id
stringlengths
1
7
revid
stringlengths
1
7
url
stringlengths
37
43
title
stringlengths
1
222
text
stringlengths
0
156k
4
6930
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=4
Laman Utama
__NOEDITSECTION__
15
122748
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=15
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو; Rencong: ꤷꥁꤼ ꤸꥍꤾꤿꥈ) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia, yang merupakan bahasa rasmi di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, serta dituturkan di Timor Leste dan sebahagian wilayah di Filipina dan Thailand. Jumlah penutur bahasa Melayu mencakupi lebih daripada 290 juta penutur (seramai 260 juta orang bertuturbahasa Indonesia) merentasi kawasan maritim Asia Tenggara. Sebagai salah satu daripada bahasa-bahasa yang paling luas digunakan di Asia Tenggara, bahasa Melayu mempunyai istilah perundangan yang berbeza di negara-negara terlibat bergantung pada sejarah dan budaya penggunaan bahasa Melayu di negara-negara tersebut. Di Malaysia, istilah "bahasa Melayu" ialah istilah "de jure" untuk pentakrifan rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia, manakala istilah "bahasa Malaysia" atau "bahasa Melayu Malaysia" seringkali digunakan mewakili perkara yang sama secara tidak formal di kalangan rakyat Malaysia. Di Singapura, Bahasa Melayu mempunyai status bahasa kebangsaan pada waktu yang sama merupakan salah satu daripada empat bahasa rasmi (tiga lagi bahasa rasmi lain ialah bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil). Di Brunei, "bahasa Melayu" juga ditakrifkan sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa Melayu diutamakan apabila berlakunya percanggahan dengan versi bahasa Inggeris teks undang-udang. Di Indonesia, bentuk piawai bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Indonesia yang berperanan sebagai bahasa pemersatu di negara Indonesia. Penggunaan istilah "bahasa Melayu" di Indonesia pula hanya terhad kepada bentuk-bentuk vernakular bahasa Melayu (yakni bahasa Melayu tempatan) yang dituturkan di kawasan asli Melayu terletak di zon tengah Sumatra (seperti Riau, Kepulauan Riau, Jambi dan lain-lain), Sumatra Selatan dan Kalimantan Barat Indonesia. Di Timor Leste, Bahasa Indonesia masih tetap dikekalkan sebagai bahasa rasmi utamanya sebagai "bahasa bekerja" walaupun telah merdeka daripada negara Indonesia. Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang dari Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan. Bahasa Melayu Klasik, secara spesifiknya "bahasa istana" (atau dikenali sebagai "Court Malay" dalam bahasa Inggeris), ialah bahasa piawai sastera bersusurgalur daripada kesultanan Melaka dan kesultanan Johor, disebabkan itulah bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa Melayu Melaka, Johor atau Riau (atau pelbagai jenis gabungan nama yang berasaskan mana-mana dari tiga nama tempat ini) untuk membezakannya daripada bahasa-bahasa Melayik yang lain. Menurut "Ethnologue" 26, beberapa kelainan bahasa-bahasa Melayik disenaraikan sebagai bahasa-bahasa yang terpisah, termasuklah kelainan bahasa-bahasa Melayu Semenanjung yang dituturkan oleh Orang Asli, yang sangat rapat hubungannya dengan bahasa Melayu Baku yang boleh dianggap sebagai dialek-dialeknya. Terdapat beberapa bahasa dagang atau bahasa kreol Melayu yang berdasarkan satu bentuk "lingua franca" yang disusurgalurkan ke bahasa Melayu Klasik. Asal usul bahasa Melayu اصل اصول بهاس ملايو. Ahli-ahli linguistik bahasa Melayu bersetuju dengan kemungkinan bahawa asal usul bahasa Melayu terletak di barat pulau Borneo. Satu bentuk bahasa yang kini dikenali sebagai bahasa Melayu Purba (dari segi linguistik dikenali sebagai bahasa Melayik Purba) dituturkan di pulau Borneo sekurang-kurangnya pada 1000 tahun sebelum Masihi dan dianggap sebagai leluhur kepada kesemua bahasa di bawah kumpulan Melayik. Leluhur bahasa purba ini ialah bahasa Melayu-Polinesia Purba, yang merupakan turunan dari bahasa Austronesia Purba, mula bercambah sekurang-kurangnya pada 2000 tahun sebelum Masihi, yang mungkin hasil daripada penerokaan orang Austronesia dari pulau Taiwan ke arah kawasan yang terletak lebih selatan yakni kawasan maritim Asia Tenggara Sejarah Bahasa Melayu سجاره بهاس ملايو. Secara umumnya, garis perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden, dan terdapat fasa peralihan di antara fasa-fasa utama tersebut. Sesetengah pakar bahasa menganggap bahasa Melayu Kuno ialah bahasa leluhur bahasa Melayu Klasik, tetapi sesetengah ahli linguistik yang lain pula berpendapat bahawa hubungan leluhur antara dua fasa bahasa ini susah untuk ditentusahkan berikutan keganjilan dari segi morfologi dan sintaksis antara dua fasa ini, serta keserentakan penggunaan kedua-dua fasa bahasa ini pada abad ke-14. Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa klasik di India. Peminjaman kata-kata Sanskrit boleh didapati dalam perbendaharaan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat terawal dalam bahasa Melayu Kuno dijumpai di Sumatra, Indonesia, dan ditulis dalam huruf-huruf Grantha bervariasi Pallava dan tarikhnya ditentukan pada 1 Mei 683. Batu bersurat ini dikenali sebagai batu bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai oleh orang Belanda yang bernama M. Batenburg pada 29 November 1920 di Sungai Musi, Kedukan Bukit, Sumatra Selatan. Ia merupakan batu kecil berukuran . Bukti lain ialah naskhah Undang-undang Tanjung Tanah dalam huruf-huruf pasca-Pallava. Teks perundangan pra-Islam pada abad ke-14 ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Adityawarman (1345–1377) di kerajaan Dharmasraya, yang merupakan kerajaan Hindu-Buddha yang membangun setelah tamatnya kekuasaan Srivijaya di Sumatra. Undang-undang ini ditulis untuk orang Minangkabau yang masih tinggal di tanah tinggi di barat Sumatra, Indonesia. Batu bersurat Terengganu (Jawi: باتو برسورت ترڠݢانو) ialah pacakan batu granit dengan inskripsi tulisan Jawi dan dijumpai di Terengganu, Malaysia. Ia adalah bukti terawal kewujudan batu-batu bersurat bahasa Melayu Klasik. Batu bersurat yang bertarikh tahun 702 hijrah (bersamaan tahun 1303 masihi) merupakan bukti terawal tulisan Jawi di alam Melayu Asia Tenggara, dan juga merupakan salah satu daripada bukti terawal kepada kewujudan Islam sebagai agama negeri di rantau ini. Kandungan batu bersurat ini ialah pengisytiharan pemerintah di Terengganu yang dikenali sebagai Seri Padukan Tuan, yang menyuruh pengikutnya untuk mendukung agama Islam, serta memberikan 10 fasal asas undang-undang syariah bagi membimbing pengikutnya. Bahasa Melayu mendapat penggunaan yang semakin meluas dan kukuh sebagai bahasa perantaraan kawasan maritim Asia Tenggara sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka (1402–1511). Zaman ini menyaksikan perkembangan bahasa Melayu yang pantas di bawah pengaruh kesusasteraan Islam. Perkembangan bahasa ini mengubah sifat bahasa ini melalui kemasukan perbendaharaan kata secara mendadak dari bahasa Arab, bahasa Tamil dan bahasa Sanskrit, sehingga membentuk kesusasteraan Melayu Klasik yang matang. Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ini berevolusi menjadi bentuk yang boleh dikenalpasti oleh penutur bahasa Melayu pada zaman moden. Apabila kerajaan ini berpindah dan mendirikan Kesultanan Johor Lama, ia terus digunapakai sebagai bahasa klasik serantau; sehingga ia amat berhubungkait dengan kerajaan Riau di bawah pengaruh Belanda dan kerajaan Johor di bawah pengaruh British sehingga bahasa Melayu Riau dianggap dekat dengan bahasa klasik itu. Namun, tiada hubungkait antara bahasa Melayu Melaka yang digunakan di istana Riau dan bahasa Riau vernakular yang digunapakai oleh penduduk tempatan Riau. Surat-surat dari Sultan Abu Hayat yang memerintah Ternate dan Kepulauan Maluku (yang kini di dalam Indonesia) pada tahun 1521-1522 merupakan antara surat-surat tertua yang ditulis dalam bahasa Melayu. Teks surat ini ditulis kepada raja Portugal, selepas berhubung dengan peneroka Portugis bernama Francisco Serrão. Surat-surat ini menunjukkan tanda penggunaan bahasa yang bukan asli; kerana orang Ternate menggunapakai (dari dahulukala sehingga ke hari ini) bahasa Ternate sebagai bahasa ibunda mereka (yakni salah satu daripada bahasa-bahasa di Papua Barat). Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantara (atau "lingua franca") untuk perhubungan antara pelbagai kaum. Pengelasan bahasa ڤڠلسن بهاس. Bahasa Melayu ialah salah satu ahli keluarga bahasa Austronesia yang meliputi bahasa-bahasa di kawasan Asia Tenggara dan Lautan Teduh, serta sebilangan kecil di benua Asia. Bahasa Malagasi, yakni bahasa tersisih dari segi geografi, yang dituturkan di Madagaskar terletak di barat Lautan India, juga merupakan ahli keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Walaupun bahasa-bahasa ini tidak semestinya mempunyai kesalingfahaman yang jelas, persamaan yang terdapat pada bahasa-bahasa ini sebenarnya agak jelas. Dalam bahasa-bahasa yang lebih konservatif seperti bahasa Melayu, terdapat banyak kata-kata akar yang mengalami perubahan yang agak kecil dari bahasa leluhur mereka yakni bahasa Austronesia Purba. Terdapat banyak kata-kata kognat dalam perbendaharaan bahasa-bahasa ini dari segi hubungan pertalian, kesihatan, bahagian tubuh badan, dan nama-nama haiwan am. Persamaan dijumpai lebih ketara pada nombor-nombor yang ada pada keluarga bahasa ini. Di bawah keluarga bahasa Austronesia, bahasa Melayu terdiri daripada sekelompok gaya-gaya pertuturan yang rapat hubungkaitnya yang dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayik yang tersebar merentasi Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia oleh pedagang-pedagang Melayu dari Sumatra. Terdapat perbezaan pendapat mengenai kelainan-kelainan pertuturan yang manakah sepatutnya dikempok sebagai dialek-dialek bahasa Melayu, dan kelainan-kelainan yang manakah sepatutnya dianggap sebagai bahasa-bahasa Melayu yang terpisah. Bahasa vernakular di Brunei yakni bahasa Melayu Brunei misalnya tidak boleh disalingfaham dengan bahasa piawai, dan hal ini turut berlaku pada kelainan bahasa yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti bahasa Melayu Kedah. Tetapi, bahasa Melayu Brunei dan bahasa Melayu Kedah pula mempunyai hubungan yang agak dekat. Sistem tulisan سيستم توليسن. Bahasa Melayu kini ditulis dalam tulisan Rumi di Brunei, Malaysia dan Singapura atau "tulisan Latin" di Indonesia, walaupun tulisan Arab yang dikenali sebagai "tulisan Arab Melayu" atau tulisan Jawi juga wujud. Tulisan Rumi merupakan tulisan rasmi di negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Bahasa Melayu menggunakan sistem angka Arab. Kedua-dua tulisan Rumi dan tulisan Jawi adalah tulisan-tulisan rasmi hanya di Brunei. Nama-nama di institusi atau organisasi di Brunei perlu menggunakan kedua-dua jenis tulisan. Tulisan Jawi digunakan secara penuh di sekolah-sekolah agama yang pelajar-pelajar Muslim berumur 6-7 sehingga 12-14 tahun perlu hadiri pada waktu tengah hari. Beberapa usaha sedang diambil untuk memelihara tulisan Jawi di Malaysia, dan pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan dalam bahasa Melayu di Malaysia diberi pilihan untuk menjawab soalan-soalan dalam tulisan Jawi. Namun tulisan Rumi ialah tulisan yang paling kerap digunapakai di Brunei dan Malaysia untuk kegunaan rasmi mahupun tidak rasmi. Pada masa lampau, bahasa Melayu ditulis dalam pelbagai jenis tulisan lain. Sebelum pengenalan tulisan Arab di rantau kepulauan Melayu, bahasa Melayu ditulis dalam tulisan Pallava, tulisan Kawi dan tulisan Rencong; tulisan-tulisan tersebut kini sudah tidak digunakan lagi tetapi tulisan yang seakan contohnya seperti tulisan Cam masih digunapakai oleh orang Cam di Vietnam dan Kemboja. Bahasa Melayu Kuno ditulis dalam tulisan Pallava dan Kawi seperti pada bukti batu bersurat di kawasan rantau Melayu. Bermula dengan era Kerajaan Samudera-Pasai sehingga ke zaman kemuncak Kesultanan Melaka, tulisan Jawi sedikit demi sedikit menggantikan penggunaan tulisan-tulisan ini sebagai tulisan yang paling banyak digunapakai di alam Melayu. Bermula dengan abad ke-17, di bawah pengaruh Belanda dan British, Jawi sedikit demi sedikit digantikan dengan tulisan Rumi. Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu, sila lihat: Laman arkib Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Sistem fonologi سيستم فونولوݢي. Salah satu faktor utama yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh sistem fonologi yang amat mudah. Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem. Bahasa Melayu, seperti kebanyakan bahasa lain di bawah keluarga Austronesia, bukanlah bahasa bernada. Bunyi-bunyi konsonan. Bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu Malaysia dan juga bahasa Indonesia ditunjukkan seperti berikut. Bunyi-bunyi konsonan yang bukan asli daripada kata-kata pinjaman bahasa Arab dan bahasa Inggeris ditunjukkan dalam tanda kurung. Fonem pinjaman dari bahasa Arab: Bunyi-bunyi vokal. Bahasa Melayu pada asalnya mempunyai 4 bunyi vokal, tetapi kebanyakan dialek-dialek yang wujud pada hari ini termasuk juga bahasa Melayu Baku mempunyai enam bunyi vokal dengan fonem terbelah menjadi dan fonem terbelah menjadi . Banyak perkataan disebut dengan bunyi yang berbeza sama ada berbunyi atau , dan tidak terlalu banyak perkataan asli Melayu yang menggunakan bunyi vokal tengah . Nota ortografi: Kedua-dua fonem dan ditulis dengan huruf . Penggunaan ortografi mewakili fonem agak kurang dalam perkataan jati Melayu, dan huruf biasanya mewakili bunyi . Tetapi terdapat juga pasangan homograf seperti "perang" digunakan untuk mewakili dua sebutan iaitu (kata kerja) dan (kata sifat melambang warna). Beberapa kajian menganggap sebagai diftong. Namun, , dan hanya boleh wujud dalam suku kata terbuka, contoh perkataan: "cukai", "kerbau" dan "dodoi". Perkataan yang dua huruf vokalnya disusun dalam suku kata tertutup, seperti "baik", "laut", ("sea") adalah terdiri daripada dua suku kata. Satu analisis alternatif menganggap diftong-diftong fonetik , dan sebagai jujukan monoftong dengan tambahan satu bunyi konsonan semi-vokal: , dan . Terdapat satu hukum keselarasan vokal: bunyi-bunyi vokal yang tidak luas seperti di perkataan yang mempunyai dua suku kata perlu ada keselarasan dari segi ketinggian vokalnya, contohnya "hidung" /hi.duŋ/ boleh disebut sebagai /hi.doŋ/ tetapi tidak boleh disebut sebagai /he.duŋ/. Satu kajian oleh Uri Tadmor yang diterbit pada tahun 2003 menunjukkan mutasi ⟨a⟩ di suku kata terbuka akhir perkataan ialah ciri-ciri berkawasan, secara spesifik merupakan ciri-ciri di kawasan barat Austronesia. Uri Tadmor mengklasifikasi ciri-ciri tersebut ke dalam empat kumpulan seperti berikut: Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia ڤربيذاءن انتارا بهاس ملايو ڤياواي دان بهاس ايندونيسيا. "Untuk rencana lanjutan, lihat Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia atau Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia" Perbezaan antara bahasa Melayu piawai dan bahasa Indonesia sebenarnya tidak terlalu jauh berbeza. Bahasa Indonesia sendiri pada dasarnya didasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau. Bahasa Melayu Riau yang juga dipakai di Malaysia sebagai bahasa standard atau lazim disebut dengan "Bahasa Melayu Baku". Namun, jika dibezakan dari segi sejarah, budaya, perlakuan tatabahasa masing-masing, dan lain-lain, jelas adalah perbezaan yang ketara antara kedua-dua bahasa. Penutur bahasa Melayu kebanyakan boleh memahami bahasa Indonesia, tetapi penutur bahasa Indonesia kebanyakan tidak boleh memahami bahasa Melayu sebab ada banyak perbezaan dari segi ejaan dan kosa kata. Bahasa Indonesia pun dimakna berbeza daripada bahasa Melayu yang lazim dituturkan di Malaysia kerana mempunyai banyak perkataan yang berasal dari bahasa Kawi, Jawa, Sunda, Betawi, Bali, Madura, Minangkabau, Belanda, dan lain-lain, walaupun sebenarnya bahasa Melayu yang dipakai di Malaysia pun banyak mempunyai kata pinjaman dari bahasa-bahasa daerah di Indonesia seperti bahasa Melayu Palembang, Minangkabau, Jawa, Lampung, Banjar, dan lain-lain. Pengaruh daripada bahasa asing ڤڠاروه درڤد بهاس اسيڠ. Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya. Pengaruh Bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit, bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mana bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa kuno dapat dikesan dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di: Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit. Peminjaman ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana. Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu: Pengaruh Bahasa Jawa. Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu: Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walau bagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor. Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar. Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu: Pengaruh Arab-Islam. Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan bukan dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya: 1- perbendaharaan kata 2- sebutan kata 3- tulisan Perbendaharaan Kata. Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu: Sebutan Kata. Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul. Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab. Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu: Tulisan. Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbang kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran. Pengaruh Bahasa Cina. Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel "C". Perkataan ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Tetapi bukan semua kata-kata yang berlabel "C" dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina. Dalam kajian Kong 1993, telah disimpulkan bahawa lebih kurang 261 patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada bahasa Cina. Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu: Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata bahasa Cina. Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah: Prilaku fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan dengan sistem fonologi bahasa Melayu. Pengaruh Portugis. Terdapat 131 perkataan yang berkemungkinan berasal daripada bahasa Portugis. Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah: Pengaruh Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk menggambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan khusus untuk merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini ialah "konotasi" (; "connotation"), "kompromi" (; "compromise") dan "siri" (; "series"). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media percetakan dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti pada akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu-satunya kenyataan bernada bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" () menggantikan perkataan "belanjawan" () semasa pembentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata. Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima. Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003), stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (; daripada bahasa Inggeris "Your Infotainment Channel") dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa "-tain-" yang harus disebut seakan perkataan Melayu "main", dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DBP dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke "Saluran Inforia" (). Definisi bahasa Melayu tinggi dan bahasa Melayu baku ديفينيسي بهاس ملايو تيڠݢي دان بهاس ملايو باکو. Konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu tinggi sering dirujuk sebagai wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa Melayu baku pula ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Frasa mudah dalam Bahasa Melayu فراسا موده دالم بهاس ملايو. Di Malaysia, biasanya masyarakat Melayu bertegur sapa sesama sendiri dengan ucapan salam, tetapi ucapan formal seperti "Selamat pagi" atau "Selamat sejahtera" turut digunakan bagi penutur bukan Islam. Ucapan "Hai" juga sering digunakan apabila bertegur sama sesama rakan-rakan, sebagaimana perkataan "Bye-bye" semasa meminta diri untuk beredar. Penggunaan tidak formal pada zaman kontemporari. Di keempat-empat negara yang menggunakan bahasa-bahasa Melayik yakni negara Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, penggunaan ragam bahasa Melayu yang tidak formal adalah sesuatu yang pasti berlaku dalam kehidupan harian kerana agak mustahil untuk setiap orang bertutur dalam ragam formal sepanjang masa. Penggunaan ragam tidak formal kebiasaannya berlaku melalui pemendekkan kata dari bahasa formal, peminjaman kosa kata dari dialek-dialek/bahasa-bahasa tempatan (seperti dialek Melayu Kelantan, bahasa Minangkabau atau bahasa Jawa) mahupun bahasa-bahasa negara berdekatan (seperti bahasa Thai, bahasa Cina dan bahasa India) serta penyerapan sebutan langsung dari kosa kata bahasa asing khususnya bahasa Inggeris ekoran globalisasi. "Untuk rencana berkaitan penggunaan bahasa Indonesia yang tidak formal, sila lihat Bahasa gaul Indonesia" "Untuk rencana berkaitan penggunaan bahasa Melayu Malaysia yang tidak formal, sila lihat Bahasa Melayu yang tidak rasmi di Malaysia"
