url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://alhijrahnews.com/fasa-kedua-ppn-pasangan-jarak-jauh-dibenarkan-rentas-negeri/
FASA KEDUA PPN: PASANGAN JARAK JAUH DIBENARKAN RENTAS NEGERI
[ "PUTRAJAYA: Pasangan jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).", "Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebanaran itu tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "“Ramai yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah oleh pasangan jarak jauh. Malah, saya sendiri ada menerima rayuan berhubung perkara ini.", "“Jadi fasa dua ini, kita membenarkan rentas negeri dan daerah kepada pasangan jarak jauh tetapi hanya bagi kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM.", "“Kecemasan kita tahu tetapi ini kes-kes khas misalnya isteri hendak melahirkan atau mempunyai anak yang masih bayi jadi perlukan suami untuk hadir bersama, kerana anak tidak sihat dan sebagainya, itu kita benarkan,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara maya, hari ini.", "Dalam sidang media tersebut, Ismail turut memaklumkan individu yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan untuk keluar bagi yang mempunyai janjitemu menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).", "Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya membenarkan seorang sahaja namun bagi yang uzur atau orang kurang upaya (OKU), kelonggaran diberikan bagi yang memerlukan peneman.", "“Bagi individu yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa menempah kenderaan e-hailing, kita benarkan kapasiti penumpang seramai tiga orang", "“Ini adalah untuk individu warga emas atau OKU yang memerlukan peneman dan tiada kenderaan sendiri untuk ke tempat menerima vaksin.", "“Ia bermaksud dua penumpang dan seorang pemandu e-hailing berkenaan,” katanya.", "–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pendakwaan-tutup-kes-siti-bainun-keputusan-24-nov%ef%bf%bc%ef%bf%bc/
PENDAKWAAN TUTUP KES SITI BAINUN, KEPUTUSAN 24 NOV
[ "KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.", "Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.", "“Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini,” katanya.", "Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.", "Izralizam kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 Nov sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 Nov ini sama ada membebaskan Siti Bainun atau memerintahkan tertuduh membela diri.", "Nor Azizah turut memaklumkan bahawa pendakwaan telah menawarkan 15 saksi kepada pembelaan antaranya bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun sekiranya tertuduh diperintah membela diri.", "Pada prosiding hari ini, Siti Bainun diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif", "Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.", "Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, barisan peguam pemerhati hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran perbicaraan kes tersebut.", "“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap prosiding mahkamah dan berharap keadilan akan dapat ditegakkan buat anakanda Bella pada akhir kes ini dan kejadian yang menimpa Bella ini tidak boleh dibenarkan berlaku lagi dalam masyarakat kita,” menurut kenyataan itu.", "Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lepas dan antara saksi pendakwaan ialah Bella, bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.", "Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.", "Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lesen-syarikat-emraz-travel-tours-digantung-enam-bulan/
LESEN SYARIKAT EMRAZ TRAVEL & TOURS DIGANTUNG ENAM BULAN
[ "KUALA LUMPUR: Lesen Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung selama enam bulan berkuat kuasa Isnin ini (10 Julai) hingga 9 Jan 2024. ", "Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata perkara itu diputuskan selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.", "“Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.", "“Dalam tempoh penggantungan lesen ini juga, syarikat tersebut dikehendaki memulangkan semula bayaran dan dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Katanya sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen.", "Pada 2 April lepas, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji susulan aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang ditawarkan syarikat tersebut. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pemuda-berlakon-jadi-oku-mohon-maaf/
PEMUDA BERLAKON JADI OKU MOHON MAAF
[ "KUALA LUMPUR: Pemuda yang berpura-pura menjadi orang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan parkir memohon maaf atas tindakannya.", "Mohamad Iswan Ishak menjelaskan, dia dan rakannya hanya melakonkan semula situasi orang yang salah guna parkir OKU.", "“Kalau tengok balik, tempat parkir kereta itu bukan OKU punya. Ia parkir kereta biasa. Salah saya sebab di akhir video itu saya tidak mengatakan sesuatu perkara kita tak boleh dilakukan,” tambahnya.", "Jelasnya juga video tersebut dibuat selepas mendapat permintaan daripada pengikut berstatus OKU yang meminta isu salah guna tempat letak kenderaan OKU diketengahkan.", "“Saya pun berkawan dengan mereka. Jadi saya memohon maaf atas keterlanjuran ini. Saya minta maaf kepada semua OKU yang mungkin terasa, tapi itu bukan niat saya.", "“Realitinya memang ada orang yang berlakon menjadi OKU untuk mendapatkan tempat parkir kereta,” katanya.", "Susulan video yang tular, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya.", "Katanya permohonan maaf individu hina OKU itu diterima namun laporan polis tetap dibuat.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kadar-zakat-fitrah-perak-kekal-rm7/
KADAR ZAKAT FITRAH PERAK KEKAL RM7
[ "IPOH: Perak masih mengekalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras yang digunakan.", "Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata harga minimum yang perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah sebanyak RM7.00.", "“Bagaimanapun, adalah digalakkan para pembayar zakat fitrah untuk membayar melebihi kadar tersebut mengikut beras yang dimakan atas dasar ‘tatawwu’ (mengerjakan ketaatan).", "“Kadar yang ditawarkan adalah RM14.00 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya, manakala RM21.00 bagi pembayar  menggunakan beras basmathi, beras jepun, beras merah dan seumpamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata bagi memudahkan pembayar zakat, pihaknya  menyediakan beberapa platform seperti QR Code Maybank, Aplikasi Snap N Pay, Aplikasi GoPayZ dan Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk bagi kemudahan bayaran dalam talian.", "Selain itu, bagi bayaran melalui amil, kutipan zakat fitrah boleh dilakukan secara kaunter yang diwujudkan di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai selain pejabat kerajaan atau swasta terpilih atau bertemu secara langsung dengan amil jika melibatkan warga emas uzur.", "“Bayaran melalui amil hendaklah dilaksanakan dengan pematuhan kepada arahan, peraturan dan tatacara kawalan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.", "Beliau berkata proses bayaran zakat fitrah kepada amil hendaklah mematuhi syarat seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal dan menggunakan cecair pembasmi kuman, menyediakan wang secukupnya bagi melancarkan proses bayaran dan tidak bersalaman semasa akad bayaran zakat. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mcdonalds-malaysia-sumbang-rm1-juta-untuk-palestin/
MCDONALD’S MALAYSIA SUMBANG RM1 JUTA UNTUK PALESTIN
[ "KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia mengesahkan sumbangan syarikatnya sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.", "McDonald’s Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, langkah tersebut selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.", "“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.", "“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini.", "“Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "McDonald’s Malaysia berkata sumbangan itu secara langsung menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza selain memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.", "Bantuan yang diberikan meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.", "“Komitmen kami tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan.", "“Kami yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting ini. Selain sumbangan ini, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana.", "“Kami berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/abbas-bantah-pembukaan-hospital-medan-as-di-gaza/
ABBAS BANTAH PEMBUKAAN HOSPITAL MEDAN AS DI GAZA
[ "RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata beliau tidak akan membenarkan sebuah hospital medan Amerika Syarikat (AS) dibuka di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Turki Anadolu.", "“Langkah sedemikian menunjukkan bahawa Perjanjian Abad ini sedang direalisasi seksyen demi seksyen,” katanya pada satu mesyuarat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini.", "Perjanjian Abad Ini adalah pelan Presiden Donald Trump untuk mencapai perdamaian antara Palestin dan Israel.", "Dibiayai badan bukan kerajaan Amerika iaitu Friend Ships, hospital itu dirancang dibuka di utara Gaza berhampiran sempadan Israel.", "Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza pada 2007 selepas kumpulan Hamas Palestin menguasai kawasan tersebut daripada pesaingnya, Fatah, yang telah melumpuhkan serta menjejaskan kehidupan di enklaf pesisir itu. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/jiran-bertikam-lidah-kerana-anak-ditegur-main-bola/
JIRAN BERTIKAM LIDAH KERANA ANAK DITEGUR MAIN BOLA
[ "KLANG: Tular di media sosial video yang menunjukkan satu pergaduhan melibatkan dua lelaki warga tempatan yang merupakan jiran di kawasan Bandar Sultan Suleiman, Klang Utara.", "Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihak polis telah menerima laporan polis dari kedua belah pihak.", "“Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan.", "“Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenai bumbung rumahnya dan mengakibatkan sedikit kerosakan,” katanya, hari ini.", "Bagaimanapun, Vijaya berkata kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan baik dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (TTL).", "Ujarnya, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup berjiran serta tidak mudah menimbulkan perbalahan atau selisih faham antara satu sama lain.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ppz-maiwp-ptptn-jalin-kerjasama-tingkat-pembayaran-zakat-simpanan-pendidikan/
PPZ-MAIWP, PTPTN JALIN KERJASAMA TINGKAT PEMBAYARAN ZAKAT, SIMPANAN PENDIDIKAN
[ "KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meningkatkan kesedaran tentang pembayaran zakat dan menabung untuk pendidikan.", "Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan PPZ-MAIWP dan PTPTN hari ini, kerjasama strategik itu bagi menggalakkan pembayar zakat PPZ-MAIWP dan pendeposit akaun Simpan SSPN Prime mendidik anak-anak mereka mengenai kewajipan membayar zakat serta mengoptimumkan kutipan, pengurusan zakat wakalah dan agihan zakat.", "“Melalui memorandum persefahaman ini, PPZ-MAIWP dan PTPTN akan berganding bahu menjalankan program-program yang memberi kesedaran berkenaan kepentingan membayar zakat dan penabungan melalui akaun Simpan SSPN dalam kalangan ibu bapa atau penjaga, remaja dan kanak-kanak yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu.", "Pada majlis memeterai MoU berkenaan PPZ-MAIWP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Hakim Amir Osman manakala PTPTN oleh Ketua Eksekutifnya Ahmad Dasuki Abdul Majid dan majlis disaksikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengerusi PTPTN Apli Yusoff.", "Menurut kenyataan itu sempena MoU berkenaan, Kempen Skim Didik Zakat dan Simpan SSPN Prime (DZAS) turut dilancarkan, dan ia akan berlangsung selama setahun bermula 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2023 tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.", "“Kempen itu terbuka kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 15 tahun ke bawah. Ibu bapa atau penjaga dan anak itu perlu menunaikan zakat harta mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau membayar serendah RM100 setiap seorang di PPZ-MAIWP dalam tempoh kempen berlangsung,” katanya.", "Menurut kenyataan itu antara insentif Skim DZAS yang ditawarkan kepada peserta ialah sumbangan pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100 seorang setiap tiga tahun dan didepositkan terus ke akaun Simpan SSPN Prime sehingga anak (penerima manfaat) berumur 18 tahun dengan syarat akaun itu tidak ditutup sehingga anak peserta Skim DZAS mencapai umur berkenaan.", "Insentif lain ialah PPZ-MAIWP dan PTPTN menaja pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN Prime berjumlah RM20 setiap peserta bagi 3,000 peserta terawal, sumbangan Skim Kafalah Muzakki (khairat kematian) sehingga RM3,000 kepada waris sekiranya kematian peserta serta lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP dan PTPTN untuk pendeposit Akaun Simpan SSPN Prime.", "Menurut kenyataan itu, untuk menyertai kempen berkenaan pelanggan hanya perlu mengisi borang penyertaan Skim DZAS secara dalam talian di dzas.zakat.com.my. Pautan itu juga boleh didapati di portal rasmi PPZ-MAIWP dan PTPTN. Status pendaftaran akan dimaklum melalui e-mel oleh PPZ-MAIWP kepada para pelanggan.", "Sementara itu Abdul Aziz berkata PPZ-MAIWP tidak mungkin mampu untuk meningkatkan kutipan zakat saban tahun tanpa sokongan serta kerjasama pihak luar dan mengalu-alukan sektor kerajaan atau swasta untuk berganding bahu dengan agensi itu bagi menyebarkan dengan luas dakwah berkaitan zakat.", "“MoU ini bukan sekadar permulaan strategik antara dua organisasi tetapi sebagai pendorong kepada lebih banyak penglibatan kerjasama pada masa akan datang. Saya yakin bahawa dengan penyatuan kepakaran yang dimiliki oleh setiap pihak, kita mampu memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat khususnya dalam mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” tambah beliau.", "Sementara itu Apli berkata adalah menjadi hasrat dan misi utama PTPTN untuk mengajak masyarakat memulakan simpanan dari seawal usia, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.", "“Justeru kerjasama dengan PPZ-MAIWP dilihat sangat tepat pada masanya sebagai salah satu usaha proaktif PTPTN untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penabungan demi masa depan pendidikan yang terjamin.", "“Bagi pihak PTPTN, kerjasama strategik yang dilaksanakan bersama PPZ-MAIWP ini diharapkan dapat membantu masyarakat khususnya pembayar zakat di Wilayah Persekutuan agar mempunyai pengurusan kewangan yang baik menerusi tabungan awal dalam Simpan SSPN Prime demi masa depan pendidikan anak-anak yang lebih terjamin,” katanya." ]
https://alhijrahnews.com/integriti-kemakmuran/
INTEGRITI & KEMAKMURAN
[ "OLEH: TUAN KAMARUL ARIEF TUAN SOH / KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YADIM", "Saya dijemput pada 9 Januari untuk menyampaikan ucapan kepada hampir 1,000 orang penjawat awam dan kepimpinan masyarakat Daerah Muar bersempena Majlis Amanat Tahun Baharu Pegawai Daerah Muar. Sehingga kini saya saya masih hairan mengapa YB Dato Pegawai Daerah memberikan saya ruang tersebut kerana insaf dengan kekurangan diri dan yakin dengan banyak lagi tokoh yang sesuai untuk memberi ucapan terutamanya dalam topik integriti. Namun atas dasar memuliakan jemputan daripada seseorang yang saya hormati, maka saya gagahi juga diri ini untuk memberikan beberapa pandangan berkaitan tajuk tersebut.", "Tajuk Integriti adalah tajuk yang malar segar untuk diperkatakan. Topik ini semakin mendapat tempat dalam perbincangan peringkat tertinggi dalam negara sementelah ia menjadi kalimah tumpuan YAB Perdana Menteri yang tegar mengungkap soal tatakelola yang baik, penentangan keras terhadap korupsi dan seumpamanya semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan negara lebih sebulan yang lalu.", "Integriti ini memang satu mauduk perbincangan yang sangat suka dikupas oleh ramai penceramah. Ya lah, dalilnya beratus kalau bukan beribu yang dapat dipetik. Iktibar dari sejarah juga tidak sedikit yang boleh dikisahkan semula. Bahkan jika dikitar semula naratifnya yang biasa didendang sejak puluhan tahun, ia akan tetap enak didengar tambahan pula sang naratornya boleh memukau. Tiada apa salahnya dalam hal ini selagi mana dalil yang digunakan itu sahih, iktibarnya tepat dan naratifnya relevan.", "Namun hal ini jika berterusan, isu integriti dan kepentingannya akan kekal menjadi slogan yang sangat abstrak dan nostalgia yang sekadar enak untuk dikenang. Keyakinan terhadap peranan integriti ini juga akan kekal terbatas kepada pengamalan ajaran agama atau nilai moral semata-mata tanpa kesan yang substantif. Ini bercanggahan dengan pengajaran yang ditunjukkan sendiri oleh Nabi SAW yang berjaya membuktikan secara nyata bahawa pemerkasaan integriti adalah prasyarat kepada kejayaan negara yang dipimpin Baginda SAW. Demikian juga yang berjaya dibuktikan oleh Khulafa’ Ar Rasyidin selepas baginda.", "Oleh yang demikian maka rakyat khususnya penjawat awam perlu diyakinkan bahawa ada korelasi kukuh di antara nilai integriti dan nikmat kemakmuran negara. Bahkan kedua-dua pemboleh ubah ini berkadaran terus yang membawa implikasi runtuhnya kemakmuran negara jika runtuhnya nilai integriti.", "Maka dalam ucapan tersebut, selepas memberikan huraian dalil agama yang pelbagai, saya telah sertakan dua jadual yang mengkategorikan 10 negara tertinggi dan terendah mata pencapaian Corruption Perception Index yang menjadi proksi kepada kedudukan Integriti,Prosperity Index yang menjadi proksi kepada tahap kemakmuran dan nilai Keluaran Negara Kasar (GDP) Perkapita sebagai proksi kepada limpahan nikmat kemakmuran kepada rakyat. Kesemua pemboleh ubah ini dipetik dari 3 institusi berbeza untuk tahun 2021 iaitu Transparency International, Legatum Institute dan International Monetary Fund.", "Dapatan daripada data-data imperikal ini menunjukan bagi negara-negara yang tinggi indeks kemakmurannya seperti Denmark dan New Zealand, 90 dan 87 mata, maka kedudukan intergritinya juga tinggi iaitu 88 dan 87 pada pencapaian indeks persepsi rasuah. GDP Perkapita bagi negara-negara kategori ini juga pada julat USD 45 ribu sehingga hampir USD80 ribu. Sebaliknya bagi negara-negara yang indeks kemakmurannya rendah seperti Somalia dan Sudan Selatan, 29 dan 30 mata, nilai integritinya juga berada 2 ke 3 kali ganda lebih rendah iaitu 9 dan 12 pada indeks persepsi rasuah. GDP Perkapita bagi negaranegara ini juga sekitar USD500 sehinggalah USD3000 sahaja. Lebih malang lagi dalam senarai 10 negara terendah untuk skor-skor tersebut, 5 daripadanya adalah negara