url
stringlengths
28
237
headline
stringlengths
6
180
content
sequence
https://alhijrahnews.com/kenderaan-seludup-ketum-terbalik/
KENDERAAN SELUDUP KETUM TERBALIK
[ "PADANG BESAR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua individu yang disyaki menyeludup daun ketum terbalik semasa dikejar polis di Kampung Kolam, di sini semalam.", "Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, pihaknya membuat rondaan kira-kira jam 8 pagi sebelum terserempak dengan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero berwarna biru gelap dalam keadaan mencurigakan.", "Anggota polis kemudian bertindak mengejar kenderaan tersebut sebelum ditemui terbalik dipercayai terbabas.", "Bagaimanapun kenderaan jenis pacuan empat roda itu ditemui tanpa pemandu dan penumpang selepas berjaya melarikan diri ke dalam hutan.", "“Hasil pemeriksaan menemukan 15 guni berwarna putih yang di dalamnya mengandungi daun-daun disyaki ketum, dianggarkan seberat 500 kilogram dengan anggaran nilai sebanyak RM15,000.", "“Daun ketum ini dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui jalan Felda Mata Ayer,” katanya di sini hari ini.", "Saifudin memaklumkan kesemua barang kes tersebut dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum empat tahun.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kebergantungan-kepada-ujian-rt-pcr-perlu-dikurangkan/
KEBERGANTUNGAN KEPADA UJIAN RT-PCR PERLU DIKURANGKAN
[ "KUALA LUMPUR: Kebergantungan kepada ujian RT-PCR COVID-19 perlu dikurangkan dan penggunaan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) adalah lebih baik semasa Fasa Peralihan ke Endemik.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran video berdurasi dua minit di Twitter beliau hari ini berkata keputusan RTK-Ag yang pantas iaitu hanya mengambil 15 minit berbanding keputusan RT-PCR (ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata) yang mengambil tempoh panjang, adalah lebih efektif dalam menghadapi gelombang Omicron.", "“Berbanding RT-PCR yang sangat sensitif, sampai orang yang sudah pulih pun masih lagi positif bila mengambil ujian RT-PCR… dalam situasi sekarang di mana varian Omicron yang cepat merebak, ujian RTK adalah lebih efektif kerana tidak perlu 24 hingga 48 jam untuk tahu sama ada positif atau tidak.", "“Lebih cepat kita boleh kesan, lebih cepat kita asingkan diri jika positif. Lebih baik 1,000 orang menjalani ujian RTK-Ag daripada 10 orang yang RT-PCR walaupun RT-PCR lebih sensitif,” katanya.", "Beliau berkata RTK-Ag yang lebih murah dan mudah didapati di pasaran sudah memadai bagi mengesan kes positif COVID-19 berbanding RT-PCR yang lebih mahal.", "Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa sekiranya keputusan RTK-Ag dikesan positif, keputusan itu tidak perlu disahkan dengan menjalani ujian RT-PCR sebaliknya individu berkenaan perlu menjalani kuarantin serta-merta.", "Mengenai kualiti kit ujian kendiri COVID-19, Khairy berkata kementerian sentiasa memantau kualiti kit ujian tersebut. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/duti-eksais-cecair-vape-rokok-elektronik-diperkenalkan/
DUTI EKSAIS CECAIR ‘VAPE’, ROKOK ELEKTRONIK DIPERKENALKAN
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mengenakan duti eksais terhadap cecair atau gel mengandungi nikotin untuk rokok elektronik dan ‘vape’.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun ‘vape’ bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, ianya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.", "Ujarnya, sebagai sokongan terhadap ikhtiar ‘Generational Endgame’ (GEG), kerajaan akan menyalurkan separuh daripada hasil duti eksais kepada Kementerian Kesihatan (KKM).", "“Bagi mengurangkan ketirisan, usaha penguatkuasaan agensi Kerajaan akan terus dipergiat bersama-sama pihak industri bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan seperti diesel, arak dan rokok.", "“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanakan semula program pengakuan secara sukarela.", "“Melalui program ini, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi pengakuan sukarela mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Disember 2024,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen hari ini.", "Sebelum ini bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Dewan Rakyat bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin itu.", "Antaranya RUU itu memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jenazah-mat-london-selamat-dikebumi/
JENAZAH ‘MAT LONDON’ SELAMAT DIKEBUMI
[ "KUALA LUMPUR: Jenazah Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74, selamat dikebumikan, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati, petang tadi.", "Terdahulu Mat London meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada kira-kira 5.57 pagi tadi, akibat jangkitan paru-paru selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 16 Jun.", "Anaknya Salmany Akir Ahmad, 42, berkata, jenazah bapanya telah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati selepas solat Jumaat.", "Turut hadir ahli keluarga terdekat serta sahabat handai Allahyarham yang menguruskan jenazah dari mula sehingga selesai pengebumian.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/15-maut-rempuhan-kereta-api-di-bangladesh/