16
26548
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=16
Halaman Utama
18
5715769
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=18
Air
Air (, formula kimia: H2O) merupakan bahan kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air yang tulen tiada rasa, warna atau bau. Formula kimianya menunjukkan satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air wujud dalam 3 bentuk iaitu pepejal, cecair, dan gas. Air dalam bentuk cecair adalah bentuk air yang paling utama ditemui di muka bumi ini. Air dalam bentuk gas adalah kukus atau wap air yang dihasilkan apabila air disejat atau dididihkan. Air dalam bentuk pepejal adalah ais yang dihasilkan apabila air dibekukan. Air meliputi 71% daripada permukaan Bumi, banyaknya di laut dan lautan (kira-kira 96.5%). Perkataan "air" diturunkan dari akar Proto-Austronesia *"wahiR" yang dahulunya lebih khusus bermaksud "air tawar" atau "sungai". Ciri-ciri. Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bahagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen. Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan. Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub. Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup. Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya. Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini. Di Bumi. Hidrologi ialah kajian tentang pergerakan, pengedaran, dan kualiti air di seluruh Bumi. Kajian mengenai taburan air ialah hidrografi. Kajian penyebaran dan pergerakan air bawah tanah ialah hidrogeologi, kajian glasier ialah glasiologi, perairan pedalaman ialah limnologi dan pengedaran lautan ialah oseanografi. Proses ekologi dengan hidrologi pula menjadi tumpuan ekohidrologi. Jisim keseluruhan air yang terdapat di atas dan di bawah permukaan planet disebut hidrosfera. Isipadu air bumi (jumlah bekalan air dunia) ialah 1.386 × 109 kilometer padu (3.33 × 108 batu padu). Air cecair ditemukan di jasad air, seperti lautan, laut, tasik, sungai, jeram, terusan, kolam, atau lopak air. Sebilangan besar air di Bumi ialah air laut. Air juga terdapat di atmosfera dalam keadaan pepejal, cecair, dan wap. Ia juga wujud sebagai air bawah tanah dalam akuifer. Air penting dalam banyak proses geologi. Air bawah tanah terdapat dalam kebanyakan batu, dan tekanan air bawah tanah ini mempengaruhi corak sesar. Air dalam mantel bertanggungjawab untuk menghasilkan gunung berapi di zon benam. Di permukaan Bumi, air penting dalam proses luluhawa kimia dan fizikal. Air dan ais juga bertanggungjawab untuk sejumlah besar pengangkutan enapan yang terjadi di permukaan bumi. Pemendapan pengangkutan enapan membentuk banyak jenis batuan enapan, yang membentuk catatan geologi sejarah Bumi. Kitaran air. Kitaran air (dikenali secara ilmiah sebagai kitaran hidrologi) merujuk kepada pertukaran air yang berterusan dalam hidrosfera, antara atmosfera, air tanah, air permukaan, air bawah tanah, dan tanaman. Air bergerak terus menerus melalui setiap wilayah ini dalam "kitaran air" yang terdiri daripada proses pemindahan berikut: Sebilangan besar wap air di atas lautan kembali ke lautan, tetapi angin membawa wap air ke darat pada kadar yang sama dengan aliran air ke laut, sekitar 47 Tt per tahun. Di atas tanah, penyejatan dan perpeluhan menyumbang tambahan 72 Tt setiap tahun. Kerpasan, pada kadar 119 Tt per tahun di darat, mempunyai beberapa bentuk: paling sering hujan, salji, dan hujan batu, dengan beberapa sumbangan daripada kabus dan embun. Embun ialah titisan kecil air yang termeluwap apabila ketumpatan wap air yang tinggi bertemu dengan permukaan yang sejuk. Embun biasanya terbentuk pada waktu pagi ketika suhu paling rendah, tepat sebelum matahari terbit dan ketika suhu permukaan bumi mulai meningkat. Air termeluwap di udara juga dapat membiaskan sinar matahari untuk menghasilkan pelangi. Larian air atau juga limpasan air sering terkumpul di legeh lalu mengalir ke sungai. Model matematik yang digunakan untuk mensimulasikan aliran sungai dan menghitung parameter kualiti air adalah model pengangkutan hidrologi. Sebilangan air dialihkan ke pengairan untuk pertanian. Sungai dan laut menawarkan peluang untuk perjalanan dan perdagangan. Melalui hakisan, larian air ini membentuk persekitaran mewujudkan lembah sungai dan delta yang menyediakan tanah yang subur dan kaya untuk penubuhan pusat-pusat penduduk. Banjir berlaku apabila kawasan daratan, biasanya dataran rendah, dilitupi dengan air. Ia berlaku ketika sungai melimpah di tebingnya atau banjir datang dari laut. Kemarau pula ialah jangka masa yang panjang dari bulan atau tahun apabila suatu wilayah mencatat kekurangan bekalan airnya. Ini berlaku apabila wilayah menerima air di bawah purata hujan secara konsisten. Penyimpanan air tawar. Air wujud dalam bentuk "stok" dan "aliran." Air boleh disimpan sebagai tasik, wap air, air bawah tanah atau "akuifer," dan ais dan salji. Dari jumlah isi padu air tawar global, dianggarkan 69 peratus disimpan dalam glasier dan litupan salji kekal; 30 peratus berada di bawah tanah; dan selebihnya 1 peratus di tasik, sungai, atmosfera, dan biota. Jangka masa penyimpanan air tetap adalah berbeza-beza: sebilangan akuifer terdiri daripada air yang tersimpan selama ribuan tahun tetapi jumlah tasik mungkin turun naik secara bermusim, menurun semasa musim kering dan meningkat semasa hujan. Sebilangan besar bekalan air untuk beberapa kawasan terdiri daripada air yang diekstrak dari yang tersimpan dalam stok, dan apabila pengeluaran air melebihi pengisian, stok akan berkurang. Menurut beberapa perkiraan, sebanyak 30 peratus jumlah air yang digunakan untuk pengairan berasal dari penarikan air bawah tanah yang tidak lestari, menyebabkan pengurangan air bawah tanah. Air laut dan pasang surut. Air laut rata-rata mengandungi kira-kira 3,5% natrium klorida, ditambah dengan jumlah zat lain yang lebih kecil. Sifat fizikal air laut berbeza daripada air tawar dalam beberapa aspek penting. Ia membeku pada suhu yang lebih rendah (sekitar ) dan ketumpatannya terus meningkat dengan penurunan suhu walau ke titik beku, berbanding air tawar yang mencapai kepadatan maksimum pada suhu di atas beku. Kemasinan air di laut utama bervariasi dari sekitar 0.7% di Laut Baltik hingga 4.0% di Laut Merah. (Laut Mati, yang terkenal dengan kadar kemasinannya yang sangat tinggi antara 30-40%, benar-benar tasik garam.) Pasang surut adalah kenaikan dan penurunan aras permukaan laut setempat yang disebabkan oleh daya pasang surut Bulan dan Matahari yang bertindak ke atas lautan. Pasang surut menyebabkan perubahan kedalaman jasad air laut dan muara dan menghasilkan arus berayun yang dikenali sebagai arus pasang surut. Perubahan pasang surut yang dihasilkan di lokasi tertentu adalah hasil perubahan kedudukan Bulan dan Matahari secara relatif terhadap Bumi ditambah dengan kesan putaran Bumi dan batimetri tempatan. Jalur pantai yang tenggelam ketika air pasang dan terdedah pada air surut, atau dikenali juga sebagai zon pasang surut, ialah produk ekologi penting kesan pasang surut laut.
23
215624
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=23
Kandungan terbuka
Kandungan terbuka, dicipta dengan analogi dari "sumber terbuka", memerikan apa-apa kerja kreatif termasuklah rencana, gambar, audio dan video yang diterbitkan dalam format yang dengan jelas menyatakan ia boleh disalin. Dari segi teknik, ia seperti "share alike" tapi tanpa apa-apa sekatan. Bahan tersebut boleh berada dalam domain awam atau di bawah lesen seperti Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Istilah ini juga digunakan untuk menegaskan bahawa kandungannya boleh diubah suai oleh sesiapa; bukan oleh sesuatu pertubuhan, syarikat atau individu secara eksklusif.
24
9478
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=24
Abdul Malik b. Marwan
25
91672
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=25
Abdul Malik bin Marwan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisyah binti Mu'awiyah bin al-Mughirah. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik bagi menggantikan pencalonan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid bin Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya. Pada zaman pemerintahan beliau jugalah Kubah Al-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis. beliau seorang cendekiawan dan mempunyai ilmu pengetahuan agama dan bahasa arab yang tinggi.beliau seorang penghafal al-quran. Pada permulaan pemerintahan,beliau berusaha untuk mengekalkan dasar pemerintahan berwaspada bagi mengelakan daripada tindakan keras. Beliau menjalan pemusatan kuasa.Kerajaan pusat di Damsyik diperintah secara mutlak. Penempatan tentera telah diperluaskan di sekitar Mesir dan kawasan Laut Mediterranean. Beliau juga memberikan layanan baik kepada suku kaum Arab dengan memberi elaun dan lain-lain. Tentera luar Syam telah digunakan untuk mengawal wilayah Iraq. Beliau turut mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan. Abdul Malik telah menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan.
26
5736793
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=26
Penyu
Penyu () adalah sejenis reptilia lautan daripada superkeluarga Chelonioidea dari order Testudines. Terdapat tujuh spesies penyu: penyu hijau, penyu tempayan, penyu karah, penyu pipih, penyu belimbing, penyu lipas dan penyu wei jie. Penyu boleh dibahagikan kepada jenis bercangkerang keras (Cheloniidae) dan jenis bercangkerang lembut (Dermochelyidae). Penyu belimbing merupakan satu-satunya spesies penyu jenis bercangkerang lembut. Penamaan. Perkataan "penyu" dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia "*peñu" yang bermaksud spesies penyu hijau. Taksonomi dan evolusi. Nama superkeluarga Chelonioidea dijejak daripada perkataan bahasa Yunani Purba "khelone" yang bermaksud "kura-kura". Mengikut kajian yang telah dijalankan, penyu didapati telah wujud semenjak akhir zaman Jurasik (145-208 juta tahun), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Ciri-ciri. Penyu mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ciri-ciri ini menjadikan penyu tangkas berenang di dalam air tetapi kekok bergerak di daratan, perkara ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Cangkerang penyu terbahagi kepada dua: karapas (tempurung belakang) dan plastron (bahagian hadapan). Cangkerang hampir semua jenis penyu terdiri daripada kepingan plat-plat kecil yang dipanggil skut, belakang penyu belimbing sebaliknya ditutupi lapik terdiri daripada beberapa mozek kepingan tulang di bawah kulit karapasnya. Secara umumnya, penyu berbeza berbanding saudara daratnya yang bercangkerang iaitu kura-kura dan sebagainya kerana mereka tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerang. Anatomi badannya menjadikan haiwan ini lebih mudah berenang dalam air berbanding bergerak di atas darat. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas kerana penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Penyu belimbing ialah penyu yang terbesar. Ia berukuran antara 2–3 meter (6–9 kaki) panjang, dan 1-1.5 m (3–5 kaki) lebar, mencapai berat hingga 700 kilogram (1500 paun) sedangkan spesies-spesies penyu lain, direkodkan dalam 60–120 sm (2–4 kaki) dan lebih leper. Taburan dan habitat. Penyu boleh dijumpai di kesemua lautan kecuali wilayah berhampiran kutub bumi. Penyu-penyu ini mendiami kawasan pentas benua yang mempunyai banyak tumbuhan marin sebagai makanan. Penyu pipih hanya mendiami persisiran utara pantai Australia. Penyu Kempi pula hanya dijumpai di Teluk Mexico dan sepanjang perairan timur Amerika Syarikat. Penyu hijau sering dijumpai berhampiran kawasan yang dipenuhi tumbuhan seperti "sargassum" yang menjadi makanan dan kawasan perlindungannya. kerana penyu betina akan segera naik ke darat bertelur apabila tiba musimnya. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu belimbing mendarat untuk bertelur. Ancaman. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan. IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies terancam. Pemburuan. Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan daging dan telurnya secara haram, terutamanya di China, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara di Amerika. Dianggarkan 35,000 penyu dibunuh setahun di Mexico dan Nicaragua sehingga ada ahli pemulihara di Mexico dan Amerika Syarikat melancarkan kempen "Don't Eat Sea Turtle" untuk mengurangkan perdagangan produk haiwan ini. Serpihan laut. Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling besar terhadap penyu, terutamanya puing-puing plastik dan pukat-pukat jaring ikan yang disalahsangka oleh penyu sebagai obor-obor, atau makanannya. Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini. Pemuliharaan. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu untuk menangani masalah kepupusan penyu. Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun 1990 hingga kini. Antara penyu yang dikenalpasti mendarat di perairan Malaysia ialah penyu karah, penyu hijau, penyu belimbing dan penyu lipas. Penyu-penyu ini dilindungi oleh akta dan enakmen negeri sepenuhnya. Selain itu, kerajaan negeri Sabah juga telah mewartakan sebuah taman marin, iaitu Taman Laut Pulau Penyu (TPPP) yang merangkumi Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan sebagai kawasan pendaratan dan pembiakan penyu sejak 1979. Sehingga kini, sebanyak 16 juta anak penyu telah dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang dijalankan. Malah, Malaysia juga terlibat menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 1966, 1997 dan 2011 dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara rantau Asia lain bagi mengatasi masalah ancaman populasi penyu pada peringkat global. Sebagai usaha mendidik dan menghayati akan usaha pemuliharaan spesies-spesies ini, ilustrasi dua ekor penyu yang biasanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan penyu belimbing dipaparkan pada wang kertas RM20.
27
28621
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=27
Daftar Utama
28
5699739
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=28
Paus (mamalia)
Paus () atau ikan paus () adalah sekelompok mamalia laut berplasenta akuatik penuh tergolong dalam ordo Setasea melalui lapan keluarga: Balaenopteridae, Balaenidae, Cetotheriidae, Eschrichtiidae, Monodontidae (termasuk beluga dan narwal, Physeteridae, Kogiidae dan Ziphiidae. Meskipun kesemua haiwan ini dinampakkan mempunyai ciri fizikal luar mirip ikan, masih ada ciri-ciri mamalia sepunya lain yang dimiliki: Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang. Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun. Pada masa kini, terdapat dua jenis paus iaitu paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan. Tingkah laku. Paus secara amnya dikelaskan sebagai pemangsa tetapi makanan haiwan ini terdiri daripada plankton kepada ikan besar. Sebagai mamalia, ikan paus memerlukan udara untuk bernafas dan mesti naik ke atas permukaan air untuk mendapat oksigen. Ini dilakukan melalui lubang pancutan pernafasan. Kerana habitatnya, paus menetapkan bila ia mahu bernafas. Kesemua mamalia tidur termasuk ikan paus, tetapi ikan paus tidak boleh dalam keadaan tidak sedar atau tidur terlalu lama. Ini kerana mereka perlu sedar untuk bernafas. Dipercayai hanya satu hemisfera dalam otak ikan paus tidur pada satu masa supaya paus tidak tidur sepenuhnya tetapi masih boleh berehat. Paus berkomunikasi sesama sendiri melalui bunyi berirama yang dipanggil nyanyian paus. Kerana haiwan ini sangat besar dan kuat, bunyi yang dihasilkan sangat kuat (bergantung kepada spesis). Paus dipercayai membuat 20,000 wat akustik bunyi pada 163 desibel. Paus betina melahirkan seekor anak. Masa menyusu adalah lama (lebih dari satu tahun dalam kebanyakan spesis), dan ini dikaitkan dengan hubungan yang erat antara ibu dan anak. Dalam kebanyakan paus, proses pendewasaan berlaku lewat, selalunya dalam tujuh hingga 10 tahun. Disebabkan ini mereka melahirkan sedikit zuriat tetapi mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk hidup dalam dunia haiwan liar. Alat kelamin paus jantan dimasukkan ke dalam rongga badan ketika berenang untuk penyelarasan dan mengurangkan seretan air. Kebanyakan ikan paus tidak mempunyai pasangan tetap; dalam kebanyakan spesis paus betina mempunyai banyak pasangan pada setiap musim mengawan. Ketika saat kelahiran, bayi paus mengeluarkan ekor dahulu untuk meminimumkan risiko lemas. Paus menyusukan anak dengan memancutkan susu secara konsisten seperti ubat gigi ke dalam mulut bayi untuk mengelak daripada susu tersebut hilang dalam air.