umat Islam manakala bagi 10 negara terbaik, tidak ada satu pun negara umat Islam.", "Walaupun masih terdapat perbezaan kesimpulan dalam menentukan hubungan antara kemakmuran dan integriti seperti yang berlaku diantara dapatan World Economic Forum (WEF) dan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), namun sekurang-kurangnya dapatandapatan ini menunjukkan trend yang berlaku dalam dua kategori negara-negara ini seakan mengesahkan wujudnya korelasi tersebut. Ini juga boleh memberi keyakinan kepada kita semua bahawa usaha peningkatan integriti itu bukan hanya bermaksud untuk kempen yang abstrak sasarannya bahkan boleh menterjemah hasil yang substantif kepada negara dan rakyat.", "Selesai ucapan, saya ditemui oleh beberapa tetamu yang hadir memaklumkan pendekatan ceramah ber”angka” begini agak janggal bagi ceramah “Integriti” dan “keagamaan”. Namun mereka lebih menghargai pendekatan tersebut kerana ia bukan sahaja mengasak kesedaran nilai bahkan membibitkan keyakinan yang realistik dan praktikal.", "Saya sekadar mengingatkan diri saya dan seluruh rakan-rakan penjawat awam, tidak cukup sekadar keyakinan dan kepercayaan terhadap agenda yang diperjuangkan oleh kepimpinan negara pada masa ini atas dasar berkhidmat untuk “goverment of the day”, namun sebaliknya usaha yang bersungguhsungguh perlu digerakkan untuk meraih hasil yang telah terbukti secara substantif dapat dicapai. Malaysia pada tahun 2021, berada pada kelompok pertengahan untuk skor-skor tersebut. Indeks kemakmuran kita adalah pada nilai 67 manakala indeks persepsi rasuah kita pada mata 48 dan GDP Perkapita pada nilai USD11,452. Ini bukan wasatiyah yang kita perlukan! Namun sekurangkurangnya kita sedar bahawa pilihan sama ada mahu melonjak ke atas atau menjunam ke bawah itu seimbang. Semuanya terserah kepada kita.", "Mungkin juga surat pesanan Saidina Ali RA kepada Malik Bin Al-Harith AlAshtar, Gabenor Mesir pada tahun 658 H yang diungkap oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan tahun baharu baru-baru ini sesuai ditelaah dengan lebih lanjut oleh kita semua khususnya para penjawat awam. Antara dua pesanan Saidina Ali kepada Gabenor beliau ini dalam menyentuh soal perkhidmatan kepada rakyat ialah:", "Akhirnya, selain daripada keterkaitan antara kemakmuran material, satu perkara yang mesti kita hadami bersama sebagai manusia yang beriman adalah isu keberkatan. Keberkatan adalah nilai yang mungkin semakin menghilang dari kita semua. Buktinya, limpahan kekayaan tidak mampu menjamin kemakmuran, atau kehebatan kelengkapan fizikal tidak berjaya menzahirkan kesejahteraan. Kunci meraih keberkatan ini diterangkan sendiri oleh Allah SWT dalam Surah AlA’raf Ayat ke 96 ” Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.”", "PENULIS ADALAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YADIM", "Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas." ]
https://alhijrahnews.com/solat-jemaah-di-negeri-sembilan-ikut-aturan-sejadah-saiz-besar/
SOLAT JEMAAH DI NEGERI SEMBILAN IKUT ATURAN SEJADAH SAIZ BESAR
[ "SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang mulai 1 April ini.", "Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata selain menjaga penjarakan fizikal satu meter, jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara serta penduduk tetap yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.", "“Jemaah yang hadir juga perlu memastikan dalam keadaan sihat, tiada gejala seperti demam, batuk, selesema atau sebagainya. Jemaah tidak dibenarkan untuk bersalaman atau melagakan penumbuk.", "“Satu sejadah hanya untuk seorang sahaja, jemaah boleh rapatkan sejadah tapi tidak boleh berkongsi dalam keadaan pandemik ini, jemaah juga perlu membawa sejadah sendiri, pakai pelitup muka dan imbas Mysejahtera,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.", "Beliau berkata bagi aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliyah atau ceramah, qiamullail, tadarus, iktikaf serta program komuniti seperti penyampaian bantuan majlis berbuka puasa turut dibenarkan dengan menjaga penjarakan fizikal.", "Selain itu takbir hari raya di masjid, surau dan takbir dari rumah ke rumah juga dibenarkan dengan menjaga penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.", "Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ mulai 1 April ini. ", "Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata seramai 11 keluarga Orang Asli suku Temuan dari Kampung Pelebar, Labu di sini menerima pembayaran ex-gratia (sagu hati) daripada syarikat pemaju perumahan, Matrix Concept keseluruhan berjumlah RM840,000.", "Pembayaran berkenaan sebagai penyelesaian kepada tuntutan tanah oleh 11 keluarga berkenaan sejak 2017 walaupun keputusan mahkamah memihak kepada Matrix Concepts.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sprm-siasat-dakwaan-pihak-berkuasa-lindungi-premis-perjudian-di-sungai-buloh/
SPRM SIASAT DAKWAAN PIHAK BERKUASA LINDUNGI PREMIS PERJUDIAN DI SUNGAI BULOH
[ "KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba melindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh.", "Lapor Bernama, perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.", "Baru-baru ini tular video di Facebook yang dimuat naik seorang lelaki mendakwa wujud kegiatan perjudian haram di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.", "Lelaki berkenaan juga memaklumkan telah melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkaitan namun masih ada premis perjudian yang beroperasi.", "Sementara itu media semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis judi.", "Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "Memetik Bernama, Shafa’aton dilapor berkata pada tahun lepas sahaja, polis melakukan 91 serbuan dan 107 tangkapan sekali gus membuktikan bahawa polis tidak pernah bersekongkol dalam aktiviti perjudian.— AlHijrah Online / Zaim Zamani" ]
https://alhijrahnews.com/panjangkan-cuti-raya-hingga-akhir-bulan-mei-kp-kesihatan/
PANJANGKAN CUTI RAYA HINGGA AKHIR BULAN MEI – KP KESIHATAN
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesyorkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri juga dipanjangkan hingga akhir bulan Mei.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu agar rakyat dapat duduk di rumah tanpa aktiviti luar.", "“Untuk sektor pendidikan kita akan syorkan supaya dipanjangkan cuti hingga akhir bulan supaya mereka duduk di rumah dan kita boleh putuskan rantaian.", "“Kita akan syorkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan perhimpunan yang besar,” katanya dalam Sidang Media Khas COVID-19 hari ini.", "Tambah beliau sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi menjadi kebimbangan KKM kerana dijangka akan ada perhimpunan dan aktiviti ziarah.", "Oleh itu katanya pihak berkuasa termasuk orang awam perlu memastikan tiada aktiviti rentas daerah berlaku.", "Ketika ini terdapat 14 kluster rentas negeri yang masih aktif dengan ada kluster telah dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351.", "Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan 4,519 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini.", "Sejumlah 25 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,657. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ketua-menteri-sabah-positif-covid-19/
KETUA MENTERI SABAH POSITIF COVID-19
[ "KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.", "Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Perhubungan Awamnya, Effendi Mohamed Sunoh.", "Menurut Effendi sebelum disahkan dijangkiti wabak berkenaan, Hajiji telah secara sukarela menjalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.", "“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaharu mengesahkan beliau didapati positif.", "“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Effendi berkata, walaupun Hajiji sedang menjalani rawatan namun beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hafizah-al-quran-raih-gangsa-acara-mobile-legends-sukan-sea/
HAFIZAH AL-QURAN RAIH GANGSA ACARA ‘MOBILE LEGENDS’ SUKAN SEA
[ "KUALA LUMPUR: Seorang hafizah Al-Quran berjaya meraih pingat gangsa menerusi acara e-sukan Mobile Legends Bang-Bang pada temasya Sukan Sea Kemboja 2023.", "Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Profesional Mara (KPM) Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi yang mewakili Malaysia itu bukan sahaja hebat dalam arena sukan malah turut cemerlang dalam akademik.", "“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sharifah Alia Husna pelajar Diploma Pengajian Perniagaan KPM Beranang, Selangor atas kejayaan merangkul pingat Gangsa menerusi acara Mobile Legends Bang Bang di Sukan Sea Kemboja 2023.", "“Beliau bukan sahaja jaguh dalam sukan yang diceburi tetapi merupakan seorang Hafizah Al-Quran 30 Juzuk serta mencatatkan prestasi akademik cemerlang secara konsisten dengan memperoleh Grade Point Average (GPA) 4.00 bermula dari semester 1 hingga 5 di KPM Beranang,” kata Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam hantaran di Facebook.", "Sharifah Alia Husna kini sedang menduduki semester terakhir untuk menamatkan pengajian di kolej tersebut. ", "Atlet Malaysia tersebut bersama rakan sepasukannya berjaya menunjukkan prestasi cemerlang untuk membawa pulang pingat gangsa selepas mengalahkan Veitnam pada perlawanan penentuan tempat ketiga. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/warga-emas-maut-ketika-aktiviti-luncur-udara/
WARGA EMAS MAUT KETIKA AKTIVITI LUNCUR UDARA
[ "BACHOK: Keseronokan dua lelaki warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas, petang semalam.", "Dalam kejadian pada jam 6.50 petang, lelaki yang berusia 60 tahun maut manakala rakannya, yang merupakan pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh kedalam laut di Pantai Irama, di sini.", "Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua-duanya dipercayai rakan sekampung.", "Mohd Khairi berkata, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari Menara APM di pantai berkenaan.", "“Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum terjatuh ke dalam laut.", "“Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamat salah seorang mangsa,” jelasnya ketika dihubungi.", "Walaubagaimanapun salah seorang daripada dua lelaki berkenaan tenggelam dan dijumpai pada kedalaman kira-kira tiga meter.", "Mayat lelaki yang lemas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.", "Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.", "Menurutnya, segala maklumat lanjut berhubung kejadian berikut akan dimaklumkan kemudian.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mansuh-bipk-kerana-tidak-tepati-kriteria-tertentu-pemberian-elaun/
MANSUH BIPK KERANA TIDAK TEPATI KRITERIA TERTENTU PEMBERIAN ELAUN
[ "PUTRAJAYA: Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi 33 skim perkhidmatan bukan kerana skim perkhidmatan terbabit tidak penting tetapi ia tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut.", "Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Suhaime Mahbar menjelaskan, BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.", "“Kritikal bukan bermaksud tugas itu sukar, tetapi kepakaran itu sukar untuk diperolehi.", "“Contohnya, dahulu tidak ramai graduan perubatan, jadi elaun ini diwujudkan untuk menarik mereka berkhidmat dengan kerajaan. Tetapi ketika ini permohonan untuk menjadi pegawai perubatan berjumlah 24,756, melebihi keperluan perjawatan iaitu 15,268,” katanya kepada Bernama.", "Selain bidang perubatan, Suhaime berkata skim perkhidmatan seperti arkitek, pegawai laut, jurutera dan juruterbang juga tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK kerana bilangan yang memohon jauh lebih tinggi daripada keperluan semasa jawatan.", "Suhaime menjelaskan pemansuhan sesuatu elaun bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya kajian setiap lima tahun dilakukan bagi menentukan ia mengikuti keperluan semasa.", "Menurutnya, sebanyak 27 jenis elaun telah dimansuh, digabung atau dijenamakan semula sejak 1992 kerana tidak mengikuti prinsip dan kriteria pemberian.", "Antaranya Elaun Berkelakuan Baik, Elaun Bisa Ular, Elaun Khas Jurutrengkas, Elaun Keretapi Mel, Elaun Bukit dan Elaun Galakan Akauntan, katanya.", "“Kerajaan sentiasa akan menimbangkan permohonan dan membuat kajian semakan elaun keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan prinsip-prinsip tertentu,” katanya.", "Beliau memberikan contoh pada era Revolusi Industri 4.0, mungkin wujud skim perkhidmatan penganalisis data raya dan mungkin perlu diwujudkan semula BIPK bagi menarik pakar dalam bidang itu berkhidmat dengan kerajaan.", "Mengulas mengenai pandangan bahawa pegawai perubatan sepatutnya terus menerima elaun itu atas faktor tugas yang sukar, Suhaime berkata ramai yang tidak mengetahui sebenarnya mereka layak untuk menerima 22 lagi elaun dan kemudahan lain berdasarkan tugasan yang dijalankan.", "Antaranya Elaun Pentadbiran Hospital, Elaun Tugas Atas Panggilan Bagi Pegawai Perubatan, Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan, Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah serta Bayaran Insentif Pakar, kata beliau.", "“Apa yang perlu difahami ialah elaun-elaun yang diberikan tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik mengikut keadaan semasa, tetapi ramai yang menganggap ia sebagai hak mutlak mereka,” kata Suhaime. –BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/gempa-bumi-wanita-warga-emas-ditemui-masih-bernyawa-selepas-212-jam-tertimbus/
GEMPA BUMI: WANITA WARGA EMAS DITEMUI MASIH BERNYAWA SELEPAS 212 JAM TERTIMBUS
[ "GAZIANTEP: Seorang wanita warga emas berusia 77 tahun ditemui masih hidup selepas 212 jam tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Adiyaman, Turkiye.", "Fatma Gungor ditemui pasukan menyelamat pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda di negara itu.", "Penemuan Fatma dianggap satu keajaiban ketika operasi SAR berdepan detik sukar dan harapan untuk menemui mangsa hidup amat tipis.", "Fatma kemudian dihantar ke hospital selepas dibawa keluar daripada runtuhan.", "Setakat yang dilaporkan, angka kematian telah melepasi 40,000 nyawa, operasi SAR yang mencabar berhasil apabila turut menemukan lebih ramai mangsa gempa bumi yang masih hidup.", "Sebelum ini pakar menjangkakan jarang untuk menemukan mangsa masih hidup selepas hari kelima hingga ketujuh, bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecederaan serta akses kepada udara dan faktor cuaca.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pelajar-bukan-islam-spm-8a-terharu-terima-penghargaan-masjid/
PELAJAR BUKAN ISLAM SPM 8A TERHARU TERIMA PENGHARGAAN MASJID
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berbangsa Cina, Aaron Foo Xiang Jun antara individu yang dirai oleh pihak Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling berikutan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.", "Aaron Foo yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, hadir menerima pengiktirafan tersebut bersama bapanya, Foo Chee San, dalam satu majlis sempena sambutan Ma’al Hijrah peringkat masjid itu, semalam.", "Sementara itu, Foo Chee San menghargai usaha pihak masjid dalam meraikan kejayaan anaknya itu.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid atas inisiatif yang sangat bermakna ini,” katanya.", "Kisah ini turut dikongsi menerusi laman sosial Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Khasyi’in sendiri.", "“Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling meraikan saudara Aaron Foo Xiang Jun iaitu salah seorang pelajar Cemerlang SPM 2022 sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Masjid,” memetik ciapan di akaun Twitter rasmi JAWI.", "JAWI dalam ciapan itu turut menyatakan institusi masjid perlu menjadi medan menyuburkan semangat muhibah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.", "Keluarga pelajar cemerlang itu merupakan ahli kejiranan masjid tersebut. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tauke-jambu-empat-rakan-didakwa-miliki-dadah/
TAUKE JAMBU, EMPAT RAKAN DIDAKWA MILIKI DADAH
[ "KUALA LUMPUR: Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai “Tauke Jambu” dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin.", "Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.", "Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini, pada 2.40 pagi, 10 April lepas.", "Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.", "Zamatul Amri yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.", "Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/menteri-agama-respon-video-tular-seru-umat-islam-martabat-undang-undang-syariah/
MENTERI AGAMA RESPON VIDEO TULAR, SERU UMAT ISLAM MARTABAT UNDANG-UNDANG SYARIAH
[ "KUALA LUMPUR: Umat Islam diseru supaya memartabatkan undang-undang syariah yang merupakan tanggungjawab bersama dan Kerajaan Perpaduan sentiasa komited memastikan kedudukannya sentiasa dilindungi di negara ini.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian dalam satu kenyataan respon kepada rakaman video di laman Youtube bertajuk “5 Perkara Bakal Timpa Umat Islam Dalam Tempoh 3 Bulan Selepas PRN!!!”.", "Beliau menegaskan bahawa perkara-perkara yang disebutkan dalam video tersebut adalah terkait dengan kedudukan undang-undang jenayah Syariah dan isu pengislaman kanak-kanak.", "“Kenyataan di dalam video tersebut berkenaan kedudukan undang-undang jenayah Syariah yang akan dicabar di dalam kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan adalah satu andaian dan anggapan semata-mata.”", "“Seperti yang pernah saya nyatakan, kes tersebut berada pada peringkat Pendengaran Kes di Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebarang komentar berkaitan kes ini diklasifikasikan sebagai sub judice – sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.” katanya.", "Tambahnya, selain itu, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam.", "Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.", "Tegasnya, berkenaan isu pengislaman kanak-kanak mualaf, kenyataan yang dibuat dalam video itu adalah satu anggapan dan andaian sahaja.", "“Beliau tidak mengemukakan sebarang data dan fakta untuk menyokong andaian tersebut.”", "“Kes-kes pengislaman kanak-kanak akan diputuskan berdasarkan undang-undang sedia ada di mahkamah-mahkamah Syariah.” ujarnya.", "Mohd Na’im turut mengingatkan supaya terus menjaga perpaduan yang harmoni dan menjauhi isu perpecahan melibatkan 3R (Raja, Agama dan Kaum).", "Terdahulu, tular sebuah klip video bertajuk “5 Perkara Bakal Timpa Umat Islam Dalam Tempoh 3 Bulan Selepas PRN!!!” bertarikh 12 Ogos.", "Video berdurasi 9.03 minit itu memaparkan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Nizam,Setiausaha Agong Pembela turut mengulas beberapa isu lain. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kapal-kargo-karam-barangan-11-11-lesap/
KAPAL KARGO KARAM, BARANGAN 11.11 LESAP?
