalkan sebagai suatu kesalahan,\" tambah Ramkarpal.",
"(Ramkarpal Singh berkata Seksyen 309 Kanun Keseksaan babitkan kesalahan cubaan bunuh diri mansuh)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=306 |
PM terima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.Keberangkatan tiba baginda di bangunan Dewan Persidangan Sementara Parlimen pada 5 petang disambut oleh Anwar yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah sempena lawatan khas dan yang pertama Sheikh Khaled ke Malaysia sejak baginda ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan dalam satu sesi kunjungan hormat di pejabat beliau di Parlimen hari ini/Foto Bernama)",
"Mereka dijangka membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022.Sheikh Khaled, yang berangkat tiba di Malaysia semalam, dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion berbanding RM22.33 bilion bagi tahun sebelumnya.-BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=307 |
Tiada subsidi elektrik, bantuan kewangan haji bagi T20
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mei- Pangkalan Data Utama (PADU) sedia menyelaras penilaian agihan subsidi elektrik dan haji kepada golongan yang layak. Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim., golongan T20, tidak layak untuk menerima subsidi berkenaan. \"Pemberian subsidi bersasar juga menjadi isu, kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk T20. \"Ini sama seperti bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tapi bagi T20 tidak ada lagi tambahan ataupun subsidi. Pengecualian subsidi itu adalah bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar,\" kata beliau.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang Dewan Rakyat.Ahli parlimen Larut) itu ingin tahu dasar-dasar baharu dan drastik yang dilaksanakan bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.",
"(Datuk Seri Anwar menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan sempena PersidanganDewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=308 |
Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Awang Askandar
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mei- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, yang telah kembal ke rahmatullah ketika menawan gunung tertinggi itu, baru-baru ini.Turut menzahirkan ucapan takziah adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pendaki ME 2023.\"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham, yang juga merupakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.\"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,\" menurut hantaran itu.Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan semoga seorang lagi pendaki ME 2023, Muhammad Hawari Hashim, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas, dapat dijumpai dan diselamatkan dengan segera.",
"(Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pendaki ME 2023)",
"Susulan daripada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menasihati para pendaki gunung negara agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan serta mengambil langkah sewajarnya setiap kali melakukan misi pendakian gunung.Semua pihak dan jabatan yang berkaitan turut diseru agar menyediakan satu garis panduan dalam aspek keselamatan sukan mendaki dan ia dikuatkuasakan kepada pendaki-pendaki Malaysia demi keselamatan mereka.Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan Malaysia sewajarnya mempunyai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terlatih dan didedahkan dengan operasi SAR di kawasan berisiko tinggi dan ekstrim seperti di gunung Everest. \"Pasukan ini boleh diaturgerakkan ke lokasi bila perlu dengan segera bagi melakukan operasi SAR,\" tambah hantaran tersebut.Seri Paduka Baginda juga berpandangan negara perlu mempunyai pakar perubatan yang berkaitan dengan aktiviti pendakian gunung dan setiap misi pendakian mempunyai pasukan perubatan sendiri. \"Tugas pasukan perubatan itu penting untuk memeriksa dan memastikan tahap kesihatan para pendaki setiap hari serta memberi rawatan kecemasan kepada pendaki,\" menurut hantaran itu."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=309 |
Sistem kutipan tol MLFF sedang diperhalus
| [
"PUTRAJAYA, 23 Mei- Kerajaan sedang memperhalus kaedah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.Menurut beliau mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran.\"Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui gantri di plaza tol dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya.\"Buat masa ini kerajan sedang menghalusi MLFF ini bagi perkhidmatan terbaik kepada pengguna jalan raya,\" kata Abdul Rahman dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat.Mengenai sistem RFID beliau berkata sememangnya berlaku kekurangan aspek teknikal ketika dalam proses menambah baik dan memantapkan sistem itu.Sehubungan itu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta syarikat pengendali lebuh raya agar membuat pelarasan lebih kerap di lorong tersebut agar kecekapan dapat ditingkatkan.",
"(Datuk Seri Abdul Rahman berkata sistem kutipan tol MLFF sedang diperhalus)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=310 |
Strategi digariskan NEC lanjutkan momentum perkasakan ekonomi
| [
"(Datuk Seri Fadillah berkata tahun ini, NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan 63 agensi pelaksana)",
"PUTRAJAYA, 22 Mei- Kerajaan yakin strategi yang digariskan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) dapat meneruskan momentum dalam memperkasakan ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.Menerusi kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, NEC memberi fokus kepada tiga komponon termasuk penciptaan pekerjaan, program penempatan, latihan dan peningkatan kamahiran. Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata tahun ini, NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan 63 agensi pelaksana.\"Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural pasaran buruh,\"menurut kenyataan itu. NEC juga bersetuju dengan sasaran mewujudkan 119,964 peluang pekerjaan yang akan direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik bagi tahun 2023.",
"(Datuk Seri Fadillah berkata strategi digariskan NEC lanjutkan momentum perkasakan ekonomi)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=311 |
Tangani Islamofobia: 'Sepatutnya kita jadi pendakwah bukan penghukum' - Anwar
| [
"(Datuk Seri Anwar menerima kunjungan dari Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia, di Putrajaya, semalam/FOTO FB Anwar Ibrahim)",
"KUALA LUMPUR, 22 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar.\"Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan, dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh. \"Sering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. \"Justeru, penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana, serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,\" menurutnya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.Perdana Menteri berkata langkah itu akan menjadi kebijakan (pengetahuan) yang spesifik dalam Kementerian Luar Negeri.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shaykh Mufti Ismail Menk di Putrajaya malam tadi/FOTO FB Anwar Ibrahim)",
"Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia, di Putrajaya.“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,” katanya.Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhta, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek , serta tokoh-tokoh ilmuwan agama tempatan.Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri dan hadirin mengambil peluang bermuzakarah (berbincang) bersama Mufti yang menyentuh beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=312 |
Jenazah Awang Askandar dibawa turun guna helikopter ke Kathmandu hari ini
| [
"(Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub,56 dibawa turun ke Kathmandu hari ini)",
"KUALA LUMPUR, 22 Mei - Usaha membawa turun jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah dari Everest Base Camp ke Kathmandu akan dilakukan dengan menggunakan helikopter pada hari ini.Kementerian Luar Negeri melalui kenyataan berkata usaha itu akan dilakukan sekiranya operasi membawa turun jenazah dari Camp 4 berjalan seperti dijadualkan.Selain itu, pihak berkuasa tempatan sedang mengesan seorang lagi peserta Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang hilang, Muhammad Hawari Hashim.\"Usaha SAR (mencari dan menyelamat) udara telah dijalankan semenjak 20 Mei 2023, namun masih tidak berjaya mengesan mangsa. \"Proses mencari dan menyelamat kini diteruskan dengan SAR darat di kawasan lurah-lurah ais bermula dari 21 Mei 2023, \" menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.Kenyataan sama memaklumkan pihak kementerian menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan terus menghulurkan bantuan konsular sewajarnya bagi memastikan proses membawa pulang jenazah dan misi SAR berjalan lancar.\"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, \" tambah kenyataan itu.",
"(Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim)",
"Allahyarham Awang Askandar adalah Ketua APM, Kedah berasal dari Sabah.Pada 19 Mei lalu, arwah dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya 20 minit pendakian memisahkan arwah dengan puncak Everest.Difahamkan, arwah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi waktu Nepal iaitu sekitar 12.45 tengah hari waktu Malaysia.",
"BERITA BERKAITANInsiden ragut nyawa pendaki negara di Everest satu iktibarWisma Putra sahkan kematian dan kehilangan pendaki Gunung EverestPengarah APM Kedah meninggal dunia di Everest"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=313 |
Penganjuran Minggu Perpaduan penting untuk semarakkan semangat rakyat - PM
| [
"KUALA LUMPUR, 22 Mei - Penganjuran Minggu Perpaduan adalah penting dalam menyemarakkan semangat rakyat di negara ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu, ia mampu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia. Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menghadiri majlis Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching, semalam.“Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching,” katanya.Perasmian majlis itu, yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian,’ disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet. Minggu Perpaduan 2023, yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei, turut diadakan di 15 lokasi antaranya Dataran Bertam di Pulau Pinang, Dewan Masyarakat Papar di Sabah, Dataran Tasik Kluang di Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan di Pahang.",
"(Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=314 |
Dr Zaliha bentang komitmen digitalkan sistem penjagaan kesihatan pada WHA ke-76
| [
"KUALA LUMPUR, 21 Mei - Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan komitmen Malaysia untuk mendigitalkan sistem penjagaan kesihatan negara dan pendekatan berasaskan data pada Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 di Geneva, Switzerland. Beliau berkata komitmen itu dinyatakan bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.\"Sesi seterusnya menyentuh hal terkait kesediaan menghadapi pandemik, dengan penekanan khusus terhadap mempromosikan kesaksamaan pembangunan produk kesihatan dan teknologi,\" katanya dalam hantaran menerusi Facebooknya. Dr Zaliha berkata beliau memulakan tugasnya dengan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel (CHMM) untuk membincangkan iltizam negara-negara anggota untuk mencapai Kesihatan Sejagat (UHC) menjelang 2030.",
"Beliau turut menegaskan peranan mustahak Penjagaan Kesihatan Primer bagi mencapai Kesihatan Sejagat pada persidangan yang berlangsung bermula 21 hingga 30 Mei itu. Dr Zaliha turut menyeru Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel untuk memberikan insentif berbentuk penstrukturan cukai, pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan berkaitan bagi menggalakkan perkembangan industri pembuatan tempatan di negara masing-masing.\"Nantikan perkembangan dari semasa ke semasa delegasi Kementerian Kesihatan di Geneva, demi rakyat dan sistem kesihatan Malaysia yang lebih baik,\" katanya. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=315 |
Penggunaan alat timbang neraca dimansuh dalam tempoh setahun - Salahuddin
| [
"PUTRAJAYA, 21 Mei - Penggunaan alat timbang neraca akan dimansuhkan sepenuhnya dalam tempoh setahun dari sekarang dan akan digantikan dengan alat penimbang elektronik.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbincangan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan pemain industri serta pihak berkuasa akan dibuat, sebelum sistem tersebut dilaksanakan. Sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak penguat kuasa, berhubung keputusan kerajaan itu akan diadakan, bagi memastikan bekalan mesin berkenaan mencukupi, harga bersesuaian serta memberi masa kepada peniaga untuk mendapatkan alat berkenaan.\"Pada masa ini, hanya 25 peratus alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara, dan KPDN turut merancang untuk mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak, bagi mengatasi isu berkaitan timbang dan sukat ini,\" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Metrologi Sedunia di sebuah pusat beli-belah di sini.",
"Salahuddin berkata dalam proses melaksanakan penggunaan penimbang baharu itu, kerajaan akan turut memberi perhatian terhadap isu berkaitan kecukupan bekalan dan harga alat tersebut, bagi memberi masa kepada peniaga mendapatkan alat timbang itu.Beliau berkata KPDN telah meneliti dan melantik beberapa syarikat untuk membekalkan alat penimbang elektronik berkenaan. Dalam pada itu, hingga kini penggunaan alat timbang elektronik dalam pasaran adalah sebanyak 25 peratus. Sempena Hari Metrologi itu, penganjur sambutan tersebut De Metrology Sdn Bhd menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Most Measuring Instruments kerana mencatat 3,197 jumlah verifikasi alat timbang dan sukat iaitu paling banyak dalam tempoh sehari pada 16 Mei lepas. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=316 |
Kerjasama strategik kementerian, agensi berjaya kurangkan pengangguran - Sivakumar
| [
"PUTRAJAYA, 20 Mei - Kadar pengangguran negara berjaya dikurangkan daripada 599,600 pada suku tahun keempat 2022 kepada 588,700 orang pada suku tahun pertama tahun ini, menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dalam satu kenyataan berkata, kadar pengangguran antara negeri turut berkurangan, yang selari dengan penurunan kadar pengangguran nasional, dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah iaitu 0.8 peratus, diikuti Perlis (2.1 peratus), Pulau Pinang (2.3 peratus) dan Negeri Sembilan (2.5 peratus).Beliau berkata antara inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Talentcorp, Human Resource Development Corp (HRDC) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, ialah dengan menyediakan portal pekerjaan MyFutureJobs iaitu platform secara maya, bagi membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan, kemahiran, gaji dan keperluan majikan, untuk membantu pencari kerja mendapat peluang pekerjaan.\"Seramai 793,086 orang pencari kerja, berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan sehingga April 2023,\" katanya.Sivakumar berkata Perkeso melaksanakan program temuduga di semua pejabat negeri secara harian dan mingguan, serta melaksanakan Karnival Pekerjaan yang berskala besar.Bagi tahun ini, sebanyak 4,130 program disasarkan dan setakat April 2023, sebanyak 1,127 program telah dilaksanakan, dengan 5,121 orang pencari kerja berjaya mengisi kekosongan pekerjaan.",
"\"Kerajaan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta, yang meliputi bidang-bidang latihan bagi mengatasi masalah ketidakpadanan kemahiran dan isu pengangguran dalam kalangan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),\" katanya lagi. Beliau berkata bawah Bajet 2023, KSM diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Program Pasaran Buruh Aktif yang telah dilancarkan pada 1 Mei, antaranya Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantis TVET dan Lepasan Sekolah atau Kerjaya TVET, yang menyediakan bayaran insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada majikan yang menggajikan graduan TVET.Menurut Sivakumar, program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders juga menyediakan elaun RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada pekerja gig, yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal serta program peningkatan kemahiran bagi Perantis TVET dan pelajar lepasan sekolah.Selain itu, katanya pelanjutan insentif penggajian secara bersasar menerusi Program Daya Kerjaya yang membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan belia yang lama menganggur dan golongan rentan antaranya miskin tegar, individu diparol, bekas banduan, wanita, Orang Asli dan Orang Kurang Upaya (OKU).Beliau berkata majikan yang berjaya melaksanakan pengambilan pekerja baru di bawah kategori berkenaan layak mendapat sehingga RM1,800 bagi setiap individu. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=317 |
Rangkaian 5G capai hampir 60 peratus di Malaysia - Fahmi
| [
"KUCHING, 20 Mei - Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung April lalu telah mencapai 59.5 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Katanya peratus capaian rangkaian 5G bagi negeri Sarawak pula telah mencapai 34 peratus.“Jumlah capaian (di Sarawak) ini bagi saya belum memadai, oleh sebab itu saya minta Kerajaan Sarawak untuk menyenaraikan beberapa lokasi (untuk diberi capaian 5G) dan menyelaras dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).“Penyelarasan ini penting bagi memastikan lokasi yang diingini kerajaan negeri itu akan dapat kita ‘rollout’ 5G dalam masa terdekat,” katanya semasa berucap di Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2023 di sini.",
"Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan mempunyai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G sebelum akhir tahun ini. ",
"Pada majlis lain, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta memanggil semua syarikat telekomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian mengenai isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi disebabkan ketiadaan piring satelit di Sarawak.Kementeriannya akan mengeluarkan arahan itu kepada MCMC dalam tempoh kurang dua minggu daripada hari ini bagi membincangkan isu yang digelar sebagai ‘menara tiada kuali.’Beliau berkata isu itu merupakan antara beberapa aduan yang diterima sejak beliau memulakan lawatan pertamanya ke Sarawak pada Khamis lepas. \"Antara sebab saya ingin datang melihat sendiri keadaan ini ialah untuk mencari jalan penyelesaian... untuk ada Internet berkualiti, kita perlukan menara yang ada kuali... ada kuali, insya-Allah kita dapat Internet berkualiti,\" katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JIWA Kita MADANI di sini.Fahmi berkata perkara kedua untuk diselesaikan ialah panggilan terputus di kawasan yang mempunyai isyarat lemah.\"Sebagai contoh, ketika saya masuk ke bangunan ini tadi, hanya satu bar sahaja tanda isyarat. Jadi kita perlukan jalan penyelesaian, apa yang diperlukan untuk dipasang di dalam bangunan ini agar isyarat tidak mengalami masalah,\" katanya yang berharap untuk 'menoktahkan' permasalah Internet seperti itu dengan segera agar rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan berkualiti. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=318 |
MOSTI teliti pembangunan hidrogen sebagai sumber tenaga boleh baharu
| [