15 MAUT REMPUHAN KERETA API DI BANGLADESH
[ "DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 maut dengan lebih 50 cedera pada Selasa apabila dua kereta api penumpang berlanggar di daerah Brahmanbaria, menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan media dan polis.", "“Sehingga kini, 15 mangsa disahkan maut dalam kemalangan itu. Kita masih melakukan kerja-kerja baik pulih,” kata ketua polis daerah, Mohammad Anisur Rahman.", "Beliau berkata jumlah kematian dijangka meningkat ketika ramai penumpang dilaporkan terperangkap di bawah gerabak kereta api.", "“Satu jawatankuasa dibentuk bagi menyiasat punca kemalangan dan selepas itu kita akan mengesahkan jumlah kematian dan kerosakan sebenar,” kata Rahman.", "Kemalangan itu berlaku selepas kereta api terbabit secara tidak sengaja melanggar signal ketika menukar haluan, demikian lapor Shomoy TV memetik sumber polis.", "Susulan kemalangan itu, perkhidmatan antara Dhaka dan dua bandar utama iaitu Sylhet dan Chottogram, digantung sementara.", "Presiden Bangladesh, Abdul Hamid dan Perdana Menterinya, Sheikh Hasina menyatakan takziah kepada mangsa terbabit. — Terjemahan AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/masyarakat-antarabangsa-diseru-sokong-bantu-rakyat-palestin-kembali-ke-tanah-air/
MASYARAKAT ANTARABANGSA DISERU SOKONG, BANTU RAKYAT PALESTIN KEMBALI KE TANAH AIR
[ "KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh masyarakat antarabangsa memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka.", "Beliau berkata dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan.", "“Apa sahaja jalan dipilih oleh rakyat Palestin yang teraniaya ini berpunca daripada tanah air dan harta benda mereka dirampas secara haram oleh rejim Israel.", "“Oleh itu kita perlu lebih tegas mendesak dan menghalang Israel meluaskan petempatan haram mereka dan kembalikan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.", "Mohamad berkata walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2334 pada 2016, yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dengan membuka 293 petempatan haram di tanah milik rakyat Palestin, masih tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara tersebut.", "Beliau berkata malah, Israel masih meneruskan tindakan ganas dengan merampas tanah rakyat Palestin seperti meroboh rumah dan mengenakan tindakan ganas membunuh serta mencederakan penduduk yang cuba mempertahankan harta benda mereka.", "Menurut Mohamad tindakan itu turut diakui Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang mendakwa sekurang-kurangnya 700,000 penempatan haram dibina Israel di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.", "“Bukan sekadar tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, tetapi Kerajaan Israel juga mengumumkan langkah untuk membina sekali ganda lagi petempatan haram di wilayah yang dijajah mereka di Bukit Golan menjelang 2027.", "“Hal ini kerana semenjak penubuhan negara Israel yang dilakukan secara haram dan ganas dengan merampas tanah air rakyat Palestin pada 1948, jutaan rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke negara jiran seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir selepas rumah dan tanah mereka dirampas,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kerani-bebas-tuduhan-sebabkan-kematian-lapan-remaja-basikal-lajak/
KERANI BEBAS TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN LAPAN REMAJA BASIKAL LAJAK
[ "PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan dan melepaskan kerani wanita, Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja penunggang basikal lajak pada 2017.", "Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu.", "Hadhariah berkata sabitan Sam kerana memandu secara melulu tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ada kekurangan.", "Hakim itu berkata terdapat penggandaan kesalahan dalam pertuduhan itu iaitu melakukan pemanduan secara melulu dan memandu secara berbahaya.", "Beliau berkata Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa pertuduhan mesti mempunyai satu kesalahan dan jelas pertuduhan terhadap Sam melanggar peruntukan tersebut.", "“Kamu bebas sekarang,” kata Hadhariah kepada Sam yang berdiri di tempat tertuduh.", "Hakim itu berkata mahkamah bersimpati dengan keluarga lapan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu tetapi keputusan sesuatu kes haruslah dibuat mengikut undang-undang dan mengikut keterangan yang ada di mahkamah.", "Sementara itu di luar mahkamah, Sam memohon maaf kepada ibu bapa lapan remaja yang maut dalam kemalangan itu dan berkata dia tidak berniat menyebabkan kemalangan tersebut.", "Dia berkata dia tahu permohonan maafnya tidak akan membawa kembali remaja itu dan tidak dapat mengubat duka serta memberi ketenangan kepada ibu bapa mereka.", "“Saya akan membawa perasaan (bersalah) ini sehingga