[ "TAIPEI: Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.", "Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan dari TaoBao sebelum dihantar kepada pembeli.", "Menurut laporan ETToday dan World off Buzz, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut.", "Akibat kejadian itu juga sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut.", "Berita itu memberi tamparan hebat kepada pembeli apabila lebih 100 individu mula membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit jika barang tiada hingga tular di laman sosial.", "@khchee menulis, “Saya mahu duit dikembalikan, jika barang tiada.”", "“Ini perkara yang amat dahsyat, saya berharap barang saya selamat,” kata Juankie.", "Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan akan disalurkan menerusi pembayaran AliPay.", "Perkhidmatan pelanggan juga akan terus menghubungi pembeli untuk memudahkan kaedah pemprosesan tersebut.", "Difahamkan, insiden berkenaan pertama kali berlaku melibatkan pengurusan logistik TaoBao. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/pelajar-cemerlang-spm-terus-berbakti-imamkan-solat-jenazah-ibu/
PELAJAR CEMERLANG SPM TERUS BERBAKTI, IMAMKAN SOLAT JENAZAH IBU
[ "BACHOK: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi, 18, melunaskan bakti buat kali terakhirnya dengan mengimamkan solat jenazah ibunya yang telah meninggal dunia, malam tadi.", "Muhammad Syahril yang memperoleh keputusan 11A dalam SPM itu juga membantu menguruskan proses pengebumian jenazah ibunya yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat, pagi tadi.", "Lapor media tempatan, tanah perkuburan tersebut turut menjadi tempat jenazah bapanya, Saidi Mat Jusoh disemadikan.", "Kakak pelajar cemerlang itu, Syazelin Saidi, 23, turut berkorban demi menjaga ibunya selepas menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Pengajian Guru (IPG) pada 2017.", "Sementara itu, nenek saudara kepada enam beradik itu, Zainab Othman, 58 berkata, Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibunya.", "“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.", "“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” katanya.", "Sebelum ini tular kisah Muhammad Syahril yang sanggup mengorbankan detik paling bermakna buatnya dengan tidak hadir ke sekolah bagi menerima keputusan cemerlang SPM pada Khamis lalu, demi menjaga ibunya yang terlantar sakit.", "Bagaimanapunn ibu pelajar itu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia kira-kira jam 8.40 malam tadi akibat angin ahmar yang dihidap sejak tahun 2019.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/akleh-duke-antara-jalan-utama-ditutup-sempena-klscm-2022/
AKLEH, DUKE ANTARA JALAN UTAMA DITUTUP SEMPENA KLSCM 2022
[ "KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022 pada Sabtu (12 Nov) dan Ahad (13 Nov) ini.", "Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata acara larian bertaraf antarabangsa itu, dijangka menarik penyertaan kira-kira 20,000 peserta dari dalam dan luar negara, melibatkan empat kategori iaitu 5 kilometer (km), 10km, ‘half marathon’ (21km) dan ‘full marathon’ (42km).", "“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan membuat penutupan dan lencongan bagi jalan-jalan terlibat dengan larian, bermula 3 pagi (12 Nov). Penutup dan pembukaan semula jalan akan dilakukan berperingkat dan dijangka dibuka sepenuhnya sekitar 11 pagi Ahad,” katanya dalam kenyataan hari ini. ", "Jalan yang akan ditutup pada Sabtu (12 Nov) bagi 5km dan 10km adalah Jalan Raja di Dataran Merdeka bermula 12 tengah malam, manakala Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang (pusat bandar), Jalan P. Ramlee dan Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn akan ditutup pada 5.30 pagi.", "Jalan Parlimen bagi kedua-dua arah; Jalan Kinabalu menuju Bulatan Dato Onn; Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah; dan Bulatan Hishammuddin ke Jalan Raja akan ditutup 6 pagi.", "Jalan yang akan ditutup jam 3 pagi pada Ahad (13 Nov) bagi 21km dan 42km adalah bulatan Dato Onn ke Jalan Tun Perak/Jalan Raja Laut; Jalan TAR ke Jalan Tun Perak; Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak; Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato Onn; dan Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.", "Selain itu, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan; Jalan Sultan Abdul Aziz dari arah Sentul ke Jalan TAR; Jalan Pahang dari Bulatan Pahang ke Jalan TAR; Jalan Raja Muda Abd Aziz dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.", "Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala hingga Jalan Sultan Ismail; sepanjang Jalan Sultan Ismail bagi kedua-dua hala; Jalan P. Ramlee ke Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan; Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak; Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang; dan Jalan Perak ke Jalan P. Ramlee dan ke Jalan Sultan Ismail.", "Beliau berkata turut ditutup ialah Jalan P. Ramlee ke Jalan Ampang; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari Bulatan Kampung Pandan; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari arah Institut Jantung Negara (IJN); Jalan Ampang dari arah Ampang ke KLCC; dan Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang ke Jelatek.", "Selain itu, turut ditutup jam 3 pagi ialah dari Persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak sehingga ke persimpangan Jalan Jelatek; dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.", "Lebuhraya AKLEH dan DUKE akan ditutup jam 11 malam (12 Nov) manakala jalan yang ditutup jam 5.30 pagi (13 Nov) ialah Jalan Kuching menuju ke Cheras (kenderaan dilencongkan ke arah lebuhraya DUKE arah Ampang).", "Jalan lain ialah Bulatan Segambut dari arah Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tuanku Abd Halim ditutup ke pusat bandar; Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.", "Beliau menasihatkan orang ramai yang menyertai larian itu untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid bas." ]
https://alhijrahnews.com/agong-titah-semua-masjid-adakan-solat-hajat-doa-selamat/
AGONG TITAH SEMUA MASJID ADAKAN SOLAT HAJAT, DOA SELAMAT
[ "SHAH ALAM : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon kepada ALLAH SWT agar memelihara negara dan rakyat daripada sebarang penyakit tidak diingini susulan peningkatan wabak koronavirus di China dan negara lain termasuk Malaysia.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah sentiasa mengikuti perkembangan terkini wabak tersebut dan begitu prihatin serta bimbang dengan keselamatan diri juga kesihatan rakyat yang berada dalam negara serta di luar negara.", "Katanya, tambah lagi peningkatan jumlah kes positif jangkitan koronavirus dan kematian di seluruh kawasan yang terjejas di China.", "“Baginda menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan.", "“Baginda juga berharap semua usaha dilakukan pihak-pihak berkuasa tempatan dan di kawasan-kawasan yang terjejas dalam menangani gejala wabak itu dipermudahkan serta situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Ahmad Fadil berkata, Al Sultan Abdullah turut mengulangi nasihat baginda sebelum ini kepada rakyat untuk sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini wabak koronavirus hanya dari saluran rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), agensi kerajaan serta media arus perdana dan bukannya dari sumber tidak sahih yang boleh mencetuskan rasa cemas atau mengganggu ketenteraman dalam kalangan rakyat.", "“Baginda menyeru rakyat agar sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan serta amalan kesihatan seperti digariskan KKM,” katanya. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-jepun-lanjutkan-perintah-berkurung-hingga-31-mei/
COVID-19: JEPUN LANJUT PERINTAH BERKURUNG HINGGA 31 MEI
[ "ANKARA: Jepun memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung hingga 31 Mei depan ekoran penularan wabak koronavirus, demikian lapor media tempatan hari ini.", "Menurut Kyodo News, pihak kerajaan memaklumkan kepada parlimen mengenai rancangan melanjutkan tempoh berkurung itu selepas menerima nasihat panel pakar kesihatan.", "Perdana Menteri Shizo Abe dijangka mengumumkan tempoh lanjutan itu hari ini dalam pertemuan dengan media jam 6 petang waktu tempatan, kata agensi itu dipetik Anadolu.", "Bagaimanapun, negara itu juga dijangka melonggarkan sekatan terhadap aktiviti sosial dan ekonomi di beberapa wilayah.", "Perintah berkurung diisytiharkan di Jepun pada 7 April lalu.", "Jepun kini merekodkan lebih 15,000 kes koronavirus dengan 550 kematian, demikian menurut Kyodo News. – Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/gema-haflah-platform-penonton-pelajari-seni-tarannum/
GEMA HAFLAH: PLATFORM PENONTON PELAJARI SENI TARANNUM
[ "KUALA LUMPUR: Program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah yang mengangkat keindahan seni suara tarannum dalam pembacaan Al-Quran kembali menemui penonton bermula 22 Julai ini.", "Disiarkan setiap Jumaat jam 9 malam, progam ini membariskan Qari dan Qariah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang akan mengalunkan pelbagai variasi tarannum seperti Bayaati, Nahwan, Hijaz dan lain-lain.", "Menariknnya, musim baru kali ini akan menggunakan konsep pembelajaran di mana penonton boleh bersama-sama dengan selebriti jemputan di studio untuk mempelajari teknik tarannum yang dibimbing oleh para qari dan qariah.", "Barisan qari dan qariah yang akan bertindak sebagai tenaga pengajar serta hos ialah Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Mohd Fahmi Asraf, Nor Farhatul Fairuzah dan Siti Aisyah Baa’in.", "Gema Haflah musim baru ini juga akan menampilkan Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Ustaz Amirahman Abas, Ustaz Mohamad Raffe Ghalil Abbas, Sofizah Mousin, Normalina Alias dan beberapa lagi individu sebagai qari dan qariah jemputan.", "Menurut Penerbit Gema Haflah, Shahrul Anwar Hamid, penghasilan musim baharu program terbabit diharap dapat menarik lebih ramai umat Islam membudayakan dan memartabatkan pembacaan Al-Quran.", "“Sejak bersiaran pada 2020, Gema Haflah sentiasa mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada penonton. Diharapkan komitmen berterusan TV AlHijrah menghasilkan program-program memartabatkan Al-Quran ini akan memberi manfaat dan penghayatan kepada penonton.", "“Gema Haflah juga satu-satunya program televisyen yang mempromosi dan menyebarkan budaya haflah. Jadi diharapkan program ini mampu menjadi rujukan untuk penonton mempelajari dan mendalami ilmu tarannum,” katanya.", "Beliau berharap para penonton tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan setiap episod Gema Haflah musim yang baru bermula esok. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bimbang-kes-meningkat-sop-akan-diperketat-ismail-sabri/
BIMBANG KES MENINGKAT, SOP AKAN DIKETATKAN SEMULA – ISMAIL SABRI
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).", "Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil ekoran timbul kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.", "“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.", "“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.", "SOP untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga, kata Ismail Sabri. akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.", "“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.", "Sementara itu kerajaan Sarawak, jelas Ismail Sabri akan berbincang tentang keperluan melaksanakan PKP Diperketatkan berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/puspakom-tawar-pemeriksaan-kenderaan-sukarela-percuma-sempena-aidilfitri/
PUSPAKOM TAWAR PEMERIKSAAN KENDERAAN SUKARELA PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI
[ "SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok hingga 20 April sebagai langkah memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari 8 pagi hingga 5 petang.", "Menurut Mohammed Shukor pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.", "“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/maqis-pulau-pinang-rampas-daging-babi-diisytihar-produk-ikan/
MAQIS PULAU PINANG RAMPAS DAGING BABI DIISYTIHAR PRODUK IKAN
[ "GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menggagalkan taktik sebuah syarikat pengimport yang cuba menyeludup masuk produk daging babi dengan mengisytiharkannya sebagai produk ikan, dalam pemeriksaan baru-baru ini.", "Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Azhari Sharidan Abu Bakar berkata taktik itu dikesan ketika pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), dekat sini pada Februari lepas dan mendapati 20,736 tin produk daging babi dilabel sebagai produk ikan.", "“Pemeriksaan lanjut di makmal ke atas produk seberat kira-kira tujuh tan itu disahkan oleh Jabatan Kimia merupakan produk berasaskan daging babi, ini rampasan terbesar bagi produk hiliran berasaskan babi pada tahun ini.", "“Semua produk bernilai RM326,592 itu telah disita kerana diimport menggunakan maklumat palsu dan mengelirukan. MAQIS turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM16,000 kepada syarikat pengimport berpangkalan di Pulau Pinang itu mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.", "Beliau berkata semua produk daging babi yang disita itu akan dilucut hak dan dilupuskan sama ada menerusi kaedah tanam atau menggunakan insinerator.", "Menurut Azhari Sharidan larangan pengimportan dan membawa masuk produk babi di setiap pintu masuk negara adalah bagi menghalang risiko kemasukan virus Deman Afrika Selatan (ASF) yang boleh menjejaskan industri penternakan babi dan produk hasilan babi tempatan.", "“Aktiviti import produk babi dari China dilarang keras kerana negara itu terjejas teruk dengan penularan virus ASF dan dikhuatiri menjejaskan industri penternakan babi dan produk hasilan babi di negara ini,” katanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/angka-kematian-ribut-megi-di-filipina-meningkat-ke-121-orang/
ANGKA KEMATIAN RIBUT MEGI DI FILIPINA MENINGKAT KEPADA 121 ORANG
[ "MANILA: Angka kematian akibat ribut tropika yang melanda Filipina pada hujung minggu lalu meningkat kepada 121 orang, termasuk 81 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di bandar tengah Filipina, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis.", "Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina, kawasan yang mengalami banjir dan tanah runtuh besar akibat ribut tropika Megi.", "Bagaimanapun, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan hanya 76 kematian dan 29 orang hilang setakat ini.", "Agensi itu, yang menerima laporan dari wilayah yang terjejas akibat bencana, berkata ia sedang mengesahkan jumlah korban.", "Kolonel Polis Ma. Bella Rentuaya, Jurucakap Polis Negara di wilayah Visayas Timur, berkata sehingga Khamis, 113 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah itu.", "Menurut beliau, 81 orang maut dalam tanah runtuh di Baybay City dan 31 lagi mangsa di bandar Abuyog di wilayah Leyte, dan satu di wilayah Samar, sambil menambah lima lagi hilang, dan sekurang-kurangnya 236 penduduk cedera dalam ribut itu.", "Megi, yang membadai darat Ahad lalu, merupakan ribut tropika pertama tahun ini yang melanda negara Asia Tenggara itu, yang dilanda kira-kira 20 taufan dan ribut setiap tahun. Kepulauan Filipina terletak di lingkaran taufan Pasifik, menjadikannya antara negara yang paling terdedah kepada bencana di dunia. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-kutuk-serangan-udara-rejim-israeli-di-jenin-palestin/
MALAYSIA KUTUK SERANGAN UDARA REJIM ISRAELI DI JENIN, PALESTIN
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.", "Wisma Putra dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa Malaysia menggesa Israel agar segera menghentikan pertumpahan darah itu dan membenarkan penduduk Jenin mendapat akses kepada bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kesihatan.", "“Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim Israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.", "“Malaysia terus kekal dengan pendirian bahawa penduduk Palestin berhak mendapat kemerdekaan dan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan perjanjian sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut Wisma Putra.", "Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa yang terkorban disebabkan oleh tindakan agresif Israel.", "“Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan,” katanya. ", "Bernama sebelum ini melaporkan pada Isnin bahawa Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ibu-dan-anak-maut-dalam-nahas-kenderaan-bertembung/
IBU DAN ANAK MAUT DALAM NAHAS KENDERAAN BERTEMBUNG
[ "IPOH: Dua beranak maut di tempat kejadian apabila trak makanan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, kira-kira 90 kilometer dari sini, malam ini. ", "Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sejurus tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit. ", "“Akibat pelanggaran itu, pemandu trak berkenaan, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan.", "“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan keluar kedua-dua mangsa tersepit di ruang pemanduan,” katanya dalam kenyataan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pelakon-pengarah-penolong-pengarah-direman-positif-dadah/
PELAKON, PENGARAH, PENOLONG PENGARAH DIREMAN POSITIF DADAH
[ "IPOH: Seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar direman dua hari selepas disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah inap desa di Chandan Putri, pagi semalam.", "Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pelakon berusia 28 tahun dan dua yang lain itu direman bermula Isnin.", "Menurutnya, dalam serbuan kira-kira pukul 7.15 pagi yang dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar itu turut menemukan dadah bernilai RM270.", "Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah jenis ‘kanabis’ seberat 1.15 gram dan 0.3 gram dalam bilik suspek pertama dan kedua manakala dadah jenis ‘methamphetamin’ seberat 0.38 gram ditemui di bilik ketiga.", "Omar Bakhtiar berkata, siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dengan dadah.", "Ujarnya, hasil saringan air kencing mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis ‘tetra hydrocannibol’ manakala penolong pengarah pula positif dadah jenis ‘amphetamine’ dan ‘methamphetamine’.", "Ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/saarani-angkat-sumpah-sebagai-mb-perak-petang-ini/
SAARANI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB PERAK PETANG INI
[ "IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad  akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.", "Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini selepas kesemua wakil tertinggi parti negeri selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini tengah hari tadi.", "Beliau berkata Saarani yang mewakili Barisan Nasional (BN) bersama Naib Pengerusi DAP Pe­rak Dr Aziz Bari, mewakili Pakatan Harapan (PH) menyembahkan kepada Sultan Nazrin berkaitan persetujuan kedua-dua pihak untuk membentuk kerajaan selepas gabungan itu memperoleh 33 kerusi. ", "Menurut Mohd Annuar, Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Pesuruhjaya PAS negeri Razman Zakaria dan Setiausaha Bersatu Datuk Zainol Fadzi Paharudin pula memaklumkan mereka hanya mempunyai 26 kerusi yang tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri.", "“Oleh kerana wakil-wakil daripada PN tidak menentang, tiada pertikaian, maka baginda berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil BN dan juga wakil PH iaitu mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai Menteri Besar daripada kedua-dua belah pihak iaitu Kota Tampan Datuk Seri Saarani,” katanya di pekarangan Istana Kinta.", "Mohd Annuar berkata berikutan terdapat persefahaman dan kepentingan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) segera bersidang bagi meluluskan belanjawan, Sultan Nazrin memperkenan supaya istiadat angkat sumpah menteri besar dilaksanakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 5.30 petang ini. ", "PH dan BN hari ini bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perak selepas masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.", "Saarani yang merupakan Pengerusi BN Perak dan Pengerusi UMNO Perak dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan sejak 2004 dan dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Dis 2020.", "Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dari 2018 hingga 2020.", "Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Saarani mendapat 5,468 undi menewaskan Mohd Jamil Yahya (PN) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (PH).", "Kerajaan Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kelindan-lori-didenda-rm12000-hina-agama-islam-di-facebook/
KELINDAN LORI DIDENDA RM12,000 HINA AGAMA ISLAM DI FACEBOOK