"TANJONG MALIM, 20 Mei - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terlibat secara sains dan teknikal dalam penstrukturan sektor tenaga negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB).Menterinya, Chang Lih Kang berkata, pihaknya sedang meneliti pembangunan dan perkembangan hidrogen sebagai sumber tenaga boleh baharu.\"Sekarang MOSTI sedang melihat tentang pembangunan dan perkembangan hidrogen sebagai satu \"renewble energy\". Itu adalah kawasan yang kita tengah lihat. Tetapi daripada segi polisi itu semua bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC),\" kata Chang Lih, ketika hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Tanjong Malim di Dewan Rajawali, Felda Residence Trolak.",
"Pada Jumaat, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan akan memudahkan dan memperluas penggunaan solar di kediaman domestik, bagi mengimbangi kenaikan tarif elektrik kepada isi rumah berpendapatan tinggi atau T20.Usaha itu melibatkan penstrukturan sektor tenaga daripada campuran tenaga elektrik kepada tenaga boleh baharu (TBB)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=319 |
PRN: UMNO ada pendekatan tertentu santuni pengundi parti - Ahmad Zahid
| [
"MACHANG, 20 Mei - UMNO mempunyai pendekatan tertentu dalam menyantuni pengundinya untuk menyokong parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama pernah dilakukan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) dan kali ini ia dilakukan atas dasar kebersamaan parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.UMNO mengakui bukan tugas mudah untuk meyakinkan akar umbi dalam memberi sokongan kepada rakan kompenan parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan.“Dahulu pengundi-pengundi UMNO, ertinya pengundi BN turut menyokong calon-calon daripada MCA, MIC, serta parti-parti (komponen) lain yang ada dalam BN.“Kaedah yang sama digunakan bukan kerana nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Pengerusi BN itu.",
"(Zahid ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhaddi Bukit Tiu, di sini/FOTO BERNAMA)",
"Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.Mengenai senarai calon bagi enam PRN itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti itu telah mempunyai senarai pendek calon, selepas perbincangan diadakan bersama Pengerusi Perhubungan BN di enam negeri terbabit.Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=320 |
Keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan dikenal pasti
| [
"MACHANG, 20 Mei - Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi, digunakan untuk aktiviti agromakanan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil bagi membolehkan Felcra turut terlibat membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meningkatkan pengeluaran bahan makanan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap import bekalan seperti beras daging, ayam dan telur. Secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit. \"Ia tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pengeluar sedia ada, ia sekadar untuk mengurangkan kos sara hidup dan untuk menentukan bahawa soal keselamatan makanan atau keterjaminan makanan ini tidak bermusim iaitu samada di musim perayaan atau di luar musim perayaan,\" kata Zahid, di sini. Mengulas lanjut, Zahid berkata Felcra juga mempunyai entiti perniagaan lain yang akan terus dipantau bagi mengembangkan lagi urus niaga agensi terbabit. Ketika ini Felcra sudah memiliki 3,000 hektar estet padi di Perak selain telah mengenal pasti kira- kira 18,000 hektar di Sarawak dan Sabah untuk dijadikan estet padi.",
"(Zahid ketika ditemui pemberita, di sini)",
"Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk pembekalan air bersih di Kelantan bermula tahun ini.Perkara itu jelas beliau, sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\"Sebagaimana yang saya nyatakan mengikut apa yang di umumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tatakelola dan libaturus secara telus, itu secara operasinya kita serahkan kepada Kementerian Kewangan,\" katanya. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, Machang, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=321 |
Melaka teruskan konsep 'Rent To Own'
| [
"JASIN, 20 Mei - Konsep Rent To Own (RTO) atau skim sewa beli diteruskan di Melaka, dalam usaha merealisasikan hasrat rakyatnya memiliki kediaman sendiri, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf YusohKerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan mengenal pasti pemohon yang betul-betul layak untuk menerima keistimewaan tersebut.Setakat ini, konsep RTO memanfaatkan 1,150 penerima rumah melalui konsep itu dengan 1,100 melalui program Perumahan Rakyat (PPR) dan 50 menerima rumah sejahtera di tiga lokasi di sekitar negeri itu.\"Dengan skim sewa beli yang dari RM200 dan RM300 bergantung kepada keluasan rumah yang mana yang dia mahu, kalau nak rumah yang besar sikit RM300,00, jika kecil RM200,000.\"Jadi skim sewa beli ini berjalan selama 15 tahun setelah 15 tahun selesai bayar, tetapi syaratnya sewaktu sewa beli, dia tidak boleh sewakan kepada orang, tidak boleh jual, perlu duduk dan rumah juga tidak boleh ditinggalkan,\" kata, di sini.",
"(Rauf bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci RumahSsejahtera Lipat Kajang,di sini)",
"Tambah Rauf, konsep RTO akan dilaksankan secara berterusan di negeri itu dalam meringankan beban rakyat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=322 |
Kerajaan komited tingkat pelaburan langsung asing, domestik - PM Anwar
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Mei - Kerajaan komited untuk menambah baik dan memperkasa ekosistem serta landskap pelaburan negara bagi meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selain itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara dengan melaksanakan satu inisiatif yang, antara lainnya, akan menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan. \"Langkah ini amat penting dalam memastikan pendekatan menyeluruh kerajaan dari segi aktiviti penggalakan pelaburan negara secara lebih tersusun, cekap dan teratur.“Ini juga akan memastikan Malaysia dapat mengoptimumkan sumber sedia ada bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara IPA sekali gus menjamin penyampaian perkhidmatan IPA yang lebih berkesan.“Tadbir urus IPA juga merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,\" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.Anwar berkata, perkara ini dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil 1/2023 dipengerusikan beliau yang diadakan buat pertama kali selepas diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas. Anggota tetap Majlis terdiri daripada Menteri Kewangan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Ekonomi; Gabenor Bank Negara Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.MPN berperanan sebagai badan eksekutif tertinggi dalam merencanakan agenda berkaitan pelaburan sekali gus memastikan tadbir urus pelaburan negara diperkasakan.Majlis itu juga bertanggungjawab untuk menangani isu dan cabaran utama dalam pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya yang melibatkan pelaburan strategik dan berimpak tinggi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.“Dalam usaha untuk menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dengan lebih berkesan dan meningkatkan keupayaan IPA dari segi keutamaan strategik, fungsi, sumber manusia, ciri organisasi dan dasar tadbir urus, penyusunan semula ekosistem IPA negara akan dimulakan dengan pelan penyelarasan fungsi dan peranan IPA secara berfasa,” kata Anwar.Sehubungan itu, MPN juga bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara, katanya.",
"Menurut Perdana Menteri, pengukuhan fungsi penyelenggaraan akaun dan pemantauan oleh IPA serta pemusatan pelaporan maklumat terkini pelaburan di bawah satu platform atau dashboard tunggal juga akan menangani isu pelabur secara tangkas serta menyokong penggubalan dasar untuk pembangunan industri, insentif galakan pelaburan dan memudahcara perjalanan pelabur serta fasilitasi pelaburan yang berkesan.“Hasrat ini adalah selaras dengan teras strategik di bawah Dasar Pelaburan Baharu (NIP) berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang menggariskan keperluan untuk menilai semula landskap IPA negara agar lebih terancang sekali gus memudahkan perjalanan pelabur,” katanya.Mesyuarat MPN kali pertama itu juga turut membincangkan mengenai pemantauan projek pelaburan khususnya hasil potensi pelaburan menerusi program Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan yang diketuai Anwar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul AzizJumlah pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Suku Pertama (S1) tahun 2023 adalah sebanyak RM71.4 bilion, iaitu peningkatan 59.7 peratus berbanding S1 2022 (RM44.7 bilion), merangkumi 1,265 projek yang berpotensi menjana hampir 24,000 pekerjaan bagi rakyat Malaysia. MPN dijadualkan untuk bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun agar setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau dan dinilai keberkesanannya.“Kerajaan komited untuk memastikan setiap pelaburan yang diluluskan akan dilaksanakan, dan seterusnya akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.“Kerajaan yakin dasar dan strategi yang digubal akan memperkasakan ekosistem pelaburan dan merancakkan aktiviti pelaburan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara serta mengembalikan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini,” kata Anwar.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=323 |
Kerajaan perkasa kaum wanita beri peluang adil, saksama dalam pelbagai bidang - Anwar
| [
"PETALING JAYA, 19 Mei - Kerajaan berusaha memperkasa kaum wanita khususnya dalam sektor ekonomi, kewangan dan sosial, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Anwar menegaskan kerajaan akan memberikan komitmen dan dukungan berterusan untuk usaha tersebut.\"Menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dirangka, saya percaya wanita akan terus diberi peluang yang adil dan saksama untuk berjaya dalam pelbagai bidang.“Keberadaan kalian sebagai wadah pertemuan dan wacana bagi wanita-wanita dari pelbagai negara merupakan sumber inspirasi yang terbesar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.Terdahulu awal pagi tadi Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Perasmian pembukaan Persidangan Dunia Ke-30 Associated Country Women of the World (ACWW) di Hotel Marriot, di Putrajaya.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Perasmian pembukaan Persidangan Dunia Ke-30 Associated Country Women of the World (ACWW) di Hotel Marriot, di Putrajaya. Turut hadir Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah/FOTO FB Anwar Ibrahim)",
"Majlis perasmian persidangan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Menurutnya, beliau turut merasa berbesar hati dengan kehadiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Beliau berkata keberadaan ACWW sebagai wadah pertemuan dan wacana bagi wanita-wanita dari pelbagai negara merupakan sumber inspirasi yang terbesar.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ACWW mampu membawa wanita ke tahap yang lebih tinggi dalam masyarakat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=324 |
Bertugas 24 jam pastikan kelancaran urusan jemaah
| [
"(Datuk Dr. Mohd Na'im ditemu bual semasa melakukan lawatan mengejut ke Bangunan TH, bagi meninjau proses pengurusan dokumentasi jemaah haji 1444 Hijriah)",
"KUALA LUMPUR, 19 Mei- Pastikan urusan haji jemaah berjalan lancar.Lembaga Tabung Haji menetapkan petugasnya bekerja 24 jam dengan sistem penggiliran, kata Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar.Ia khusus bagi menyelesaikan pelbagai isu dihadapi jemaah haji, terutamanya berkaitan pasport dan visa.\"Saya rasa yang paling penting ialah nampak macam mana sukarnya dan betapa komitednya warga kerja tabung haji ini dalam menguruskan visa memastikan permohonan jemaah haji untuk mendapatkan visa berjalan dengan lancar.\"Kita tengok ada permohonan kita nampak macam mudah tapi bila kita melibatkan dua negara antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Saudi di situ kita nampak cabaran,\" kata Mohd Na'im semasa melakukan lawatan mengejut ke Bangunan TH, bagi meninjau proses pengurusan dokumentasi jemaah haji 1444 Hijriah.",
"(Datuk Dr. Mohd Na'im bekata Lembaga Tabung Haji menetapkan petugasnya bekerja 24 jam dengan sistem penggiliran)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=325 |
Persidangan Dewan DUN Perak tampil berwajah baharu 22 Mei depan
| [
"(Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, Jenny Choy Tsi Jen melihat keadaan terkini Dewan Negeri hari ini/FOTO Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak)",
"IPOH, 18 Mei - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 yang diadakan bermula Isnin depan bakal berwajah baharu serta penukaran karpet di dalam Dewan Persidangan yang sudah 25 tahun tidak ditukar.Pengubahsuaian membabitkan ruang dalaman Dewan Negeri dengan kos dianggar bernilai RM1 juta sejak Februari lalu.Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk menaik taraf meja, kerusi, sistem audio dan visual. “Penambahbaikan ini dapat memberikan keselesaan dan suasana yang lebih segar kepada Ahli Dewan, seiring dengan iltizam untuk memartabatkan Dewan Negeri sebagai institusi legislatif tertinggi negeri,\" katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Pertama Dewan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.",
"Hadir sama Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, Jenny Choy Tsi Jen.Mohammad Zahir berkata, sidang DUN Perak akan berlangsung selama empat hari bermula Isnin, 22 Mei hingga Khamis, 25 Mei depan.Persidangan selama empat hari itu melibatkan sesi soalan lisan yang berlangsung selama 90 minit.Dua Rang Undang-Undang (RUU) akan dibawa pada persidangan kali ini iaitu Enakmen Hotel Perak 2023 dan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.\"Seramai 46 orang Ahli Dewan Negeri akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan dua RUU tersebut,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=326 |
Anwar terima kunjungan hormat Zhao Leji
| [
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi JawatankuasaTetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji)",
"PUTRAJAYA, 19 Mei- Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama bawah Inisiatif Jalur dan laluan (BRI) khususnya dalam projek Taman Perindustrian Berkembar, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).Kedua-dua negara juga berkongsi persefahaman dalam konsep Madani serta nilai-nilai yang membawa manfaat bersama.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.Mesyuarat selama sejam di Perdana Putra itu diadakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zhao ke Malaysia bermula semalam.Dalam kenyataannya, Perdana Menteri menegaskan cadangan penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) adalah selari dengan aspirasi masa hadapan ekonomi serantau yang lebih kukuh.\"Malaysia merupakan negara ASEAN pertama yang dikunjungi Zhao selepas menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC China ke-14,\" menurut kenyataan itu.",
"(Mesyuarat selama sejam di Perdana Putra itu diadakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zhao ke Malaysia bermula semalam)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=327 |
Harga rumah tinggi faktor penduduk Pulau Pinang berhijrah beli rumah luas kawasan
| [
"TASEK GELUGOR, 18 Mei - Faktor harga rumah tinggi di Pulau Pinang antara penyebab penduduk asal berhijrah ke kawasan sempadan Pulau Pinang, Kedah dan Perak, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.Menurut Rubiah, penduduk memilih untuk berhijrah ke kawasan itu kerana mampu memiliki rumah pada harga yang lebih rendah.Antara kawasan menjadi pilihan penduduk di negeri ini adalah Parit Buntar, Perak iaitu sempadan bahagian Seberang Perai Selatan selain Bandar Baharu, Kulim dan Sungai Petani di Kedah.“Sebab itulah bagi memastikan perkara ini dibendung, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengambil inisiatif menyediakan perumahan-perumahan yang mampu dimiliki oleh masyarakat Pulau Pinang khususnya di dalam kawasan Perda, yang kita kategorikan sebagai kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek-Projek Perumahan Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) di sini, hari ini.",
"(Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang pada Majlis Pelancaran Projek-Projek Perumahan Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB)/FOTO Perda)",
"Rubiah turut menyaksikan pelancaran dua buah projek perumahan mampu milik yang melibatkan kos nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.Kata Rubiah, kedua-dua projek anak syarikat milik penuh Perda dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan dan 2025.Projek itu melibatkan dua buah taman perumahan iaitu Taman Ara Suria dan Taman Ara Damai di mana kedua-duanya dibangunkan di Tasek Gelugor.Jelasnya sebanyak 2,072 unit hartanah akan dibangunkan bagi Projek Taman Ara Damai yang ditawarkan pada harga bermula RM42,000 ke RM350,000 berdasarkan jenis rumah.Manakala bagi Projek Taman Ara Suria akan membina satu blok rumah pangsa kos rendah 15 tingkat yang menawarkan 127 unit kediaman; rumah teres 1 tingkat (386 unit) dan kedai pejabat dua tingkat (51 unit).\"Sehingga kini Perda berjaya menyiapkan sebanyak 10,048 unit perumahan bercampur melalui 24 projek yang dibangunkan sendiri dan empat lagi projek yang dilaksanakan secara usaha sama.\"Daripada jumlah itu sebanyak 5,395 unit adalah rumah kos rendah dan kos terendah,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=328 |
'Yang miskin kita jangan kacau, yang kaya bayar lah' - PM Anwar
| [
"IPOH, 18 Mei - Kerajaan Persekutuan akan terus memastikan subsidi secara adil diberikan kepada golongan sasar termasuk B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya golongan tersebut perlu sentiasa dibantu untuk meringankan beban mereka.\"Minyak misalnya, orang miskin naik motor kita subsidi, orang kaya naik Mercedes pun kita bagi subsidi, kita cari kaedah, yang miskin kita jangan kacau, yang kaya pendapatan RM50,000 sebulan, RM100,000 sebulan, bayar lah, jadi itu tetap jadi dasar kita,\" katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Parlimen Tambun di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di sini hari ini.",
"Dalam pada itu, Perdana Menteri kekal dengan pendirian buat pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasan dan tidak diberikan subsidi.Katanya, ia tidak akan menjejaskan 80 peratus pengguna sebaliknya ingin mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.\"Jadi kita ambil keputusan jangan ganggu B40, M40, 80 peratus tidak dibebankan, yang kita kenakan hanya T20, itu pun untuk bayar kos sahaja, bukan kerajaan ambil untung,\" kata Anwar."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=329 |
Isu air bukan bahan untuk dipolitikkan - PM
| [
