text
stringlengths 0
1.44k
|
---|
Saban hari menanti keindahan,
|
Cahaya matahari di celah daun,
|
Usah dibiarkan dengan kebodohan,
|
Memandaikan umat meskipun bertahun.
|
Kos sara hidup yang kian naik,
|
Perlu berbelanja dengan berhemah,
|
Pemergian ke rahmatullah orang yang baik,
|
Semangat yang ditinggal usah melemah.
|
Pohon nyiur tinggi menjulang,
|
Buahnya lebat bertandan-tandan;
|
Khilaf yang sama berulang-ulang,
|
Mengapa enggan mengambil teladan
|
Burung nuri terbang jauh,
|
Hinggap sebentar di atas batu;
|
Usah dipersenda orang yang jatuh,
|
Hulurkan tangan segeralah membantu.
|
Terbang sekawan burung camar,
|
Tidak diketahui arah destinasi;
|
Dewan yang mulia kian dicemar,
|
Kesucian agama sanggup dimanipulasi.
|
Makanan laut banyak di Kukup,
|
Tumpuan pengunjung petang dan pagi;
|
Fitrah manusia manakan cukup,
|
Segunung emas ingin segunung lagi.
|
Selesa memandu di jalan yang lebar,
|
Hilanglah gusar malam diredah;
|
Menjadi pemimpin amat mencabar,
|
Mengubah kebiasaan tidaklah mudah.
|
Kagum melihat gelagat budayawan,
|
Menjadi penyeri di alam maya;
|
Apabila bersama para ilmuwan,
|
Bicaranya berbeda tanpa sia-sia.
|
Tertanya-tanya bunyi meletup,
|
Ada mengakui tidak bernama;
|
Mengapa hati kian tertutup,
|
Kebenaran terbentang enggan diterima.
|
Semak dan samun harus diredah,
|
Paya bakau berkumpulnya lokan;
|
Menyiapkan buku tidaklah mudah,
|
Seni dan kreativiti perlu digabungkan.
|
Di hutan belantara penuh kesukaran,
|
Malam gelita diperlukan api;
|
Menjaga ibu bapa perlukan kesabaran,
|
Kerenahnya beragam harus dihadapi.
|
Menjelang senja hujan yang lebat,
|
Lama berteduh barulah berhenti;
|
Bersarapan pagi bersama sahabat,
|
Aktiviti bulanan sentiasa dinanti.
|
Banyak juadah di Warung Bunian,
|
Ramai yang pilih bubur nasi;
|
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.