ke kubur,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah.", "Pada 18 Nov 2019, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan Sam tanpa mengarahkannya membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian remaja itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor pada 3.20 pagi pada 18 Feb 2017 .", "Pada 18 Feb 2021, hakim Mahkamah Tinggi Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menyerahkan semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk Sam membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu.", "Pada 10 Okt 2021, Mahkamah Majistret membebaskan dan melepaskan Sam pada akhir kes pembelaan. Pihak pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi.", "Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan Sam terhadap kesalahan memandu secara melulu serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.", "Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16. ", "Sam diwakili sepasukan peguam termasuk Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Harvinderjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Abdul Rahman dan Muhamad Syafiq Mohd Ghazali yang mewakili pendakwaan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-rakyat-malaysia-terlibat-serangan-di-sri-lanka/
Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan di Sri Lanka
[ "KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak ada suspek rakyat Malaysia terbabit dalam insiden serangan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 300 nyawa di Sri Lanka, Ahad lalu.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan awal\n pihaknya mendapati kejadian serangan tidak mempunyai kaitan dengan \npembabitan warga Malaysia.", "“Kita ada terima dakwaan mengatakan serangan itu ada membabitkan warga kita.", "“Tapi siasatan awal kita mendapati tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pembabitan rakyat kita dengan insiden itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.", "Dalam majlis itu menyaksikan Timbalan Pengarah JSJN, Datuk Kamarulzaman Mamat memangku tugas sebagai Pengarah JSJN berkuat kuasa hari ini menggantikan Datu Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib.", "Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, arahan telah diberikan kepada ketua polis negeri untuk mempertingkat keselamatan di setiap negeri biar pun kejadian berlaku di luar negara.", "Katanya, langkah-langkah keselamatan dipertingkat termasuk di Kedutaan Sri Lanka di negara.", "“Kita juga sedang berhubung dengan agensi berkaitan termasuk agensi tempatan dan antarabangsa untuk mengenal pasti rangkaian yang terlibat dalam kejadian terbabit.", "“Kita sentiasa berwaspada dengan isu ini dan mengawal sebaik mungkin,” katanya.", "Terdahulu, seramai 13 suspek ditahan susulan insiden siri pengeboman dahsyat menyasarkan gereja dan beberapa hotel yang meragut lebih 200 nyawa di negara terbabit.", "Dalam kes berlainan, berhubung status kes anak perempuan dan bekas suami Indira Gandhi yang masih hilang, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya ada berjumpa dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan peguam yang memfailkan kes terbabit untuk bertukar maklumat serta pandangan.", "“Polis tidak akan berdiam diri. Apa juga petunjuk yang diperoleh, kita akan bertindak. Kita harap orang ramai yang ada maklumat untuk beri perhatian untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Terdahulu, Prasana Diksa, 10, dibawa lari kira-kira 10 tahun lalu oleh Muhammad Riduan Abdullah, seorang mualaf sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan, setelah dia secara satu pihak menukar agama semua anak-anaknya kepada Islam pada tahun 2009. Prasana ketika itu hanya berumur 11 bulan.", "Ini mencetuskan perbicaraan yang berpanjangan melibatkan kedua-dua mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah Tinggi kemudian pada tahun 2014 mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan. – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/warga-emas-tular-alami-ruam-akibat-kesan-sampingan-vaksin-covid-19-tidak-benar/
WARGA EMAS TULAR ALAMI RUAM AKIBAT KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 TIDAK BENAR
[ "IPOH: Dakwaan kononnya seorang lelaki warga emas mengalami kesan sampingan pada kulit akibat suntikan vaksin COVID-19 di sebuah klinik kesihatan di daerah Kuala Kangsar seperti yang tular pada Ahad lepas adalah tidak benar, sebaliknya dia disahkan menghidap kayap.", "Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata warga emas itu hadir seorang diri ke Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk rawatan susulan penyakit kronik Dyslipidemia (penyakit kulit) pada 6 April lepas dan semasa sesi konsultasi di bilik rawatan, pegawai perubatan mendapati beliau belum pernah menerima suntikan vaksin COVID-19.", "“Memandangkan beliau mempunyai masalah logistik dan sukar untuk datang ke klinik semula sekiranya terpaksa hadir untuk dos kedua, pegawai perubatan telah memberikan kaunseling mengenai suntikan dos tunggal vaksin CanSino.", "“Beliau