29
187485
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=29
Winston Churchill
Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan Perdana Menteri bagi kerajaan United Kingdom bagi dua penggal iaitu 1940 hingga 1945 serta dari 1950 hingga 1955. Beliau dianggap sebagai salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20 atas kecekapan pemerintahannya saat Britain berada dalam kegawatan ketika Perang Dunia Kedua. Kehidupan awalnya. Winston dilahirkan di Woodstock, Oxfordshire, England pada tahun 1874 daripada keturunan keluarga Churchill pertama yang terkenal: John Churchill, 1st Duke of Marlborough (yang ayahnya juga dikenali sebagai "Sir Winston Churchill"). Bapa politik Winston, Lord Randolph Churchill, merupakan anak ke tiga kepada Duke of Marlborough yang ke 7: Ibu Winston bernama Jennie Jerome (née Jeanette Jerome) dari Brooklyn, New York, anak kepada jutawan American Leonard Jerome. Beliau hidup di Dublin, Ireland ketika beliau berusia dua hingga enam tahun di mana ketika masa itu, datuknya yang menduduki jawatan Wizurai telah melantik ayahnya sebagai setiausaha peribadinya di kota tersebut. Di tempat inilah juga Winston mendapat pendidikan awalnya dan minat beliau terhadap hal-hal ketenteraan mula berputik dari memerhatikan perarakan tentera melepasi bangunan Vice Regal Lodge (kini dikenali sebagai "Áras an Uachtaráin" yang merupakan kediaman rasmi Presiden Ireland). Kerjayanya dalam bidang ketenteraan. Pada tahun 1895, dia pergi ke Cuba sebagai pemerhati tentera dengan tentera Sepanyol dalam pertempuran melawan pemberontak pembebasan. Dia juga membuat laporkan berita bagi akhbar Saturday Review. Kemunculan pertama Winston Churchill merupakan sebagai wartawan perang dalam Peperangan Anglo-Boer yang kedua antara British dengan golongan Afrikaner di Afrika Selatan. Winston Churchill ditawan dalam serangan hendap Boer kepada konvoi kereta api Tentera British dan dipenjarakan di Pretoria. Namun, beliau berjaya melarikan diri dan menyeberangi sempadan Afrika Selatan ke Lorenzo Marques (sekarang dikenali sebagai Maputo di Mozambique). Churchill menggunakan kemasyhuran yang didapatinya untuk memulakan kerjaya politik yang merangkumi tempoh selama enam puluh tahun, bertugas sebagai seorang MP di House of Commons dari 1901 sehingga 1922 dan dari 1924 sehingga 1964. Beliau bertukar parti dari Parti Konservatif kepada Parti Liberal dan menyertai Kabinet ketika berusia awal tiga puluhan. Dia merupakan salah seorang daripada perancang politik dan ketenteraan bagi pendaratan Gallipoli yang menemui kegagalan di Dardanelles ketika Perang Dunia Pertama yang menyebabkannya dicemuh sebagai "penyembelih Gallipoli". Dia merupakan salah seorang yang wakil yang terlibat dalam menandatangani perjanjian Anglo-Irish pada tahun 1921 yang menubuhkan Negara Irish Bebas ( Ireland pada masa kini). Parti Liberal kemudiannya dilanda perpecahan dalaman. Setelah kalah pada pilihan raya 1922 kepada Edwin Scrymgeour dia menyertai Parti Konservatif semula. Dua tahun kemudian pada pilihan raya umum 1924 di dilantik mewakili Epping sebagai Konservatif. Dia dilantik sebagai Chancellor of the Exchequer pada tahun 1926 di bawah Stanley Baldwin dan bertanggungjawab mengembalikan British kepada Standard Emas. Ketika Mogok Umum 1926, Churchill dikatakan mencadangkan mesingan digunakan untuk mematahkan mogok pelombong. Churchill menyunting surat khabar kerajaan "British Gazette." Ketika pertelingkahan tersebut dia menyuarakan bahawa "Sama ada negara mematahkan Mogok Umum, atau Mogok Umum akan menghancurkan negara". Kerajaan Konservatif ditewaskan dalam Pilihan Raya Umum UK 1929. Apabila Ramsay MacDonald membentuk kerajaan pada 1931, Churchill tidak dijemput untuk menyertai Kabinet. Churchill berada puncak terendah dalam kerjayanya. Churchill menghabiskan beberapa tahun berikutnya untuk menumpu kepada kerja penulisannya, termasuk "History of the English Speaking Peoples" (yang tidak diterbitkan sehinggalah selepas tamat Perang Dunia Kedua). Churchill terkenal dengan penentangannya terhadap kemerdekaan India. Tidak lama selepas itu, perhatiannya tertumpu kepada kemunculan Adolf Hitler dan peningkatan senjata Jerman. Buat seketika, Churchill merupakan suara tunggal yang menyeru British untuk meningkatkan persenjataan bagi menyaingi keganasan Jerman. Churchill merupakan pengkritik polisi Neville Chamberlain untuk mengembirakan Adolf Hitler. Peranan sebagai Perdana Menteri Waktu Perang. Pada awal Perang Dunia II Churchill dilantik sebagai First Lord of the Admiralty Apabila Chamberlain's meletak jawatan pada bulan May, 1940, Churchill dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan gabungan. Churchill segera menjadikan seorang kawan dan penasihat karibnya, Max Aitken, ("Lord Beaverbrook") seorang usahawan industri dan pemilik akhbar terkemuka, orang yang bertanggungjawab bagi mengendalikan pengeluaran kapal terbang. Ketangkasan fikiran perniagaan Max Aitken membolehkan British meningkatkan kejuruteraan dan pengeluaran kapal terbang dengan pantas, yang menyumbang kepada kejayaan ketika waktu perang. Ucapan Churchill yang pertama pada masa itu merupakan sumber inspirasi penting kepada pihak British yang tertekan. Kenyataannya yang terkemuka "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan melainkan darah, kerja kuat, air mata, dan peluh" merupakan ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri. Ucapan berikutnya sebelum Pertempuran Britain, dengan "Kita akan mempertahankan pulau kita, walau apapun harganya, kita akan bertempur di pantai, kita akan bertempur di tempat pendaratan, kita akan bertempur di padang dan jalan, kita akan bertempur di bukit; kita tidak akan sekali-kali menyerah." Walaupun peranan Churchill dalam Perang Dunia Kedua tidak dapat disangkal, dia mempunyai ramai musuh di dalam negerinya. Dia menyuarakan kebenciannya kepada idea seperti penyediaan kesihatan umum dan pendidikan yang lebih baik untuk majoriti penduduk menyebabkan banyak rasa tidak puas hati dikalangan penduduk terutama mereka yang bertempur ketika peperangan. Sebaik sahaja tamat peperangan, Churchill ditewaskan dengan teruk oleh Clement Attlee dan Parti Buruhnya. Penggal kedua. Selepas kekalahan Parti Buruh pada Pilihan Raya 1951, Churchill kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Pada tahun 1953, Winston Churchill dianugerah dengan dua gelaran kehormat. Dia dikurniakan darjah Kesasteriaan dengan gelaran Sir Winston Churchill dan Winston Churchill dianugerahi Hadiah Nobel dalam penulisan untuk kepakarannya dalam penulisan riwayat dan sejarah dan juga kepintarannya berucap dalam mempertahankan nilai kemanusiaan yang tinggi. Serangan angin ahmar pada Jun 1953 memyebabkan Winston Churchill lumpuh sebelah kiri. Winston Churchill bersara disebabkan kesihatan pada 5 April 1955 tetapi mengekalkan jawatannya sebagai Canselor bagi Universiti Bristol. Kematian. Pada 15 Januari 1965, Winston Churchill menghidap angin ahmar kali kedua yang menyebabkannya sakit tenat. Beliau meninggal dunia sembilan hari kemudian pada 24 Januari 1965. Jasadnya diletakkan di Westminster Hall selama tiga hari dan satu upacara permakaman negara diadakan di Katedral Santo Paul. Ini merupakan kali pertama permakaman negara diadakan untuk orang kebiasaan semenjak Arthur Wellesley, 1st Duke of Wellington lebih 100 tahun dahulu. Winston dikebumikan atas permintaannya di tanah keluarganya di Saint Martin's Churchyard, Bladon, Woodstock, England.
30
298271
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=30
Gunung Tahan
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, Gunung Tahan adalah lebih rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Borneo. Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan. Laluan mendaki. Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya termasuklah: Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Punca air sungai ada di Kuala Melantai, Kuala Puteh, Kuala Teku, Kem Wrays dan di Kem Padang. Pendakian. Pendakian Gunung Tahan paling cepat adalah selama sembilan hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika perjalanan dikira dari Kuala Lumpur, masa pendakian perlu ditambah lagi dua hari. Terpaksa merentas sungai dan runut yang sangat mencabar. Bagaimanapun, runut ini terbuka kepada orang ramai. Pendakian yang bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai mengambil masa selama lima hari. Terdapat ibu pejabat Taman Negara di Kuala Tahan. Pendaki perlu menaiki bot di sini kerana ketiadaan jalan raya. Bot perlu ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang bergantung kepada bilangan orang. Masa terbaik mendaki adalah antara bulan Februari dan Mac kerana ketika itu hujan berkurangan. Kebiasaannya, hujan turun hampir pada setiap hari dalam bulan Oktober. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.
31
5679831
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=31
Meter
Meter (Tulisan Jawi: ميتر) (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM: Penggandaan. "Prefix" SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :- Sejarah. Perkataan meter itu berasal dari istilah (métron) yang bermaksud "ukuran". Pada asalnya, meter ditakrifkan oleh Akademi Sains Perancis ("French Academy of Sciences") sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 pemerintah Perancis menggunakan meter sebagai unit rasmi untuk mengukur panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa ("International Bureau of Weights and Measures") mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889. Apabila teknologi laser diperkenalkan pada tahun 1960, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran garis cahaya jingga-merah melalui spektrum kripton-86. Pada tahun 1983 Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkan kelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di mana jua lokasi, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilit Bumi atau panjang batang logam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter piawai masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu, panjang ini secara teorinya boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.
32
308726
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=32
Bumi
Bumi (, nama astronomi: "Terra") merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia merupakan rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Hasil kajian sains, planet ini telah dibentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer dari Matahari. Lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan eksosfera. Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan stratosfera dan mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal. Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir. Penamaan. Nama "Bumi" meminjam dari "Bhūmi" yang juga bermaksud "tanah" atau "dasar". Sejarah bumi dan kehidupan di dalamnya. Bumi tempat segenap makhluk hidup termasuk manusia telah terbentuk kira-kira 4,600,000,000 tahun lalu bersamaan dengan planet-planet lain yang membentuk sistem suria dengan matahari sebagai pusatnya. Sejarah kehidupan di Bumi baru dimulai sekitar 3,500,000,000 tahun lalu dengan munculnya mikroorganisme sederhana iaitu bekteria dan alga. Kemudian pada 1,000,000,000 tahun lalu baru muncul organisme bersel banyak. Pada sekitar 540,000,000 tahun lalu secara bertahap kehidupan yang lebih komplek mulai berevolusi. Perkembangan tumbuhan pertama adalah pteridofita (tumbuhan paku), Gimnosperma (tumbuhan berujung) dan terakhir angiosperma (tumbuhan berbunga). Sedangkan perkembangan haiwan dimulai dari invertebrata, ikan, amfibia, reptilia, burung dan terakhir mamalia, kemudian terakhir kali muncul manusia. Masa Arkaeozoik dan Proterozoikc bersama-sama dikenal sebagai masa prakambrium. Masa Archaeozoic (4,5 – 2,5 bilion tahun lalu). Arkeozoikum ertinya Masa Kehidupan Purba. Masa Archaeozoic (arkean) merupakan masa awal pembentukan batuan kerak bumi yang kemudian berkembang menjadi protokontinen. Batuan masa ini ditemukan di beberapa bahagian dunia yang lazim disebut kerak/perisai benua. Batuan tertua tercatat berumur kira-kira 3,800,000,000 tahun. Masa ini juga merupakan awal terbentuknya Indrosfera dan Atmosfera serta awal muncul kehidupan primitif di dalam lautan berupa micro-organisma (bakteria dan alga). Fosil tertua yang telah ditemukan adalah fosil stromatolit dan Cyanobacteria dengan umur kira-kira 3,500,000,000 tahun. Masa Proterozoic (2,5 bilion – 290 juta tahun lalu). Proterozoikum ertinya masa kehidupan awal. Masa Proterozoikum merupakan awal terbentuknya hidrosfera dan atmosfera. Pada masa ini kehidupan mulai berkembang dari organisma bersel tunggal menjadi organisme bersel banyak (enkaryotes dan prokaryotes). Menjelang akhir masa ini organisme lebih kompleks, jenis invertebrata bertubuh lembut seperti ubur-ubur, cacing dan terumbu karang mulai muncul di laut cetek, yang bukti-buktinya dijumpai sebagai fosil pertama. Masa Arkeozoikum dan Proterozoikum bersama-sama dikenal sebagai masa pra-kambrium. Zaman Kambrium (590-500 juta tahun lalu). Kambrium berasal dari kata “Cambria” nama latin untuk daerah Wales, di mana batuan berumur kambrium pertama kali dipelajari. Banyak haiwan invertebrate mulai muncul pada zaman Kambrium. Hampir seluruh kehidupan berada di lautan. Haiwan zaman ini mempunyai kerangka luar dan cengkerang sebagai pelindung. Fosil yang umum dijumpai dan penyebarannya luas adalah Alga, Cacing, Sepon, Koral, Moluska, Ekinodermata, Brakiopoda dan Artropoda (Trilobit). Sebuah daratan yang disebut Gondwana (sebelumnya pannotia) merupakan bakal benua Antartika, Afrika, India, Australia, sebahagian Asia dan Amerika Selatan. Sedangkan Eropah, Amerika Utara, dan Tanah Hijau masih berupa benua-benua kecil yang terpisah. Geografi. Pembahagian geografi: Benua Keluasan: Sempadan daratan: 251,480.24 km Persisiran pantai: 356,000 km Sudut pandangan budaya dan sejarah. Simbol falak piawai Bumi terdiri daripada palang yang diterap lilit oleh bulatan, , melambangkan empat penjuru dunia. Budaya manusia telah mengembangkan banyak pandangan planet ini. Bumi kadangkala dipersonafikasikan sebagai dewa. Dalam banyak budaya, Bumi ialah dewi ibu yang juga dewa kesuburan utama, dan menjelang pertengahan abad ke-20, Prinsip Gaia membandingi persekitaran dan kehidupan Bumi sebagai satu organisma penswakawalaturan tunggal membawa kepada penstabilan luas keadaan boleh didiami. Mitos penciptaan dalam banyak agama melibatkan penciptaan Bumi oleh satu atau banyak dewa ghaib. Penyiasatan saintifik telah mengakibatkan beberapa peralihan transformasi budaya dalam pandangan manusia terhadap planet ini. Kepercayaan awal dalam Bumi datar lama-kelamaan diganti di tanah jajahan Yunani selatan Itali pada akhir abad ke-6 SM oleh gagasan Bumi sfera, dianggap dicipta oleh kedua-dua ahli falsafah Pythagoras dan Parmenides. Menjelang akhir abad ke-5 SM, kesferaan bumi telah diterima sejagat dalam kalangan para cendekiawan Yunani. Bumi dahulu pada umumnya dipercayai sebagai pusat alam semesta sehingga abad ke-16, apabila para saintis pertama kali menunjukkan dengan pasti bahawa Bumi merupakan objek bergerak, sama dengan planet-planet yang lain di dalam Sistem Suria. Disebabkan oleh usaha para cendekiawan dan paderi Kristian berpengaruh seperti James Ussher, yang mencuba menentukan usia Bumi melalui analisis genealogi dalam Kitab Bible, Orang barat sebelum abad ke-19 umumnya mempercayai Bumi paling lama beberapa ribu tahun. Ia hanyapada abad ke-19 para ahli geologi sedar akan usia Bumi sekurang-kurangnya berjuta-juta tahun. Pada 200 tahun yang lalu, penduduk negara-negara di dunia mula melakukan aktiviti yang mampu merosakkan bumi. Sejak revolusi industri sehingga pada waktu sekarang energi yang digunakan untuk memajukan dunia adalah menggunakan minyak dan batu bara yang menghasilkan GRK dengan konsentrasi kepadatannya naik dari 280 parts per million sebelum revolusi industri (1780) naik menjadi 380 ppm (2008). Disebabkan kepadatan GRK ia menyebabkan bumi semakin panas. Lord Kelvin menggunakan termodinamik untuk menganggarkan usia Bumi antara 20 juta dengan 400 juta tahun pada tahun 1864, mencetuskan perbahasan kuat terhadap perkara itu; ia hanya apabila radioaktiviti dan pentarikhan radioaktif ditemui pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bahawa mekanisme boleh dipercayai untuk menentukan usia Bumi telah dibuktikan, membuktikan planet ini berusia berbilion tahun lamanya. Tanggapan Bumi sekali lagi beralih pada abad ke-20 apabila manusia pertama kali melihat Bumi dari orbit, dan terutamanya dengan fotograf Bumi dikembalikan oleh program Apollo.
