url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://wartaoriental.com/2023/04/12/the-striking-cyce-gathers-global-energy-chemical-industry-players-in-yulin/
The striking CYCE gathers global energy chemical industry players in Yulin
[ "YULIN, China, April 12 (Bernama): The 17th Yulin International Coal and High-end Energy Chemical Industry Expo (CYCE) was held in Yulin, a city in northwest China’s Shaanxi Province, from April 7 to 9.", "The CYCE was jointly organized by the CPC Yulin Municipal Committee, the People’s Government of Yulin City, and the China Council for the Promotion of International Trade Shaanxi Sub-council.", "With the theme of “High-end Leadership, Multi-layer Fusion, and Low-carbon Development”, it attracted more than 756 exhibitors, bringing latest achievements such as advanced equipment in international coal, energy chemical industry and cutting-edge technologies in intelligent mining.About 60 foreign guests were invited to the latest CYCE. In addition, more than 50 foreign exhibitors from over 10 countries including Germany and France participated in the expo. A number of international business associations attended economic and trade negotiations in the expo. In particular, a separate Korean pavilion was set up for the first time. Korean exhibitors participated in the expo with tourism resources, direct-selling trade products, commercial and trade projects. During the expo, the Korea Trade-Investment Promotion Agency (KOTRA) and some Korean companies signed a number of cooperation agreements with representatives of the Yulin municipal government and enterprises. Consul General Kim Han Kyu of the Consulate General of the Republic of Korea in Xi’an, who attended the expo, said that Yulin, has abundant energy resources such as magnesium, coal and oil. He hoped that the entrepreneurs of the two countries could explore more cooperation opportunities to achieve mutual benefits and win-win results in various fields. In the exhibition, the latest CYCE adopted the “green, intelligent, digital” concept and set up six exhibition areas for intelligent manufacturing, smart digitalization, low carbon development, international green mining, high-end energy chemical machinery equipment, and comprehensive image, in a total exhibition area of 60,000 square meters. According to Ma Feifei, general agent of the US-based Ingersoll Rand ARO in Shaanxi Province, this was the third time for Ingersoll Rand ARO to participate in the CYCE.", "Ma said: “With the platform provided by CYCE, we can have direct discussions with our end users regarding the performance of Ingersoll Rand products in coal mines, and understand the specific requirements of these users for our offerings, so as to better serve coal mine enterprises.”", "Ma also looked forward to building and fostering a better coal mine environment through the CYCE. According to Hang Lei, deputy secretary-general of the Yulin municipal government, during the three-day event, 60 investment and cooperation projects were signed, including 29 contracts and 31 agreements, attracting investment of 61.567 billion yuan. The on-site trading volume of large-scale mining machinery equipment and intelligent manufacturing equipment reached 920 million yuan. Yulin is a major energy supply base and a demonstration area of modern coal and chemical industry in China. In recent years, Yulin has been accelerating the integrated development of the “two chains (industrial chain and innovation chain)” driven by scientific and technological innovation, facilitating the expansion, replenishment and reinforcement of the chains with high-quality projects, and striving to promote the development of a greener coal industry and the manufacturing of more refined coal and chemical products. Source: The People’s Government of Yulin City", "Source: The People’s Government of Yulin City" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/08/tukang-masak-maut-suspek-lelaki-mempunyai-pengetahuan-minat-hasil-bahan-letupan/
Tukang masak maut: Suspek lelaki mempunyai pengetahuan, minat hasil bahan letupan
[ "S Sasikala Devi menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar berhubung kes letupan bom yang menyebabkan kematian, di IPD Ampang Jaya, di sini kelmarin.", "AMPANG: Suspek lelaki kes pembunuhan tukang masak di sebuah restoran di Pandan Indah di sini, 29 Disember lalu dipercayai mempunyai pengetahuan berkaitan bahan letupan. ", "Suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu dipercayai mempunyai minat serta pengetahuan dalam bidang elektrik dan pendawaian sehingga berjaya menghasilkan bahan letupan yang ditinggalkan atas kereta mangsa berusia 28 tahun itu.", "Malah, hasil siasatan mendapati bahan letupan tersebut dihasilkan daripada bilah pisau pemotong kertas dan serbuk mozek sehingga mangsa cedera parah di bahagian badan dan tangan. ", "Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki dan isterinya, suri rumah berusia 30 tahun itu dipercayai berada di lokasi kejadian dan bahan letupan itu diletupkan disyaki menggunakan alat kawalan jauh.", "Katanya, kedua-dua suspek turut mengenali mangsa kerana berasal dari kampung sama iaitu, Serdang, Kedah. ", "“Setakat ini pihak polis telah merakam percakapan 36 saksi bagi membantu siasatan. ", "“Motif kejadian dipercayai berunsur peribadi. Kita turut merampas pelbagai barang kes termasuk bahan-bahan dipercayai digunakan untuk membuat letuapan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang di sini kelmarin.", "Tambahnya, kesemua barangan kes telah dihantar ke makmal kimia dan forensik polis untuk dianalisis. ", "Kita masih menyoal siasat kedua-dua suspek yang direman tujuh hari sehingga Selasa ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "“Kita percaya kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat ini,” ujarnya. ", "Dalam kejadian pukul 8.55 malam itu, mangsa maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis.", "Kelmarin, polis menahan suspek dan isterinya yang masing-masing berusia 33 dan 30 tahun dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah, kira-kira pukul 7.20 malam.", "Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki mengesyaki mangsa ada hubungan dengan isterinya ketika tukang masak terbabit tinggal utara tanah air.", "Tukang masak maut: Suspek lelaki mempunyai pengetahuan, minat hasil bahan letupan" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/17/hina-jata-negara-bukit-aman-sahkan-editor-buku-kontroversi-ditahan/
Hina Jata Negara: Bukit Aman sahkan editor buku kontroversi ditahan
[ "PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM)  mengesahkan  penahanan  editor buku kontroversi berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”, Kean Wong untuk disiasat berhubung dakwaan menghina Jata Negara. ", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah  Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan ini dan berkata, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "“Ya, dia ditahan hari ini (kelmarin), berkaitan kes hina Jata Negara. Siasatan dijalankan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ringkas di sini kelmarin.", "Terdahulu, portal tempatan melaporkan Kean dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan selepas ditahan  di pejabat imigresen Kelana Jaya semasa memohon pembaharuan pasport.", "Pada 2020, PDRM menjalankan siasatan terhadap Kean berkaitan gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, yang didakwa menghina Jata Negara.", "Berdasarkan siasatan, penyunting buku itu memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu sebelum dikesan menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun 2020 dan dia kemudian kembali semula ke Australia.", "Lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan turut dirakam keterangan berkaitan kes tersebut. ", "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Hina Jata Negara: Bukit Aman sahkan editor buku kontroversi ditahan" ]
https://wartaoriental.com/2023/10/17/alhamdulillah-kami-dapat-pingat-perak-seperti-di-dubai/
‘Alhamdulillah kami dapat pingat perak seperti di Dubai’
[ "Pasukan boling wanita negara berjaya menang pingat perak di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF).-Ihsan MSN", "PETALING JAYA: Malaysia menutup kempen Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan merangkul pingat perak bagi acara berpasukan wanita, sekali gus mengulangi keputusan yang pernah diraih dalam kejohanan sama dua tahun lalu.", "Perlawanan yang berlangsung malam Ahad di Salmiya, Kuwait itu menyaksikan skuad negara dibarisi Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal tewas 1-2 di tangan Korea.", "Saingan akhir itu juga menunjukkan Malaysia terpaksa akur mempertahankan pingat dengan keputusan 177-211, 207-169, 203-214.", "“Alhamdulillah kami dapat pingat perak dalam acara berpasukan tahun ini seperti di Dubai, pada 2021. Saya dan rakan sepasukan telah melakukan persembahan yang terbaik malah kami tewas pada saat balingan terakhir.", "“Walau bagaimanapun, saya masih berbangga dengan keputusan ini dan pasukan kerana kami telah berusaha sehabis baik dalam acara berpasukan tahun ini,” kata Nora Lyana kepada Utusan Malaysia.", "Terdahulu mereka mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.", "Sementara itu, skuad lelaki negara – Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Fishol, Syafiq Ridhwan Malek, Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan pada pusingan kedua.", "Minggu lalu, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara bagi memenangi kejuaraan individu wanita pada Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.", "Gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz kemudian meraih gangsa dalam acara beregu lelaki empat hari lalu.", "‘Alhamdulillah kami dapat pingat perak seperti di Dubai’" ]