"PUTRAJAYA, 15 Mei- Isu air yang melanda di beberapa buah negeri termasuk Kelantan dan Sabah bukan bahan untuk dipolitikkan, malah kerajaan perlu mengambil alih tanggungjawab tersebut demi kesejahteraan rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ia melibatkan perbelanjaan yang besar, pengubahsuaian perlu dilakukan agar negeri berkenaan dapat mengatasi isu berkenaan.Ujar beliau, secara dasarnya, rancangan membaik pulih bekalan air di negeri itu akan mengambil masa yang lama disebabkan ia termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12). \"Saya akan bincang dengan semua agensi termasuk Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Itu kena anjakan yang besar, tiada dalam rancangan, ada pun ia secara berperingkat, tetapi saya tidak boleh terima kenyataan ini, ada hal-hal yang patut disegerakan,\" katanya selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Puspanita, di sini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali Dalam pada itu, penjawat awam juga diingatkan untuk sentiasa bersedia melakukan anjakan daripada norma kebiasaan bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti.\"Sebab itu saya minta dengan semangat yang ada, kita bersedia melakukan beberapa anjakan. Umpamanya, kita sekarang persiapkan kajian semula separuh penggal RMKe-12, bukan bermakna kita meremehkan usaha yang lama, tetapi kita mesti ada semangat untuk sentiasa berusaha ke arah lebih cemerlang untuk tengok sebarang kelemahan,\" katanya.Dalam majlis sama, Perdana Menteri turut menyatakan, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan memberi sepenuh komitmen untuk tidak melayan sebarang sabotaj bagi menjatuhkan kerajaan.Ini memandangkan banyak program yang dirangka kerajaan sekarang lebih banyak menyantuni rakyat serta menyakinkan berikutan adanya kerajaan yang stabil.\"Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan yang kukuh.",
"\"Ketua-ketua parti, baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi komitmen sangat jelas dan tidak akan melayan terhadap sebarang percubaan untuk mensabotaj kerajaan,\" katanya.",
"(Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bersama Warga JPM diDewan De’ Seri Endon, Putrajaya)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=330 |
Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani
| [
"(Sultan Perak Sultan Nazrin Shah beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika baginda berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI/BERNAMA)",
"TAMBUN, 18 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, malam tadi.Keberangkatan tiba Baginda pada jam 8.23 malam diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, jemaah menteri dan barisan kepimpinan negeri.Dalam majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan beramah mesra bersama 50,000 tetamu yang hadir.Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis tempatan termasuk Datuk Jamal Abdillah, Sufiah Suhaimi, Syamel dan Erni Zakri.Pelbagai juadah istimewa Hari Raya disajikan kepada tetamu seperti lemang, ketupat, rendang dan sate serta makanan tradisi negeri Perak."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=331 |
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dicadang diadakan di peringkat negeri
| [
"(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"CYBERJAYA, 15 Mei - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berjaya mewujudkan keserasian dalam kalangan pemimpin utama parti.Justeru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar ia diadakan di peringkat negeri.Syor itu juga dilihat dapat memberi ruang kepada lebih ramai akar umbi parti menyuarakan pandangan mereka.\"Saya lihat bahawa harus ada tindakan susulan, di mana saya yakin konvensyen peringkat negeri dicadangkan supaya diadakan, supaya akar umbi dapat turut menyertai dan bukan hanya mendengar, tapi mungkin boleh beri pandangan yang pelbagai untuk mewarnai kepelbagaian, maksud kita harus buka kepada masa untuk menyertainya,\"",
"(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023, di sini hari ini.Ahmad Zahid turut menyatakan soal kemajmukan merupakan satu hakikat di Malaysia, justeru kepelbagaian, agama dan budaya harus disantuni untuk meraikan perbezaan antara satu sama lain.Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali berjaya menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=332 |
Pembangunan modal insan berpandukan al-Quran, sunnah
| [
"(Datuk Seri Anwar melancarkan buku bertajuk ‘Penyingkap Hukum Siri 5’ sempena Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i/BERNAMA)",
"KUCHING, 18 Mei- Pembangunan modal insan negara harus berpaksikan kepada tiga akidah penting iaitu menjaga solat lima waktu, tatakelola dan keadilan, selian menjadikan era khalifah-khalifah Islam sebagai panduan pimpinan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu diangkat di kala dunia semakin beralih kepada pemikiran baharu yang melupakan tunjang utama rohaniah.“Khalifah Islam dalam negara majoriti Islam tidak pernah meremehkan tuntutan kecil. Itu kekuatan Islam yang harus dipelihara” katanya dalam majlis perasmian Seminar Antarabangsa Imam Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.Seminar antarabangsa dua hari bersempena 60 tahun Sarawak ini dihadiri lebih seribu peserta dari dalam dan luar negara.Seminar julung kali dianjurkan bagi mengetengahkan kehebatan Muhammad Idris As-Syafi’i atau dikenali sebagai Imam As-Syafi’i dan pendekatannya dalam fiqh Mazhab As-Syafii. Datuk Seri Anwar menambah, dengan meletakkan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, beliau yakin umat Islam tidak akan hanyut dengan kemodenan dunia.",
"(Datuk Seri Anwar berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi'i/BERNAMA)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=333 |
Malaysia berminat tingkat kerjasama pertanian dengan Rusia
| [
"(Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kebergantungan negara pada makanan import masih tinggi terutamanya daging dan bahan makanan industri ternakan seperti jagung dan bijirin)",
"KAZAN, 19 Mei- Malaysia berminat meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dengan Rusia bagi menangani isu bekalan makanan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kebergantungan negara pada makanan import masih tinggi terutamanya daging dan bahan makanan industri ternakan seperti jagung dan bijirin.Jelasnya, Malaysia akan mendapatkan kepakaran Rusia dan negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk akuakultur dan agrobioteknologi.\"Perjumpaan seterusnya, MoU akan ditandatangan dalam beberapa bulan lagi antara Malaysia dengan Rusia. Saya juga telah mengundang menteri pertanian Rusia untuk datang ke KL menandatangani MoU dalam bidang pertanian,\" kata Mohamad kepada media di sini.Hasrat itu dinyatakan dalam sesi meja bulat Malaysia-Rusia bersempena Forum Ekonomi Antarabangsa ke-14 Rusia-Dunia Islam: Forum Kazan 2023.Sesi itu turut disertai wakil kedua-dua negara antaranya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Dmitry Volvach.Beliau berharap, kerjasama baharu dalam industri pertanian bersama Rusia akan menjadi pemangkin kepada hubungan dagangan lebih kukuh pada masa akan datang.Tahun lalu, jumlah import produk pertanian dari Rusia meningkat 13.7% kepada RM1.08 bilion berbanding RM95 juta pada tahun sebelumnya.Manakala eksport naik 23.2% kepada RM53 juta.",
"(Datuk Seri Mohamad berkata Malaysia berminat tingkat kerjasama pertanian dengan Rusia)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=334 |
Malaysia mampu kembali sebagai gergasi ekonomi di rantau ini - PM
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para hadirin selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini/ Foto BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin barisan jemaah menteri bersama kementerian masing-masing mampu mengembalikan Malaysia sebagai gergasi ekonomi di rantau ini.Jelas beliau, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri ketika ini sudah membuktikan pecutan dalam menggerakkan agenda negara berasaskan tadbir urus yang baik dan bersih.\"Korea Selatan menunjukkan minat untuk melabur sekitar RM24 bilion melalui syarikat ternama seperti Samsung Engineering, SKC, Notingfy Chemical, Hyundai, Coway dan konsortium syarikat courier, China dalam kunjungan kita, ya betul yang dihebahkan kunjungan saya, tetapi yang tidak tercatat ialah kerja menteri-menteri dan kementerian-kementerian sebelumnya, bertungkus-lumus berminggu-minggu untuk mendapat catatan pelaburan tertinggi dalam sejarah, RM170 bilion, ini termasuk Geely-Proton yang akan memulakan pelaburan RM10 bilion di Automotif City di Tanjung Malim, ini ertinya 'good governance' (tadbir urus yang baik),\" kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"Tambah Perdana Menteri, antara kejayaan lain Kerajaan Perpaduan dalam tempoh enam bulan ialah menarik pelaburan digital dari Amazon Web Services jangka kini dan sederhana sebanyak RM25.5 bilion yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.Menurutnya, kestabilan negara hari ini sudah mula menarik minat pelabur-pelabur asing.Kecenderungan pelaburan asing ke negara ini sudah menampakkan petanda positif disebabkan kestabilan politik dan tadbir urus negara yang cekap."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=335 |
MOSP rancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan
| [
"KUALA LUMPUR, 16 Mei- Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan dalam usaha menggalakkan perkongsian pintar antara ahli akademik dengan penggiat industri, sekali gus merancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.\"Menerusi inisiatif MOSTI (Kementerian Sains dan Teknologi) dan Akademi Sains Malaysia ini para akademik bukan sahaja di Malaysia, tetapi dari seluruh dunia juga boleh berkongsi untuk memfokuskan dalam penyelidikan mereka secara terbuka.\"Ia bukan sahaja telus tetapi pada masa sama kita membuat secara kolaboratif. Kerjasama ini diharap bukan sahaja menjimatkan masa disebabkan tidak ada duplikasi tapi ia lebih manfaat dan boleh mencepatkan lagi usaha kita membangunkan apa sahaja penyelesaiaan melalui sains,\" kata Fadillah selepas melancarkan MOSP di sini Menerusi platform kolaborasi bersama Akademi Sains Malaysia, 10 bidang kajian diberi tumpuan termasuk Biologi, Sains Kimia dan Matematik, Fizik, Kejuruteraan, Agrikultur, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi serta Kesihatan.Orang ramai boleh mengunjungi platform berkenaan menerusi laman sesawang, mosp.gov.my.",
"(Datuk Seri Fadillah berkata MOSP rancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan) "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=336 |
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, tepis spekulasi
| [
"KUALA LUMPUR, 14 Mei - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang bersidang hari ini berjaya menepis spekulasi yang menyentuh keutuhan Kerajaan Perpaduan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Amanat Perdananya, yakin perhimpunan julung kali diadakan ini membuktikan kekukuhan dan kestabilan kerajaan yang dibentuk sejak enam bulan lalu.\"Dengan konvensyen hari ini memberikan isyarat yang jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia. kerajaan ini bukan sahaja stabil, Innsya-Allah kekal sehingga pilihanraya umum akan datang, kekal untuk apa? Kekal untuk memastikan tatakelola lebih baik, hentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa dan keduanya pastikan dasar yang boleh memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat negara kita,\" kata Anwar, di sini.Konvensyen yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur ini menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.Bertemakan \"Madani: Mengangkat Agenda Rakyat\" konvensyen bermula pagi tadi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan.",
"(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim danTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiberbual-bual selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduandi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)",
"Dalam acara kemuncak, sidang turut membincangkan isu ekonomi rakyat, membina negara bangsa dan halatuju Malaysia Madani.Konvensyen turut melibatkan ucaptama daripada lima pimpinan utama terdiri daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anthony Loke, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Openg, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Datuk Seri Panglima Mohd Shapie Apdal."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=337 |
JPJ hasrat laksana pendigitalan penuh pastikan perkhidmatan lebih berkesan - Loke
| [
"SEREMBAN, 14 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara pendigitalan penuh pada masa akan datang bagi memastikan kualiti penyampaian agensi itu kepada masyarakat berjalan lancar dan berkesan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata konsep pendigitalan itu telahpun dimulakan menerusi Pelan Strategik Pendigitalan JPJ 2021-2025 dengan pelbagai inisiatif merangkumi pelan infrastruktur teknologi maklumat, tadbir urus dan kompetensi.“Memang kita harap akan ada pendigitalan penuh, tetapi ia akan mengambil masa sebab ada banyak sistem yang perlu diintegrasikan. Sekarang 2023 kita telah pun ada beberapa inisiatif seperti Pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (eLKM) dan Lesen Memandu Malaysia (eLMM) selaras pemacuan digitalisasi itu.“JPJ eBid lebih awal kita buat sejak 2019 dan dalam masa dua tahun yang akan datang ini, banyak lagi inisiatif pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh JPJ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-77 bertemakan ‘Digitalisasi Kebitaraan JPJ’ yang diadakan selama tiga hari sejak Jumaat di sini.Beliau berkata konsep pendigitalan itu turut diaplikasikan ke dalam strategi penguatkuasaan yang lebih holistik antaranya menggunakan dron untuk mengesan pesalah yang melanggar peraturan lalu lintas termasuk ketika Ops Hari Raya Aidilfitri lepas.",
"Jelasnya, penggunaan kamera aksi pengawasan (EAC) dan sistem Peranti Penguatkuasaan Pengurusan Pintar (SmED) yang memfokuskan kepada Operasi Tanpa Sentuh JPJ (Camera Go-Pro) serta teknologi sistem High Speed Weigh-in-Motion (Hi-WiM) juga terus dipergiat untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan JPJ.",
"Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Loke turut melancarkan beberapa inisiatif baharu diperkenalkan JPJ termasuk e-Book Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), JPJeID, JPJ Mobile dan bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan (FF) yang dibuka selama lima hari bermula hari ini menerusi JPJeBid.“Saya yakin inisiatif baharu ini akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta membolehkan JPJ berada pada tahap terbaik sebagai penyedia perkhidmatan awam dan penguatkuasa yang mesra, cekap dan telus,” katanya. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=338 |
Pengendali syarikat penerbangan, feri diminta tambah jumlah perjalanan ke Langkawi sempena LIMA ‘23
| [
"SEREMBAN, 14 Mei - Pengendali syarikat penerbangan dan feri diminta untuk menambahkan jumlah perjalanan ke Langkawi bagi menampung kapasiti pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) pada minggu hadapan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata mereka diharap dapat memberi kerjasama berikutan jangkaan jumlah pengunjung yang lebih ramai dalam tempoh berkenaan untuk menyaksikan pameran antarabangsa tersebut.\"Kita ada pengalaman baik dan syarikat yang menganjurkan sudah tentu sudah buat persiapan sudah lama, lebih setahun persiapan dibuat dan saya difahamkan sambutan kali ini cukup luar biasa,\" kata Loke, di sini.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-77 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha MOT Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim di sini hari ini.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerja-kerja pergerukan alur pelayaran bagi laluan feri penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi juga telah selesai dilaksanakan mengikut jadual, sekali gus tidak akan menganggu perjalanan feri semasa pameran LIMA. Sementara itu beliau berkata banyak syarikat penerbangan dan maritim tempatan dan luar negara menunjukkan minat yang tinggi untuk mempamerkan produk mereka pada LIMA kali ini apabila kesemua reruai yang disediakan habis ditempah.",
"(Anthony Loke pada Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-77/FOTO BERNAMA)",
"\"Sambutan diterima cukup luar biasa, tiada satu pun booth kosong, semua telah ditempah, berapa jumlah sebenar (syarikat mengambil bahagian) itu akan kita maklumkan selepas mesyuarat penyelarasan LIMA ‘23 malam esok. Banyak juga perjanjian akan ditandatangani semasa pameran ini yang akan beri kelebihan kepada kita.\"Dari segi persiapan saya tak risau sebab kita dah ada pengalaman dan syarikat yang diberikan amanah anjurkan ia sudah tentu dah buat persiapan lebih setahun. Ia merupakan pameran yang amat dinanti-nantikan oleh semua,\" katanya.Pameran LIMA ’23 dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini dengan kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.Lebih 600 syarikat dari 60 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam LIMA kali ini berbanding 400 syarikat pada edisi 2019."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=339 |
Agong, Permaisuri zahir tahniah kepada Nur Hanisah
| [
"KUALA LUMPUR,14 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada anak kelahiran Pahang, Nur Hanisah Aripin, di atas pencapaian skor sempurna iaitu 100 peratus bagi mata pelajaran MA2 Managing Costs & Finance dalam bidang pengajian Foundation in Accountancy ACCA di INTEC Education College, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Istana Negara menerusi catatan Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Nur Hanisah yang mendapat tempat pertama di Malaysia dan di peringkat dunia bagi mata pelajaran tersebut.Ia sekali gus mengharumkan nama negeri Pahang dan Malaysia di persada dunia.“Pencapaian bekas pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang ambilan 2017-2021 itu membuktikan sekali lagi bahawa anak negeri Pahang dan rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.",
"“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar anak Pahang dan Malaysia yang lain untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” menurut catatan itu.Nur Hanisah merupakan pelajar cemerlang dengan pencapaian 11A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021.Beliua juga berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran pada tahun 2020.Selain itu, Nur Hanisah juga telah lulus ujian pra-syahadah 5 juzuk al-Quran pada tahun 2021."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=340 |
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
| [
"KUALA LUMPUR, 14 Mei - Tumpuan hari ini terarah ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan.Seawal 10 pagi, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak.Konvensyen Wanita akan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia MADANI. Sementara itu, satu jentera baharu iaitu ‘Geng Perpaduan’ yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan kerajaan ini akan dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.Jentera itu merupakan platform baharu buat pemuda dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai sayap Pemuda Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan meneruskan agendanya pada pukul 2 petang dengan ‘Bicara Rakyat’ oleh pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan bagi membicarakan mengenai komitmen dalam menyelesaikan isu rakyat termasuk ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep MADANI dalam pelaksanaan agenda rakyat.",
"Segmen itu terbahagi kepada tiga sesi iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.Kemuncak konvensyen bertemakan ‘MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu bermula pada pukul 3.30 petang dengan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum berakhir dengan deklarasi konvensyen.Anwar sebelum ini dilaporkan berkata konvensyen berkenaan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, selain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama antara parti.Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata konvensyen itu amat penting dalam memberikan optik positif mengenai kestabilan politik negara sekali gus pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.Beliau berkata konvensyen berkenaan bukan sahaja bakal mendapat perhatian pemerhati politik tempatan dan antarabangsa malah mampu membina keyakinan pelabur asing terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar.-- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=341 |