33
5861732
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=33
Perancis
Perancis atau nama rasminya Republik Perancis ( ) ialah sebuah negara rentas benua menjangkau wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat dan juga pulau-pulau dan wilayah seberang laut yang terletak di benua Amerika dan lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi. Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris. 18 kawasan utama Perancis (lima daripadanya terletak di luar negeri) menjangkau keluasan dan lebih 67 juta orang penduduk (). Perancis adalah antara anggota pertama dan utama Kesatuan Eropah, ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, G7 dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penamaan. Nama negara ini menyerap kata bahasa Portugis "francês" yakni bentuk adjektif dari kata nama "França"; ia turunan kata bahasa Latin "Francia" yang bererti "tanah bangsa Frank". Terdapat berbagai-bagai teori asal untuk nama bangsa ini: salah satunya berasal dari kata Proto Jermanik "frankon" yang diertikan sebagai "tombak" berdasarkan senjata yang biasa dipakai askar-askar Frank iaitu kapak lempar panjang bernama "francisca". Satu teori lain menyatakan bahawa nama bangsa tersebut datang daripada perkataan sebuah bahasa Jermanik kuno bermakna "bebas". Bentuk-bentuk lain yang ada didapati dalam penulisan Melayu lama menamakan negara ini termasuk "Peransis", "Perensis" serta "Perasman" atau "Peranseman" (serapan kata Belanda "Fransman"). Sejarah. Sejarah awal. Sempadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan Gaul purba yang pernah diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh Rom di bawah Julius Caesar pada abad pertama SM, maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom (bahasa Latin, yang berevolusi menjadi bahasa Perancis) serta juga budaya Rom. Agama Kristian mula bertapak pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, lalu kuat bertapak pada abad ke-4 dan ke-5 sehingga St. Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada kekafiran". Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang Sungai Rhine dicerobohi puak-puak Jerman, terutamanya orang Frank, iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". Nama zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan feudal Raja-Raja Capet di Perancis sekitar Paris. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah setelah terjatuhnya Empayar Rom untuk memeluk mazhab Katolik dan bukan Arianisme (namun Raja Clovis memeluknya pada tahun 498); maka Perancis digelar "Saudari Tertua Gereja" ("La Fille Aînée de l'Église"), maka orang Perancis menerimanya sebagai justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian". Kewujudan Perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan Perjanjian Verdun (tahun 843), dengan pembahagian Empayar Carolignian Charlemagne menjadi Francia Timur, Francia Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama. Wangsa Carolingian memerintah Perancis sehingga 987, apabila Hugh Capet dimahkotakan sebagai Raja Perancis. Pewaris-pewarisnya, Wangsa Capet, Wangsa Valois dan Wangsa Bourbon, menyatukan negara Perancis melalui peperangan dan pewarisan dinasti. Perang Salib Albigensian dilancarkan pada tahun 1209 untuk menghapuskan penganut Cathar dari Occitania (di kawasan selatan Perancis masa kini), dan berakhir dengan kehancuran penganut Cathar dan kemerdekaan Perancis selatan. Pada tahun 1337, sebelum gelombang pertama Maut Hitam, England dan Perancis berperang dalam Perang Seratus Tahun. Dalam peristiwa paling menggerunkan ketika Perang-perang Keagamaan Perancis (1562–98), ribuan warga Huguenot dibunuh pada Hari St. Bartholomew pada tahun 1572. Pemerintahan beraja mencapai kemuncaknya pada abad ke-17 di bawah pemerintahan Louis XIV, apabila Perancis mempunyai jumlah penduduk teramai di Eropah dan amat kuat berpengaruh terhadap politik, ekonomi dan budaya Eropah. Bahasa Perancis menjadi bahasa perantara hubungan dan hal ehwal antarabangsa sehingga abad ke-20. Kebanyakan peristiwa Zaman Kesedaran berlaku dalam lingkungan cendekiawan Perancis, sementara abad ke-18 menyaksikan para saintis Perancis mencapai kejayaan besar dalam bidang sains. Selian tiu, Perancis banyak menakluki wilayah jajahan di benua-benua Amerika, Afrika dan Asia. Penubuhan republik. Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain ketika Pemerintahan Ganas. Setelah berlalunya beberapa skim kerajaan yang tidak tahan lamanya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (1804–1814). Sepanjang beberapa peperangan, bala tenteranya menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, sementara kerabat diraja Bonaparte dilantik sebagai raja negeri-negeri baru yang bernaung dalam empayar tersebut. Kira-kira sejuta warga Perancis terkorban sepanjang perang Napoleon. Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun 1815 sewaktu Perang Waterloo, pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun 1830, pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun 1848. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun 1852 apabila Louis-Napoléon Bonaparte mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam Perang Perancis-Prusia pada tahun 1870 dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga. Perancis mempunyai milikan penjajahan dalam pelbagai bentuk, sejak awal abad ke-17 sehingga 1960-an. Pada abad ke-19 dan ke-20, empayar jajahannya di seluruh dunia merupakan yang kedua terbesar selepas Empayar British. Pada zaman kemuncaknya, antara tahun 1919 dan 1939, empayar jajahan Perancis kedua mencapai tanah seluas 12,347,000 kilometer persegi. Termasuk Perancis metropolitan, jumlah keluasan wilayah di bawah kedaulatan Perancis mencapai 12,898,000 kilometer persegi pada 1920-an dan 1930-an, iaitu 8.6% daripada jumlah tanah di Bumi. Meskipun menang di Perang Dunia I, Perancis dengan teruknya kehilangan nyawa manusia dan harta benda, menjadikannya kian lemah dalam dekad-dekad seterusnya. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular. Apabila Perang Dunia II terletus, Perancis melaksanakan saut siri kempen penyelamatan yang kurang berjaya di Norway, Belgium dan Belanda dari tahun 1939 hingga 1940. Menjelang pencerobohan tiba-tiba pada pertengahan tahun 1940 oleh Jerman Nazi yang disokong Itali Fasis sejak 10 Jun 1940, kepimpinan politik Perancis menolak cadangan Winston Churchill mengenai Kesatuan Perancis-British lalu menandatangani penyerahan Gencatan Senjata Kedua di Compiègne pada 22 Jun 1940. Dasar berpakat dengan musuh yang dibangkang sesetengah pihak, mencetuskan pembentukan Angkatan Pembebasan Perancis di luar Perancis serta penentangan Perancis dalam negara. France dibebaskan dengan usaha bersama Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Angkatan Pembebasan Perancis dan penentangan Perancis pada tahun 1944. Kemudian "Nouvelle Armée Française" ("tentera Perancis baru") ditubuhkan dengan bantuan bahan dan kelengkapan buatan Amerika Syarikat secara besar-besaran, lalu menyertai perjuangan bersama pihak Berikat dalam pelbagai pertempuran termasuk kempen Itali. Republik Perancis Keempat ditubuhkan selepas Perang Dunia II untuk cuba mengekalkan status ekonomi dan politiknya sebagai negara yang dominan. Perancis cuba menguatkan genggamannya pada empayar penjajahannya, tetapi kemudiannya menghadapi masalah. Cubaan mengawal semula Indochina secara tidak bersungguh-sungguh pada tahun 1946 mengakibatkan Perang Indochina Pertama, yang berakhir dengan kekalahan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954. Cuma beberapa bulan kemudian, Perancis menghadapi konflik terbaru yang kian ganas dalam jajahan terlamanya, Algeria. Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara. Pada tahun 1958, Republik Keempat yang lemah memberi laluan kepada Republik Kelima yang bercirikan kedudukan Presiden yang lebih kukuh. Selaku presiden Republik Kelima, Charles de Gaulle berupaya memastikan perpaduan negara sambil mengambil langkah menamatkan perang. Perang Algeri dan Perang Saudara Perancis-Perancis yang terletus di ibu kota Algiers, diakhiri dengan rundingan damai pada tahun 1962 yang membolehkan kemerdekaan Algeria. Kebelakangan ini, pendamaian dan kerjasana Perancis dengan Jerman terbukti penting kepada persepaduan politik dan ekonomi untuk evolusi Kesatuan Eropah, termasuk pengenalan matawang euro pada bulan Januari 1999. Perancis telah menerajui negara-negara ahlu Kesatuan Eropah yang hendah memperoleh faedah daripada kekuatan kesatuan kewangan ini untuk mencipta sistem politik, pertahanan dan keselamatan Kesatuan Eropah yang lebih bersatu dan berkebolehan. Namun, para pengundi Perancis tidak merestui ratifikasi Perjanjian Perlembagaan Eropah pada Mei 2005. Politik. Republik Perancis ialah sebuah republik semiberpresiden kesatuan dengan tradisi demokratik yang kukuh. Perlembagaan Republik Kelima diluluskan melalui pungutan suara pada 28 September 1958 dan banyak mengukuhkan kekuasaan cabang eksekutif berhubungan dengan parlimen. Cabang eksekutif itu sendirinya dipimpin dua orang ketua, iaitu: Presiden Republik yang diundi secara langsung oleh hak undi dewasa universal untuk penggal 5 tahun (dahulunya 7 tahun) dan merupakan Ketua Negara, dan Kerajaan, yang dipimpin Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden. Parlimen Perancis ialah sebuah badan perundangan dwidewan yang terdiri daripada sebuah Dewan Undangan Negara ("Assemblée Nationale") dan sebuah Senat. Timbalan-timbalan Dewan Undangan Negara mewakili kawasan-kawasan pengundian setempan dan diundi secara langsung untuk penggal 5 tahun. Dewan Undangan berkuasa melucutkan Kabinet, dan maka itu majoriti dalam Dewan Undanganlah yang menentukan pilihan kerajaan. Senator-senator pula dipilih oleh sebuah kumpulan pengundi untuk penggal 6 tahun (asalnya 9 tahun), dan separuh kerusi-kerusinya diserahkan kepada pilihanraya setiap tahun bermula September 2008. Kuasa perundangan Senat adalah terhad; sekiranya timbul perselisihan antara kedua-dua dewan, Dewan Undanganlah yang menentukan keputusan muktamad, kecuali bagi undang-undang perlembagaan dan "lois organiques" (undang-undang yang disediakan secara langsung oleh perlembagaan) dalam sesetengah kes. Kerajaan berpengaruh kuat terhadap pembentukan agenda Parlimen. Politik Perancis disifatkan oleh dua kelompok yang bertentangan haluan politik: satunya berhaluan kiri, berpusatkan Parti Sosialis, dan yang lain itu berhaluan kanan, mula-mulanya berpusatkan Rassemblement pour la République (RPR) dan kini pewarisnya Kesatuan Pergerakan Popular. Cabang eksekutif kini didominasi ahli UPM. Daerah. Perancis terbahagi kepada 26 kawasan pentadbiran, dengan 22 daripadanya di Perancis Metropolitan. 26 daerah pentadbiran ini dibahagikan lagi kepada 100 jabatan. Geografi. Sementara Perancis Metropolitan terletak di Eropah Barat, Perancis juga mempunyai sebilangan wilayah di Amerika Utara, Caribbean, Amerika Selatan, bahagian selatan Lautan Hindi, Lautan Pasifik, dan Antartika. Wilayah-wilayah ini mempunyai bentuk kerajaan yang berbeza-beza dari jabatan seberang laut hingga kolektiviti seberang laut. Perancis Metropolitan meliputi 551,695 kilometer persegi (213,010 batu persegi) menjadikannya negara yang terbesar dari segi keluasan dalam Kesatuan Eropah, hanya sedikit lebih besar berbanding Sepanyol. Perancis memiliki pelbagai landskap, dari dataran pantai di utara dan barat hingga banjaran gunung Alp di tenggara, Massif Central (Pusat Puncak Gunung) di selatan tengah dan Pyrenee di barat daya. Pada ketinggian 4,807 meter (15,770 kaki) atas paras laut, puncak tertinggi di Eropah Barat, Mont Blanc, terletak di banjaran Alp pada sempadan antara Perancis dan Itali. Perancis Metropolitan juga mempunyai sistem sungai menyeluruh seperti Sungai Loire, Garonne, Seine dan Rhône, yang memisahkan Massif Central daripada Alp dan mengalir ke laut Mediterranean di Camargue, titik terendah di Perancis (2 m / 6.5 kaki bawah paras laut). Corsica terletak di luar pesisiran Mediterranean. Jumlah keluasan tanah Perancis, termasuk jabatan-jabatan dan wilayah-wilayah seberang lautnya (kecuali Tanah Adélie), ialah 674,843 kilometer persegi (260,558 batu persegi), iaitu 0.45% jumlah keluasan tanah Bumi. Namun begitu, Perancis memiliki zon ekonomi eksklusif kedua terbesar di dunia, meliputi 11,035,000 kilometer persegi (4,260,000 batu persegi), iaitu kira-kira 8% jumlah keluasan segala zon ekonomi eksklusif di dunia, mengekori Amerika Syarikat (11,351,000 km² / 4,383,000 batu persegi) dan mendahului Australia (8,232,000 km² / 3,178,000 batu persegi). Perancis Metropolitan terletak di antara selarian 41° dan 50° Utara, pada sisi barar Eropah dan maka itu, terletak dalam lingkungan zon sederhana utara. Bahagian utara dan barat laut mengalami iklim sederhana, namun, satu gabungan pengaruh maritim, latitud dan altitud menghasilkan kepelbagaian iklim di baahgian-bahagian lain dalam Perancis Metropolitan. Bahagian tenggara didominasi iklim Mediterranean. Di barat, iklimnya ditakluki iklim lautan dengan curahan hujan yang banyak, musim sejuk yang ringan dan musim panas yang nyaman. Di pedalaman, iklimnya lebih cenderung kepada iklim benua dengan musim panas yang terik dan diselubungi ribut, musim sejuk yang lebih dingin dan kurangnya hujan. Iklim Alp dan kawasan pergunungan lain terutamanya beriklim Alp secara semula jadi dengan bilangan hari-hari yang mengalami suhu di bawah paras beku melebihi 150 setiap tahun dan liputan salji bertahan sehingga enam bulan. Ekonomi. Ekonomi Perancis menggabungkan keusahawanan swasta berleluasa (hampir 2.5 juta syarikat berdaftar) dengan campur tangan kerajaan yang banyak (namun kian merosot) (lihat dirigisme). Kerajaan masih berpengaruh besar terhadap segmen-segmen penting dalam sektor prasarana, melalui milikan majoriti firma-firma kereta api, elektrik, pesawat, dan telekomunikasi. Kerajaan selama ini telah meringankan pegangannya terhadap sektor-sektor inis sejak awal 1990-an. Kerajaan sedang beransur-ansur menjual pegangannya dalam France Télécom, Air France, serta industri insuran, perbankan dan pertahanan. Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju G8 merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia pada tahun 2005, mengekori Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Republik Rakyat China dan United Kingdom. France menyertai 11 negara ahli Kesatuan Eropah yang lain untuk melancarkan matawang Euro pada 1 Januari 1999, manakala duit syiling dan wang kertas euro menggantikan franc Perancis (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002. Menurut OECD, pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima pelaburan langsung asing kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 bilion, mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yang sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion). Dengan menerima 82 juta pelancong asing setiap tahun., Perancis merupakan tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi Sepanyol (55.6 juta pada tahun 2005) dan Amerika Syarikat (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan (Paris sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort ski, dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke Lourdes, sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun. Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah Airbus, dan merupakan satu-satunya kuasa Eropah (tidak termasuk Rusia) yang mempunyai spaceport kebangsaan sendirinya ("Centre Spatial Guyanais"). Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis penghasil karbon dioksida yang paling kurang di kalangan tujuh negara paling berindustri di dunia. Oleh sebab pelaburan besar-besaran dalam teknologi nuklear, kebanyakan tenaga elektrik yang dihasilkan dalam negara ini dijana oleh loji tenaga nuklear (78.1% pada tahun 2006, iaitu meningkat dari cuma 8% pada tahun 1973, 24% pada tahun 1980, dan 75% pada tahun 1990). Demografi. Dengan jumlah penduduk yang dianggarkan pada 64 juta orang, Perancis ialah negara ke-23 paling ramai penduduknya di dunia. Bandaraya-bandaraya terbesar di Perancis ialah Paris, Lyon, Marseille, Lille, Toulouse, Bordeaux, Nice, Strasbourg, Nantes dan Rennes. Pada tahun 2003, pertumbuhan populasi semulajadi Perancis (tidak termasuk imigrasi) merupakan punca terbesar keseluruhan perumbuhan populasi semulajadi dalam Kesatuan Eropah. Pada tahun 2004, kadar pertumbuhan populasi ialah 0.68% dan kemudian pada tahun 2005 kadar kelahiran dan kesuburan terus meningkat. Peningkatan semula kelahiran berbanding kematian meningkat kepada 299,800 pada tahun 2006. Kadar kesuburan sepanjang hayat meningkat ke 2.00 pada tahun 2007, berbanding 1.92 pada tahun 2004. Pada tahun 2004, sejumlah 140,033 orang berhijrah ke Perancis; antaranya 90,250 orang berasal dari Afrika dan 13,710 orang pula dari Eropah. Pada tahun 2005, tahap imigrasi jatuh sedikit pada 135,890. Perancis ialah sebuah negara yang pelbgai kaum. Menurut Institut Kebangsaan Perancis untuk Kajian Statistik dan Ekonomi, Perancis mempunyai kira-kira 4.9 juta orang pendatang kelahiran asing, antaranya 2 juta have sudah meraih kewarganegaraan Perancis. Perancis merupakan destinasi leading perlindungan utama di Eropah Barat dengan anggaran 50,000 permohonan pada tahun 2005 (jatuh 15% dari tahun 2004). Kesatuan Eropah membenarkan pergerakan bebas antara negara-negara ahlinya. Meskipun UK (serta Ireland) tidak mengenakan apa-apa sekatan, namun Perancis pula mengenakan in sekatan untuk mengawal penghijrahan Eropah Timur. Menurut Artikel 2 Perlembagaan, bahasa Perancis ialah satu-satunya bahasa rasmi Perancis sejak tahun 1992. Ini menjadikan Perancis satu-satunya negara Eropah barat (tidak termasuk negara kecil) yang mempunyai satu bahasa rasmi sahaja. Budaya. Budaya Perancis dibentuk oleh geografinya, melalui peristiwa-peristiwa bersejarah yang mendalam, serta kuasa-kuasa dalam dan luar negara. Negara Perancis, khusunya ibu kota Paris, memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan tinggi dan seni perhiasan seluruh Eropah sejak abad ke-17, dan seluruh dunia sejak abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19, Perancis juga memainkan peranan penting dalam seni moden, wayang gambar, fesyen dan masakan. Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh. Pautan luar. Kerajaan Perancis Profil negara Budaya