https://wartaoriental.com/2023/04/24/tentera-as-bawa-keluar-diplomat-dari-khartoum-biden/
Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden
[ "Joe Biden", "KHARTOUM: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengesahkan pasukan tenteranya berjaya membawa keluar diplomat dan keluarga mereka dari ibu negara Sudan.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, proses evakuasi itu berlaku ketika pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) memasuki minggu kedua.", "“Hari ini, atas arahan saya, tentera AS berjaya menjalankan misi bawa keluar pegawai dan kakitangan kerajaan bersama keluarga mereka dari Khartoum.", "“Operasi pejabat kedutaan AS di Sudan ditangguhkan sementara sehingga situasi menjadi stabil,” kata Biden dalam kenyataan.", "Setakat ini, Biden tidak mengemukakan maklumat lanjut berkaitan misi evakuasi berkenaan.", "Tidak dapat dipastikan jumlah individu dibawa keluar menerusi proses pemindahan itu.", "Terdahulu, RSF memaklumkan enam pesawat digunakan dalam misi evakuasi dijalankan awal pagi kelmarin.", "Menurut RSF, pihaknya juga bekerjasama dengan AS menyelaras proses berkenaan.", "Sementara itu, Biden menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara Djibouti, Ethiopia dan Arab Saudi kerana turut sama membantu menjayakan operasi pemindahan itu.", "Ini merupakan kumpulan kedua warga asing dibawa keluar dari Sudan sejak pertempuran tercetus di Khartoum seminggu lalu.", "Semalam, lebih 150 warga pelbagai negara termasuk diplomat dan pegawai antarabangsa dibawa keluar dari Sudan dengan menyeberangi Laut Merah ke pelabuhan di Jeddah, Arab Saudi.", "Kebanyakan warga asing itu berasal dari negara Teluk, Mesir, Pakistan dan Kanada.", "Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/10/video-buli-jalanan-di-lebuh-raya-pemandu-toyota-hilux-bmw-akan-dipanggil/
Video buli jalanan di lebuh raya: Pemandu Toyota Hilux, BMW akan dipanggil
[ "Tangkap layar sebuah video tular memaparkan kejadian buli jalanan melibatkan pemandu Toyota Hilux dan BMW di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.", "SEREMBAN: Pihak polis akan mengambil keterangan pemandu sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta BMW yang terlibat dalam kejadian buli jalanan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial TikTok.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10.30 pagi kelmarin telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 16 saat di TikTok memaparkan kejadian buli jalanan yang telah disunting melibatkan dua buah kenderaan.", "“Kedua-dua pemandu dan saksi kejadian akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut. ", "“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 petang pada 30 Disember 2022 di Lebuh Raya SPDH menghala ke arah Port Dickson melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dan seorang lelaki berusia 52 tahun pemandu kereta BMW,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian tular tersebut berpunca daripada pertelingkahan kedua-dua pemandu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau akibat beberapa komponen batang paip telah terjatuh daripada kenderaan Toyota Hilux sehingga hampir mengenai sebuah kereta BMW tersebut ketika melalui lebuh raya berkenaan.", "“Setelah berlaku pertelingkahan dan kedua-dua pihak beredar dari tempat kejadian, pemandu Toyota Hilux tersebut telah mengekori pemandu kereta BMW dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan di simpang empat lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.", "“Pemandu Toyota Hilux itu telah bertindak mengambil gambar pemandu kenderaan BMW terlibat kerana dirinya telah dirakam oleh pemandu BMW ketika di R&R Mambau,” katanya.", "Jelas Nanda,selepas kejadian, kedua-dua pemandu telah terputus haluan ke arah destinasi masing-masing dan tiada kesinambungan kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas kedua-dua pihak selepas itu.", "Video buli jalanan di lebuh raya: Pemandu Toyota Hilux, BMW akan dipanggil" ]
https://wartaoriental.com/2023/07/26/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e5%8b%89%e5%8b%b5%e7%a4%be%e5%8d%80%e7%99%bc%e5%b1%95%e9%a0%98%e8%a2%96-%e7%82%ba%e4%ba%ba%e6%b0%91%e6%8f%90%e4%be%9b%e6%9c%80%e5%a5%bd%e7%9a%84%e6%9c%8d%e5%8b%99/
哈芝芝勉勵社區發展領袖 為人民提供最好的服務
[ "(亞庇廿六日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝希望所有社區發展領袖,為各自領域的選民提供最好的服務。", "「你扮演著重要的角色,肩負著重大的責任。這次任命並不是一種特權。我希望你們始終與選出你們的代表密切合作,為選民服務。」", "「我們不希望看到你們中的任何人按照自己的意願行事,你們必須勤勉地履行自己的責任。」", "他今日見證新14名社區發展領袖宣誓就職儀式後如此說道。", "首長表示,社區發展領袖的作用是向基層清晰展示政府的政策,特別是這2年半的發展情況。", "「社區發展領袖必須向人民解釋政府的發展計劃,特別是沙巴進步繁榮大藍圖。」", "哈芝芝表示,沙巴政府努力消除沙巴的貧困,每個人的共同努力也很重要。", "他說,距離本屆州政府任期還有大約2年時間,社區發展領袖有能力為人民服務,並在此過程中幫助各自的代表在下屆州選舉中重新獲得席位。" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/08/fcas-urges-state-govt-to-fully-address-street-kids-issue-at-its-root/
FCAS urges State Govt to fully address street kids issue at its root
[ "T C Goh", "KOTA KINABALU: The State Government should seek the Federal Government’s help, and use multi-pronged approach, to thoroughly address the perennial street kids issue, said the Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) President Tan Sri T C Goh.", "Noting that the said issue has become worse, of late, as reported by the local media, he agreed with the recent proposed move for the State Government to build temporary shelter for the street kids who are the “stateless children” produced by the illegal immigrants in the state.", "He acknowledged that poverty was the key factor contributing to the increasingly desperate and bold behaviour of the street kids, who were found begging on the busy streets in the Kota Kinabalu city centre, knocking on car windows and frightening road users without any regard for their own personal safety. It has essentially become a public nuisance.", "While acknowledging that children are the nation’s future generation, he nonetheless cautioned that if these street kids or stateless children are not properly taken care of, they may inevitably become a heavy burden to the nation.  ", "Hoping that the Federal Government could fully support and assist the State Government to address the issue, Goh who is also a member of the Sabah Economic Advisory Council (SEAC) then called on the State Government and the local authorities to establish a special committee to thoroughly study the issue and to come out with both short- and long-term measures to fully resolve the perennial issue effectively.", "Goh who is also President of The Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) said this in a statement issued today, commenting on the street kids menace in Kota Kinabalu City, lately.", "He then recalled that during the Barisan Nasional (BN) government era back in 2016, the then Minister of Women, Family and Community Development, Datuk Seri Rohani Abdul Karim while speaking in the Dewan Negara had said that her ministry was seriously looking into addressing the street kids issue. In 1989 the Federal Government also set up a special task force under the National Security Council (NSC) which comprised various government agencies including the Welfare Department, the police, Immigration Department, National Registration Department (NRD), with the chief aim of addressing the street kids issue. Unfortunately, it seems that the said special taskforce was just for window dressing. When the Pakatan Harapan (PH) government came into power, it too announced the setting up of such a special taskforce, but it too failed to produce any tangible results and it has even gotten worse now.", "Goh also proposed that when carrying out major operations against the street kids, the relevant authorities should be more thorough in tackling the issue, including identifying the parents of the street kids, in order to have a better picture of the issue.", "“As for those street kids who are without parents, they should be taken to the temporary shelter and be provided with basic education and skills training,” he added.", "While acknowledging that the measure of providing temporary shelters for the street kids is urgently needed, he nonetheless opined that it is only a temporary measure, adding that the issue needs to be effectively addressed at its root.", "He noted that a majority of the street kids spotted in Kota Kinabalu City are the stateless children of Filipino descendants or the Palauh or sea gypsy. Official statistics estimated that currently there were around 200,000 stateless children in Sabah, a figure which should not be ignored by the State Government.", "Goh said he too had on numerous occasions personally seen how some of these street kids harassed the motorists and the pedestrians in Kota Kinabalu City. He thus hoped the police could step up patrolling to act against these street kids." ]
https://wartaoriental.com/2023/05/06/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-politik/
GPS pegang prinsip akur keputusan Agong, mahu pulihkan ekonomi, stabilkan politik
