url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://wartaoriental.com/2023/11/06/wanita-diugut-kerana-sebar-video-goyang-gerudi-di-simpang-renggam/
Wanita diugut kerana sebar video goyang gerudi di Simpang Renggam
[ "Lelaki warga tempatan yang ditahan berikutan melakukan ugutan kepada seorang wanita selepas dikatakan menyebarkan video goyang gerudi pada 26 Oktober lalu.", "KLUANG: Seorang wanita diugut kerana dikatakan menyebarkan video goyang gerudi sehingga tular dan menyebabkan Karnival Makanan Johor di Dataran Industri Kecil dan Sederhana di Simpang Renggam hujung bulan Oktober baru-baru ini dihentikan. ", "Berikutan pembatalan serta-merta oleh Majlis Daerah Simpang Renggam kerana melanggar syarat permit penganjuran, pihak penganjur dan peniaga mengalami kerugian ribuan ringgit kerana tidak dapat meneruskan acara seperti tarikh ditetapkan. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pada 26 Oktober lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan yang diugut oleh seorang lelaki tidak dikenali melalui panggilan telefon. ", "Katanya, berikutan daripada laporan itu, pada 1 November baru-baru ini, kira-kira pukul 2.15 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun di Jalan Buluh Kasap di Segamat. ", "“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun, hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif. ", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya melalui kenyataan kelmarin.", "Menurut Bahrin lagi, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. ", "Ujarnya, bacaan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kluang akan dilakukan esok (6 November) selepas ditahan reman empat hari bermula tarikh ditahan. ", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya. ", "Pada 27 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan Karnival Makanan Johor di Dataran IKS di Simpang Renggam terpaksa dihentikan oleh MDSR selepas tular sekumpulan wanita dan lelaki melakukan aksi goyang gerudi ketika persembahan pentas sebuah band tempatan mengadakan persembahan di karnival itu.", "Wanita diugut kerana sebar video goyang gerudi di Simpang Renggam" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/24/467-hadir-persidangan-mesyuarat-agung-tahunan-ke-58-pppm/
467 hadir persidangan, Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 PPPM
[ "KOTA KINABALU: Seramai 467 orang hadir ke Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-58 Persatuan Pandu Puteri Malaysia(PPMM) 2023.", "Daripada jumlah tersebut, 231 orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati, 176 orang penerima anugerah serta 60 orang ahli jawatankuasa daripada 18 PPPM seluruh negara.", "Majlis penutupan persidangan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua PPPM di sini, pada Jumaat.", "Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramaniam, Yang Dipertua PPPM Cawangan Sabah, Kartini Datuk Haji Arif dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Sabah, Shirley Wong." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/15/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/
Tinggalkan Sabah, Baddrol ada ‘perjuangan’ baharu di Kedah?
[ "PETALING JAYA: Selepas 41 penampilan sejak menyertai Sabah FC tahun lalu, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan mengejut meninggalkan skuad Sang Badak serta-merta.", "Perkara tersebut diumumkan Sabah FC semalam selepas mencapai persetujuan bersama ­dengan bintang tengah berusia 35 tahun itu.", "Menurut Utusan Malaysia, biarpun tidak dinyatakan mengapa keputusan Baddrol diambil secara tiba-tiba, namun desas-desus mengatakan bekas pemain kebangsaan itu akan kembali ke negeri kelahirannya, Kedah untuk terlibat dalam ‘pertempuran’ berbeza.", "“Kelab Bola Sepak Sabah mengumumkan Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan ­peranannya sebagai ketua ­pasukan dan tidak lagi bersama Sabah sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.", "“Keputusan diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sabah kenyataan tersebut.", "Terdapat laporan mengatakan Baddrol pulang ke ­Kedah bukan me­nyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, sebaliknya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).", "“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai legenda di Arena sola sepak Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/16/kos-buku-mari-kenali-sawit-dipertikai/
Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai
[ "KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut jawapan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan bekas menterinya  berhubung kos pencetakan buku Mari Kenali Sawit. ", "Mari Kenali Sawit", "Menurut Utusan Malaysia, Teresa berkata kos bagi sebuah buku itu telah menelan kos sehingga RM13.30 sen sedangkan terdapat syarikat pencetakan yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk jenis buku sama. ", "“Soalan saya, saya dan ramai MP ada pengalaman untuk mengeluarkan buku iaitu kosnya. Bagaimana buku macam ini boleh menelan kos sehingga RM13.30 untuk sekolah rendah?", "“Walaupun dinyatakan di sini, kos itu termasuk penghantaran ke pejabat pendidikan daerah di semua negeri tetapi kalau setakat pejabat daerah sahaja, kenapa sehingga RM13.30 sen?", "“Untuk sekolah menengah pula kosnya adalah RM19.30 sen. Saya pernah menyemak dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan Kuala Lumpur, buku seperti itu kurang RM3,” katanya semasa sidang media di Bangunan Parlimen. ", "Katanya, itu adalah satu projek di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia di bawah bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin.  Dijelaskan sebanyak 210,000 diedarkan di sekolah rendah dan 62,475 buah buku untuk sekolah menengah.", "Tambahnya, buku itu diedarkan di 144 pejabat pendidikan daerah di seleuruh negara. Setiap sekolah rendah menerima 27 buah buku dan 25 buku bagi setiap sekolah menengah. ", "Berdasarkan jawapan yang diterima Teresa pada sesi Parlimen Julai tahun lalu, seluruh projek ini, melibatkan kos hampir RM4 juta ringgit daripada Majlis Minyak Sawit Malaysia. ", "“Saya setuju untuk menyebarkan maklumat mengenai maklumat sawit kepada murid sekolah tak kan la dengan harga macam ini. Sebab itu dalam Dewan Rakyat tadi saya minta menteri perlu siasat dan umum pada semua. ", "“Mungkin juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu campur tangan untuk tahu adakah ini boleh diterangkan, kementerian perlu juga beritahu kepada dewan sama ada semua buku ini sudah diedarkan keseluruhannya,” katanya. ", "Parlimen: Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/10/new-york-umum-tahun-baharu-cina-2024-sebagai-cuti-sekolah/
New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah
[ "NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Xinhua melaporkan, perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.", "“Dengan menetapkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat,” menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.", "“Ia bukan hanya hari cuti sekolah – ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza,” tambahnya.Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan Tahun Baru Cina sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.", "Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut Tahun Baru Cina tanpa dikenakan penalti.", "Tahun Baru Cina seterusnya akan jatuh pada 10 Februari 2024.", "New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/02/techtronic-industries-menyampaikan-prestasi-pencapaian-tahunan-2022-yang-kukuh/
Techtronic Industries menyampaikan prestasi pencapaian tahunan 2022 yang kukuh
[ "Margin kasar bertambah kepada 39.3%, EBIT meningkat kepada AS$1.2 bilion", "Margin kasar bertambah kepada 39.3%, EBIT meningkat kepada AS$1.2 bilion", "HONG KONG (Bernama): Syarikat kelengkapan berkuasa dan penjagaan lantai & pembersihan Techtronic Industries Co. Ltd. (TTI atau Kumpulan) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya mengumumkan prestasi pencapaian Syarikat dan anak syarikat disatukan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. TTI mempamerkan daya tahan model perniagaan syarikat pada tahun 2022 dalam persekitaran operasi yang lebih mencabar.", "Selepas hampir menggandakan sumber hasil dari 2018 hingga 2021, Kumpulan tersebut menyampaikan pertumbuhan jualan mata wang tempatan sebanyak 2.8% pada tahun 2022 disebabkan pertumbuhan luar biasa perniagaan MILWAUKEE.", "• Perniagaan utama MILWAUKEE kami berkembang 21.8% dalam mata wang tempatan• Aliran tunai bebas meningkat dalam separuh kedua untuk mengakhiri tahun ini dengan AS$329 juta• Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut kepada 39.3%, meningkat sebanyak 54 mata asas", "• Perniagaan utama MILWAUKEE kami berkembang 21.8% dalam mata wang tempatan• Aliran tunai bebas meningkat dalam separuh kedua untuk mengakhiri tahun ini dengan AS$329 juta• Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut kepada 39.3%, meningkat sebanyak 54 mata asas", "*Bagi tahun berakhir 31 Disember 2022", "Maklumat Tentang TTI", "www.ttigroup.com", "Semua tanda dagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI dimiliki oleh Kumpulan. AEG ialah tanda dagangan berdaftar AB Electrolux (publ.) dan digunakan di bawah lesen. RYOBI ialah tanda dagangan berdaftar Ryobi Limited dan digunakan di bawah lesen.", "Untuk pertanyaan Perhubungan Pelabur:", "Bahagian Hubungan Utama", "[email protected]", "Bahagian Hubungan Asia/Pasifik", "[email protected]", "Sumber: Techtronic Industries Co. Ltd." ]
https://wartaoriental.com/2023/01/28/2586-kir-terima-bantuan-bakul-makanan/
2,586 KIR terima bantuan bakul makanan
[ "James (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima.", "KOTA MARUDU: Seramai 2,586 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir menerima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri.", "Bantuan disampaikan wakil Ketua Menteri, Datuk James Ratib di Dataran Bandau, pada Sabtu.", "Turut disampaikan, bantuan wang tunai kepada 100 KIR manakala selebihnya akan disalurkan ke akaun bank mangsa.", "Beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terlibat dengan bencana banjir.", "Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrum Bahanda, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding dan Pegawai Daerah, Alexander Yong." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/23/mahkamah-tolak-permohonan-siti-bainun-dibebaskan-dengan-jaminan/
Mahkamah tolak permohonan Siti Bainun dibebaskan dengan jaminan
[ "Siti Bainun Ahd Razali", "KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya berhubung sabitan dan penjara 12 tahun diputuskan.", "Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.", "Menurut Utusan Malaysia, Siti Bainun memfailkan permohonan itu pada awal Mei lalu atas alasan dia mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan penyakit hempedu, menanggung seorang ibu tua sakit yang memerlukan perhatian serta rawatan.", "Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen di sini mensabitkan Siti Bainun atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang remaja Sindrom Down, Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.", "Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.", "Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.", "Mahkamah tolak permohonan Siti Bainun dibebaskan dengan jaminan" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/24/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/
Harga pasaran beras tempatan masih terkawal
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal.", "Menurut Utusan Malaysia, KPKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun lalu berhubung penetapan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong.", "Katanya, melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum.", "“KPKM ingin menegaskan bahawa harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 per kilogram (kg) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).", "“Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan,” katanya di sini.", "Ujarnya, ketika ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kg.", "“Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/06/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/06/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/29/ketua-menteri-lancar-konvoi-borneo-safari/
Ketua Menteri lancar konvoi Borneo Safari
[ "KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor melancarkan Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari ke-31 di bangunan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di Jalan Gaya, di sini, hari ini. (foto)", "foto", "Sebanyak 530 kenderaan dan kira-kira 1,500 peminat cabaran offroad tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam ekspedisi itu dari 29 Okt hingga 5 Nov.", "Mengiringi Ketua Menteri pada majlis perasmian itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, pembantunya, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi STB, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan dan Presiden Sabah Four-Wheel Drive Association, Faez Nordin." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/03/dua-rumah-musnah-terbakar-di-kota-belud/
Dua rumah musnah terbakar di Kota Belud
[ "Keadaan sebuah daripada rumah yang terbakar. – Ihsan Bomba", "KOTA BELUD: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di sini hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, kejadian berlaku di Jalan Kampung Kesapang, pada kira-kira jam 11.30 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 11.44 pagi dan sepasukan tujuh anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak 12 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 40x60kaki dan 40x30kaki terbakar 100 peratus.", "“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200kaki dua pancutan dan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air terbuka berhampiran (parit) menggunakan pam angkut,” katanya. ", "Menurut Syazwan, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.08 tengah hari.", "Operasi ditamatkan pada jam 1.50 petang." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/13/%e5%85%8d%e8%b2%bb%e9%9b%bb%e8%85%a6%e8%aa%b2%e7%a8%8b-%e5%85%85%e5%af%a6%e5%ad%b8%e5%ad%90%e5%81%87%e6%9c%9f/
免費電腦課程 充實學子假期
[ "(蘭瑙十三日訊)通過科學、工藝及革新部組織的免費電腦課程,充實了學生的假期。", "蘭瑙區數所學校的大約10名小學生,參加了在甘榜Tagudon Baru社區中心舉辦的為期一周課程。", "3月6日至11日的基礎電腦課程,由蘭瑙Tagudon Baru社區中心和AMC學院提供。", "課程講師Asminah Zakin在課程結束後表示,該計劃的目的之一,是讓孩子們對電腦資訊的掌握保持敏感。", "此外,他說,這是讓他們接觸電腦使用的基本知識,讓他們知道如何正確使用電腦。", "「本課程的目標有3個,即向孩子們介紹ICT,提高孩子使用ICT的知識和技能。」", "「通過這門課程,我們也希望能夠介紹簡單的應用程序。」", "根據Asminah的說法,課程內容包括六個基本科目。", "「在這門課程中,我們每天都有一個專題。第一天,孩子們上了『電腦和互聯網使用簡介』課程。」", "「從第二天開始,我們就打字技巧和正確使用鍵盤、Basic Microsoft Word、Basic Microsoft Excel、Basic Microsoft Powerpoint 和 Basic Microsoft Publisher。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/16/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/
Anwar nasihatkan rakyat tidak terpengaruh pandangan tidak berfaedah
[ "Anwar Ibrahim meninjau reruari pameran ketika program Mini KUD anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dataran Amanjaya, Sungai Petani.", "SUNGAI PETANI: Rakyat termasuk masyarakat desa dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pandangan yang tidak berfaedah atau ‘haprak’ oleh pihak lain terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi mereka terutama dalam kalangan usahawan desa. ", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui pelbagai agensinya berperanan membantu rakyat sekali gus perlu diberi perhatian oleh rakyat melalui janji yang dilaksanakan dan bukan sekadar dilafazkan.", "“Hari ini Karnival Usahawan Desa (KUD) ini direncanakan berbulan lalu, saya minta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi ruang mengangkat lagi martabat (usahawan desa) dan strategi diselarikan dengan kegiatan halal. ", "“Kita tahu halal sekarang bukan hanya di negara Islam, ia dikembangkan hingga ke negara China, Eropah dan tentunya di negara Arab, maknanya peluang memang ada. Selarikan dan dengar pandangan serta nasihat (kementerian) supaya kita dapat tingkatkan mutu pengeluaran untuk mendapat hasil lebih baik.", "“Kita (akan) bantu, saya hendak beritahu tak mudah kita dapat menteri yang begitu prihatin, cari jalan untuk tingkatkan pendapatan desa, ambil peluang ini, jangan dengar pandangan ‘haprak’ yang lain,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Mini KUD yang turut dihadiri Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Dataran Amanjaya, di sini kelmarin.", "Perdana Menteri menegaskan, walaupun pimpinan dalam kerajaan silih berganti namun pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir harus memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. ", "“Ekonomi desa tidak akan mampu berkembang sekiranya pemimpinnya hanya berfikir untuk ‘menyakau’.  Nak cakap soal ekonomi desa, kalau pimpinannya dok kira nak sakau macam mana nak jaga rakyat, ada orang yang bicara tapi tak amalkan. ", "“Ada sekarang ini asyik caci maki, hentam sindir orang politik. Perdana Menteri kena balun (hentam) teruk. Pelajar pun kena hentam sekarang. Kita negara yang ada undang-undang ada hukum, bukan hukum belantara, ada yang boleh dan ada yang tak boleh,” katanya. ", "Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan komited untuk membantu masyarakat miskin di negara ini termasuk memperuntukkan sejumlah RM460.2 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara bagi tahun ini.", "“Sebanyak 3,030 unit bina baharu (rumah PPRT) melibatkan peruntukan RM244.4 juta, baik pulih rumah RM215.8 juta iaitu sebanyak 12, 242 unit rumah yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM460.2 juta.", "“Ada dah lulus, dah dilaksanakan, dalam proses untuk ditingkatkan jadi saya harap dengan penjelasan ini kita boleh bagi peluang untuk (kerajaan) terus berkhidmat kepada rakyat, kurangkan sikit ketegangan di negara kita dan bawa mesej yang jelas,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/28/fasa-peralihan-monsun-timur-laut-bermula/
Fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula
[ "Sekumpulan kanak-kanak beriadah dengan bermain bola sepak selepas hujan di Kampung Rawai, Marang, Terengganu, kelmarin.", "Malaysia ketika ini berada pada Fasa Peralihan Monsun Timur Laut yang diramal berterusan sehingga November ini, lapor Utusan Malaysia.", "Fasa itu menyebabkan keadaan cuaca khususnya di Pantai Timur tidak menentu apabila dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.", "Semasa fasa peralihan ini, rantau negara menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir. Ia lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam masa singkat.", "Keadaan itu sehingga kini bagaimanapun tidak menghalang pelbagai aktiviti dijalankan termasuk beriadah di padang walaupun permukaannya ditakungi air. ", "Fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/29/pemandu-kereta-larikan-diri-selepas-rempuh-remaja/
Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja
[ "Kereta jenis Proton Waja yang merempuh mangsa sebelum pemandu dan dua penumpang melarikan diri dalam kejadian di Jalan Klebang, Melaka.", "MELAKA: Seorang remaja maut diseret sejauh 200 meter apabila motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Klebang berhampiran stesen minyak Shell di sini, awal pagi kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, mangsa, Muhammad Afiq Danish Abd. Aziz, 14, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Tan Kok Som, 41, mengalami kecederaan parah.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi sewaktu kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Pantai Klebang dari arah Bandaraya Melaka.", "Menurutnya, sewaktu motosikal itu hendak membelok ke stesen minyak, sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki datang dari arah sama merempuh mereka.", "“Remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan kini berada di Zon Merah Hospital Melaka.", "“Pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan pula telah menghilangkan diri sejurus kemalangan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Tambah Christopher, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fahmi Rahim, 41, berkata, sebelum kejadian Muhammad Afiq Danish memasang khemah untuk majlis kenduri rumah jiran di belakang rumahnya di Kampung Tengah, Klebang Besar.", "“Selepas memasang khemah dia menaiki motosikal yang ditunggang Kok Som yang juga kawan baik kepada abang sepupu Muhammad Afiq Danish kerana hendak membeli makanan di Pantai Klebang,” katanya. ", "Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/06/global-food-forum-showcasing-bosou-heritage-in-kk/
Global food forum showcasing ‘bosou’ heritage in KK
[ "Joniston being briefed by Jiliah on their ‘bosou’ production. Also in photo are Julinus, Normegawati (left) and FeRTAS Deputy President Ben Golimbi (second left).", "KOTA KINABALU: Plans are afoot to organise a world food forum here next year, with a unique focus on indigenous food security systems.", "The concept for this event took shape following a meeting between Sabah Tourism Board (STB) Chairman Datuk Joniston Bangkuai and Sabah Indigenous Bosou Enterprise Association President Jiliah Situn here yesterday.", "Present were STB Deputy CEO Julinus Jimit, and STB MICE Manager Normegawati Baiduri Sapian.", "During the meeting, it was agreed that the proposed forum highlight and celebrate the essence of Sabah’s ‘bosou’ (traditional fermented delicacies) on the global stage.", "‘Bosou’, an ancient and revered dish among the Kadazandusun people, holds a special place in the hearts of indigenous Sabahans.", "“It is known for its unique preparation process and ingredients, setting it apart from similar ‘bosou’ dishes in other countries.", "“Sabah’s ‘bosou’ has garnered international recognition when a UNESCO representative took notice in 2017,” said Jiliah.", "“The United Nations has also expressed interest in the Kadazandusun food system, recognising its importance in preserving cultural heritage and promoting sustainable indigenous food practices,” she added.", "Jiliah also mentioned their goal of facilitating cross-cultural learning by inviting participants from other countries to share insights about their own ‘bosou’ dishes.", "In response, Joniston advised the Sabah Indigenous Bosou Entrepreneurs Association to develop a comprehensive framework for the ‘bosou’ international food festival.", "He said STB is committed to supporting homegrown events that add value and draw international participants.", "“This forum offers both local and international participants a valuable opportunity to exchange ‘bosou’ stories and their traditional preparation techniques passed down through generations.", "“It will promote discussions on sustainable indigenous food systems, potentially fostering valuable insights and collaborations in agriculture and food production,” he said.", "Joniston is optimistic that the proposed event has the potential to elevate tourism in Sabah by attracting tourists and culinary enthusiasts eager to experience the unique flavours of ‘bosou’ and learn about Sabah’s rich culture." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/01/gol-ke-100-fernandes-pastikan-kemenangan-united/