bersetuju untuk menerima suntikan tersebut serta telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19 dan disuntik pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Dr Ding berkata warga emas itu kemudian hadir semula di ke Klinik Kesihatan Padang Rengas bersama seorang waris kira-kira pukul 3 petang pada 8 April dan mengadu mengalami ruam pada bahagian kiri atas dada, leher dan bahu.", "Menurutnya, pesakit itu kemudian telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Klinik Pakar Dermatologi Hospital Taiping pada Isnin dan menerima rawatan di Klinik Pakar Dermatologi.", "“Pakar Dermatologi telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel bagi ujian makmal ‘Tzanck Smear’ dan keputusan adalah positif. Beliau telah disahkan menghidap penyakit ‘Herpes Zoster’ atau kayap dan telah diberikan ubat antiviral serta ubat tahan sakit,” katanya.", "Beliau berkata pesakit itu juga telah diberikan tarikh janji temu susulan di klinik pakar pada 19 Mei ini dan keadaan pesakit kini adalah stabil serta dirawat sebagai pesakit luar.", "Pada Ahad, seorang pengguna laman sosial Twitter memuat naik gambar warga emas dikatakan datuknya yang mengalami ruam pada bahagian badan dan mendakwa doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan memaksa datuknya mengambil suntikan vaksin tanpa dokumentasi dan laporan persetujuan malah tidak bertanyakan jenis vaksin yang diambil warga emas itu sebelum ini.", "Pengguna Twitter itu turut mendakwa datuknya mengalami kegatalan dan kulit mula bernanah selepas pulang dari klinik berkenaan sehingga tidak dapat memakai baju dengan baik. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pkpb-klang-perlu-surat-kebenaran-untuk-keluar-kawasan-muat-turun-di-facebook/
PKPB KLANG: PERLU SURAT KEBENARAN UNTUK KELUAR KAWASAN, MUAT TURUN DI FACEBOOK
[ "KLANG: Orang ramai perlu mendapatkan borang kebenaran polis bagi tujuan bekerja dan urusan penting untuk keluar dari kawasan Mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).", "Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, borang kebenaran boleh dimuat turun di laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan, bertujuan membolehkan pemohon melepasi sekatan jalan di Bayu Perdana, Sri Andalas dan Bukit Tinggi dalam mukim Klang.", "“Pihak polis akan sediakan sebuah balai polis bergerak, untuk menyenangkan urusan di kawasan ini untuk mengedar borang kebenaran, dan untuk tidak bersesak di balai polis dan perlu kemukakan borang daripada majikan.", "“Pihak kami akan pertimbangkan sama ada permohonan itu dari perkhidmatan perlu atau tidak, sebelum kebenaran diberi”, katanya.", "Tambahnya, polis berharap masyarakat di kawasan yang terlibat dengan PKPB boleh bekerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha mencegah pandemik itu.", "Selari dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPB di Klang adalah untuk membendung penularan pandemik COVID-19, yang akan dilaksanakan selama 14 hari bagi mengesan kes secara bersasar.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bahana-pinjaman-peribadi-atas-talian/
BAHANA PINJAMAN PERIBADI ATAS TALIAN
[ "Laporan khas pinjaman peribadi atas talian yang memperdaya mangsa menjadi “keldai akaun” oleh Wartawan TV AlHijrah, Zaim Zamani.", "Ikuti kupasan laporan Berita AlHijrah 18 Oktober 2019. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kkm-semak-semula-tatacara-pengurusan-jenazah-covid-19/
KKM SEMAK SEMULA TATACARA PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak semula tatacara pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti COVID-19.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semakan semula tersebut sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021.", "Pindaan tatacara tersebut antaranya jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan syarat urusan mandi dan kapan dilakukan pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap.", "“Mengelakkan aktiviti yang berunsur aerosol generating procedure (AGP) ke atas jenazah seperti menekan perut jenazah. ", "“Hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dan bersesuaian dibenarkan turut serta dalam urusan memandikan dan mengapankan jenazah bersama pengendali jenazah yang terlatih di hospital,” katanya.", "Khairy mengulas, bagi jenazah bukan Islam, sekiranya prosedur last rite memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan jenazah tanpa melibatkan aktiviti AGP.", "“Hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dan bersesuaian dibenarkan turut serta dalam urusan prosedur last rite,” katanya.", "Ujar Khairy, tatacara pengurusan jenazah yang turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat bagi setiap jenazah.", "Bagi urusan pengebumian jenazah, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE bersesuaian.", "“KKM juga tidak menetapkan jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah. Namun begitu, KKM menggalakkan individu yang hadir untuk memakai pelitup muka dan elakkan daripada bersesak-sesak,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/41-maut-dalam-kebakaran-malaysia-ucap-takziah-kepada-mesir/