34
289669
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=34
Pakma
Pakma, padma atau patma ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga parasit Rafflesia dari keluarga Rafflesiaceae. Spesiesnya berbunga sangat besar, dengan kudupnya muncul dari tanah atau terus dari pangkal batang pokok perumahnya; satu spesies mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Genus ini memuatkan kira-kira 28 spesies (termasuk empat spesies yang belum selesai dicirikan sesuai yang dikenal pada 1997 oleh Willem Meijer dalam monograf terbaru genus itu), dan ditemukan di seluruh Asia Tenggara. Ia julung kali diberi perhatian oleh orang Barat melalui penemuan oleh pakar bedah dan alamiah Perancis, Louis Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1794, namun catatan dan gambarannya yang dirampas oleh British pada 1803, belum diterbitkan kepada sains barat sampailah 1861. Penamaan. Perkataan "padma" (), "pakma" () dan "patma" () menyerap daripada yang bermaksud "teratai". Nama "pakma" selalunya dipakai untuk spesies "R. hasseltii", Nama "padma" pula khusus di Indonesia untuk spesies "R. arnoldii" yang juga disebut "padma raksasa". Nama "patma" dipinjamkan daripada bahasa Jawa dan dipakai di Sarawak. Tumbuhan ini mempunyai banyak nama jolokan lain termasuk "bunga akar", "kukuanga" (di Sabah), "yak-yak", "wusak tumbuakar", "kerubut", "kemubut", "sikinlili", "ambai-ambai", "ambun-ambun", "pelimun" (atau "petimun") dan "sekedai". Bunga kubis, bunga akar dan bunga tumbuakar dipakai khusus untuk menyebut spesies "R. tuanku-halimii". Tumbuhan ini turut disebut "bunga bangkai" namun nama tersebut dipakai kepada spesies "Amorphophallus titanum". Taksonomi. Genus "Rafflesia" dinamakan sempena Stamford Raffles, pendiri jajahan di Singapura yang mengetuai ekspedisi British pertama yang menemukan bunga ini di hutan hujan Bengkulu, Sumatera pada tahun 1818. Orang British pertama melihat bunga ini dalam ekspedisi tersebut adalah Joseph Arnold selepas seorang penjawat Melayu yang bekerja untuknya menemukan sekuntum bunga ini lalu menunjukkan kepadanya. Botani. Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Bunganya yang kembang mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, ia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Ia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan ciri bunga pakma sebagai sejenis parasit yang tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri tetapi hanya perlu menyerap nutrisi tersebut daripada perumahnya yang juga merupakan tumbuh-tumbuhan lain. Selalunya apa yang dilihat kelihatan seperti bunga yang besar. Bunga ini merupakan organ seks yang kadangkala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat pada mana-mana permukaan tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain, dan membantu dalam menyebarkan benih raflesia. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, ditemukan bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub raflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah. Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang berlalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, hal ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain. Spesies. Spesies diterima. , "Plants of the World Online" menerima spesies-spesies berikut: Taburan. Semenanjung Malaysia. Raflesia boleh ditemukan di sepanjang kawasan Semenanjung Malaysia dan Thailand di semenanjung Tanah Melayu. Malaysia. Di Semenanjung, bunganya boleh ditemukan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu. Di Perak, tiga spesies bunganya dapat ditemukan di Taman Negeri Royal Belum dan hutan simpan Gerik iaitu "Rafflesia kerrii", "Rafflesia cantleyi" dan "Rafflesia azlanii". "Rafflesia azlanii" dinamakan sempena Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sementara itu, dua spesies bunga berperumah "Tetrastigma" dapat ditemukan di tiga tempat di Kelantan. Spesies "Rafflesia cantleyi" dapat ditemukan di Ulu Sat dan Chabang Tongkat, sedangkan "Rafflesia kerrii" ditemukan di Lojing. Tambahan lagi, dua tempat di Pahang di mana bunganya boleh ditemukan adalah hutan simpan Lembah Benum dan Lata Jarum. Di Terengganu pula, bunga spesies "Rafflesia cantleyi" dapat ditemukan di Kuala Berang. Bunga yang ditemukan di sini tergantung pada akar pokok perumahnya bermeter-meter dari permukaan tanah, tidak macam bunga biasa yang ditemukan pada akar tanah. Kawasan bunga ini dijadikan tarikan pelancong untuk pendaki dan peminat kerencaman biologi, dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang tempatan. Thailand. Di Thailand, raflesia boleh ditemukan di Taman Negara Khao Sok di mana bunganya dikira dan dipantau oleh renjar taman. Borneo. Spesies tempatan Borneo termasuklah "Rafflesia arnoldii", "R. cantleyi", "R. hasseltii", "R. keithii", "R. kerrii", "R. pricei", "R. tengku-adlinii" dan "R. tuan-mudae". "R. arnoldii" gah selaku bunga tunggal terbesar di dunia. Malaysia. "R. keithii" adalah spesies endemik di Sabah dan yang terbesar dalam tiga spesies raflesia yang ditemukan dalam wilayah Malaysia. Bunganya berukuran dalam 60 cm ke 80 cm. Oleh ukurannya, bunganya sering ditemukan tumbuh di lantai hutan pada batang atau akar bawah tanah "Tetrastigma lanceolarium". "R. keithii" kebanyakannya ditemukan di sekitar kawasan Poring, Sabah. Mindanao. Spesies Mindanao pula disebut "Rafflesia schadenbergiana" sempena pakar alamiah Alexander Schadenberg, yang julung kali menemukan spesies itu di kaki Gunung Apo pada 1882. Dengan bunga hampir semeter, ia menyamai ukuran anak duduk. Di Mindanao, spesies itu telah dilihat di Davao del Sur, selatan Cotabato dan Gunung Kitanglad di Bukidnon. "R. mira" dan "R. magnifica" adalah dua nama untuk spesies tunggal. Deduanya ditemukan di Gunung Candalaga di Maragusan, Lembah Compostela. Spesies ketiga di Mindanao adalah "R. mixta" yang setakat ini hanya ditemukan di bandar Mainit, Surigao del Norte. Ia menunjukkan gabungan tiga ciri raflesia Filipina, iaitu: bentuk dan ukuran proses mengerucut dalam "R. schadenbergiana", ukuran bunga dan bintil tenda bunga yang tersebar jarang "R. spesiosa", dan kesamaan menyeluruh ukuran bunga, bau yang lemah, gegendang dan morfologi ramentum "R. mira". Spesies keempat adalah "Rafflesia verrucosa" yang ditemukan hanya di Gunung Kampalili di wilayah Davao Oriental. Ekologi. Spesies "Rafflesia" dikatakan holoparasit bagi akaran genus "Tetrastigma" iaitu pepanjat dari keluarga anggur, Vitaceae. Mereka dengan itu menjadi hiperparasit lantaran "Tetrastigma" sendiri adalah parasit berstruktur bagi pokok yang mereka panjat untuk mendapatkan cahaya. "Rafflesia" muncul sebagai "spesies-spesifik", dengan setiap spesies "Rafflesia" sejadinya hanya tumbuh pada satu ke tiga spesies "Tetrastigma". Daripada 57 spesies dikenal "Tetrastigma", hanya sepuluh diketahui menjadi pokok perumah. Daripada genap 30 spesies "Rafflesia" pula, pokok tumpangnya hanya diketahui dari sekitar setengah spesiesnya. Spesies tertentu "Tetrastigma" digemari dalam kalangan "Rafflesia": "T. tuberculatum" adalah pokok perumah bagi sekurang-kurangnya 15 spesies, dan hanya dua spesies Filipina diketahui tidak menjangkitinya. Kededua "T. papillosum" dan "T. diepenhorstii" pula memperumahkan sekurang-kurangnya dua spesies. Bunganya boleh bertunas pada tempat berlainan; "R. cantleyi" berbunga pada pepanjat sekitar dua meter dari tanah, sedangkan "R. zollingeriana" sering bertunas pada akar dan muncul dari tanah. Nisbah jantinanya boleh jadi pencong. Bagi "R. lobata", terdapat sekurang-kurangnya sembilan bunga jantan untuk setiap bunga betina. Kekadang, terdapat bunga dengan kededua jantina pada satu-satu kedudukan untuk memastikan pendebungaan dan pembiakan seks berlaku. Ini pun belum berpada: bunga betina apapun masih boleh mengeluarkan buah dan menjadi agamospermus. Perbungaan selalunya tetap dan tapak itu akan terus berbunga untuk berdekad-dekad. Bagi "Rafflesia arnoldii", bunganya dilawati oleh lalat "Drosophila colorata", "Chrysomya megacephala" dan "Sarcophaga haemorrhoidalis". Semut hitam genus "Euprenolepis" memakan kudup yang berkembang dan boleh memusnahkannya. Mamalia yang diketahui memakan bunganya adalah tupai kekes ("Tupaia javanica") dan landak Sunda ("Hystrix javanica"). Mamalia yang dicatatkan merosakkan kudup atau bunganya, selalunya dengan memijak atau menghancurkannya pula adalah babi hutan ("Sus scrofa"), kucing batu ("Felis bengalensis"), rusa Jawa ("Cervus timorensis"), kijang ("Muntiacus muntjak") dan banting ("Bos javanicus").
35
133767
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=35
Joseph Arnold
Dr Joseph Arnold adalah salah seorang yang menjumpai dan merekodkan Bunga Patma bersama dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1816. Spesies Bunga Patma itu diberi nama "Rafflesia arnoldii" sempena nama mereka. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.
36
179706
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=36
Sir Stamford Raffles
37
262662
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=37
Bulan
Bulan (, kata sifat berkaitan: qamari dari "qamar", "bulan") merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari. Bulan mempunyai 1/4 garis pusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari. Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan yang sama dengan arang. Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan. Teori ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada antara kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara kawah terbesar di Bulan ialah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan. Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskan ombak laut dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini tidak malar. Asal. Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk daripada runtuhan kawasan ("collapsing region") cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model pembentukan bulan piawai ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak ke orbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui "probe" atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas. Ciri-ciri fizikal. Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut ("tidal locking") kepada planet utama mereka; pengecualian ialah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun, beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione). Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengahnya, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar. Struktur dalaman. Bulan ialah sebuah objek planet terbeza: ia memiliki kerak, mantel dan teras. Bulan mempunyai teras dalaman pepajal dengan jejari sepanjang 240 km yang kaya dengan besi dan teras dalaman bendalir dengan jejari lebih kurang 300 km. Teras diselimuti lapisan lebur separa yang mempunyai jejari sepanjang 500 km. Difikirkan bahawa struktur ini terbina melalui penghabluran berperingkat sebuah lautan magma qamari sejurus selepas pembentukan Bulan 4.5 bilion tahun yang lampau. Panghabluran lautan magma ini akan menimbulkan mantel mafik daripada pemendakan mineral-mineral olivin, klinopiroksen, dan ortopiroksena yang tenggelam; selepas lebih kurang tiga suku lautan magma itu menjadi hablur, mineral plagioklas yang kurang mampat dapat terbentuk dan terapung menjadi kerak di bahagian atas. Cecair-cecair terakhir menjadi hablur tertindih di antara kerak dan mantel dengan kehadiran banyak unsur-unsur yang tidak serasi dan yang mengeluarkan haba. Sejajar dengan ini, pemetaan geokimia dari orbit menunjukkan bahawa kerak terbina kebanyakannya daripada anortosit, dan sampel lava batu bulan, yang meletus di permukaan qamari disebabkan peleburan separa mantel, mengiakan rencaman mantel mafik, yang mengandungi lebih banyak besi berbanding Bumi. Kajian geofizik menyarankan bahawa ketebalan kerak purata ~50 km. Bulan juga merupakan yang kedua mampat selepas Io. Walau bagaimanapun, teras dalaman Bulan itu kecil, dengan jejari sepanjang lebih kurang 350 km atau kurang. Angka ini hanya ~20% saiz Bulan, berbanding dengan nisbah ~50% bagi badan-badan bumian yang lain. Kandungannya tidak berapa jelas; kebarangkalian ia terdiri daripada besi logam dan pancalogamnya dengan sedikit belerang dan nikel; analisis putaran boleh ubah masa Bulan menunjukkan bahawa ia sekurang-kurangnya lebur separa. Geologi permukaan. Topografi Bulan sudah diukur dengan menggunakan altimetri laser dan analisis stereo imej. Ciri yang paling jelas ialah Lembangan Kutub Selatan-Aitken yang amat besar yang terletak di sisi jauh Bulan, iaitu kawah terbesar di Bulan dan juga kawah yang terbesar yang diketahui di dalam Sistem Solar. Dengan kedalaman sebanyak 13 km, lantainya merupakan elevasi (aras tinggi) yang paling rendah di Bulan. Aras yang paling tinggi terletak pada timur laut lembangan ini, dan ada yang menyarankan bahawa kawasan ini mungkin ditebalkan oleh hentaman sendeng yang menimbulkan Kutub Selatan - Aitken. Lembangan-lembangan hentaman lain, seperti Imbrium, Serenitatis, Crisium, Smythii, dan Orientale, juga memiliki elevasi rendah dan sembir yang ditinggikan. Secara purata, sisi jauh Bulan lebih tinggi sebanyak 1.9 km daripada sisi dekatnya. Kesan kepada Bumi. Pasang surut air. Jarak antara Bumi dengan Bulan pada tempoh-tempoh tertentu mempengaruhi kadar dan tahap kekuatan daya tarik graviti Bulan pada salah satu sisi Bumi terhadap sisi lainnya sehingga ternampak tonjol pada lautan meninggi turun atau pasang surut. Tonjolan ini bergerak bersama permukaan Bumi lebih cepat daripada pergerakan Bulan, yang berputar mengelilingi Bumi sekali sehari sebagaimana Bulan berputar pada sumbunya. Pasang surut juga dipengaruhi oleh efek lainnya, di antaranya gaya gesek air terhadap sumbu rotasi Bumi melalui lantai lautan, inersia pergerakan air, basin samudra yang mengalami pendangkalan, dan osilasi antara basin samudra berbeda. Daya tarik graviti Matahari terhadap lautan Bumi dikira hampir setengah dari daya tarik graviti Bulan, dan graviti kedua-dua jasada langit ini berperanan penting dalam menyebabkan pasang surut perbani dan musim semi. Interaksi graviti antara Bulan dan tonjolan di sekitar Bulan berfungsi sebagai torsi pada pusingan Bumi yang menguras momentum sudut dan tenaga kinetik hasil perputaran Bumi. Akibatnya, momentum sudut disertakan ke orbit Bulan, yang mempercepat rotasinya dan menyebabkan Bulan naik ke orbit yang lebih tinggi dan dengan periode yang lebih lama. Oleh sebab itu, jarak antara Bumi dengan Bulan juga akan meningkat, dan perputaran Bumi akan melambat. Pengukuran dengan kaedah eksperimen rentang Bulan menggunakan reflektor laser yang dilakukan dalam misi Apollo menemukan bahawa jarak Bulan ke Bumi meningkat sekitar 38 