text
stringlengths
0
1.44k
Prasangka dan kecurigaan menjadi punca,
Rusuhan dan pergolakan menghancur keharmonian.
Sungguh merdu suara merbah,
Hinggap di dahan pokok berangan,
Meraikan sahabat ditimpa musibah,
Semoga pulih kembalikan ketenangan.
Berteriak nyaring suara helang,
Bertempiaran terbang burung kedidi,
Usah dikesal setelah menghilang,
Semasa hayat adakah berbudi?.
Air dingin di dalam gelas,
Gelas terletak di atas peti,
Undangan dikirim dengan ikhlas,
Perlu disambut sesungguh hati.
Dahan yang tinggi sarang tempua,
Waktu senja merpati berarak,
Pemergian pejuang ditangisi semua,
Semangat ditinggalkan terus bersemarak.
Berdiri seketika di panas terik,
Keringat membasahi seluruh tubuh,
Keaiban orang usahlah dikorek,
Nilai keperibadian jangan diceroboh.
Tatu terlukis pada lengan,
Tidak semestinya menepati makna,
Biar pun kecundang dalam pertandingan,
Pengalaman dan pendedahan dapat terjana.
Jalan berliku menuju ke tebing,
Tempat menyendiri mencari ilham,
Bakat anak harus dibimbing,
Bagai melati berkembang malam.
Mawar berkembang di pinggir tebing,
Ke seluruh ruang harumnya mengisi,
Kepada yang baru harus dibimbing,
Pengalaman berguna perlu dikongsi.
Di hujung tanjung mengutip lokan,
Dipanah matahari berkeringat didahi,
Apabila organisasi telah ditubuhkan,
Segala peraturan perlulah dipatuhi.
Jangan mengharap untuk dirai,
Malah sering hati terluka,
Usaha sahabat amat dihargai,
Sokongan semua tanpa disangka.
Majlis meriah di tengah kota,
Meski hujan lebat berlimpahan,
Biar pun berbondong manusia menista,
Anggaplah itu ujian Tuhan.
Jalan lama ke Kampung Bemban,
Nikmati kesegaran berjalan kaki,
Meskipun berusaha ringankan beban,
Tetap ditentang kerana hasad dengki.