Empat agensi diarah siasat pihak terlibat rasuah, sebabkan kerugian negara
| [
"KUALA LUMPUR, 13 Mei- Empat agensi diarahkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).\"Kaya tidak apa, tapi yang korup, harta berbilion dalam dan luar negara, yang menyorok. Itu mereka nampaknya kumpul. Tapi saya sudah ambil keputusan dan tekad masalah Malaysia ini mesti diselamatkan dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas bukan soal kaum, bukan soal penganut agama berbeza, dia soal akhlak, soal nilai,\" katanya.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita pada Program Aidilfitri Malaysia Madani anjuran JAWI di Dataran Merdeka) ",
"Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Program Aidilfitri Malaysia Madani anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka, di sini hari ini.Semalam media melaporkan, Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan,.Menurut EMIR Research, badan pemikir berpangkalan di Kuala Lumpur, anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=342 |
Kerajaan Perpaduan tidak pinggirkan mana-mana negeri walaupun berbeza politik
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV/ Foto BERNAMA) ",
"KOTA BHARU, 13 Mei - Kerajaan Perpaduan akan sentiasa berlaku adil dan tidak meminggirkan mana-mana negeri meskipun berbeza ideologi politik dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dapat dilihat dengan pelbagai usaha yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk di Kelantan tahun ini seperti meningkatkan akses kemudahan perubatan kepada komuniti setempat dan mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada. Ini merangkumi pelaksanaan projek membaik pulih dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh Kelantan seperti Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai yang melibatkan 38 fasiliti dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM9.3 juta ringgit. Pada masa sama, kerajaan juga amat prihatin terhadap isu banjir yang sering membelenggu rakyat Kelantan dan penyelesaian yang ampuh perlu dirungkai bagi menoktahkan isu berkenaan. Selain itu, pembinaan Jambatan Palekbang turut akan menjadi pencetus kepada pembangunan baharu di jajahan Tumpat dan merangsang lagi pembangunan sedia ada di Kota Bharu.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu/ Foto BERNAMA)",
"\"Saya nak rekod pada tahun ini 2023 berbanding dengan tahun sebelumnya, ini lah tahun di mana paling banyak projek diluluskan di Kelantan, jadi kalau saudara-saudara dengar pandangan di sebaliknya maknanya ia tidak mewakili fakta dan kebenaran,\"Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Sementara itu, Perdana Menteri turut mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan Agenda Membangun Malaysia Madani. Menurutnya, ia merupakan wadah bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan demi mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=343 |
Projek Laluan Rel Pantai Timur pemangkin pembangunan negeri-negeri lain
| [
"KOTA BHARU, 12 Mei - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi pemangkin dan pencetus kepada pembangunan bagi negeri-negeri yang dianggap terpisah daripada perkembangan pesat di Lembah Klang. Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Kota Bharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu, ia di manfaatkan sebaiknya demi kepentingan negeri-negeri terlibat termasuk Kelantan. \"Mesti ada perancangan teliti untuk mempastikan ada corak perubahan yang lebih ketara di Pantai Timur khususnya Kelantan. Kerajaan negeri dan majlis perbandaran harus juga bersama untuk bukan sahaja memanafaatkan kemudahan ini tetapi mencari jalan dan kaedah baru bagaimana boleh mencetuskan perubahan melalui pelaburan baru menggunakan peluang yang ada melalui pengangkutan bukan sahaja pengangkutan orang ramai rakyat tetapi juga pengangkutan dari segi bahan-bahan pengeluaran pertanian dan industri,\" katanya. Pada masa sama, Anwar turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kerana mengikuti perkembangan kemajuan projek ECRL serta memberikan kerjasama baik terhadap pelaksanaan projek khususnya melibatkan urusan pengambilan tanah.",
" (Perdana Menteri ketika merasmikan Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Kota Bharu/FOTO BERNAMA. Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob)",
"Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan, dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum siap projek ECRL mesti ada perancangan teliti untuk memastikan ada corak perubahan lebih ketara di Pantai Timur khususnya Kelantan. Sementara itu, pada majlis sama Anwar turut membayangkan akan mengumumkan berita gembira untuk Kelantan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, malam ini. Ia meliputi tambahan projek dan peruntukan lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini. \"Saya akan sebut umpamanya beberapa keputusan baru lebih daripada apa yang di umumkan dalam Belanjawan Madani tahun lalu iaitu projek-projek yang saya percaya akan dapat membantu membangunkan negeri Kelantan supaya jangan ketinggalan daripada negeri lain,\" kata Anwar lagi. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=344 |
PRN: Rakyat dijamin terima maklumat tepat - Fahmi
| [
"KOTA BHARU, 12 Mei - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan rakyat mendapat maklumat tepat daripada semua pihak sepanjang tempoh Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, secara amnya mengikut prinsip demokrasi, rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat sepanjang tempoh tersebut yang juga akan melibatkan beberapa parti politik di negara ini.Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan atau perbincangan daripada jemaah menteri khususnya berkaitan kebenaran liputan khususnya terhadap pihak pembangkang.\"Secara amnya prinsip demokrasi adalah rakyat berhak mendapat maklumat jadi kita akan teliti dan mengambil kira kesesuaian dan ekspektasi apa yang rakyat dambakan dan ia akan terpakai kita harap bukan hanya untuk PRN tetapi juga untuk Pilihan raya umum (PRU) sekalipun jadi saya lihat ada beberapa perkara yang kita akan ambil kira,\" kata Fahmi di sini.",
"(Fahmi bercakap kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan bakul makanan sempena Aidilfitrikepada 200 penerima termasuk asnaf, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) DUN Kota Lamadi perkarangan surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu, Kelantan)",
"Dalam pada itu, Fahmi menasihatkan masyarakat supaya peka dan berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat terutama berkaitan soal raja, agama dan kaum di media sosial.Ia bagi mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berlaku perkara diluar kawalan.",
"Dalam perkembangan lain Fahmi berkata, KKD sedang meneliti cadangan bagi mengusahakan penggunaan teknologi internet satelit di lebih 200 kampung sekitar negeri Kelantan, sebagai salah satu pilihan bagi menangani masalah akses dan rangkaian internet di kawasan terlibat. \"Kita ada menerima beberapa cadangan daripada beberapa pihak sebagai contoh ada sejumlah 200 kampung yang ada sebut tadi ini kita sedang teliti kerana sebelum kita meneruskan apa-apa ikhtiar atau program kita perlu membuat kaji selidik dan juga kajian yang rapi dan teliti untuk memastikan penyelesaian tu suai manfaat dengan tempat tersebut,\" katanya lagi.Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya perlu melakukan kaji semula model yang pernah diguna sebelum ini bagi memastikan kesesuaian sebelum membuat keputusan dan pengumuman tidak lama lagi.Dalam pada itu, jelasnya, secara keseluruhan, masih ada tiga peratus iaitu melibatkan 3,000 kawasan berpenduduk yang belum menerima capaian 4G di seluruh negara dan memerlukan penyelesaian berbeza bagi menyelesaikan isu tersebut.Terdahulu, Fahmi mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 200 penerima termasuk asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dalam DUN Kota Lama."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=345 |
Manfaatkan kemudahan internet murah, stabil menerusi ekonomi digital
| [
"KUALA LUMPUR, 12 Mei- Masyarakat boleh memanfaatkan kemudahan internet murah dan stabil menerusi ekonomi digital bagi meningkatkan pendapatan dan memajukan ekonomi keluarga. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan kemudahan seperti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam usaha menoktahkan kemiskinan. \"Dalam kita mengenal pasti 186 pusat ekonomi digital baharu yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, ia mesti di tempat-tempat yang ditujukan khusus untuk warga yang kita mahu pastikan mereka terlibat dalam ekonomi digital,\" kata beliau semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Digital di RTM Angkasapuri Kota Media. Fahmi turut menjelaskan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia tidak terjejas susulan notis penamatan berhubung perolehan perjanjian langganan saham (SSA) yang dikeluarkan Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada Digital Nasional Bhd (DNB).Tambah beliau, setakat 30 April lepas, tahap pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7%.Pasukan petugas 5G akan berbincang bersama semua pihak berkaitan bagi memastikan kadar liputan mencapai 80% menjelang penghujung tahun ini.",
"(Fahmi berkata manfaatkan kemudahan internet murah, stabil menerusi ekonomi digital)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=346 |
Tiada faktor politik, setiap tindakan telus - SPRM
| [
"PUTRAJAYA, 12 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa setiap siasatan yang dijalankan bukan bertujuan untuk menekan individu tertentu disebabkan faktor politik.Dalam kenyataan pada Khamis SPRM memaklumkan, setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan adalah mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional.Oleh itu, tegas agensi itu, dakwaan seorang bekas menteri bahawa SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali. \"Tohmahan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej suruhanjaya ini.Semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kes pertuduhan membabitkan ahli perniagaan Sim Choo Thiam yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).Beliau yang juga bekas Menteri Dalam Negeri turut mengesahkan dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\"SPRM ingin menegaskan bahawa semua siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat serta bukti-bukti sahih yang diperoleh oleh suruhanjaya ini.\"Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan dengan penemuan elemen-elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta akta berkaitan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya,\" menurut suruhanjaya itu pada Khamis."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=347 |
RUU penubuhan Majlis Media Malaysia dijangka dibentang Mac 2024 - Fahmi
| [
"KUALA LUMPUR, 11 Mei - Rang Undang-undang bagi pembentukan Majlis Media Malaysia masih dalam proses penelitian.Beberapa perkara sedang diperhalusi, sebelum ia dapat dimuktamadkan mengikut prosedur yang ditetapkan.Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil optimis keputusan yang substantif dapat diumumkan sebelum sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 pada 28 Mei ini.“Kami perlu melalui proses itu terlebih dahulu, kemudian melalui Pejabat Peguam Negara dan seterusnya ke Parlimen.Kami berharap sebelum penghujung tahun sama ada dalam sesi Oktober atau sesi Februari atau Mac 2024, RUU itu boleh dibentangkan,” katanya.Beliau berkata pada masa ini draf RUU MMC berada di peringkat perbincangan dalam kalangan organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media. Sementara itu mengenai insiden kebocoran data yang dilaporkan melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah berhubung dengan universiti itu untuk memastikan UiTM mengisi borang notifikasi kebocoran data serta memberikan kerjasama dalam beberapa perkara.“Saya difahamkan sepatutnya hari ini maklumat itu disampaikan kepada JPDP. Setakat ini saya belum terima apa-apa maklumat terkini tetapi saya harap kita dapat kenal pasti apa yang berlaku dan mengelakkannya daripada berulang,” katanya.Beliau berkata keutamaan perlu diberikan kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan pemegang data memahami aspek penyimpanan data selain pengurusan data dilakukan dengan lebih cermat dan teratur pada masa depan.",
"(Fahmi ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKDyang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri)",
"Dengan tema 'Raya Sama-sama', program tersebut berlangsung meriah sebelum diteruskan dengan Majlis Rumah Terbuka di perkarangan Wisma Radio, Angkasapuri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=348 |
G2G antara langkah tangani masalah pencerobohan perairan oleh nelayan asing
| [
"TUMPAT, 11 Mei - Malaysia telah memaklumkan masalah berkaitan pencerobohan nelayan asing kepada pihak berkuasa negara terlibat.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hubungan kerajaan kepada kerajaan (G2G) merupakan antara langkah yang diambil bagi menangani masalah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.Jelasnya, antara usaha yang diambil kerajaan adalah dengan mengadakan hubungan diplomatik bersama negara jiran dan isu itu sering dibangkitkan setiap kali lawatan kerja ke negara-negara jiran dilakukan.“Hakikatnya insiden (pencerobohan) terus berlaku, ikhtiar kita adalah melalui agensi penguatkuasaan dan operasi serta mengadakan pertemuan G2G dengan negara jiran baik Thailand, Vietnam dan Indonesia.\"Beberapa bulan lepas melalui kunjungan saya ke Thailand, Filipina dan Indonesia dalam pertemuan dengan rakan sejawatan, hal itu antara perkara saya bangkitkan kerana ia antara usaha pembanterasan secara bersama yang boleh dilakukan,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau situasi perairan negara dan melawat Pos Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kubor, di sini.",
"(Saifuddin mengulas masalah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asingyang terus berlaku biarpun penguatkuasaan oleh agensi berkaitan dilakukan)",
"Mengulas lanjut, beliau berkata APMM selaku agensi bertanggungjawab mengawal perairan negara terus komited membendung isu pencerobohan oleh nelayan asing.\"Hari ini saya melihat dan merasai sendiri bagaimana komitmen tinggi diberikan agensi ini dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.\"Malah pada baru-baru ini ketika kita fokus menyambut hari raya, mereka (APMM) pula memulakan Op Pagar Laut dari 9 hingga 30 April melakukan pengawasan sepanjang masa dan mereka berjaya menyekat kemasukan bot nelayan asing, pendatang tanpa izin, menggagalkan percubaan mencuri dan merompak di pelantar minyak tinggal.\"Dalam tempoh tersebut, mereka berjaya membuat rampasan bernilai keseluruhan RM15 juta,” katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=349 |
Syarikat swasta nyatakan minat mahu teruskan projek HSR KL - Singapura
| [
"JOHOR BAHRU, 11 Mei - Kertas cadangan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur –Singapura yang membabitkan pelaburan swasta sedang diteliti, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.Ia susulan beberapa syarikat swasta yang menyatakan minat untuk melaksana semula projek berkenaan.Katanya, perkara itu turut dibincang bersama Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran semasa pertemuan dua hala hari ini.\"Setakat ini, kita masih di peringkat mendapatkan maklum balas memandangkan terdapat beberapa syarikat swasta yang berminat mahu projek HSR KL-Singapura diteruskan.\"Saya di sini memberi komitmen Singapura untuk meneliti cadangan dari Malaysia berhubung pelaksanaan sema HSR.\"Ini juga menjadi komitmen bersama Singapura bagi terus memperkasa jalinan perhubungan antara dua negara membabitkan laluan darat, udara dan air.\"Oleh itu, Singapura terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk meneliti apa jua cadangan untuk pelaksanaan semula HSR\", katanya selepas lawatan kerja ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) bersama Menteri Pengangkutan Singapura di sini hari ini.",
"Sebelum ini media melaporkan, Malaysia terbuka kepada cadangan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia tidak dibiayai oleh kerajaan.Malaysia dan Singapura mula menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek itu pada 13 Disember 2016 sebelum projek itu ditamatkan selepas mengalami beberapa kelewatan.Projek tersebut membabitkan pembangunan sepanjang 350 kilometer yang akan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada hanya 90 minit."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=350 |
Kerajaan Kelantan rancang bina telaga tiub tangani masalah air
| [
"KOTA BHARU, 11 Mei - Kerajaan Kelantan akan membina telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air bersih kritikal di negeri ini susulan musim panas yang melanda.Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri pada masa ini sedang mendapatkan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan Muslim Care bagi melaksanakan usaha itu. “Kita telah berbincang dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Exco untuk menggerakkan sistem telaga tiub. Kita akan cari pihak tertentu seperti NGO Muslim Care Malaysia (Muslim Care) kerana pertubuhan ini banyak membantu memberi khidmat di Sudan, Afghanistan dan sebagainya.“Kita akan bincang dengannya bagaimana cara untuk membantu membina telaga tiub terutama di kawasan yang mengalami masalah bekalan air kritikal pada musim panas ini. Kita memang memantau bekalan air di negeri ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Bio Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim di Lundang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.",
"Selain itu, Ahmad menasihatkan rakyat supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda kini seperti mengurangkan aktiviti luar dan tidak melakukan pembakaran terbuka.Katanya, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai nasihat berhubung fenomena kemarau dan berharap rakyat dapat mematuhi semua peringatan itu bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.Dalam pada itu beliau turut menasihatkan petani negeri ini agar merancang jadual kerja harian bagi mengelak terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.Pihak sekolah juga dinasihatkan menjaga keselamatan pelajar masing-masing dengan mengambil langkah bersesuaian seperti mengingatkan pelajar untuk minum air secukupnya.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=351 |
1.5 tan abu al-Quran tiada perakuan KDN dilupuskan
| [
"GEORGETOWN, 11 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan sebanyak 1.5 tan abu bahan dan teks al-Quran di perairan berdekatan Pulau Kendi, di sini hari ni.Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses pelupusan adalah sebahagian daripada usaha 'Ke Arah Sifar al-Quran Tiada Perakuan KDN' pada pukul 10.30 pagi tadi.\"Kira-kira 2,750 naskhah al-Quran yang diproses menjadi bongkah abu dijalankan dengan kedalaman 18 meter di perairan Pulau Kendi, kira-kira 15 batu nautika dari Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban.\"Pengumpulan teks dan bahan al-Quran menerusi tiga pendekatan iaitu penguatkuasaan, advokasi dan program komuniti (tanggungjawab sosial korporat).“Melalui tindakan penguatkuasaan, pengumpulan teks dan bahan terhasil daripada rampasan al-Quran yang tiada perakuan daripada penjual, pengimport, pengedar di premis-premis jualan, simpanan, pintu-pintu masuk negara dan perniagaan secara online.“Menerusi program advokasi antaranya kempen Jom Exchange al-Quran (JEQ) pula, kita kumpulkan al-Quran yang tiada perakuan KDN yang diserahkan secara sukarela oleh orang ramai dan kita tukarkan dengan al-Quran baharu,” katanya selepas menyempurnakan Program Pemuliaan (Pelupusan) al-Quran di sini, hari ini.",