mm setiap tahun (meskipun angka ini hanya 0,10 ppb/tahun dari radius orbit Bulan). Jam atom juga menunjukkan bahawa tempoh sehari di Bumi meningkat sekitar 15 mikrosaat setahun, yang secara perlahan-lahan memperpanjang waktu UTC yang disesuaikan oleh saat lompat. Tarikan pasang surut Bulan akan terus berlanjut sampai perputaran Bumi dan zaman orbit Bulan sesuai. Namun, Matahari akan berubah menjadi gergasi merah menelan musnah Bumi jauh sebelum hal tersebut boleh terjadi. Permukaan Bulan juga mengalami pasang surut dengan amplitud ~10 cm, yang berlangsung selama 27 hari lebih. Fenomena ini disebabkan oleh dua hal, yakni kerana Bulan dan Bumi berada pada putaran sinkron, dan berbagai hal yang disebabkan oleh Matahari. Komponen Bumi yang diinduksi terbentuk kerana librasi yang disebabkan sifat orbit Bulan; jika orbit Bulan berbentuk bulat sempurna, maka yang akan muncul hanyalah pasang surut suria. Librasi juga mengubah sudut penampakan Bulan, yang menyebabkan sekitar 59% permukaan Bulan terlihat dari Bumi. Efek kumulatif dari fenomena pasang surut memicu terjadinya gempa bulan. Gempa bulan ini lebih jarang terjadi dan lebih lemah kekuatannya daripada gempa bumi, meskipun gempa ini dapat bertahan hingga satu jam kerana ketiadaan air yang berfungsi sebagai peredam getaran seismik. Fenomena ini ditemukan secara tidak disengajakan dari seismometer dipasangkan para angkasawan misi-misi Apollo dari tahun 1969 hingga 1972. Terdapat penemuan terbaharu yang difahamkan para saintis bahawa peredaran Bulan mengelilingi Bumi ada membantu mengekalkan medan magnet Bumi. Gerhana. Gerhana hanya berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan semuanya selari dalam garisan lurus (disebut "sizigi"). Gerhana matahari berlaku pada waktu bulan purnama, apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi. Saiz Bulan nampaknya sama dengan saiz Matahari, dengan kedua-duanya dilihat dekat dengan kelebaran sebanyak setengah darjah. Matahari lebih besar daripada Bulan akan tetapi kejauhannya yang amat menyebabkan saiznya kelihatan hampir sama dengan saiz Bulan yang lebih kecil dan lebih hampir dengan Bumi apabila dilihat dari Bumi. Perbezaan saiz yang tampaknya berubah, yang disebabkan orbit yang tidak betul-betul bulat, juga agak sama mahupun perbezaan ini mengikut kitaran yang berlainan. Keadaan ini membolehkan kewujudan gerhana matahari jenis gerhana penuh (Bulan kelihatan lebih besar daripada Matahari) dan gerhana anulus (Bulan kelihatan lebih kecil daripada Matahari). Pada saat gerhana penuh, Bulan menutup cakera Matahari sepenuhnya dan korona matahari dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh sebab jarak antara Bulan dan Bumi bertambah sedikit demi sedikit dengan pengedaran masa, diameter sudut Bulan berkurangan. Hal ini bermaksud bahawa beratus juta tahun dahulu, Bulan akan sentiasa menyelubungi Matahari sepenuhnya semasa gerhana matahari, dan tiada gerhana anulus dapat dilihat. Sama juga, lebih kurang 600 juta tahun dari sekarang (sekiranya diameter sudut Matahari tidak berubah), Bulan tidak akan menyelubungi Matahari sepenuhnya dan hanya gerhana anulus akan berlaku. Pengamatan dan penjelajahan. Pemerhatian dan pemahaman fasa-fasa berubahnya bentuk Bulan merintis awal perkembangan ilmu astronomi secara keseluruhannya. Pengamatan awal. Pada abad ke-5 SM, para ahli falak Babilon telah mencatat kitaran Saros 18 tahunan pada gerhana bulan, dan ahli-ahli falak India turut membuat penemuan sendiri menjelaskan mengenai fenomena elongasi Bulan. Di China pula Shi Shen (abad ke-4 SM) memberi petunjuk yang terkait dengan cara memperkirakan gerhana matahari dan bulan. Kemudian, bentuk fisik Bulan dan sumber cahaya bulan mulai diketahui. Filsuf Yunani kuno Anaxagoras (w. 428 SM) mengemukakan bahawa Matahari dan Bulan merupakan dua buah batu bulat raksasa yang menghasilkan cahaya. Bangsa Tiongkok pada masa Dinasti Han percaya bahawa tenaga Bulan disamakan dengan "qi", dan teori mereka mengenai pengaruh radiasi Bulan menjelaskan bahawa cahaya Bulan berasal dari Matahari. Jing Fang (78–37 SM) mencatat kebulatan Bulan untuk pertama kalinya. Pada abad ke-2 M, Lucianus menulis sebuah novel yang mengisahkan mengenai seorang pahlawan yang melakukan perjalanan ke Bulan yang berpenghuni. Pada tahun 499 M, astronom India Aryabhata menulis dalam bukunya "Aryabhatiya" bahawa cahaya Matahari menyebabkan Bulan tampak bersinar. Ahli falak Ibnu Haitham (965-1039) mengungkapkan bahawa cahaya matahari tidak dipancarkan dari Bulan seperti sebuah cermin, tetapi cahaya tersebut dipancarkan ke segala arah dari setiap bahagian permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya matahari. Shen Kuo (1031–1095) dari Dinasti Song mengemukakan sebuah alegori yang mengumpamakan fenomena bersinar dan memudarnya cahaya Bulan dengan sebuah bola yang berputar; saat dibubuhi dengan bubuk putih dan dilihat dari samping, maka akan terlihat bentuk sabit. Aristoteles dalam Gambaran alam semesta karya beliau percaya bahawa Bulan menandakan suatu batas antara unsur yang boleh berubah (bumi, air, udara, dan api) dengan bintang-bintang abadi aether, pemikiran falsafah berpengaruh yang mendominasi sains selama berabad-abad kemudian. Pada abad ke-2 SM, Seleucus dari Seleucia mengemukakan teori bahawa pasang surut terjadi kerana daya tarik Bulan, dan ketinggian air pasang ditentukan oleh kedudukan relatif Bulan terhadap Matahari. Pada abad yang sama, Aristarkhos membuat perkiraan ukuran dan jarak Bulan dari Bumi iaitu sekitar dua puluh kali radius Bumi. Teori ini kemudian dikembangkan oleh Ptolemy (90–168 M): ia berpendapat bahawa jarak rata-rata Bulan dari Bumi adalah 59 kali radius Bumi dan diameter 0,292 dari diameter Bumi. Angka ini hampir mendekati jarak dan diameter yang sebenarnya, yakni sekitar 60 untuk jarak dan 0,273 untuk diameter. Archimedes (287–212 SM) merancang sebuah planetarium yang bisa menghitung laju pergerakan Bulan dan objek lainnya di Sistem Suria. Pada Abad Pertengahan, sebelum ditemukannya teleskop, Bulan diyakini sebagai sebuah bola batu, meskipun juga banyak yang percaya bahawa permukaan bulan "sangat halus". Pada tahun 1609, Galileo Galilei untuk pertama kalinya membuat sebuah gambar teleskopis Bulan dalam bukunya yang berjudul dan menjelaskan bahawa permukaan Bulan tidak halus, tetapi memiliki pergunungan dan kawah. Pemetaan teleskopis Bulan terus berlanjut di sepanjang Abad Pertengahan; pada abad ke-17, Giovanni Battista Riccioli dan Francesco Maria Grimaldi berhasil menciptakan sebuah sistem penamaan geologi Bulan yang tetap digunakan hingga saat ini. karya Wilhelm Beer dan Johann Heinrich Mädler (1834-1836), serta buku (1837), merupakan buku pertama yang secara akurat menjelaskan penelitian mengenai Bulan dari sudut pandang trigonometri, termasuk ketinggian lebih dari seribu gunung di Bulan, dan memperkenalkan penelitian Bulan dengan tingkat akurasi yang bisa diukur oleh geografi Bumi. Kawah Bulan pertama kali dicatat oleh Galileo, dan awalnya dianggap sebagai gunung berapi sampai tahun 1870-an, dan kemudian Richard Proctor menjelaskan bahawa kawah-kawah tersebut terbentuk akibat tubrukan. Pendapatnya ini didukung oleh eksperimen yang dilakukan oleh geolog Grove Karl Gilbert pada tahun 1892, dan setelah perkembangan kajian-kajian pembandingan pada 1920-an hingga 1940-an, stratigrafi Bulan menjadi cabang ilmu astrogeologi baru pada tahun 1950-an. Hubungan dengan manusia. Sifat peredaran bulan mengelilingi bumi yang tetap dalam suatu tempoh masa yang lebih kurang sama (sebanyak kira-kira 29-30 hari) menjadikan ia amat berguna menandakan peredaran masa dari mengambangnya "anak bulan" sehingga ia surut menggelap kepada suatu anak bulan yang baharu. "Bulan" dalam bahasa-bahasa Austronesia termasuk bahasa Melayu turut dilanjutkan pengungkapan kepada tempoh tersebut; ungkapan "datang bulan" iaitu aturan tempoh kitaran haid dalam kiraan hari yang sama turut datang dari kefahaman ini serta juga istilah perubatan "menstruasi" (meminjam berakar dari "mensis", "bulan"). Bulan telah menjadi tumpuan banyak pengkaryaan seni-seni tampak dan pertunjukan serta sastera termasuk syair, prosa, dan muzik. Antara gambaran tertua mengenai jasad ini muncul dalam suatu ukiran batu berusia 5,000 tahun di Knowth, Ireland. Dalam kepercayaan. Ada tamadun-tamadun bersejarah menyembah Bulan sebagai suatu betara atau entiti supernatural lainnya misalnya dewa Cendera (atau "Chandra") dalam mitologi Hindu, dewi Ratih di Jawa dan Bali, Tsukuyomi oleh orang Jepun, Diana oleh orang Rom dan Yunani, Coyolxāuhqui dalam kepercayaan Aztek, Mama Killa dalam kepercayaan Inka dan sebagainya. Nabi Muhammad iaitu tokoh utama dalam agama Islam diceritakan mempunyai mukjizat yang membuktikan kenabian baginda di mana ada kejadian bulan terbelah kepada dua bahagian () dengan izin Allah. Rujukan. Nota Petikan Bibliografi
38
94942
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=38
Kawah Clavius
Clavius ialah kawah qamari yang terbesar di Bulan, dengan garis pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Clavius dipercayai terhasil akibat hentaman komet atau asteroid pada permukaan Bulan. Ketiadaan air dan udara di Bulan menyebabkan kawah yang terbentuk kekal berjuta-juta tahun lamanya berbanding dengan kawah yang terdapat di Bumi. Pemerian. Oleh sebab lokasinya di anggota selatan Bulan, kawah ini kelihatan empat persegi bujur akibat pengompotan ("foreshortening"). Clavius dapat dilihat dengan mata kasar disebabkan saiznya yang besar. Ia kelihatan sebagai sebuah takuk pada penamat lebih kurang 1–2 hari selepas Bulan mencapai suku pertamanya. Kawah ini satu daripada pembentukan tertua di permukaan qamari dan berkemungkinan besar ia terbentuk pada zaman "Nectarian" iaitu lebih kurang 4 bilion tahun dahulu. Namun demikian, kawah ini terpelihara. Ia memiliki dinding luar yang relatif rendah berbanding saiznya dan ia ditandai dengan kawah-kawah kecil. Sembirnya tidak melewati permukaan sekelilingnya dan ini membuat kawah ini sebuah "lekukan berdinding". Permukaan dalaman sembir bertakuk dan berbukit dan berbeza-beza lebarnya. Bahagian yang paling cerun terdapat di bahagian selatan. Pada keseluruhannya, sembir memiliki garis bentuk poligon. Kawah satelit. Mengikut resam, Mengikut resam ciri-ciri ini dikenali pada peta bulan dengan meletakkan huruf pada sisi pusat kawah yang paling terdekat dengan Clavius.
39
5726502
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=39
Marikh
Marikh (lambang: ♂, daripada bahasa Arab atau Parsi: مريخ) merupakan planet yang keempat letaknya dari Matahari dalam Sistem Suria. Marikh terkenal dengan warna permukaannya yang merah apabila dilihat dari langit, terutamanya pada waktu malam. Ia mempunyai 2 satelit iaitu Phobos dan Deimos. Kedua-dua satelit tersebut menyerupai asteroid. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet ini dan Musytari. Putaran tersebut menyebabkan garis pusat pada garis khatulistiwa terpanjang bagi setiap planet dan bintang. Segi fizikal. Marikh sentiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Marikh Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas asli serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi. Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh. Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh (13 Mac 1855 – 12 November 1916), seorang penulis dan ahli astronomi Amerika yang menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala. Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya. Topografi. Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra ("tanah Arab"). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major. Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27 km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000 km dan kedalaman berukur 7 km. Orbit dan putaran. Jarak Marikh dari Matahari ialah 230 juta km dengan satu pusingan orbit mengambil masa 687 hari Bumi. Satu tahun di Marikh adalah sama dengan 1.8809 tahun Bumi, yakni 1 tahun, 320 hari dan 18.2 jam. Marikh memiliki kecondongan paksi sebanyak 25.19°, serupa dengan kecondongan paksi Bumi. Satu hari di Marikh (sol) bersamaan dengan 24 jam, 39 minit dan 35.244 saat, sedikit lebih lama berbanding dengan hari di Bumi. Bulan. Marikh memiliki dua buah bulan, yakni Phobos dengan diameter kira-kira 22 km dan Deimos denga diameter kira-kira 12 km. Bulan-bulan ini lazimnya didakwa diperoleh melalui penangkapan asteroid, meskipun cara sebenar tidak diketahui secara jelas. Selain penangkapan asteroid, teori penglibatan badan ketiga serta gangguan hentaman juga dikemukakan. Selain itu, terdapat pelbagai objek bersaiz daripada 50 ke 100 meter yang mengorbit Marikh, dan terdapat ramalan tentang kewujudan gelang di antara orbit Phobos dengan Deimos. Pengamatan. Warna kemerahan permukaan planet ini mendorong ahli falak Arab memberi nama "al-Mirrīkh" daripada kata kerja "amrakha" yang bermaksud "berbintik merah putih" (), nama bahasa Arab ini turut dipinjamkan kepada bahasa Melayu umum. Planet ini sering dikaitkan masyarakat Rom purba kepada dewa perang mereka Mars dalam alegori dan pemikiran sehingga ia dinamai sedemikian - nama "Mars" turut digunakan jenis bahasa Melayu dipakai di Indonesia secara bakunya melalui bahasa Belanda. Malah, simbol yang mewakilinya dalam astronomi (♂) merujuk kepada perisai dan lembing dipakai dewa ini - dewa Mars sangat melambangkan kejantanan dan kemudaan sehingga ia turut menjadi lambang gender lelaki. Dalam budaya. Pada tahun 1877, seorang ahli falak Itali bernama Giovanni Schiaparelli menggunakan teleskop sepanjang 22 cm untuk memetakan permukaan Marikh buat kali pertamanya. Di peta tersebut terdapat yang garisan panjang dinampakkan pada permukaan Marikh yang disebutnya sebagai "canali"; istilah tersebut dalam bahasa Itali diertikan sebagai "(s)aluran", namun ia sering kali disalah terjemah menjadi "terusan" dalam sumber-sumber bahasa Inggeris. Pencatatan tersebut mempengaruhi Percival Lowell yang menerbitkan beberapa buku mengenai Marikh dan kehidupannya. Dalam buku-buku ini, beliau menulis bahawa "terusan" tersebut dibangun oleh peradaban yang berusaha mengalirkan air dari litupan ais di kutub planet itu. Akibatnya, gagasan bahawa Marikh kononnya dihuni oleh peradaban yang cerdas mula tersebar luas. Saat ini, pemetaan beresolusi tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda keberadaan kehidupan cerdas di permukaan Marikh. "Canali" yang diamati pun sebaliknya terbukti hanya ilusi optik semata-mata. Akan tetapi, spekulasi mengenai kewujudan hidupan cerdas di Marikh diteruskan sehingga hari ini. Pada tahun 1898, H. G. Wells menulis novel "The War of the Worlds", yang mengisahkan mengenai bangsa Marikh yang berupaya melarikan diri dari planet mereka yang mati dengan menyerang Bumi. Adaptasi radionya dengan judul yang sama disiarkan pada tanggal 30 Oktober 1938 oleh Orson Welles yang menimbulkan panik besar-besaran menurut akhbar-akhbar semasa kerana ia sunggu meyakinkan banyak pendengar. Contoh karya terkenal lainnya adalah "The Martian Chronicles" yang ditulis oleh Ray Bradbury. Novel tersebut mengisahkan pengelana manusia yang tidak sedar menghancurkan peradaban Marikh. Selain itu, ada juga siri "Barsoom" karya Edgar Rice Burroughs, "Out of the Silent Planet" (1938) oleh C. S. Lewis, dan kisah-kisah yang ditulis Robert A. Heinlein sebelum pertengahan tahun 1960-an. Pengarang Jonathan Swift telah menyebut bulan-bulan Marikh sekitar 150 tahun sebelum bulan-bulan itu ditemukan oleh Asaph Hall. Ia menerangkan orbit bulan-bulan tersebut dengan cukup tepat dalam novelnya "Gulliver's Travels". Setelah program Mariner dan Viking menunjukkan rupa Marikh yang gersang dan kelihataan tanpa sebarang hidupan langsung, spekulasi-spekulasi awal mengenai planet ini mula ditinggalkan. Karya yang menggambarkan Marikh secara nyata dan tepat pun berkembang. Antara gambaran ini yang paling terkenal adalah trilogi "Martian" karya Kim Stanley Robinson. Tema koloni manusia di Marikh yang memperjuangkan kebebasan para penghuninya merupakan plot utama dalam novel karya Greg Bear, dan juga filem "Total Recall" serta siri televisyen "Babylon 5". Beberapa permainan video juga memakai unsur tersebut seperti "Red Faction" dan "Zone of the Enders". Penjelajahan moden. Pelbagai kapal angkasa tanpa manusia telah tiba di Marikh oleh Kesatuan Soviet, Amerika, Eropah dan India. Setakat ini, terdapat lapan kapal angkasa yang berfungsi di Marikh, enam di orbit dan dua lagi di daratan Marikh, yakni perayau Curiosity dan pendarat InSight.