Gol ke-100 Fernandes pastikan kemenangan United
[ "Bruno Fernandes meledak gol tunggal kemenangan Manchester United.", "MANCHESTER: Bruno Fernandes menjaringkan gol ke-100 dalam kariernya untuk meningkatkan harapan Manchester United beraksi dalam Liga Juara-Juara dengan menumpaskan Aston Villa 1-0, malam tadi.", "Kemenangan di Old Trafford itu juga menamatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah Aston Villa.", "Menurut Utusan Malaysia, Fernandes meledak gol enam minit sebelum tamat babak pertama selepas Emiliano Martinez menepis rembatan Marcus Rashford ke arahnya.", "Pemain tengah United, Casemiro juga memiliki peluang, namun rembatannya terkena palang dan percubaan pada separuh masa kedua pula tersasar.", "Bagaimanapun Ezri Konza hampir memberikan gol penyamaan jarak dekat buat pasukan pelawat berpunca dari sepakan penjuru.", "Begitupun pertahanan Villa itu tidak dapat menyesuaikan kedudukan badannya dengan pantas untuk mengarahkan bola ke arah pintu gol.", "Keputusan itu memastikan United kekal di tangga keempat dengan 63 mata, sembilan mata mengatasi pasukan tempat kelima, Tottenham. ", "Gol ke-100 Fernandes pastikan kemenangan United" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/03/kuasa-dunia-setuju-ai-berisiko-cetus-malapetaka-kepada-manusia/
Kuasa dunia setuju AI berisiko cetus ‘malapetaka’ kepada manusia
[ "Empat kuasa dunia memeterai deklarasi bersetuju AI mampu mendatangkan potensi risiko malapetaka kepada manusia. ", "LONDON: United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan China memeterai satu deklarasi yang bersetuju kecerdasan buatan (AI) mampu mendatangkan potensi risiko malapetaka kepada manusia.", "Perjanjian dimeterai itu merupakan deklarasi antarabangsa pertama untuk menangani teknologi yang pesat membangun.", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, sebanyak 28 kerajaan menandatangani deklarasi Bletchley pada hari pertama sidang kemuncak keselamatan AI yang dianjurkan oleh Britain.", "Kesemua negara itu bersetuju bekerjasama dalam bidang penyelidikan AI, di tengah-tengah kebimbangan AS dan UK bersaing untuk mendahului dalam membina peraturan baharu.", "Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menyambut baik deklarasi itu dengan menyifatkannya sebagai `luar biasa’.", "“Sudah tentu, tiada apa yang lebih transformatif daripada kemajuan teknologi seperti AI untuk masa depan anak-anak kita.", "“Bagaimanapun, kita perlu memastikan AI berkembang dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab, serta dapat menangani risiko dicetuskannya dalam proses itu,” katanya ketika berucap menjelang sidang kemuncak itu.", "Sementara itu, Menteri Teknologi UK, Michelle Donelan berkata, buat pertama kali beberapa negara bersetuju bahawa risiko Frontier AI perlu dinilai secara kolektif.", "Frontier AI merujuk kepada sistem paling canggih yang mana para pakar percaya boleh menjadi lebih bijak berbanding individu ketika melakukan pelbagai kerja.", "Awal minggu ini, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan perintah yang mengarahkan syarikat AI seperti OpenAI dan Google berkongsi hasil ujian keselamatan firma itu dengan kerajaan sebelum mengeluarkan model AI.", "https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/11/kuasa-dunia-setuju-ai-berisiko-cetus-malapetaka-kepada-manusia/" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/06/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/
27 mangsa kerugian RM1.1 juta akibat ‘scam’ kuih bulan
[ "SINGAPURA: Satu penipuan baharu membabitkan penjualan kuih bulan di platform media sosial menyebabkan sekurang-kurangnya 27 mangsa kerugian kira-kira $325,000 (RM1.1 juta ) bulan lalu, kata polis semalam.", "Selepas menghubungi ‘penjual’ melalui platform pesanan sosial untuk membuat tempahan kuih bulan yang diiklankan di Facebook dan Instagram, mangsa diarahkan melalui WhatsApp untuk membuat pembayaran.", "Bagaimanapun pautan itu, kata polis, menyebabkan mangsa memuat turun fail Kit Pakej Android (APK), aplikasi yang dicipta untuk sistem pengendalian Android, yang mengandungi perisian hasad.", "Menurut Utusan Malaysia, The Straits Times melaporkan, dalam sesetengah kes, mangsa diarahkan untuk membuat PayNow atau pindahan wang melalui bank untuk membeli kuih bulan.", "Penipu kemudian akan memberitahu mangsa bahawa pesanan mereka terpaksa dibatalkan kerana isu pengeluaran atau tenaga kerja, dan mengarahkan mereka ke pautan berniat jahat untuk “pembayaran balik”.", "Selepas fail APK dimuat turun dan dipasang, penipu akan mendapat akses jauh kepada peranti mangsa, membenarkan mereka mencuri kata laluan dan mendapatkan semula bukti kelayakan perbankan.", "Mangsa kemudiannya menemui transaksi yang tidak dibenarkan daripada akaun perbankan mereka.", "Polis menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menambah aplikasi ScamShield, membolehkan pengesahan dua faktor atau pelbagai faktor untuk aplikasi bank dan menetapkan had transaksi pada transaksi perbankan internet.", "Polis juga menasihatkan orang ramai untuk memastikan peranti mereka telah mengemas kini aplikasi antivirus/anti-malware yang dipasang dan melumpuhkan “Pasang Apl Tidak Diketahui” atau “Sumber Tidak Diketahui” dalam tetapan telefon mereka.", "Orang ramai harus memuat turun dan memasang aplikasi dari gedung aplikasi rasmi sahaja, dan berhati-hati jika diminta memuat turun aplikasi yang tidak diketahui untuk membeli item atau perkhidmatan di platform media sosial.", "Polis menggesa orang ramai melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank mereka dengan segera dan memaklumkan pihak berkuasa, keluarga dan rakan mengenai penipuan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/30/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/
Tujuh syarikat didenda sekat bekalan minyak masak
[ "Seorang penjual menimbang satu beg minyak masak di pasar tradisional di Jakarta.", "JAKARTA: Agensi Antimonopoli Indonesia (KPPU) mengarahkan tujuh syarikat pengeluar minyak masak membayar denda sehingga AS$2.78 juta (RM12.29 juta) kerana menyekat jualan ketika masalah kekurangan bekalan melanda tahun lalu.", "KPPU melancarkan siasatan terhadap aktiviti syarikat itu selepas kenaikan harga minyak sawit memaksa kerajaan Indonesia melaksanakan had sementara ke atas harga runcit minyak masak.", "Indonesia yang dikenali sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia turut mengenakan larangan eksport terhadap bahan mentah berkenaan selama tiga minggu pertengahan tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Panel KPPU, Dinni Melanie berkata, tujuh daripada 27 syarikat dalam kes itu didapati bersalah mengehadkan pengedaran minyak masak jenama mereka sewaktu had harga runcit ditetapkan pada awal 2022.", "Tujuh syarikat itu termasuk Salim Ivomas Pratama yang merupakan salah satu anak syarikat pengeluar makanan terbesar Indonesia, Indofood Group serta dua lagi unit di bawah Wilmar Group. ", "Setiap syarikat itu diperintahkan membayar denda antara 1 hingga 40.9 bilion rupiah (RM307,325 hingga RM12.29 juta).", "Wilmar Group dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kecewa dengan keputusan itu dan percaya terdapat fakta yang mungkin disalah tafsir oleh KPPU.", "“Dalam tempoh yang berkaitan, operasi minyak masak kami secara khusus, dan industri kami secara amnya, terjejas akibat isu rantaian bekalan teruk yang memberi kesan kepada penghantaran minyak masak,” katanya.", "Bagaimanapun kesemua 27 syarikat dibebaskan daripada pertuduhan penetapan harga oleh KPPU.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/05/%e7%a6%ae%e8%b2%8c%e6%8b%9c%e6%9c%83%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d-4/
禮貌拜會哈芝芝
[ "(亞庇五日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝今日接受了東部戰地指揮官(PMTTD)拿督Mohd. Sofi Md. Lepi的禮貌拜會。", "雙方也討論了國州的安全問題。", "53 歲的拿督Mohd. Sofi Md. Lepi,今年6月被任命為第六任PMTTD指揮官,接替拿督Mardzuki Muhammad中將。", "他1970年4月14日出生於雪蘭莪烏魯炎,於1988年8月19日加入馬來西亞陸軍(TDM)。", "他在澳大利亞鄧特倫皇家軍事學院完成學員軍官培訓後,於1990年7月1日在皇家馬來軍團(RAMD)服役。", "2022年6月27日晉陞少將軍銜,並任命為陸軍總部陸軍參謀長。", "與此同時,哈芝芝也接待了沙巴衛生局新總監Asits Sanna的禮貌拜會,他於2023年6月22日走馬上任,接替拿督羅絲娜妮。" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/27/dewan-negara-lulus-ksp-rmk-12/
Dewan Negara lulus KSP RMK-12
[ "KUALA LUMPUR: Dewan Negara kelmarin meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) melalui undian suara.", "Menurut Utusan Malaysia, Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara tersebut selepas majoriti Ahli Dewan bersetuju dengan KSP RMK12.", "“Terima kasih kepada 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian di dalam perbahasan dan memberi maklum balas kepada 26 kementerian yang juga selesai menjawab serta membuat penggulungan sepanjang dua hari ini,” katanya.", "Usul KSP RMK12 diluluskan selepas persidangan Dewan Negara selamat dijalankan iaitu bermula pada 20 sehingga 26 September ini.", "Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dewan Rakyat meluluskan usul KSP RMK12 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion.", "Utusan Malaysia", "Untuk rekod, KSP RMK12 disediakan bagi mengukur pencapaian sepanjang dua tahun pertama pada 2021-2022.", "Selain itu, ia akan mengetahui hala tuju bagi tahun 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa. ", "Dewan Negara lulus KSP RMK-12" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/06/jun-hao-puas-jadi-juara-master-kl-2023/
Jun Hao puas jadi juara Master KL 2023
[ "Pemain badminton kebangsaan, Leong Jun Hao menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan KL Masters 2023 di Stadium Titiwangsa di sini kelmarin.", "PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memastikan kem Malaysia menutup tirai Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023 dengan kejayaan gemilang selepas menumpaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao di final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa kelmarin.", "Biarpun Jun Hao turun sebagai pilihan kedua kejohanan, dia langsung tidak gentar dengan Chiao Hao yang diletakkan sebagai pilihan utama apabila menampilkan aksi bertenaga untuk mengatasi pemain Taiwan itu.", "Selepas 43 minit bertarung, Jun Hao akhirnya mengesahkan dirinya sebagai juara dengan keputusan 22-20, 21-13.", "Sebagai juara, Jun Hao meraih trofi dan hadiah kemenangan berjumlah AS$7,500 (RM 35,471), manakala Chiao Hao akur meraih ganjaran sebanyak AS$3800 (RM 17,972).", "Lebih manis, Jun Hao sebagai anak jati Kuala Lumpur kini melakar sejarah menjadi juara edisi pertama kejohanan ini bagi acara perseorangan lelaki.", "“Saya rasa tadi saya perlu tenang, kerana walaupun saya sedang mendahului dalam perlawanan tadi, dia tetap cuba mengejar dan ia memberikan tekanan kepada saya, mujur saya dapat mengawal keadaan.", "“Memang bagus dan saya sangat gembira kerana dapat meraih gelaran ini di laman sendiri. Saya kena berterima kasih dan mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), semua staff sokongan dan ahli keluarga saya.", "“Saya hadir ke kejohanan ini dengan banyak tekanan kerana ramai pihak menaruh harapan tinggi untuk saya memenanginya. Jadi apabila saya berjaya melakukannya, saya merasakan saya mampu untuk menanggung beban tekanan ini dengan beraksi baik sepanjang minggu ini,” jelas Jun Hao.", "Terdahulu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut menjuarai kejohanan ini selepas menumpaskan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong dengan keputusan 21-9, 17-21, 21-10.", "Sejurus selepas memenangi kejohanan ini, Jun Hao dan beberapa lagi pemain negara akan berlepas ke Gwangju, Korea Selatan bagi menyertai Master Korea yang akan membuka tirai pada Selasa.", "Jun Hao puas jadi juara Master KL 2023" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/06/misi-sar-ditamatkan-dron-hadapi-masalah/
Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah
[ "Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dron berteknologi tinggi.", "PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim ditamatkan hari ini susulan masalah dihadapi dron.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengurus Misi ME2023, Ayu Wanirah Naharudin memaklumkan, misi SAR itu sepatutnya berakhir esok, namun ia terpaksa dihentikan berikutan dron yang digunakan gagal menerima gambar dan video yang dirakam.", "Beliau berkata, pihaknya menerima berita itu petang semalam daripada Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak yang kini berada di Everest Base Camp (EBC).", "“Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari digunakan.", "“Ketika ini, saya bersama seorang pendaki ME2023, Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu bagi meneliti gambar dan video yang dihantar.", "“Gambar dan video itu akan diteliti menggunakan skrin besar bagi mendapatkan sebarang petunjuk sepanjang operasi SAR itu diadakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Katanya, dua dron yang digunakan dalam operasi SAR ini adalah dari jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang dibawa dari Malaysia.", "Ayu Wanirah berkata, pasukan operasi SAR diketuai Azim bersama seorang jurugambar dan dua malim gunung dijangka pulang ke Kathmandu hari ini.", "Menurutnya, selain berdepan masalah dron, syarikat pengendali helikopter yang dilantik turut memanggil pulang juruterbangnya untuk pulang ke negara asal di Jerman.", "“Masalah ini turut menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki sehari, namun atas faktor keselamatan mereka akur dengan arahan itu.", "“Bagaimanapun, kami akan terus meneliti gambar dan video yang dirakam dan sekiranya mendapat petunjuk akan melakukan sesuatu dengan menerima nasihat dan pandangan dari semua pihak termasuk pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya.", "Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.", "Sehar sebelum itu, pada pukul 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. ", "Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/02/uitm-nafi-terlibat-program-palsu-pemeriksaan-alat-kelamin/
UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin
[ "SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan kampus cawangannya di Perak mempunyai kaitan dengan program pemeriksaan alat kelamin lelaki seperti makluman sepucuk surat yang tular dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan surat yang tular tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) namun perkara itu dinafikan oleh kementerian berkenaan dan dokumen tersebut disahkan palsu.", "“KKM mengesahkan surat edaran berkaitan ‘Notis Pemeriksaan Alat Kelamin Siswa Lelaki’ di Perak bertarikh 31 Mei lalu adalah palsu. Universiti juga mengesahkan tiada program berkaitan pemeriksaan alat kelamin pelajar lelaki di UiTM Cawangan Perak,” katanya, hari ini.", "Terdahulu tular dalam media sosial, sepucuk surat dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit, KKM berkenaan mewajibkan pemeriksaan alat kelamin mahasiswa lelaki yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Perak.", "Surat tersebut menamakan UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai lokasi rujukan bagi program berkenaan.", "Dalam pada itu, UiTM dalam kenyataan sama turut memberitahu terdapat program kesedaran dan pengetahuan kesihatan seksual dan pengesanan awal masalah kesihatan seksual dalam kalangan remaja dianjurkan dekat cawangan universiti berkenaan di negeri itu.", "“‘Program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Sebelum Parah’ bagi mahasiswa UiTM cawangan negeri itu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah.", "“Justeru, universiti mengesahkan berita (notis pemeriksaan alat kelamin) adalah palsu dan tidak terlibat dengan apa-apa program yang menjejaskan imej universiti seperti isu yang ditularkan,” jelasnya. ", "UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/11/lima-maut-pekerja-bank-tembak-rakan-dan-buat-live-di-instagram/
Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat ‘live’ di Instagram
[ "Beberapa pegawai polis yang bertindak balas terhadap serangan penembak di bangunan Old National Bank di Louisville, Kentucky.", "LOUISVILLE: Seorang pekerja bank berusia 25 tahun melepaskan tembakan di tempat kerjanya di Louisville, di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS), membunuh lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan yang lain sebelum polis menembak dan membunuhnya.", "Menurut Utusan Malaysia, AFP melaporkan, selepas empat kematian awal, pihak berkuasa Louisville mengumumkan pada sebelah malam bahawa mangsa kelima, seorang wanita berusia 57 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak.", "Polis mengenal pasti lelaki bersenjata dalam pembunuhan beramai-ramai AS terbaru itu sebagai seorang lelaki kulit putih bernama Connor Sturgeon dan dia adalah pekerja Old National Bank yang terletak di pusat bandar di bandar terbesar Kentucky.", "Selepas menerima laporan mengenai tembakan di bank itu pada 8:38 pagi (waktu tempatan), polis dilaporkan berada di tempat kejadian dalam masa tiga minit.", "Ketua Polis Sementara, Jacquelyn Gwinn-Villaroel dalam sidang media berkata, suspek bagaimanapun menembak ke arah pegawai yang turut membalas tembakan dan membunuhnya.", "“Senjata pilihannya ialah senapang,” katanya tanpa menyatakan sama ada ia adalah senjata serangan yang sering digunakan dalam pembunuhan tragis di AS.", "Gwinn-Villaroel mengesahkan bahawa penembak itu telah menyiarkan video secara langsung serangan itu di Instagram.", "Jurucakap Meta, syarikat induk aplikasi media sosial itu memberitahu AFP bahawa perkara itu berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang dan pihaknya segera mengalih keluar siaran langsung kejadian tragis berkenaan pagi ini.", "Setakat ini, tiada maklumat mengenai motif suspek, tetapi CNN memetik sumber penguat kuasa undang-undang sebagai berkata, suspek baru sahaja dimaklumkan akan kehilangan pekerjaan.", "Gwinn-Villaroel berkata bahawa tiga orang berada dalam keadaan kritikal termasuk seorang pegawai polis yang ditembak di kepala.", "Seorang daripada mangsa itu kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya, kata Jabatan Polis Louisville sambil menambah seorang lagi wanita dan tiga lelaki yang terbunuh dalam serangan itu, kesemuanya berumur antara 40 dan 64 tahun.", "Salah seorang lelaki yang terbunuh, Tommy Elliot, 63, adalah rakan Datuk Bandar Louisville dan Gabenor Demokrat Kentucky.", "Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat ‘live’ di Instagram" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/07/gelagat-rakyat-sabah-mencuit-hati-agong/
Gelagat rakyat Sabah mencuit hati Agong
[ "Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyertai tarian Magunatip semasa majlis santapan malam bersama kerajaan negeri di Kota Kinabalu malam tadi. – Sumber FB Istana Negara", "KOTA KINABALU: Gelagat rakyat Sabah sepanjang lima hari Kembara Kenali Borneo berlangsung di negeri ini menghiburkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dikongsikan oleh Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada majlis santapan malam bersama kerajaan negeri semalam.", "“Ada anak muda panggil saya ‘Pakcik Agong’, ada yang panggil ‘Gong, Gong, Gong’ sekurang-kurangnya menghiburkan saya juga..kepada Permaisuri dipanggil Datin Permaisuri.", "“Ini semua pada saya, realiti yang cukup menakjubkan dan keharmonian ditunjuk di sebalik kepelbagaian ini simbol kepada perpaduan dan kestabilan negeri Sabah yg wajar dijadikan tauladan,” katanya.", "Kembara yang akan berakhir di Sabah petang ini meninggalkan pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang dikongsikan oleh warganet menerusi laman media sosial seperti Tiktok dan Facebook.", "Setiap daerah yang dilalui oleh 25 kenderaan dalam program Kembara Kenali Borneo itu mempunyai kisah tersendiri.", "Paling menarik apabila warganet berkongsi gelaran yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila kenderaan dinaiki Baginda berdua berhenti di bahu jalan untuk menyantuni rakyat jelata.", "Laungan ‘Daulat Tuanku’ sering kali kedengaran apabila kenderaan dinaiki Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melalui kawasan yang dipenuhi orang ramai yang menanti kehadiran Baginda.", "Malah setiap kali kembara yang turut disertai anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana melalui kawasan tertentu, masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk mendekati kenderaan Seri Paduka bagi merakamkan gambar kenangan.", "Sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah itu turut menyentuh hati Raja Permaisuri Agong yang dilihat menitiskan air mata pada hari pertama tiba di Tawau.", "Sepanjang kunjungan ke lapan daerah, rakyat di setiap kawasan begitu teruja apabila dapat menatap secara dekat keperibadian mulia Baginda berdua yang amat mesra dan ramah dengan rakyat.", "Selain program rasmi yang telah disusun, Seri Paduka turut membuat kunjungan mengejut ke gerai-gerai buah di tepi jalan dan stesen minyak.", "Lapan daerah yang telah dilawati sepanjang lima hari kembara itu berlangsung di Sabah adalah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. ", "Dipanggil Pakcik Agong, Abang Agong, Al Sultan Abdullah terhibur sepanjang Kembara Kenali Borneo" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/25/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/
32 wanita Arab dipilih pandu kereta api ekspres Haramain 
[ "JEDDAH: Seramai 32 wanita Arab Saudi dipilih sebagai pemandu Kereta Api Ekspres Haramain yang beroperasi antara Mekah dan Madinah menerusi Jeddah.", "Kesemua wanita itu menerima kelayakan tersebut daripada Politeknik Laluan Kereta Api Arab Saudi (SRP) di bawah Syarikat Kereta Api Arab Saudi.    ", "Menurut Utusan Malaysia, portal Saudi Gazette melaporkan, kumpulan wanita itu mula bekerja selepas dilatih oleh pakar SRP selama lebih 12 bulan.  ", "Saudi Gazette", "Beberapa wanita yang ditemubual oleh Agensi Berita Saudi (SPA) meluahkan rasa bangga apabila berpeluang menceburi kerjaya itu.", "Agensi Berita Saudi (SPA)", "Seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Alzahrani berasa gembira dan bersyukur menjadi antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.", "“Sejak SRP mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus memohonnya. Selepas menjalani sesi temuduga dan ujian, saya dipilih sebagai antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.", "“Ini membantu saya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.", "Menurut Tharaa, semua calon dipilih sebagai pemandu sudah melengkapkan latihan teori dan praktikal berkaitan sistem keselamatan selain turut menjalani latihan memandu kereta api.", "Seorang lagi calon dipilih, Rotella Yasser Najjar berkata, latihan kepimpinan itu  memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasakan diri golongan tersebut untuk bekerja di pelbagai lokasi bagi berkhidmat kepada negara.", "“Ia termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah haji dan umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/26/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/