[ "Fadillah Yusof", "KUCHING: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan GPS berpegang kepada prinsip akur akan hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan memulihkan ekonomi negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu berkaitan politik ketika ini perlu diketepikan dan seterusnya fokus diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi.", "“Di peringkat GPS yang pasti sekarang ini ialah tumpuan kita yang pertama sekali untuk memastikan membentuk kerajaan yang stabil, itu hasrat GPS.", "“Sebab itu kita akur kepada hasrat Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dan diharapkan kerajaan pusat perpaduan ini kita dapat fokus mewujudkan kerajaan yang stabil supaya kita dpt memulihkan ekonomi negara kita, itu yang kritikal di peringkat kita GPS.", "“Ini kerana dengan ekonomi yang kukuh bukan hanya dapat memulihkan ekonomi negara, tetapi ia dapat membantu rakyat kita.", "“Rakyat sekarang ini mengharapkan agar semua parti politik menumpukan kepada kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru itu fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,” tambah beliau.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mailis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 Persaudaraan Masjid, Bintangor Dan Haji Taha Kuching (M.B.H.T), di Hotel Waterfront Kuching, malam tadi.", "Justeru, Fadillah bertegas agar kesemua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan harus mengelak daripada politiking.", "“Perkara politik diperingkat pembangkang ataupun kerajaan perlu ditepikan dan seharysnya memberi tumpuan memastikan kita fokus kepada pembangunan dan pemulihan negara kita. Sebab itu kita nak memastikan kerajaan perpaduan ini akan terus kekal stabil dan diperingkat kerajaan semua parti yang membentuk kerajaan ini kena memberi tumpuan kepada perkara ini, jangan juga terlibat dalam berpolitik, jaga sensitiviti terhadap semua komponen parti yang membentuk kerajaan.", "“Pada masa yang sama kita terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita. Jadi itu yang sepatutnya diberi fokus kepada kita semua, dan GPS itulah fokus kita dan tidak akan untuk berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,” tegas Fadillah.", "Fadillah turut yakin kerajaan perpaduan yang dibentuk kuat untuk mengurus dan mentadbir negara dalam tempoh yang diberikan.", "“Kalau kita lihat pada proses parlimen bajet diluluskan, dengan suara penuh maknanya kerajaan sekrg ini agak stabil, agak kuat. Dengan jumlah kerusi 148 sokongan, sudah pasti ia merupakan kerajaan yang agak kukuh dan agak kuat,” ujar beliau.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-situasi-politik/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-situasi-politik/" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/08/tidak-boleh-keluar-tanpa-kebenaran-pekerja-dikunci-dalam-pejabat/
Tidak boleh keluar tanpa kebenaran, pekerja dikunci dalam pejabat
[ "Pengawal keselamatan menunjukkan rantai besi dan mangga yang digunakan untuk mengunci pintu keluar bangunan sebuah syarikat di India. ", "NEW DELHI: Sebuah syarikat teknologi maklumat di Gurugram dikritik pengguna media sosial baru-baru ini apabila seorang daripada pengarahnya mengarahkan pintu keluar di bangunan syarikat tersebut dikunci bagi menghalang para pekerjanya keluar tanpa kebenaran.", "Satu video yang tular menunjukkan seorang pekerja menggunakan rantai besi yang besar dan kunci untuk menutup pintu keluar syarikat Coding Ninjas di sebuah bangunan.", "Menurut Utusan Malaysia, pengawal keselamatan bangunan berkenaan memberitahu, dia diarahkan oleh seorang daripada ketua atasan supaya mengunci pintu keluar bagi memastikan tiada seorang pun pekerja keluar tanpa kebanaran.", "Video itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai mencabul hak asasi pekerja.", "Dalam pada itu, syarikat berkenaan mengesahkan insiden yang berlaku.", "“Memang benar insiden itu berlaku di bangunan syarikat kami, dan pihak pengurusan menyesali dengan apa yang terjadi.", "“Tindakan pengarah berkenaan bertentangan dengan budaya kerja Coding Ninjas dan kami akan pastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi,” jelas syarikat tersebut menerusi kenyataan.", "Selain itu, syarikat itu juga memaklumkan, insiden tersebut ‘berjaya diselesaikan’ dalam tempoh beberapa minit.", "Tidak boleh keluar tanpa kebenaran, pekerja dikunci dalam pejabat" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/23/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/
Aksi sang buaya lolos pagar besi tular
[ "Aksi seekor buaya besar menyelinap keluar dari pagar besi di sebuah padang golf di Florida.", "FLORIDA: Aksi seekor buaya yang cuba meloloskan diri dengan membengkokkan pagar besi yang mengelilingi sebuah padang golf di Florida tular di media sosial baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, UPI melaporkan, aksi sang buaya itu dirakam di Kelab Coral Creek di Placida oleh seorang kakitangan, Ericc Dagg yang ternampak reptilia ganas itu cuba memaksa tubuh besarnya melepasi pagar ketika melalui kawasan tersebut bersama abangnya.", "Video Dagg menunjukkan buaya itu dengan mudah membengkokkan salah satu palang pagar tersebut sambil menolak badannya melalui bukaan yang sempit.", "Bagaimanapun separuh badan dan ekornya tersepit tetapi abang Dagg dengan berani menolak belakang buaya itu untuk membantu kakinya melangkah keluar dari pagar berkenaan.", "“Saya sedang bekerja di padang golf apabila melihat buaya itu bergerak dari jauh di sepanjang laluan kereta.", "“Buaya itu cuba meloloskan dirinya tetapi akhirnya tersepit sedikit dan abang saya cuba membantu mengeluarkan kakinya melalui pagar,” jelas Dagg. ", "Video tersebut menerima lebih sejuta tontonan di laman sosial dan ramai warganet terpegun dengan kekuatan buaya tersebut membengkokkan pagar besi seolah seperti palangnya diperbuat daripada plastik.", "Ramai warganet turut berpendapat rakaman itu menjadi pengajaran kepada penduduk Florida supaya mencari alternatif lain kerana kebanyakannya bergantung kepada jenis pagar sama untuk menghalang haiwan pemangsa itu memasuki halaman rumah mereka.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/24/komander-kanan-russia-antara-maut-dalam-serangan-ukraine-di-sevastopol/
Komander kanan Russia antara maut dalam serangan Ukraine di Sevastopol
[ "KYIV: Ukraine mendakwa puluhan individu termasuk komander kanan tentera laut Russia terbunuh atau cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam Moscow di pelabuhan Sevastopol sehari sebelumnya.", "Tentera Ukraine menyerang ibu pejabat itu Jumaat sehingga mencetuskan kebakaran besar.", "Menurut Utusan Malaysia, tentera Ukraine memaklumkan, maklumat mengenai serangan itu akan didedahkan secepat mungkin.", "Jelasnya, serangan itu mengakibatkan puluhan orang maut dan cedera termasuk komander kanan armada.", "Tambahnya, serangan itu berlaku ketika mesyuarat kepimpinan tentera laut Russia sedang berlangsung.", "Ketua perisikan Kyiv, Kyrylo Budanov menerusi komen kepada Voice of America mendakwa serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk jeneral terbunuh.", "Voice of America", "Budanove enggan menyatakan sama ada peluru berpandu buatan Barat digunakan dalam serangan tersebut.", "Sementara itu, Russia memaklumkan seorang anggota tenteranya tidak dapat dikesan selepas serangan tersebut.", "Kyiv berikrar untuk merampas semula Crimea yang dilampirkan oleh Moscow pada 2014.", "Komander kanan Russia antara maut dalam serangan Ukraine di Sevastopol" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/31/koperasi-wanita-dun-lumadan-beaufort-berhad-buka-restoran/
Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad buka restoran
[ "Ewon merakamkan gambar kenangan menandatangani plak dalam majlis perasmian Restoran Murni bersama ADUN Lumadan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam", "BEAUFORT: Koperasi-koperasi khususnya di Sabah disaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).", "Saranan ini datangnya daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang berkata, ini bagi mendapatkan Bantuan Pembangunan SKM atau Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMPSKM) agar dapat mempertingkatkan lagi aktiviti perniagaan koperasi selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-2025.", "“Ini terbukti dengan Bantuan TRANSFER SKM yang diberikan oleh SKM kepada Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad berjumlah RM80,000 pada tahun 2022, untuk membuka Coop-Restoran sebagai aktiviti perniagaan koperasi yang seterusnya, di mana ianya menunjukkan koperasi sentiasa proaktif dan berusaha untuk mencari peluang-peluang terbaik dalam perniagaan.", "“Seterusnya, bagi meningkatkan promosi, pemasaran dan pengiklanan produk, Koperasi Wanita ini juga menerima Bantuan Program Dagang Produk/Perhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT) berjumlah RM18,000. Tahniah atas usaha berterusan untuk memajukan perniagaan koperasi,” katanya Ketika merasmikan pembukaan Restoran Murni milik Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad di sini pada 29 Januari.", "Yakin bahawa kejayaan sesebuah koperasi itu memerlukan komitmen, sokongan dan semangat kekitaan yang mengikat silaturrahim dalam kalangan semua anggota koperasi yang menjadi asas kekuatan kepada sesebuah koperasi, Ewon percaya kejayaan yang dapat dilihat pada hari tersebut dengan pembukaan Restoran Murni Koperasi Wanita Dun Lumadan