40
197631
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=40
Cahaya
Cahaya (Jawi: ; pinjaman "chāya"), secara tepatnya dikenali sebagai cahaya tampak, merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu manusia dan binatang melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter yang mana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari ialah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Interaksi ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba. Sifat-sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya ialah sebuah mentol yang menyala dapat dilihat dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya. Pembiasan cahaya. Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berlainan seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan. Pantulan cahaya. Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang ialah pemantul cahaya yang baik. Sifat ini membolehkan objek kelihatan jelas apabila dilihat dalam cermin. Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek daripada kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang dipantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata untuk dikesan. Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah: Warna-warna dalam cahaya matahari. Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu: Apabila ketujuh-tujuh warna ini bercampur, cahaya putih dihasilkan. Warna-warna dalam cahaya putih matahari boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna ini dikenali sebagai spektrum. Pemecahan cahaya putih kepada spektrum ini dikenali sebagai penyerakan cahaya. Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi terbentuk selepas hujan apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna. Penyerakan Cahaya Putih Matahari. Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih dengan menggunakan dua prisma. Teori tentang cahaya. Teori kurun ke-10. Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965–sekitar 1040), juga dikenali sebagai Alhazen di barat, mengasaskan teori umum yang menjelaskan penglihatan menggunakan geometri dan anatomi yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek memancarkan sinaran cahaya ke semua arah tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik yang mengenai mata pada sudut tepat dapat dilihat. Sinaran-sinaran lain yang mengenai mata pada sudut yang berlainan tidak dapat dilihat. Beliau menggunakan contoh daripada kamera lubang jarum yang menghasilkan imej songsang untuk menyokong hujahnya. Alhazen menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad. Dia memperbaiki teori Ptolemy berkenaan pembiasan cahaya. Hasil kerja Alhazen tidak diketahui di Eropah sehingga lewat kurun ke-16. Teori zarah. Isaac Newton mencadangkan dalam bukunya "Hypothesis of Light" pada 1675 bahawa cahaya terdiri daripada zarah halus (partikel jirim) yang memancar pada semua arah dari sumbernya. Teori ini boleh digunakan untuk menghujahkan pantulan cahaya, tetapi cuma boleh menerangkan pembiasan secara tidak sebetulnya dengan menganggap bahawa cahaya menjadi lebih laju semasa memasuki medium yang lebih tumpat kerana daya tarikan graviti adalah lebih kuat. Teori gelombang. Christiaan Huygens mencadangkan dalam abad ke-17 bahawa cahaya dipancarkan ke semua arah sebagai siri-siri gelombang. Pandangan ini menggantikan teori zarah halus. Pandangan ini disebabkan gelombang tidak diganggu oleh graviti, justeru gelombang dianggap menjadi perlahan ketika memasuki medium yang lebih tumpat. Teori gelombang ini menghujahkan bahawa gelombang cahaya akan berinterferens dengan gelombang cahaya yang lain, seperti juga gelombang bunyi (seperti yang disebut oleh Thomas Young pada kurun ke-18), dan cahaya boleh dikutubkan. Kelemahan teori ini ialah gelombang cahaya, seperti juga gelombang bunyi, memerlukan medium untuk merambat. Satu kandungan hipotesis yang dipanggil "luminiferous aether" telah dicadangkan, tetapi kemudiannya tidak dipersetujui. Teori elektromagnet. Dalam tahun 1845, Michael Faraday mendapati bahawa sudut pengutuban sinaran cahaya yang melalui bahan pengutub boleh diubah menggunakan medan magnet. Sifat ini merupakan bukti pertama bahawa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Pada tahun 1847, Faraday mengusulkan bahawa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat walaupun dalam ketiadaan medium seperti eter. Teori ini dicadangkan oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19 yang memperkatakan bahawa gelombang cahaya ialah gelombang elektromagnet, jadi ia tidak memerlukan medium untuk merambat. Pada permukaannya, dianggap bahawa gelombang cahaya disebarkan melalui rangka rujukan yang tertentu, seperti eter, tetapi relativiti khas manggantikan anggapan ini. Teori elektromagnet menunjukkan bahawa sinaran boleh lihat ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Teknologi penghantaran radio dicipta berdasarkan teori ini dan masih lagi menggunakannya. Kelajuan cahaya malar yang diramalkan dalam persamaan Maxwell adalah bertentangan dengan hukum mekanikal pergerakan yang tidak pernah disanggah semenjak zaman Galileo, yang menyatakan bahawa semua kelajuan adalah relatif kepada kelajuan pemerhati. Penyelesaian kepada pertentangan ini akan dijumpai oleh Albert Einstein. Teori kuantum. Ia telah dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Max Planck, yang mencadangkan pada tahun 1900 bahawa sinaran cahaya terdiri daripada paket (kuantum) tenaga yang dikenali sebagai foton. Jawatankuasa Nobel menghadiahkan Planck Anugerah Fizik pada 1918 untuk kerja-kerja beliau dalam penemuan teori kuantum, walaupun beliau bukannya orang yang pertama memperkenalkan prinsip asas partikel cahaya. Teori kembaran zarah-gelombang. Teori kembaran zarah-gelombang menggabungkan tiga teori yang sebelumnya, dan mencadangkan bahawa cahaya ialah zarah dan gelombang. Teori ini merupakan teori moden yang menerangkan bukan sahaja sifat cahaya, malahan semua zarah. Ia diterangkan oleh Albert Einstein pada awal 1900 berdasarkan hasil kerjanya berkenaan kesan fotoelektrik, dan juga hasil kajian Planck. Einstein menunjukkan bahawa tenaga foton berkadar langsung dengan frekuensinya. Secara amnya, teori tersebut menyatakan bahawa setiap benda mempunyai sifat zarah, dan sifat gelombang, dan pelbagai eksperimen boleh dijalankan untuk menunjukkan sifat-sifat tersebut. Sifat zarah lebih mudah dikesan sekiranya objek tersebut memiliki jisim yang besar. Oleh sebab itu hanya pada 1924, dalam eksperimen yang dijalankan oleh Louis de Broglie, barulah elektron dijumpai memiliki sifat kembaran gelombang-zarah. Einstein menerima Hadiah Nobel pada 1921 untuk hasil kerjanya berkenaan kembaran gelombang-zarah bagi zarah foton, dan de Broglie pula menerimanya pada tahun 1929 untuk penyambungan kajian bagi zarah-zarah lain. Panjang gelombang tampak. Cahaya tampak ialah sebahagian daripada spektrum yang mempunyai panjang gelombang antara lebih kurang 400 nanometer (kependekannya ialah "nm") dan 800 nm (dalam udara). Cahaya boleh dipecahkan kepada frekuensinya. Frekuensi dan panjang gelombang adalah berkadar terus. Kelajuan cahaya. "Lihat Halaju cahaya" Walaupun beberapa orang berkata tentang "halaju cahaya", perkataan "halaju" sepatutnya ditinggalkan untuk kuantiti vektor (dikaitkan dengan arah). Kelajuan cahaya ialah kuantiti skalar (ia tidak mempunyai arah), oleh itu "kelajuan" ialah istilah yang lebih tepat. Formula kelajuan cahaya. Yang mana "λ" ialah panjang gelombang, "f" ialah frekuensi, "v" ialah kelajuan cahaya. Kalau cahaya bergerak di dalam vakum, jadi "v" = "c", jadi yang mana "c" ialah kelajuan cahaya. "v" boleh diterangkan sebagai yang mana "n" ialah pemalar (indek biasan) iaitu sifat bahan yang dilalui oleh cahaya. Perubahan dalam kelajuan cahaya. Semua cahaya bergerak pada kelajuan yang terhingga. Walaupun seseorang pemerhati bergerak, dia akan sentiasa mendapati kelajuan cahaya ialah "c", kelajuan cahaya dalam vakum, iaitu "c" = 299,792,458 meter per saat (186,282.397 batu per saat). Walau bagaimanapun, apabila cahaya melalui objek yang boleh ditembusi cahaya seperti udara, air dan kaca, kelajuannya dikurangkan, dan ia mengalami pembiasan, iaitu "n"=1 dalam vakum dan "n">1 di dalam jirim. Sejarah pengukuran kelajuan cahaya. Kelajuan cahaya telah diukur banyak kali oleh ahli fizik. Pengukuran awalan yang paling baik dilakukan oleh Olaus Roemer (ahli fizik Denmark), dalam 1676. Beliau telah mencipta kaedah mengukur kelajuan cahaya. Beliau mendapati dan telah mencatatkan pergerakan planet Musytari dan satu daripada bulannya dengan menggunakan teleskop. Adalah mungkin untuk mengira masa kitaran bulan tersebut kerana ia digerhanakan oleh Musytari pada masa kitaran yang biasa. Roemer telah mendapati bahawa bulan tersebut mengorbit Musytari sekali setiap 42 1/2 jam apabila Bumi adalah paling hampir dengan Musytari. Masalahnya adalah apabila Bumi dan Musytari berjauhan, putaran orbit bulan tersebut kelihatan bertambah. Fenomena ini menunjukkan cahaya memerlukan lebih masa untuk samapai ke Bumi. Kelajuan cahaya dikira dengan menganalisis jarak antara planet pada masa masa tertentu. Roemer mendapati kelajuan cahaya ialah 227,000 kilometer sesaat (sekitar 141,050 batu sesaat). Albert A. Michelson memperbaiki hasil kerja Roemer pada tahun 1926. Beliau menggunakan cermin berputar untuk mengukur masa yang diambil cahaya untuk pergi balik dari Gunung Wilson ke Gunung San Antonio di California. Ukuran jitu menghasilkan kelajuan 186,285 batu sesaat (299,796 kilometer sesaat). Dalam penggunaan harian, jumlah ini dibundarkan kepada 186,000 batu sesaat dan 300,000 kilometer sesaat. Optik. Kajian mengenai cahaya dan interaksi cahaya dengan jirim dikenali sebagai optik. Pemerhatian dan kajian mengenai fenomena optik seperti pelangi menyumbangkan pelbagai maklumat sifat semula jadi cahaya serta keseronokan. Warna dan panjang gelombang. Panjang gelombang yang berlain-lainan diinterpretasikan oleh otak manusia sebagai warna, daripada merah bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi paling rendah) hingga kepada ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru, dan, secara konvensionalnya, indigo. Frekuensi-frekuensi sejurus selepas julat penglihatan manusia dikenali sebagai "ultraungu" (UV) pada penghujung frekuensi tinggi dan "inframerah" (IR) pada yang rendah. Walaupun manusia tidak dapat melihat IR, namun mereka dapat mengesannya melalui reseptor-reseptor kulit sebagai haba. Kamera yang mengesan IR dan menukarnya kepada cahaya tampak dipanggil kamera penglihatan malam. Sinaran UV tidak dapat dikesan oleh manusia kecuali dalam cara yang agak lambat, iaitu dedahan berlebihan kulit terhadap cahaya UV boleh menyebabkan kulit terbakar, atau barah kulit. Sesetengah jenis binatang, seperti lebah, boleh melihat sinaran UV manakala ular kapak boleh melihat IR menggunakan lubang-lubang yang terdapat pada kepalanya. Pengukuran cahaya. Kuantiti-kuantiti dan unit-unit berikut digunakan untuk mengukur cahaya "Juga lihat: Fotometri" Gelombang cahaya. "Gelombang cahaya boleh dipecahkan kepada dua komponen; medan elektrik dan magnetik." Medan elektrik dan medan magnetik cahaya adalah berseranjang antara satu sama lain.
42
5145266
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=42
Laut Kaspia
Laut Kaspia merupakan sebuah jasad air pedalaman ("inland water body") yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, maka ia turut digelar sebagai tasik terbesar di dunia, namun ciri airnya yang masin menjadikannya mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, satu pertiga daripada kemasinan air laut biasa. Geografi. Laut Kaspia terletak di timur laut Eropah dan barat daya Asia. Ia disempadani oleh Rusia dan Azerbaijan di barat, Kazakhstan dan Turkmenistan di sebelah timur laut dan timur, dan oleh Iran di bahagian selatan. Laut Kaspia mempunyai luas permukaan 371,000 km2 dan kedalaman maksimum 980 m. Ia mengunjur sejauh 1,210 km dari utara ke selatan dan sejauh 210 hingga 436 km dari timur ke barat.
43
268777
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=43
Tasik Titicaca
Tasik Titicaca (; ) adalah sebuah tasik terletak di sempadan Peru dan Bolivia. Ia terletak 3,811 m (12,500 ft) dari paras laut lalu mendapat reputasi sebagai tasik boleh dikemudi tertinggi di dunia. Ia juga merupakan tasik terbesar di Amerika Selatan jika mengikut isipadu air tasik. (Tasik Maracaibo merupakan jasad air sejenis yang mempunyai kawasan permukaan lebih besar namun sering diketepikan kerana terhubung dengan laut). Asal usul nama tasik ini dipercayai mengikut bahasa Aymara iaitu "titi" iaitu "puma" dan "q’aq’a" atau "qaqa" "kelabu" kerana bentuk suatu lukisan batu di Isla del Sol yang diperhatikan masyarakat tempatan menyerupai seekor puma yang memburu kelinci. Geografi. Tasik ini terletak di hujung utara cekungan Altiplano endorheic tinggi di Andes antara sempadan Peru dan Bolivia; bahagian barat tasik terletak dalam Daerah Puno Peru manakala bahagian timur terletak di Jabatan La Paz Bolivia. Tasik yang terdiri daripada dua hampir terpisah-sub cekungan yang dihubungkan oleh Selat Tiquina yang di pada titik tersempit. Sub-cekungan yang lebih besar, "Grande Lago" (juga digelar "Lago Chucuito") mempunyai kedalaman purata dan kedalaman maksimum . Sub-cekungan lebih kecil, Wiñaymarka (juga digelar "Lago Pequeno", "tasik kecil") mempunyai kedalaman purata dan kedalaman maksimum . Kedalaman purata keseluruhan tasik adalah . Lima besar sistem sungai pakan ke Tasik Titicaca. Dalam rangka kelantangan relatif mereka aliran ini adalah Ramis, Coata, Ilave, Huancané, dan Suchez. Lebih daripada 20 yang lain yang lebih kecil aliran kosong ke Titicaca, dan tasik mempunyai 41 pulau, beberapa di antaranya padat penduduk. Hanya memiliki satu musim peredaran percuma, tasik ini monomictik, dan air melewati Lago Huiñaimarca dan mengalir keluar outlet tunggal di Rio Desaguadero, yang kemudian mengalir ke selatan melalui Bolivia untuk Tasik Poopó. Ini hanya menyumbang sekitar 10% dari keseimbangan air tasik. Evapotranspirasi, yang disebabkan oleh angin kencang dan sinar matahari yang mendedah di ketinggian, baki 90% sisanya dari kemasukan air. Sungguh merupakan sebuah tasik tertutup. Sejak tahun 2000, paras air Tasik Titicaca telah menyurut secara terus-menerus. Antara April dan November 2009 sahaja ketinggian air telah tenggelam oleh 81 cm dan kini telah mencapai tahap terendah sejak 1949. Penurunan ini disebabkan oleh musim hujan sebentar dan mencairnya glasier makan anak sungai tasik. Suhu dan iklim. Sumber dingin dan angin di atas tasik memberikan suhu permukaan purata . Pada musim sejuk (Jun-September), terjadi pencampuran dengan perairan yang lebih dalam, yang selalu antara . Geologi. Cekungan Tinajani, di mana Tasik Titicaca terletak, adalah sebuah baskom intermontane. DAS ini cekungan memisahkan dicipta oleh gerakan strike-slip sepanjang sesar serantau bermula pada Oligosen terlambat dan berakhir terkini Miosen. Perkembangan awal dari Cekungan Tinajani ditandai dengan batu gunung berapi, yang terkumpul antara 27 dan 19 juta tahun yang lalu dalam cekungan ini. Mereka berbaring di sebuah ketidakselarasan melintasi sudut pra-cekungan strata. Tasik sedimen Lower Tinajani Formasi, yang terkena dalam Cekungan Tinajani, menunjukkan kehadiran, pra-Kuarter Tasik Titicaca leluhur di dalamnya antara 18 dan 14 juta tahun yang lalu. Sedikit yang diketahui tentang prasejarah Tasik Titicaca antara 14 juta tahun yang lalu dan 370,000 BP kerana sedimen tasik dating untuk tempoh ini terkubur di bawah dasar Tasik Titicaca dan belum mencicipi oleh coring terus menerus. Projek gerudi Tasik Titicaca menemukan sebuah teras gerudi sedimen 136-m panjang dari dasar Tasik Titicaca pada kedalaman 235 m dan di lokasi yang tepat di sebelah timur Isla del Sol. teras ini mengandungi rakaman berterusan dari sedimentasi tasik dan keadaan paleopersekitaran untuk Tasik Titicaca kembali ke sekitar 370,000 BP. Untuk jangka masa ini, Tasik Titicaca ini biasanya lebih segar dan mempunyai tahap tasik yang lebih tinggi selama tempoh glaciation daerah diperluas yang berkaitan dengan global zaman ais. Selama tempoh glaciation daerah berkurang yang berkaitan ke dalam interglasial global tempoh, Tasik Titicaca memiliki tingkat tasik biasanya rendah. Sedimen tasik dan berkaitan teres memberikan bukti bagi kewujudan masa lalu lima buah tasik prasejarah utama yang menduduki Cekungan Tinajani selama Pliosen dan Pleistocene. Dalam Altiplano utara (Tinajani DAS), tasik ini adalah Tasik Mataro prasejarah pada ketinggian 3.950 m, Tasik Cabana pada ketinggian 3,900 m, Tasik Ballivián pada ketinggian 3.860 m, Tasik (Utara) Minchin di ketinggian 3.825 m, dan Tasik (Utara) Tauca pada ketinggian 3,815 m. Usia Tasik Mataro tidak pasti dan mungkin setua Akhir Pliosen. Tasik Cabana mungkin tarikh dari jaman Pleistocene Tengah. Tasik Ballivián ada di antara 120,000 dan 98.000 BP. Dua berdiri tasik tinggi, antara 72.000 - 68.000 BP dan 44.000 - 34.000 BP, telah dibezakan untuk Tasik Minchin dalam Altiplano. Tingkat tasik Tasik Tauca tinggi telah tarikh sebagai memiliki terjadi antara 18,100 dan 14,100 BP Kegiatan manusia. Titicaca adalah penting untuk penduduk orang yang hidup pada Uros, kumpulan 42 atau lebih buatan pulau diperbuat dari buluh mengambang (totora, sebuah buluh yang berlimpah di cetek tasik). Pulau-pulau ini menjadi daya tarik pelancongan utama untuk Peru, menggambar perjalanan dari bandar tepi tasik dari Puno. tujuan awal mereka adalah defensif, dan mereka boleh dipindahkan jika ancaman muncul. Banyak pulau-pulau mengandungi menara pengawal umumnya dibuat dari buluh. Pengangkutan. Sebuah feri menyambung kereta api gauge 1435mm dari Peru di Puno dengan kereta api gauge 1000mm dari Bolivia di Guaqui. Ketenteraan. Tentera Laut Bolivia menggunakan tasik untuk melaksanakan latihan angkatan laut, menjaga Tentera Laut aktif walaupun suatu negara yang terkurung daratan.
44
192823
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=44
Adolf Hitler
Adolf Hitler (20 April 1889 – 30 April 1945) ialah seorang tokoh politik di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I sebagai seorang tentera dalam Tentera Diraja Jerman tetapi memainkan peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau menyatukan penduduk berbahasa Jerman dengan pengilhakan walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dikenali sebagai diktator paling kejam dan tokoh paling dibenci oleh hampir seluruh dunia. Adolf Hitler dan Nazisme kini disinonimkan dengan kejahatan dan totalitarianisme. Sejarah awal. Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan di sebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria. Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'. Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran Linz, Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari detik itu bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya. Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dan nyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa. Oleh itu sebelum melangkah ke sekolah menengah, beliau ingin masuk ke sekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk ke sekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk ke sekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru. Zaman remajanya. Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka. Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan di sekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera, dan duduk di tebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan di sana seperti "opera house" dan bangunan Parlimen serta bangunan di sekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907. Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku taman "parkbenches" dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan. Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin daripada poskad. Selain itu, beliau mula membaca buku-buku falsafah oleh penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain. Penyertaan dalam Perang Dunia I. Penyertaan Jerman dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas daripada maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini adalah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Persetiaan Versailles) Ketika peletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans koperal. Penglibatan Hitler awal dalam politik. Selepas Perang Dunia I berakhir, Hitler telah ditempatkan di Munich, ibunegeri Bavaria. Pada ketika itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin parti Sosialis Bebas "Independent Socialist Party", telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis. Akibatnya pada Mei, 1919 Tentera Jerman telah memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan sosialis tersebut. Hitler sendiri telah ditahan kerana disyaki sebagai seorang berfahaman sosialis. Namun beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich. Pada September 1919, beliau diarahkan untuk menghadiri mesyuarat "German Worker's Party" (GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah revolusi komunis. Sewaktu menghadiri mesyuarat ini beliau bersetuju dengan misi parti ini iaitu ke arah nasionalisme Jerman dan anti-Semitisme. Walaupun beliau hadir sebagai seorang perisik, beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat tertarik dengan karisma Hitler sewaktu berpidato dan kemudiannya menjemput beliau menyertai parti ini. Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amatlah sedikit iaitu hanya seramai 46 orang. Namun beliau tidak berputus asa dan menggunakannya keahliannya sebagai medan latihan untuk memperbaiki kemahiran berpidatonya. Lama-kelamaan, beliau telah digilap menjadi bintang yang bersinar dan kebolehannya untuk berpidato telah menarik ramai orang untuk menyertai parti tersebut. Hitler kemudiannya terus berkecimpung dalam arena politik. Antara lain beliau telah membawa masuk beberapa kawan tenteranya termasuk Kapten Ernst Roehm. Kemasukan Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Pada Februari 1920, parti NSDAP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil "25 Points" (25 perkara). Antara lain, program ini telah menolak syarat-syarat Persetiaan Versailles dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi nasionalisme, dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang luar atau orang asing. Pada 24 Februari 1920, sebuah perjumpaan besar-besaran telah diadakan untuk mengumum program ini kepada rakyat jelata dan ia dihadiri oleh seramai 2,000 orang. Hitler sedar kejayaan parti Nazi adalah atas daya usahanya sendiri dan Drexler terpaksa meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Hitler. Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibunegeri Bavaria. Pada 1923, ekonomi Jerman telah dilanda krisis apabila pekerja di Ruhr telah mengadakan mogok. Mogok ini berlaku kerana tentera Perancis telah menduduki wilayah tersebut setelah kerajaan Jerman gagal membayar pampasan perang mereka kepada Perancis. Pada 13 Ogos Canselor Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk kembali membayar wang pampasan kepada Perancis dan ini mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman. Walaupun begitu, revolusinya yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch" telah digagalkan. Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Pada waktu ini karier politik Hitler telah berakhir selama beberapa tahun. Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi. Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara 1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman. Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya daripada 14 kepada 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag. Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi. Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman. Jerman di bawah kerajaan "Third Reich". Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang "Enabling Bill" yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan. Langkahnya yang pertama ialah mengambil alih persatuan sekerja. Selepas itu parti komunis dan Sosial Demokrat telah diharamkan. Ini disusuli pula parti lain termasuk Catholic Centre Party, Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram, dan pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000 tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai Menteri Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, radio dan sebagainya. Manakala Goering, yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi. Mereka ini kemudiannya dipanggil Gestapo. Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam partinya sendiri. Oleh yang demikian beliau telah melaksanakan sistem pecah dan perintah ("divide and rule") bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh seperti Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga, Roehms merupakan orang yang paling dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang besar dan berkuasa. Oleh itu, beliau telah dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler pada mulanya tidak mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila melihat dengan sendiri pegawai yang digemarinya itu melakukan hubungan homoseks dengan pegawai bawahannya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman. Namun demikian, banyak kejayaan telah berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain, Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripada Kemelesetan Besar yang melanda ekonomi dunia. Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki untuk mendapat kerja yang baru. Di samping itu, beliau telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta rakyat" dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan sistem lebuh raya autobahn di sana. Bermulanya Perang Dunia II. Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara secara besar-besaran dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan jeneralnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu memulakan Perang Dunia II. Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh. Keluarga. Hitler mencipta gambaran awam sebagai lelaki bujang tanpa kehidupan domestik, berdedikasi sepenuhnya untuk misi politik dan bangsanya. Beliau bertemu dengan kekasihnya, Eva Braun, pada tahun 1929, dan bernikah pada bulan April 1945. Pada September 1931, anak saudara tirinya, Geli Raubal, membunuh diri dengan senjata Hitler di apartmen Munichnya. Telah dikhabarkan kepada orang-orang sezaman bahawa Geli menjalinkan hubungan romantik dengannya. Paula Hitler, adik perempuan Hitler dan ahli keluarga terdekatnya, meninggal dunia pada tahun 1960. Dalam filem propaganda. Hitler mengeksploitasi filem dokumentari dan berita untuk mengilhami kultus keperibadian. Beliau terlibat dan muncul dalam siri filem propaganda sepanjang kerjaya politiknya—seperti "Der Sieg des Glaubens" dan "Triumph des Willens"—yang dibuat oleh Leni Riefenstahl, yang dianggap sebagai perintis pembuatan filem moden.