"(Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada Majlis Penyampaian Cenderamata dan Sidang Media Program Pemulian (Pelupusan) Al-Quran/FOTO FB Dr Shamsul Anuar)",
"Mengulas lanjut Shamsul Anuar berkata, kesemua abu daripada naskah berkenaan adalah yang dikumpul dari kawasan Pulau Pinang.Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membeli, menjual atau mengedar Al-Quran yang tiada perakuan KDN.",
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MRI) Kali ke-30 memutuskan bahawa al-Quran yang rosak, koyak, tidak lagi boleh dibaca atau bukan rasmi Rasm Uthmani (tidak diperakui KDN) hendaklah dilupuskan dengan tertib dan terkawal.Keputusan itu dibuat pada 22 Ogos 1992 dan perlu melalui proses pendebuan dan pelepasan di laut atau ditanam di tempat tersembunyi bagi mengelak salah faham orang ramai."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=352 |
Isu Myanmar dirumus lebih baik menerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-42
| [
"LABUAN BAJO, 11 Mei - Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 berjaya merumuskan isu Myanmar yang agak rumit dengan lebih baik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara-negara anggota ASEAN kekal dengan prinsip mereka untuk mempertahankan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dalam berhadapan isu tersebut.Malaysia mengambil pendirian yang lebih jelas yang mahu isu tersebut diselesaikan dengan segera.Penangguhan penyelesaian isu tersebut akan memberi kesan kepada negara-negara jiran seperti Malaysia yang turut menerima pelarian dari negara tersebut yang kini mencecah lebih 200,00 orang pelarian. \"Isu yang dianggap agak kontroversi, rumit, Myanmar itu juga dapat dirumuskan dengan lebih baik. Negara-negara nampak kekal pertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PC) itu, iaitu yang menyentuh soalan kemanusiaan, soal penyelesaian mengikut rukun antarabangsa dan lain-lain, tetapi memberi ruang supaya ada kemungkinan secara tidak rasmi, berunding terus bukan sahaja dengan kekuatan Junta tapi semua yang terlibat,\" kata Anwar di sini.",
"(Perdana Menteri ketika ditemui media di Labuan Bajo)",
"Sementara itu, Presiden Indonesia yang juga Pengerusi ASEAN, Joko Widodo berkata mereka bersedia untuk berbicara dengan sesiapapun termasuk pihak Junta dan pemegang taruh di Mynmar untuk kepentingan kemanusiaan.Beliau menegaskan, kesediaan mereka untuk berbincang bukan bermakna mereka mengiktiraf kerajaan Junta Myanmar tetapi merupakan usaha untuk menghentikan kekerasan dan melindungi rakyat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=353 |
Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN
| [
"LABUAN BAJO, 11 Mei- Dalam kesibukan menghadiri mesyuarat berkaitan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat melakukan kunjung hormat dan pertemuan bilateral dengan beberapa rakan sejawatnya.Antara pemimpin yang ditemui termasuklah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak dan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.Datuk Seri Anwar dalam kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei menyampaikan hasrat Malaysia untuk menjemput Brunei ke Annual Leaders Consultation yang akan dihoskan Malaysia tahun ini. Perbincangan juga tertumpu kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.Dalam pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pula, Perdana Menteri menyampaikan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulangtahun ke-50 kedua-dua negara.Perbincangan turut menyentuh bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani setegasnya.",
"Kesepakatan untuk menjalin lebih banyak kerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur antara yang dipersetujui dalam pertemuan dua hala Datuk Seri Anwar bersama rakan sejawatnya, dari Laos Sonexay Siphandone.Dalam pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Timor Leste pula, Perdana Menteri mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN.Malah, perbincangan turut menyentuh tentang keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=354 |
12 syarikat konsesi setuju laksana sistem pembayaran terbuka - Nanta
| [
"SUBANG JAYA, 10 Mei - Sebanyak 12 Syarikat Konsesi bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka menggunakan kad debit dan kredit, yang dijangka berkuat kuasa sepenuhnya pada September depan.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, rundingan bersama konsesi lain masih diteruskan.Beliau berkata lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP); Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT); Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).Katanya ia juga melibatkan Lebuhraya Sungai Besi; Lebuhraya Baru Pantai (NPE); Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuhraya Koridor Guthrie; Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). “Setakat ini, ini adalah syarikat konsensi yang setuju melaksanakan sistem pembayaran terbuka, yang lain rundingan masih dibuat dan kita berharap ada lagi yang tampil untuk bersama mengambil bahagian,” katanya.",
"(Nanta bercakap kepada pemberita selepas melawatPusat Pemantauan Trafik (TMC) Menara Korporat, Persada PLUS di Subang/FOTO BERNAMA)",
"Tambahnya, kerajaan juga akan terus meneliti aspek keselamatan bagi memastikan pelaksanaannya sempurna.",
"\"Kesemua aspek kita hendak pastikan risiko dalam kadar minimum, itu sebab perbincangan ambil masa kerana kita mahu pastikan isu-isu dan kemungkinan masalah tidak akan berlaku. Jadi tidak boleh tergesa-gesa \" kata Nanta.Dalam pada itu, Nanta turut memaklumkan kerja awal naik taraf melibatkan projek pelebaran laluan lebuh raya Sedenak dan Pasir Gudang, Johor sudah bermula dengan peruntukan sebanyak RM525 juta.Projek dijalankan bawah peruntukan Belanjawan 2023.“Peruntukan adalah bawah Belanjawan 2023 dan apabila telah diluluskan, kerja-kerja awal sudah dibuat dan kita serahkan pada PLUS untuk melaksanakan sepenuhnya,” kata beliau."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=355 |
PM puji pemimpin belia ASEAN ketengah isu kemiskinan
| [
"LABUAN BAJO, 11 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN tidak boleh membiarkan isu peminggiran dan kemiskinan terus diketepikan, sebaliknya ia perlu diberi tumpuan agar masalah itu dapat diselesaikan. ",
"Jelasnya, sebarang transformasi di rantau tersebut perlu bersifat inklusif dan tidak mengetepikan mana-mana pihak.Beliau turut memuji komitmen yang ditunjukkan pemimpin belia ASEAN dalam mengetengahkan isu tersebut yang seharusnya mendapat perhatian semua pihak \"Saya kagum dengan komitmen dan kefahaman pemimpin belia kita (ASEAN) bahawa apa-apa transformasi mesti inklusif. \"Datang dari pengalaman saya semasa muda sebagai aktivisme pelajar, bahawa belia mesti menyatakan diri mereka dengan jelas dan penuh keberanian,\" katanya ketika berucap pada Perjumpaan Pemimpin ASEAN bersama Perwakilan Belia ASEAN di sini.Tambahnya, gabungan idea golongan belia dan kebijaksanaan para pemimpin merupakan kombinasi terbaik untuk kemajuan ASEAN."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=356 |
Penyelesaian konflik Myanmar antara disepakati Menteri Luar ASEAN
| [
"LABUAN BAJO, 10 Mei- Penyelesaian kepada konflik Mynmar dan jenayah rentas sempadan antara perkara yang disepakati Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dalam mesyuarat bersama sempena Sidang Kemuncak Asean ke-42.Ia antara topik hangat yang dibincangkan menerusi tiga mesyuarat iaitu Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri (AMM), Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-26 (APSC) dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-33 (ACC ke-33).Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, Konsensus Lima Perkara (5PC) kekal menjadi mekanisme utama dalam menangani situasi di Myanmar.Ia perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkenaan selain menyokong usaha Pengerusi ASEAN untuk berdialog dengan semua pemegang taruh di Myanmar.\"Kita telah buat keputusan bersama bahawa kita jangan mundur ke belakang dalam usaha untuk mengatasi dan membantu menyelesaikan masalah di Myanmar. Ini termasuk dalam urusan yang berkaitan dengan bantuan kemanusiaan yang menjadi salah satu daripada perkara utama yang dibincangkan,\" katanya.Datuk Seri Dr. Zambry ditemui RTM selepas menyertai ketiga-tiga mesyuarat melibatkan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN di sini.",
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri di sini)",
"Menyentuh mengenai jenayah rentas sempadan pula, Malaysia menekankan isu pemerdagangan manusia yang kerap berlaku khususnya melibatkan kes penipuan pekerjaan.Kerjasama pelbagai pihak di peringkat domestik perlu dilakukan selain libat urus dengan INTERPOL dan ASEANAPOL bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat.Mengulas mengenai penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN pula, beliau turut mengulangi sokongan Malaysia terhadap permohonan negara itu dan mengalu-alukan sidang kemuncak berkenaan untuk menerima Pelan Hala Tuju Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=357 |
PM hadiri acara pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42
| [
"LABUAN BAJO, 10 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Meruorah Komodo Labuan Bajo untuk sesi pleno dan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.Beliau yang tiba dengan menaiki kenderaan eletrik (EV) pada pukul 8.20 pagi disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo disusuli pemimpin ASEAN yang lain.Sebanyak lapan pemimpin negara ASEAN hadir ke sidang kemuncak itu kecuali Mynmar yang tidak dijemput dan Thailand yang sedang melalui proses pilihan raya umum.Manakala pemimpin dan delegasi Timor-Leste pula hadir sebagai pemerhati.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di sini / Foto BERNAMA)",
"Bertemakan 'Asean Matters: Epicentre of Growth', pertemuan para pemimpin ASEAN pada sidang kemuncak tersebut dijangka memfokuskan beberapa isu penting bagi meningkatkan pembangunan rantau ASEAN di samping mengukuhkan ekonomi pascapandemik COVID-19."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=358 |
PM ulangi jemputan kepada Jokowi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
| [
"LABUAN BAJO, 9 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jemputan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada bulan depan susulan lawatan beliau ke Indonesia pada Januari lalu.Jemputan itu merupakan salah satu daripada lima agenda yang disentuh Datuk Seri Anwar dalam pertemuan empat mata kedua-dua pemimpin sejurus tiba di Labuan Bajo untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.Menerusi pertemuan selama kira-kira setengah jam itu, Perdana Menteri turut menegaskan Malaysia bersedia menyokong penganjuran Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala ke-17 (JCBC) dan Rundingan Tahunan ke-14 yang akan dihoskan Indonesia tahun ini. Malaysia juga sedang melengkapkan prosedur domestik bagi membolehkan perjanjian Border Crossing Agreement (BCA) dan Border Trade Agreement (BTA) ditandatangani.",
"(Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Joko Widodo ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 / Foto BERNAMA)",
"Isu pembatasan sempadan maritim dan darat Malaysia-Indonesia turut disentuh dengan Malaysia bersetuju memuktamadkan kedua-dua draf triti maritim dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Pulau Sebatik dan Sinapad-Sesai di Sektor Sabah-Kalimantan Utara secara pakej pada tahun depan.Agenda kelima yang dibangkitkan ialah mengenai penekanan untuk kedua-dua negara mematuhi pelaksanaan MoU Common Guidelines.Ia bagi menjaga kemaslahatan dan keselamatan nelayan-nelayan di kawasan yang masih dipertikaikan di Selat Melaka."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=359 |
PM tiba di Labuan Bajo, hadiri Sidang Kemuncak ASEAN
| [
"(Anwar Ibrahim (kanan) dan Joko Widodo (kiri)/ Foto Afiq Hambal&PMO Malaysia)",
"LABUAN BAJO, 9 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, Kepulauan Flores di Wilayah Nusa Tenggara Timur.Pesawat khas yang membawa mereka selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo pada pukul 3.45 petang dan disambut Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.Ketibaan Perdana Menteri dan isteri juga disambut delegasi Malaysia yang tiba lebih awal, diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Amran Mohd Zin.Jadual padat menanti Anwar sepanjang tiga hari persidangan termasuk pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo. Selain itu, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak. Anwar juga akan mengambil bahagian dalam Perbincangan Suamuka antara Pemimpin-Pemimpin ASEAN dengan Perwakilan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Belia ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025. Perdana Menteri juga akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-15, selain menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-15 (Sidang Kemuncak IMT-GT) di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN.Kira-kira 1,000 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN akan berhimpun dalam persidangan itu yang bertemakan 'ASEAN Matters: Epicentrum of Growth', selain Timur Leste yang menjadi negara pemerhati.",
"(Ketibaan Anwar Ibrahim (kanan) dan isteri di Labuan Bajo disambut Budi Karya Sumadi (kiri)/Foto Afiq Hambali&PMO Malaysia)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=360 |
PM Anwar ke Indonesia untuk Sidang Kemuncak ASEAN
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42/FOTO FB Anwar Ibrahim)",
"LABUAN BAJO, 9 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan mesyuarat berkaitan, di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur bermula Selasa ini.Anwar akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Antarabangsa (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Ekonomi serta MITI.Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, selain Sidang Kemuncak ASEAN dan Permukiman Sidang Kemuncak, Perdana Menteri turut mengambil bahagian dalam Perbincangan Suamuka antara pemimpin ASEAN dengan Perwakilan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Belia ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025.\"Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-15 (Sidang Kemuncak IMT-GT) serta mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA) ke-15, yang dijadualkan di Sidang Kemuncak ASEAN.\"Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan mesyuarat berkaitan akan menjadi peluang bagi Malaysia untuk berkongsi dan bertukar pandangan dalam pelbagai isu, termasuk usaha pembinaan komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025, hubungan ASEAN dengan rakan kongsi luar, serta perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk pembangunan di Myanmar dan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC),\" katanya.",
"Menurut kenyataan itu lagi, penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan mesyuarat berkaitan menunjukkan komitmennya terhadap kerjasama serantau, memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara.\"Semasa di Labuan Bajo, Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatannya di ASEAN. Tema Kepengerusian ASEAN Indonesia untuk 2023 ialah 'ASEAN Matters: Epicentrum of Growth',\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=361 |
Waris Sultan Sulu digesa kemuka tuntutan ke ICJ jika ada bukti
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Mei- Waris Sultan Sulu boleh membawa tuntutan terhadap Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), jika mempunyai bukti, bukannya melalui rampasan aset.Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perkara berkenaan bukan isu komersial tetapi ia melibatkan kedaulatan negara.\"Kenapa tidak pergi ke ICJ? Jika mempersoalkan isu sempadan wilayah ia bukan pada platform timbang tara komersial. Cabar kami dalam ICJ jika anda mendakwa anda layak, mempunyai bukti, pemetaan dan dokumen. Cabar kami dengan cara itu dan kami akan melawan anda sehingga selesai,\" katanya ketika berucap di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023, di sini.",
"(Datuk Seri Azalina Othman Said berucap di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 di sini / Foto BERNAMA)",
"Tambahnya lagi, kerajaan akan terus mempertahankan kedaulatan Malaysia serta melaksanakan tindakan undang-undang.Terkini, waris Sultan Sulu cuba merampas tiga hartanah di Paris milik negara selepas gagal dalam cubaan merampas aset di Luxembourg."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=362 |
Kerjasama ekonomi Malaysia-China terus diperkukuh, pacu sektor automotif
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Geely Holding, Eric Li ketika pelancaran kereta Proton X90 pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 7 Mei - Kerjasama ekonomi Malaysia-China akan terus diperkukuh bagi menarik lebih banyak pelaburan terutama dalam sektor automotif tempatan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus memastikan industri itu bergerak seiring sejajar dengan ekosistem alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) global.Malah kolaborasi Proton-Geely juga dilihat positif bagi mengekalkkan kedudukannya sebagai hab eksport industri automatif terkemuka di Malaysia.\"Kami sedar mereka banyak membahaskan mengenai ekosistem alam sekitar dan ESG. Pengasas dan pengerusi Geely Holding Group, Eric Li menyebut kepada saya tentang inisiatif segera untuk peralihan, termasuk memiliki kenderaan elektrik (EV) bersama petroleum dan gas. Ini akan memudahkan peralihan kepada EV dan melihat secara pragmatik ke dalam perubahan dan melaksanakan tugas dan patut diberi perhatian oleh pengurusan,\"Beliau menyatakannya ketika melancarkan model kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama Proton Holdings Bhd (Proton), Proton X90 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan 40 Tahun Proton dan pelancaran Proton X90 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan akan memudahkan proses bagi memastikan Proton dan Geely berjaya menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automatif utama.Kerjasama itu juga merupakan usaha dalam memastikan produk keluaran nasional turut setanding dengan pengeluaran negara luar terutamanya dari aspek kualiti.\"Saya telah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Perak untuk memastikan ada kemudahan menjalankan perniagaan yang kita memudahkan proses bahawa segala yang perlu akan dilakukan untuk memastikan itu berjaya.\"Geely dan Proton berjaya menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat automatif utama kerana kami menyedari bahawa kesan sosioekonomi Proton kepada negara adalah penting dengan ekosistem automotifnya,\" jelas beliau."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=363 |
Isu dan konflik tidak seharusnya jejaskan kemajuan ASEAN - Zambry
| [
"LABUAN BAJO, 9 Mei - Isu dan konflik yang berlaku di mana-mana negara anggota ASEAN tidak seharusnya menjejaskan kemajuan ASEAN secara keseluruhan.Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata ASEAN mempunyai potensi besar untuk berkembang maju dalam pelbagai bidang dan mencatatkan pertumbuhan terutama dalam aspek ekonomi.Ini juga katanya selari dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat rantau ASEAN menjadi contoh kepada negara-negara lain walaupun mempunyai isunya sendiri.",
"\"Jadi pandangan Malaysia ialah kita tidak mahu diseret terus hingga kita lupa matlamat ASEAN dan potensi ASEAN yang boleh diterokai secara bersama oleh semua anggota-anggota ASEAN khususnya dalam konteks kerjasama ekonomi dan merangka pertumbuhan yang sama,\" katanya pada sidang media sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, di sini.Tambah Zambry, pelaksanaan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand, merupakan antara contoh usaha yang dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada negara ASEAN terlibat."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=364 |