Beaufort Berhad, yang merupakan aktiviti kedua koperasi selepas berjaya membuka Pusat Pengumpulan Produk IKS dan memperoleh pendapatan sebanyak RM840,000 bagi tahun 2022, merupakan satu contoh yang amat membanggakan dalam usia koperasi yang baharu setahun lebih beroperasi.", "“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan dan anggota-anggota Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad. Semoga kejayaan yang dicapai ini akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada semua koperasi yang berada di Daerah Beaufort ini dan dapat mencapai banyak lagi kejayaan yang muncul dan yang akan diraihkan selepas ini,” katanya.", "Menurut beliau, KUSKOP melalui SKM dan juga Institut Koperasi Malaysia (IKMa), serta ANGKASA akan terus memperkasa dan melaksanakan transformasi sektor koperasi negara seiring dengan agenda transformasi pembangunan ekonomi negara.", "“Saya yakin dan percaya gerakan koperasi di seluruh Malaysia akan terus menjadi tonggak penting bagi memakmurkan ekonomi negara dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.", "​Sehingga Jun 2022 (perangkaan interim koperasi), bilangan koperasi yang berdaftar adalah sebanyak 14,975 koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 7.04 juta orang.", "Dari segi modal syer/yuran keanggotaan, sejumlah RM16.5 bilion telah direkodkan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM152 bilion.", "“Manakala Data Perangkaan Koperasi Negeri Sabah setakat 30 Jun 2022 menunjukkan jumlah koperasi berdaftar adalah sebanyak 1,661 buah, dengan kekuatan anggota seramai 343,230 orang. Manakala syer dan yuran terkumpul adalah sebanyak RM220,523,696 juta, aset terkumpul bernilai RM822,575,410 juta. Manakala pencapaian jumlah perolehan adalah sebanyak RM268 juta,” jelas Ewon.", "Beliau berkata, usaha-usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik bagi memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari.", "Ini termasuk mewujud dan memperluaskan lagi jaringan perniagaan, berinovasi dalam pasaran serta menerokai sumber-sumber baharu yang boleh menambah nilai produk serta perkhidmatan sedia ada, tambahnya." ]
https://wartaoriental.com/2023/06/23/geran-padanan-sukan-terima-lebih-125-permohonan/
Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan
[ "Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar bersama peserta sempena “ The 14th International Figure Skating Competition and 3rd Ice Skating Institute Asia Championship 2023 Skate Malaysia” di Sunway Pyramid. ", "PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan (GPS) yang diperuntukkan untuk tujuan penganjuran program dan aktiviti sukan di negara ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan meneliti semua permohonan yang dibuat syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.", "“Sekarang sudah ada lebih 125 permohonan diterima dan kumpulan pertama permohonan sudah pun diluluskan. Ia bersifat penganjur bayar dahulu dan tuntut semula dengan KBS.", "“Objektif utama GPS ialah kita mahu membantu prestasi atlet dan naikkan ranking mereka dengan menyertai lebih banyak kejohanan supaya mereka dapat menilai prestasi mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) di Sunway Pyramid Ice kelmarin.", "Mengulas mengenai penganjuran acara berkenaan, Hannah berkata, Sunway Pyramid telah menjadi lokasi tumpuan untuk sukan berkenaan sejak sekian lama dan wajar menjadi contoh.", "“Saya galakkam pusat beli belah agar mereka boleh maksimumkan penggunakan ruang untuk promosikan aktiviti sukan. Ada banyak jenis sukan boleh dianjurkan dan tidak memerlukan ruang besar pun,” katanya.", "Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan ISIAsia berlangsung bermula kelmarin sehingga Isnin depan dengan melibatkan 450 peserta dari tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait.", "Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/02/dua-termasuk-kanak-kanak-lelaki-nyaris-lemas-terjatuh-ke-dalam-kolam-ikan-di-skan/
Dua termasuk kanak-kanak lelaki nyaris lemas terjatuh ke dalam kolam ikan di S’kan
[ "SANDAKAN: Seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di sini hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus @ Mohd. Nidzam Sainkui berkata, kejadian berlaku di Kolam Ikan Kampung Sungai Kayu, Batu 7, pada kira-kira jam 11.40 pagi.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 dan dua anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Abdullah Amin bersama sebuah jentera EMRS dikejarkan ke lokasi itu.", "Setiba di lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP itu, didapati terdapat dua orang mangsa, seorang perempuan berumur 19 dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun terjatuh dalam kolam ikan. ", "“Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Pasukan bomba menghantar mangsa ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Operasi tamat pada jam 12 tengah hari, tambahnya." ]
https://wartaoriental.com/2023/11/02/%e6%9c%b1%e8%8e%89%e5%a9%ad%ef%bc%9a%e8%b2%a1%e6%a1%88%e6%92%a5420%e8%90%ac-%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e9%97%9c%e6%b3%a8%e5%a9%a6%e5%a5%b3/
朱莉婭:財案撥420萬 沙政府關注婦女
[ "(斗湖二日訊)首長夫人拿汀斯里朱莉婭表示,沙巴政府已在2023年財案中向沙巴婦女事務局撥款420萬令吉,以實施沙巴的各種婦女發展項目和計劃。", "她說,該事務局實施的計劃和項目包括單親母親創業計劃、女性創業發展項目以及其他針對單親母親、B40階層低收入已婚女性和女性企業家的計劃和項目。", "她說,聯邦政府也透過2023年財案撥出多項資金來幫助女性創業家,包括來自各金融機構的貸款便利,可用資金達17億令吉。", "朱莉婭舉例說,國儲銀行提供了3億令吉的資金來支持女性和青年企業家經營的微型企業,而向微型中小企業和小販提供了超過10億令吉的貸款,旨在幫助減輕中小企業的負擔。", "「政府非常關心沙巴女性的發展,始終努力並尋找在創業領域賦予女性經濟權力的方法。」", "沙巴婦女事務局舉辦的創業計畫共有350名參加者,其中包括該部門舉辦的技能課程的參與者、來自斗湖地區的女企業家。", "朱莉婭表示,州政府透過沙巴進步繁榮大藍圖也提供了各種計畫和舉措,為沙巴企業家賦權,女企業家需要抓住機會,利用政府提供的援助和貸款來擴展業務。", "他表示,女性追求的創業非常廣泛,包括數位創業、食品和旅館、創意產業、科技、美容產業等等。", "「這就是為什麼女性現在被認為更積極地參與各個商業領域。她們在商界、創造創新和其他各個領域中發揮了重要作用。」", "「雖然女性創業者經常面臨獨特的挑戰,包括事業和家庭失衡的問題,但這並不是成功的障礙,因為支持女性創業給予了很多支持和刺激。女性也證明了她們在商業上取得成功的能力,不僅在沙巴,而且在整個馬來西亞。」", "朱莉婭還建議企業家參加與創業領域相關的課程、研討會或培訓項目,以提高與商業和創業相關的技能、知識和知識,並讓成功的企業家成為在該領域取得成功的榜樣、靈感和洞察力。", "「身為女性,我們不僅在塑造下一代方面發揮著重要作用,而且還為國家的經濟成長做出了貢獻。 因此,我一直支持並希望沙巴女性企業家的成功,能夠與那些在自己從事的商業領域中成名並取得成功的領先企業家的成功相媲美。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/08/21/tambunan-tuan-rumah-sambutan-hari-sabah-31-ogos-ini-km/
Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini – KM
[ "KOTA KINABALU: Sabah akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Beliau berkata, Kabinet Negeri membuat keputusan itu pada mesyuaratnya minggu lalu dan telah memilih Tambunan sebagai tuan rumah untuk sambutan julung kali ini.", "“Kabinet juga telah memutuskan bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah penting Sabah akan disambut setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan di kalangan daerah,” kata Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini.", "Hajiji Haji Noor", "“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” tambahnya.", "Sabah kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.", "Hajiji berkata, acara di Tambunan itu dijadualkan pada pukul 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan di sini." ]
https://wartaoriental.com/2023/06/25/sistem-prosedur-tidak-dinamik-lapuk-perlu-dihapuskan-andi/
Sistem, prosedur tidak dinamik, lapuk perlu dihapuskan – Andi
[ "Andi (tengah) bergambar bersama dengan semua yang hadir dalam Hari Bersama Pelanggan Peringkat SESB Zon Selatan / Tawau.", "TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, sistem dan prosedur yang tidak dinamik serta lapuk dalam sesebuah organisasi perlu dihapuskan.", "Beliau berkata, organisasi seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan sebuah organisasi utiliti tersendiri di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menuntut seluruh warganya untuk sentiasa mencari kaedah dan peluang menambah baik dan memantapkan kecekapan masing-masing, terutamanya kumpulan yang berhadapan dengan pengguna setiap hari. ", "“Justeru, perkhidmatan berasaskan integriti, kebertanggungjawaban, berkualiti tinggi, responsif dan bersedia memenuhi kehendak pelanggan semasa samada pelanggan dalaman maupun pelanggan luar amat penting,” katanya pada Hari Bersama Pelanggan Peringkat SESB Zon Selatan / Tawau yang diadakan di Dewan SMJ Tanjung Batu Darat/Taman Ria, di sini, hari ini.", "Andi (tengah) menyaksikan SESB menyumbangkan lembu korban kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan.", "Andi memuji SESB yang telah membangunkan satu aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan SESB dengan cepat dan pantas. ", "“Aplikasi mobil mySESB merupakan satu usaha SESB ke arah pendigitilan. ", "“Aplikasi ini membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan SESB pada bila-bila dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya, sambil berharap SESB terus memacu citra kecemerlangan dalam melaksanakan visi dan misi SESB sebagai pemacu pembangunan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.", "Hari Bersama Pelanggan yang dianjurkan oleh SESB ini adalah satu wadah yang memberikan peluang kepada masyarakat khasnya di Tawau untuk mengenali SESB dengan lebih dekat lagi. ", "Andi berharap ia akan lebih berfokus dan mampu memberi impak yang positif bagi memperkasakan perkhidmatan pelanggan dengan lebih cekap dan berkesan terutamanya perkhidmatan barisan hadapan (kaunter).", "“Saya percaya program seperti ini akan membantu SESB dalam memaksimumkan output, meminimumkan input, mempercepatkan proses, dan mempertingkatkan kegirangan pelanggan. Pemangkin kepada produktiviti, tidak lain, adalah kreativiti dan inovasi. ", "“Ini adalah kerana inovasi memberi nilai tambah kepada kualiti perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kualiti, produktiviti, kreativiti dan inovasi tidak lengkap tanpa integriti.", "“Saya percaya usaha proaktif ini tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menzahirkan gagasan mesra pelanggan dan bersifat terbuka dalam menerima maklum balas tentang perkhidmatan yang diberikan,” katanya.", "Beliau menyeru semua masyarakat, terutamanya para pengunjung yang datang pada hari ini, dapat memanfaatkan program ini untuk mengenali SESB dengan lebih dekat lagi dan seterusnya suasana harmoni antara SESB dan masyarakat/pengguna dapat diwujudkan." ]