[ "KUALA LUMPUR: Seorang kelindan lori didenda RM12,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.", "Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu selepas Tham Wai Yuen, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari ini.", "Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik dan menghina agama Islam pada ruangan komen menggunakan akaun Facebook miliknya ‘Tham Thamsarak’, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 2.30 petang, 4 April 2020.", "Hantaran itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini pada 5 petang, 20 April 2020.", "Tham didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.", "Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Norazman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan masyarakat, mengambil kira komen bersifat jelik yang dibuat oleh lelaki itu.", "Peguam Zaid Abd Malek yang mewakili Tham memohon denda minimum atas alasan anak guamnya bekerja sebagai kelindan lori selain mempunyai penyakit darah tinggi. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pekerja-kilang-maut-tersepit-dalam-mesin-penarik-fiber/
PEKERJA KILANG MAUT TERSEPIT DALAM MESIN PENARIK FIBER
[ "SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.", "Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Md Suruj Ali berusia 21 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.", "Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor Zulfikar Jaffar berkata seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.06 pagi.", "“Lelaki tersebut tersepit di mesin itu ketika sedang bekerja dan pihak bomba mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.", "“Mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/elon-musk-jadi-pengarah-tunggal-twitter-pecat-keseluruhan-ahli-lembaga-pengarah/
ELON MUSK JADI PENGARAH TUNGGAL TWITTER, PECAT KESELURUHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH
[ "HOUSTON: Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter pada Isnin, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan gergasi media itu membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion.", "Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter, lapor Anadolu Agency (AA).", "“Ini hanya sementara,” ciap Musk selepas melakukan “pembersihan” terhadap barisan kepimpinan tertinggi syarikat itu.", "Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.", "Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS.", "Pengambilalihan Twitter oleh Musk telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya dalam talian dengan Musk sendiri sebelum ini mengkritik dasar penyederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.", "Musk belum lagi memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh .", "Beliau juga dipercayai menerima idea meminta pengguna membayar untuk tanda “blue check” yang digunakan bagi mengesahkan akaun terkenal selebriti, ahli politik, pemimpin perniagaan dan wartawan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiga-elemen-nilai-prestasi-menteri/
TIGA ELEMEN NILAI PRESTASI MENTERI
[ "PUTRAJAYA: Prestasi setiap jemaah menteri yang dilantik akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga elemen tersebut ialah penilaian prestasi kementerian atau jabatan; penilaian kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta penilaian persepsi awam terhadap ahli jemaah menteri dan kementerian serta jabatan di bawah tanggungjawab mereka.", "“Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama.", "“Ianya bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu beliau memaklumkan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan setiap kementerian perlu berlandaskan enam teras utama antaranya, menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; dan meningkatkan kesejahteraan sosial.", "Teras utama yang lain ialah mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia; dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.", "Ismail Sabri berkata beliau telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri pada 24 dan 29 September lalu bagi memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan.", "Sementara itu, setiap ahli Jemaah Menteri diarahkan mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari kepada rakyat bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.", "Kad laporan tersebut bermula dari 1 September 2021 iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/40-ahli-parlimen-bn-sokong-kerajaan-pn-tpm/
40 AHLI PARLIMEN BN SOKONG KERAJAAN PN – TPM
[ "KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen dari parti Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 ahli Parlimen BN.", "“Menjunjung kasih akan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin,” dalam kenyataannya.", "Jelasnya, ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Baginda untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mahkamah-tolak-permohonan-peguam-najib-razak-untuk-tarik-diri/
MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PEGUAM NAJIB RAZAK UNTUK TARIK DIRI
[ "PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd.", "Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan peguam utama bekas perdana menteri itu.", "“Kami sebulat suara berpendapat bahawa keadaan fakta semasa, peguam telah gagal memberikan sebab yang mencukupi.", "“Oleh itu permohonan untuk menarik diri ditolak dan peguam kekal dalam rekod demi kepentingan keadilan,” katanya.", "Terdahulu, Hisyam yang dilantik Najib sebagai peguam utama baharunya pada 27 Julai, menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu atas alasan memerlukan lebih banyak masa untuk rayuan kes tersebut.", "Pada 28 Julai 2020, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.", "Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hakim mengarahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.", "Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/angin-kencang-laut-bergelora-di-pantai-timur-sehingga-isnin/
ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA DI PANTAI TIMUR SEHINGGA ISNIN
[ "KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pantai Timur dijangka berterusan sehingga Isnin ini.", "Kenyataan itu dikeluarkan di laman web rasmi met.gov.my pada jam 12.05 tengah malam.", "Kenyataan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (m) dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Isnin, 16 Disember 2019.", "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.", "Keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, utara Bunguran dan barat Reef North juga diberi amaran kategori kedua untuk perkapalan sehingga Isnin.", "Sementara itu, amaran kategori ketiga untuk perkapalan berikutan angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 m dijangka di kawasan perairan Condore juga sehingga Isnin ini.", "Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.", "Amaran kategori pertama pula dikeluarkan di perairan selatan Samui, selatan Bunguran, timur Reef North, Pulau Layang-layang, Palawan dan Labuan.", "Tiupan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka sehingga Selasa, 17 Disember 2019.", "Amaran dan keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak dan Sabah Barat. Situasi itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.", "Semalam Sinar Harian melaporkan MetMalaysia memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua berlaku di perairan Pantai Timur.", "Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan tidak berada di laut atau menghampiri pantai. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/sinar-harian-terbitkan-wacana-al-quran-bermula-19-oktober/
SINAR HARIAN TERBITKAN WACANA AL-QURAN BERMULA 19 OKTOBER
[ "SHAH ALAM: Kejayaan kempen My#Quran Hour sejak tujuh tahun lalu menjadi inspirasi Sinar Harian untuk menerbitkan program Wacana Al-Quran bermula 19 Oktober ini.", "Wacana Al-Quran akan membincangkan isu-isu ekonomi, kewangan, politik dan lain-lain kemudian mencari penyelesaian berlandaskan Al-Quran.", "Program itu akan disiarkan di platform Youtube, Facebook dan portal rasmi Sinar Harian Online.", "Menurut Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Wacana Al-Quran akan bersiaran pada jam 6 hingga 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat", "“Program ini tercetus dari sesi sumbang saran bulanan kami yang membincangkan tentang isi Al- Quran di setiap juzuk bersama bahagian Penyelidikan & Perkembangan (R&D) kami.", "“Kami yakin hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan As Sunnah hidup kita akan lebih terpimpin,” katanya kepada AlHijrah Online.", "Selain itu Hussamuddin turat berharap penerbitan Wacana Al-Quran akan menjadi penyumbang kepada ekosistem hidup berlandaskan Al-Quran.", "“Tiada solusi yang lebih baik di dalam menangani kehidupan kita pada tahun 2020 ini dan pada masa akan datang kecuali kembali merujuk kepada Al-Quran. Wallahua’lam,” katanya. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/murid-perempuan-maut-digilis-treler-ketika-pulang-dari-sekolah/
MURID PEREMPUAN MAUT DIGILIS TRELER KETIKA PULANG DARI SEKOLAH
[ "SHAH ALAM: Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi.", "Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.", "“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.", "“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.", "Morni berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/umat-islam-dinasihat-tidak-sertai-festival-bon-odori-idris-ahmad/
UMAT ISLAM DINASIHAT TIDAK SERTAI FESTIVAL BON ODORI – IDRIS AHMAD
[ "SUNGAI BESAR: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.", "“Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (Yapis) di sini, hari ini. ", "Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penganjuran festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam  (Panasonic).", "Poster promosi penganjuran festival itu juga memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.", "Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pendedahan loji penyembelihan di Australia, Idris berkata lelaki dikenali di media sosial sebagai ‘The Hood Man’ (Abdullah) yang cuba dijejaki sebelum ini, telah dapat dihubungi dan semua maklumat yang diberi individu itu akan dijadikan bahan untuk tindakan seterusnya.  ", "“Setakat ini syarikat yang terlibat telah digantung dan kita harap beliau tidak apa-apa (selepas pendedahan tersebut). Kita bersyukur dan patut menerima pendedahan sebegitu. ", "“Saya yakin di Australia tidak ada masalah bagi pendedahan sebegitu kerana negara itu mementingkan soal kepenggunaan,” katanya. ", "JAKIM sebelum ini cuba mengesan ‘The Hood Man’ (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.", "JAKIM juga sudah menggantung operasi kira-kira 16 pusat loji sembelihan TFI Lobethal, Australia, sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mercy-malaysia-rancang-buka-pejabat-di-selatan-yaman-bantu-pelarian-terjejas/
MERCY MALAYSIA RANCANG BUKA PEJABAT DI SELATAN YAMAN, DAFTAR UNOCHA
[ "KUALA LUMPUR: Dalam memastikan bantuan kemanusiaan jangka panjang di Yaman berjalan lancar, Mercy Malaysia merancang membuka pejabat atau mempunyai wakil di selatan wilayah konflik itu pada tahun depan.", "Ia juga sedang\nberusaha untuk mendaftar secara rasmi dengan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan\nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) di Yaman, selain bekerjasama dengan\nField Medical Foundation (FMF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan\nterbesar di selatan Yaman berpangkalan di Aden.", "EXCO Mercy\nMalaysia, Norazam Ab Samah berkata, pembukaan pejabat itu jika diluluskan akan\nmemudahkan pihaknya untuk menjalankan program bantuan jangka panjang, terutama\nuntuk pelarian dalaman (IDP) terjejas perang.", "“Fokus utama (pada 2020) selain program di Rakhine, Myanmar dan Cox Bazar, Bangladesh Mercy Malaysia akan cuba daftarkan pejabat di Yaman, khusus untuk bantu pelarian dalaman Yaman di selatan wilayah konflik itu. ", "“Ini salah satu program jangka panjang Mercy Malaysia untuk melihat bagaimana bekalan air bersih, bantuan memperbaiki shelter atau tempat tinggal dan program berkaitan nutrisi untuk kanak-kanak-kanak sekolah (dilaksanakan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Pokok dan Penghargaan Media sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Mercy Malaysia di Taman Metropolitan Kepong di sini hari ini.", "Perasmian majlis\npenanaman 20 batang pokok di Taman Metropolitan Kepong simbolik 20 tahun\npenubuhan Mercy Malaysia itu disempurnakan Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr\nAhmad Faizal Perdaus.", "AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) antara 10 sahabat media Mercy Malaysia yang menerima penghargaan dari NGO itu selepas terbabit dalam liputan khas Misi Rapid Assessment ke Yaman awal bulan ini yang disertai Editor Berita dan Penerbit TV AlHijrah merangkap sukarelawan media, Syed Azwan Syed Ali.", "Turut diraikan\nwakil Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Media Prima, Sinar Harian,\nSin Chew Daily, The Star, The Sun, RTM, BFM Radio dan Astro Awani yang diwakili\nEditor Eksekutifnya, Ashwad Ismail.", "Terdahulu Dr Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata, Mercy Malaysia melihat perubahan iklim sebagai cabaran yang perlu didepani badan kemanusiaan di masa akan datang selain menumpukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di zon konflik dan bencana. ", "“Kita mengambil bahagian aktif dalam program pengurangan risiko bencana, malah Mercy Malaysia mempunyai unit khas Disaster Risk Reduction… Untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, Mercy Malaysia akan melihat kesinambungan alam sekitar dan pengurangan risiko bencana itu penting,” katanya.", "Lebih 24.1 juta warga Yaman memerlukan bantuan asing untuk meneruskan hidup ekoran perang saudara di negara Arab termiskin itu sejak Mac 2015 dengan PBB menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan terburuk dibelenggu perang, kebuluran dan penularan wabak taun. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/wanita-warga-emas-cedera-digigit-buaya-ketika-tangkap-udang-galah/
WANITA WARGA EMAS CEDERA DIGIGIT BUAYA KETIKA TANGKAP UDANG GALAH
[ " ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lepas.", "Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Nurkaisa Ausad, 65, berasal dari Linggi, Negeri Sembilan cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.", "“Daripada laporan polis dibuat anak mangsa pada Isnin lepas, pengadu Muhammad Omar, 24, menerima panggilan telefon daripada kawan ibunya yang memaklumkan mangsa digigit buaya ketika sedang menangkap udang bersama nelayan lain di perairan itu.", "“Semasa ibunya mahu turun menyerkap udang galah di dalam sungai yang tidak jauh daripada perahu dinaiki, secara tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Arshad berkata mangsa kemudiannya meronta-ronta sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya terbabit.", "Arshad berkata bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan diri daripada buaya berkenaan, kepala wanita itu telah terhantuk pada bucu perahu dan menyebabkan dia mengalami kecederaan.", "“Rakan nelayan di situ yang menyedari keadaan itu kemudiannya menyelamatkan mangsa dan  membawanya naik ke daratan, seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.", "“Keadaan wanita itu kini stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya,” katanya.", "–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/terengganu-umum-bonus-penjawat-awam-rm900/
TERENGGANU UMUM BONUS PENJAWAT AWAM RM900
[ "KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri ini.", "Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembayaran yang akan dibuat pada Januari 2023 itu diharap dapat memberi suntikan semangat untuk penjawat awam negeri bekerja lebih gigih pada masa hadapan.", "“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada hampir 14,000 penerima yang layak,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.", "Terdahulu, Ahmad Samsuri membentangkan Bajet 2023 yang merangkumi RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM500 juta perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta perbelanjaan bekalan air.", "Belanjawan yang bertemakan ‘Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ itu menggariskan tigas teras utama sebagai pendekatan pelaksanaan Bajet 2023 iaitu Menyantuni Rakyat, Memacu Ekonomi dan Melestarikan Pembangunan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/positif-covid-19-bertambah-pelancong-wuhan-mangsa-ke-19/
KES POSITIF COVID-19 BERTAMBAH, PELANCONG WUHAN MANGSA KE-19
[ "PUTRAJAYA: Seorang pelancong dari Wuhan, China yang merupakan anak kepada kes ke-16 yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) turut mengalami nasib sama apabila dijangkiti penyakit tersebut.", "Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif wabak itu di negara ini 19 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, wanita berusia 39 itu kini dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur.", "“Pesakit berkenaan sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan oleh pusat kesihatan daerah (PKD) selepas anak dan rakannya (pesakit ke-14) daripada empat individu kumpulan pelancong itu didapati positif pada 5 dan 7 Februari,” katanya.", "Menurutnya, hasil pemantauan PKD mendapati wanita itu menunjukkan gejala demam dan batuk semalam sebelum dirujuk ke hospital.", "“Ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya telah dilaporkan positif pada hari yang sama,” katanya.", "Sementara itu dalam perkembangan sama, beliau berkata, KKM telah menggerakkan Pasukan Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial (MHPSS) bagi memberi perkhidmatannya kepada individu-individu yang diletakkan di bawah Perintah Pemantauan termasuklah petugas KKM dan agensi lain yang terlibat.", "“Pasukan ini digerakkan sejak 6 Februari lalu susulan Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membawa pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka dari Wuhan, China,” katanya.", "Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi bantuan asas psikologi (psychological first aid: PFA) kelompok dan individu serta kaunseling dan rujukan kepada pakar sekiranya perlu. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/pga7-rampas-mercun-bunga-api-bernilai-hampir-rm50000-di-pasir-mas/
PGA7 RAMPAS MERCUN, BUNGA API BERNILAI HAMPIR RM50,000 DI PASIR MAS
[ "PASIR MAS: Sejumlah mercun dan bunga api bernilai hampir RM50,000 dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berikutan penahanan seorang lelaki tempatan di Jalan Tunjong-Pasir Mas, di sini, semalam.", "Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kelantan Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, suspek berusia 22 tahun berkenaan ditahan selepas Perodua Kelisa  yang dipandunya dilihat dalam keadaan mencurigakan.", "Katanya hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut ditemukan pelbagai mercun dan bunga api yang disembunyikan di dalam guni dan kotak di tempat duduk belakang serta di bahagian but kereta.", "“Susulan soal siasat lanjut ke atas lelaki berkenaan, anggota PGA7 menyerbu sebuah stor bersebelahan premis kediaman keluarga suspek di Kampung Kenjing Repek pada 11 malam.", "“Dalam serbuan tersebut, anggota PGA7 berjaya menjumpai mercun dan bunga api pelbagai jenama yang disembunyikan dan dipercayai dijadikan sebagai transit sementara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Beliau berkata siasatan juga mendapati kesemua mercun yang dirampas dipercayai diseludup dari Thailand dan akan dipasarkan di sekitar Pasir Mas ekoran permintaan yang tinggi menjelang musim perayaan. ", "Azhari berkata secara keseluruhannya, pihaknya merampas 40 bungkusan dan 1,208 kotak mercun serta bunga api yang dianggarkan bernilai RM49,692.", "“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.", "“Pihak PGA7 percaya akan ada banyak lagi cubaan penyeludup untuk membawa masuk mercun dan bunga api dari negara jiran kerana permintaan yang tinggi,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-rakyat-malaysia-terbabit-dalam-nahas-pesawat-terhempas-di-tehran/
TIADA RAKYAT MALAYSIA TERBABIT DALAM NAHAS PESAWAT DI TEHRAN
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran hari ini.", "“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.", "Pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.", "Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat malang itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mahkamah-tinggi-bebas-hasanah-daripada-tuduhan-pecah-amanah/
MAHKAMAH BEBAS HASANAH DARIPADA TUDUHAN PECAH AMANAH