Filipina, China bersedia hadapi Taufan Doksuri
[ "Petani memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan selamat sebagai persediaan menghadapi Taufan Doksuri yang dijangka melanda Filipina hari ini. ", "MANILA: Agensi cuaca Filipina mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan pesisir pantai berikutan Taufan Doksuri yang bakal melanda utara negara itu.", "Ketika ini, taufan berkenaan yang membawa angin berkelajuan maksimum 185 kilometer sejam bergerak ke arah tiga pulau terletak di hujung utara pulau utama Luzon.", "Menurut Utusan Malaysia, taufan yang dinamakan ‘Egay’ di Filipina dijangka melanda pulau Babuyan atau wilayah timur laut Cagayan menjelang petang ini.", "Doksuri dijangka membawa hujan lebat di kepulauan itu dan bahagian utara wilayah Cagayan, Apayao dan Ilocos Norte.", "Tiga daripada lima pulau Babuyan mempunyai populasi sebanyak 20,000 penduduk.", "Taufan itu kemudiannya bergerak ke Taiwan dan timur China.", "Dalam pada itu, pegawai bencana tempatan, Charles Castillejos memaklumkan, penduduk di pesisir pantai diarahkan berpindah buat sementara waktu, manakala golongan nelayan dinasihatkan tidak turun ke laut.", "Secara purata, Filipina dilanda kira-kira 20 ribut besar setiap tahun yang mengorbankan ratusan hingga ribuan orang.", "Di Fuzhou, China, pihak berkuasa meningkatkan tahap respons kecemasan taufan kepada Tahap Tiga ketika Doksuri semakin menghampiri.", "Jabatan Meteorologi China meramalkan Doksuri akan bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam dan dijangka mendarat antara pantai selatan dan tengah wilayah Fujian serta pantai timur Guangdong pada pagi Jumaat ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/03/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/
Pesakit mati selepas jururawat tutup mesin jantung untuk FaceTime
[ "SYDNEY: Seorang warga emas berusia 85 tahun meninggal dunia selepas jururawatnya memutuskan sambungan mesin pemantau jantung pesakit itu semata-mata mahu bercakap dengan keluarganya menerusi aplikasi FaceTime.", "Menurut Utusan Malaysia, Mirror melaporkan, Geraldine Lumbo Dizon bekerja syif malam di Hospital Swasta Nepean di Kingswood, Sydney dalam kejadian berlaku pada 29 Julai 2021.", "Ketika kejadian, Geraldine menerima panggilan daripada keluarganya di Filipina menerusi aplikasi itu sebelum bertindak mematikan penggera yang menyambungkan kepada mesin pemantau jantung pesakit itu.", "Tribunal Rayuan Sivil dan Pentadbiran New South Wales juga mendapati jururawat itu gagal memaklumkan kepada doktor mengenai gangguan pada rentak jantung pesakit terbabit sebelum kejadian itu berlaku.", "Pada sesi perbicaraan itu, Geraldine didapati bersalah atas pertuduhan salah laku dan tingkah laku profesional yang tidak memuaskan.", "Malah, Geraldine juga didapati gagal memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit berkenaan yang mengalami kegagalan buah pinggang dan jantung, ketika panggilan telefon itu.", "Selepas syif Geraldine berakhir, pasukan perubatan buntu melihat rentak jantung pesakit itu yang semakin merosot kerana dia gagal memasang semula sambungan mesin berkenaan.", "“Pada 30 Julai 2021, mesin pemantau jantung menunjukkan pesakit A mengalami bradikardia (degupan jantung perlahan).", "“Jururawat dan kakitangan perubatan lain tidak dapat mendengar bunyi penggera kerana penggera telemetri masih terputus,” jelas keputusan tribunal itu.", "Sementara itu, Geraldine memaklumkan dia mematikan bunyi penggera tersebut kerana ia mengelirukan pesakit lain.", "Katanya, pesakit lain menyangka penggera itu sebagai bunyi loceng pintu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/16/dua-wanita-warga-asing-diculik-selepas-keluar-berhibur/
Dua wanita warga asing diculik selepas keluar berhibur
[ "PETALING JAYA: Tindakan dua wanita warga asing mengikuti seorang lelaki tempatan untuk berhibur mengundang padah apabila mereka diculik lelaki berkenaan.", "Satu laporan polis telah dibuat rakan serumah mangsa yang bekerja sebagai peniaga pada 11 Ogos lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku selepas dua rakan pengadu keluar dari rumah mereka di Puchong dengan mengikuti seorang lelaki tempatan untuk menghadiri parti kira-kira pukul 6 petang.", "“Beberapa jam kemudian, pengadu menerima mesej gambar dua rakannya itu yang diikat dan mata ditutup melalui aplikasi WeChat.", "“Suspek kemudiannya telah menghubungi rakan mangsa sebelim meminta sebanyak RM20,000 sebagai wang tebusan sekiranya mahu dua wanita masing-masing berusia 32 dan 35 tahun itu dilepaskan,” katanya dalam satu kenyatan di sini semalam.", "Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan awal dilakukan mendapati pengadu mengenali suspek semasa berada di sebuah pusat hiburan di kawasan Lembah Klang.", "“Malah, suspek juga pernah mengambil nombor telefon pengadu untuk simpanan,” jelasnya.", "Susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki tempatan yang juga penganggur masing-masing berusia 31 dan 35 tahun di Klang puku1.30 petang.", "“Siasatan awal dilakukan mendapati modus operandi suspek adalah meminta wanita warga asing menemaninya berhibur dan dijadikan sebagai tebusan dengan mengikat dan menutup mata mangsa sebelum menghubungi rakan mereka.", "“Dalam kes ini, suspek melepaskan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun wang tebusan tidak diperoleh bagi mengelakkan pihak polis menghidu kegiatan itu,” jelasnya.", "Katanya, berdasarkan pengakuan awal kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah itu mengaku dalam kes terbabit dan dipercayai melakukan kegiatan seumpama itu beberapa kali.", "“Kedua-dua suspek itu juga dikehendaki di daerah lain di Lembah Klang kerana disyaki melakukan kegiayan sama.", "“Kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan Seksuen 385 Kanun Keseksaan,” jelasnya.", "Dalam pada itu, A Anbalagan mengingatkan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/dua-wanita-warga-asing-diculik-selepas-keluar-berhibur/" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/07/sabahs-unesco-triple-crown-status-garners-praise/
Sabah’s UNESCO Triple Crown status garners praise
[ "Joniston (third right) and Zakri Jaafar (middle) jointly unveiling of the Kinabalu UNESCO Global Geopark.", "LONDON: A British natural history publisher has hailed Sabah’s extraordinary triple-crown achievement as a powerful catalyst poised to rekindle a profound fascination with the state’s exceptional wildlife.", "John Beaufoy, an avid wildlife enthusiast, believed this accolade would not only deepen the world’s appreciation for Sabah’s ecological wonders but also issue a captivating call to a global audience to explore the region’s rich biodiversity.", "“I’ve had the privilege of visiting Sabah multiple times over the past 25 years. With its newfound UNESCO triple-crown status, I firmly believe it will elevate Sabah, especially Kinabalu Park, to the pinnacle of wildlife history destinations,” he said.", "Beaufoy shared his reflections following the unveiling of Sabah’s Kinabalu UNESCO Global Geopark during the World Travel Market 2023 at Excel London yesterday.", "It was joiintly unveiled by Sabah Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Joniston Bangkuai and the Malaysian High Commissioner to the United Kingdom Datuk Zakri Jaafar.", "At the same time, they also launched a bird guidebook titled “A Naturalist’s Guide to Borneo’s Birds (4th edition)” authored by Sabah’s Wong Tsu Shi and published by John Beaufoy Publishing.", "Beaufoy pointed out that Sabah has already drawn a significant number of UK wildlife enthusiasts eager to explore the state’s diverse wildlife, from birdlife to butterflies and mammals. ", "He believed that the UNESCO Global Geopark status would act as a strong magnet, encouraging even more wildlife enthusiasts to consider Sabah a premier destination for wildlife watching.", "Meanwhile,  Zakri said the latest UNESCO recognition extends its impact beyond Sabah, encompassing the entire Malaysia.", "He said the recognition would undoubtedly elevate the global status of both Sabah and Malaysia, positioning them at the forefront of international recognition and appreciation.", "Zakri noted that Malaysia received over 400,000 travelers from the UK prior to the pandemic.", "“Despite the challenges posed by the pandemic, as of September this year, over 100,000 UK visitors have already returned to Malaysia, signifying promising statistics.", "“Abundant opportunities exist to further boost the number of UK visitors to Malaysia, and I firmly believe that the UNESCO Global Geopark status granted to Sabah will serve as a compelling draw for UK tourists to explore the unique flora and fauna that Malaysia has to offer,” he said.", "Sabah achieved the triple-crown status after UNESCO recognised the Kinabalu National Geopark as a Global Geopark in May this year. ", "This achievement has made Sabah the third destination in the world to attain this coveted triple crown, following Shennongjia in China and Jeju Island in Korea.", "Sabah’s other two UNESCO “crowns” are the Kinabalu Park, designated a World Heritage Site in December 2000, and the Crocker Range Biosphere Reserve, declared in June 2014.", "In his speech, Joniston underscored the Sabah Government’s unwavering commitment to environmental conservation and sustainable tourism practices.", "“The World Travel Market 2023 is a momentous occasion for Sabah as it provides us with the opportunity to showcase our latest UNESCO crown jewel to the world, highlighting its incredible geology, rich ecosystems, local communities, and the conservation work that earned it UNESCO recognition.", "“Sabah is not merely a destination but a pledge to preserve the planet’s natural wonders for future generations. The State Government aims to empower rural communities within the Kinabalu Geopark by involving them in both conservation and the tourism industry.", "“This recognition as the 195th UNESCO Global Geopark solidifies Sabah’s place on the world stage, and we invite the global travel and tourism community to experience the splendor of this remarkable Geopark, contributing to its sustainable development and global awareness,” he added." ]
https://wartaoriental.com/2023/06/12/kerajaan-negeri-boleh-mohon-operasi-pembenihan-awan/
Kerajaan negeri boleh mohon operasi pembenihan awan
[ "OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). – Gambar ihsan JPM", "PUTRAJAYA: Kerajaan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi pembenihan awam (OPA) boleh mengemukakan syor kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk dibuat penilaian.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan mengkaji terlebih dahulu kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan bagi menjamin kejayaan OPA.", "Beliau berkata, pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara Nadma, MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).", "“Operasi kali kedua ini diteruskan sehingga esok dan menyasarkan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai tindakan awal mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan itu.", "“Setakat hari ini, Empangan Air Itam mencapai peratus kapasiti air sebanyak 48.6 peratus dan Empangan Teluk Bahang pula sekitar 44.4 peratus,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.", "Katanya, bagi melaksanakan OPA ini, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang membawa empat tangki mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan MET Malaysia.", "Jelasnya lagi, kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah.", "Armizan berkata, operasi sama dijalankan di Pulau Pinang pada 2 hingga 4 Mei lalu dan berjaya menghasilkan 100 peratus hujan di kawasan yang disasarkan.", "Menurutnya, pihaknya berharap usaha bersepadu itu boleh membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan sekali gus menjamin bekalan air kepada pengguna tanpa gangguan.", "MetMalaysia sebelum ini melaporkan Monsun Barat Daya (MBD) telah bermula pada 15 Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September 2023.", "Lazimnya ketika MBD, kurangnya pembentukan awan sekali gus taburan hujan menjadi rendah di kebanyakan kawasan menyebabkan keadaan cuaca panas", "dan kering.", "Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 16 Mei lalu memutuskan agar Nadma dan agensi berkaitan memperkasa kesiapsiagaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa MBD.", "Kerajaan negeri boleh mohon operasi pembenihan awan" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/14/%e5%90%b3%e6%b7%bb%e6%b3%89%e5%86%80%e9%a6%96%e7%9b%b8%e4%bb%8a%e5%b9%b4-%e8%a8%aa%e8%8f%af%e6%b7%b1%e5%8c%96%e9%a6%ac%e4%b8%ad%e9%97%9c%e4%bf%82/
吳添泉冀首相今年 訪華深化馬中關係
[ "丹斯里吳添泉(左5)率領華總領導層與到訪的中國經濟聯絡中心副主任劉景華(左4)合影,左起為拿督卓正豹、拿督黃振興與拿督林家全;右為胡健強、張盛、左宏升、王琦與黃俊棠。", "(吉隆坡十四日訊)華總會長丹斯里吳添泉希望拿督斯里安華能夠在今年,首次以首相身份官訪中國,和中國國家主席習近平等最高領導人會面,為今年進入10週年的兩國「全面戰略夥伴關係」以及明年歡慶建交50週年,作出最好的官方鋪墊和安排,並進一步加強各領域的戰略合作!", "他也深信,隨著中國政府在本月8日全面開放國門和防疫措施後,除了旅遊業,兩國經貿聯繫,以及通過「一帶一路」的合作,將會進一步取得跨越式的成長。", "也是馬中商務理事會董事兼馬中雙邊政策委員會主席的吳添泉,昨天在華總大廈接待到訪的中國中共中央對外聯絡部(中聯部)–中國經濟聯絡中心(中經聯)副主任劉景華,以及馬來西亞一帶一路委員會一行人進行交流時發表談話。", "華總會長丹斯里吳添泉(左2)從中國經濟聯絡中心副主任劉景華(右2)手中接過紀念品,左為拿督林家全,右為王琦。", "出席者包括華總署理總會長兼馬來西亞一帶一路委員會署理會長拿督林家全,中經聯業務處長王琦、張盛、高媛媛,中國駐馬大使館二等秘書左宏升,華總副總會長英俊棠,副總財政拿督黃振興,中委拿督卓正豹,森華堂副會長胡健強,一帶一路委員會秘書長梁志華,財政趙梅伊,副財政林子健,理事李志春和黃秀琴等多人。一行人也同時參觀了華總馬來西亞華人博物館。", "他說,馬中建交在今年將進入49週年,同時也是兩國建立全面戰略夥伴關係的10週年,明年則是建交50週年,意味著今、明兩年,對兩國都非常有意義,雙方也準備舉行一系列相關的慶祝活動,這是值得兩國人民所共同期待的美事。", "他也對首相拿督斯里安華主政後,不斷強調大馬將繼續加強和中國友好聯繫的立場表示欣慰和全力支持:「首相最近接見中國駐馬大使歐陽玉靖時,再次表明我國將和中國繼續鞏固現有的良好關係,以造福人民和維護共同利益。」", "他說,不論是旅遊、藝術及文化部長拿督斯里張慶信,或是交通部長陸兆福等,也都異口同聲表明我國新政府繼和中國加強合作,包括在企業、旅遊、文化、交通運輸和服務業等多個領域在內的鮮明立場和政策,清楚表達了我國政府高度重視和中國的關係與合作。", "他說,兩國雙邊貿易額每年都有超過1000億美元的驕人記錄,只要這個良好的勢頭獲得持續,這一兩年內,相信將可取得突破2000億美元大關的新高點。", "他也對國際貿易及工業部長拿督斯里東姑賽夫魯最近表示將在明年初,率領我國代表團往中國招商引資,表示歡迎和支持。", "吳添泉表示認可和讚揚,中經聯和一帶一路委員會,在促進馬中兩國在「一帶一路」戰略合作下,所扮演的積極和重要角色,並確保一切都更到位和更成功,形容都是促進馬中兩國關係和「一帶一路」聯繫上的重要「戰略夥伴」。", "他強調,華總自成立以來,長期也在扮演著促進馬中兩國關係的橋樑或民間帶動者的角色:「我們響應政府的國家政策,並全力支持『一個中國』政策,這是我們的立場。」", "劉景華:華總華博是海外最好的民辦華人博物館", "劉景華:華總華博是海外最好的民辦華人博物館", "劉景華在交流會上致詞時表示,這次來馬有機會參觀華總的馬來西亞華人博物館,令他增長見聞,受益良多。", "他形容,華人博物館的華人歷史內涵和水平,超出了他的想像空間:「無論是所展出的歷史觀以及展現方式,都非常的正面和詳盡,它可以說是我在國外所參觀的民辦華人博物館中,最好的一間,印象也特別深刻!」", "他說,中國在去年所舉行的第20次代表大會上,提出了「2050年宏願」及目標,全面推動中國經濟朝向現代化,促使中國在各個領域成為強大及專業的經濟體。", "「中國目前正致力於優化疫情的掌控,以讓中國經濟能夠盡快復甦。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/06/rupa-seiras-ronaldinho-minnies-diminta-buat-ujian-dna/
Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA
[ "Wajah Miche Minnies seiras legenda Brazil, Ronaldinho.", "LONDON: Pemain wanita Miche Minnies yang memiliki rupa paras mirip legenda Brazil, Ronaldinho diminta oleh peminatnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).", "Minnies, 21, merupakan penyerang kelab Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns.", "Menurut Utusan Malaysia, dia menjadi tular di media sosial selepas para penyokong melihat dirinya seperti bayangan kepada bekas pemenang Ballon d’Or itu.", "Gambar Minnies beraksi ­disiarkan bersama foto Ro­naldinho dan persamaan tersebut menjadi lebih ketara jika kedua-duanya memakai jersi kuning.", "“Ronaldinho mesti menjelaskan mengapa dia mempu­nyai penampilan yang amat seiras Miche Minnies yang bermain untuk Mamelodi Sundowns Ladies di Afrika Selatan!” kata seorang pengguna media sosial.", "“Ini ialah Miche Minnies, pemain sayap Afrika Selatan yang bermain untuk Mamelodi Sundowns. Ronaldinho perlu menjelaskan sesuatu kepada kami,” ujar yang lain.", "Minnies merupakan pemain yang berbakat dan telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk membantu Sundowns mengekalkan kejua­raan Liga Super negara itu.", "Dia turut membawa pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir kelayakan Piala COSAFA dan Liga Juara-Juara Wanita CAF.", "Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/24/bumbung-gim-runtuh-10-maut-di-china/
Bumbung gim runtuh, 10 maut di China
[ "BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan seorang lagi terperangkap selepas bumbung gim runtuh dalam satu kejadian di timur laut China.", "Gim yang terletak di sebuah sekolah menengah di Qiqihar, wilayah Heilongjiang itu runtuh sebelum pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 14 orang dibawa keluar dari bawah runtuhan dengan empat daripadanya maut di lokasi kejadian dan enam lagi meninggal dunia di hospital.", "Rakaman yang disiarkan stesen penyiaran CCTV menunjukkan keseluruhan bahagian bumbung runtuh dan pasukan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.", "“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan hampir 160 anggota bomba dan 39 jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian,” lapor CCTV.", "Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat struktur binaan yang tidak kukuh.", "Sehubungan itu, syarikat binaan yang berkaitan akan disoal siasat pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.", "Bumbung gim runtuh, 10 maut di China" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/06/wanita-catat-rekod-dunia-larian-ultra-maraton-23-hari/
Wanita catat rekod dunia larian ultra-maraton 23 hari
[ "NEW YORK: Seorang wanita dari Florida tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness selepas berjaya menamatkan 23 larian ultra-maraton sejauh 50.05 kilometer (km) dalam tempoh 23 hari.", "Menurut Utusan Malaysia, Guinness World Records mengesahkan, Megan Cassidy, 41, dari Kissimmee mencatat rekod dunia iaitu paling banyak hari untuk berlari dalam jarak ultra-maraton apabila menghabiskan larian dengan jarak sama setiap hari dari 17 Disember hingga 8 Januari.", "“Berlari setiap hari seperti itu tidaklah begitu teruk kerana saya sudah menjadikannya sebagai rutin harian. ", "“Tetapi ada juga ketikanya saya terasa sunyi. Tetapi saya akan memakai bib yang menceritakan tentang apa yang saya lakukan dan orang suka mendengarnya,” kata Cassidy kepada Oceola News-Gazette.", "Oceola News-Gazette.", "Cassidy berkata, dia menamatkan lariannya di kawasan Tasik Nona kerana suasana kualiti laluan di denai itu. ", "Namun jelasnya, salah satu bahagian paling sukar dalam percubaan itu ialah memastikan dirinya mengambil makanan yang mencukupi.", "“Sukar untuk makan kalori yang mencukupi dalam beberapa hari pertama. Otak saya seakan cuba menghalang saya melakukannya dengan sering memberi isyarat saya tidak lapar. ", "“Saya terpaksa memberitahu teman lelaki saya untuk memastikan bahawa saya makan sekurang-kurangnya satu perempat daripada sekuali lasagna setiap hari,” katanya.", "Cassidy menewaskan rekod selama 22 hari sebelum ini dan dia pada awalnya percaya mampu melangkaui 23 hari tetapi terpaksa menghentikan percubaannya untuk kembali bekerja.", "Wanita catat rekod dunia larian ultra-maraton 23 hari" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/08/kes-buli-pelatih-tudm-siasatan-dalaman-ambil-kira-laporan-media-orang-perseorangan/
Kes buli pelatih TUDM: Siasatan dalaman ambil kira laporan media, orang perseorangan
[ "Adly Zahari (kiri) memakaikan PJM kepada salah seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Majlis Penganugerahan PJM di MITC, Ayer Keroh, Melaka.", "MELAKA: Kementerian Pertahanan mengambil perhatian berhubung dakwaan terdapat empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada 12 April lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, siasatan dalaman yang sedang berjalan turut mengambil kira semua maklumat berkaitan sama ada dilaporkan oleh agensi media atau orang perseorangan.", "Jelasnya, siasatan dalaman dilakukan Kementerian Pertahanan tetap berjalan meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak susulan laporan dibuat oleh bapa kepada salah seorang mangsa kes buli berkenaan.", "Ujarnya, laporan penuh berhubung perkara itu dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat pasca Kabinet dalam masa terdekat.", "“Sebenarnya tajuk-tajuk tentang isu itu, apa sahaja perkara berbangkit, di Kementerian Pertahanan kita memang buat siasatan dalaman. Kebiasaannya ia akan dibentangkan di peringkat pasca Kabinet.", "“Kalau ada kelemahan kita akan perbaiki dan kita akan beri kerjasama semua pihak untuk maklumkan. Jadi bagi kita, apa sahaja laporan yang kita terima sama ada melalui media atau melalui orang perseorangan memang kita akan ambil tanggungjawab itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, kelmarin.", "Pada Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan terdapat empat lagi pelatih kursus TUDM didakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan.", "Utusan Malaysia", "Difahamkan, keempat-empat pelatih itu dipanggil bagi membantu siasatan kes buli berkaitan seorang pelatih TUDM yang sedang menjalani kursus latihan sama dengan pengadu tersebut didakwa dipukul anggota TUDM senior.", "Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan laporan perubatan. ", "Kes buli pelatih TUDM: Siasatan dalaman ambil kira laporan media, orang perseorangan" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/29/pertandingan-drama-bahasa-melayu-pupuk-nilai-abc-dalam-kalangan-pelajar-2/
Pertandingan drama Bahasa Melayu pupuk nilai ABC dalam kalangan pelajar
[ "SMK Rancha – Rancha bakal membawa cabaran Labuan ke peringkat Kebangsaan pada 19 September 2023.", "LABUAN: Pertandingan Drama Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pendidikan Labuan mampu memupuk nilai Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) dalam kalangan pelajar sekolah.", "Menurut Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Nasrun Ramlee pertandingan itu memberi impak positif terhadap penerapan nilai Baik lagi cerdik dalam kalangan pelajar seiring dengan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan Murid yang baik lagi cerdik atau ringkasnya ABC.", "“Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial serta kebolehan berbahasa yang lebih baik selain menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam menjayakan sesebuah pementasan.", "“Pertandingan kali ini dibuat secara bersemuka setelah kali terakhir pertandingan diadakan pada tahun 2018, kemudian ditiadakan selama dua tahun akibat pendemik, dan pada tahun lepas pertandingan seumpama ini diadakan melaui rakaman video sahaja,”katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan pertandingan itu baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha.", "Sementara itu, Pengerusi Tekniknal Drama dan Teater Pertandingan tersebut, Jasmini Daud berkata, penganjuran pertandingan pada tahun ini mewajibkan setiap sekolah membawa drama yang dicipta atau ditulis oleh peserta sendiri.", "“Ini bermakna setiap drama yang dipertandingkan perlulah asli dan tidak mengambil daripada mana-mana drama yang telah ditulis atau diterbitkan di mana-mana buku, ini merupakan perubahan konsep pertandingan yang baharu di mana setiap pasukan bertanding tidak lagi berasaskan kepada teks ‘Komponen Sastera’ (KOMSAS) seperti pertandingan sebelum ini,”jelasnya semasa ditemui media.", "Pertandingan yang disertai lapan buah sekolah itu dimenangi SMK Rancha – Rancha yang menampilkan drama berbentuk Sejarah bertajuk “ Jiwa Anak Rimba Antanom Pahlawan Murut” selain membawa pulang tiga anugerah iaitu Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dilakonkan oleh Muhammad Saad Rosdi, Anugerah Sinografi Terbaik serta Anugerah Pengarahan Terbaik.", "Tempat kedua dimenangi oleh SMK Pantai yang membawa drama bertajuk “Pantai Kenangan” dengan membawa pulang Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik manakala tempat ketiga dimenangi SM ST. Anthony dengan tajuk drama “Salahkan", "Takdir”, selain mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik dan Skrip Terbaik.", "Tempat ke empat dan ke lima masing-masing dimenangi oleh SMK Labuan dan SM Sains Labuan. SMK Rancha – Rancha akan mewakili Labuan ke Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Pahang pada 19 hingga 22 september ini." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/06/tiga-maut-makan-daging-lembu-dijangkiti-antraks/