PM lancar Proton X90
| [
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergambar pada Pelancaran Proton X90 ketika Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"KUALA LUMPUR, 7 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini, Proton X90.Ini merupakan model ketiga kepada rangkaian SUV berkenaan selepas X50 dan X70.Ia juga memasuki pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) bagi penawaran teknologi enjin hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon.Model berkenaan mula ditawarkan pada harga RM123,800 hingga RM152,800.",
"(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melihat hiasan dalaman kereta Proton X90 selepas pelancaran kereta tersebut pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)",
"Ia didatangkan dengan empat varian utama iaitu Standard, Executive,Premium dan Flagship.Model baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V.Sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=365 |
Projek SSLR Fasa Dua dan Tiga dalam proses penilaian - TPM Fadillah
| [
"(Datuk Seri Fadillah Yusof meraikan “Peng Lamei Ledoh Pahu Kayan Sarawak 2023 - Makan Malam Pesta Menuai Etnik Kayan Sarawak di bandar raya Miri/FOTO FB Fadhillah Yusof)",
"MIRI, 7 Mei - Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selepas selesai proses itu kelak, projek itu akan dibawa untuk proses tender.Katanya, fasa pertama projek tersebut yang bermula dari Lawas sehingga ke Pa Berunut sudahpun bermula.“Saya telah diberikan amanah oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk memastikan pembangunan infrastruktur di Sarawak ini dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.Fadillah berkata demikian semasa majlis Peng Lamei Ledoh Pahu Kayan 2023 yang diadakan sebagai tanda kesyukuran tamatnya musim menuai yang dianjurkan Persatuan Kayan Sarawak di sini malam tadi.",
"(Datuk Seri Fadhillah Yusof tiba di Lapangan Terbang Miri petang semalam/FOTO FB Fadhillah Yusof)",
"Timbalan Perdana Menteri itu berkata bagi Fasa Dua projek Pan Borneo yang menghubungkan Miri dengan Limbang dan seterusnya Lawas dengan melalui Brunei akan dapat dilaksanakan pada penggal ini.Menurutnya kependudukan yang jarang di kawasan terpencil di Sarawak menjadi cabaran kerana mengikut dasar rancangan pembangunan kerajaan Persekutuan, tumpuan pembangunan adalah di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.Ini menyebabkan kawasan tersebut ketinggalan jauh di belakang dari segi pembangunan namun kerajaan telah mulai memberikan tumpuan yang serius terhadap pembangunan di Sarawak.Di peringkat negeri Sarawak katanya beberapa pihak berkuasa pembangunan wilayah telah ditubuhkan yang dilihat dapat melaksanakan pembangunan jalan penghubung yang dapat menghubungkan Pan Borneo dengan jalan pesisir pantai.“Maknanya jalan-jalan balak akan dinaik taraf dan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan infrastruktur perhubungan di Sarawak ini,” katanya sambil menambah bahawa setiap projek yang dilaksana tidak lari daripada berdepan pelbagai cabaran seperti jumlah kontraktor dan juga bahan binaan.Pada masa yang sama beliau menyeru supaya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Sarawak di dalam mengadakan program yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran modal insan di negeri itu.- BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=366 |
Lawatan kerja ke New Zealand disifatkan berjaya - Zambry
| [
"PUTRAJAYA, 6 Mei - Satu dokumen Kerjasama Strategik Malaysia-New Zealand telah dimeterai hasil lawatan kerja sulung Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke negara itu pada 2 hingga 4 Mei lalu.Pemeteraian dokumen tersebut turut disaksikan rakan sejawatnya, Nanaia Mahuta selain membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama termasuk kerjasama dalam sektor industri halal dan pertanian. Dalam satu kenyataan, Zambry berkata Kerjasama Strategik itu akan memberi manfaat yang tinggi kepada kedua-dua negara, selain menaik taraf hubungan diplomatik ke peringkat kerjasama strategik serta membuka peluang-peluang pelaburan baharu ke Malaysia dan New Zealand.Dalam rangka lawatan itu, Zambry juga berpeluang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitiri bersama rakyat Malaysia di New Zealand. ",
"Dianggarkan seramai 18,000 warga Malaysia berada di New Zealand yang terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta pelabur-pelabur. New Zealand merupakan antara rakan dagangan penting buat Malaysia, sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada 1957.Jumlah dagangan pada 2022 bernilai RM11.3 bilion (US$2.56 bilion), meningkat 49.6 peratus berbanding RM7.55 bilion (US$1.82 bilion) pada 2021."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=367 |
PM umum peruntukan RM3 juta kepada BSMM
| [
"KUALA LUMPUR, 5 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukkan RM3 juta kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), bagi rangsangan dan galakan kepada persatuan itu dalam kerja-kerja sukarelawan dan bantuan.Peruntukkan itu melibatkan perkhidmatan ambulan kecemasan 999, geran persediaan menghadapi bencana melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan disalurkan untuk persiapan pembangunan kapasiti di ibu pejabat dan negeri.\"Menteri Nancy Shukri menyebut tentang peruntukan yang diserahkan melalui kementerian dan beliau juga telah bersetuju RM1 juta dari agensi pengurusan bencana negara NADMA . Itu khusus untuk kerja-kerja kebajikan atau usaha-usaha di lapangan baik dalam negara atau luar negara. Itu yang NADMA, tambahan RM1 juta. Dan untuk mmemperkukuh memastikan penyelenggaraan pengurusan di ibu pejabat dan negeri negeri itu lebih mantap, saya setuju menambah untuk ibu pejabat negeri RM1 juta lagi,\" kata Anwar di sini.",
"(Anwar ketika berucap merasmikan sambutan Ulang tahun ke-75dan Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM, di sini)",
"Anwar berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan sukarelawan di negara ini yang sanggup merisikokan diri sendiri dalam usaha menyampaikan bantuan dan kebajikan, sama ada di dalam mahupun luar negara. Beliau berkata semangat yang ada dalam sukarelawan itu juga selaras dengan gagasan MADANI iaitu ihsan yang mementingkan sifat kemanusiaan sejagat tanpa mengira perkauman sempit. \"Kemanusiaan itu bererti kita ada ihsan dan kasih sayang. Nilai kemanusiaan itu apabila kita bertimbang rasa, ada kasih dan sayang, mereka akan bantu yang menghadapi masalah dan ini satu hal yang dikembangkan Bulan Sabit Merah.\"Selama 75 tahun dalam sejarah Bulan Sabit Merah ini iaitu hampir umur saya dan dengan pengalaman mereka bukan baru, di media dipaparkan setiap kali malapetaka, bencana dan perang saudara, kehadiran wakil mereka ada (terdapat yang) menyabung nyawa dan menghadapi risiko termasuk ada yang cedera,\" katanya. Justeru beliau mahu kementerian yang berkaitan untuk membantu dan mengalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat sama dalam kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan.Turut berangkat pada majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu Pengerusi Kebangsaan BSMM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=368 |
Agong, Permaisuri tiba di London untuk lawatan khas
| [
"KUALA LUMPUR, 4 Mei - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di London, United Kingdom pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei ini. Menurut catatan di Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut wakil Istana Buckingham, Deputy Lord Lieutenant Elizabeth Slack, Wakil Khas Foreign Secretary David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar serta isteri, Datin Nor Aini Abdul Rahman. Lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu ini (6 Mei).Seri Paduka berdua turut dijadualkan menghadiri majlis resepsi dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham, esok (5 Mei).Menurut catatan itu, kali terakhir Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham ialah pada 12 Okt tahun lepas sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III. Kunjungan hormat tersebut bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London dari 10 hingga 16 Okt 2022. - BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=369 |
MITRA umum tiga inisiatif, tingkat sosioekonomi masyarakat India B40
| [
"PUTRAJAYA, 5 Mei - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mengumumkan tiga inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, Datuk R Ramanan, program tersebut merupakan inisiatif bagi membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat India B40.Antara program tersebut termasuklah Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India di Universiti Awam, Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan juga Program Subsidi bantuan Dialisis.Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India di Universiti Awam akan memanfaatkan seramai 10,000 orang pelajar yang akan menerima bantuan subsidi one-off bernilai RM2000.Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) pula akan memanfaatkan 4,500 kanak-kanak dengan bayaran subsidi RM200 sebulan meliputi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 12 bulan.Manakala Program Subsidi Dialisis, MITRA menyasarkan 900 pesakit kronik buah pinggang yang memerlukan bantuan melibatkan bayaran RM200 untuk satu sesi dialisis.\"Bantuan subsidi ini adalah untuk bayaran empat kali sebulan selama setahun. Sebanyak RM8.64 juta telah diperuntukkan bagi Program Bantuan Dialisis tersebut. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pusat-pusat dialisis yang sedia ada.\" kata R Ramanan, di sini.",
"(R Ramanan bercakap dalam sidang media Pengumuman Program-Program Inisiatif MITRA, di sini)",
"Tambah beliau, kesemua program tersebut sudah dibuka permohonan dan boleh dimohon oleh kesemua masyarakat india B40 yang berkelayakan."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=370 |
AirAsia mulakan penerbangan terus Kuching-Jakarta bulan depan
| [
"KUCHING, 4 Mei- Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari Jakarta ke Kuching pada 15 Jun ini.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia, tambang promosi serendah RM199 untuk penerbangan sehala kini boleh didapati di aplikasi dan laman web AirAsia.\"Penerbangan ini ditawarkan tiga kali seminggu iaitu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.\"Promosi ini boleh mula didapati sehingga 14 Mei untuk perjalanan yang akan dilakukan di antara 15 Jun hingga 29 Oktober tahun ini.\"Buat masa ini, AirAsia Malaysia menyediakan penerbangan antara Singapura dan tiga bandar di Sarawak iaitu Kuching, Miri dan Sibu, menjadikannya syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas antara Singapura dan Sarawak,” tambah kenyataan.",
"Berdasarkan jadual penerbangan yang disertakan bersama kenyataan itu, penerbangan Jakarta-Kuching akan berlepas pada pukul 7.30 pagi (waktu Indonesia Barat) dan tiba di Kuching pada pukul 10.40 pagi (waktu Malaysia).Penerbangan balik pula akan berlepas pada pukul 11.10 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Jakarta pada pukul 12.20 tengah hari (waktu Indonesia Barat)."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=371 |
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan
| [
"KUALA LUMPUR, 4 Mei - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 3.50 petang tadi memaklumkan, negeri terlibat ialah Kelantan meliputi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.",
"Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah dan Terengganu meliputi Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.Turut terlibat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.Manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.Amaran turut melibatkan Melaka, Johor serta Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.Sarawak pula meliputi Kuching, Betong, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Mukah."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=372 |
Batuk Kokol: KKM rekod dua kematian ,132 kes setakat April
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Mei - Sebanyak 132 kes Pertussis atau batuk kokol dengan dua kematian dilaporkan di negara ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata angka itu merupakan kes yang direkodkan pada tahun ini sehingga 28 April.Katanya jika dibandingkan bagi tempoh yang sama iaitu sehingga 28 April pada tahun 2019, sebanyak 495 kes dicatatkan sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 73.3 peratus.Daripada 132 kes pertussis yang dilaporkan, 89 kes iaitu 67.4 peratus dalah warganegara manakala 43 kes bersamaan 32.6 peratus lagi merupakan bukan warganegara.Bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 67 kes iaitu 50.8 peratus.Kanak-kanak berumur di antara satu tahun hingga hingga 10 tahun mencatat sebanyak 47 kes bersamaan 35.6 peratus dan selebihnya berumur 11 tahun dan ke atas.“Imunisasi merupakan langkah pencegahan pertusis yang berkesan. Di Malaysia, vaksin pertusis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.\"Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95 peratus pada setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya berdasarkan situasi semasa, kebanyakan kes pertussis di negara ini adalah dalam kalangan bayi berumur kurang dari lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optima.Hal ini kerana bayi tersebut masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis.\"Justeru, KKM sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus- Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil. \"Ibu hamil yang menerima vaksin pertussis ini dapat melindungi bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti Jadual Imunisasi Kebangsaan,\" tambah beliau.Beliau menasihati individu yang bergejala perlu sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin iaitu dengan menutup mulut dan diikuti dengan mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.\"Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala batuk kokol,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=373 |
Anwar terima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas Pengakap Malaysia
| [
"(Perdana Menteri dikalungkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas hari ini)",
"PUTRAJAYA, 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), di Pejabat Perdana Menteri di sini.Anwar menerusi catatan Facebook berkata, pengisytiharan disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin.“Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia,” katanya.Persekutuan Pengakap Malaysia turut berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas kepada Perdana Menteri.\"Anugerah Bintang Semangat Padi Emas merupakan anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan dalam kalangan pemimpin negara serta negeri,\" tambah beliau.Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu Perdana Menteri adalah Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=374 |
Cuaca panas: KPM benar murid, guru pakai baju sukan
| [
"KUALA LUMPUR, 3 Mei - Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.KPM memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.",
"\"Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,\" kata KPM menerusi kenyataan.KPM berkata pihak kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara.\"Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan,\" kata KPM."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=375 |
Malaysia terus memartabatkan kebebasan media
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Mei- Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding kedudukan 119 (60.53 mata) pada tahun sebelumnya.\"Malaysia turut meraih kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176),\" menurut hantaran Fecebook berkenaan. Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-undang Majlis Media sebelum ia dibawa kepada Jemaah Menteri.Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=376 |
Datuk Seri Dr. Zambry mulakan lawatan kerja ke New Zealand
| [
"PUTRAJAYA, 2 Mei- Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dijadual mengadakan lawatan kerja ke New Zealand bermula hari ini hingga Khamis.Kunjungan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Nanaia Mahuta. Ia menjadikan New Zealand negara Pasifik pertama dikunjungi Dr. Zambry sejak menyandang jawatan Menteri Luar pada 2 Disember 2022. Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua menteri dijangka membincangkan status kerjasama dan hubungan dua hala sedia ada, di samping bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.Mereka juga dijadual menyaksikan pemeteraian dokumen Rakan Kerjasama Strategik Malaysia – New Zealand yang akan ditandatangani Pegawai Kanan Kementerian Luar Malaysia dan Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand.Dr. Zambry juga akan mengadakan pertemuan interaktif dengan diaspora Malaysia di New Zealand termasuk pelajar dan komuniti perniagaan.Tahun lepas,New Zealand kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan bernilai RM11.3 bilion, meningkat 49.6% berbanding RM7.55 bilion pada 2021.",
"(Datuk Seri Dr. Zambry mulakan lawatan kerja ke New Zealand)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=377 |
Gabungan empat parti kerajaan perpaduan cukup kuat
| [
"(Datuk Seri Anwar menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI/BERNAMA)",
"PUTRAJAYA, 1 Mei- Gabungan empat parti utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat untuk menangkis sebarang komplot menjatuhkan kerajaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum sememangnya terdapat komplot yang dilaksanakan dengan pelbagai strategi diatur pihak tertentu.\"Komplot itu ada tapi tidak ada asas. Kita tumpu kerja, kalau mereka tidak ada komplot dia kerja apa, jadi mereka jalankan tugas mereka.\"Dia setiap bulan ada strategi dia. Yang penting kita ada PH, BN, GPS, GRS termasuk yang lain-lain Warisan tapi yang ada empat itu komitmennya cukup jelas. Jadi tumpu kerja jangan layan pengigau-pengigau,\" kata Anwar kepada media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja 2023 di sini.",
"(Datuk Seri Anwar berkata gabungan empat parti politik dalam kerajaan perpaduan cukup kuat)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=378 |
Jambatan usang, nelayan khuatir ancam nyawa pengguna
| [
"MELAKA, 1 Mei- Nelayan di Serkam Pantai, Melaka meluahkan rasa bimbang susulan jambatan yang menghubungkan penempatan mereka dengan Jeti Pangkalan Nelayan kawasan itu semakin usang.Jambatan konkrit berusia hampir 20 tahun itu dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna.Ketua Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Serkam Pantai, Md Shah Hashim berkata, lebih memburukkan, jambatan tersebut turut digunakan kenderaan berat beberapa projek pembangunan di kawasan berhampiran.\"Jadi jika sekiranya jentera-jentera berat lalu selalu di situ kami dapati jambatan itu telah pecah, kemungkinan boleh roboh jadi bagi jentera pula nak lalu tempat lain tiada jalan boleh masuk kecuali disitu, jadi untuk kemudahan kemajuan yang dapat kita bangunkan di Serkam Pantai ini mudah-mudahan kita harap kerajaan dapat bantu kami dengan secepat mungkin,\" katanya.",
"(Ketua Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Serkam Pantai, Md Shah Hashim)",
"Tambah Md Shah, jambatan itu juga menjadi laluan orang ramai khususnya pengunjung luar Melaka untuk ke Medan Ikan Bakar berhampiran.Justeru katanya, tindakan segera diharap dapat dilaksana sebelum berlaku perkara tidak diingini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=379 |