https://wartaoriental.com/2023/01/26/tiga-pembantu-menteri-baharu-mengangkat-sumpah-hari-ini/
Tiga pembantu menteri baharu mengangkat sumpah hari ini
[ "Dari kiri: Tan Lee Fatt, Peto Galim dan Datuk Ruslan Muharam mengangkat sumpah di hadapan Tun Juhar, sambil diperhatikan oleh Hajiji, di Istana Seri Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Tiga pembantu menteri baharu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, dengan pelantikan baharu itu, rombakan pembantu menteri sedia ada turut dilakukan.", "“Pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk memantapkan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan,” katanya.", "Pelantikan pembantu menteri adalah untuk mengisi dua jawatan yang dikosongkan oleh Datuk James Ratib, mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang kini Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan bagi memberi laluan kepada pelantikan orang lain.", "“Untuk membina pasukan yang kuat, saya telah melantik Datuk Haji Ruslan Muharam daripada PBS sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, manakala Peto Galim dan Tan Lee Fatt daripada Pakatan Harapan masing-masing akan memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan dan Pembantu Menteri Kewangan untuk menambah pentadbiran inklusif sedia ada,” katanya.", "Empat pembantu menteri sedia ada yang terlibat dalam pertukaran portfolio ialah Dato’ Sri Dr Ruddy Awah (Pembangunan Luar Bandar), Datuk Harun Durabi (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Fairuz Renddan (Belia dan Sukan) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembangunan Perindustrian). Ruddy dan Fairuz dari GRS manakala Harun dan Andi Suryady dari UMNO/BN.", "“Saya telah menekankan betapa pentingnya bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya untuk berfungsi sebagai sebuah pasukan yang padu yang berkongsi aspirasi yang sama dibina atas kepercayaan dan rasa hormat bersama.", "“Kita memerlukan pasukan yang kuat untuk mendorong momentum pembangunan kita dan untuk memenuhi janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” kata Hajiji." ]
https://wartaoriental.com/2023/10/19/ibu-bapa-kepada-kanak-kanak-jatuh-semasa-kereta-buat-pusingan-u-sudah-beri-keterangan-polis/
Ibu bapa kepada kanak-kanak jatuh semasa kereta buat pusingan U sudah beri keterangan-Polis
[ "KOTA BHARU: Polis sudah merakamkan keterangan ke atas ibu bapa kepada kanak-kanak yang terjatuh semasa kereta membuat pusingan U pusingan U di kawasan lampu isyarat di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Kota Sri Mutiara, di sini semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, keterangan itu dirakam selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berkait dengan insiden berkenaan.", "“Mereka (bu bapa) telah berkenaan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak polis.", "“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi diteruskan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.", "Utusan Online semalam melaporkan, polis giat mengesan pemandu dan seorang budak yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terjatuh dari pintu belakang sebuah kereta ketika membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Kota Sri Mutiara, di sini.", "Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.42 petang berpandukan kepada rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang tular.", "Kelmarin, tular rakaman di laman sosial yang memaparkan seorang budak lelaki dirempuh sebuah SUV selepas terjatuh dari pintu belakang sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat depan Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra di sini.", "Berdasarkan video itu, sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu sedang membuat pusingan U di lampu isyarat yang terletak di depan kompleks beli-belah itu.", "Semasa sedang melakukan pusingan, pintu belakang sebelah kiri kereta itu tiba-tiba terbuka sebelum seorang kanak-kanak terjatuh dari kereta tersebut.", "Sebuah kereta yang berwarna putih yang berada di belakang Honda City itu sempat mengelak, namun sebuah SUV jenis Perodua Attiva kemudiannya merempuh kanak-kanak tersebut.", "Rempuhan itu mengakibatkan budak itu jatuh tergolek sebelum bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga pergi ke arah sebuah motosikal yang dinaiki sebuah keluarga.", "Penunggang motosikal itu kemudiannya dilihat mendukung dan menenangkan budak itu sebelum membawanya ke arah kereta yang dinaiki kanak-kanak tersebut.", "Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.", "Ibu bapa kepada kanak-kanak jatuh semasa kereta buat pusingan U sudah beri keterangan-Polis" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/19/%e6%96%97%e4%ba%9e%e8%98%ad%e4%ba%9e%e5%ba%87%e6%b2%bf%e5%b2%b8%e5%87%ba%e7%8f%be%e7%b4%85%e6%bd%ae/
斗亞蘭亞庇沿岸出現紅潮
[ "(亞庇十九日訊)在亞庇和斗亞蘭沿海水域發現紅潮後,沙巴漁業局發佈了紅潮增加的警告。", "紅潮是一種由某些類型的藻類數量增加引起的現象,這些藻類會產生影響海洋生物和人類健康的危險毒素。", "副首長兼農漁食品工業部長拿督傑菲里表示,通過2023年2月16日在亞庇周圍和其他地區的幾個地點採集的水樣,確定了Margalefidinium polykrikoides(Cochlodium)和Pyrodinium bahamense藻類的存在。", "「紅潮現象經常發生在沙巴西海岸的水域,特別是從實必丹、瓜拉班尤到斗亞蘭或古打毛律。這種現象很少發生在沙巴東海岸的海域,而且已經有20多年沒有被報導過。」", "發出的警告通知是根據既定的準則和程序發出的,表明亞庇海域正在發生紅潮現象,預計將蔓延到斗亞蘭海域。", "每個樣品的每升細胞密度率在每個位置都不同。當藻類Margalefidinium polykrikoides的細胞數量超過每升2,000個,藻類Pyrodinium bahamense的細胞數量超過每升800個時,就會考慮危險閾值。", "他解釋說,雖然Margalefidinium polykrikoides藻類對人類沒有危險,但它對魚是危險的,尤其是那些在籠子裡飼養的魚。", "「因為魚通過鰓呼吸,而附著在鰓上的藻類會阻止呼吸。」", "該警告告示提醒亞庇和斗亞蘭地區的漁民提高警惕,避免任何可能造成損失的魚類死亡。", "另一方面,藻類Pyrodinium bahamense對人類構成危險,主要來自Pyrodinium bahamense的毒素會在貝類體內積累,人類食用後會導致麻痺性貝類中毒(PSP)。", "「PSP的症狀包括口腔、嘴唇和舌頭刺痛、麻木和灼痛,隨後是頭痛、頭暈、噁心和嘔吐。嚴重時可引起呼吸麻痺、昏迷甚至死亡。因此,建議公眾不要食用受影響地區的任何貝類,直至另行通知。」", "為了減輕紅潮的影響,沙巴州政府通過漁業部採取了多項措施,包括暫時禁止從受災地區捕撈、銷售和食用貝類。", "他還建議公眾不要在亞庇和斗亞蘭附近的水域游泳,直至另行通知,並補充說政府正在密切監視情況,並在必要時提供最新信息。" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/28/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/
Lelaki pukul imam positif dadah
[ "Ramli Mohamed Yoosuf", "KUANTAN: Lelaki yang tular dalam sebuah video kerana bertindak memukul seorang imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad lalu bukan sahaja mempunyai masalah kesihatan mental, malah juga merupakan seorang penagih dadah.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah.", "Beliau berkata, kesan pengambilan dadah, suspek dipercayai berhalusinasi mendengar imam yang memimpin solat Subuh ketika itu memanggil namanya sekali gus menjurus kepada tindakan terbabit.", "“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang bekas tentara, mempunyai rekod jenayah dan mengalami masalah mental.", "“Suspek kini ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan kesalahan kacau ganggu di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan.", "“Suspek sudah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.", "Ramli berkata, lelaki tersebut merupakan gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Square di bandar ini sebagai tempat tidur dan merayau.", "Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini sekitar pukul 6.18 pagi Ahad lalu.", "Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih.", "Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dalam kenyataannya meminta orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab jika berdepan tindakan undang-undang. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/" ]
https://wartaoriental.com/2023/06/15/pendaki-dikritik-enggan-bayar-sherpa-yang-selamatkannya/
Pendaki dikritik enggan bayar sherpa yang selamatkannya
[ "KATHMANDU: Seorang pendaki wanita dari China mencetuskan kontroversi selepas enggan membayar yuran menyelamat berjumlah AS$10,000 (RM46,194) kepada sherpa yang menyelamatkannya ketika berada di Gunung Everest.", "Dalam kejadian berlaku pada 18 Mei lalu, seorang lagi pendaki, Fan Jiangtao menemukan wanita berusia lingkungan 50 tahun yang dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa mendaki puncak tertinggi dunia itu.", "Menurut Utusan Malaysia, wanita dikenali sebagai Luo dikatakan berjaya sampai di puncak dan dalam perjalanan pulang ke kem pangkalan sebelum mengalami masalah kesihatan.", "Jiangtao dan sherpa memutuskan untuk meninggalkan impian mereka menakluki Gunung Everest agar dapat membantu membawa kembali Luo ke kem pangkalan dengan selamat. ", "Ketika turun dari puncak, mereka bertemu dengan ahli Persatuan Pendaki Gunung Wilayah Hunan, Xie Ruxiang yang turut sama meninggalkan impian pendakiannya untuk membantu mangsa.", "Bagaimanapun, sherpa mengiringi Ruxiang keberatan untuk menyertai misi tersebut sehingga dia berjanji menawarkan bayaran sebanyak AS$10,000 (RM46,194) menyebabkannya bersetuju untuk membantu mereka. ", "Operasi penyelamatan itu berjalan lancar dan Luo dirawat selama beberapa hari di kem pangkalan sehingga pulih sepenuhnya.", "“Apabila Luo mendapat tahu mengenai bayaran itu, dia enggan membayar kepada sherpa berkenaan,” jelas laporan itu.", "Menurut Jiangtao, wanita itu memaklumkan dia hanya sanggup membayar sebanyak AS$4,000 (RM18,478) berbanding jumlah bayaran dijanjikan kepada sherpa itu.", "Dua pendaki lain yang membantu menyelamatkan Luo terpaksa membayar yuran berkenaan.", "Kisah itu menjadi tular dalam media sosial China dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.", "Rata-rata warganet mengecam tindakan wanita itu yang membiarkan pendaki yang menyelamatkannya menanggung bayaran berkenaan.", "Pendaki dikritik enggan bayar sherpa yang selamatkannya" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/07/lelaki-hilang-ketika-memukat-udang-di-sandakan-ditemukan/