45
5654034
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=45
Himalaya
Himalaya (Banjaran Himalaya) adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas (sekarang sebahagian dari China) di utara. Nama khas untuk banjaran ini adalah Himalaya, walaupun nama Himalayas juga biasa digunakan. Banjaran Himalaya merangkumi lima negara — Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Himalaya bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan. Himalaya merupakan sumber kepada dua sistem sungai — Lembangan Indus dan Lembangan Ganga-Brahmaputra. Perkataan Himalaya adalah berasal dari Sanskrit dan membawa erti "tempat kediaman salji" (Sanskrit "him" "salji", dan "aalaya" "rumah, tempat kediaman"). Dalam sebutan Hindi/Sanskrit, Himalaya disebut dengan "a" pertama panjang dan "a" akhir pendek, i.e. as /himaal-ya/. Gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest (8844.43 m or 29,017 kaki), K2 (8611 m atau 28,251 kaki), Kangchengjunga (8586 m atau 28,169 kaki),Lhotse(8500m atau 27888 kaki), dan Makalu I(8475m atau 27805 kaki) terletak di Himalaya. Geografi. Banjaran Himalaya adalah sepanjang 2400 km, dari Nanga Parbat di barat hinggalah ke Namche Barwa di timur. Kelebaran banjaran pula adalah di antara 250-300 km. Asal. Banjaran Himalaya merupakan banjaran termuda di planet ini. Banjaran ini bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir di utara India.Bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir dan menganjur ke arah timur lalu membentuk Banjaran Himalaya,Banjaran Karakoram,Kunlun Shan dan Tien Shan.Ia merupakan banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia.Banjaran Himalaya digelar bumbung dunia.Proses lipatan/mampatan dari banjaran ini menganjur ke arah tenggara dan melengkok ke selatan Asia Tenggara membentuK bukit Naga dan Bukit Chin di Thailand, Arakan Yoma di Myanmar,Banjaran Barisan di Sumatera,Banjaran Kapuas Hulu dan Banjaran Iran di Sarawak dan Banjaran Crocker di Sabah. Tasik. Terdapat banyak tasik di banjaran ini. Tasik yang tertinggi ialah Tasik Gurudogmar 5,370 m, manakala tasik terbesar ialah "Pangong t'so" di 4,600 m, dan mempunyai lebar 8 km dan panjang hampir 134 km.
46
192823
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=46
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional () atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau ""Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah "Nazi" ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan "Nationalsozialist". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei"" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi. Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah "Swastika" yang berlatarbelakangkan warna merah. Sejarah Awal. Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Pasukan Gempur" (atau dalam Jerman "Sturmabteilung"). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain. Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Bierkeller-Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925. Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk "Mein Kampf" (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara. Kebangkitan Parti Nazi. Hitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.
47
266044
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=47
Aisyah binti Muawiyah bin al-Mughirah
Ummu Abdul Malik Aisyah binti Muawiyah bin al-Mughirah bin Abi al-'As bin Umaiyyah () merupakan isteri kepada Khalifah keempat Marwan bin al-Hakam dan ibu kepada Khalifah kelima Abdul Malik bin Marwan.
48
1036
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=48
Marwan b. Abdul Malik
49
91672
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=49
Mashaf Uthmani
Mushaf Uthman ialah versi al-Quran yang diterbitkan oleh Uthman bin Afan. "Mushaf" ialah perkataan bahasa Arab yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran. Ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk menaklukkan Arminya dan Adharbijan, Hudhaifa bin Al-Yaman bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan al-Quran antara orang-orang Sham dengan orang-orang Iraq. Hudhaifa berkata kepada Uthman: "O ketua Penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (al-Quran), sebagaimana dengan pengalaman orang Yahudi dan orang Kristian dahulu." Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsa yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun bahan-bahan al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu." Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna. Uthman bertitah kepada tiga orang Quarishi itu, "Jika kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit bagi mana-mana satu perkara dalam al-Quran, tulislah dalam loghat Quraish kerana al-Quran diwahyu dalam bahasa ibunda mereka". Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsa. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam dan memerintah bahawa bahan-bahan al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap, dibakar.
50
5745900
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=50
Uthman bin Affan
Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان)atau nama panjang beliau adalah Uthman bin Affan Abi al-Ash bin Umaiyyah merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain. Biografi. Saidina Uthman (23h-w35h/643-w655m) dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Keturunan Saidina Uthman ialah ayahnya Affan bin Abul 'Ash bin Umaiyah bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Emak beliau Arwa bin Kariz bin Habib bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Arwa, ibunya pula adalah anak saudara Rasulullah SAW iaitu AlBaidha binti Abdul Muttalib. Arwa melahirkan Saidina Uthman dan Amnah. Kemudian setelah kewafatan Affan, Arwa berkahwin dengan Uqbah bin Abu Mu'it dan melahirkan tiga orang anak: Keislaman Saidina Uthman. Apabila usia beliau mencecah 30 tahun, beliau telah pun memeluk Islam hasil ajakan Saidina Abu Bakar. Ini kerana Saidina Abu Bakar telah menasihatkan agar Saidina Uthman tidaklah perlu menyembah sesuatu yang tidak boleh mendengar, melihat dan memberikan mudharat kepadanya. Kemudian, Saidina Abu Bakar memperkenalkannya kepada Rasulullah dan mengucapkan shahadah. Saidina Uthman juga paling awal telah berhiijrah ke Habsyah kemudian diikuti oleh muhajirin yang lain demi memelihara Islam. Kemudian, beliau turut serta berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah. Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman. Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam. Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman. Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dalam masa yang berbeza (beliau digelar zunurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga. Saidina Uthman mengahwini puteri Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, setelah Ruqayyah meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum. Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia, beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali dan isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha. Pandangan mazhab Syiah mengenai Saidina Uthman. Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah yang dibuka Islam.
52
268777
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=52
Penyakit
Penyakit (Tulisan Jawi: ڤڽاكيت) adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan. Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan. Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom, yang merupakan himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti. Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu "gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalah kebantutan dan obesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggap homoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan. Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini. Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan variasinya telah menjadi topik politik yang hangat lantaran kesannya kepada ekonomi dan masyarakat. Sebagai contoh, kejutan letupan ("shell shock") dan masalah tekanan pascatrauma ("post-traumatic stress disorder") merupakan telah dipolitikkan di Amerika Syarikat; demikian juga kecederaan pergerakan berulang ("repetitive motion injury") di Australia. Jenis-jenis penyakit. Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui. Penyakit berjangkit. " Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit berjangkit" demam campak, diabetes, malaria Penyakit genetik. " Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit genetik" Penyakit autoimun. " Untuk rencana lanjutan, lihat Penyakit Autoimun" Penyakit toksik. " Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit toksik" Penyakit kekurangan (zat). " Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit kekurangan zat" Penyakit endokrin. " Untuk rencana lanjutan, lihat penyakit endokrin" Sindrom dan penyakit oleh etiologi yang tidak diketahui, atau punca bercampur. " Untuk rencana lanjutan, lihat sindrom dan penyakit punca bercampur atau tidak diketahui" Ganguan neurologik dan sakit mental. " Untuk rencana lanjutan, lihat gangguan neuronlogik dan sakit mental" Sakit psikogenik. " Untuk rencana lanjutan, lihat sakit psikogenik" Sakit keadaan. " Untuk rencana lanjutan, lihat sakit keadaan" Organisasi yang Terlibat dalam Pengelasan Penyakit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerbitkan senarai lengkap penyakit yang dikenali sebagai Klasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD). Asalnya untuk menggambarkan penyakit dari segi perspektif kesihatan umum. Di Amerika Syarikat, kod ICD9 digunakan dalam tujuan insuran dan pengebilan dan secara umumnya dianggap lapuk dan tidak lengkap. Lihat juga. Dalam biologi, penyakit merujuk kepada sebarang ketidaknormalan pada organisma yang merencatkan atau menjejaskan fungsi normal sistem-sistem untuk berfungsi optimum Istilah "penyakit" juga sering digunakan sebagai metafora untuk sebarang gangguan, disfungsi, gejala negatif, atau keadaan genting yang lain, seperti penyakit masyarakat.
54
5011
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=54
Angin Ahmar
55
279511
https://ms.wikipedia.org/wiki?curid=55
Hidrogen
Hidrogen merupakan unsur yang mempunyai nombor atom 1 dengan simbol kimia, H. Hidrogen merupakan unsur pertama dan unsur yang paling ringan dalam jadual berkala. Hidrogen berada dalam kumpulan 1 dan kala 1. Hidrogen wujud secara bebas, dan juga sebagai sebahagian daripada air, bahan galian, dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum. Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup apabila bercampur dengan oksigen dan didedahkan kepada api. Gas hidrogen (juga dikenali sebagai H2) diwujudkan dalam makmal pada awal kurun ke-16 melalui campuran logam dengan asid kuat. Pada 1766–81, Henry Cavendish merupakan orang pertama yang menyifatkan gas hidrogen sebagai bahan diskret, dan menghasilkan air apabila dibakar, sifat yang memberikan namanya yang bermaksud "penghasil air" dalam bahasa Yunani. Pada suhu dan tekanan piawai, hidrogen bersifat lutsinar, tidak berbau, bukan logam, tiada rasa, bukan toksik dan mudah terbakar. Hidrogen digunakan dalam proses penghasilan metanol, ammonia, dan asid hidroklorik. Hidrogen pernah digunakan untuk mengisi kapal udara tetapi sifatnya yang mudah meletup apabila bercampur dengan oksigen dan terkena api menyebabkan hidrogen digantikan dengan gas helium. Sejarah. Nama unsur hidrogen diberikan oleh Antoine Lavoisier pada 1783 daripada dua perkataan Yunani, "hidro" (ὑδρο, air) dan "genes" (γενής, pencipta). Sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua, pada pukul 7:25 p.m. 6 Mei 1937, Jerman pernah kehilangan kapal udara "Hindenburg" apabila gas hidrogen yang digunakan untuk mengisi kapal udara tersebut meletup dan terbakar. Kewujudan. Hidrogen sebagai atom ialah unsur kimia paling banyak wujud di alam semesta; atom hidrogen merangkumi 75% jisim barion (seperti proton dan neutron) dan 90% jumlah atom. Hidrogen banyak dijumpai dalam bintang dan planet gergasi gas. Awan-awan molekul hidrogen, H2 berkait rapat dengan pembentukan bintang. Di angkasa lepas, hidrogen lazimnya wujud dalam bentuk atom dan plasma. Dalam bentuk plasma, proton dan elektron atom hidrogen tidak terikat, menyebabkan atom memiliki kekonduksian dan keamatan cahaya yang tinggi. Di medium antara najam, sejenis ion hidrogen, molekul hidrogen terproton, H3+ boleh dijumpai, dan terhasil melalui pengionan molekul hidrogen di sinar kosmos. Ion ini agak stabil di kawasan angkasa lepas disebabkan oleh ketumpatan dan suhu yang rendah, dan merupakan salah satu ion yang paling kerap dijumpai di alam semesta. Ion ini adalah penting dalam kimia medium antara najam. Ion ini juga telah dijumpai di kawasan atasan atmosfera Musytari. Triatom hidrogen neutral, H3 hanya boleh wujud dalam keadaan teruja dan tidak stabil. Ion hidrogen molekul, H2+ pula jarang dijumpai di dalam alam semesta. Di Bumi, hidrogen wujud sebagai molekul, H2, tetapi jarang untuk dijumpai di atmosfera Bumi dengan kepekatan serendah satu bahagian per juta. Hal ini kerana molekul hidrogen memiliki jisim yang rendah, menyebabkan molekul hidrogen lebih mudah terlepas daripada graviti Bumi berbanding dengan unsur-unsur gas lain. Di permukaan Bumi, hidrogen ialah unsur ketiga paling banyak, lazimnya dalam sebatian-sebatian seperti air dan hidrokarbon. Gas hidrogen dihasilkan oleh sesetengah bakteria dan alga. Isotop. Hidrogen membentuk tiga isotop, protium, deuterium, dan tritium yang mengandungi sifar, satu, dan dua neutron masing-masing. Beberapa isotop hidrogen yang tidak stabil pernah dihasilkan dalam makmal, tetapi tidak wujud dalam persekitaran, yakni isotop 4H ke 7H. Isotop-isotop hidrogen merupakan satu-satunya kumpulan isotop yang diberikan nama khusus yang masih digunakan ada masa kini. Sebatian. Meskipun H2 tidak begitu reaktif, hidrogen masih dapat bertindak balas dengan hampir kesemua unsur. Hidrogen biasanya bertindak balas dengan unsur-unsur dengan keelektronegatifan tinggi, terutamanya unsur-unsur halogen seperti fluorin dan klorin, di mana hidrogen wujud sebagai ion bercas positif. Hidrogen bergabung dengan atom-atom karbon untuk membentuk hidrokarbon, dan seterusnya sebatian organik. Kajian tentang kumpulan sebatian ini dikenali sebagai kimia organik. Hidrida. Sebatian-sebatian hidrogen dipanggil sebagai "hidrida", meskipun penggunaan bagi istilah hidrida adalah agak longgar. Istilah "hidrida" bermakna bahawa hidrogen membentuk ion bercas negatif, H-, dan berlaku apabila hidrogen bertindak balas dengan unsur-unsur elektropositif. Penghasilan. Molekul hidrogen dihasilkan di makmal-makmal kimia dan biologi, lazimnya sebagai hasil sampingan suatu tindak balas. Dalam bidang industri, molekul ini biasanya terhasil melalui penghidrogenan substrat tak tepu. Dalam alam sekitar, molekul ini terhasil melalui penurunan dalam tindak balas biokimia. Elektrolisis air. Kaedah elektrolisis air merupakan kaedah mudah untuk menghasilkan gas hidrogen, di mana arus elektrik bervoltan rendah dilalukan terhadap air, menyebabkan gas oksigen terhasil di anod dan gas hidrogen terhasil di katod. Kecekapan penghasilan gas hidrogen melalui cara ini (berdasarkan nilai tenaga hidrogen jika dibandingkan dengan nilai tenaga elektrik digunakan) adalah dalam julat 80–94%. Persamaan elektrolisis air ialah seperti di bawah: <chem>2 H2O -> 2 H2 + O2</chem> Tindak balas asid dan logam. Dalam makmal, gas hidrogen dapat dihasilkan melalui tindak balas asid bukan pengoksida dengan logam-logam reaktif seperti zink, di mana persamaan ionnya ditunjukkan di bawah. <chem>Zn + 2H+ -> Zn^2+ + H2</chem> Logam aluminium juga dapat menghasilkan gas hidrogen jika ditindak balas dengan suatu bes, seperti di bawah: <chem>2 Al + 6 H2O + 2 OH^- -> 2 Al(OH)^4- + 3 H2</chem> Selain itu, suatu pelet aloi aluminium dan galium boleh dituang kepada air untuk menghasilkan hidrogen. Proses ini menghasilkan aluminium oksida, tetapi galium akan menghalang pengoksidaan di permukaan pelet dan oleh itu, boleh digunakan semula. Kaedah ini membolehkan hidrogen dihasilkan terus di tempat yang diperlukan tanpa perlu diangkut, dan boleh membawa kesan terhadap ekonomi gas hidrogen. Namun begitu, galium ialah suatu unsur yang mahal. Kegunaan. Hidrogen digunakan dalam bidang petroleum dan industri kimia dalam jumlah yang besar. Kegunaan terbesar hidrogen ialah dalam pemprosesan bahan api fosil dan penghasilan ammonia. Selain itu, hidrogen juga digunakan dalam penghidrogenan, biasanya dalam meningkatkan tahap ketepuan lemak dan minyak tak tepu, serta dalam penghasilan metanol. Hidrogen juga digunakan sebagai agen penurunan dalam pemprosesan bijih logam. Gas hidrogen juga digunakan dengan meluas dalam bidang fizik dan kejuruteraan. Gas hidrogen digunakan sebagai gas pelindung dalam sesetengah kaedah kimpalan seperti kimpalan hidrogen gas. Gas hidrogen digunakan sebagai penyejuk dalam penjana elektrik kerana gas ini mempunyai kekonduksian haba tertinggi dalam kalangan gas yang wujud. Gas hidrogen pernah digunakan secara meluas sebagai gas pengangkat belon dan kapal udara. Keselamatan. Hidrogen memiliki beberapa bahaya keselamatan kepada manusia seperti bahaya letupan dan kebakaran apabila bercampur dengan udara, dan bahaya gas hidrogen sebagai gas asfiksia dalam bentuk tulen (tanpa gas oksigen). Cecair hidrogen ialah cecair kriogenik dan membawa bahaya yang berkait dengan cecair-cecair bersuhu sejuk. Hidrogen larut dalam kebanyakan logam-logam, dan boleh menyebabkan kebocoran serta kerapuhan logam yang membawa kepada rekahan dan letupan. Gas hidrogen boleh terbakar dengan spontan di dalam udara persekitaran. Tambahan pula, gas hidrogen panas tidak dapat dilihat, dan boleh menyebabkan kelecuran. Sifat-sifat keselamatan gas hidrogen sebenar seperti suhu dan tekanan genting letupan mungkin tidak sama dengan maklumat yang diberi dalam data-data keselamatan, dan bergantung kepada geometri bekas gas.

No dataset card yet

Downloads last month
40