Tiga maut makan daging lembu dijangkiti antraks
[ "Pegawai veterinar memeriksa haiwan ternakan di Gunung Kidul di Yogyakarta.", "JAKARTA: Tiga penduduk daerah Semanu di Gunung Kidul dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti virus antraks yang menular ketika sambutan Aidiladha di wilayah berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Biro Komunikasi dan Khidmat Masyarakat Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, sehingga kini sebanyak 93 penduduk didapati positif antraks selepas termakan daging lembu yang dijangkiti virus berkenaan.", "Jelas Siti Nadia, kementerian berkenaan sedang menyelaraskan pejabat kesihatan tempatan untuk menjalankan siasatan epidemiologi berhubung punca pendedahan berpuluh-puluh penduduk kepada virus antraks.", "“Kita akan menyiasat sama ada jangkitan kepada penduduk disebabkan memakan ternakan yang positif antraks atau sumber makanan ternakan lembu dan binatang korban diperolehi daripada rumput atau tanah yang terdedah kepada spora bakteria antraks.", "“Oleh kerana virus antraks sangat kuat di dalam tanah, ia tidak mudah dihapuskan,” katanya kepada CNN Indonesia.", "CNN Indonesia", "Siti Nadia turut memberi amaran kepada seluruh rakyat negara itu khususnya penduduk Gunung Kidul yang kerap melaporkan kes antraks supaya lebih berhati-hati ketika memakan daging lembu yang dibeli atau dijadikan binatang korban.", "“Sekiranya penduduk mengetahui lembu atau kambing yang tiba-tiba sakit atau menunjukkan simptom antraks, maka ternakan itu perlu segera dibunuh dan ditanam, bukan dijual atau dimakan. Orang ramai juga wajib memproses daging secara bersih dan teliti. ", "“Seperti diketahui, pengambilan daging lembu paling besar semasa sambutan Aidiladha, sebab itu kita sentiasa mengingatkan setiap ternakan atau binatang korban perlu dihantar untuk pemeriksaan berkala di jabatan veterinar,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/tiga-maut-makan-daging-dijangkiti-antraks/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/tiga-maut-makan-daging-dijangkiti-antraks/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/13/diskaun-bayaran-balik-pinjaman-ptptn/
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
[ "PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, diskaun dibahagikan kepada tiga ketegori dengan kadar yang telah ditetapkan.", "“Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.", "“Seterusnya diskaun sebanyak 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. ", "Belanjawan 2024: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/21/video-burung-merpati-berkaki-panjang-tular/
Video burung merpati berkaki panjang, tular
[ "Tangkap layar video menunjukkan burung merpati mutan tular dalam media sosial. ", "LONDON: Sebuah video memaparkan seekor burung merpati mutan yang memiliki kaki panjang, mencuri tumpuan warganet dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, video yang dipercayai dirakam di United Kingdom (UK) itu, dikongsi oleh TikTok @pigeonstv pada bulan lalu.", "Malah, klip rakaman yang tular itu turut membuatkan ramai warganet terkejut melihat saiz luar biasa burung berkenaan.", "Dalam video tersebut, burung yang kelihatan seperti haiwan makmal eksperimen dilihat beberapa inci lebih tinggi berbanding spesies merpati biasa.", "Dilaporkan, burung merpati mutan itu sebenarnya berasal dari spesies dikenali sebagai English Pouter.  ", "English Pouter", "Klip video yang mula disiarkan di TikTok menerima lebih 18 juta tontonan, hampir 42,000 komen dan 1.6 juta tanda suka.", "Rakaman itu kemudian dikongsi menerusi akaun @MacrodosingPod di Twitter yang mana lebih ramai warganet terpegun melihat burung yang aneh itu.", "Kapsyen video itu tertera:`Seperti kebanyakan anjing peliharaan, terdapat burung merpati dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti spesies Pouter ini.’ ", "Pouter", "Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi antaranya rata-rata warganet merujuk burung itu sebagai `Pokemon’.", "Video burung merpati berkaki panjang, tular" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/21/kpm-lanjutkan-tarikh-daftar-spm-2023-hingga-30-jun/
KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, KPM dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM.", "Katanya, sebelum ini tarikh pendftaran peperiksaan itu tamat pada 16 Jun lalu sebagaimana dimaklumkan menerusi surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun lepas.", "“Walau bagaimanapun, (pelanjutan tarikh itu juga) selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan KPM yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan.", "“Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "KPM berkata, calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.", "Pada masa sama, KPM memaklumkan permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.", "Manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.", "Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang LP di pautan lp.moe.gov.my.", "“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.", "“KPM sentiasa berusaha memastikan anak-anak mendapat peluang pendidikan yang berkualiti demi membangunkan Malaysia Madani,” katanya.", "Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000 pelajar yang tercicir dari SPM supaya mereka boleh diserap ke mana-mana program latihan sedia ada.", "Ketika ini dianggarkan 30,000 pelajar tidak menghadiri peperiksaan SPM dan perlu hidup tanpa sijil minimum yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan. ", "Peluang kedua: KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/21/uk-bakal-laksana-jujukan-genom-bayi-baru-lahir/
UK bakal laksana jujukan genom bayi baru lahir
[ "LONDON: United Kingdom (UK) dijangka memulakan proses penjujukan genom membabitkan 100,000 bayi yang baru dilahirkan akhir tahun ini.", "Ia bakal menjadi kajian terbesar seumpamanya iaitu memetakan set urutan genetik lengkap bayi dengan potensi implikasi mendalam untuk perubatan kanak-kanak.     ", "Menurut Utusan Malaysia, CNN melaporkan, Program Genom Bayi Baru Lahir yang bernilai 105 juta Pound (RM573.5 juta) akan mengkaji kira-kira 200 keadaan genetik jarang berlaku namun masih boleh dirawat.", "“Ia dilaksanakan dengan tujuan mengurangkan kebimbangan dan penderitaan bayi dan keluarga mereka yang kadang-kala bergelut untuk menerima diagnosis melalui ujian konvensional.", "“Dengan mempercepatkan proses diagnostik, rawatan awal boleh diberikan kepada bayi sekali gus mampu menghalang banyak keadaan teruk daripada berkembang,” jelas laporan itu.", "Kajian itu bakal menyaksikan kira-kira seorang daripada 12 bayi yang baru dilahirkan di England dan Wales disaring secara sukarela dalam tempoh dua tahun.  ", "Ia akan berfungsi sebagai ujian saringan tambahan untuk bayi baru dilahirkan, dengan hasil penemuan berupaya membuka jalan bagi penjujukan menjadi kebiasaan.", "Bagaimanapun, program itu juga menimbulkan banyak persoalan etika yang berlarutan lama mengenai genetik, persetujuan, privasi data dan keutamaan dalam penjagaan kesihatan bayi.", "Di UK seperti kebanyakan negara lain, bayi baru dilahirkan disaring untuk beberapa keadaan yang boleh dirawat menerusi pengambilan sampel darah di tapak kaki.", "Dilaporkan, Program Genom Bayi Baru Lahir akan menguji satu atau lebih bentuk hipotiroidisme kongenital yang tidak mampu dikesan menerusi ujian darah.", "Program itu akan dikendalikan oleh Genomics England yang merupakan sebahagian Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK. ", "Sementara itu, Genomics England memaklumkan setiap satu daripada 200 keadaan yang akan disaring sudah dipilih kerana terdapat bukti ia disebabkan oleh varian genetik.", "Ketua Pegawai Perubatan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Genomics England, Richard Scott berkata, program itu bertujuan mengembalikan keputusan saringan kepada keluarga dalam masa dua minggu.", "Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya seorang dalam kalangan 200 bayi akan menerima diagnosis.   ", "UK bakal laksana jujukan genom bayi baru lahir" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/18/%e4%bd%90%e6%b4%a5%ef%bc%9a%e6%b2%99%e7%b6%93%e6%bf%9f%e6%9c%89%e6%9c%9b%e4%bb%8a%e5%b9%b4%e5%be%a9%e7%94%a6%e5%a2%9e%e9%95%b7/
佐津:沙經濟有望今年復甦增長
[ "(亞庇十八日訊)副首長拿督斯里佐津表示,沙政府希望今年沙巴的經濟將繼續復甦和增長。", "「我們希望在長期處於疫情,致使全球乃至我國的經濟癱瘓後,今年沙巴的經濟將繼續復甦和增長。」", "「疫情也導致2020年和2021年的農曆新年嘉年華被取消。我們很高興今年是嘉年華慶祝活動繼去年舉辦後的第二年。」他在主持農曆新年嘉年華閉幕式時如此表示。", "由沙巴華堂和亞庇市政廳聯辦的嘉年華,從1月15日開始至今日結束。", "也是沙巴地政及房屋部長的拿督佐津,也祝賀沙華堂會長丹斯里吳添泉成功組織了這次嘉年華,除此之外,還熱心辦慈善和社會活動,特別是在華社之中。", "「幹得好,我祝賀沙華堂以及亞庇市政廳所有參與至此嘉年華成功舉辦的工作人員。」", "沙華堂舉辦這個嘉年華,是為了在農曆新年前弘揚和展示華族文化。", "拿督斯里佐津表示,這個嘉年華也可以成為吸引國內外遊客的一個賣點,同時也可以宣傳馬來西亞的獨特性,尤其是在沙巴。", "「這個嘉年華向各行各業開放,不分宗教和背景。據我所知,作為嘉年華的一部分,還舉辦了各種有趣的活動,例如除了出售食品和其他必需品的攤位外,還呈獻了表演。」", "根據農曆,今年是兔年,他補充說,兔子是一種受人喜愛的動物,具有平靜的性格,也反映了該沙巴人民的和諧、幸福和團結。", "出席者還包括亞庇市長拿督諾麗查、沙華堂署理會長拿督黃小娟和里卡士陳歷發。" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/03/subsidi-beras-untuk-sabah-sarawak-berita-baik-kepada-pengguna/
Subsidi beras untuk Sabah, Sarawak berita baik kepada pengguna
[ "David meninjau bekalan beras di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Langkah Kerajaan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai berita baik, terutama kepada golongan berpendapatan rendah di kedua-dua negeri itu.", "Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, usaha diambil Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sangat diharapkan pengguna di negeri ini.", "Beliau berkata, pemberian subsidi itu juga melegakan pengusaha makanan dalam usaha mengurangkan kos ditanggung mereka berikutan kenaikan harga BPI ketika ini.", "“Sebagai pengguna, kita mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.", "“Ia tentunya berita baik kepada golongan B40 dan pengusaha makanan dalam usaha menurunkan kos sara hidup kerana beras adalah keperluan asas kepada setiap isi rumah,” katanya mengulas pemberian subsidi BPI berkenaan di sini hari ini.", "Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kelmarin mengumumkan kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan BPI di Sabah dan Sarawak, mulai Khamis ini.", "Menerusi pemberian subsidi itu, harga runcit BPI di kedua-dua negeri akan turun kepada RM31 bagi setiap kampit 10 kilogram.", "Langkah berkenaan diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad.", "Sementara itu, David berkata, kenaikan harga BPI di Sabah memberi kesan kepada keseluruhan kos sara hidup rakyat negeri ini.", "“Kita juga menggesa orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi mengenai kekurangan bekalan beras bagi mengelak pembelian panik,” katanya.", "Harga BPI di Sabah mengalami kenaikan hampir RM10 bagi kampit 10 kilogram kepada sekurang-kurangnya RM36 berbanding di bawah RM28 sebelum peningkatan harga BPI bulan lalu.", "Ketika ini pengguna di Sabah bergantung sepenuhnya kepada bekalan BPI memandangkan pengeluaran BPT hanya sekitar 25 peratus daripada keperluan rakyat negeri ini." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/07/wanita-gagasan-rakyat-diminta-jaga-nama-baik-parti/
Wanita Gagasan Rakyat diminta jaga nama baik parti
[ "Redonah Bahanda dan pemimpin Wanita Gagasan Rakyat lain melawat seorang warga emas uzur semasa program Ziarah Sayang.", "BELURAN: Pemimpin dan ahli-ahli Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta berusaha membina nama baik parti dalam kalangan rakyat.", "Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, bagi tujuan itu, semua pihak perlu berganding bahu bekerja keras demi kesejahteraan rakyat dan mengenepikan kepentingan diri.", "Beliau yakin, jika anggota parti dalam setiap gerak kerja dan program yang dilaksanakan bekerja dengan tulus ikhlas, pasti rakyat akan terus memberikan sokongan dalam apa juga keadaan.", "“Gerak kerja parti amat menuntut semua anggota mengenepikan kepentingan diri, sebaliknya sentiasa fokus kepada kepentingan  rakyat dan negeri sebagai matlamat utama.", "“Selain itu, kita juga perlu sentiasa bersifat terbuka kepada sebarang pandangan serta bersedia untuk menerima teguran yang membina.", "“Teguran dan kritikan adalah elemen penting bagi kita bermuhasabah diri dalam perancangan menghadapi pilihan raya,” katanya semasa perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Sugut, Telupid, Kuamut dan Labuk yang diadakan di Beluran, kelmarin.", "Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh (Darau), Ketua Penerangan, Anna Bell Perian (Sungai Sibuga), Ketua Penyelaras Beluran, Aneh Jambri (Telupid), Setiausaha Kerja, Azizah Atoh serta pemimpin wanita Gagasan Rakyat bahagian yang lain.", "Semasa berada di Beluran, Redonah turut mengadakan Ziarah Sayang di beberapa tempat di Kampung Sungai Sungai, Perumahan Bukit Kampung Sungai Sungai, Sugut dan Kampung Entilibon, Labuk, melibatkan warga emas yang sakit dan orang kurang upaya (OKU)", "Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah menegaskan, ahli Gagasan Rakyat tidak boleh sesekali berfikir bahawa parti dalam keadaan sempurna, sebaliknya perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik sebarang kekurangan yang ada.", "Malah, katanya, Presiden yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua 73 bahagian parti melakukan persediaan awal untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang.", "Jelas beliau, persiapan ini perlu dilaksanakan dengan baik, tersusun dan berstrategi khususnya dalam gerak kerja secara bersama dengan parti-parti komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).", "“Sebab itu fokus Wanita Gagasan Rakyat ialah kita menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan, kita tidak mahu terlalu berpolitik yang akhirnya merencatkan usaha kita membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.", "“Sebagai sebuah parti lokal, kita akan menggunakan pendekatan yang lebih strategik dan berbeza iaitu cara yang sinonim dengan budaya masyarakat Sabah untuk menarik penyertaan ramai rakyat ke parti ini,” katanya.", "Tambah beliau, apa yang penting ialah setiap anggota parti terus komited dengan hala tuju dan perjuangan parti kerana sikap itu yang bakal menentukan kejayaan bagi khidmat kepada pengundi dan rakyat.", "Katanya, setiap ahli Wanita Gagasan Rakyat juga mesti sentiasa bersikap proaktif dan lebih kreatif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.", "“Suatu yang perlu diingatkan ialah setiap ahli Gagasan Rakyat perlu sentiasa mencari ilmu-ilmu baharu kerana dunia hari ini berubah dengan begitu pantas. Tanpa ilmu dan kemahiran baharu kita akan ketinggalan. Jika ketinggalan bagaimana mungkin kita mampu memberi khidmat yang efisien serta efektif kepada rakyat,” ujar beliau." ]
https://wartaoriental.com/2023/06/29/ambil-tindakan-lebih-kukuh-supaya-waris-sulu-hentikan-serta-merta-cubaan-christoper/
Ambil tindakan lebih kukuh supaya ‘waris’ Sulu hentikan serta merta cubaan – Christoper
[ "Christoper Mandut", "KOTA KINABALU: Tindakan yang lebih kukuh oleh Kerajaan Malaysia diperlukan demi memastikan pihak yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu menghentikan serta merta usaha mereka, kata Ketua EXCO Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat, Christoper Mandut.", "Beliau berkata, tindakan-tindakan relevan diperlukan supaya Kerajaan Filipina memberitahu rakyatnya sendiri di Filipina untuk melupakan tuntutan khayalan mereka terhadap Sabah. ", "Beliau juga sependapat dengan apa yang disuarakan oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee bahawa Kerajaan Malaysia mesti melakukan yang terbaik dalam mendapatkan kesediaan Kerajaan Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah. ", "Ini, katanya, adalah perlu sebagai susulan kepada kejayaan Malaysia mengatasi cubaan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu.", "“Kita monyokong kenyataan Yong yang mengatakan bahawa Sabah tidak pernah dimiliki atau diperintah oleh Sulu atau Filipina pada bila-bila masa dalam sejarah Sulu atau Filipina. ", "“Memang benar bahawa pemberian yang dipanggil 22 Januari 1878 itu sendiri terbatal oleh pemberian sebelumnya antara Brunei dan Overbeck/Dent pada 29 Disember 1877,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Baru-baru ini, keputusan Mahkamah Rayuan The Hague memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu. ", "Final Award", "Christoper berkata, kejayaan Malaysia yang membawa kelegaan kepada rakyat terutamanya di Sabah harus disusuli dengan tindakan lebih berani dan efektif oleh Kerajaan Malaysia.", "Beliau juga menyokong kenyataan Yong yang menyatakan tidak ada keperluan sama sekali untuk membawa tuntutan Filipina/Sulu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana Malaysia telah berjaya mengalahkan percubaan Filipina untuk membawa tuntutan mereka kepada ICJ melalui kes Pulau Ligitan/Sipadan pada tahun 2001.", "“Saya juga bersetuju dengan Yong bahawa terdapat banyak bukti dokumentari yang menunjukkan bahawa kesultanan Sulu yang kini tidak berfungsi mahupun Republik Filipina tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Borneo Utara (kini Sabah).", "“Kerajaan Malaysia mesti menunjukkan kepada rakyat Filipina/Sulu bahawa ia juga demi kepentingan mereka sendiri untuk menghentikan tingkah laku sia-sia mereka menuntut Sabah,” katanya, sambil berharap hubungan baik kejiranan dalam suasana menang-menang antara Malaysia Sabah dan Filipina Bangsamoro makmur bersama dengan aman.", "Beliau juga berharap rakyat Filipina yang tinggal di Sabah mendapat perkhidmatan konsulat yang sangat diperlukan mereka." ]
https://wartaoriental.com/2023/08/29/3-cedera-selepas-3-kenderaan-bertembung-di-kota-marudu/
3 cedera selepas 3 kenderaan bertembung di Kota Marudu
[ "Keadaan dua daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba", "KOTA MARUDU: Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di sini semalam.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd. Hasbi Hajat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Popok, di sini, pada jam 9 malam.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai dan sepasukan lika anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Marselius Junus dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh lima kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Proton Iswara, Proton Persona Elegance 1.6 dan Toyota Hilux.", "“Terdapat tiga orang mangsa di kenderaan Proton Iswara (seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki) mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa di kenderaan lain tidak mengalami kecederaan,” katanya, sambil menambah maklumat mangsa tidak diperolehi.", "Menurut Hasbi, pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.54 malam. " ]
https://wartaoriental.com/2023/06/27/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/
Sang Badak lanyak Kijang Hijau
[ "Saddil Ramdani (kiri) bersama rakan-rakan sepasukan meraihkan jaringan pertama Sabah FC pada aksi Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.", "KOTA BHARU: Skuad Sang Badak meneruskan pemburuan di lima kelompok terbaik Liga Super apabila mudah menewaskan Kelantan United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.", "Tuan rumah yang dibimbing ketua jurulatih baharu, Ailton Silva terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi melalui jarak jauh Jose Porteria pada minit ke-15 namun sempat ditepis keluar oleh penjaga gawang Sang Badak Khairul Fahmi Che Mat.", "Tersentak dengan serangan awal tuan rumah, Sang Badak bangkit menerusi serangan bertali-arus dan berjaya meledak jaringan pembukaan perlawanan pada ke-22 menerusi pemain import dari Indonesia Saddil Ramdani.", "Menurut Utusan Malaysia, Sang Badak terus bernafsu apabila Stuart Wilkin menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit-minit akhir babak pertama selepas mudah memperdayakan penjaga gawang Kelantan United, Muhamad Ilham Amirullah Razali.", "Aksi babak kedua, Skuad Kijang Hijau cuba bangkit untuk merapatkan jurang jaringan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.", "Sabah sebaliknya terus menambah derita Kelantan United pada minit ke-62 menerusi rembatan deras ketua pasukan Baddrol Baktiar untuk menewaskan Muhamad Ilham Amirullah.", "Corak pemainan ‘high pressing’ yang diamalkan Sang Badak bagai melemaskan kem tuan rumah sehingga setiap serangan yang diatur dapat dibaca dan dipatahkan dengan mudah sebelum sempat sampai ke kawasan berbahaya.", "Kelantan United enggan berputus asa dan terus mempamerkan semangat juang tinggi, namun terus buntu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol sehingga ke wisel penamat perlawanan.", "Kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan United terus kekal di tangga kedua tercorot manakala Sabah FC berada di kedudukan kelima carta Liga Super.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/28/hasilkan-produk-makanan-halal-sabah-untuk-pasaran-global/
Hasilkan produk makanan halal Sabah untuk pasaran global