Cuaca panas? TNB kongsi tip jimat tenaga elak bil melambung tinggi
| [
"(Memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) juga membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman/FOTO TNB)",
"KUALA LUMPUR, 1 Mei - Kepanasan melampau sejak minggu lalu membuatkan kita merasa tidak selesa untuk bergerak sehingga menjejaskan aktiviti seharian.Mana tidaknya Malaysia sekarang mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.Malah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan perayaan Aidilfitri tahun ini sebagai musim raya paling panas dalam sejarah negara.Semua negeri terasa dengan perubahan cuaca panas namun yang paling terasa adalah negeri di Utara dan Pantai Timur bersempadanan dengan Thailand sehingga mencecah suhu lebih 37 darjah celcius.Penulis bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri ke Sarawak turut merasai cuaca kepanasan sehingga 34 darjah celcius. Sepanjang musim perayaan tuan rumah yang mempunyai penyaman udara akan memasang pendingin hawa untuk tempoh yang lama. Mungkin ada yang memasang dari pagi sehingga ke malam.Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan pengguna kediaman untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.Penggunaan elektrik mungkin meningkat akibat cuaca yang agak panas selain pengguna sedang berada dalam musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.\"Untuk memantau penggunaan elektrik secara langsung, pengguna juga digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang, sama ada menerusi portal myTNB atau aplikasi myTNB,\" menurut kenyataan itu pada Isnin.",
"(Pada waktu malam, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik. Suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa lebih cepat selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang/FOTO TNB)",
"TNB memaklumkan, antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah mematikan alat penyaman udara, kipas dan lampu dalam bilik yang kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai digunakan.Selain itu, menghidupkan kipas pada waktu malam membantu penggerakan udara di dalam bilik dan tetapkan masa untuk alat penyaman udara dimatikan bagi penjimatan elektrik.Pengguna juga digalak memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.Di samping itu, pengguna disaran menyenggara alat penyaman udara dengan kerap bagi membolehkan ia beroperasi pada tahap optimum selain membersihkan penapis agar udara sejuk dapat keluar dengan lebih lancar.Pengguna dinasihatkan untuk memantau penggunaan elektrik secara langsung melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau aplikasi myTNB.Mengenai langkah penjimatan elektrik pula, pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energy-savings-tips/tips-tricks.",
"(Kerap menyenggara pendingin hawa membolehkan ia beroperasi pada tahap optimum. Bersihkan penapis agar udara sejuk dapat keluar dengan lebih lancar/FOTO TNB)",
"BERITA BERKAITANCadangan Tubuh Jawatankuasa Khas Mengenai Cuaca Panas Dibawa Ke KabinetKurangkan minuman manis, kafein ketika cuaca panasMalaysia dijangka alami cuaca panas hingga OgosSuhu panas dicatatkan di negeri KedahSekolah dibenar tutup jika suhu lebih 37 darjah celciusStrok haba, tiada kes kecemasan di MelakaKenal pasti strok haba pada kanak-kanakStrok haba: Kerajaan koordinasi kerjasama negeri dan agensi bantu rakyatMasyarakat perlu bersedia hadapi musim panas, cegah strok haba"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=380 |
Konsep bipartisan mampu basmi miskin tegar - Pakar
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Mei - Pendekatan bipartisan mampu menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini berbanding hanya mengharapkan usaha kerajaan semata-mata, menurut pakar ekonomi Dr Jain Yassin.Beliau berkata kesanggupan semua parti untuk bekerjasama tanpa mengira pegangan politik adalah asas penting untuk memastikan keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan.”Kalau kita lihat insitiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan, suka saya ketengahkan konsep bipartisan. Konsep ini penting kerana kesanggupan semua pihak untuk bekerjasama tanpa mengira pandangan politik yang berbeza akan membantu usaha pembasmian kepada golongan sasar.“Bipartisan ini boleh dilakukan kerana Malaysia sudah mengikuti jejak United Kingdom apabila sudah mempunyai kumpulan rentas parti Parlimen yang diwujudkan untuk bersama-sama dengan blok pembangkang dan kerajaan untuk pelaksanaan sesuatu program di kawasan Parlimen,” katanya kepada Bernama.Selain itu, bagi memastikan program kemiskinan lebih berimpak, Jain yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah turut mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan analisis keperluan sebelum melaksanakan sebarang inisiatif di kawasan tertentu.Menurut Jain analisis itu perlu mengambil kira faktor seperti keperluan sesebuah kawasan, kesediaan komuniti yang akan dilibatkan serta kesesuaian sumber yang ada di kawasan itu untuk melaksanakan program.“Ini penting sebab saya lihat banyak program kerajaan tidak mampan kerana tidak sesuai dengan komuniti tersebut, tidak sesuai dengan sumber yang terdapat di kawasan tersebut dan geografi kawasan.“Sebab itu untuk kelangsungannya, perlu ada satu jawatankuasa pemantauan agar program yang dilaksanakan menjadi sebuah program yang mampan, selain perlu memperluas skop program pembasmian kemiskinan dengan memasukkan pembangunan kapasiti kepada komuniti agar persepsi penduduk terhadap kemiskinan dapat diubah, tanpa bergantung sepenuhnya kepada ekonomi tradisional,” katanya.",
"Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Perpaduan berhasrat menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini yang disifatkan beliau sebagai mengaibkan bagi sebuah negara yang mempunyai kekayaan khazanah seperti minyak dan gas.Ahli ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar itu bukanlah langkah populis untuk meraih sokongan rakyat, sebaliknya adalah tanggungawab setiap kerajaan yang memerintah.“Ini tidak ada kena mengena dengan populariti kerana membela rakyat adalah satu tanggungjawab kerajaan dan ini (basmi kemiskinan) seharusnya menjadi keutamaan kerajaan tidak kira apa sekali pun kerajaan yang memerintah.“Usaha membasmi kemiskinan sudah wujud sejak 70 tahun lepas lagi, sebelum negara mencapai kemerdekaan dengan pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dilaksanakan termasuk melalui penubuhan pusat zakat,” katanya.Beliau turut menyarankan agar kerajaan menumpukan pembinaan keupayaan masyarakat melalui latihan dan teknologi sebagai langkah pembasmian kemiskinan secara total.Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan berkata matlamat kerajaan untuk membasmi sepenuhnya golongan miskin tegar di negara ini adalah satu daripada cara untuk meletakkan Malaysia sebagai contoh kepada dunia.Menurut Lim, sebelum ini beliau telah mencadangkan lima cara untuk Malaysia menjadi contoh kepada dunia antaranya dalam bidang tadbir urus yang baik; dialog antara etnik, agama, budaya dan tamadun; persefahaman; toleransi serta harmoni."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=381 |
Sekolah dibenar tutup jika suhu lebih 37 darjah celcius
| [
"PUTRAJAYA, 30 April - Sekolah dibenar untuk ditutup sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran 2 dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.Kebenaran penutupan itu berkuat kuasa serta merta bermula 28 April lalu untuk semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).Menurut pekeliling dikeluarkan KPM yang ditandangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili, arahan itu juga terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).",
"\"Semua aktiviti luar perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut,\" katanya.Menurut pekeliling sama, pentadbir juga perlu memastikan bilik mempunyai pengudaraan yang baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan murid bagi mengelak sebarang risiko berkaitan strok haba berlaku serta penyakit lain.Sebelum ini, KPM dalam kenyataan berasingan memaklumkan Institusi di bawah KPM diarah menghentikan aktiviti luar bilik darjah membabitkan murid sekiranya kawasan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diarah melaksanakan langkah pencegahan, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=382 |
Pemangku Raja Perlis nasihat jemaah haji lengkapkan diri
| [
"ARAU, 30 April- Bakal jemaah haji perlu mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya kerana ibadat haji adalah perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan selengkapnya.Sebelum berangkat ke tanah suci, bersihkan niat dan gunakan tenaga dan masa untuk melaksanakan amal ibadah secukupnya untuk mendapat haji mabrur.Titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ucapan tahniah kepada semua yang telah menerima jemputan dari Allah Subhanahu Wataa'la untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini dan syabas atas komitmen dan ketekunan untuk menyiapkan diri masing-masing dengan segala ilmu yang diperlukan.",
"(Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)",
"Baginda turut menzahirkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji atas usaha untuk menganjurkan kursus-kursus secara fizikal dan secara dalam talian sebagai persediaan rohani untuk semua bakal haji.Demikian titah baginda ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perlis Musim Haji Tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi yang diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh PutraBagi musim haji tahun ini, Tabung Haji dijangka akan menghantar seramai 31,600 jemaah Malaysia ke tanah suci, dimana seramai 370 orang daripadanya adalah dari negeri Perlis.Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=383 |
Abang Johari optimis pendapatan Sarawak dijangka meningkat tahun ini
| [
"MUKAH, 30 April - Sarawak dijangka terus merekodkan peningkatan pendapatan pada tahun ini berikutan kejayaan mencatatkan pertambahan pendapatan dalam tempoh empat tahun termasuk RM12 bilion pada 2022.Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendapatan yang direkodkan Sarawak pada tahun lepas adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negeri ini.Beliau yakin dengan adanya peningkatan pendapatan berkenaan, banyak pembangunan boleh dilaksanakan di seluruh Sarawak termasuk di Mukah.“Pada 2022 pendapatan Sarawak tidak pernah dalam sejarah ialah RM12 bilion, sebelum itu dah naik daripada RM10 bilion kepada RM11 bilion dan kita doakan pada tahun ini (2023) akan mencatatkan peningkatan juga.\"Kita akan melaksanakan projek pembinaan tebingan sungai Mukah yang baharu dianggarkan menelan kos RM60 juta dan kini sedang dalam peringkat reka bentuk kejuruteraan,\" katanya semasa merasmikan Pesta Kaul Mukah 2023, sebuah pesta tahunan kaum Melanau, di Mukah, Sarawak semalam.Tambahnya sebuah syarikat minyak dan gas kini sedang melakukan anggaran jumlah minyak dan gas yang terdapat di perairan Balingian.Selain itu, Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) telah mengenal pasti 60 projek dengan nilai berjumlah RM1 billion yang akan dibangunkan dalam Bahagian Mukah.",
"(Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg/FOTO FB Alexander Nanta Linggi)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=384 |
Melaka galak orang ramai pakai pelitup muka di tempat awam
| [
"AYER KEROH, 29 April- Kerajaan negeri Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala COVID-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM).Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berkata langkah itu sebagai salah satu usaha untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu walaupun kes harian wabak berkenaan dilaporkan semakin berkurang.\"Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada, dan setakat ini pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan.\"Namun sekiranya dalam masa terdekat, pemakaian pelitup muka diwajibkan, maka kita akan mengikuti SOP itu,\" katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.KKM sebelum ini mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.",
"(Ngwe Hee Sem menyampaikan duit raya pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=385 |
RM13 juta nilai rampasan Op Khas Pagar Laut
| [
"BATU MAUNG, 28 April-Sebanyak 12 kes berprofil tinggi berjaya ditumpaskan oleh Maritim Malaysia dalam Ops Khas Pagar Laut yang dilaksanakan bermula 9 April hingga 25 April lepas di perairan negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan membabitkan tiga kes tangkapan menyeludup masuk rokok, dua kes kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta masing-masing satu kes mencuri dan rompakan berkumpulan\"Jadi dengan nilai rampasan yang kita anggarkan mencecah RM13 Juta saya anggap ops pagar laut ini sebagai berjaya. Ops Pagar Laut ini juga memperlihatkan komitmen tinggi Maritim Malaysia sebagai agensi barisan hadapan yang mengawal kawasan perairan negara\", katanya dalam sidang media selepas sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pengawai dan anggota Maritim yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau di sini.Dalam perkembangan lain, Saifuddin menegaskan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih utuh dan stabil bagi terus mentadbir negara.Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan berkata kerajaan kini fokus bagi memulihkan semula ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat.Saifuddin turut enggan mengulas desas-desus tentang kemungkinan kerajaan Perpaduan bakal tumbang.\"Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar masih kukuh dan berfungsi.\"Saya juga tak bercadang untuk mengulas terhadap apa juga desas desus di luar sana,\" katanya.",
"(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/FOTO RTM)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=386 |
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar - PM
| [
"ALOR SETAR, 29 April - Kerajaan bertekad untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar di Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri.Ini dibuktikan menerusi peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang diberikan kepada negeri tersebut.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut tidak termasuk bantuan seperti membaiki sekolah dan klinik daif serta projek bekalan air di beberapa daerah.",
"\"Tanpa kecuali, kita akan tangani masalah kemiskinan tegar melalui pelbagai program Kerajaan Perpaduan kerana kita tekad menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara termasuk Kedah.\"Saya minta kerjasama agensi Kerajaan Pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bantu, adalah mengaibkan negara yang ada potensi dan khazanah besar seperti minyak, gas, kelapa sawit dan industri, namun gagal menyelesaikan kemiskinan tegar,\" katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di sini.Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut mencemar duli berangkat hadir memeriahkan majlis berkenaan.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta barisan jemaah menteri lain.Tambah Anwar, adalah sesuatu yang mengaibkan apabila negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai hasil, namun masih gagal menyelesaikan isu kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.Katanya, tumpuan lebih akan diberikan kepada negeri yang didapati mempunyai jumlah penduduk miskin tegar yang tinggi bagi membantu mereka keluar dari kepompong kesukaran hidup.\"Tahun ini kerajaan ambil keputusan menoktahkan kemiskinan tegar, antara negeri yang masih catat jumlah kemiskinan tegar termasuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=387 |
Teroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi
| [
"BUKIT KAYU HITAM, 25 April - Kementerian Dalam negeri (KDN) sedang meneroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi termasuk penggunaan dron serta kecerdasan buatan dalam penugasan pihak berkuasa terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi meningkatkan lagi kawalan jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan dadah, ketum, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan manusiaKatanya, dalam aspek kawalan keselamatan sempadan gabungan pelbagai inisiatif bukan sahaja dron, malah perlu menambah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), pagar sempadan di lokasi strategik dan kehadiran fizikal anggota keselamatan.\"Aspek kawalan sempadan ia harus berupa gabungan pelbagai inisiatif dia ada fizikal 'only present',dia kena ada struktur sedia sekarang dalam bentuk pagar sekarang kemudian CCTV dalam 'proint' srategik jadi kedepan nanti kita kata bahawa munasabah untuk kita teroka inovasi seumpama kawalan sempadan yang berasaskan dron, objektif besar dia apa dia keselamatan negara mesti terkawal dan terjamin,\" kata Saifuddin di sini.",
"(Saifuddin bercakap dalam isidang media selepas mengadakan lawatan keMarkas Taktikal MARTAK Pasukan Gerakan Am PGA di Bukit Kayu Hitam, Kedah)",
"Mengenai pembinaan pagar sempadan yang baharu, beliau mengakui berhadapan kekangan untuk melaksanakan pembinaan pagar di sempadan Malaysia-Thailand berikutan jaraknya terlalu panjang dan kos penyelenggaraan pagar sedia ada sangat tinggi , kerana meliputi jajaran kawasan yang sangat luas.Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=388 |
Belum ada permohonan rasmi ahli parlimen pembangkang bincang peruntukan – Fadillah
| [
"KUCHING, 25 April - Tiada rundingan akan berlaku mengenai peruntukan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang, selagi kerajaan tidak menerima surat perincian cadangan secara bertulis daripada pihak Perikatan Nasional (PN).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini beliau masih belum menerima permohonan secara rasmi dari PN berhubung perkara tersebut.\"Saya sudah beritahu supaya buat tawaran secara hitam putih, selagi belum terima surat tawaran rasmi tidak akan berlaku perundingan,\" kata Fadillah di sini.Tambah beliau tiada syarat ditetapkan berhubungan perkara berkenaan kerana PN masih belum mengemukakan permohonan dan tawaran secara rasmi.Bercakap kepada media di Kuching, beliau mendedahkan perjumpaan dengan Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai peruntukan kewangan itu juga dibuat secara tidak rasmi.Menurut beliau, semasa kerajaan keluarga Malaysia terdahulu ada perundingan dan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai berhubungan perkara berkenaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan fokus kerajaan Malaysia Madani pada masa ini adalah untuk meletakan semula Malaysia pada landasan yang betul bagi pemulihan ekonomi selain kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Tegasnya jika terus berpolitik, Malaysia akan semakin mundur dan ketinggalan berbanding negara ASEAN lain.",
" (Fadillah Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=389 |
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara
| [
"KUALA LUMPUR, 22 April- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Santapan, Istana Negara.Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kira-kira pukul 10.10 pagi.Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Fahmi Fadzil dan keluarga.",
"Baginda berdua kemudian berkenan bersantap bersama anggota Kabinet Kerajaan, kerabat, dif kenamaan utama dan duta asing.",
"Kira-kira 2,000 hadirin yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta komuniti orang asli turut memeriahkan majlis itu.Majlis santapan berkenaan dijadual berlangsung sehingga pukul 2.00 petang ini."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=390 |
Masjid, surau dipenuhi jemaah tunai solat sunat Aidilfitri
| [