41 MAUT DALAM KEBAKARAN, MALAYSIA UCAP TAKZIAH KEPADA MESIR
[ "PUTRAJAYA: Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada keluarga mangsa kebakaran Gereja Abou Seifain di Giza pada 14 Ogos lalu.", "“Pada masa yang sangat sukar ini, doa kami bersama mangsa dan keluarga mereka,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.", "Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan 14 lagi cedera dalam kebakaran pada Ahad yang dilaporkan berpunca daripada litar pintas.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-dipenjara-17-tahun-sebabkan-kematian-rakan-sekerja-oku/
LELAKI DIPENJARA 17 TAHUN SEBABKAN KEMATIAN RAKAN SEKERJA OKU
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai barangan terpakai yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian ke atas rakan sekerjanya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), tiga tahun lepas.", "Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Okt 2019.", "Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, namun mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.", "Mengikut pertuduhan pindaan itu, Raventiran didakwa dengan niat menyebabkan kematian terhadap R.Vijaya Kumar, 47, di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini antara 1.30 pagi hingga 12.34 tengah hari pada 31 Okt 2019.", "Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi manakala peguam Stanley Clement Augustine mewakili tertuduh.", "Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 3 Mei –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pertemuan-empat-mata-pm-ismail-sabri-dan-erdogan-hari-ini/
PERTEMUAN EMPAT MATA PM ISMAIL SABRI DAN ERDOGAN HARI INI
[ "ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.", "Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bertukar pandangan berhubung usaha mengukuhkan hubungan, antara dua negara, di samping berbincang mengenai isu-isu melibatkan perkembangan serantau dan antarabangsa, terutama yang berkaitan dengan sekuriti makanan dalam pertemuan di Istana Presiden itu nanti.", "Ia diikuti dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan Turkiye.", "Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.", "Ismail dan Erdogan juga dijadualkan menyaksikan majlis menandatangani tujuh Memorandum Persefahanan, sebelum mengadakan persidangan media.", "Erdogan kemudiannya akan menganjurkan majlis makan tengah hari untuk delegasi Malaysia.", "Terdahulu hari ini Ismail Sabri mengunjungi Kemal Ataturk Memorial dan menandatangani buku pelawat memorial berkenaan, yang dibangunkan sebagai penghormatan kepada pengasas dan presiden pertama negara Turki moden itu.", "Rabu, perdana menteri melawat dua penggiat utama dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di Turkiye iaitu MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI), selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kerjasama teknologi dengan negara itu.", "Perdana menteri dijadualkan kembali ke tanah air pada hari Jumaat. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lee-chong-wei-sah-tidak-ke-tokyo/
LEE CHONG WEI SAH TIDAK KE TOKYO
[ "KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen (CDM) Malaysia tidak akan ke Jepun bagi Sukan Olimpik Tokyo, atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.", "Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan makluman tersebut, bagaimanapun Chong Wei akan mengekalkan jawatan tersebut berdasarkan pendirian dibuat Majlis Olimpik Malaysia (MOM).", "Reezal berkata, Chong Wei akan memantau perjalanan atlet di Tokyo selain memberi nasihat serta kata-kata semangat secara maya sehinggalah temasya sukan terbesar dunia yang bermula 23 Julai ini melabuhkan tirainya pada 8 Ogos.", "“Kami tetap pendirian dengan MOM untuk mengekalkannya sebagai CDM kerana Chong Wei merupakan nama yang amat besar dan signifikan serta cukup kuat dalam hati, sanubari dan minda rakyat Malaysia.", "“Aspek pengurusan atlet di Tokyo pula akan dikelolakan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan beliau juga akan tinggal bersama mereka di perkampungan sukan di sana nanti,” katanya.", "Memetik laporan BERNAMA, Reezal berkata ketiadaan Chong Wei di Tokyo bukanlah satu masalah kerana hakikatnya, edisi kali ini berlangsung dalam keadaan yang cukup berbeza ekoran pandemik COVID-19 dan memberi jaminan pemenang tiga pingat perak berturut-turut Olimpik itu akan terus berhubung dengan kem Malaysia tanpa sebarang kekangan.", "Beliau pada masa sama menghargai kegigihan dan kesungguhan Chong Wei untuk kekal bersama kontinjen Malaysia dan diharap semangatnya mampu memberi kejayaan kepada atlet membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Tokyo.—AlHijrah Online / BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/minum-campuran-air-berkarbonat-dan-spirit-20-pelajar-keracunan-metanol-di-pitas/
MINUM CAMPURAN AIR BERKARBONAT DAN ‘SPIRIT’: 20 PELAJAR KERACUNAN METANOL DI PITAS