[ "Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu lebih ramai usahawan di Sabah menghasilkan produk makanan halal yang bukan sekadar untuk pasaran tempatan, malah ke peringkat global.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Sabah memiliki pelbagai produk makanan yang boleh diketengahkan oleh usahawan tempatan hingga ke peringkat lebih tinggi.", "Beliau berkata, walaupun pembabitan usahawan termasuk perindustrian mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri makanan halal di negeri ini semakin bertambah, namun masih perlu terus dipergiatkan.", "“Kita mahu melihat pembabitan lebih ramai usahawan dalam bidang produk makanan halal di Sabah. Usahawan baharu dan sedia ada juga perlu memanfaatkan sepenuhnya expo halal yang diadakan untuk meningkatkan dan meluaskan perniagaan mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung- Urung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim Haji M. Yahya.", "Kadzim (dua dari kanan) mewakili Ketua Menteri merasmikan Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung-Urung.", "Hajiji berkata, Kerajaan sangat mengambil perhatian mengenai pengurusan halal di negeri ini berikutan pasaran global industri halal dunia dijangkakan mencapai jumlah USD2.4 trilion pada 2024.", "Katanya, keprihatinan kerajaan dizahirkan melalui penubuhan Majlis Halal Sabah (MAHAS) yang berperanan sebagai badan rasmi kerajaan dalam membincang, mengkaji dan membuat keputusan isu-isu halal serta mencadang langkah baharu bagi membangun industri halal di negeri ini.", "Beliau berkata, yang penting dalam pengurusan halal ialah semua pihak, jabatan dan agensi yang terlibat memberi tumpuan khusus kepada memperkasa aspek pensijilan halal khususnya kepada PMKS.", "“Ini penting agar PMKS juga mampu bersaing dan memiliki keupayaan dalam pasaran industri halal di negeri ini,” tambahnya.", "Melalui usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri, beliau berharap Expo Halal Sabah yang diadakan akan memantapkan lagi kefahaman Pensijilan Halal Malaysia kepada pemain industri dan pengunjung expo.", "“Expo ini juga dapat menjalin jaringan kerjasama pemain-pemain indusrti halal di dalam dan luar negara, di samping memperkenalkan produk-produk halal buatan tempatan di negeri ini,” katanya.", "Menyentuh Karnival Baurung-Urung, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan penganjuran karnival itu bagi memupuk maufakat dan sikap toleransi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama di negeri ini.", "Beliau berharap Karnival Baurung-Urung sebagai antara khazanah budaya negeri ini yang boleh diketengahkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.", "Katanya, masyarakat Brunei yang memiliki pelbagai khazanah seni budaya dan adat resam, boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam sektor pelancongan.", "“Usaha berterusan perlu dilakukan untuk merancakkan sektor pelancongan. Karnival seumpama ini perlu dipromosikan sebagai salah satu produk untuk meningkatkan sumber pendapatan pelancongan negeri Sabah,” katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/13/architects-urged-to-design-and-develop-green-houses-building-structures-landscapes/
Architects urged to design and develop ‘green’ houses, building structures, landscapes
[ "Dr Joachim (fourth, right) and Ar Mok (sixth, left) in a group photo", "KOTA KINABALU: Deputy Chief Minister II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam said the State Government through the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) envisioned Sabah to reach the pinnacle of success in economic development as well as becoming the preferred tourist and business destination by the year 2030.", "Urging professional bodies like Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Branch to be more proactive and creative to see all possibilities and to work with all stakeholders for the betterment of Sabah, he said they should set their imagination in terms of the vast or immense possibility of what they can work on in the future.", "Dr Joachim (centre) beating the gong to officiate the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023, while Ar Mok and other VIPs look on.", "“Sabah is a beautiful state and is also known as “Land Below the Wind” for obvious reasons. Sabah lies just below the typhoon belt that occurs a little bit north of the northernmost tip of Kudat, or just our neighbouring country, the Philippines, so it is just below the destructive typhoons that affect our neighbour more than twice each year.", "“We are also strategically located, being at the centre of South East Asia region as well as being strategically positioned in terms of air and sea routes. We are more easily connected to the most important cities around South East Asia and East Asia especially, China, Japan, the Philippines, Indonesia and Brunei. Sabah has the geographical advantage of being the only Malaysian state that is strategically located within the BIMP-EAGA regional grouping as it shares its borders with 3 countries, namely the Philippines, Brunei and Indonesia…with about 300 million population within BIMP-EAGA region and the fact that countries like Japan, China and South East Asia are easily accessible logistically, so you can imagine the possible amount of trade and investment to be made,” he said.", "Besides that, Dr Joachim said Sabah is also very rich in natural sources, as well as being known as ‘The Tourism Haven’.", "Dr Joachim (third, left) receiving a memento from Ar Mok at the Borneo Architecture Festival (BAF), 2023.", "“We have a majestic Mount Kinabalu, the stunningly beautiful beaches and islands around us like Sipadan and Turtle Islands to name a few. The sunset in Sabah is also one of the best if not the best in the world.", "“All these and the fact that we have educated manpower as well as a stable political environment should be more than enough for business organisations to consider making Sabah their base for expansion or to make it their headquarters.", "“The State Government under the most able leadership of Datuk Seri Hajiji Haji Noor as Chief Minister has even formulated policies and regulations that are very business-friendly (investor-friendly) coupled with good governance to ensure that business organisations can safely and profitably invest in Sabah.", "“I know our infrastructures such as roads and power have yet to reach their full potential but we as the government of the day are committed to improving them. We are blessed in that we have the assurance and full backing of our Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim too,” he said when officiating the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023 themed “Built Environment for Sustainable Development” at the Pacific Sutera Harbour here today.", "Dr Joachim touring the exhibition booths at the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023.", "Dr Joachim who is also Local Government and Housing Minister also urged the architects and allied professions to design, create and develop houses, building structures and landscapes that are green or more environmentally friendly, beautiful to see and sustainable for the future generation.", "“One of the bigger concerns or main topics today is green buildings or green cities or anything green or reduce carbon emissions.", "“Everybody wants to be green, that is green energy, green technology and green buildings. We all should be if we want to reduce the rate of extreme climate change to affects us. In the near future (in the middle of this century), it is estimated that about 70 per cent of the world’s population will live in urban areas. Studies have shown that urban areas would be impacted most by climate change, which in fact we are experiencing like never before – erratic rainfalls, flash floods and extreme temperatures.", "“And Kota Kinabalu is no exception to this phenomenon. I was made to understand that July this year has been one of the hottest months and we had, we even had ice sheets forming at the top of Mount Kinabalu that has never been of that scale.", "“It is therefore vital for you as architects and allied professionals, to design, create and develop houses, buildings structures and landscapes that are green or more environmentally friendly, beautiful to see and sustainable for our future generation,” he said.", "Dr Joachim touring the exhibition booths at the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023.", "Congratulating the PAM Sabah Chapter for successfully organising this year’s BAF, Dr Joachim hopes that all stakeholders will work together to realise the common vision of development and prosperity, building their respective countries within the framework of symbiotic regional economic cooperation.", "“I hope that through this event, the constellation of ideas and views will spur, improve and strengthen the region’s economic development. Let us embrace the knowledge we share, learn and appreciate the wisdom of our fellow participants. I hope that you have met your targeted objectives,” he said.", "This year’s seventh edition of BAF is co-organised by the PAM Sabah Chapter and the Local Government and Housing Ministry with full support from the Sabah Tourism Board (STB). BAF is celebrated annually in conjunction with World Architecture Day, with the objective of making it a platform for sharing, learning and networking for all the construction stakeholders, especially the Architects.", "Also present were the Ministry of Local Government and Housing Deputy Permenant Secretary, Stanley Chong; Chairman of PAM Sabah Chapter, Ar. Mok Juang Yu; Chairman of PAM Sarawak Chapter, Ar. Noraini Norodden; Organising Chairman of Borneo Architecture Festival 2023, Ar Daniel Koh, committee members of the PAM Sabah Chapter." ]
https://wartaoriental.com/2023/02/14/bekas-jurulatih-menembak-diarah-bela-diri/
Bekas jurulatih menembak diarah bela diri
[ "KUALA TERENGGANU: Seorang bekas jurulatih menembak diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dengan niat pada 13 tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman terhadap Zamil Ahmad Murad, 62, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan tersebut.", "Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34.", "Kesalahan itu dilakukan di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, dekat sini antara pukul 4.15 petang sehingga pukul 4.30 petang pada 1 Februari 2010.", "Bagi kesalahan itu, Zamil didakwa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.", "Mahkamah kemudian menetapkan pada 11 dan 12 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kes di peringkat pembelaan.", "Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dan Hanis Nabihah Hizamul-Din.", "Manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.", "Dalam kejadian pada 13 tahun lalu itu, seorang lelaki ditembak mati selepas memecah masuk ke rumah tertuduh yang juga jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) melalui pintu belakang.", "Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak pulang selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka. ", "Bekas jurulatih menembak diarah bela diri" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/11/wanita-berpura-pura-diculik-minta-wang-tebusan-dari-suami/
Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami
[ "BOGOR: Seorang wanita dari Babakan Madang di Bogor, Jawa Barat mendapat perhatian warga net kerana berpura-pura diculik perompak bersama anaknya baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, ibu muda itu merancang penculikan itu semata-mata untuk meminta wang tebusan berjumlah 50 juta rupiah (RM14,044) daripada suaminya. ", "Kompas.com", "Menurut laporan awal, wanita itu diculik bersama anaknya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dan dia sempat mencetus kekecohan dengan memuat naik insiden itu di media sosial pada Rabu lalu. ", "Namun helahnya itu terbongkar selepas dia ditemukan di Puncak di Jembatan Gadog di wilayah Cisarua, Jumaat lalu.", "Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dan anaknya tidak diculik sebaliknya hanya berpura-pura kerana diselubungi hutang berjumlah 45 juta rupiah (RM12,638).", "“Wanita itu mereka kisah penculikan itu dengan dibantu seorang rakan sekerja untuk mendapatkan wang membayar hutang tanpa pengetahuan suaminya.", "“Dia pergi ke kawasan Cijeruk dan mengambil gambar seolah-olah diculik dengan mulut diikat, mata terpejam sambil memegang anaknya. Foto itu kemudian dihantar kepada suaminya untuk meminta wang tebusan,” jelas Iman.", "Wanita itu kemudian mula berasa takut dan memutuskan untuk pergi ke Jalan Raya Cisarua di Puncak Bogor dan kemudian meminta bantuan penduduk yang sedang melintas jalan supaya menghubungi suami serta ibu bapanya.", "Polis yang mendapat laporan itu menemani suaminya ke lokasi berkenaan dan turut menyiasat rakan yang bersuhabat merancang penculikan itu.", "Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/27/%e9%a6%96%e7%9b%b8%e9%80%b1%e6%97%a5%e4%be%86%e6%b2%99%e8%88%87%e6%b0%91%e6%85%b6%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80/
首相週日來沙與民慶開齋節
[ "(亞庇廿七日訊)首相拿督斯里安華將於4月30日(星期日),出席由沙巴政府在沙巴國際會展中心(SICC)舉辦的開齋節開放日。", "籌委會主席兼沙巴科學、工藝及革新部長阿里芬說,首相已接受沙巴政府的邀請出席開放日。", "「首相將與沙巴元首敦朱哈伉儷、首長拿督斯里哈芝芝和沙巴內閣出席。」", "阿里芬說,民眾也受邀參加上午10時開始的開放日。" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/05/garuda-indonesia-diminta-patuhi-jadual-penerbangan-haji/
Garuda Indonesia diminta patuhi jadual penerbangan haji
[ "JAKARTA: Syarikat penerbangan Garuda Indonesia digesa mematuhi jadual penerbangan yang sudah dipersetujui sekali gus memastikan tiada perubahan dalam jadual pelepasan jemaah haji.", "Gesaan itu dinyatakan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia sebagai maklum balas terhadap beberapa perubahan jadual perjalanan dalam tempoh 13 hari pelepasan jemaah haji dari Solo, Medan, Jakarta-Pondok Gede, dan Banjarmasin.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Haji Dalam Negeri Kementerian Hal Ehwal Agama, Saiful Mujab, berkata sejak awal sudah ada jadual yang sudah dipersetujui antara kementerian itu dan Garuda Indonesia.", "Beliau berkata jadual penerbangan perlu dipatuhi dengan tepat dan ketat kerana ia berkaitan dengan pergerakan jemaah pada setiap peringkat.", "Katanya, jadual penerbangan telah dimaklumkan kepada jemaah termasuk peringkat pelepasan dari daerah atau bandar masing-masing ke tempat berlepas.", "“Sekiranya berlaku perubahan, ia juga akan menjejaskan peringkat lain termasuk di Madinah dan Makkah.", "“Perubahan jadual penerbangan akan memberi kesan domino kepada peringkat aktiviti jemaah haji di asrama haji, Madinah dan Makkah,” katanya.", "Memetik laporan AntaraNews, kumpulan pertama jemaah haji bermula pada 24 Mei lalu dan akan berakhir pada 7 Jun dengan jemaah berlepas ke Madinah.", "Sehingga Ahad, terdapat 69,327 jemaah yang berlepas dengan 183 kumpulan penerbangan. Daripada jumlah itu, 102 kumpulan penerbangan dengan Garuda Indonesia.", "Kumpulan kedua, yang mana jemaah haji akan berlepas ke Jeddah dan kemudian Makkah akan bermula pada 8 Jun.", "Proses pelepasan jemaah haji Indonesia dijadualkan berakhir pada 22 Jun.", "Garuda Indonesia dijadualkan membawa sekurang-kurangnya 104,172 jemaah haji Indonesia dalam 287 kumpulan penerbangan tahun ini.", "Garuda Indonesia diminta patuhi jadual penerbangan haji" ]
https://wartaoriental.com/2023/11/12/bayi-usia-tiga-hari-maut-selepas-bidan-ambil-sampel-darah-pada-tumit-kaki/
Bayi usia tiga hari maut selepas bidan ambil sampel darah pada tumit kaki
[ "OGAN ILIR: Seorang bayi yang baru tiga hari dilahirkan dilaporkan maut selepas bidan mengambil sampel darah pada bahagian kakinya di Dusun I Desa belanti di Ogan Ilir, Sumatera Selatan.", "Berikutan insiden itu, ibu bapa bayi berkenaan melaporkan kes tersebut kepada polis.", "Asia memberitahu, bayinya meninggal dunia selepas menjalani pengambilan darah yang dilakukan seorang bidan.", "“Saya melahirkan anak secara normal dan keadaan saya serta bayi adalah baik, sihat.", "“Tiga hari kemudian, datang seorang bidan untuk memeriksa saya dan juga bayi sebelum dia mengambil darah pada bahagian tumit kaki anak saya.", "“Bidan itu memberitahu, dia mahu ambil sampel darah untuk diperiksa dan dua kali dia ambil darah dari kaki anak saya,” katanya.", "Jelas Asiah, selepas diambil sampel darah, bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga esok apabila anaknya mula demam panas dan dibawa ke pusat kesihatan.", "Bayi itu kemudiannya dirujuk ke hospital dan meninggal dunia ketika dirawat.", "Insiden itu menyebabkan bidan berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai.", "Dalam pada itu, bidan berkenaan memaklumkan, dia mengambil sampel darah bayi tersebut untuk melakukan ujian Hipotiroid Kongenital dan menyatakan semua bayi baru lahir akan menjalani ujian tersebut.", "Sementara itu, Jabatan Kesihatan Ogan Ilir memaklumkan mengenai pemeriksaan doktor terhadap bayi tersebut selepas meninggal dunia.", "Ketua Jabatan Kesihatan Ogan Ilir, hendra Kudeta berkata, pemeriksaan awal mendapati cairan dan gumpalan berwarna kuning pada tubuh bayi.", "Mereka mendakwa gumpalan itu merupakan cebisan buah pisang yang dipercayai diberi kepada bayi tersebut sehingga membuatnya tercekik dan sesak nafas.", "Bayi usia tiga hari maut selepas bidan ambil sampel darah pada tumit kaki" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/14/amang-seksual-dera-pelajar-mudir-dan-warden-asrama-direman-empat-hari/
Amang seksual, dera pelajar: Mudir dan warden asrama direman empat hari
[ "Suspek pertama yang juga mudir dan pengasas pusat tahfiz menunjukkan isyarat bagus semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah, Ayer Keroh, Melaka.", "MELAKA: Mudir dan warden asrama sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak di sini, yang dipercayai terlibat dengan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak direman empat hari bermula kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin sehingga 16 Mei ini terhadap suspek yang juga warga Singapura berumur 40 dan 36 tahun.", "Kedua-dua tertuduh yang juga adik beradik kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, susulan enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan, berumur antara 13 hingga 15 tahun, Khamis lalu.", "Semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9.35 pagi kelmarin, suspek pertama yang juga mudir dan pengasas pusat tahfiz terlibat sempat menunjukkan isyarat bagus kepada pengamal media yang sudah berkumpul di situ sejak 8 pagi.", "Utusan Malaysia sebelumnya melaporkan, dua lelaki warga Singapura yang juga mudir dan warden asrama pusat tahfiz di Melaka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak.", "Utusan Malaysia", "Dalam kes itu, tiga pelajar dilaporkan dicium, disuruh menghisap kemaluan dan mengurut kemaluan oleh mudir yang juga suspek pertama, manakala tiga lagi pelajar didera secara fizikal dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh warden asrama (suspek kedua).", "Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek di Tanjung Minyak pada pukul 1 dan 1.30 petang Jumaat, selepas kesemua mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga.", "Beliau berkata, kejadian itu didakwa telah lama berlaku di institusi berkenaan dan kali terakhir mangsa didera secara seksual dan fizikal adalah pada 7 Mei lalu.", "“Mudir itu sebelum ini pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019. Adiknya bagaimanapun tidak mempunyai rekod lampau,” jelasnya. ", "Amang seksual, dera pelajar: Mudir dan warden asrama direman empat hari" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/04/lets-defeat-dr-ms-colonialist-attacks-on-multiculturalism-by-affirming-malaysia/
Let’s defeat Dr M’s colonialist attacks on multiculturalism by affirming Malaysia
[ "Wilfred Madius Tangau", "KOTA KINABALU: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is declaring war on the very idea of Malaysia by insulting Sabahans and Sarawakians as subjects of Malayan imperialism and colonialism, said Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.", "He said if by being part of Malaysia, Sabah and Sarawak were to become appendices of Tanah Melayu, and Sabah and Sarawakian natives to be assimilated as Malayan Malays, there would not be a Malaysia in the first place. ", "“Sabah and Sarawak would have stayed on as British colonies and waited for our own independence at a later date as Brunei did in 1984,” he said in a statement today.", "Madius was responding to Dr Mahathir’s vicious attacks on multiculturalism and secularism which is a manifestation of Malayan imperialism and colonialism that threaten Malaysia’s territorial integrity.", "Dr Mahathir’s earlier claim on June 28 that non-Malays want to change the country from Tanah Melayu to a multi-ethnic country and his latest claim on July 3 that it is unconstitutional to promote Malaysia as a multi-ethnic country reveal the malicious mind of a Malayan imperialist and colonialist who sees Sabah and Sarawak as nothing but colonial possessions of Malayan Malays. ", "For all his attacks on Western imperialists and colonialists, Madius said Dr Mahathir has become one when he looks at Sabahans, Sarawakians and Malayan minorities.", "“Sabah and Sarawak are proudly multicultural and inclusive. As in Malaya, we have Malays – Sarawak Malays and Brunei Malays – and Chinese and Indians. We also have Kadazan-Dusun-Murut, Bajaus, Suluks, Iban, Bidayuh, Orang Hulu, Melanaus and many other groups. Don’t pigeonhole our natives as Malayan Malays. We celebrate inter-faith harmony and multilingualism. We eat on the same table. We celebrate each other’s festivals. We will stay this way and not be assimilated into bigotry and segregation,” said Madius.", "He said if any Malayan Malays carry the imperialist and colonialist mindset and treat Sabahans and Sarawakians as subjects of dominance and assimilation, then they are effectively advocating Malaya’s separatism from Malaysia. ", "“For the longest time, many Sabahans and Sarawakians have been wrongly accused of separatism. We never want separatism if Sabah and Sarawak enjoy freedom, prosperity and justice within Malaysia as promised. If separatism ever gains popularity, it is nothing but the response to Malayan imperialism and colonialism.", "“Dr Mahathir, listen clearly from us if you ever need a reminder: Sabah and Sarawak are not colonial possessions transferred from Great Britain to Tanah Melayu. We did not opt to replace the British with Malayans as our colonial masters in 1963.", "“In Sabah’s state anthem “Sabah Tanah Airku”, we proudly proclaim: “Merdeka sepanjang masa. Bersatu segala bangsa Sentosa. Sabah negeri merdeka.” Likewise, Sarawak’s state anthem “Ibu Pertiwiku” underlines sovereignty within Malaysia: “Sarawak Dalam Malaysia, Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa. Kekallah Sarawak bertuah, Teras perjuangan rakyat, Berjaya Berdaulat!”", "“When Malaysia was formed, it was a union of four multi-ethnic and secular countries: Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak. If the plan was to become appendices of an ethnocracy as Dr Mahathir wants Malaya to be, Sabah and Sarawak would have stayed out. Suppose anyone wants to change the social contract in 1963 by internally colonising Sabah and Sarawak. In that case, they are taking Malaya out of Malaysia, because the Malaysia Sabah and Sarawak signed up in 1963 is a land of freedom and democracy, neither an ethnocracy for Malays nor a theocracy for Islamists.”", "According to Madius, to satisfy his imperialist control on Sabah, Dr Mahathir deliberately divided and ruled Sabah’s multi-ethnic people with religion, so that relatives and neighbours would fight each other. ", "“He even assaulted Sabah’s sovereignty with Project M enfranchised foreigners whose votes he could control. It is sad that he squandered his second chance to serve Malaysia and redeem his wrongdoings in 2020. It is sadder now that after losing his deposit in the 2022 general election, he wants to undo Malaysia to stay relevant. He wants so much to cringe at his past that he is happy to deny all Malaysians a better future.", "“We Malaysians must not fall into Dr Mahathir’s vicious plan to divide and rule. We must instead stand together to affirm the original Project Malaysia that our forefathers and foremothers signed up for in 1963. We must decentralise all Malaysian states and materialise the promises in the Malaysia Agreement of 1963.", "“As we enter the Merdeka months of August and September, let us solidly rally behind the Madani Government that upholds all Malaysians and denounces bigotry, hatred and colonialism. While Sabahans and Sarawakians do not get to vote this round, we hope voters in Selangor, Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu will send a clear message to reject ultra-nationalism, colonialism and imperialism championed by Dr Mahathir and company,” he said. " ]