Lelaki hilang ketika memukat udang di Sandakan ditemukan
[ "Pasukan bomba membantu mengangkat mauat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.", "SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 33 tahun yang hilang semasa memukat udang di sini sejak Jumaat telah ditemukan oleh orang awam pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus Nidzam @ Sainkui berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Mohammad Saidin Salapudin, telah ditemukan pada jarak dua batu selatan nutika Pulau Berhala pada jam 8.55 pagi dan disahkan meninggal oleh pihak polis. ", "“Pasukan bomba bertindak membantu mengangkat mangsa dari bot orang awam ke kenderaan polis (Land Rover) untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Menurut Severinus, kejadian berlaku di Perairan Pulau Berhala, Sandakan pada kira-kira jam 6 pagi Jumaat.", "“Bilik kawalan BBP Sandakan menerima panggilan daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APMM) memohon bantuan mencari orang hilang di laut di alamat Perairan Pulau Berhala, Sandakan. ", "“Pihak APMM melaporkan, seorang nelayan dipercayai telah keluar daripada jeti Pulau Berhala pada jam lebih kurang 6 pagi menuju ke perairan Pulau Berhala untuk menjalankan aktiviti memukat udang.", "“Mangsa sepatutnya pulang pada jam 3 petang, namun pada jam 2 petang bot mangsa dijumpai oleh penduduk kampung tanpa pengemudi. Pencarian mangsa telah dilaksanakan oleh orang kampung namun mangsa masih gagal ditemui,” katanya.", "Menurut Severinus, pasukan bomba bertindak dengan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir pantai bersama agensi bantuan yang lain. ", "SAR pada hari kedua iaitu pada Ahad, mangsa telah ditemukan oleh pasukan pencari yang terdiri daripada orang awam." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/22/buruh-hilang-ketika-keluar-memikat-burung/
Buruh hilang ketika keluar memikat burung
[ "Ashahidi Awang (tengah) menunjukkan motosikal milik Mohd. Azani Alias yang ditemukan di kaki Bukit Sudu, Kuala Nerus, semalam. ", "KUALA NERUS: Seorang buruh dilaporkan hilang ketika keluar memikat burung di dalam hutan simpan dekat Bukit Sudu, Kampung Lingai di sini, Isnin lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, mangsa, Mohd. Azani Alias, 37, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, di sini pada pukul 6.30 pagi pada Isnin sebelum keluarganya membuat laporan polis setelah 24 jam tidak pulang ke rumah.", "Menurut rakannya, Ashahidi Awang, 35, dia menerima dua pesanan WhatsApp daripada mangsa antara pukul 7 pagi sehingga 9.37 pagi kelmarin sejurus sebelum Mohd. Azani gagal dikesan.", "“Kami sepatutnya pergi sekali tetapi saya bangun daripada tidur agak lewat. Mohd. Azani menghantar gambar kawasan pokok getah disusuli gambar burung dipercayai yang berjaya ditangkapnya.", "“Sekitar pukul 10 pagi, saya cuba menghubungi mangsa namun gagal. Bagaimanapun saya dan rakan-rakan pergi memikat burung seperti biasa tanpa berfikir kejadian buruk menimpa Mohd. Azani.", "“Lewat petang itu kira-kira pukul 6.45 petang, abang mangsa, Mohd. Zuhaidi, 41, memaklumkan Mohd. Azani belum pulang ke rumah menyebabkan kami menjadi risau,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.", "Sementara itu, menurut Mohd. Zuhaidi, laporan polis mengenai kehilangan Mohd. Azani dibuat oleh ahli keluarga mangsa itu di Balai Polis Gong Badak di sini pada pukul 7 pagi semalam sebelum mereka menemui motosikal mangsa di kaki Bukit Sudu kira-kira pukul 2.30 petang.", "“Dia tidak pernah pulang lewat kalau masuk ke hutan. Jadi apabila hampir Maghrib dia belum balik, peliklah. Kami cuba cari kawasan seperti dalam gambar yang dihantar dalam WhatsApp itu namun gagal,” ujarnya.", "Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata lebih 50 anggota pelbagai agensi digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.", "Beliau memberitahu, fokus pencarian terarah pada jarak 100 meter dari lokasi motosikal mangsa dijumpai.", "Buruh hilang ketika keluar memikat burung" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/07/tiada-merit-kepada-dakwaan-bung-hajiji-dan-grs-mempunyai-lebih-daripada-cukup-majoriti-adun/
Tiada merit kepada dakwaan Bung, Hajiji dan GRS mempunyai lebih daripada cukup majoriti ADUN
[ "“Datuk Seri Hajiji Haji Noor secara perlembagaan dan sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengikut undang-undang dan mandat demokrasi rakyat Sabah.” – Masidi Manjun", "KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Datuk Seri Hajiji Haji Noor tidak mempunyai locus standi (hak berdiri) untuk menjadi Ketua Menteri Sabah tidak bermerit.", "Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menjawab kenyataan media Bung yang juga Ketua UMNO Sabah yang cuba menimbulkan keraguan dan kekeliruan terhadap kesahihan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Dalam sidang media yang diadakan di sini malam tadi, Bung telah mendakwa Hajiji tidak layak menjadi Ketua Menteri di bawah Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. Perkara 6(7) berbunyi: –", "“Bagi maksud Fasal (3) Perkara ini, jika parti politik telah memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan yang dipilih dalam pilihan raya umum, ketua parti politik itu, yang merupakan ahli Dewan Undangan, hendaklah menjadi ahli Dewan Undangan yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.” Selepas Pilihan Raya Umum Negeri, Tuan Yang Terutama akan memilih ahli Dewan yang difikirkannya akan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan: Perkara 6(3). Apabila parti politik memenangi majoriti kerusi dalam Dewan (‘DUN’), pemimpin parti itu dianggap menguasai majoriti: Perkara 6(7).", "Masidi berkata, ‘majoriti’ bagi tujuan Perkara 6(7) bermakna lebih 50 peratus kerusi dalam DUN.", "Masidi Manjun", "“Takrifan ‘majoriti’ ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam Tan Sri Musa Aman lwn Tun Juhar & Anor [2019] 10 MLJ 329 di mana pada muka surat 345 dalam perenggan [28] dan [29] Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menyatakan bahawa ‘majoriti’ bukan bermaksud ‘kerusi terbanyak’ tetapi melebihi 50% kerusi dalam DUN.", "“Datuk Yew Jen Kie seterusnya berkata Perkara 6(7) tidak akan terpakai melainkan sebuah parti politik berjaya memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN berikutan pilihan raya negeri yang, tidak berlaku pada 2018 (PRU 14). Pada PRU14 tiada satu parti pun memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN dan oleh itu Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah tidak terpakai.", "“Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Datuk Yew Jen Kie dalam Tan Sri Musa Aman lwn Tun Juhar & Anor [2020] 3 MLJ 49 di muka surat 56, perenggan [17].", "“Pada 2020 (PRU16) tiada satu parti politik pun memenangi lebih 50% daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Oleh itu, berikutan tafsiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap Perkara 6(7), Tuan Yang Terutama pertama kali memerhatikan bahawa tiada satu parti politik pun memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN dan dengan itu mengabaikan Perkara 6(7) dengan betul sebagai tidak terpakai. Tuan Yang Terutama kemudiannya menggunakan kuasanya dengan betul di bawah Perkara 6(3) dan melantik Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.", "“Oleh itu, Datuk Seri Hajiji Haji Noor secara perlembagaan dan sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengikut undang-undang dan mandat demokrasi rakyat Sabah.", "“Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan semua bekas ADUN PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang meninggalkan PPBM pada Disember 2022 adalah semua ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jumlah ADUN majoriti lebih daripada cukup dan merupakan parti politik terbesar dalam Dewan Undangan Negeri Sabah,” kata Masidi.", "Beliau berkata, ia juga perlu diperhatikan bahawa Perlembagaan Negeri Sabah direka untuk menggalakkan kepastian dan kestabilan politik di Sabah.", "“Adalah asas kepada perintah perlembagaan Sabah bahawa Tuan Yang Terutama tidak diseret ke dalam skim politik, pertikaian atau perebutan kuasa. Saya berharap pemimpin politik tertentu memerhati perkara ini dan menunjukkan TYT dan pejabatnya penghormatan seperti yang sepatutnya.", "“Oleh itu, amalan membawa akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani ke Istana baru-baru ini sebagai bukti keyakinan ADUN terhadap kerajaan adalah tidak diingini dan harus tidak digalakkan,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan Kedua itu.", "GRS, yang telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), mempunyai 29 ADUN. Jumlah itu menjadi 39 dengan sokongan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH), Parti Harapan Rakyat Sabah (1), PAS (1) BEBAS (1).", "Difahamkan sekurang-kurangnya lima ADUN BN Sabah tidak menyokong komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji.", "BN Sabah mempunyai 17 ADUN dan Parti Warisan (19), manakala Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (3) dan Parti Bangsa Malaysia (1)." ]