[ "KOTA KINABALU: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ pada Selasa lepas (6 Jun).", "Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam) Dr Asits Sanna berkata mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun dan lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala.", "Beliau berkata daripada kumpulan yang bergejala itu, kesihatan dua pelajar semakin merosot dan masing-masing telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut, semalam.", "“.. (daripada kes bergelaja) sebanyak lima kes lagi telah dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut dan satu kes masih dirawat di Hospital Pitas. Siasatan awal mendapati mangsa mengambil minuman itu pada pukul 2.30 petang, Selasa lalu,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.", "Katanya semua kes telah mendapat rawatan awal di Hospital Pitas. ", "Pitas, sebuah daerah di utara Sabah, terletak kira-kira 175 kilometer dari sini.", "Dr Asits berkata 12 pelajar yang tidak bergejala itu telah dimasukkan ke wad di Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan seterusnya.", "Beliau berkata sampel berkaitan telah diambil untuk pengesahan kehadiran metanol termasuk darah, urin, serta sampel ‘spirit’, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.", "“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau keadaan mangsa dan bekerjasama dengan sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga Pejabat Pendidikan Daerah Pitas bagi menjalankan siasatan lanjut, selain mengambil langkah mengelakkan kejadian ini berulang,” katanya.", "Katanya seseorang yang keracunan metanol mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala untuk tempoh satu hingga 72 jam selepas pengambilan.", "“Gejala akan wujud dengan lebih cepat jika metanol diminum dalam kuantiti banyak dan adalah lebih lambat jika diminum dalam kuantiti yang sedikit atau diminum bersama etanol. Keracunan metanol juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan metanol sebagai bahan pembuat minuman keras,” katanya.", "Dr Asits menegaskan mengambil minuman beralkohol tidak sah dan tercemar adalah berbahaya; selain menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan metanol seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau kabur penglihatan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hanya-lapan-puluh-ahli-parlimen-dicadang-bersidang/
HANYA 80 AHLI PARLIMEN DICADANG BERSIDANG
[ "JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan hanya 80 Ahli Parlimen dihadkan dalam satu sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Julai ini.", "Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Whip setiap parti politik.", "Ujarnya cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu hadapan sebelum Parlimen mula bersidang.", "Jelas Mohd Rashid, cadangan itu sama seperti ketetapan persidangan pada tahun lepas yang mana hanya 80 daripada 222 Ahli Parlimen dibenarkan masuk bagi satu sesi.", "“Pengagihan Ahli Parlimen adalah 44 dari blok kerajaan dan 36 lagi Ahli Parlimen blok pembangkang,” katanya pada sidang media selepas melawat Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, hari ini.", "Tambah beliau persidangan juga akan mempunyai sesi pagi dan petang dan ahli Dewan Rakyat boleh bergilir-gilir masuk dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan", "Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula bersidang selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos ini.", "Persidangan itu bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mesyuarat-tergempar-gcc-liga-arab-30-mei-ini/
Mesyuarat tergempar GCC, Liga Arab 30 Mei ini
[ "JEDDAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan pemimpin Liga Arab untuk membincangkan isu keselamatan dan langkah untuk mempertingkatkan keselamatan di rantau terbabit.", "The Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Raja Salman telah menjemput pemimpin Teluk dan negara Arab untuk menghadiri dua sidang kemuncak tergempar di Makkah pada 30 Mei ini berhubung ‘pencerobohan’ dan kesannya kepada Asia Barat.", "Difahamkan, mesyuarat luar biasa itu dipanggil susulan serangan ke atas kapal maritim komersial di perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dua stesen pam minyak di Riyadh.", "Ketika ini, ketegangan semakin memuncak di Teluk selepas Amerika Syarikat mengerahkan kapal perang milik mereka, USS Abraham Lincoln dan pesawat pengebom ke perairan rantau terbabit kononnya sebagai respons terhadap ancaman Iran.", "Sementara itu, Menteri Luar, Adel al-Jubeir berkata, Arab Saudi cuba melakukan yang terbaik untuk mengelakkan peperangan di Asia Barat. – Sinar Harian" ]
https://alhijrahnews.com/jheaipp-diarah-siasat-kes-tular-kedai-nasi-ayam/
JHEAIPP DIARAH SIASAT KES TULAR KEDAI NASI AYAM