https://wartaoriental.com/2023/06/23/chief-minister-to-discuss-with-shell-malaysia-the-issue-of-petrol-stations-closure/
Chief Minister to discuss with Shell Malaysia the issue of petrol stations closure
[ "Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor will meet with Shell Malaysia to discuss the issue of 35 retail stations in Sabah and Labuan due for closure early next year.", "“I am aware of the situation and will be meeting with Shell Malaysia Chairman Siti Hurrairah Sulaiman to find out more about the situation and the fate of the affected retailers in Sabah and Labuan,” he said in a statement here today.", "Shell Timur Sdn Bhd, which operates Shell kiosks in Sabah and Labuan has confirmed it will be closing several less productive retail stations in East Malaysia to sustain the company’s performance in an ongoing review.", "It was reported that those affected were 10 in Tawau, two in Semporna, six in Lahad Datu, 12 in Sandakan, two in Labuan, and one each in Likas, Telipok and Kuala Penyu." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/04/kerajaan-segerakan-wang-bantuan-mangsa-banjir/
Kerajaan segerakan wang bantuan mangsa banjir
[ "Armizan Mohd. ALI mengadakan tinjauan ke PPS di Dewan Serbaguna Pagoh, Muar", "MUAR: Kerajaan akan menyegerakan pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir sebagai membantu meringankan beban golongan berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) proses penyaluran insentif itu akan mengambil masa selewat-lewatnya seminggu.", "“Di peringkat Nadma pusat baru-baru ini, kita telah menggariskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahawa bahawa dalam tempoh seminggu paling lewat, peruntukan itu sudah disalurkan ke negeri dan daerah terlibat.", "“Itu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebaik sahaja kita menerima maklumat yang disahkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana dan daerah,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Pagoh, di sini hari ini.", "Beliau berkata, dalam insiden banjir khususnya berskala besar, ia memerlukan masa untuk semakan status dan data supaya tiada pertindihan dalam memastikan semua mangsa yang berkelayakan menerima bantuan.", "“Saya fikir daripada segi penyaluran bantuan kepada mangsa yang ditempatkan di PPS tidak ada masalah, namun kepada mangsa yang tidak ditempatkan di PPS atau mereka yang enggan ke PPS, ini memerlukan semakan yang bukan hanya pejabat daerah, namun jentera di peringkat kampung.", "“Walau bagaimanapun, berdasarkan mekanisme pengurusan, kami di Nadma tidak akan bertangguh dalam aspek tersebut dan itulah juga komitmen kepimpinan kerajan kita, iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku pengerusi bencana pusat.", "“Walaupun jumlah mungkin tak banyak, iaitu dalam kadar RM1,000, tapi saya harap ia cukup bernilai dan bermakna kepada mereka yang kerugian,” katanya.", "Kerajaan segerakan wang bantuan mangsa banjir" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/24/pembangunan-di-kadamaian-akan-terus-diberi-perhatian/
Pembangunan di Kadamaian akan terus diberi perhatian
[ "Ewon bersalaman dengan para hadirin pada Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kadamaian Square, di sini, baru-baru ini.", "KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan terus diberi perhatian.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035 yang telah pun menjadi dokumen kerajaan akan menjadi panduan kepada semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan itu.", "Katanya, pelan itu mencakupi wawasannya untuk membangunkan Kadamaian berasaskan dua sektor ekonomi utama iaitu pertanian dan pelancongan, penyediaan atau penaiktarafan kemudahan infrastruktur asas serta bidang keusahawanan.", "“Saya gembira kerana, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kota Belud, buat julung kalinya diadakan di Dewan Kadamaian Square Taginambur sejak dewan ini siap dibina beberapa tahun yang lalu.", "“Kita akan teruskan usaha untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada di Kadamaian dan Kota Belud secara keseluruhannya untuk keselesaan warga Kota Belud,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kadamaian Square, di sini, baru-baru ini.", "Pembinaan Dewan Kadamaian Square adalah sebahagian daripada hasil usaha Ewon sejak beliau diberi mandat sebagai Adun Kadamaian pada 2018.", "Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun adalah antara platform terbaik untuk mengukuh dan memperkasakan perpaduan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negeri ini.", "“Ini kerana, sambutan Kaamatan bukan hanya dihadiri masyarakat Kadazandusun tetapi masyarakat kaum lain juga turut serta hadir memeriahkan sambutan ini.", "“Selain itu, Pesta Kamaatan juga memberi ruang kepada para peniaga kecil-kecilan menjual dan mempromsi produk mereka,” katanya.", "Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud Haji Bakri Haji Nanun dan para pemimpin masyarakat." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/16/%e4%bb%99%e6%9c%ac%e9%82%a3%e6%b2%89%e8%88%b9%e4%ba%8b%e4%bb%b6-%e5%b7%b2%e5%b0%8b%e7%8d%b2%e5%a4%b1%e8%b9%a4%e5%85%92%e7%ab%a5%e9%81%ba%e9%ab%94/
仙本那沉船事件 已尋獲失蹤兒童遺體
[ "(仙本那十六日訊)3天前發生的沉船事件中,失蹤的1名兒童遺體今日已被尋獲。", "仙本那消防救援站(BBP)負責人PBT II Noorjali Maslah表示,7歲的死者在距失蹤現場300米處被發現。", "「下午2時48分,值班ATM人員在甘榜Pukas水域發現了死者。」", "「死者隨後被移交給警方採取進一步行動。行動於下午4時29分結束。」", "沉船事件於7月14日下午2241分,發生在努沙登加島。" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/21/10-jawatankuasa-pilihan-khas-parlimen-ditubuhkan/
10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan
[ "Azalina Othman Said", "KUALA LUMPUR: 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen ke-15 ditubuhkan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia merangkumi JKPK Kewangan dan Ekonomi, JKPK Kesihatan serta JKPK Perdagangan dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian.", "Selain itu, JKPK Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi, JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat serta JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.", "Katanya lagi, penubuhan 10 JKPK itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Pemilih pada 21 Februari serta 2 dan 13 Mac lalu yang mengandungi beberapa syor jawatankuasa untuk diterima majlis.", "“JKPK Keselamatan, JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.", "“Mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), Penyata Jawatankuasa Pemilih yang dibentang di meja mesyuarat dalam Dewan ini sebagai Kertas DR.2 tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.", "Pelantikan JKPK itu dibuat Jawatankuasa Pemilih yang diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, bertindak sebagai pengerusi, turut dianggotai enam ahli jawatankuasa.", "Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan).", "Selain itu, ia turut dianggotai Azalina (BN-Pengerang), Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).", "Beliau dalam masa yang sama turut berkata, JKPK akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian berkaitan. ", "10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/20/%e6%9b%b4%e7%ac%a6%e6%b2%99%e7%82%ba%e5%90%88%e7%b5%84%e5%a4%a7%e9%a6%ac%e5%a4%a5%e4%bc%b4%e5%9c%b0%e4%bd%8d-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e9%a6%96%e9%95%b7%e6%94%b9%e7%a8%b1%e7%b8%bd%e7%90%86/
更符沙為合組大馬夥伴地位 建議首長改稱總理
[ "(亞庇廿日訊)沙巴州農民協會歡迎將首長職稱改為「總理」。", "其主席拿督莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴需要跟隨砂拉越的腳步,砂拉越現在正在使用總理職稱,這符合婆羅洲的精神和1963年馬來西亞協議(MA63)。", "「現在是沙巴採取同樣行動的時候了,將首長的職稱改為總理,因為沙巴和砂拉越是共同組成馬來西亞的兩個地區。」", "「沒有沙巴和砂拉越,就沒有馬來西亞,只有馬來半島(馬來亞)。因此,將首長的職稱改為總理非常重要,此舉將讓沙巴更易受到各方尊重,跟西馬一樣屬於地位平等邦屬。」", "他是針對本地一家媒體於本週三刊載有關首長拿督斯裡哈芝芝諾在其第三年首長任期發表談話時,提出有關首長職位重新命名的建議如此評論。", "哈芝芝表示,沙巴是否會像砂拉越一樣將首長職稱改為總理一事正在討論中。", "「有些人想要『總理』,而另一些人則更喜歡『首長』。」", "「砂拉越為此目的修改了砂拉越憲法,儘管聯邦尚未修改聯邦憲法,但他們承認並尊重砂拉越的決定。」", "莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴應該傚法砂拉越的腳步,方便讓聯邦政府將沙砂視作與西馬地位相同的邦屬。", "他認為,一旦沙巴首長名稱改為總理,由首相拿督斯裡安華領導的昌明馬來西亞政府肯定會承認這2個婆羅洲邦屬的地位,並著手修改聯邦憲法。", "加上首相也曾多次保證,他將落實1963年簽署的大馬協議內容。", "安華曾說:「我的責任是履行國家領導人和國家戰士在馬來西亞組建期間簽署的所有承諾和協議。我保證這些協議內容不再談判,而是予以落實與執行。」", "莫哈末納茲里阿都拉也歡迎哈芝芝提出助理部長改名為副部長,以及將內閣部門數量從目前的11個增加至14個的建議。", "哈芝芝表示,他已提出此事,並獲得州內閣同意,並希望相關法案能夠在適當的時候提交州議會。", "「修改州憲法需要獲得州議會三分之二議員的批准,因此我期望得到州議會議員的支持。副部長具有更重要的含義,聽起來更好。」", "莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴幅員遼闊,須要增設更多部門來滿足沙巴現有的發展和進步。" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/09/pengurusan-tak-bagi-bercinta-ahirine/
Pengurusan tak bagi bercinta- Ahirine
[ "Tidak pernah mahu menggula-gulakan penonton dengan sekadar wajah menawan. Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berusaha menanam kepercayaan kepada penonton untuk melihat bakat lakonan yang dipersembahkan.", "Ahirine sendiri mengakui, walaupun sudah tiga kali menjadi pelakon taruh utama sebuah naskhah filem. Rata-rata memberikan komen persembahannya belum cukup menonjol, kayu, dan tidak menjadi. Perit ditelan, namun itulah kenyataan.", "Menurut Utusan Malaysia, graduan Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu membulatkan harapan. Setiap kritikan dianggapnya sebagai sebuah petanda orang sudah memberi perhatian. Dia perlu memperbaiki mutu lakonan. ", "Bangun daripada kritikan", "Bangun daripada kritikan", "Oleh itu, sebelum menerima tawaran sebagai watak Ana menerusi filem ‘Tebus’ yang ditayangkan di platform terkemuka Amerika Syarikat, Prime Video. Gadis itu terlebih dahulu ke kelas lakonan bersama di bawah pengurusan Revolution Stage.", "“Saya cakap dengan pihak pengurusan, untuk tawaran kali ini, saya mahu pergi ujibakat dan mahu ke kelas lakonan sebelum masuk ke dalam set penggambaran.", "“Saya tidak mahu kritikan sama berulang lagi. Bagi saya, jika lakonan saya di dalam filem keempat saya ini ada peningkatan walaupun hanya satu peratus, tak mengapa. Asalkan mutunya bertambah baik.", "“Apa yang boleh saya katakan, saya berpuas hati dengan lakonan saya kali ini dengan bimbingan pengarah Jason Chong,” katanya kepada Hits.", "Bagi penggemar sukan permotoran dan Muay Thai ini, set penggambaran boleh menjadi tempat menuntut ilmu asalkan seseorang itu mahu merendahkan diri bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. ", "Walaupun dimarahi pengarah hampir setiap hari kerana lakonannya kurang memuaskan, Ahirine hanya menyeka tangisan sekali dan menganggap ini sebahagian daripada proses pembelajaran.", "“Di set penggambaran memang kena kuatkan mental. Sebenarnya setiap hari saya kena marah dengan pengarah depan semua orang terutamanya babak di depan balai polis.", "“Saya terima. Saya yang minta kena marah asalkan lakonan saya bertambah baik. ", "“Penting juga untuk tanya pengarah dan pelakon lain. Lihat semula monitor dan tanya bahagian mana lagi yang boleh diperbaiki,” tambahnya.", "Ramai mencuba, tapi karier cinta utama", "Ramai mencuba, tapi karier cinta utama", "Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon Zizan Razak sehingga ada yang menjodohkan mereka bersama, gadis kelahiran Alor Gajah itu hanya ketawa. ", "Mana tidaknya, mereka hanya kawan biasa yang sama-sama mencintai sukan lumba kereta. ", "“Saya dan Zizan memang hanya sekadar kawan biasa. Tiada apa-apa yang istimewa. Lagi pula syarikat pengurusan saya tidak benarkan saya bercinta. ", "“Ada juga yang mesej namun saya tak layan. Mungkin kerana saya pun belum bersedia,” katanya. ", "Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Ahirine hanya menginginkan jejaka yang ikhlas dan setia dalam perhubungan.", "Pengurusan tak bagi bercinta- Ahirine" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/22/boehly-potong-gaji-19-pemain-chelsea/
Boehly potong gaji 19 pemain Chelsea
[ "Penyingkiran pada suku akhir Liga Juara-Juara menyebabkan 19 pemain Chelsea bakal dipotong gaji.", "LONDON: Pemilik Chelsea, Todd Boehly terus mencetus kontroversi apabila mahu memotong gaji 19 pemain ekoran penyingkiran pasukan itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, Khamis.", "Blues disingkirkan oleh juara 14 kali, Real Madrid menerusi agregat 4-0, sekali gus menutup musim tanpa sebarang trofi.", "Blues", "Skuad bimbingan Frank Lampard juga berisiko gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim depan selepas menghuni tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris.", "Boehly telah mengambil langkah awal dengan memasukkan klausa dalam kontrak pemain untuk mengelak pasukannya mengalami kerugian kewangan kerana tidak beraksi di pentas Eropah.", "Difahamkan, beberapa bintang utama akan menerima potongan gaji 30 peratus, selain mereka yang masuk di bawah pemilikan Boehly.", "Ini termasuk 12 pemain baharu dan tujuh senior seper­ti Thiago Silva, Reece James, Cesar Azpilicueta, Ben Chilwell, Trevoh Chalobah, Armando Broja dan Marcus Bettinelli yang telah melanjutkan kontrak mereka bersama pasukan.", "Barisan pemain yang tidak melanjutkan kontrak sejak ­Boehly mengambil alih kelab tidak akan mengalami pemotongan gaji.", "“Kami tidak boleh menyalahkan pengurus sepenuhnya tetapi semua pihak harus mengambil tanggungjawab. Ini tempoh yang sukar buat pasukan, dengan ­banyak keraguan timbul.", "“Pertukaran pemilik, keha­diran ramai pemain baharu ­menyebabkan pasukan terpaksa membesarkan ruang bilik persalinan. Ia tidak menampung keseluruhan pemain.", "“Akan ada pemain yang kecewa kerana bukan semuanya dapat bermain. Pengurus hanya boleh memilih 11 daripada kese­luruhan lebih 30 orang yang membarisi pasukan.", "“Kami perlu berhenti daripada terus membawa masuk pemain baharu, sebaliknya merencanakan strategi musim depan atau mengulangi kesilapan sama,” kata Silva. ", "Boehly potong gaji 19 pemain Chelsea" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/26/kadar-elaun-sara-hidup-24729-pelajar-tajaan-kpt-dinaik-tahun-depan/
Kadar Elaun Sara Hidup 24,729 pelajar tajaan KPT dinaik tahun depan
[ "Mohamed Khaled Nordin", "PUTRAJAYA: Seramai 24,729 pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bermula tahun hadapan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan kadar ESH itu akan dimanfaatkan oleh pelajar yang sedang dan akan ditaja membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM30.78 juta setahun.", "Beliau berkata, ketetapan terbaharu itu membabitkan kenaikan kadar ESH sebanyak 15 peratus kepada pelajar sarjana dan PhD sedia ada dan baharu luar negara di bawah Program MyBrainScience.", "“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.", "“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula akan diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.", "“Manakala, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat pula akan diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja,” katanya pada majlis pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan KPT 2023 di sini, hari ini.", "Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, KPT akan turut menaikkan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu bagi program-program penajaan dalam negara iaitu sebanyak RM100 sebulan.", "Jelasnya lagi, kenaikan ini akan melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET dan Program MyBrain 2.0.", "Sementara itu, katanya, KPT juga akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma (RM730), Ijazah Sarjana Muda (RM800) Sarjana dan PhD (RM1,000).", "Bagaimanapun, katanya, penyeragaman ini tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program tersebut adalah lebih baik daripada program-program lain sedia ada.", "“Selain itu, kenaikan RM100 sebulan ESH/Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas).", "“Bagaimanapun, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan,” katanya.", "Kadar Elaun Sara Hidup 24,729 pelajar tajaan KPT dinaik tahun depan" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/30/gadis-berusia-13-tahun-ditemukan-terjatuh-dari-tingkat-enam-pangsapuri/
Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri
[ "PETALING JAYA: Seorang gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di kawasan Puchong Utama, dekat sini semalam.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 11.21 malam itu, satu panggilan telefon dari orang awam memaklumkan penemuan remaja berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sebelum kejadian remaja berkenaan dikatakan dimarahi ibunya kerana mempunyai telefon bimbit tanpa kebenaran dan sering keluar malam. ", "Kata beliau, hasil siasatan pihaknya menemukan beberapa nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang menunjukan beliau ingin membunuh diri akibat tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya.", "“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa terjatuh dari tingkap dapur rumah dan  meninggal dunia di tempat kejadian.", "“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu adalah anak sulung daripada tiga beradik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Tambah beliau, siasatan lanjut dijalankan dan diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).", "“Bedah siasat dijangka dijalankan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Serdang hari ini setelah lawatan dan pemeriksaan tempat kejadian oleh patologi forensik. ", "“Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat melalui pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelasnya. ", "Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/31/panda-gergasi-albino-dikesan-di-china/
Panda gergasi albino dikesan di China
[ "BEIJING: Seekor panda gergasi albino yang jarang dijumpai, sekali lagi dikesan di kawasan hutan di barat daya China.", "Menurut Utusan Malaysia, South China Morning Post melaporkan, haiwan itu dipercayai merupakan satu-satu seumpamanya.", "Penyiar kebangsaan CCTV melaporkan rakaman kamera yang memaparkan kelibat haiwan berwarna serba putih itu dikeluarkan oleh Wolong National Nature Reserve di wilayah Sichuan.", "Menurut laporan itu, panda tersebut dipercayai berusia kira-kira lima atau enam tahun dan kelihatan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.", "Haiwan unik itu pertama kali dirakam oleh kamera di Wolong National Nature Reserve pada April 2019, kira-kira 2,000 meter dari paras laut.", "Pusat itu kemudian menyiarkan imej pertama haiwan itu yang mempunyai bulu putih dan kuku serta mata berwarna merah pada Mei 2019.", "Berdasarkan laporan CCTV, sejak itu, pegawai pusat rizab itu menubuhkan pasukan khas untuk memantau pergerakan panda tersebut.", "Pasukan penyelidik mengkaji rutin haiwan itu selain memasang dan menyelaraskan kamera khas untuk merakam pergerakannya.", "Menurut laporan People’s Daily, rakaman baharu itu juga menunjukkan haiwan serba putih itu berinteraksi dengan beberapa panda lain pada ketinggian kira-kira 2,600 meter dari paras laut.", "Sementara itu, penyelidik dari sekolah sains di Universiti Peking, Li Sheng memaklumkan ia merupakan panda gergasi albino yang pertama direkodkan di kawasan hutan.", "“Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada genetik haiwan itu akan diwarisi secara berterusan dalam populasi panda yang kecil,” katanya.", "Sebelum ini, media kerajaan melaporkan China pernah menemukan 10 panda gergasi berwarna coklat yang jarang ditemukan di kawasan hutan antara tahun 1985 dan 2021.", "Panda gergasi albino dikesan di China" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/29/ukraine-tembak-jatuh-31-dron-dalam-serangan-besar-besaran/
Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran
[ "KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukan berjaya memusnahkan sebanyak 31 daripada 39 dron dilancarkan oleh Russia dalam satu serangan besar-besaran semalaman.", "Menurut Utuaan Malaysia, jurucakap komando tentera selatan Ukraine, Nataliya Gumenyuk berkata, beberapa pesawat udara tanpa pemandu (UAV) milik Russia dipintas di kawasan pantai Laut Hitam dan lebih jauh ke pedalaman.", "“Russia tidak menghentikan tekanan dan mencari taktik baharu dengan melancarkan serangan secara besar-besaran.", "“Kali ini, beberapa unit UAV dilancarkan. Pasukan pertahanan udara kami berusaha memintasnya di sepanjang hampir seluruh arah selatan, di wilayah Odesa, Mykolaiv.", "“Kami juga cuba memintas arah utara ketika musuh menyasarkan serangannya ke tengah Ukraine,” katanya di aplikasi Telegram.", "Selain itu, Kakitangan Am Ukraine mengesahkan serangan Russia itu melibatkan penggunaan 39 UAV jenis Shahed-136/131.", "“Pasukan tentera Ukraine berjaya memusnahkan 31 daripada dron Shahed itu,” jelasnya.", "Sejak Julai lalu, apabila Moscow menarik diri daripada perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan penghantaran bijirin melalui Laut Hitam, Russia meningkatkan serangan terhadap infrastruktur pengeksport bijirin Ukraine di wilayah Odesa dan Mykolaiv selatan.", "Sementara itu, Gabenor wilayah Dnipropetrovsk, Sergiy Lysak berkata, tentera Russia melancarkan kira-kira 20 projektil ke daerah Nikopol semalaman.", "Namun, katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.", "Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/26/polis-buka-kertas-siasatan-bakar-mercun-bunga-api-secara-besar-besaran/
Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran
[ "Video tular kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai, Ipoh. – Utusan/Media Sosial", "IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai yang tular di media sosial sejak Selasa.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 13 minit 46 saat itu kelmarin, yang dimuat naik melalui Facebook.", "Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku Selasa pada pukul 8 malam di Kampung Baru, Simpang Pulai dekat sini.", "“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataannya di sini kelmarin.", "Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa dan harta benda awam.", "“Tindakan tegas akan diambil berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawan yang menjalankan aktiviti berbahaya,” katanya.", "Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan orang ramai dipercayai penduduk dilihat berkumpul menyaksikan aktiviti bermain mercun dan bunga api yang berlangsung di atas jalan raya.", "Penularan video itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bimbang kerana dikhuatiri mendatangkan bahaya selain mengganggu ketenteraman awam. ", "Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/27/tottenham-risik-nagelsmann/