https://wartaoriental.com/2023/02/07/jari-bayi-lapan-bulan-digunting-jururawat/
Jari bayi lapan bulan digunting jururawat 
[ "JAKARTA: Bayi berusia lapan bulan terpaksa menanggung kesakitan apabila jururawat Hospital Muhammadiyah Palembang di Sumatera Selatan terpotong jari kelingkingnya ketika membuka alat di tangan bayi berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, insiden malang itu berlaku Jumaat lalu ketika jururawat sedang mencabut tiub yang dilekatkan pada tangan kecil bayi itu selepas dirawat akibat demam.", "Kompas.com", "Bapa bayi itu, Suparman berkata, pada awalnya mereka sekeluarga memberi amaran supaya membuka sahaja balutan pada tangan yang diletakkan tiub berkenaan tetapi tidak didengari.", "Jururawat itu sebaliknya mengambil gunting besar untuk mengeluarkan tiub itu menyebabkan jari kelingking kiri bayinya terpotong hingga terputus.", "Suparman membuat laporan kepada pihak polis selepas jururawat berkenaan enggan berjumpa keluarganya namun pihak hospital sanggup bertanggungjawab dan anaknya dibedah serta dibawa ke bilik lain.", "Timbalan Pengarah hospital berkenaan, Muksin mengakui jururawat itu melakukan kecuaian dan perkara itu tidak disengajakan.", "“Ya, memang benar, kejadian itu dilakukan oleh jururawat kami. Dia disyaki cuai dan tidak sengaja menyebabkan gunting terkena jari bayi dan terputus sedikit.", "“Selepas mengetahui kejadian itu kami segera bertindak balas dengan menjalankan pembedahan yang mengambil masa kira-kira 1.5 jam. ", "“Pada mulanya pesakit berada di kelas 3 tetapi kerana kecuaian pekerja kami, mereka terus dipindahkan ke bilik VIP selepas pembedahan selesai dan semua perkhidmatan serta kos rawatan itu diberikan secara percuma,” katanya.", "Jari bayi lapan bulan digunting jururawat " ]
https://wartaoriental.com/2023/01/02/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/
475 saman dikeluarkan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023
[ "Fisol Salleh ketika membuat tinjuan Op Motosikal sempena sambutan ambang tahun baharu 2023 di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, malam Sabtu.", "GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 475 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan Sabtu di seluruh negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, selain saman polis turut menyita 33 buah motosikal kerana melanggar pelbagai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.", "”Op Ambang Tahun Baru ini menumpukan kepada pemeriksaan kenderaan dan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal bagi membendung kegiatan samseng jalanan.", "”Polis mengambil tindakan menyita 33 motosikal yang melakukan kesalahan mengubah suai motosikal secara berlebihan dan mengeluarkan 457 saman terhadap pemilik kenderaan,” katanya ketika membuat tinjuan Op Motosikal di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini malam Sabtu.", "Menurut Fisol, operasi yang dijalankan bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.", "“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kegiatan samseng jalanan bagi memastikan ambang tahun baharu di Pulau Pinang tidak dicemari dengan kegiatan lumba haram,” katanya.", "Tambah beliau, pada tahun ini, polis Pulau Pinang akan menumpukan usaha untuk membendung kegiatan samseng jalanan dalam kalangan pengguna motosikal.", "“Dalam operasi malam tadi (Sabtu), kita dapat lihat pengguna motosikal melakukan modifikasi terhadap motosikal masing-masing, ada yang tayarnya lebih kecil dan sebagainya.", "”Kita akan menjalankan operasi dengan lebih menyeluruh tahun ini dan akan turut membuat operasi ke atas bengkel-bengkel motosikal yang disyaki menjadi lokasi pemilik motosikal menjalankan modifikasi,” katanya.", "Tambah beliau, Pulau Pinang juga akan menjadi negeri model pada tahun ini dalam usaha membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan menerusi pelbagai operasi pencegahan dan sebagainya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/" ]
https://wartaoriental.com/2023/02/01/%e7%8f%8d%e5%a6%ae%e6%8e%a5%e6%8e%8c%e9%84%89%e6%9d%91%e7%99%bc%e5%b1%95%e5%90%88%e4%bd%9c%e7%a4%be/
珍妮接掌鄉村發展合作社
[ "(亞庇一日訊)甘拜園州議員珍妮將擔任鄉村發展合作社主席,任期自今年1月19日起生效。", "該職位較早前為拿督萊米。", "首長拿督斯里哈芝芝今日移交了委任證書。", "出席儀式的還有第一副首長兼沙農業、漁業和食品工業部長拿督傑菲里、沙工業發展及企業部長馮晉哲和沙政府秘書沙法。" ]
https://wartaoriental.com/2023/01/25/%e5%8a%a0%e6%8b%89%e5%b8%83%e5%a5%88%e6%b5%b7%e5%9f%9f%e6%b2%89%e8%88%b9%e4%ba%8b%e6%95%85-2%e4%ba%ba%e7%8d%b2%e6%95%911%e6%bc%81%e6%b0%91%e5%a4%b1%e8%b9%a4/
加拉布奈海域沉船事故 2人獲救1漁民失蹤
[ "(斗亞蘭廿五日訊)一艘漁船今早在加拉布奈海域被海浪擊沉,其中2人獲救,另外1人則下落不明。", "由行動指揮官PKPgB Mohd. Qawie Abd. Gapar率領的團隊,,今早10時11分接到公眾的緊急求救電話後,迅速趕往事發現場。", "據來電者稱,沉船事故涉及3名漁民,其中2人游到海邊自救,另1人下落不明。", "救援團隊抵達事發現場後,由於海浪較大,船隻難以下海,消防隊在海灘上使用小船進行了水面搜索方式的搜救(SAR)。", "警察、水警和馬來西亞海事執法機構也有加入救援行動。" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/31/kegiatan-penuntut-kolej-edar-brownies-ganja-terbongkar/
Kegiatan penuntut kolej edar ‘brownies’ ganja terbongkar
[ "PETALING JAYA: Kegiatan penuntut kolej yang giat mengedar ‘brownies’ ganja terbongkar apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Jalan 9 dekat sini, Sabtu lalu.", "‘brownies’", "Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut merampas enam kilogram (kg) kek ganja bernilai RM21,000. ", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan mendapati lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah bergiat aktif menjalankan pengedaran kek ganja sejak tiga bulan lalu.", "Katanya, siastaan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca bekalan diperolehi.", "“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia bebas daripada sebarang jenis dadah.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam kes berasingan, menurut Yahaya, pihak polis telah menemukan 56 kg ganja bernilai RM166,000 dalam bekas ditanam kira-kira kedalaman satu meter di kawasan terbiar di Subang Jaya, Selangor, Isnin lalu.", "Jelasnya, turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh kebun.", "“Suspek turut berperanan untuk menjaga bekalan dadah yang ditanam tersebut.", "“Turut ditemukan satu kg dadah jenis syabu. Hasil ujian saringan awal polis dapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.", "Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.", "“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat. Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai RM213,000,” katanya. ", "Kegiatan penuntut kolej edar ‘brownies’ ganja terbongkar" ]
https://wartaoriental.com/2023/03/19/bomba-pantas-selamatkan-mercedes-benz-daripada-terbakar-di-kota-marudu/
Bomba pantas selamatkan Mercedes Benz daripada terbakar di Kota Marudu
[ "Tindakan pantas pasukan bomba menyelamatkan sebuah Mercedes Benz daripada terbakar di Kota Marudu.", "KOTA MARUDU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz daripada terbakar di sini semalam.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, PPgB Mohd. Hasbi Hajat berkata, kejadian itu berlaku di Bulatan Popok, di sini pada kira-kira jam 9.30 malam.", "“Panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 9.36 malam dan sepasukan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (KUP), Gabuh Maradan dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di itempat kejadian yang terletak tiga kilometer dari balai itu, didatu  sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz mengeluarkan asap akibat mengalami kepanasan pada bahagian gearbox. ", "“Tiada kebakaran berlaku dan pasukan bomba bertindak membuat semburan penyejukan (satu aliran hose reel jentera) serta pemeriksaan memastikan tiada kemerbahayaan lain. ", "Mohd. Hasbi berkata, operasi terkawal jam 9.50 malam dan ditamatkan pada jam 10.23 malam." ]
https://wartaoriental.com/2023/09/22/china-remains-an-important-trade-partner-for-sabah-cm/
China remains an important trade partner for Sabah – CM