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, empat tahun lepas.", "Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Hasanah supaya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut setelah tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fairuz Johari.", "“Memandangkan pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk menjalankan kes tersebut, mahkamah ini membebas dan melepaskan Hasanah daripada pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.", "“Tidak adil membiarkannya berdepan dengan pertuduhan itu begitu sahaja selama setahun dan itu bukan suatu keadilan,” kata JC Roz Mawar.", "Terdahulu, peguam pemohon Datuk Suhaimi Ibrahim berhujah bahawa pada tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak guamnya, bagaimanapun, sehingga kini pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan sebarang kes terhadap Hasanah.", "“Mereka tidak dapat meneruskan lagi kerana perkara utama tidak ada lagi. Seterusnya, isu lain ialah, mereka tidak lagi mempunyai bukti utama yang terlibat dalam pertuduhan itu. Perkara subjek tidak ada lagi. Tidak salah jika pemohon dalam kes ini mengatakan bahawa kes pendakwaan tidak lagi wujud,” kata Suhaimi.", "Pada 12 April 2021, Ahmad Shahrir memberikan perintah DNAA kepada Hasanah selepas TPR Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes terhadap Hasanah.", "Hakim memutuskan bahawa TPR menyatakan bahawa Hasanah akan dihadapkan semula dengan pertuduhan di masa akan datang setelah terdapat perkembangan baharu.", "Ahmad Shahrir juga berkata apabila TPR menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 254(1) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh, adalah menjadi kewajipan mahkamah berdasarkan Seksyen 254(3) kanun sama, untuk mempertimbangkan sama ada tertuduh sepatutnya diberi perintah pelepasan tanpa pembebasan atau perintah pelepasan dan pembebasan.", "Perbicaraan bermula pada 6 Okt 2020, dengan 10 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes itu.", "Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 65, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.", "Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JPM, di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/vaksinasi-walk-in-diperluas-di-seluruh-negara/
VAKSINASI ‘WALK-IN’ DIPERLUAS DI SELURUH NEGARA
[ "KUALA LUMPUR: Vaksinasi secara terus atau ‘walk-in’ akan diperluas di seluruh negara dalam masa terdekat.", "Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu selari dengan matlamat untuk mempertingkatkan jumlah pemberian vaksin kepada rakyat.", "Setakat ini, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak sudah memulakan ‘walk-in’ kepada warga emas dengan Kelantan yang membuka secara pra tempahan.", "“Perincian pelaksanaan vaksinasi secara terus itu akan dimaklumkan oleh CITF negeri bersama Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.", "“Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara ‘walk-in’ di PPV bagi setiap negeri,” katanya.", "Vaksinasi secara ‘walk-in’ yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 2 Ogos lepas dikhususkan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun ke atas serta guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).", "CITF dalam kenyataan sama meminta individu di Lembah Klang yang tidak tergolong daripada kumpulan seperti dinyatakan dan tidak mendapat janji temu agar mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan sebelum ini untuk mendapatkan dos pertama.", "“Penerimaan suntikan secara ‘walk-in’ ke PPV disenaraikan sebelum ini juga kini dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya jam 2 petang,” katanya.", "Bagaimanapun, wanita hamil tidak digalakkan untuk ‘walk-in’, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin ke PPV bersesuaian.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rayuan-haji-kini-dibuka/
RAYUAN HAJI KINI DIBUKA
[ "KUALA LUMPUR: Para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh membuat rayuan haji untuk musim 1442H/2021M bermula hari ini 22 Disember 2020 sehingga 13 Februari 2021.", "Rayuan tersebut boleh dibuat melalui aplikasi THiJARI.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penggunaan aplikasi itu akan memudahkan para pendeposit untuk membuat rayuan tanpa perlu ke pejabat TH.", "“Kemudahan terbaharu ini dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan ke pejabat-pejabat TH seperti tahun-tahun yang lalu, lebih-lebih lagi masyarakat kini terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” katanya.", "Selain daripada rayuan haji katanya, bakal haji boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi THiJari.", "Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 37.", "Sebanyak lima kertas kerja dibentang dan dibincangkan sepanjang muzakarah ini oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang meliputi isu kemampuan mengerjakan haji semasa seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/vaksin-covid-19-tiada-kesan-sampingan-jika-makan-durian/
VAKSIN COVID-19: TIADA KESAN SAMPINGAN JIKA MAKAN DURIAN
[ "TAPAH: Individu yang makan buah durian sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan sampingan.", "Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dakwaan kesan sampingan akibat makan raja buah itu selepas vaksin yang tular di media sosial adalah tidak benar.", "“Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk vaksin. Ini tidak betul, yang betulnya kita tidak boleh makan makanan terlalu manis, itu boleh memudaratkan kesihatan.", "“Jadi dakwaan tersebut tidak benar dan sudah disahkan kematian disebabkan serangan jantung,” katanya selepas melakukan lawatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.", "Beliau mengulas berkenaan hantaran yang tular di media sosial mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas menerima vaksin.", "Azmi berkata, dakwaan tersebut boleh mengundang kekeliruan dan salah faham kepada orang ramai.", "“Orang ramai dinasihatkan untuk semak dahulu pastikan kebenarannya. Jangan teruja mahu menularkan kepada semua dan perkara kontroversi yang kita sendiri tidak pasti jangan sebar, biarlah kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjawabnya dan menjelaskan secara saintifik dan data,” katanya.", "Media sebelum ini melaporkan terdapat dakwaan seorang lelaki meninggal dunia sewaktu makan durian selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 namun punca kematiannya disahkan akibat serangan jantung.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-jumlah-kematian-melepasi-angka-1700/
COVID-19: JUMLAH KEMATIAN MELEPASI ANGKA 1,700
[ "BEIJING: Angka kematian akibat jangkitan koronavirus (Covid-19) global kini mencatatkan 1,773 setakat pagi ini selepas lebih 100 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei.", "Sebanyak 1,984 kes baharu dicatatkan menjadikan 70,484 orang telah dijangkiti di seluruh China.", "Menurut Suruhanjaya Wilayah Hubei, jumlah kes di wilayah itu mencapai 58,182 menjelang akhir Ahad dengan 1,696 kematian.", "Jumlah kes pada Isnin adalah sekitar 100, lebih tinggi berbanding Ahad tetapi masih mendadak turun berbanding Jumaat dan Sabtu.", "Wilayah Wuhan menyumbang 71 peratus kes jangkitan dan 77 peratus kematian.", "Di luar Hubei, jumlah kes baharu merosot dan jurucakap badan kesihatan kebangsaan China semalam berkata, angka yang semakin perlahan itu memberi petanda wabak itu sedang dikawal.", "Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa mustahil untuk meramalkan ke mana arah wabak itu.", "Pakar antarabangsa tiba di Beijing dan mula bertemu dengan rakan sejawat bagi membincangkan wabak itu, kata Tedros di Twitter. — SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/pamer-kertas-undi-sanusi-akan-dipanggil-polis-kpn/
PAMER KERTAS UNDI: SANUSI AKAN DIPANGGIL POLIS – KPN
[ "KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk diambil keterangan susulan didakwa menayangkan kertas undinya kepada petugas media pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lepas.", "Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Muhammad Sanusi akan dipanggil dalam tempoh terdekat dan rakaman percakapannya akan diuruskan polis kontinjen Kedah.", "Beliau berkata polis akan menyiasat daripada pelbagai aspek selaras dengan laporan yang diterima.", "“Berilah kami peluang untuk menyiasat kes ini, bagi menuduh atau tidak itu kami serahkan kepada AGC (Pejabat Peguam Negara).", "“Kami juga mempunyai cadangan-cadangan dengan melihat semua keterangan untuk menyiasat kes ini menggunakan seksyen yang bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman di sini hari ini.", "Razarudin berkata kes berkenaan antaranya akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 5(1) dan Seksyen 26(1)(g).", "Pada 12 Ogos lepas, Muhammad Sanusi mendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada PRN.", "Sebaliknya, beliau dilapor berkata kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/prn-polis-terima-94-laporan-salah-guna-mykad-pada-hari-mengundi/
PRN: POLIS TERIMA 94 LAPORAN SALAH GUNA MYKAD PADA HARI MENGUNDI
[ "KUALA LUMPUR: Polis menerima sejumlah 94 laporan berhubung kesalahan menggunakan nama dan kad pengenalan (MyKad) orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata Selangor merekodkan jumlah laporan tertinggi membabitkan kesalahah tersebut iaitu 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20),Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah dan Terengganu.", "Katanya, kesalahan tersebut membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.", "“Sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata sebanyak 240 kertas siasatan dibuka membabitkan 1,951 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen PRN di enam negeri sehingga semalam.", "Razaruddin berkata 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).", "“Setakat semalam, kita telah menahan 15 individu iaitu sembilan orang di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.", "Beliau berkata PDRM meluluskan 4,506 permit dalam tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan  Pulau Pinang (452).", "Kesalahan lain yang dilaporkan adalah khianat bendera, mempamer logo politik, menghalang penjawat awam dan perhimpunan menyalahi undang-undang, katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kpm-kenal-pasti-enam-subjek-teras-kekurangan-guru-di-sekolah/
KPM KENAL PASTI ENAM SUBJEK TERAS KEKURANGAN GURU DI SEKOLAH
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Feb lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.", "Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata mata pelajaran tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.", "“Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023.”", "“Bagaimanapun, kita ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini, kita akan ambil guru dari universiti luar,” katanya menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai kekurangan guru sekolah bagi subjek pendidikan teras dan perancangan KPM bagi meningkatkan pengambilan jumlah guru baharu.", "Sementara itu, Lim berkata pengambilan guru adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran semasa.", "“Jadi mungkin ada sesetengah graduan yang tidak dapat menjadi guru, tidak dipanggil temu duga,  ini adalah disebabkan opsyen (mata pelajaran) itu berlainan dengan apa kita perlukan di KPM,” katanya.", "Menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai nasib graduan yang gagal temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Lim berkata graduan boleh memohon semula melalui mySPP selepas tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan di portal rasmi SPP.  ", "Menurutnya, calon yang masih tidak berjaya boleh terus memohon sehingga mencapai umur 45 tahun.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pembubaran-parlimen-halang-ketidakharmonian-dalam-pentadbiran-kerajaan-pm/
PEMBUBARAN PARLIMEN HALANG KETIDAKHARMONIAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN – PM
[ "KUALA LUMPUR: Pembubaran Parlimen Ke-14 adalah bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan selepas 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan menteri-menteri ini jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.", "“Keputusan ini (pembubaran Parlimen Ke-14)  juga adalah rentetan terhadap perkembangan politik semasa tanah air di mana 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.", "Justeru, pembubaran ini bagi menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini. ", "Semalam beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.", "Ismail Sabri berkata seperti yang beliau jelaskan dalam Perutusan Khas semalam, pembubaran Parlimen Ke-14 ini adalah untuk menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap dengan memulangkan semula mandat kepada rakyat.", "Perdana Menteri berkata demikian merujuk kepada kenyataan media Istana Negara semalam yang menyatakan Seri Paduka Baginda menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.", "Selain itu beliau berkata sejak akhir-akhir ini, ada dalam kalangan Jemaah Menteri yang membuat kritikan secara terbuka terhadap keputusan dan dasar kerajaan. ", "“Malah tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan musuh utama PN adalah Barisan Nasional (BN) telah mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai kerajaan,” katanya. ", "Beliau berkata Muhyiddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pernah membuat kenyataan yang menyarankan agar Parlimen dibubarkan kerana mendakwa kerajaan gagal dalam menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.", "Ismail Sabri berkata kerajaan hanya mampu berfungsi dengan baik melalui kebersamaan dan kesepakatan dalam memberikan perkhidmatan serta manfaat terbaik kepada Keluarga Malaysia.", "Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk mendepani cabaran mendatang, kata beliau.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sop-terkini-solat-berjemaah-dan-aktiviti-pengimarahan-dl-masjid-dan-surau/
SOP TERKINI SOLAT BERJEMAAH DAN AKTIVITI PENGIMARAHAN Dl MASJID DAN SURAU
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuatkuasa esok 18 Mac 2021 (Khamis).", "Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata perubahan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.", "“Bagi solat Jumaat bilangan jemaah diperluaskan ke semua ruang yang sesuai di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat termasuk kawasan berkhemah dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.", "“Bilangan jemaah bagi solat fardu pula adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan media hari ini.", "Katanya lagi untuk aktiviti pengimarahan, masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengadakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan sebagainya dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.", "Mohd Ajib berkata semua ketetapan terbaharu ini adalah tertakluk kepada Garis Panduan yang ditetapkan serta prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/gempa-bumi-turkiye-operasi-sar-hampir-selesai/
GEMPA BUMI TURKIYE: OPERASI SAR HAMPIR SELESAI
[ "ANKARA: Operasi mencari dan menyelamat yang berlanjutan hampir dua minggu selepas gempa bumi besar meragut lebih 40,000 nyawa kini hampir selesai, menurut agensi bencana Turkiye pada Ahad.", "Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di sekitar 40 bangunan membabitkan dua wilayah iaitu Hatay dan Kahramanmaras, kata ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Yunus Sezer pada sidang media, lapor Xinhua.", "Sezer berkata kerja-kerja di kawasan yang dilanda bencana kini tertumpu kepada mengalihkan serpihan, melindungi gelandangan dan penyediaan infrastruktur.", "Jumlah kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye pada 6 Feb telah meningkat kepada 40,689, kata Sezer.", "Angka kematian dijangka meningkat apabila pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada runtuhan.", "Zon gempa dianggarkan mempunyai populasi 13.5 juta orang dan ramai daripada mereka hilang tempat tinggal.", "Kerajaan Turkiye bersama organisasi bantuan tempatan dan antarabangsa telah melancarkan usaha bantuan besar-besaran.", "Pihak berkuasa berusaha menyediakan lebih banyak penginapan sementara termasuk khemah dan kontena, manakala ramai mangsa yang terselamat masih ditempatkan di hotel, asrama, gim, dan kereta api.", "Lebih 6,000 kontena telah dipasang setakat ini, manakala kerja-kerja infrastruktur bagi membina 68,000 kontena hampir siap, kata Sezer sambil menambah hampir 250,000 khemah telah digunakan.", "Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata pada Selasa bahawa 2.2 juta orang telah meninggalkan zon bencana.", "Bagaimanapun, ramai mangsa yang terselamat memilih untuk tinggal berdekatan dengan kediaman mereka bagi melindungi harta benda.", "AFAD mengeluarkan pekeliling pada Ahad bahawa orang ramai tidak dibenarkan memasuki bangunan yang musnah dan pasukan keselamatan akan mengawasi keadaan bagi mereka yang ingin mendapatkan semula harta benda.", "Pihak berkuasa tempatan mula menjalankan kerja-kerja membasmi kuman di kawasan bencana dan tong sampah untuk mencegah wabak penyakit berjangkit.", "Tiada wabak penyakit berjangkit dikesan setakat ini di zon gempa, kata Menteri Kesihatan Turkiye.", "Türkiye menempatkan hampir 3.5 juta pelarian Syria, kira-kira separuh daripada mereka telah berlindung di wilayah bencana.", "Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar berkata pada Ahad bahawa sekurang-kurangnya 10,633 rakyat Syria yang berada di negara itu telah kembali ke tanah air mereka secara sukarela selepas gempa bumi.", "“Saudara kita Syria, yang kehilangan keluarga dan tempat tinggal mereka akibat gempa bumi, kembali ke tanah mereka secara sukarela,” kata Akar semasa lawatannya ke pos sempadan tentera di wilayah selatan Hatay.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bukit-aman-siasat-lelaki-imamkan-bacaan-doa-pada-upacara-agama-lain/
BUKIT AMAN SIASAT LELAKI IMAMKAN BACAAN DOA PADA UPACARA AGAMA LAIN
[ "KUALA LUMPUR: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai beragama Islam yang mengimamkan bacaan doa pada satu majlis yang disertai upacara keagamaan lain.", "Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan dijalankan setelah satu laporan diterima pihaknya pada Selasa lepas, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menjamin kelancaran siasatan unit berkenaan. ", "“Saya tidak mahu membuat kenyataan awal sebab USJT yang siasat. Mereka akan mengeluarkan sebarang maklumat (berhubung siasatan),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. ", "Beliau turut menasihati orang awam agar tidak terlalu pantas membuat andaian dan menyebarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu kejadian serta menyemak dahulu kerana apabila tular, kesannya adalah besar dan sukar ditarik balik.", "Terdahulu, insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.", "Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi sebuah kenyataan pada Rabu lepas turut memaklumkan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular berkenaan.", "Pada masa sama, Allaudeen berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil tindakan menutup premis menjual pakaian di Bukit Bintang, di sini yang menganjurkan acara tarian gelek “separuh bogel” yang tular menerusi media sosial baru-baru ini. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-halangan-calon-hadir-ke-surau-masjid-namun-tidak-dibenarkan-berkempen/
TIADA HALANGAN CALON HADIR KE SURAU, MASJID NAMUN TIDAK DIBENARKAN BERKEMPEN
[ "MELAKA: Tiada halangan untuk calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk beribadah atau menghadiri sebarang program serta aktiviti dianjurkan ahli jawatankuasa surau atau masjid di Melaka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "Bagaimanapun, katanya calon adalah dilarang sama sekali menggunakan masjid, surau dan sekolah agama negeri itu bagi tujuan berkempen, seperti yang diarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum ini.", "“Untuk datang menunaikan solat tentunya tiada masalah, tetapi kita jangan salah gunakan rumah ibadah ini untuk platform berpolitik kerana ia tidak sesuai. Kita perlu tinggalkan semuanya di luar atau rumah seketika, kerana masjid atau surau semuanya datang daripada latarbelakang yang berbeza,” katanya.", "“Sekiranya kita dijemput penganjur atau komuniti untuk sebarang program atau aktiviti datanglah dan tiada siapa yang menghalang, kalau tidak dijemput kita faham-faham sahajalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.", "Semalam media melaporkan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa, beliau dihalang menyertai program bersama kariah di sebuah surau di kawasan berkenaan, serta mendakwa kehadirannya bukan bersifat politik namun untuk memeriahkan aktiviti gotong-royong.", "Terdahulu, Sulaiman menyampaikan bantuan kewangan bagi pembaikan penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan rumah ibadat selain Islam di Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) VP Shanmugan dan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dua-lelaki-maut-dalam-nahas-elak-haiwan-melintas/
DUA LELAKI MAUT DALAM NAHAS ELAK HAIWAN MELINTAS