[ "GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan berhubung dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara, dekat sini mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik daripada restoran bukan Islam.", "Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata dakwaan itu serius dan siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.", "“Saya sudah mengarahkan beberapa agensi termasuk JHEAIPP menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam dan mereka sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.", "“Saya difahamkan siasatan dijalankan berdasarkan apa yang terkandung dalam media sosial sahaja setakat ini kerana kita belum mendapat sebarang aduan rasmi. Kita respons ke atas apa yang kita dapat maklumat melalui media,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.", "Beliau berkata siasatan awal oleh pentadbiran agama itu telah dibuat namun belum lengkap kerana ada lagi yang perlu diambil kira, selain mendapatkan maklumat secara sahih sebelum sebarang tindakan dibuat.", "Menurut Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pemilik dan pekerja kedai serta beberapa individu yang didakwa terlibat dengan kedai makan itu telah dikenal pasti dan kemungkinan akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Peguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang A.Mogan ketika dihubungi berkata JHEAIPP ada memaklumkan mahu menjalankan siasatan susulan kes itu bersama pihaknya.", "“Saya dimaklumkan kes itu sedang disiasat oleh JHEAIPP dan mereka (JHEAIPP) nak adakan siasatan susulan bersama KPDNHEP berhubung kes tersebut,” katanya.", "Sejak semalam, tular video berdurasi dua minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.", "Rakaman video itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Muslim kerana merasakan peniaga tersebut telah menipu pelanggannya dengan mendapatkan bekalan daripada sumber tidak halal.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jangan-salah-guna-visa-umrah-pelancongan-untuk-tunai-haji-motac/
JANGAN SALAH GUNA VISA UMRAH, PELANCONGAN UNTUK TUNAI HAJI – MOTAC
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan umat Islam terutama bakal jemaah umrah di negara ini supaya tidak menyalahgunakan kemudahan visa pelancong dan visa umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji.", "MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan peringatan tersebut diuar-uarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa sehingga masuk ke musim haji. ", "Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada agensi pelancongan dalam bidang umrah dan seterusnya mengawal selia aktiviti berkaitan, MOTAC turut ingin mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji bermula selain akur dengan peraturan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.", "Musim haji dijangka bermula minggu ketiga Jun tahun ini.", "“MOTAC memandang serius berhubung perkara tersebut (salah guna) kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah serta berusaha menghalang berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini selain daripada menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.", "Kementerian itu memaklumkan perkara itu satu kesalahan di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah, selain kerajaan negara itu hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH).", "Menurut MOTAC, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan oleh kementerian itu dan turut menyeru rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah agar sentiasa menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jurutera-perkapalan-didakwa-bunuh-penjawat-awam/
JURUTERA PERKAPALAN DIDAKWA BUNUH PENJAWAT AWAM
[ "TANAH MERAH: Seorang jurutera syarikat perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 Sept lepas.", "Harun Narresat Ibrahim, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. ", "Mengikut pertuduhan, Harun Narresat didakwa membunuh Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang, Jalan Pasir Puteh Lama, Machang kira-kira pukul 11.30 pagi.", "Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan. ", "Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili penguam Tengku Shazuan Tg Shariffudin.", "Mahkamah menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.", "Pada 3 Sept, media melaporkan seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mb-inc-perak-bantu-petugas-media-sambilan-dan-kontrak/
MB INC PERAK BANTU PETUGAS MEDIA SAMBILAN DAN KONTRAK
[ "IPOH: Pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini menyaksikan ramai pihak terkesan dan memerlukan bantuan.", "Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan bagi mengekang penularan wabak tersebut turut memberi kesan kepada petugas media secara sambilan dan kontrak.", "Prihatin dengan situasi getir yang dilalui petugas-petugas media sambilan dan kontrak di Perak, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) tampil memberi bantuan.", "Ketua Pegawai Eksekutif Mb Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, bantuan kotak makanan terbabit adalah tanda kepekaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu terhadap pengamal media yang turut terkesan namun mungkin terlepas pandang untuk turut layak mendapat bantuan.", "“Jadi di sini merupakan salah satu inisiatif kita, kita mulakan dengan rakan-rakan