Tottenham risik Nagelsmann
[ "Julian Nagelsmann", "LONDON: Hanya sehari selepas dipecat oleh Bayern Munich, Julian Nagelsmann mungkin mendapat kerja baharu apabila dirisik kelab Liga Perdana Ing­geris (EPL), Tottenham.", "Pengendali berusia 35 tahun itu hanya me­ngetahui dia dipecat ketika sedang bercuti di Austria dan bekas pasukannya sudah pun mengumumkan Thomas Tuchel sebagai pengganti.", "Menurut Utusan Malaysia, tindakan Bayern membuka peluang buat pengerusi Tottenham, Daniel Levy untuk me­mulakan rundingan de­ngan Nagelsmann bagi menggantikan Antonio Conte.", "Tottenham sudah lama berminat dengan Nagelsmann yang pernah me­ngendalikan RB Leipzig dan Hoffenheim, malah hampir menyunting jurulatih kelahiran Jerman itu pada 2021.", "Nagelsmann dikatakan turut meminati Tottenham dan memiliki jersi kelab London itu.", "Tottenham percaya Nagelsmann adalah calon sesuai untuk pasukan, dan mampu menawarkan corak serangan yang dimahukan peminat.", "Sementara itu, Conte yang kini berada di Itali berada dalam kecelaruan mengenai nasibnya bersama Tottenham.", "Sehingga kini, Conte belum dilepaskan, dan ketika ini Ryan Mason serta Cristian Stellini mengambil alih tugas mengendalikan sesi latihan pasukan.", "Situasi semakin kelam buat Tottenham yang akan berentap dengan Everton dalam aksi liga minggu hadapan. ", "Tottenham risik Nagelsmann" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/25/masa-untuk-tubuh-pihak-berkuasa-penerbangan-awam-borneo-dr-jeffrey/
Masa untuk tubuh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Borneo – Dr. Jeffrey
[ "Dr. Jeffrey Kitingan", "KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk penubuhan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Borneo (BCAA) bagi mengawal selia dan menjaga industri penerbangan di Sabah dan Sarawak.", "“Saya percaya BCAA boleh menjaga kepentingan Sabah, Sarawak dan rakyat Malaysia dengan lebih baik dalam perjalanan ke negeri-negeri Borneo.", "“BCAA akan memberi tumpuan untuk mengawal selia dan menjaga kepentingan terbaik industri penerbangan di negeri-negeri Borneo, kerana terdapat laporan isu dan kelewatan dalam pengendalian hal-hal penerbangan di Sabah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” kata Dr. Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, dalam satu kenyataan hari ini.", "Dr. Jeffrey berkata, terdapat rakyat Sabah yang berbakat dan berkelayakan termasuk beberapa yang berpendidikan, terlatih dan diperakui di Amerika Syarikat oleh institusi penerbangan Amerika untuk berkhidmat dalam BCAA.", "“Tumpuan setempat mereka juga akan menjaga kepentingan rakyat termasuk mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap tambang penerbangan.", "“Dengan pengetahuan yang lebih baik tentang keadaan tempatan dan pemahaman tentang keperluan Sabah dan Sarawak, BCAA boleh mewujudkan dorongan yang amat diperlukan untuk mengurangkan masalah industri penerbangan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.", "“Dalam jangka masa panjang, BCAA boleh memanfaatkan bukan sahaja Sabah tetapi industri penerbangan negara secara keseluruhan,” katanya.", "Ahli Parlimen Keningau itu berkata, perjalanan udara juga sangat penting terutamanya kepada Sabah, kerana pelancongan antarabangsa adalah sektor utama ekonomi Sabah dan Sarawak.", "Malah katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah lapangan terbang kedua terbesar dan kedua tersibuk di Malaysia dan hab serantau bagi banyak syarikat penerbangan dengan penerbangan terus antarabangsa.", "“Masa untuk menubuhkan BCAA juga tepat sekarang kerana Sarawak ingin menubuhkan syarikat penerbangan butik. Pada masa yang sama, Sabah sedang berbincang untuk menceburi sektor kargo udara dengan kumpulan logistik yang mantap serta untuk  menjadikan Sabah Air Aviation sebagai syarikat penerbangan serantau untuk wilayah BIMP-EAGA.", "“Saya akan bangkitkan isu itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Persekutuan MA63 akan datang,” kata Dr Jeffrey, yang juga ADUN Tambunan.", "Dr. Jeffrey mengulas mengenai pertelingkahan berterusan mengenai kadar tambang tinggi ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri antara Menteri Pengangkutan semasa dan mantannya yang bukan sahaja mendedahkan tentang tambang penerbangan yang tinggi, mahal dan tidak munasabah untuk kedua-dua sektor.", "“Ia juga mendedahkan masalah sistemik yang telah berpuluh tahun mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak dalam perjalanan udara dan beban yang ditanggung oleh mereka selama bertahun-tahun.  Perjalanan udara seharusnya tidak membebankan kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang berdaya maju untuk rakyat Malaysia di negeri-negeri Borneo tidak seperti mereka di Malaya yang mempunyai kemewahan laluan darat kos rendah untuk “balik kampung untuk Hari Raya” di negeri-negeri Malaya,” tegasnya.", "Daripada berhujah bahawa tambang penerbangan itu bukan RM3,000 tetapi hanya RM2,000, Dr. Jeffrey berkata, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Persekutuan harus menyediakan penyelesaian untuk kos tinggi perjalanan udara ke Sabah dan Sarawak.", "Kos terutamanya semasa musim perayaan dan musim cuti puncak, adalah jauh lebih tinggi dan syarikat penerbangan mengambil kesempatan daripada tempahan yang lebih banyak, katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/31/liverpool-agresif-buru-mac-allister/
Liverpool agresif buru Mac Allister
[ "Alexis Mac Allister", "LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir mendapatkan bintang tengah Argentina, Alexis Mac Allister selepas rundingan bersama Brighton kini memasuki fasa baharu.", "Pengendali Reds, Jurgen Klopp sedang mencari muka baharu memandangkan Li­verpool kehilangan tonggak tengah, James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain yang akan mening­galkan pasukan pada musim panas kerana kontrak mereka bakal tamat.", "Reds", "Difahamkan ketika ini, ­Liverpool sudah hampir untuk bersetuju dengan terma peri­badi yang ditetapkan Mac Allister sebelum berunding mengenai harga yuran perpindahan ­dengan Brighton.", "Reds semakin bersemangat untuk mendapatkan pemenang Piala ­Dunia 2022 itu selepas pencabar utama mereka, Manchester City menarik diri daripada rundingan.", "Reds", "Liverpool sedia membayar 70 juta pound (RM398.62 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu yang turut menarik minat Manchester United dan Arsenal.", "Menurut wartawan CBS, Ben Jacobs, Mac Allister tidak berminat terlibat dengan run­dingan panjang, dan mahu proses perpindahan diselesaikan segera.", "CBS,", "“Chelsea pernah cuba mendapatkan Mac Allister tetapi mereka meletakkan harga lebih rendah daripada yang Brighton mahukan, lalu beralih kepada sasaran yang lain termasuk rakan sepasukan Mac Allister, Moises Caicedo.", "“Tetapi kita akan tunggu dan lihat sama ada pengaruh Mauricio Pochettino akan mengubah perkara ini.", "“Setakat ini, segalanya belum selesai antara Mac Allister dan Liverpool mahupun Liverpool dengan Brighton.", "“Begitupun terdapat keyakinan daripada pihak Liverpool dan bagi saya, mereka amat ke hadapan dalam rundingan seperti ini. Seperti yang kita tahu, Liverpool suka melakukan urusan mereka awal,” jelas Jacobs. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/liverpool-agresif-buru-mac-allister/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/liverpool-agresif-buru-mac-allister/" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/17/rugi-lebih-rm5000-telefon-pintar-dilarikan-dua-lelaki/
Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki
[ "PASIR PUTEH: Sebuah kedai telekomunikasi kerugian RM5,718 selepas telefon pintar dilarikan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di Bangunan Sentosa di sini semalam.", "Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, dua lelaki tersebut telah datang ke premis berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon mereka yang rosak sebelum bertindak mencuri barangan dari kedai tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, selepas dimaklumkan oleh jurujual kedai berkenaan bahawa telefon tidak boleh dibaiki mereka telah meminta untuk melihat dua set telefon baharu di rak pameran.", "Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian terus melarikan diri bersama telefon tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.", "“Pemilik kedai berkenaan telah tampil membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada pukul 5.45 petang semalam. ", "“Siasatan awal mendapati jurujual terbabit yang tergamam dengan kejadian itu gagal mengenal pasti nombor plat pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.", "Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhamamad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713.", "Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di premis berkenaan mendapati perniagaan berjalan seperti biasa dengan keadaan yang lebih berhati-hati apabila menempatkan pekerja lelaki di depan pintu masuk.", "Usaha mendapatkan maklum balas tidak berjaya selepas pemilik gagal dihubungi.", "Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/02/tidak-mudah-jadi-atlet-terbaik-pandelela/
Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela
[ "Pandelela Rinong", "KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengakui, kejayaan menjulang gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali keempat amat bermakna kerana ia adalah pengiktirafan kepada usaha kerasnya selama ini. ", "Pandelela yang pernah memenangi anugerah tersebut pada 2011, 2013 dan 2015 berkata, tidak mudah menjadi atlet terbaik dan mewakili negara ke peringkat dunia. ", "Antara kejayaan terbesar Pandelela yang membolehkannya menerima gelaran tertinggi dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 meraih emas dalam acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia FINA di Jepun.", "Pemilihan Pandelela itu sekali gus mengenetepikan empat calon lain iaitu Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) serta Nur Amisha Azril Rizal (muaythai).", "“Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menganjurkan anugerah ini dan terima kasih kerana memilih saya untuk menerima anugerah Olahragawati Negara.", "“Saya rasa tidak mudah untuk menjadi atlet dan wakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, menjadi lumrah apabila menang dipuji dan apabila kalah tahu tahulah. ", "“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada saya bermula dari bawah hingga sekarang,” kata Pandelela.", "Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/20/buli-polis-panggil-dua-murid-tahun-lima/
Buli: Polis panggil dua murid tahun lima
[ "KUALA KRAI: Polis akan memanggil dua murid tahun lima yang dipercayai membuli rakan mereka di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini pada minggu lalu selepas rakaman perlakuan itu tular di laman sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kedua-dua murid berusia 11 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini untuk diambil keterangan.", "Menurutnya, tindakan itu diambil selepas bapa mangsa membuat laporan polis berkait kejadian itu pada pukul 10.55 pagi Isnin.", "”Siasatan awal yang dilakukan mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada 14 September lalu. Mangsa ketika itu berada di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini sebelum didatangi kedua-dua suspek yang bertindak memukulnya.", "“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan ke atas mangsa mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.", "Suzaimi memberitahu, pihak sekolah sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.", "Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian seorang murid lelaki dibuli dua rakan sekolahnya.", "Video tersebut menunjukkan salah seorang daripada kanak-kanak itu menendang dan memukul mangsa yang memegang sebelum memakai sebelah kasut sekolahnya.", "Ibu mangsa mendakwa, anaknya dibuli sehingga terpaksa menyembunyikan wang di dalam stoking untuk membeli makanan di kantin sekolah.", "Buli: Polis panggil dua murid tahun lima" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/12/kenderaan-terbakar-punca-gangguan-bekalan-elektrik-di-kinabatangan/
Kenderaan terbakar punca gangguan bekalan elektrik di Kinabatangan
[ "KINABATANGAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam usaha untuk memulihkan bekalan elektrik di daerah ini secara berperingkat dan bekalan dijangka dapat disalurkan kepada semua pengguna lewat petang ini.", "Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, gangguan bekalan itu terjadi pada jam 8.38 pagi apabila pepasangan talian milik SESB terkesan akibat kebakaran sebuah kenderaan berat di bawah talian SESB di Kampung Lot M.", "Bagi memastikan kegiatan seharian pengguna di daerah itu tidak terjejas, SESB telah menempatkan dua buah gen-set bergerak di Hospital Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membekalkan tenaga elektrik.", "“Pemulihan secara berperingkat sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya lewat petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media.", "Dalam pada itu, SESB menghargai kesabaran pengguna dan menasihati pengguna untuk menghubungi SESB Careline di talian 15454/088-515000, Whatsapp 019-8525427 atau menyalurkan sebarang aduan melalui aplikasi MySESB." ]
https://wartaoriental.com/2023/04/17/%e4%bd%90%e6%b4%a5%e4%bf%83%e9%a6%ac%e6%9d%b1%e8%b2%a2%e6%b2%99%e5%b7%b4%e5%9c%98%e7%b5%90%e9%bb%a8-%e5%9c%98%e7%b5%90%e4%b8%80%e8%87%b4%e4%b8%a6%e4%bb%a5%e6%96%b0%e6%88%b0%e7%95%a5%e5%b4%9b%e8%b5%b7/
佐津促馬東貢沙巴團結黨 團結一致並以新戰略崛起
[ "(馬東貢十七日訊)沙巴團結黨署理主席拿督佐津表示,希望馬東貢沙巴團結黨保持熱情、團結並以新戰略再次崛起,以面對即將到來的選舉。", "他提醒該區部保持團結並確保彼此之間的良好合作,以努力贏回哥打馬魯都國席,並捍衛現有的州席。", "「領導層和成員之間的團結,對於贏得選舉和成為執政政府的一部分非常重要。」他週六在主持馬東貢沙巴團結黨大會時如此表示。", "也是副首長的佐津歡迎更多年輕人加入沙巴團結黨。", "「我們尊重黨內元老,與此同時,我們也歡迎年輕領導人的參與,以延續沙巴團結黨良好的傳統。」", "「年輕人需要學習在鬥爭中,遵循簡單但有原則的領導和同志情誼的模式。」", "他說,同時歡迎受過教育的年輕人通過沙巴團結黨參政。", "也是沙巴地政及房屋部長的佐津還強調了與沙盟內盟黨良好合作的重要性,以便他們能夠共同成功地規劃和發展沙巴。", "佐津也祝賀馬東貢沙巴團結黨成功召開大會,並成為首個召開大會的沙巴團結黨區部。", "他說,像這樣的大會,可以顯示該區部的力量。", "「我獲悉,馬東貢區共有133個沙巴團結黨支部,其中109個已成功召開大會。雖然人數不是決定勝負的唯一因素,但我們相信這有助於提升馬東貢沙巴團結黨的精神,站起來組織新的策略來面對下屆選舉, 贏回哥打馬魯都國席並非不可能。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/03/4-rumah-termasuk-rumah-kongsi-musnah-dijilat-api-di-tawau/
4 rumah termasuk rumah kongsi musnah dijilat api di Tawau
[ "Pasukan bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan empat rumah termasuk rumah kongsi di Tawau. – Ihsan Bomba", "TAWAU: Empat buah rumah termasuk dua rumah kongsi musnah terbakar di sini hari ini.", "Mujur tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau pada kira-kira jam 8 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 8.13 pagi dan sepasukan 18 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Syed Salipudin Habib Taha dikejarkan ke lokasi.", "Setiba ditempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati kebakaran melibatkan empat buah rumah yang berdekatan.", "Katanya, rumah pertama jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 25×50 kaki, rumah kedua jenis tidak kekal berkeluasan 20×20 kaki, rumah ketiga adalah rumah kongsi lapan pintu dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 20×30 kaki dan rumah keempat adalah rumah kongsi empat pintu dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 30×20 kaki.", "Kesemua rumah terbakar 100 peratus.", "Jemishin berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran 400 kaki empat pancutan sumber air terbuka. ", "“Tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.24 pagi,” katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/04/12/mahad-tahfiz-agensi-kerajaan-terima-bubur-lambuk/
Mahad tahfiz, agensi kerajaan terima bubur lambuk
[ "Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah mengacau bubur lambuk.", "KOTA KINABALU:  Tiga ribu pek bubur lambuk diagih kepada 20 agensi kerajaan serta mahad tahfiz sekitar Kota Kinabalu.", "Majlis penyampaian agihan bubur lambuk dihadiri Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, kelmarin.", "Antara mahad tahfiz yang menerima agihan ialah Madrasah Nurul Furqan Kg Pandan Petagas, Mahad Tahfiz Istiqomah Sepanggar, Mahad Tahfiz Darul Ulum Seri Menanti, Mahad Tahfiz Al-Quran Al Jazari Kg Beringgis, Mahad Tahfiz Kg Benoni Papar dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah Tanjung Aru.", "Manakala agensi kerajaan pula terdiri daripada Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Lima Divisyen Kem Lok Kawi, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Masjid Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), warga Istana Seri Kinabalu dan pegawai keselamatan, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Jabatan Penyiaran Negeri Sabah (RTM).", "Hadir sama pada majlis tersebut, Penaung dan Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ)  Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli, Setiausaha Perhubungan Tuan Yang Terutama, Mejar (K) Datuk Mohd Rashid MohdTahir,  Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar, Pengarah JBPM Sabah, Abd Razak Muda dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan wakil IPK Sabah, Datin Laila Sagir.", "Terdahulu, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang juga Komander 507 Rejimen Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dalam program memasak bubur lambuk memaklumkan, program tahunan anjuran bersama Adabi Distribution Sdn. Bhditu mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah.", "Adabi Distribution Sdn. Bhd", "“Proses menyediakan bubur lambuk pada kali ini melibatkan enam agensi termasuk Rejimen 507 dengan kekuatan 10 anggota dan seorang pegawai.", "“Program tahunan anjuran YNJ ini adalah dengan kerjasama Adabi Distribution Sdn Bhd. juga disertai oleh Tuan Yang Terutama Tun Juhar dan Toh Puan,” ujarnya.", "Adabi Distribution Sdn Bhd.", "Bubur lambuk disediakan oleh Askar Wataniah 507, Kolej Komuniti Penampang, Persatuan Intelek Usahawan Wanita (SWISE) Sipitang, ahi-ahli JPBM Sabah, YNJ serta Adabi Distribution Sdn Bhd.", "Adabi Distribution Sdn Bhd" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/05/kertas-siasatan-himpunan-lgbt-dirujuk-pejabat-peguam-negara/
Kertas siasatan himpunan LGBT dirujuk Pejabat Peguam Negara
[ "PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung perhimpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 29 Julai lalu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan pada AGC semalam.", "“Lapan suspek berusia antara 18 tahun hingga 56 tahun yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat pada 30 Julai lalu.", "“Kertas siasatan kes berkenaan juga sudah dirujuk  semalam (Jumaat) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.", "Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki disyaki terlibat ajaran Ahmadi Religion ditahan polis selepas terlibat dalam himpunan terbabit pada 29 Julai lalu.", "Suspek yang menyertai perhimpunan itu menyatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat dan mereka melaungkan ‘down syariah court’ sambil memegang kain rentang.", "Dipercayai mereka sudah menyertai kumpulan itu hampir dua tahun.", "Seorang daripada  suspek baru sahaja ditahan kerana mengedarkan risalah berkaitan kepercayaan mereka di sebuah masjid di sekitar Putrajaya beberapa minggu lalu.", "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/kertas-siasatan-himpunan-lgbt-dirujuk-pejabat-peguam-negara/" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/30/%e6%ad%a6%e8%a3%9d%e9%83%a8%e9%9a%8a%e6%96%bd%e6%8f%b4-%e8%98%ad%e7%91%99%e7%94%98%e6%a6%9c%e6%87%b8%e7%b4%a2%e6%a9%8b%e5%bb%ba%e7%ab%a3/
武裝部隊施援 蘭瑙甘榜懸索橋建竣
[ "(蘭瑙卅日訊)武裝部隊在短短2週內,成功在蘭瑙的甘榜Mohimboyon,設立造價15萬令吉的懸索橋,以臨時替代被洪水摧毀的混凝土橋。", "該工程是於1月9日開始進行,這懸索橋也是村民和學童的臨時通道,比他們之前在這裡搭建的臨時竹橋更安全、更堅固。", "50米吊橋的建設工作由武裝部隊進行,其他的如施工計劃以及材料由蘭瑙縣議會準備,整個施工過程耗時約兩週。", "由於該工程路段不屬於工程局權限,除了屬於武裝部隊的機械,沒有動用任何工程局的資產。", "該項目的撥款來自沙自然災害基金。", "當局決定建造一座懸索橋,是因為它可以快速建成供公眾和學生使用。", "另外造價50萬令吉的混凝土橋已計劃用於車輛,但需要一些時間才能建造。" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/12/%e6%b6%898%e5%88%80%e5%88%ba%e6%ad%bb%e5%89%8d%e6%9c%aa%e5%a9%9a%e5%a6%bb-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%81%90%e9%9d%a2%e8%87%a8%e6%ad%bb%e5%88%91/
涉8刀刺死前未婚妻 男子恐面臨死刑
[ "(亞庇十二日訊)男子因涉及在商場刺死前未婚妻,今日被控恐面臨強制性死刑。", "據馬來西亞前鋒報報導,32歲的被告人被控於5月29日中午12時至12時20分,在一家商場內刺死22歲的前未婚妻。", "他是在刑法第302條文下被起訴,一旦罪成將面臨死刑。", "法官在宣讀控狀時,被告承認理解指控。", "但是,由於案件屬於高等法院管轄,今日只是過堂。", "法庭將於7月11日重新過堂,並且不允許被告保釋。", "此案由檢察官凱爾文埃爾森馬利克督察處理,而被告則由陳德明律師和朱哈姆裡朱姆哈尼律師代理。", "5月29日,被告在商場內刺傷了他的前未婚妻8刀,當時前未婚妻被發現躺在地面,渾身是血。", "據亞庇帶警區主任卡爾森伊德裡斯說,有關事件涉及嫉妒和不滿,因為在事件發生前2天,死者取消了雙方的婚事。", "隨後,該男子前往死者工作的地點請求復合,但是被拒絕,男子在失控的失控的情況下,連刺8刀導致女子身亡。" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/06/kestabilan-politik-sabah-perlu-untuk-kekalkan-momentum-pembangunan-pelaksanaan-ma63/
Kestabilan politik Sabah perlu untuk kekalkan momentum pembangunan, pelaksanaan MA63
[ "KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kestabilan kepimpinan politik di Sabah adalah mustahak bagi mengekalkan momentum pembangunan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Beliau berkata, sebarang usaha untuk menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor boleh merencatkan momentum yang sedang dibina bersama dengan Kerajaan Persekutuan.", "“Dengan kerjasama banyak pihak, Hajiji telah memastikan perolehan hasil Sabah lebih daripada RM6 billion pada tahun lepas. Ini penting supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan seterusnya pembangunan infrastruktur yang perlu diperkasakan dan dilipatgandakan dengan pendekatan reform tata kelola.", "“Dalam masa yang sama, dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di Persekutuan, agenda untuk melaksanakan MA63 merupakan antara keutamaan Kerajaan berdasarkan kekerapan perbincangan Jemaah Menteri mengenainya termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Kerajaan Sabah bagi melaksanakan perolehan terus projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.", "“Saya juga telah bangkitkan mengenai pendekatan formula pemberian khas berdasarkan pungutan hasil persekutuan di Sabah. Saya dan rakan sejawat Datuk Armizan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan mengadakan pertemuah dengan peguam Sabah Law Society dan Pakatan Harapan dalam masa yang terdekat untuk membincang lebih lanjut mengenai formula ini.", "“Kelmarin saya juga telah membincangkan perkara ini dengan Hajiji. Saya berpendirian momentum ini perlu dikekalkan dan tidak seharusnya digugat oleh sebarang cubaan menggulingkan beliau sebagai Ketua Menteri,” katanya.", "Ewon yang juga Presiden-elect Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian selepas mengadakan program walkabout di Tamu Mingguan Taginambur di Kadamaian Square, hari ini.", "Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menyatakan ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) telah membuat ketetapan konsensus kelmarin untuk tidak menyokong sebarang usaha menggulingkan Ketua Menteri yang telah mengangkat sumpah selepas proses pilihan raya.", "“Ketua Menteri telah mengangkat sumpah selepas proses pilihan raya dan kerajaannya telah dibentuk. Sebelum ini ADUN-ADUN PH Sabah telah menyatakan sokongan agar Hajiji terus menjadi Ketua Menteri sehingga habis penggal ini. Kami kekal dengan pendirian ini kerana sebarang usaha menggulingkan beliau selepas mengangkat sumpah merupakan rundingan “pintu belakang” yang sepatutnya tidak dilakukan.", "“Pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh tiga tahun. Parti-parti politik boleh mengambil bahagian dan seterusnya berunding mengenai penubuhan kerajaan pada masa itu, bukannya pada masa ini. Itulah sebabnya ADUN-ADUN PH kekal dengan pendirian menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal ini,” katanya." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/14/guru-didakwa-cabul-murid-dalam-kelas/