[ "RANTAU PANJANG: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai bergesel dengan sebuah kereta yang cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang di Kampung Rahmat, Lubok Stol, di sini tengah hari tadi.", "Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki Mohamad Ghadafi Mohd Tahir, 30, dan Kamarodeng Chemae, 28, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki gaung bersama dengan kereta jenis Perodua Myvi.", "Katanya siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun itu datang dari arah Rantau Panjang ke Jeli.", "“Setiba di lokasi, tiba-tiba seekor binatang yang tidak dikenal pasti telah melintasi jalan dari arah kiri ke kanan.", "“Kereta terbabit cuba mengelak dan memasuki jalan bertentangan lalu bergesel dengan motosikal yang datang dari arah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Akibat kejadian itu, kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung.", "Mohd Ghadafi disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan sementara Kamarodeng meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Lati.", "Manakala pemandu dan penumpang kereta terbabit menerima rawatan sebagai pesakit luar di zon kuning hospital yang sama.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/akta-sedia-ada-mencukupi-untuk-denda-individu-hina-islam-idris/
AKTA SEDIA ADA MENCUKUPI UNTUK DENDA INDIVIDU HINA ISLAM – IDRIS
[ "KUALA LUMPUR: Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Senator Idris Ahmad.", "Bercakap sebagai tetamu dalam program BERNAMA Radio ‘Jendela Fikir – Bangkit Menentang Penghinaan Agama’ hari ini, beliau berkata antaranya Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948 (Akta 15).", "“Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.", "“Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga digunakan untuk individu yang melakukan perkara menimbulkan ketidakharmonian dan ketenteraman orang, dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun, atau kedua-dua sekali.", "“Akta Hasutan 1948 (Akta 15) pun sudah ada, ia juga mengenakan hukuman kepada individu yang menghina agama ini dengan penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi tujuh tahun,” katanya.", "Beliau berkata demikian susulan kejadian penghinaan agama Islam dalam negara yang semakin menjadi-jadi, antaranya seorang model memperagakan fesyen yang menampakkan bahagian dada serta berseluar pendek sambil memakai songkok di Minggu Fesyen Kuala Lumpur baru-baru ini.", "Katanya, tindakan berdasarkan akta-akta berkenaan adalah supaya hal penguatkuasaan agama kuat dan ketenteraman agama wujud secara baik dalam negara, di samping memudahkan umat Islam melakukan ibadat.", "Dalam pada itu, beliau dalam catatan di laman Facebook menasihatkan orang ramai supaya sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.", "“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan,” katanya.", "Beliau berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hadi-awang-dilantik-duta-khas-ke-timur-tengah/
HADI AWANG DILANTIK DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH
[ "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.", "Pelantikan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.", "Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.", "YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.", "Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kebakaran-wisma-jakel-tiada-unsur-jenayah-ditemukan/
KEBAKARAN WISMA JAKEL: TIADA UNSUR JENAYAH DITEMUKAN
[ "PETALING JAYA: Siasatan peringkat akhir kejadian kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini mendapati tiada sebarang unsur jenayah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail. ", "“Siasatan kebakaran Wisma Jakel kini sudah masuk peringkat akhir dan tiada unsur-unsur jenayah dikesan pada peringkat ini, kita yakin dapat siapkan siasatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita semasa Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini hari ini.", "Media sebelum ini melaporkan gedung tekstil terkemuka itu terbakar dua kali pada 1 dan 3 Jan lepas membabitkan anggaran kerugian hampir RM100 juta.", "Mengulas mengenai kempen berkenaan, beliau berkata pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut di premis dan lokasi tumpuan awam bagi memastikan ia selamat daripada sebarang risiko kebakaran.", "“Sehingga semalam (17 Jan) kami telah memeriksa 28 premis di seluruh Selangor,” katanya.", "Dalam pada itu, Wan Md Razali turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena musim perayaan ini agar memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat, kenderaan telah diselenggara, mendapat rehat yang cukup dan merancang perjalanan terlebih dahulu.", "Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung dari 2 Jan hingga 30 Jan ini.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jainj-polis-siasat-batu-nisan-hilang-di-pandan/
JAINJ, POLIS SIASAT BATU NISAN “HILANG” DI PANDAN
[ "JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang “hilang” di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini baru-baru ini.", "Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid berkata sehubungan itu, orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas. ", "“JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat. ", "“Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku,” katanya menerusi kenyataan hari ini. ", "Semalam, Bernama melaporkan sebanyak 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan “hilang”, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.", "Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.", "Turut hilang batu nisan putih yang dipercayai berharga RM350 satu set di pasaran. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-temui-tengkorak-rangka-warga-emas-hilang/
POLIS TEMUI TENGKORAK, RANGKA WARGA EMAS HILANG
[ "MELAKA: Polis menemukan tengkorak dan rangka dipercayai milik seorang warga emas yang hilang, di tanah lapang bersebelahan sebuah hotel di Jalan Tengkera, di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, seorang pekerja kedai tayar menghubungi pihak polis memaklumkan beliau menemui satu tengkorak berbentuk kepala manusia di lokasi kejadian.", "Siasatan polis di tempat kejadian menemukan kad pengenalan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 87 tahun dalam dompet di poket seluarnya berdekatan rangka yang dijumpai.", "Semakan mendapati mangsa pernah dilaporkan hilang oleh anak saudaranya pada 31 Januari lalu.", "“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bersama pasukan siasatan dan D9 telah pergi ke tempat kejadian untuk membuat siasatan.", "“Penama MyKad dikatakan tinggal seorang diri di alamat seperti yang tertera pada kad pengenalan serta mempunyai masalah pelupa kerana tua,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Christopher berkata, mangsa disyaki berjalan kaki dari rumahnya yang tidak jauh dari tempat kejadian, berkemungkinan telah terjatuh di kawasan semak lantas meninggal dunia.", "Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jenayah.", "Sementara itu, tengkorak dan rangka yang ditemui akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk siasatan lanjut.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/itali-tamatkan-lockdown-bermula-4-mei/
ITALI TAMATKAN ‘LOCKDOWN’ MULAI 4 MEI
[ "ROM: Itali akan mula menarik balik perintah berkurung atau ‘lockdown‘ di seluruh negara itu bermula 4 Mei dengan membenarkan perniagaan penting beroperasi selepas tujuh minggu tanpa aktiviti, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte.", "Agensi berita Anadolu melaporkan Conte mengumumkan fasa kedua penularan koronavirus itu dalam sidang media ditunggu-tunggu rakyat Itali semalam, yang setakat ini menyaksikan lebih 26,600 kes maut dan 106,000 dijangkiti di negara itu.", "Conte bagaimanapun memberi amaran kepada warga Itali bahawa penarikan lockdown tidak menamatkan peraturan penjarakan sosial, yang amat penting bagi mengelak peningkatan semula jangkitan wabak.", "Pergerakan antara wilayah bagaimanapun masih lagi terhad kepada perjalanan kecemasan, urusan kesihatan dan kerja.", "“Jika anda sayang Itali, tolong jaga jarak,” kata Conte menambah yang ini adalah permulaan fasa baru rakyat Itali hidup secara bersama (co-exist) dengan virus itu.", "Perdana Menteri Itali itu berkata, taman awam dan taman bunga akan dibuka semula dan orang ramai boleh mengunjungi saudara mara mereka jika menetap dalam wilayah sama.", "Ketika pertemuan keluarga, orang ramai perlu memakai penutup hidung dan mulut dan mereka tidak dibenarkan mengadakan parti persendirian.", "Conte menegaskan jika peraturan itu dilanggar, lengkungan jangkitan wabak akan meningkat semula dengan risiko merebak di luar kawalan.", "“Kematian akan meningkat dan kita akan berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak boleh dibaiki lagi,” katanya.", "Bermula 4 Mei depan, kesemua aktiviti sektor pengeluaran dan pembinaan akan beroperasi semula.", "Bagaimanapun, kesemua pihak terbabit perlu memastikan protokol keselamatan baharu yang diperkenalkan dipatuhi.", "Majlis pengebumian juga dibenarkan, namun harus dilakukan di tempat terbuka dan tidak melebihi 15 individu.", "Conte berkata, jika semua berjalan lancar, kedai runcit akan dibuka semula pada hujung Mei, manakala restoran, cafe, kedai kopi dan kedai gunting rambut akan dibuka pada 1 Jun. Sekolah akan dibuka semula pada September.", "Kerajaan Itali sedang merangka pakej baharu untuk menyuntik ekonominya yang dijangka menguncup lapan peratus. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/korban-covid-19-seluruh-dunia-melebihi-90000-pbb-seru-semua-negara-bersatu-lawan-covid-19/
KORBAN COVID-19 SELURUH DUNIA MELEBIHI 90,000, PBB SERU SEMUA NEGARA BERSATU LAWAN COVID-19
[ "BEIJING: Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan COVID-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua.", "Di WASHINGTON, ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan hydroxychloroquine, ubat antimalaria sudah bermula, dalam usaha mencari penawar penyakit COVID-19, menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika Syarikat pada Khamis.", "Peserta pertama telah mendaftar untuk menyertai ujian klinikal itu di Vanderbilt University Medical Center, Tennessee.", "Di BRUSSELS pula menyaksikan Menteri Kewangan Eurogroup pada Khamis bersetuju mengenai pakej kewangan bernilai setengah trilion euro untuk membendung wabak itu. ", "Di NEW YORK, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyeru semua negara anggota Majlis Keselamatan bersatu bagi mendepani pandemik COVID-19.", "“Penglibatan Majlis Keselamatan penting untuk mengurangkan implikasi keamanan dan keselamatan akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu taklimat secara maya.", "“Sudah tentu perpaduan amat penting pada masa yang mencemaskan ini.”", "Di GENEVA, kadar kematian akibat COVID-19 dianggarkan 10 kali lebih tinggi berbanding influenza, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. ", "Bercakap pada taklimat Misi COVID-19 dari Geneva pada Khamis, beliau berkata setakat ini, lebih 1.3 juta orang dijangkiti dan hampir 80,000 terkorban. ", "Ujarnya, pandemik ini adalah lebih teruk daripada krisis kesihatan, ia memerlukan seluruh kepemimpinan kerajaan dan masyarakat bersama-sama berganding bahu untuk memerangi wabak itu. ", "Di LONDON, Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Khamis dipindahkan ke wad selepas beberapa hari ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).", "Menurut seorang jurucakap, perdana menteri itu akan terus dipantau dalam fasa awal pemulihan, selepas dijangkiti COVID-19.", "Di NEW YORK, pada Khamis petang Johns Hopkins University menerusi data terkini mendedahkan angka korban COVID-19 melebihi 90,057 orang di seluruh dunia. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/netizen-diminta-bantu-kesan-115-individu-dikehendaki/
Netizen diminta bantu kesan 115 individu dikehendaki
[ "SHAH ALAM, 14 Mac – Sebanyak 115 individu dikehendaki Jabatan\nSiasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor sedang dikesan bagi membantu\nsiasatan polis ke atas pelbagai kes jenayah di negeri ini.", "Sinar Harian melaporkan Ketua JSJK Selangor, Asisten\nKomisioner Fazlysham Abd Majid berkata, 115 individu itu terdiri daripada 29\nwanita dan selebihnya lelaki.", "“Ia melibatkan kes jenayah dari tahun 2003 hingga Februari\n2019 dan pecahan kategori jenayah adalah 94 kes tipu, 15 pecah amanah, empat\nAkta Penapisan Filem dan masing-masing satu bagi kes di bawah Akta Pinjaman\nWang dan Akta Jenayah Komputer.”", "“Kesemua mereka berusia 19 hingga 60 tahun. Daripada jumlah\nitu, seramai 31 individu berusia antara 20 hingga 30 tahun, 37 individu berusia\n31 hingga 40 tahun, 29 individu berusia 41 hingga 50 tahun dan 18 individu\nberusia 50 hingga 60 tahun,” katanya kepada pemberita di Bangunan Ibu Pejabat\nPolis Kontinjen Selangor hari ini.", "Fazlysham berkata, polis masih berusaha mengesan individu\ndikehendaki ini walaupun kes telah berlaku lama.", "“Ada di antara mereka yang dikesan telah meninggalkan negara\nini dan sebahagian besarnya masih lagi bersembunyi di negara ini.", "“Bagaimanapun, polis sentiasa membuka ruang dan\nmengalu-alukan individu dikehendaki ini untuk secara sukarela tampil memberi\nkerjasama kepada polis,” katanya", "“Kesemua 115 gambar individu yang dikehendaki ini berserta\nnama dan alamat terakhir mereka akan dipaparkan di Facebook rasmi Polis\nSelangor.”", "“Netizen juga antara kelompok yang dilihat mampu membantu\npolis untuk mengesan individu dikehendaki ini.”", "“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan\nindividu dikehendaki itu, boleh menyalurkan maklumat kepada polis di mana-mana\nbalai polis berhampiran,” tambah beliau." ]
https://alhijrahnews.com/kumpulan-penjenayah-kuasai-kem-pelarian-rohingya-di-bangladesh/
Kumpulan penjenayah kuasai kem pelarian Rohingya di Bangladesh
[ "DHAKA, 26 April – Kumpulan\npenjenayah dan militan kini cuba menguasai kem pelarian Rohingya di Bangladesh\ndengan melakukan pembunuhan dan penculikan dengan sewenangnya, kata Kumpulan\nKrisis Antarabangsa (ICG) dalam satu laporan semalam.", "Kira-kira 740,000 etnik Rohingya\nmeninggalkan Myanmar ke Bangladesh selepas menjadi sasaran keganasan pihak\ntentera pada Ogos 2017, menyertai pelarian lain di kem berkenaan yang turut\nmelarikan diri daripada keganasan.", "Kumpulan penyelidikan konflik\nantarabangsa itu meminta Bangladesh untuk meningkatkan kehadiran polis,\nmenyatakan kumpulan penjenayah dan ekstremis kini beroperasi secara terbuka di\nkem berkenaan.", "Ancaman daripada ekstremis\nmenyebabkan pemimpin Rohingya bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kerap\nkali berlaku kes bunuh yang “jarang” disiasat, tambahnya.", "“Kumpulan pelarian ini menyatakan\nkebimbangan berhubung keselamatan mereka berikutan ancaman dari kumpulan\nmilitan dan penjenayah yang menculik dan membunuh dengan sewenang-wenangnya,”\nmenurut laporan ICG.", "“Pembunuhan dan bentuk keganasan\nlain berlaku hampir setiap malam..pelakunya hampir tidak pernah dibawa ke muka\npengadilan.”", "Kumpulan itu berkata, pemimpin\nmasyarakat Rohingya menerima ancaman bunuh daripada ARSA, dan bimbang dengan\nkeselamatan mereka.", "ASRA merujuk kepada Arakan\nRohingya Salvation Army.", "ARSA dipersalahkan berhubung\nserangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar sejak beberapa tahun lalu,\ntermasuk serangan yang mencetuskan tindakan ketenteraan pada 2017.", "Polis Bangladesh berkata,\npihaknya telah mewujudkan tujuh pondok kawalan polis baharu, dan penempatan\nanggota polis bersenjata serta menambah baik risikan untuk meningkatkan\nkeselamatan.", "“Laporan itu dibesar-besarkan\ntetapi ia bukan tidak berasas. Keganasan sebenar di kem-kem telah meningkat,”\nkata jurucakap polis daerah Cox’s Bazar Iqbal Hossain kepada AFP.", "Sinar Harian memetik laporan\nagensi AFP menyebutkan kira-kira 60 Rohingya telah terbunuh di kem-kem sejak\npelarian masuk pada 2017, kata Hossain.", "Beliau menafikan penglibatan ARSA\ndan berkata kebanyakan kes adalah kerana perebutan kuasa dalam kalangan kumpulan\nRohingya itu sendiri. " ]
https://alhijrahnews.com/bekerjasama-untuk-agama-islam-atau-kumpulan/
Bekerjasama untuk agama Islam atau kumpulan?
[ "Setiap hari dunia dihiburkan dengan melodi\nIslamofobia yang mengasyikkan. ", "Kebanyakan umat Islam berasa mereka tidak diberi\ngambaran dan layanan adil oleh media massa, organisasi dan individu tertentu.\nNamun begitu, terdapat umat Islam yang turut sama menari mengikut rentak\ndendangan Islamofobia demi kepentingan diri atau kumpulannya.", "Dari Perlis hingga ke Sabah, dapat dirasai bahawa\nrata-rata umat Islam berasa gusar dan kecewa mengenai perkara ini. Kecelaruan juga\nmemuncak apabila pemimpin Muslim yang popular hanya berdiam diri atau bersikap\nacuh tidak acuh dalam mempertahankan maruah agamanya.", "Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat kumpulan yang\nditerajui oleh orang Islam hanya hebat, lantang dan menjadi jaguh dalam mempertahankan\npersamaan hak asasi sesuatu golongan dan kaum. Namun mereka membisu dan hilang\narah apabila kesucian agama dan umat Islam diperlekeh dan diperkosa.", "Mereka terpukau dan gagal untuk bertindak bijak.\nTidak kurang juga yang mengambil sikap apologetik demi menjaga perasaan pihak\ntertentu dan kepentingan peribadi serta kumpulannya. Kedudukan agama Islam\nkepada mereka agak sukar untuk dinilai.", "Adakalanya agak sukar untuk difahami prinsip\nperjuangan golongan seperti ini. Mereka mendirikan solat fardu lima waktu\nsehari semalam, tetapi tindakan mereka bertentangan dengan roh ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami\nsembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan” (Al-Fatihah;\n5).", "Jika dalam kes-kes yang melibatkan kesucian agama\npun mereka gagal bertindak wajar, apakah yang boleh diharap dari mereka untuk\nmempertahankan agama Islam dalam perkara-perkara yang lebih besar?", "Adakah umat Islam Malaysia lebih selesa, teruja dan\nbermotivasi bermain politik kepartian tetapi bersikap hipokrit dan mempamerkan kebaculan\ndalam membela agama Islam?", "Jika perkara ini dikupas secara kritis, pasti terdedah\nsikap sebenar antara golongan yang “tunduk\npatuh kerana Allah” dengan kumpulan yang “berlunak untuk dunia.”", "Adakah sikap berlunak\nuntuk dunia menjadi faktor utama kenapa umat Islam sukar untuk bersatu\nwalaupun dalam hal-hal keagamaan? ", "Jika ditanya kepada cendekiawan Islam, pasti\nmereka akan menghubungkaitkan masalah ini dengan kelemahan iman dan kurangnya kecintaan\nkepada agama.", "Sebaliknya, pakar sosiologi functionalist perspective akan menyimpulkan secara ilmiah bahawa sikap kurang\nbekerjasama berlaku kerana setiap golongan berasa kumpulan lain adalah tidak\npenting, kurang faham dengan apa yang diperjuangkan, atau lemah dalam tindakan.\n", "Sementara ahli psikologi Cognitive Dissonance mendapati, kesukaran umat Islam untuk bersatu boleh\nberpunca daripada tindakan mereka yang mewajarkan logik dan alasan-alasan yang\ndicenderungi walaupun perkara tersebut tidak benar atau hanya andaian\nsemata-mata.", "Memang pelik tetapi inilah hakikatnya, Rasulullah\nSAW berjaya mendamaikan dan memupuk sikap kejeleketan antara kaum Aus dan Khazraj\ndengan menanamkan iman di dalam hati mereka. ", "Sebaliknya umat Islam di negara ini walaupun beraqidahkan\nIslam sejak dari kecil, tetapi mereka memilih untuk berpecah-belah dan\nberkonflik termasuklah dalam perkara-perkara keagamaan.", "Apa yang tidak kena dengan umat Islam di Malaysia?", "Wajar disedari, lemahnya kejeleketan antara umat\nIslam di negara ini didorong oleh persepsi bahawa setiap kumpulan berasa ia\nhebat dan tidak memerlukan kumpulan lain. ", "Situasi ini bukan sahaja ketara dalam politik\ntetapi berlaku hampir dalam semua aspek organisasi yang melibatkan umat Islam. Di\nmanakah letaknya permuafakatan? Satu soalan yang sukar untuk dijawab.", "Tidak keterlaluan jika dikatakan kumpulan yang\ndidominasi oleh umat Islam lebih cenderung untuk bersaing membuka pekung antara\nsatu sama lain. Tetapi mereka berasa berat untuk saling bergantung dan\nmenampung kelemahan masing-masing. Adakah ini sikap yang diajarkan oleh\nRasulullah SAW?", "Akibatnya, umat Islam di negara ini terus berkonflik.\nSebaliknya, musuh-musuh Islam bersorak riang kerana kelalaian dan kecuaian yang\ndapat memudahkan pencapaian agenda sulit mereka.", "Sering ditekankan oleh kumpulan yang mendabik\ndada memperjuangkan Islam bahawa umat Islam hanya akan bersatu jika mereka\nmengikut Al-Quran dan Sunnah. Tetapi, tidakkah setiap kumpulan sudah mengaku\nbahawa mereka telah berdiri di atas landasan Al-Quran dan Sunnah? Jika\ndemikian, mengapa masih berpecah?", "Persaingan tidak sihat yang menguasai lanskap dakwah dan politik di Malaysia pada ketika ini telah melemahkan ukhwah dan ta’awun (kerjasama) antara umat Islam. Setiap golongan lebih cenderung untuk memperjuangkan identiti dan imej kumpulannya dari bekerjasama demi Islam.", "*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)", "PENAFIAN:Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis." ]
https://alhijrahnews.com/lapan-rancangan-baharu-tv-alhijrah/
LAPAN RANCANGAN BAHARU TV ALHIJRAH