[ "Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: China remains as Sabah’s significant trade partner as its trade volume registered an increase of 1.2 per cent to RM6.56 billion for the first six months this year.", "“As the economic and trade cooperation between Malaysia and China continue to progress, I look forward to more China trade and investments into Sabah,” said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor at the People’s Republic of China‘s 74th National Day Celebration held at Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa here last night.", "He said China is now Malaysia’s largest trading partner, and Malaysia ranks near the top of China’s trading partners in Southeast Asia.", "Head of State Tun Juhar Mahiruddin together with Consul General of the People’s Republic of China in Kota Kinabalu (fourth left) Dr Huang Shifang and Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (third left) cutting the anniversary cake", "“There is much to be done to strengthen and align Sabah’s development strategies with China, combining the realisation of Chinese modernisation with Malaysia Madani and Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) aspirations,” he said. His speech was read by Deputy Chief Minister II cum Local Government and Housing Minister Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam", "On tourism, Hajiji said arrivals from China were also growing steadily since the full re- opening of China’s border in March this year.", "“For the first six months this year, Chinese visitors were recorded at 17,040 (an increase of 680.6 per cent) compared to only 2,188 in the corresponding period last year.", "“Sabah is connected to seven major cities in China with 54 weekly flights and seat capacity of 9,861. We hope to see more air connectivity to increase visitor arrivals from China to Sabah.", "“We are pleased that Sabah has remained a sought-after destination for Chinese visitors, either for leisure or business. The upward trend in overall visitor arrivals to Sabah, totalling 1,198,536 arrivals from January to June of this year, is a good sign as this has generated an RM2.45 billion tourism receipt for Sabah. This represented a 69.1 per cent increase compared to the corresponding period last year,” he said.", "Hajiji said moving forward, Sabah looked forward to more cooperation with China in areas such as green energy, manufacturing, high technology agriculture and smart city construction, among others, to promote mutual benefit and win-win private-public partnerships." ]
https://wartaoriental.com/2023/07/11/indonesia-berperang-dengan-masa-ketika-kereta-api-berkelajuan-tinggi-pertama-hampiri-tarikh-pelancaran/
Indonesia berperang dengan masa ketika kereta api berkelajuan tinggi pertama hampiri tarikh pelancaran
[ "Pekerja menurunkan kepala gerabak kereta api berkelajuan tinggi pertama dari kapal kargo di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta.", "JAKARTA: Indonesia kini berdepan kebimbangan tentang kelewatan pembinaan dan isu kebolehcapaian kereta api berkelajuan tinggi baharu yang dijadualkan akan dilancarkan bulan hadapan.", "Kereta api berkelajuan tinggi pertama di Indonesia dan Asia Tenggara itu merupakan sebahagian daripada projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dari China dan dijadual dilancarkan  bulan depan bersempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos.", "Konsortium PT KCIC dari Indonesia dan China diberi tanggungjawab membina landasan kereta api berkenaan namun sehingga awal Julai, stesen Padalarang hanya kira-kira 65 peratus siap, walaupun pembinaan tiga stesen lain di sepanjang laluan itu sudah hampir selesai.", "“Padalarang hanya 65 peratus siap kerana pada mulanya stesen itu berada di Walini sebelum dipindahkan. Jadi kerja pembinaan dimulakan lewat daripada tiga stesen lain,” kata Setiausaha Korporat PT KCIC, Eva Chairunisa.", "Dibiayai oleh Beijing melalui Bank Pembangunan China, projek kereta api berkelajuan tinggi itu bermula pada 2015 dan ditetapkan siap pada 2019, tetapi masalah pengambilan tanah dan pandemik Covid-19 melambatkan usaha pembinaannya.", "Dengan jarak sejauh 142 kilometer (km), kereta api laju itu akan menghubungkan Jakarta dengan Bandung dalam tempoh 40 minit melalui empat stesen iaitu Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.", "Eva berkata, stesen itu tidak akan bersedia sepenuhnya mengikut tarik majlis pelancarannya bagaimanapun, landasan perlu disiapkan apabila tren beroperasi sepenuhnya untuk mengangkut penumpang menjelang Oktober.", "“Kami memberi jaminan stesen Halim dan Tegalluar mempunyai kemudahan untuk menampung penumpang semasa majlis pelancaran nanti.", "“Bulan depan tren ini belum lagi menjadi perkhidmatan komersil, jadi masih akan ada beberapa kerja penamat di kawasan tertentu,” katanya kepada Channel News Asia.", "Channel News Asia.", "Penganalisis turut menyatakan kebimbangan terhadap beberapa isu lain yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar projek mega itu berjalan lancar.", "Penganalisis Pengangkutan Darmaningtyas berkata, selain menyiapkan pembinaan landasan, pihak berkuasa juga mesti memastikan setiap stesen boleh diakses oleh orang ramai secepat mungkin.", "“Pada masa ini, stesen Halim di Jakarta hanya boleh diakses melalui lebuh raya dan lencongan yang panjang diperlukan untuk sampai ke bahagian lain di bandar ini.", "“Penumpang yang berhasrat untuk ke Jakarta Selatan dari stesen yang terletak di Jakarta Timur misalnya, mungkin menghabiskan kira-kira 1.5 jam dalam lalu lintas pada waktu puncak. Kira-kira dua kali ganda masa yang diperlukan untuk ke Bandung menggunakan kereta api laju itu,” jelasnya.", "Berdasarkan pemerhatian Channel News Asia,tiga stesen lain di wilayah Jawa Barat juga sukar diakses oleh pengguna.", "Channel News Asia,", "“Stesen Karawang, misalnya, terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar lebuh raya yang tidak dihubungkan dengan pengangkutan awam,” ujarnya.", "Timbalan Ketua Jalan Raya dan Rel Persatuan Pengangkutan Indonesia, Deddy Herlambang turut menekankan bahawa kereta api tersebut masih belum diperakui walaupun sudah diuji.", "“Setahu saya, kesemua landasan pada masa ini belum diperakui kerana tiada unit di kementerian pengangkutan yang menjaga pensijilan kereta api laju memandangkan ia masih baharu.", "“Jadi mereka mengupah perunding bebas untuk mengusahakan pensijilan kerana kami juga tidak mempunyai peraturan mengenai kereta api laju. Oleh itu, mereka akan menggunakan standard antarabangsa,” katanya.", "Ketua Pengarah Kereta Api Kementerian Pengangkutan, Risal Wasal berkata, perkhidmatan tersebut akan dikendalikan pemandu berpengalaman dari China sebelum pekerja Indonesia memperoleh kemahiran dan pengetahuan untuk mengendalikan sistem itu.", "Indonesia berperang dengan masa ketika kereta api berkelajuan tinggi pertama hampiri tarikh pelancaran" ]
https://wartaoriental.com/2023/09/05/lukisan-yvonne-curi-tumpuan-agong-raja-permaisuri-di-ips/
Lukisan Yvonne curi tumpuan Agong , Raja Permaisuri di IPS
[ "Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah menandatangani plak Kembara Kenali Borneo sambil disaksikan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.", "TELUPID: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah teruja melihat hasil seni lukis wanita kurang upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan, Yvonne Tapaang Marcus (42) dari Batu 5 Telupid di rerurai di Institut Perhutanan Sabah (IPS), pada Selasa.", "Lukisan berupa potret Seri Paduka Baginda berdua memakai pakaian tradisional ‘Sinabu’ dari suku kaum Sungai Tongod dihasilkan Yvonne untuk dipersembahkan kepada baginda berdua.", "Menurut adik Yvonne, Mary Ann Marcus, kakaknya mengalami kecacatan akibat terkena air panas yang mengakibatkan 70 peratus badan kakaknya melecur pada usia setahun.“Walaupun dia mempunyai kekurangan dari segi pertuturan dan pendengaran namun dia punya bakat seni dalam bidang lukisan.", "Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik dengan hasil seni kraftangan Persatuan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil RISDA Telipid berupa Beg Batik Getaran Jiwa.", "“Melalui bakat seni lukisan ini kakak saya pernah mewakili negara dan mendapat tempat kelima pada 10th Abilympics Skill Competition 2023 di Perancis jelas,” Mary Ann.", "Pada majlis yang sama,  Al-Sultan Abdullah turut dipersembahan tarian tradisional Magalai Labuk Telupid melalui 12 org penari dan pemuzik tradisional daripada Kumpulan ASLA dibawah pimpinan Fauziah Kudus.", "Tarian warisan seni budaya suku kaum Dusun Labuk tersebut mewakili 13 sukuan yang terdapat di Daerah Telupid.", "Sejurus majlis santapan, Al-Sultan Abdullah juga berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing yang diadakan pada sebelah pagi.", "Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di IPS pada jam 3.50 petang ,diiringi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.", "Menyambut keberangkatan tiba rombongan Kembara Kenali Borneo di IPS adalah Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta ADUN N47 Telupid Jonnybone J. Kurum." ]
https://wartaoriental.com/2023/03/15/%e5%85%8b%e9%87%8c%e6%96%af%e6%89%98%e5%bc%97%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e7%82%ba%e6%b2%99%e5%b7%b4%e6%bc%a2-%e6%93%94%e4%bb%bb%e6%b2%99%e5%b7%b4%e8%ad%a6%e5%af%9f%e7%b8%bd%e7%9b%a3/
克里斯托弗建議為沙巴漢 擔任沙巴警察總監
[ "(亞庇十五日訊)沙巴團結黨青年團歡迎由沙巴漢擔任沙巴警察總監的建議。", "沙巴團結黨青年團團長克里斯托弗表示,這是因為沙巴漢更瞭解他們原籍地的情況、犯罪趨勢和問題。", "他認為,沙巴的警察高級官員,具有巨大的潛力和信譽來擔任這一角色,以繼續領導沙巴警察。", "他補充說,委任沙巴人擔任他所在州的高級職位,也符合沙巴團結黨主席麥西慕在擔任首相署(沙巴和砂拉越事務)部長時的鬥爭,以落實1963年馬來西亞協定規定的婆羅洲化政策。", "克里斯托弗還引用了沙巴毒品和犯罪預防組織(PPDJS)Mohd. Zaki Harry Susanto的聲明,指沙巴人更懂得如何照顧沙巴的種族和宗教敏感性,也更容易讓沙巴人理解,因為他們從一開始就接觸到這些事情。", "「我們不是要干涉馬來西亞皇家警察的內部事務,而是要加強MA63的精神,沒有理由不能委任沙巴漢在他們的家鄉擔任沙巴警察總監。」", "他在最近的一份聲明中說:「這似乎給人一種不健康的印象,即沙巴人無法擔任如此重要的職位。」", "目前馬來西亞皇家警察中有2名沙巴人擁有DCP的職級,分別是武吉阿曼警察局副總監(行動)拿督馬茲里馬茲蘭和沙巴副警察總監拿督佐德迪坤。", "根據這兩位領袖的級別,克里斯托弗認為他們有能力擔任沙巴警察總監。", "「從拿督馬茲里馬茲蘭在DCP級別的資歷來看,我們對他擁有的豐富經驗非常關注,他之前曾在馬來西亞皇家警察(PDRM)的各個部門工作過,我們非常有信心他會如果有機會,一定能夠很好地履行職責。」", "「即使在被分配到武吉阿曼之前,他已經證明了勝任沙巴副警察總監的能力。」" ]
https://wartaoriental.com/2023/05/07/%e6%b2%99%e5%96%9c%e7%88%be%e7%b1%b3%ef%bc%9a%e7%89%a9%e5%83%b9%e9%9b%96%e4%b8%8a%e6%bc%b2-%e7%84%a1%e9%98%bb%e6%b0%91%e7%9c%be%e6%ad%a1%e6%85%b6%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80/
沙喜爾米:物價雖上漲 無阻民眾歡慶開齋節
[ "(王麻骨七日訊)物價上漲的問題,不應妨礙沙巴促進種族團結與和諧的努力。", "副首長沙喜爾米表示,儘管生活成本的增加影響了民眾,但全沙舉辦的開齋節開放日活動仍然熱鬧非凡。", "「我們承認,這裡的人民確實感受到了商品價格的上漲。」", "「然而,這並不能阻止人們舉行開放日活動,即使到今天,我個人也收到了6份邀請。」", "「這證明生活成本的增加雖然有影響,但並不是對開放日活動的阻礙,而開放日的目的更側重於關係。」", "在來自周邊地區和汶萊的大約1萬名賓客出席的儀式上,沙喜爾米在王麻骨議員阿里芬陪同下,慰問了140名孤兒。" ]