Guru didakwa cabul murid dalam kelas
[ "Tertuduh (tengah) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan", "KOTA BHARU: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul,56, yang merupakan guru Bahasa Melayu  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.", "Kesalahan itu dilakukan olehnya pada pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi, minggu ketiga bulan April 2022 di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini.", "Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.", "Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.", "Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan.", "Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.", "Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.", "Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.", "Guru didakwa cabul murid dalam kelas" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/13/rm393-8-bilion-untuk-belanjawan-2024/
RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024
[ "Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.", "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan hampir RM400 bilion untuk Belanjawan 2024.", "Jumlah itu meningkat berbanding RM388.1 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata,  jumlah belanjawan itu tertinggi pernah dibentangkan kerajaan.", "“Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.", "“Ini melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/rm393-8-bilion-untuk-belanjawan-2024/" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/10/%e9%a6%96%e7%9b%b8%e6%94%af%e6%8c%81%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e7%ba%8c%e9%a0%98%e5%b0%8e%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c/
首相支持哈芝芝續領導沙政府
[ "(亞庇十日訊)首相安華表示,支持首長拿督斯里哈芝芝繼續領導沙巴。", "「我們希望沙巴政府在首長(哈芝芝)的領導下變得強大。」", "他在離開首長官邸時對記者表示:「我們正在給首長一個機會,來討論並找到一個有益於沙巴的好方案。」", "安華也感謝哈吉吉和朋友們向他和副首相拿督斯裡艾哈邁德扎希德哈米迪提出的所有意見。", "他也表示,今日(1月10日)州議會提呈的法案非常重要,將為沙巴帶來很大的改變。", "安華和扎希與44名支持哈芝芝的議員,舉行了約半小時的會議,也包括來自沙盟以及沙巴希盟的國會議員。", "安華和扎希昨晚11時21分抵達斯里加雅,此前他們和哈芝芝在麥哲倫絲綢港與沙巴國陣主席邦莫達與民興黨主席沙菲益會面。" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/14/anak-elvis-presley-lisa-marie-meninggal-dunia/
Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia
[ "LOS ANGELES: Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia Khamis selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California setelah mendapat serangan jantung.", "Lisa Marie merupakan satu-satunya anak mendiang penyanyi lagenda rock n roll, Elvis Presley.", "Menurut Utusan Malaysia, ibunya, Priscilla Presley berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian anak perempuannya itu.", "“Dengan berat hati saya mesti berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita, kata Priscilla dalam kenyataan kepada majalah PEOPLE.", "Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/23/klinik-pergigian-alawa-hums-sedia-beri-perkhidmatan-pergigian-meluas-kepada-masyarakat-setempat/
Klinik Pergigian Alawa HUMS sedia beri perkhidmatan pergigian meluas kepada masyarakat setempat
[ "Dr. Kasim menandatangani plak perasmian Klinik Pergigian Alawa", "KOTA KINABALU: Klinik Pergigian Alawa, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sedia untuk menampung keperluan perkhidmatan pergigian bukan hanya kepada warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja, tetapi turut diperluaskan kepada orang awam.", "Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, ini selepas dua unit bilik pergigian di Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS sebelum ini telah dinaik taraf untuk menjadi sebuah Klinik Pergigian yang merupakan salah satu dari Projek Pembangunan HUMS di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi.", "Katanya, rawatan pergigian yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 di PRW sebelum ini hanya menawarkan rawatan asas seperti cabutan gigi dan scaling kepada pesakit dalam kalangan warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja kerana fasiliti yang kurang lengkap dan ruang yang sempit.", "“Ruangan yang sempit pada ketika itu telah dinaik taraf ke ruangan yang lebih luas dan mempunyai fasiliti yang lebih canggih sebelum ini, dan sudah pun memadai untuk diperluas penggunaannya kepada orang awam.", "“Salah satu faktor perluasan perkhidmatan ini adalah bagi mencapai dan mengangkat nilai tanggungjawab sosial korporat dan nilai kemanusiaan, kerana semua golongan tidak mengira umur, bangsa, agama, kakitangan atau bukan kakitangan UMS berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang ada,” katanya.", "Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian klinik tersebut di PRW yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.", "Helen turut memaklumkan, pada masa ini hanya tiga bilik surgeri dilengkapkan dengan kemudahan kerusi pergigian yang selesa, dan HUMS akan menambah dua unit lagi kerusi pergigian bagi melengkapkan kelima-lima bilik surgeri tersebut agar lebih ramai pesakit dapat dirawat dalam satu masa.", "“Dalam masa yang sama, makmal pergigian turut dibangunkan untuk mewujudkan perkhidmatan pembuatan gigi palsu (fleksibel atau acrylic), sports mouthguard atau nightguard, dan Removeable Orthodontic Appliance.", "“Di samping itu, perkhidmatan X-Ray pergigian iaitu OPG, Lateral Cephalogram dan IOPA turut disediakan pada harga yang amat berpatutan,” katanya.", "Sementara itu, Kasim dalam ucapan perasmiannya berharap dengan wujudnya Klinik Pergigian Alawa HUMS, objektif dan matlamat sebenar penubuhannya dapat dijalankan dengan baik.", "“Kita mahu dengar maklum balas pesakit yang datang menceritakan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangat perpatutan di klinik ini.", "“Harapan saya Klinik Pergigian Alawa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak, sementara kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.", "“Begitu juga dengan kepelbagaian perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan dan disediakan di HUMS diharap mampu menampung keperluan dan tuntutan semasa,” ujar beliau.", "Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; dan Penasihat Undang-undang UMS, Awang Suhaizam Bongsu." ]
https://wartaoriental.com/2023/08/22/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/
JIM diarah dapatkan mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi, elak kesesakan
[ "Gambar hiasan", "PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapatkan segera mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi bagi mengelak kesesakan di pejabat pengeluar pasport.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, ketika ini, mesin mencetak pasport sedia ada mampu mencetak maksimum 400 naskhah sehari dan ia dilihat tidak mencukupi, malah mengundang kesesakan di pejabat pengeluar pasport.", "Justeru, katanya, JIM diarahkan untuk mendapatkan segera mesin pencetak yang boleh mencetak 1,200 pasport sehari.", "“Di luar sana ada mesin satu jam boleh cetak 1,200 buku, apa yang menghalang kita untuk dapatkannya? Apa saja yang boleh buat dalam lingkungan keupayaan kita untuk memberi keselesaan kepada rakyat, iaitu pengguna kita, mesti kita buat.", "“Dapatkan segera (mesin pencetak), apa cara sekali pun supaya rakyat tak lagi bising kena beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.", "Justeru, beliau meminta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh supaya memercepatkan perolehan mesin pencetak berkapasiti tinggi itu.", "Difahamkan, Jabatan Imigresen mengeluarkan kira-kira 2.8 juta pasport sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19 iaitu meningkat empat kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.", "Malah, Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sudah mengarahkan 20 pejabat pengeluaran pasport, selain Pusat Transformasi Bandar (UTC), beroperasi tujuh hari seminggu bagi mengatasi kesesakan di kaunter imigresen dalam jangka pendek.", "Berhubung isu pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan, termasuk anak dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara pula, Saifuddin berkata, libat urus dengan semua pihak berkepentingan sudah selesai dan ia akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja (MRR) pada Oktober depan.", "Jelasnya lagi, Jemaah Menteri akan melaksanakan sebarang pindaan berdasarkan perkara yang dipersetujui institusi itu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/02/kk-i-fest-2023-mulai-jumaat-depan/
KK i-Fest 2023 mulai Jumaat depan
[ "Tun Juhar (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Noorliza (dua dari kiri).", "KOTA KINABALU: Festival Kesenian Kebudayaan Islam Bandaraya (KK i-Fest) 2023 akan berlangsung mulai 10 hingga 12 Mac ini.", "Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata antara tarikan utama KK i-Fest adalah penggunaan teknologi Virtual Reality (V.R) bagi menunjukkan suasana perjalanan Madinah ke Makkah di Arafah dengan kerjasama Sabah.net.", "Virtual Reality (V.R)", "“Program di Padang Merdeka ini akan  diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti dakwah antaranya Okie Setiana Dewi, Das’ ad Latiff, Habib Nael Ben Tahir dan PU Azihal Bangsawan.”KK i-Fest bertujuan memeriahkan suasana sambutan bulan Ramadhan dengan pelbagai pengisian program seperti ceramah agama, forum, sukan memanah, penjualan pakaian, free market dan pertandingan sirah Rasulullah.", "free market", "“Selain itu, pertandingan khat juga akan dilaksanakan dan setakat ini sebanyak 70 penyertaan diterima daripada anak-anak sekolah serta kategori terbuka,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.", "Turut membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar adalah Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Nani Sakam bersama rombongan.", "Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa organisasi yang ditubuhkan sejak tahun 2017 dan mempunyai lebih 1,000 ahli dan giat dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di seluruh Sabah." ]
https://wartaoriental.com/2023/11/18/5648-lokasi-dikenal-pasti-berisiko-dilanda-banjir/
5,648 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir
[ "Di Sabah ada sebanyak 798 lokasi dan 17 lokasi di Labuan, manakala Sarawak tertinggi dengan 1,066 lokasi. – Foto: Gambar Hiasan", "KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti 5,648 lokasi berisiko dilanda banjir pada sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, jumlah ‘hotspot’ di seluruh negara itu dikenal pasti selepas lokasi tersebut mengalami banjir tidak kurang tiga kali dalam tempoh tiga tahun terkini.", "Menurut beliau, Sarawak merekodkan kawasan ‘hotspot’ tertinggi dengan 1,066 lokasi diikuti Sabah (798), Pahang (750), Johor (745), Kelantan (617), Perak (286) dan Selangor (271).", "Selain itu, katanya, sebanyak 260 lokasi berisiko banjir turut dikenal pasti di Kedah, Terengganu (258), Pulau Pinang (241), Melaka (124), Negeri Sembilan (120), Kuala Lumpur (73), Perlis (22) dan Labuan (17).", "“Selain banjir, kawasan ‘hotspot’ ini juga dinilai berdasarkan risiko kejadian tanah runtuh atau kepala air dengan ada lokasi yang mungkin dilanda salah satu daripada tiga kemungkinan berkenaan.", "“Penduduk di kawasan berisiko dinasihat mematuhi arahan pihak berkuasa selain peka dengan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).", "“Serami 61,839 anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APM serta Rela juga berada dalam siap siaga menghadapi MTL,” ujarnya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Perkhidmatan Serta Sijil APM Negeri Terengganu di sini, malam Khamis.", "Dalam pada itu, beliau menambah, APM telah melaksanakan 6,266 siri latihan dengan penglibatan seramai 350,474 peserta di seluruh negara membabitkan orang awam dan komuniti setempat sejak Januari lalu.", "Katanya, langkah itu bagi mengurangkan risiko bencana melalui latihan pelajaran, pameran, ceramah, demonstrasi serta latihan Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).", "“Jumlah penyertaan itu melepasi sasaran penglibatan 330,000 orang awam setiap tahun sejak program bersama komuniti aktif pada 2020 bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat.", "“Latihan persediaan bencana ini perlu dibuat bagi melatih orang awam terutama di lokasi berisiko menghadapi sebarang kecemasan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda,” jelasnya. ", "5,648 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/14/hampir-30000-pelajar-tidak-ambil-spm-perkara-serius-pm/
Hampir 30,000 pelajar tidak ambil SPM perkara serius – PM
[ "Anwar Ibrahim menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan JPA di Institusi Pendidikan Tinggi pada Program Cakna Madani di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, kelmarin.", "BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius terhadap laporan bahawa hampir 30,000 pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).", "Menurut Utusan Malaysia, beliau mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meneliti secara terperinci mengenai isu tersebut supaya ia tidak berulang di tahun-tahun akan datang.", "“Perkara ini berlaku pasca Covid-19, politik tak tentu arah dan tidak ada dasar jelas.", "“Bagaimana boleh Menteri Pendidikan ketika itu tak boleh pantau anak-anak tak ambil periksa. Ia hanya memerlukan Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan. ", "“Bagi saya 30,000 pelajar perkara yang serius. Nak kata mereka ‘hilang’, mereka tidak hilang cuma kalau tak buat apa-apa ia hilanglah. Tapi yang tak ambil SPM majoriti Melayu, menteri dulu buat apa,” soalnya dalam Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pendidikan tinggi.", "Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, tidak hadir menduduki peperiksaan.", "Calon yang tidak hadir peperiksaan tahun lalu bertambah berbanding calon SPM 2021 yang merekodkan 10.681 atau 2.7 peratus calon tidak hadir daripada keseluruhan 392,837 calon yang berdaftar. ", "Hampir 30,000 pelajar tidak ambil SPM perkara serius – PM" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/13/mayat-bayi-perempuan-ditemukan-di-pekarangan-masjid/
Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid
[ "Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah, petang kelmarin.", "KUALA PILAH: Mayat seorang bayi perempuan yang baharu lahir ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kira-kira pukul 4.35 petang kelmarin, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menerima makluman daripada seorang lelaki yang telah menjumpai mayat bayi berkenaan.", "Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi perempuan tersebut baharu dilahirkan dalam tempoh 24 jam.", "“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Ujar Amran lagi, pihaknya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.", "Kata beliau, orang ramai boleh menghubungi IPD Kuala Pilah menerusi nombor 06-484 2999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.", "Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/08/debat-isu-ma63-armizan-sedia-berdepan-pemimpin-warisan/
Debat isu MA63, Armizan sedia berdepan pemimpin Warisan
[ "Armizan Mohd. Ali", "KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali bersedia untuk berdebat secara bersemuka dengan pemimpin Parti Warisan (Warisan) mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Menurut Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat namun, perdebatan yang berlangsung harus berlaku dalam suasana harmoni dan adil bagi memberi ruang sebaik-baiknya kepada pihak yang terlibat mengemukakan hujah masing-masing.", "“Malah, cadangan berdebat itu datang daripada saya sebagai alternatif kepada cadangan mereka (pemimpin Warisan) untuk masing-masing buat live streaming.", "“Kalau berdebat, apa yang mereka cakap, saya boleh jawab terus maka, orang ramai dapat menilai apa faktar sebenar dan paling penting kita dapat mengemukakan bukti-bukti dan dokumen yang ada agar orang ramai dapat perspektif yang benar.", "“Perdebatan ini bukan tentang menang atau kalah tapi, ini persoalan untuk mengemukakan fakta sebenar kepada rakyat Sabah untuk mengetahui kedudukan sebenar agar rakyat mempunyai kefahaman bersandarkan kepada fakta yang jelas dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui hari ini.", "Ahli Parlimen Papar itu berkata, selaku menteri bertanggungjawab dalam isu MA63, beliau mahu memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah mengikut landasan dan fakta yang tepat.", "“Itulah apabila orang tanya kenapa saya perlu layan (cabaran pemimpin Warisan), bagi saya ia perlu dilayan sebab fakta-fakta yang mereka mengelirukan dan perkara ini berkait rapat dengan tanggungjawab saya dan paling dahsyat nama saya dipetik jadi, saya kena beri maklum balas.", "“Kalau tidak respons, seolah-olah saya cuba sembunyikan perkara tertentu. Tiada apa yang saya mahu sembunyikan kerana fakta ada pada saya.,” katanya.", "Mengenai keperluan menyahklasifikasi dokumen berkaitan MA63, beliau berkata, dokumen tertentu adalah sulit dan rahsia. Kerajaan mempunyai alasan kenapa ia dikategorikan dokumen sulit dan rahsia.", "Namun, apabila ada perkara-perkara yang disebut pemimpin Warisan yang mengelirukan berkaitan dokumen-dokumen itu, Armizan mencadangkan agar dokumen tertentu dinyahklasifikasi atau diturun taraf.", "Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada kerajaan dan agensi-agensi berkaitan untuk menurunkan taraf dokumen-dokumen berkenaan.", "Semalam, menerusi laman media sosial, Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman meminta Armizan menyahklasifikasi beberapa dokumen berkaitan mesyuarat MA63 sebelum mengajaknya berdebat secara bersemuka.", "“Nyah klasifikasi dokumen-dokumen itu, jangan pilih-pilih, surat mana mahu dinyahklasifikasi. Kalau mahu, dinyahklasifikasi semua dokumen.", "“Setelah semua dokumen dinyahklasifikasi maka, tetapkan tarikh dan bawa semua dokumen berkaitan untuk diedarkan kepada penonton termasuk dalam semua laman media sosial,” katanya.", "Debat isu MA63, Armizan sedia berdepan pemimpin Warisan" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/10/pejabat-mewah-dijadikan-markas-penipuan-dalam-talian-terbongkar-29-individu-ditahan/
Pejabat mewah dijadikan markas penipuan dalam talian terbongkar, 29 individu ditahan
[ "PETALING JAYA: Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah pejabat mewah terbongkar selepas 29 individu ditahan dalam serbuan di Jalan Pudu, Bukit Bintang dekat sini, Jumaat.", "Penahanan suspek yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu dilakukan pada pukul 3.40 petang.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pejabat mewah berkenaan disewa dengan RM17,400 sebulan.", "Kata beliau, hasil tangkapan itu, pihaknya turut merampas sejumlah telefon bimbit, komputer riba serta beberapa peralatan elektronik lain.", "“Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa di luar negara dan menjalankan operasi di pejabat terbabit kira-kira dua bulan.", "“Siasatan mendapati semua individu itu mempunyai peranan antaranya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan mata wang kripto tidak wujud melalui medium live chatting (komunikasi secara langsung),” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "live chatting", "Kata Noor Dellhan, siasatan mendapati bayaran gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebulan tidak termasuk komisen berdasarkan peranan yang diberikan.", "“Dua daripada mereka yang berperanan sebagai pengurus didapati mempunyai rekod jenayah manakala kesemua yang ditahan direman hingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. ", "Pejabat mewah dijadikan markas penipuan dalam talian terbongkar, 29 individu ditahan" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/29/3-cedera-kenderaan-terbabas-sendiri-terbalik-di-sandakan/
3 cedera kenderaan terbabas sendiri, terbalik di Sandakan
[ "Keadaan kenderaan yang terbalik selepas terbabas di Sandakan. – Ihsan Bomba", "SANDAKAN: Tiga orang cedera apabila kenderaan mereka terbabas sendiri dan terbalik di sini lewat malam tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus @ Mohd. Nidzam Sainkui berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Labuk, Batu 9, pada jam 11 malam.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBKII Hazmizan Maksit dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh 12 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbabas sendiri ke bahu jalan dan terbalik,” katanya.", "Menurutnya, terdapat tiga orang mangsa iaitu dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun dan seorang lagi yang maklumat peribadinya tidak diperoleh telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. ", "Menurut Severinus, pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.", "“Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di loaksi, operasi ditamatkan pada jam 11.53 malam,” katanya.  " ]
https://wartaoriental.com/2023/03/26/lelaki-oku-hilang-di-tambunan-dijumpai-selamat/
Lelaki OKU hilang di Tambunan dijumpai selamat
[ "Pasukan bomba membawa mangsa uang dijumpai selamat keluar untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Ihsan Bomba", "TAMBUNAN: Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Kampung Kituntul, di sini, sejak pagi Jumaat lalu telah dijumpai hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, PPgB Desmond Ak Micky @ Dominic berkata, mangsa berusia 39 tahun itu dijumpai selamat oleh pasukan bomba bersama agensi lain pada jam 12:31 tengah hari 15 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. ", "Menurutnya, sepasukan empat anggota diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Linus John telah ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.40 pagi menerusi talian balai.", "Selepas dijumpai, pasukan bomba kemudiannya membawa mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut, katanya.", "Operasi ditamatkan pada jam 1 petang.", "Menurut pengadu, mangsa iaitu seorang kelainan upaya (OKU) disedari hilang pada 24 Mac jam 9 pagi di kawasan kebun berhampiran rumah mangsa." ]