[ "KUALA LUMPUR: Meskipun tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya, namun stesen televisyen Islam utama negara, TV Alhijrah terus berusaha memenuhi keperluan rohani penonton yang dahagakan rancangan-rancangan yang membaja nurani dan budi penonton seisi keluarga.", "Terbaharu, menerusi kempen “Bersama TV AlHijrah Seisi Keluarga”, stesen tv yang dinobat Media Islam Bertanggungjawab itu menerbitkan lapan rancangan baharu serta dua kapsul istimewa.", "Kempen tersebut akan bemula pada 28 November 2020 hingga 31 Januari 2021 dan dilancarkan istimewa bagi memenuhi keperluan rohani penonton yang dahagakan rancangan-rancangan yang membaja nurani dan budi penonton seisi keluarga.", "Antara rancangan-rancangan tersebut adalah Haflah, Jom Dengar Cerita, Cinta Suami Isteri, filem 99 Cahaya Langit Eropa, filem Bulan Terbelah di Langit Amerika, Hijrah Berselawat, Cinta Ilmu, My H.A.U.S, Kapsul Inilah Doaku dan Kapsul Resepi Juadah Anda.", "Haflah yang disiarkan setiap Sabtu, 7.30 malam bermula 5 Disember ini, adalah sebuah rancangan yang memartabatkan pembacaan Al-Quran dengan maqam seni tarannum seperti Bayati, Nahawand, Rast, Sikah, Hijaz dan Jiharkah.", "Para penonton akan ditemani barisan Qari kebangsaan dan antarabangsa seperti Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Dr. Anuar Hasin, Ustaz Wan Ainuddin, Ustaz Radzi dan Kamarul Hailan dalam mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan penuh kelunakan dan tertib yang pastinya menjadi halwa telinga dengan ganjaran pahala yang besar.", "Program Jom Dengar Cerita yang disiarkan setiap Jumaat, 6.55 petang bermula 14 Disember 2020 pula, pastinya memikat hati dan jiwa penonton cilik TV AlHijrah serta seisi keluarga dengan 15 kisah agung Nabi Allah SWT yang diceritakan oleh Ustaz Fadzli Aziz dan Ustazah Noni.", "Antara kisah-kisah nabi yang menjadi tauladan adalah kisah Nabi Adam A.S, kisah Nabi Idris A.S, kisah Nabi Nuh A.S, kisah Nabi Ibrahim A.S dan banyak lagi.", "Manakala Cinta Suami Isteri disiarkan setiap Ahad, 6.30 petang bermula 13 Disember ini, merupakan program bual bicara yang membincangkan isu kekeluargaan Islam dan solusi berlandaskan Syariah.", "Program ini dihoskan oleh Azidah Mohamed dan ditemani panel-panel jemputan seperti Ustazah Nik Salida Nik Salleh, Ustazah Shadiya, Imam Muda Hassan dan Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali.", "Mereka akan bersama-sama membincangkan topik-topik menarik seperti Kahwin Kelambu, Suamiku Panas Baran, Isteri Gila Kerja, Isteri Royan Aib Suami dan banyak lagi.", "Sementara itu, filem 99 Cahaya Langit Eropa pula akan disiarkan pada 9 malam dalam dua bahagian iaitu 21 November 2020 untuk bahagian 1 dan 28 November 2020 untuk bahagian 2.", "Filem 99 Cahaya Langit Eropa adalah kisah adaptasi novel yang dilakonkan oleh Acha Septriasa, Abimana Aryasatya, Raline Shah dan ramai lagi.", "Filem ini berkisar sekitar kehidupan seorang wartawan yang berhijrah ke Australia bersama suaminya demi ilmu.", "Satu lagi filem yang akan disiarkan dalam kempen kali ini ialah filem Bulan Terbelah di Langit Amerika pada 26 Disember 2020, Sabtu, jam 9 malam.", "Filem Bulan Terbelah di Langit Amerika adalah kesinambungan daripada filem 99 Cahaya Langit Eropa.", "Namun pada kali ini kisah penceritaan tertumpu kepada penjelajahan Hanum dan Rangga yang menjalankan misi mengesan harta karun misteri milik pelaut Muslim Tiongkok yang belayar ke Amerika sebelum Columbus.", "Bagi meneruskan momentum besar yang terhasil daripada program Hijrah Berselawat di TV AlHijrah PADA 12 Rabiulawal yang lalu, serta bagi meneruskan budaya berselawat dan memuji baginda SAW, TV AlHijrah ingin mengajak penonton untuk terus membudayakan selawat dan salam.", "Usaha itu digerakan menerusi program Hijrah Berselawat yang akan disiarkan pada Khamis terakhir setiap bulan, jam 9 malam, bermula 31 Disember 2020.", "Selain dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan nasyid dan artis tempatan, turut bersama di dalam rancangan itu adalah para pentazkirah seperti Habib Ali Zaenal Abidin, Habib Najmuddin Othman Al Khered, Ustaz Don Daniyal yang akan berkongsi sifat dan perilaku Baginda SAW untuk dijadikan suri teladan oleh umat masa kini.", "Satu lagi program yang diteribatkan dalam kempen kali ini ialah Cinta Ilmu, sebuah program yang cukup dekat dengan hati penonton TV AlHijrah sejak stesen ini ditubuhkan.", "Bermula tahun 2021, Cinta Ilmu diberi nafas baharu dalam menjawab kemusykilan agama terutamanya persoalan yang berkenaan akidah, sirah dan ibadah bersama Ustaz Datuk Badli Shah Alauddin, Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dan Ustaz Roslan Mohamed.", "Ia akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, 7.30 malam bermula 4 Januari 2021.", "My H.A.U.S yang disiarkan setiap Isnin, 9 malam bermula 25 Januari 2021 pula, adalah sebuah program realiti ubah suai rumah Asnaf yang memerlukan perhatian khusus bagi mendapatkan tempat kediaman selesa dan boleh diduduki seisi keluarga.", "Program yang dihoskan pengacara dan penceramah terkenal, Syamsul Debat, menampilkan 13 keluarga Asnaf terpilih yang diberi bantuan untuk membaiki kediaman mereka.", "Sementara itu Kapsul Inilah Doaku adalah himpunan doa-doa pilihan untuk pelbagai situasi kehidupan harian.", "Kapsul yang disiarkan setiap hari, pada 8.30 malam bermula 1 Disember 2020, mengajak penonton menghafal doa, memahami maksudnya serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.", "Satu lagi kapsul yang diterbitkan dalam kempen kali ini ialah Kapsul Resipi Juadah Anda yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad pada 6.55 petang bermua 28 November 2020.", "Kapsul ini adalah koleksi video masakan penonton TV AlHijrah yang telah terpilih sebagai pemenang pertandingan video Resepi Juadah Anda yang dilancarkan pada Oktober 2020 lalu. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hasrat-petugas-barisan-hadapan-bertunang-tidak-kesampaian/
HASRAT PETUGAS BARISAN HADAPAN BERTUNANG TIDAK KESAMPAIAN
[ "KUBANG PASU: Hasrat seorang petugas barisan hadapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kubang Pasu untuk melangsungkan majlis pertunangan sebelum Ramadan ini tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22.1 Lebuhraya Utara Selatan Jalan Alor Setar, Bukit Kayu Hitam, malam tadi.", "Dalam kejadian jam 9 malam itu mangsa Nur Fariesha Alia Azizan, 23, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bertugas dengan memandu kereta Perodua Viva.", "Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan terbabas dan gagal mengawal kenderaan lalu terlanggar bahagian tengah sebuah treler.", "Nur Fariesha dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.", "Menurut bakal tunang mangsa, Muhammad Amirul Rusli, 37, yang juga anggota APM Kubang Pasu, Nur Fariesha baru selesai bertugas di Stesen Kuarantin COVID-19 Institut Aminuddin Baki di Kubang Pasu pada jam 8 malam.", "Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Resak, Changlun.", "Jenazah Nur Fariesha Alia akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Gelam, Jitra untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah selepas Asar pada Isnin. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-disyaki-dera-isteri-hingga-mati-didakwa-hari-ini/
LELAKI DISYAKI DERA ISTERI HINGGA MATI DIDAKWA HARI INI
[ "KUALA SELANGOR: Seorang lelaki dipercayai mendera isterinya hingga maut di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram, pada 2 Sept lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata, suspek berusia 35 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "“Sebelum itu, polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan berhubung seorang wanita berusia 38 tahun tidak sedarkan diri dipercayai meninggal dunia.", "“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati ada kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Katanya suspek telah ditahan keesokan hari selepas kejadian selepas menyerah diri kira-kira jam 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada keesokannya.", "Suspek juga telah direman selama tujuh hari bermula 4 Sept bagi membantu siasatan, katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pegawai-jakim-dipilih-sebagai-imam-solat-tarawih-di-universiti-oxford/
PEGAWAI JAKIM DIPILIH SEBAGAI IMAM SOLAT TARAWIH DI UNIVERSITI OXFORD
[ "KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan telah dipilih sebagai salah seorang Imam solat Terawih sepanjang Ramadan di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom.", "Menurut hantaran di Facebook JAKIM, beliau yang juga mantan Timbalan Imam Besar, Masjid Negara merupakan bekas pelajar Darul Quran JAKIM sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan di Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah.", "“Selain memimpin solat terawih sepanjang Ramadhan, saya juga diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz Al Quran di sana,” ujarnya yang juga merupakan bekas Pensyarah Darul Quran JAKIM.", "Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Afifi Al Akiti.", "“Ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan universiti terbaik dunia kepada JAKIM dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh diperingkat antarabangsa,” ujar Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee yang turut hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat berlepas kepada Dr Amru.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/penjelasan-terhadap-amalan-tarekat-naqsyabandiah-al-aliyyah/
PENJELASAN TERHADAP AMALAN TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH
[ "KUALA LUMPUR: Sheikh Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia, Sheikh Lokman Shazly al-Hafiz al-Maulawi Azlanii Zaharin baru-baru ini tampil memperjelaskan berkenaan amalan Tarekat tersebut.", "Sheikh Lokman berkata, Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandukan bimbingan dan panduan para ulama’ muktabar dalam bidang Tasawuf seperti yang telah diluluskan di bawah Enakmen Tarekat tahun 2005 Negeri Sembilan.", "Jelasnya Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Sheikh Nazim al-Haqqani pernah diputuskan “bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam” oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 2000.", "Namun pada tahun 2018, Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan pendaftaran Tarekat ini sebagai Tarekat yang sah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 10(2), Enakmen Tariqat Tasauwuf (Negeri Sembilan) 2005 setelah melalui proses penilaian, saringan rapi dan ketat oleh ulama.", "“Tarekat ini telah dikaji semula dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-117 pada tahun 2020 dan memutuskan Tarekat Naqsyabandiah alAliyyah dibenarkan untuk diamal oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat,” katanya.", "Berhubung video yang tular memaparkan Sheikh Baha’uddin menari bersama iringan muzik, katanya video itu dirakam pada tahun 2012 di Jerman atas jemputan komuniti saudara baharu Muslim di sana.", "Rakaman tersebut berlaku dalam temasya (farah) dan bukan dalam majlis zikir Tarekat atau selawat yang kelazimannya tidak dibenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan.", "“Walau bagaimanapun, apabila video tersebut sampai kepada ayahandanya iaitu Sheikh Nazim al-Haqqani dan kekandanya Sheikh Mehmet Adil, maka ayahanda dan kekandanya telah menegur perbuatan Sheikh Baha’uddin.", "“Sheikh Baha’uddin telah menginsafi kejadian tersebut. Seperti yang sedia maklum, Mursyid Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah kini adalah Sheikh Mehmet Adil, bukan Sheikh Baha’uddin,” katanya.", "Berkenaan dengan zikir Huwiyyah iaitu zikir dengan lafaz Hu, Sheikh Lokman berkata ia adalah zikir yang diamalkan oleh tarekat-tarekat tasawuf muktabar dalam dunia Islam selain dari Tarekat al-Naqshabandiyyah seperti Tarekat al-Shadhiliyyah dan al-Ahmadiyyah al-Idrisiyyah.", "Sementara itu berkenaan rakaman video di Pulau Besar yang tular di media sosial yang didakwa bahawa pengikut Tarekat mengambil baiʽah dari orang yang telah meninggal dunia, beliau berkata perkara tersebut bukanlah dilakukan oleh Sheikh Nazim al-Haqqani tetapi dibuat oleh anak muridnya Sheikh Adnan Kabbani.", "“Walau bagaimanapun, apa yang terjadi sebenarnya bukan mengambil baiʽah tarekat dari orang yang telah meninggal dunia seperti yang ditohmahkan, kerana kalau ia adalah baiʽah tarekat, nescaya nama wali tersebut akan termaktub dalam silsilah Tarekat, dan fakta menunjukkan sebaliknya.", "“Ia sebenarnya adalah tawassul, istighathah dan tabarruk dengan para wali walau setelah kewafatan mereka. Hukum ini adalah harus di dalam syariat Islam seperti yang telah dijelaskan oleh ulama-ulama muktabar dalam Mazhab al-Shafiʽi seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi dan Imam al-Ramli,” katanya.", "Justeru ujarnya Jabatan Mufti Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Pahang juga telah mewartakan fatwa Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furu yang melarang menghukum bid’ah perkara-perkara perbezaan pandangan para ulama seperti masalah ini.", "Tambah beliau fatwa Negeri Sembilan secara tegas menyatakan tawassul, tabarruk, berdoa dan membaca al-Quran di kubur adalah termasuk dalam perkara yang terjadi perbezaan pandangan para ulama dalam perkara furu.Bagaimanapun beliau mengakui tingkah laku tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak sesuai dengan adat kebiasaan setempat dan Sheikh Adnan Kabbani telah bertaubat dan meminta maaf.", "Katanya Tarekat di bawah kepimpinan yang baharu oleh Sheikh Mehmet Adil memberi jaminan bahawa amalan dan upacara seumpamanya telah lama ditinggalkan.", "Sementara itu berkenaan gambar bersalaman antara Sheikh Nazim al-Haqqani dan wanita, katanya perkara itu termasuk masalah yang terjadi perbezaan pandangan para ulama di antara empat mazhab.", "Pun begitu Sheikh Lokman berkata, disebabkan Malaysia mengamalkan mazhab Shafie maka pada 2018 Jabatan Mufti Negeri Sembilan tidak membenarkan perkara tersebut dan pihak Tarekat komited untuk memastikan para murid menjaga adab sesuai dengan nasihat itu.", "Berdasarkan kepada fakta-fakta dan hujah-hujah tersebut, katanya ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.", "Oleh itu, katanya semua pihak harus berlapang dada dan tidak membuat sebarang spekulasi tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak berkuasa agama. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kuota-haji-malaysia-meningkat-kepada-31600-tahun-ini/
KUOTA HAJI MALAYSIA MENINGKAT KEPADA 31,600 TAHUN INI
[ "KUALA LUMPUR: Kuota haji Malaysia untuk 2023 adalah 31,600 meningkat berbanding 14,306 jemaah pada 2022.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata Malaysia menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini.", "“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang kelima", "“Saya ingin memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd Na’im berkata beliau telah memberikan penegasan bahawa Tabung Haji akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah Haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi.", "Beliau semalam telah mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia.", "Mesyuarat khas tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M, malah Tawfiq Fawzan telah memuji negara Malaysia khususnya pihak TH atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jerebu-tidak-harus-berulang/
JEREBU TIDAK HARUS BERULANG
[ "BAIZURA SHAFIEE", "Jerebu bukan isu baru, malah pernah satu ketika negara kita diisytiharkan darurat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 600 pada 1997, paling buruk dalam rekod negara.  ", "Kalau bacaan IPU 200 (Sangat\nTidak Sihat) pun kita sudah sukar bernafas, cuba bayangkan bagaimana keadaan kita\nuntuk bernafas jika IPU mencecah 600.", "Tentunya sukar untuk digambarkan\napatah lagi sekiranya membabitkan individu yang mempunyai masalah kesihatan ataupun\nkanak-kanak.", "Laporan terkini Kementerian\nPendidikan menunjukkan 648 sekolah kerajaan dan swasta di empat negeri ditutup\ndengan bacaan IPU melebihi 200. ", "Daripada jumlah itu 636 adalah sekolah\nkerajaan di Sarawak (298), Selangor (201), Putrajaya (25) dan Negeri Sembilan\n(112) yang membabitkan keseluruhan 445,249 pelajar. ", "Bakinya adalah 12 sekolah swasta yang\nditutup akibat jerebu membabitkan 7,432 pelajar. ", "Habuk, asap, debu mahupun\npartikel-partikel halus yang mengundang jerebu itu hakikatnya boleh menjejaskan\nkesihatan. ", "Individu yang paling terkesan tentunya\nadalah mereka yang menghidap penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti\npenyakit asma atau penyakit penghalang pulmonari kronik (COPD). ", "Selain pesakit asma, Individu\nyang tiada penyakit pernafasan juga akan cenderung mengalami beberapa simptom\nseperti sesak nafas, gatal kerongkong, mata sentiasa berair, pening kepala dan demam.  ", "Isu jerebu rentas sempadan akan\ndibincangkan di mesyuarat kabinet esok di mana Menteri Tenaga, Sains ,\nTeknologi, Alam Sekitar, Yeo Bee Yin ditugaskan mengetuai pembentangan laporan terkini\njerebu itu.", "Media melaporkan Wisma Putra sudah menghubungi  Indonesia secara rasmi  berhubung isu jerebu yang melanda negara ini\nsejak 5 September lalu, bagaimanapun butiran lanjut mengenai perkara itu tidak\ndidedahkan kepada umum.", "Sebelum ini, Perdana Menteri  Tun\nDr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan mempunyai rancangan untuk\nmewujudkan pelan jangka panjang bagi menangani jerebu rentas sempadan yang turut\nmemerlukan kerjasama negara jiran, Indonesia.", "Adalah menjadi rahsia terbuka jerebu rentas sempadan berpunca daripada\npembakaran hutan dan ladang di Indonesia selain faktor kegiatan dan kaedah guna\ntanah tidak mampan serta pemanasan global dan perubahan iklim.", "Isu jerebu dan kaedah mencari\njalan penyelesaian sudah lama diperdebatkan. Mengapa jerebu sentiasa berulang? Apakah\nusaha sebelum ini tidak dijalankan secara serius? ", "Apakah fenomena ini akan menjadi lebih teruk dan kerap jika perubahan tidak dilakukan sepenuhnya? – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pemandu-treler-maut-kenderaan-terbabas-berhampiran-terowong-menora/
PEMANDU TRELER MAUT KENDERAAN TERBABAS BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA
[ "IPOH: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.", "Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.", "“Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan.", "Menurutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.", "Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.38 pagi.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/seluruh-negara-diisytihar-kawasan-larang-pembakaran-terbuka/
Seluruh negara diisytihar kawasan larang pembakaran terbuka
[ "KUALA LUMPUR – Seluruh negara diisytiharkan sebagai kawasan larangan\npembakaran terbuka berkuat kuasa serta-merta sehingga Monsun Barat Daya\nberakhir.", "Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi tujuan keagamaan,\npembakaran mayat dan pembakaran gas mudah terbakar.", "Arahan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar\nsusulan keadaan jerebu yang melanda negara sejak September lalu.", "Larangan itu tertakluk di bawah Seksyen 29AA (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling\n1974.", "Menurut Norlin, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran\nterbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak\nmelebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.", "Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap\nkesalahan.", "Orang ramai juga diminta memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran\nkecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)\nserta Jabatan Alam ", "Sekitar (JAS) berhubung sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang\ndikesan dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727." ]
https://alhijrahnews.com/11-kes-positif-covid-19-dikesan-di-parlimen/
11 KES POSITIF COVID-19 DIKESAN DI PARLIMEN
[ "PUTRAJAYA: Sembilan lagi kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kes itu dikesan melalui kit ujian kendiri RTK Antigen air liur yang dilaksanakan petang semalam selepas dua kes positif dikesan di kompleks Parlimen.", "“Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada Isnin dan Rabu lalu, dan dilaporkan positif COVID-19 semalam selepas melalui ujian pengesahan RT PCR yang dijalankan sendiri di sebuah fasiliti kesihatan kerana beliau mengalami gejala batuk dan selesema.", "“Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai menggunakan ujian kendiri RTK Ag kerana beliau mengalami gejala batuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Hisham, siasatan mendapati kedua-dua kes ini tiada kaitan dengan kes positif yang dikesan dalam saringan petugas Parlimen yang dijalankan tiga hari sebelum Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bermula.", "Tambahnya, kedua-dua kes itu juga negatif COVID-19 semasa saringan dilakukan sebelum bertugas di Parlimen.", "Bagaimanapun, Hisham berkata, berdasarkan penilaian risiko serta sejarah pergerakan, didapati kedua-dua kes dikhuatiri berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen.", "“Sehubungan itu, KKM telah menasihatkan semua yang hadir dan berada di Parlimen bermula pada 26 Julai 2021 untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur RTK Ag,” katanya.", "Difahamkan, pasukan kesihatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah menjalankan saringan di Parlimen pada 29 Julai.", "“Sehingga jam 8.00 malam 29 Julai 2021, seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit,” katanya.", "Hisham berkata, pasukan kesihatan akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen susulan pengesanan kes positif COVID-19.", "Menurutnya, kesemua mereka yang hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.", "“Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen. KKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini hasil ujian dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bella-buat-isyarat-tangan-diikat-gosok-mata-sambil-sebut-cili-pakar-psikiatri/