"KUALA LUMPUR, 22 April- Sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara hari ini meriah dengan masjid dan surau dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.Di Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar bagi menunaikan solat sunat Aidifitri bersama hampir 2,000 jemaah, pagi tadi.Keberangkatan baginda bersama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama barisan exco turut menyambut keberangkatan baginda.Manakala di Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nur Zahirah dan dua anakandanya Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaz juga mencemar duli untuk turut bersama lebih kurang 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.Mengiringi baginda adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama beberapa pegawai kerajaan negeri.Cuaca baik yang diramalkan sepanjang hari di Kuala Terengganu memberi kelebihan buat umat Islam di sini untuk menyambut 1 Syawal dalam suasana penuh meriah.Di Kelantan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat, pagi tadi. Baginda yang tiba sekitar pukul 9.10 pagi bersama hampir lebih 2,000 jemaah yang hadir. Turut mengiringi baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, serta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Solat sunat Aidilfitri diimamkan Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hanafizi Abdullah manakala khutbah disampaikan Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Mohamad. Selesai solat, baginda mengambil kesempatan beramah mesra bersama para jemaah sebelum berangkat pulang untuk menghadiri Majlis Penghadapan yang diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.Sementara itu, di Pahang, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah. Baginda tiba pada pukul 8.35 pagi dan kemudian menunaikan solat sunat Aidifitri bersama kira-kira 2,000 jemaah.Solat sunat Aidilfitri itu dipimpin oleh Imam I, Mohd Faizal Abdul Manaf manakala khutbah bertajuk \"Kukuhkan Perpaduan, Jalinkan Persaudaraan\" disampaikan oleh Kadi Pekan, Mohd Aris Jamin. Sebelum itu, tatacara solat sunat Aidilfitri diterangkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman. Selesai solat, baginda mencemar duli menyantuni jemaah yang hadir ke masjid dan berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Pekan yang terletak bersebelahan masjid tersebut. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehudin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri.Di Perlis, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 2,000 rakyat jelata di Dataran Istiadat, Istana Arau.Baginda tiba di perkarangan Dataran Istiadat kira-kira pukul 7.55 pagi.Solat sunat Aidilfitri bermula pukul 8.00 pagi diimamkan Imam Besar Negeri Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.Selesai solat, baginda turut mendengar khutbah khas Aidilfitri bertajuk \"Amalan Soleh Dalam Mencari Keredhaan Allah SWT\" yang di sampaikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Dalam khutbah yang disampaikan, masyarakat Islam perlu mengambil ikhtibar sepanjang sebulan melalui bulan Ramadan dan kini hari kemenangan telah tiba untuk kita sama merai dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.Turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, barisan exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.",
"Sementara itu di Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Abu Bakar, pagi tadi. Tunku Ismail tiba di masjid pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar. Turut hadir bersama menunaikan solat sunat di masjid itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan.Tunku Ismail dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat yang diimamkan Imam Besar Masjid, Makhadzir Abdan.Tunku Ismail kemudian meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang pada pukul 9.15 pagi. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=391 |
Sultan, Sultanah Kedah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
| [
"ALOR SETAR, 22 April- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, pagi tadi.Keberangkatan tiba Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha disambut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Turut berangkat, Tengku Mahkota Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin serta Kerabat Diraja Baginda.",
"Solat sunat dan khutbah Aidilfitri diimamkan dan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.Selesai solat Baginda dan Kerabat Diraja yang lain berkenan beramah mesra bersama para jemaah dan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebelum berangkat pulang."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=392 |
Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara
| [
"KUALA LUMPUR, 22 April- Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Negara, di sini, hari ini.Keberangkatan tiba Tuanku berdua pada pukul 8.15 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan jemaah menteri.",
"Baginda dan Perdana Menteri masing-masing mengenakan pakaian lengkap Baju Melayu berwarna hijau dan biru.",
"Sejurus tiba, Seri Paduka Baginda berdua dan Perdana Menteri sempat bertakbir bersama kira-kira 10,000 jemaah yang hadir.Solat sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohs Hosni yang turut menyampaikan khutbah bertajuk \"Aidilfitri lebih bermakna\".Pengisian khutbah menyentuh tentang keperluan bermaaf-maafan sesama insan selain kepentingan berbakti pada ibu bapa untuk mendapat keredhaan Allah.Para jemaah turut diingatkan bahawa Hari Raya Aidilfitri merupakan medan ujian bagi menguji keberhasilan tarbiah untuk meneruskan ibadah yang giat dilaksanakan sebelum ini sepanjang bulan Ramadan.",
"Selesai solat sunat Aidilfitri, Al-Sultan Abdullah dan Datuk Seri Anwar sempat bersalam-salaman dengan para jemaah sebelum berangkat ke Istana Negara.Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan masjid pada pukul 9.15 pagi diikuti Anwar dan Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=393 |
Raikan kepelbagaian bangsa, agama, kekalkan toleransi antara kaum - Sultan Mizan
| [
"KUALA TERENGGANU, 22 April- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negeri ini supaya meraikan kepelbagaian bangsa dan agama dengan mengekalkan toleransi antara kaum, serta saling menghormati antara satu sama lain. Baginda bertitah bahawa kepelbagaian bangsa dan agama yang terjalin di negara kita sejak dahulu lagi menunjukkan ia adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dileraikan.“Pupuklah semangat ini dalam kalangan anak-anak kita agar kedamaian ini kekal pada masa akan datang. Hari raya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya,” titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini.Sultan Mizan bertitah kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dapat mewujudkan kegembiraan sesama keluarga, sahabat handai dan jiran.Titah baginda, ia bertepatan dengan tujuan hari raya yang Allah S.W.T perintahkan kepada hambanya untuk diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira.",
"(Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin)",
"Namun dalam berhari raya dan bersuka ria, Sultan Mizan bertitah supaya rakyat tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di pusat-pusat pemulihan serta kesihatan. “Ambillah peluang ini untuk menyantuni mereka dan membantu sekadar kemampuan kita agar mereka turut sama merasakan kemeriahan hari raya. Semoga dengan bantuan kita dapat memberi sinar buat mereka untuk kuat berjuang mengharungi kehidupan ini,” titah Sultan Mizan sambil mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Terengganu. -BERNAMA"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=394 |
Tingkat penguatkuasaan sistem KEJARA, menggunakan dron
| [
"SEREMBAN, 21 April - Penggunaan dron oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu meningkatkan penguatkuasaan sistem demerit bawah Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas.Pengarah Kanan Bahagjan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata ia juga bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030.Tambahnya, sejak Januari 2022 hingga 5 April lepas, sebanyak 146,261 mata demerit KEJARA dikenakan kepada pengguna dengan 1,935 pemegang lesen diberikan amaran, digantung kali pertama sebanyak 412, kali kedua 75, dan kali ketiga tujuh manakala enam pemegang lesen pemandu percubaan (PDL) dibatalkan lesen.\"Antara kesalahan yang dikenakan mata demerit ialah memotong garisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lamu isyarat merah. Jadi dron ini akan digerakkan untuk mengesan kesalahan terbabit dan segera diambil tindakan,\" kata Lokman, di sini.Penguatkuasaan melalui penggunaan dron akan dilaksana secara berterusan dan pada masa sama meningkatkan kebolehan anggota dalam mengendalikan peralatan berkenaan.Tambahnya, 15 dron digunakan untuk bantuan penguatkuasaan di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ manakala lain-lain negeri sedang dalam proses mendapatkan lesen. Sementara itu, Lokman berkata, sebanyak 15 dron digunakan sebagai alat bantuan penguatkuasaan kesalahan jalan raya di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ.Bagaimanapun, lain-lain negeri ketika ini masih dalam proses mendapatkan lesen penerbangan dron.",
"(Lokman ditemui media ketika menghadiri majlis pembudayaan keselamatan jalan rayamelalui penguatkuasaan sistem KEJARA, bertempat di Plaza Tol Ainsdale)",
"Jelasnya, 129 kawasan hotspot kemalangan di seluruh negara akan dipantau pihaknya termasuk dengan penggunaam dron sedia ada.\"Hotspot kita ada 129 hotspot yang telah kita kenal pasti, iaitu kita panggil koridor-koridor kemalangan jalan raya. Di mana hotspot, 129 hotspot ini, anggota-anggota kita, akan berada dalam bergerak terhadap hotspot-hotspot ini, dan membawa dron-dron ini bagi memastikan penguatkuasaan secara dron ini dapat kita laksanakan. Dan, dirasai lah oleh orang ramai,\" katanya lagi. Kaedah penguatkuasaan dengan penggunaan dron juga dilihat efektif sekali gus dapat membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat. "
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=395 |
Rakyat Malaysia di Sudan dibawa pulang sebaik keadaan mengizinkan
| [
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bercakap kepada pemberita berkaitan situasi terkini di Sudan pada sidang media di Wisma Putra/ Foto BERNAMA) ",
"PUTRAJAYA, 20 April - Usaha membawa pulang 32 rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan akan dilaksana segera sebaik keadaan mengizinkan.Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha itu dilakukan susulan konflik di negara itu yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.Justeru, pihaknya sudah menghubungi beberapa negara sahabat bagi tujuan membantu usaha membawa keluar semua rakyat Malaysia yang terlibat.Antara negara yang dihubungi termasuklah Arab Saudi, Qatar, Amerika Syarikat, China, Turkiye, UAE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). \"Berdasarkan penilaian semasa termasuk input yang diperolehi daripada pelbagai pihak di Khartoum. Laluan keluar yang selamat adalah melalui udara iaitu lapangan terbang Antarabangsa Khartoum. Walaubagaimanapun sehingga setakat ini lapangan terbang berkenaan masih belum boleh beroperasi disebabkan ianya menjadi sasaran pertempuran..Sekali lagi saya ingin menekankan komitmen kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan menjadi keutamaan. Pasukan petugas khas akan membawa keluar kesemua rakyat Malaysia sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian,\" kata beliau dalam sidang media mengenai perkembangan terkini situasi konflik Sudan, di sini.",
"(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bercakap kepada pemberita berkaitan situasi terkini di Sudan pada sidang media di Wisma Putra/ Foto BERNAMA)",
"Tambah Zambry, semua rakyat Malaysia yang kini berada di tujuh lokaliti di negara itu berada dalam keadaan selamat.Stok bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mereka juga berjaya ditambah dan boleh bertahan untuk tempoh dua minggu lagi.Sehingga kini, 185 orang telah terkoban dan lebih 2,000 orang mengalami kecederaan ekoran pertempuran yang berlaku."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=396 |
JPJ bertindak tegas kurangkan kadar kemalangan
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Mac- 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan di 291 lokasi tumpuan yang dikenal pasti mencatat kadar kemalangan tertinggi termasuk kemalangan maut.Pemandu yang ingkar peraturan jalan raya akan berdepan tindakan tegas, kata Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan.Selain pemeriksaan di depoh pihak JPJ juga menggunakan kaedah penyamaran bagi memantau etika pemanduan pemandu bas.Setakat ini tiga kes direkod termasuk pemandu bas menggunakan bahan terlarang ketika memandu.\"Jadi kita memang kali ini agak tegas bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan seterusnya kita mengurangkan kadar kematian kali ini.\"Insya-Allah, supaya semua pemandu nasihat saya patuhi peraturan jalan raya dengan sepenuhnya. Beri nasihat kepada sanak-saudara, abang adik dan sebagainya supaya mereka sama-sama mematuhi bagi mengelakkan tindakan daripada pihak JPJ, yang keduanya selamat sampai ke destinasi,\" kata Lokman selepas menjadi tetamu khas Program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri di sini.",
"(Lokman berkata JPJ bertindak tegas kurangkan kadar kemalangan)"
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=397 |
KELANTANfm terbit Rancangan Khas Aidilfitri buat pendengar setia
| [
"TUMPAT, 19 April- Sempena Aidilfitri tahun ini, KELANTANfm turut tidak ketinggalan menerbitkan beberapa rancangan khas buat pendengar setia mereka. Rancangan Khas Aidilfitri berdurasi antara 30 minit hingga sejam itu akan mula bersiaran seawal 1 Syawal. Menurut Ketua Bahagian Rancangan KELANTANfm, Mohd Azlan Mahmood rancangan yang bakal disiarkan berbentuk hiburan, drama dan dokumentari radio. Antaranya, Selokaraya, Muzikaraya, Dikir Raya, Masih Ada Sayang dan Raya di Perbatasan. \"Rancangan - rancangan terbitan khas untuk Aidilfitri ini telah kami susun daripada raya pertama hingga raya ketiga dari pagi hingga petang dan kami juga ada rancangan kolaborasi antara negeri, Tiara Mesra Khas iaitu pada malam raya kedua. Jadi jangan lupa dengarkan rancangan khas yang telah kami rakamkan khas buat pendengar semua,\" katanya.",
"(Ketua Bahagian Rancangan KELANTANfm, Mohd Azlan Mahmood)",
"Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena “Program KELANTANfm Ambil Peduli” kepada dua buah rumah kanak – kanak kurang bernasib baik masing – masing di Wakaf Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Hadir sama Pengarah Penyiaran Negeri, Wan Azhan Wan Hamat. Mengulas lanjut, Mohd Azlan berkata siaran khas itu turut akan menampilkan nyanyian lagu raya dendangan para juruhebah KELANTANfm."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=398 |
Rakyat Malaysia di Sudan berjaya dipindahkan
| [
"PUTRAJAYA, 18 April - Rakyat Malaysia yang berada di Kompleks Petronas Khartoum, Sudan yang menjadi sasaran telah berjaya dipindahkan ke tempat selamat pada lewat petang Isnin, waktu Sudan.Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar untuk memanggil Duta Besar Sudan ke Malaysia bagi menyuarakan pandangan negara ini dalam konflik terbaharu.Ia berikutan situasi yang semakin meruncing dan laporan berkenaan “pengambilan paksa” Kompleks Petronas di Sudan, yang turut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia.",
"“Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan.",
"“Dalam pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) telah menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara. \"Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak-pihak yang bertelagah,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Mengulas lanjut, Zambry berkata Malaysia sedang mengambil langkah membawa pulang kesemua rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan bagi menjamin kelancaran usaha tersebut.",
"(Serangan berhampiran pangkalan RSF di selatan Khartoum pada waktu pagi dengan cepat merebak ke kawasan lain di ibu negara, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum/FOTO AFP)",
"Beliau menekankan, keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan adalah keutamaan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Sudan jika keselamatan terancam.\"Bagi tujuan ini, Pasukan Khas yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri telah merangka pelan evakuasi untuk membawa pulang 32 rakyat Malaysia berdasarkan data terkini yang dikongsikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.\"Ia akan dilaksanakan bersama negara-negara sahabat serta-merta sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian.\"Walau bagaimanapun, keadaan semasa masih belum mengizinkan proses evakuasi dilakukan kerana pertempuran masih memuncak,\" tambah Zambry.",
"Beliau juga memaklumkan bahawa krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing.Katanya, terdapat laporan serangan dilakukan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah, rakyat Jepun dikasari, kenderaan diplomatik Amerika Syarikat ditembak manakala kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=399 |
Skim simen Rahmah, turun RM120 setiap tan metrik
| [
"KUALA LUMPUR, 18 April - Sebanyak 1 juta tan metrik simen pukal ditawarkan oleh Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) di bawah Inisiatif Skim Simen Rahmah.Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata harga setiap tan metrik simen yang ditawarkan ialah RM290 berbanding harga pasaran semasa iaitu RM410 setiap tan.Katanya, penurunan sebanyak RM120 ringgit setiap tan metrik itu, bersamaan insentif sebanyak 29.3 peratus daripada pembekal simen. \"Nilai 1 juta tan metrik simen akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram,\" katanya menerusi kenyataan hari ini.Pada masa ini, nilai harga kampit simen di pasaran berjumlah RM22.50 sen sekampit dan akan diturunkan kepada RM17.50 sekampit.\"Contohnya untuk harga rumah asal bernilai RM300,000 dan pengurangan sebanyak RM5,000 atau 2.38 peratus menjadikan harga jualan baharu sebanyak RM295,000. \"Inisiatif ini sekali gus akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dalam komitmen pembiayaan perumahan,\" katanya.Tambah beliau rakyat akan memperolehi manfaat penguran harga rumah maksimum sehingga RM5.000 mengikut jenis dan harga rumah.Katanya, 20 juta kampit simen Rahmah itu mampu membina 24,000 buah rumah mampu milik sehingga 24,000 unit rumah.\"Dijangka simen Rahmah ini memberi manfaat kepada hampir 100,000 rakyat yang membeli rumah bawah harga RM300,000,\" katanya."
] |
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional?start=400 |
Program Bubur Lambuk PERAKfm: Perkukuh kerjasama agensi Persekutuan, negeri
| [
"IPOH, 18 April- Tradisi Program Bubur Lambuk PERAKfm di RTM Perak diteruskan lagi tahun ini bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata kerjasama berkenaan penting bagi memberi nilai tambah dalam memenuhi objektif dan hala tuju kerajaan.\"Jadi pada saya program yang dianjurkan oleh RTM ini yang disokong penuh oleh portfolio saya Insyaallah saya akan perbanyakkan lagi program seumpama ini kerana kita boleh lihat hari ini di belakang sana ramai antaranya pelajar-pelajar, agensi-agensi kerajaan seperti mana saya sebut tadi ada lapan agensi bersama dengan kita semuanya menghantar wakil dan ini mengeratkan ukhuwah sesama agensi,\" katanya.",
"(Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi)",
"Beliau bercakap kepada RTM pada program memasak Bubur Lambuk Madani PERAKfm di RTM Perak, Ipoh.Hadir sama, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Syazariah Majidi.Sebanyak tujuh periuk bubur lambuk disediakan secara bergotong royong untuk program tersebut , melibatkan lapan agensi kerajaan persekutuan dan negeri."
] |
Subsets and Splits