BELLA BUAT ISYARAT TANGAN DIIKAT, GOSOK MATA SAMBIL SEBUT CILI – PAKAR PSIKIATRI
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pakar psikiatri memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Bella membuat isyarat kedua-dua tangannya diikat dan menggosokkan mata sambil menyebut ‘cili’ semasa remaja perempuan sindrom Down itu ditemu bual tahun lepas.", "Dr Wan Asyikin Wan Azlan, 37, yang sebelum ini berkhidmat di Hospital Tunku Azizah, berkata Bella membuat isyarat itu secara sukarela ketika beliau bersama dua lagi individu menemu bual remaja tersebut di sebuah bilik di hospital berkenaan pada 30 Sept 2021.", "“Ketika itu saya bertanya kepada Bella sama ada dia membuat air panas atau sejuk dan remaja itu terus membuat isyarat tangannya diikat dan menyebut ‘panas.’", "“Bella juga menunjukkan matanya dan menyebut ‘cili’ tanpa ditanya,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.", "Ditanya Azizah bagaimana Bella boleh menyebut ‘panas,’ Dr Wan Asyikin yang kini bertugas sebagai pakar psikiatri di Hospital Selayang menjawab ‘seingat saya, Bella boleh sebut panas.", "“Semasa saya bertanya kepada Bella siapa yang membuatnya dan Bella menyebut ‘Benun’ (Siti Bainun). Saya ada bertanya soalan kepada Bella sama ada dia mahu berjumpa dengan Bainun (Siti Bainun) dan balik ke Rumah Bonda namun Bella menggelengkan kepalanya,” kata saksi pendakwaan ke-17 itu.", "Beliau berkata meskipun Bella boleh menjawab soalan namun dia mempunyai ketidakupayaan intelektual dan remaja perempuan itu masih boleh menguruskan diri sendiri serta berkawan dengan kanak-kanak lain.", "“Kebanyakan soalan yang kami tanya Bella tidak boleh jawab dan soalan-soalan spesifik tidak ditanya pada Bella, hanya soalan-soalan mudah sahaja,” katanya.", "Saksi itu berkata Bella turut memaklumkan bahawa dia pandai membuat kerja rumah termasuk melipat dan menjemur baju semasa berada di rumah penjagaan tersebut.", "Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, Dr Wan Asyikin bersetuju dengan cadangan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan berbual dengan tertuduh.", "Saksi itu juga bersetuju bahawa beliau tidak pernah melihat Bella mengemop, mengemas, menyapu dan menyediakan air minuman selain mengakui ada perkataan yang disebut Bella sukar difahami kerana remaja tersebut pelat serta memberikan jawapan sepatah-sepatah ketika disoal.", "Kepada cadangan Nur A’minahtul Mardiah bahawa tiada keterangan daripada Bella yang menyebut perkataan ‘disimbah air panas’ atau ‘simbah panas,’ Dr Wan Asyikin menjawab ‘setuju.’", "Terdahulu, Dr Rashid Khan Khan Mohamad, 58, dari Klinik Setapak dan Surgeri berkata Siti Bainun ada berjumpa dengan beliau pada 2 Jun 2021 untuk mendapatkan ubat bagi rawatan kecederaan air panas.", "“Dia datang ke klinik mengadu ‘anaknya’ tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan dia nak ubat termasuk untuk diri sendiri. Untuk Siti Bainun, saya telah memberikan dua jenis tablet iaitu voltaren dan motilium manakala untuk anaknya, saya berikan combidem cream dan tablet pirton,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.", "Ditanya mengenai fungsi ubat terbabit, saksi pendakwaan ke-16 itu menjawab combidem cream adalah untuk mengurangkan keradangan, kurangkan kegatalan dan jangkitan kuman manakala tablet motilium untuk tujuan merawat penyakit angin.", "Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini. ", "Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung esok dan Bella dijangka memberi keterangan dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/debat-tak-bawa-hasil-lebih-baik-jaga-kepentingan-rakyat-ismail-sabri/
DEBAT TAK BAWA HASIL, LEBIH BAIK JAGA KEPENTINGAN RAKYAT – ISMAIL SABRI
[ "KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik untuk beliau menjaga kepentingan rakyat berbanding berdebat, yang tidak membawa sebarang hasil selepas perdebatan itu selesai.", "Beliau berkata ia boleh disaksikan menerusi sesi debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan antara Anwar dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berlangsung pada Mei lepas.", "“Saya sudah mengatakan dari segi debat ini tidak membawa hasil pun… setakat habis debat, habislah. Orang ini bawa penyokong, orang itu bawa penyokong dan penyokong bersorak-sorak dalam dewan. Itu sahaja.", "“Kita dalam kerajaan lebih daripada berdebat. Kita pastikan apa yang dirancang (dan) diumumkan dilaksanakan. Kalau timbul masalah (seperti) kos sara hidup yang meningkat, kita kena tengok keadaan ini untuk mengurangkan beban rakyat.", "“Tugas kerajaan itu banyak dan tugas kita bukan setakat bercakap, tetapi kita juga melaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.", "Turut hadir Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta kerajaan Pusat.", "Ismail Sabri berkata pendirian itu berbeza daripada parti pembangkang, yang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan.", "“Mereka tidak perlu melaksanakan kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan (perkara yang diperkatakan), kerana mereka bukan kerajaan. Sedangkan, kita (kerajaan) bila berjanji, mesti kita laksanakan,” katanya.", "Ismail Sabri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan mana-mana calon Perdana Menteri parti lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Sebelum itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi ceramah di Temerloh baru-baru ini, mengemukakan cadangan supaya perdebatan antara tiga calon Perdana Menteri daripada tiga parti diadakan. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mohd-khairuddin-mohon-maaf-pulangkan-gaji/
MOHD KHAIRUDDIN MOHON MAAF, PULANGKAN GAJI
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akur dengan kesalahannya sehingga dikompaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memohon maaf kepada seluruh rakyat negara ini.", "Katanya, sebagai menteri beliau bertanggungjawab untuk patuh kepada peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).", "“Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah KKM.", "“Gaji Mac dan April 2020 juga telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut sebagaimana keputusan kabinet sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.", "Tambahnya beliau akan terus bekerja keras dan melipatgandakan usaha serta tenaga untuk melaksanakan amanah sebagai menteri bagi membela rakyat terutama pekebun kecil kategori B40. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/thai-hot-guy-bertentangan-ajaran-islam-tidak-hormat-bulan-ramadan/
THAI HOT GUY: BERTENTANGAN AJARAN ISLAM, TIDAK HORMAT BULAN RAMADAN
[ "KUALA LUMPUR: Penganjuran acara pembukaan sebuah kelab melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” didapati bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat.", "Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan ke atas penganjuran itu.", "“Apatah lagi dalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan, penganjuran acara berkenaan amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab.", "“Selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sebelum ini tular di media sosial berkenaan penganjuran pembukaan sebuah kelab privasi melibatkan kumpulan “Thai Hot Guy” yang akan berlangsung hujung bulan ini, di ibu negara.", "Ia turut mendapat kecaman warganet dan menyifatkan tindakan itu biadap dan tidak menghormati bulan Ramadan.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/50-juta-pekerja-industri-pelancongan-berisiko-terjejas/
50 JUTA PEKERJA INDUSTRI PELANCONGAN BERISIKO TERJEJAS
[ "ANKARA: 50 juta pekerja industri pelancongan dan pengembaraan di seluruh dunia berisiko terjejas akibat koronavirus, demikian ramalan pihak industri.", "Pengembaraan antarabangsa dijangka menguncup 25 peratus tahun ini iaitu kehilangan tiga bulan pengembaraan global, kata Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC) dalam kenyataan semalam dipetik agensi berita Anadolu.", "Majlis itu menggesa pihak kerajaan mengambil langkah-langkah serius bagi membolehkan pemulihan industri seperti memperkasa fasiliti pengembaraan, menarik balik halangan, memperkenalkan insentif dan sokongan destinasi.", "Muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, virus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19, kini merebak di sekurang-kurangnya 123 negara dan wilayah.", "Angka kematian global kini mencecah 5,000 kes dengan lebih 132,000 kes yang disahkan positif, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang turut mengisytiharkan penularan virus itu sebagai pandemik global. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/dr-zulkifli-ke-arab-saudi-jumaat-ini-bincang-isu-haji/
DR. ZULKIFLI KE ARAB SAUDI JUMAAT INI, BINCANG ISU HAJI
[ "KUALA LUMPUR: Sebarang ketetapan mengenai musim haji akan datang bakal diumumkan selepas perbincangan susulan dengan kerajaan Arab Saudi.", "Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, beliau akan ke negara itu Jumaat ini bagi mendapatkan perincian lanjut tentang perkembangan pelaksanaan rukun Islam kelima itu.", "“Semua jemaah haji di seluruh dunia termasuk saya sentiasa menginginkan ke kota suci Makkah, tetapi kita juga memahami dalam pandemik COVID-19 yang cukup mencabar ini, sebarang keputusan pun kita terima dan kita akan uar-uarkan dan khabarkan kepada khalayak selepas kita dapat keputusan.”", "Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyididn Yassin mengumumkan Malaysia bakal menerima 10,000 lagi kuota jemaah tambahan haji bagi tahun ini.", "Tan Sri Muhyiddin mengumumkan demikian ketika lawatan kerjanya ke Arab Saudi baru-baru ini. – Alhijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lima-cedera-nahas-libatkan-tiga-kenderaan/
LIMA CEDERA NAHAS LIBATKAN TIGA KENDERAAN
[ "HULU SELANGOR: Lima individu cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di kilometer 18, Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian jam 4.45 petang itu membabitkan kereta Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Bezza.", "Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, maklumat kesemua mangsa belum diperolehi kerana mereka masih mendapatkan rawatan di hospital.", "“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Camry dibawa ke Hospital KPJ Rawang manakala pemandu Proton Saga dibawa ke Hospital Selayang.”", "“Pemandu dan dua penumpang Perodua Bezza pula dibawa ke Hospital Selayang,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, setakat ini semua mangsa belum hadir bagi membuat laporan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 43(10) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kaki-kanak-kanak-tersepit-dalam-eskalator/
KAKI KANAK-KANAK TERSEPIT DALAM ESKALATOR
[ "PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas selepas kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.", "Kejadian tersebut berlaku kira-kira 1.30 tengah hari melibatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang sedang turun dari tingkat dua pusat beli belah itu bersama ibu bapanya dengan menggunakan eskalator.", "Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya berkata, pihaknya mengerahkan dua orang pegawai termasuk lima anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 tengah hari.", "“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Tidak dapat dipastikan bentuk kecederaan dialami mangsa,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/orang-ramai-dijemput-meriahkan-munajat-ambang-tahun-baharu-2023-di-masjid-putra/
ORANG RAMAI DIJEMPUT MERIAHKAN MUNAJAT AMBANG TAHUN BAHARU 2023 DI MASJID PUTRA
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya esok.", "Program pengisian malam tahun baharu 2023 itu bermula 6.30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam.", "Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam. ", "“Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, insya-Allah,” menurut Jakim dalam hantaran di Facebook. ", "Sebelum ini, Anwar mengumumkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang sepatutnya diadakan esok dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri dilanda musibah banjir.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lee-zii-jia-pewaris-legenda-badminton-malaysia/
LEE ZII JIA, PEWARIS LEGENDA BADMINTON MALAYSIA
[ "KUALA LUMPUR: Tidak mustahil bagi juara perseorangan lelaki All England, Lee Zii Jia untuk menjejaki legasi pemain badminton legenda negara seperti Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei dan tokoh sukan negara lain.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri yang turut sama menonton perlawanan akhir antara Zii Jia dengan Viktor Axelsen malam semalam waktu Malaysia berkata, persembahan pemain badminton kelahiran Kedah itu berjaya mempamer semangat kesukanan serta motivasi tinggi berkelas dunia.", "Zii Jia merangkul kejuaraan Seluruh England (All England) selepas menundukkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan kemenangan 30-29; 20-22; 21-9.", "Zii Jia terlebih dahulu menang di set pertama, sebelum Axelsen bangkit di set kedua sekali gus membawa permainan ke rubber game.", "Axelsen akhirnya tunduk kepada Zii Jia, pemain nombor 10 dunia dengan mata 9-21 pada set penentuan.", "Kemenangan Zii Jia memberikan sinar semula dalam arena badminton setelah kali terakhir Malaysia menjuarai All England pada 2017 menerusi Chong Wei.", "Kemeriahan pasti lebih luar biasa jika stadium penuh dengan sorakan peminat, kedai makan dan restoran penuh dengan pelanggan yang ramai untuk bersama menonton detik-detik kegemilangan tersebut.", "Zulkifli turut optimis Zii Jia akan menjadi pemain badminton ulung, sebagaimana ramai lagi yang telah mengharumkan nama negara berulang-ulang kali pada masa hadapan.", "“Permainan yang cemerlang dan penuh strategi yang dipamerkan Lee Zii Jia tadi memberikan gambaran positif yang beliau mampu menempa nama sebagai pemain legenda yang akan mengharumkan negara berulang kali lagi kelak pada masa hadapan.”", "Selain Zii Jia dan Chong Wei, pemain perseorangan negara yang pernah menjuarai All England adalah Muhammad Hafiz Hashim pada tahun 2003.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/serpihan-logam-disyaki-komponen-roket-negara-china-ditemukan-di-miri/
SERPIHAN LOGAM DISYAKI KOMPONEN ROKET NEGARA CHINA DITEMUKAN DI MIRI
[ "MIRI: Serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket milik China ditemukan di Sepupok, Niah, dekat sini.", "Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata serpihan logam itu ditemukan penduduk di Batu Niah yang kemudiannya membuat laporan polis.", "“Hasil tinjauan awal pihak polis mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang satu meter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di situ.", "“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.", "Katanya, kawasan terbabit telah dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.", "“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.", "“Masyarakat juga disarankan untuk menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku,” katanya.", "Semalam media melaporkan serpihan roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pvattbm-harap-dapat-kuota-haji-tambahan-untuk-ahlinya/
PVATTBM HARAP DAPAT KUOTA HAJI TAMBAHAN UNTUK AHLINYA
[ "KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap kerajaan mempertimbangkan permintaan persatuan itu untuk mendapatkan kuota haji tambahan bagi ahlinya.", "Presidennya Datuk Ismail Abidin berkata penambahan itu perlu kerana ramai ahlinya yang mempunyai jumlah simpanan wang mencukupi untuk menunaikan haji namun masih menunggu giliran untuk ke tanah suci.", "“Apa yang membimbangkan saya, kebanyakan ahli PVATTBM berusia antara 60 dengan 70 tahun mungkin tidak dapat memenuhi hasrat mereka jika terpaksa menunggu lebih lama,” katanya kepada Bernama.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai peningkatan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1441 Hijrah) kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah tahun lepas", "Ismail berkata PVATTBM mendapat kuota 200 orang setahun dan berharap jumlah dinaikkan kepada 400 orang tahun ini.", "“Kami tidak merayu wang perbelanjaan untuk ahli-ahli kami ke tanah suci, tetapi apa yang kami minta ialah tempat untuk ahli-ahli kami pergi secepat mungkin memandangkan kebanyakan ahli-ahli kami sudah lanjut usia,” katanya. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-muat-naik-hantaran-berbaur-hasutan-terhadap-agong-ditahan/
LELAKI MUAT NAIK HANTARAN BERBAUR HASUTAN TERHADAP AGONG DITAHAN
[ "SELANGOR: Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan polis selepas disyaki memuat naik hantaran di media sosial menghasut orang ramai melakukan demonstrasi terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Ketua Polis Selangor ACP Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram.", "Katanya, hasil penelitian mendapati video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati individu terlibat terhadap kenyataan Al-Sultan Abdullah dalam pemilihan Perdana Menteri Malaysia.", "“Suspek juga melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Agong dalam pemilihan calon PM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Suspek telah ditahan dalam serbuan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sebuah rumah di sekitar daerah Kajang semalam, lebih kurang 10.30 malam.", "Dia ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Arjunaidi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia.", "“Pihak polis menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara. Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/polis-batalkan-saman-tidak-pakai-pelitup-muka-dalam-kenderaan-persendirian/
POLIS BATALKAN SAMAN TIDAK PAKAI PELITUP MUKA DALAM KENDERAAN PERSENDIRIAN
[ "KUALA LUMPUR: Kompaun tidak memakai pelitup muka hanya dikenakan kepada mereka yang berada di tempat awam yang sesak serta pengangkutan awam sahaja, tidak termasuk kenderaan persendirian.", "Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis akan membatalkan saman yang telah dikeluarkan kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian.", "“Semalam ada yang disaman (kerana tidak pakai pelitup muka) ketika berada di dalam kenderaan persendirian.", "“Saya dah berbincang dengan pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak polis akan membatalkan saman tersebut dan kalau sudah bayar ia boleh dituntut semula,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur.", "Ujarnya pemakaian pelitup muka dalam kenderaan persendirian tidak diperlukan kerana individu yang berada di dalam kenderaan tersebut mudah dikesan jika ada berlaku jangkitan.", "“Kenderaan persendirian bukan pengangkutan awam tidak perlu pakai mask dalam kereta. Kalau kita dengan kawan tempat kerja kita tahu siapa kerana dia kawan kita. Setiap hari menumpang satu kenderaan,” katanya.", "Selain itu beliau menegaskan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang tidak sesak dan ada penjarakan sosial adalah tidak diwajibkan.", "Namun katanya orang ramai digalakkan untuk terus memakai pelitup muka walaupun di kawasan tidak sesak bagi mengurangkan ancaman COVID-19. — AlHijrah Online / Zaim Zamani" ]
https://alhijrahnews.com/spr-akan-adakan-mesyuarat-khas-bagi-tentukan-tarikh-penting-pru15/
SPR AKAN ADAKAN MESYUARAT KHAS BAGI TENTUKAN TARIKH PENTING PRU15
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pembubaran Parlimen Penggal ke-14, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.", "Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan hari ini, berkata mesyuarat khas itu yang turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah, akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.", "Mengambil maklum pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14, Ikmalrudin berkata permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU15 dibuka serta-merta namun tarikh tutup berkenaan akan dimaklumkan kelak selepas mesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya kelak.", "Ismail Sabri dalam perutusan khas mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa hari ini. Pembubaran itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Dalam pada itu, Ikmalrudin  berkata permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media, perlu memohon secara manual menggunakan Borang 1A." ]