media. Selain membantu rakyat di negeri Perak yang terjejas ekoran COVID-19, rakan media juga wajar dibantu.", "“Selain staf-staf serta ahli keluarga, kita rasa golongan media juga seperti keluarga MB Inc. Mereka juga terjejas jadi hari ini kita tampil untuk membantu mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 40 petugas media sambilan dan kontrak di Ipoh hari ini.", "Program sumbangan tersebut adalah inisiatif bersama MB Inc dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Media Perak (KSKMP).", "Menurut Anuar, bantuan kepada petugas media Perak itu adalah sumbangan pertama untuk fasa kedua penyerahan kotak makanan MB PKP.", "Ujar beliau, sebanyak 14,000 kotak makanan telah disumbangkan kepada mereka yang terjejas untuk fasa pertama yang dijalakan Mac hingga Jun lalu.", "Katanya, selain kotak makanan MB Inc turut menyampaikan bantuan wang tunai serta barangan elekrtik kepada golongan terjejas termasuk petugas barisan hadapan.", "Ujar Anuar, sumbangan terbabit adalah inisiatif menyahut saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk berkongsi pulangan keuntungan syarikat dengan masyarakat.", "Sementara itu, Presiden KSKMP, Rosli Mansor Ahmad Razali berkata, sumbangan tersebut besar ertinya terutama kepada rakan media yang terjejas pendapatan.", "“Saya mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada Perbadanan Menteri Besar ye, MB Inc kerana telah menjalinkan kerjasama dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Media Perak dalam membantu rakan-rakan pengamal media terutama kepada pekerja media sebagai pekerja sambilan dan yang secara kontrak.", "“Pendapatan mereka amat terhad lah dan kekangan yang ekonomi yang mereka hadapi sekarang ini dapat diringankan sedikit lah dengan sumbangan yang diberikan oleh MB Inc,” katanya.", "Menurut Rosli Mansor, walaupun berdepan dengan kesukaran, petugas media yang bertugas di lapangan sepanjang PKP masih menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.", "Ujar beliau, petugas media juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan tetapi malangnya kerap kali nasib mereka terlepas pandang.", "Justeru katanya, KSKMP bertindak sebagai penyelaras kepada bantuan yang disalurkan pelbagai pihak kepada pengamal media yang bertugas. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/wanita-terjun-sungai-belat-ditemukan-lemas/
WANITA TERJUN SUNGAI BELAT DITEMUKAN LEMAS
[ "KUANTAN: Seorang wanita yang terjun ke Sungai Belat berhampiran Jeti Tanjung Punai di sini petang semalam ditemukan lemas di sungai itu hari ini. ", "Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut. ", "“Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana keadaan air pasang dan arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini. ", "Beliau berkata berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian. ", "Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kerajaan-beri-subsidi-jika-harga-minyak-naik-tun-mahathir/
KERAJAAN BERI SUBSIDI JIKA HARGA MINYAK NAIK: PM
[ "PUTRAJAYA: Tindakan Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco susulan serangan oleh pemberontak Yaman sudah pasti akan memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia.", "Perdana Menteri,\nTun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, di Malaysia, kerajaan mengamalkan\npemberian subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga tersebut.", "“Kalau dia (Arab Saudi) terpaksa henti pengeluaran minyak ditapis sebanyak sejuta tong, sudah tentu beri kesan kepada harga minyak seluruh dunia.", "“Tetapi di Malaysia bila harga minyak naik, kita beri subsidi. Di United Kingdom, kalau minyak naik dia (kerajaan) naikkan cukai. Bagi dia, orang dia tak merungut,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan The Putrajaya Boat Race 2019 di sini hari ini.", "Dr Mahathir\nberkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula harga\nruncit petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2.08 jika berlaku\nkenaikan harga minyak dunia berikutan kejadian serangan itu.", "Sementara itu,\nPutera Abdulaziz Salman dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA semalam\nberkata, Arab Saudi menggantung pengeluaran di dua loji minyak Aramco yang\ndiserang pemberontak Yaman.", "Menteri Tenaga\nArab Saudi itu berkata, serangan tersebut menyebabkan penggantungan sementara\npengeluaran di loji Abqaiq dan Khurais yang membawa kepada gangguan kira-kira\n50 peratus pengeluaran keseluruhan.", "Aramco dalam kenyataan berasingan menjelaskan serangan itu mengakibatkan penggantungan pengeluaran 5.7 juta tong minyak mentah sehari.", "Serangan dron\npemberontak Houthi ke atas Abqaiq dan Khurais, dua kemudahan utama Aramco di\ntimur Arab Saudi adalah yang terbaharu dalam siri serangan ke atas loji minyak\nnegara itu sejak beberapa bulan ini.", "Pemberontak\nHouthi berkata, mereka melancarkan operasi berskala besar membabitkan 10 dron\ndi kemudahan itu, lapor televisyen kumpulan itu, Al-Masirah. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/malaysia-quranhour-1440h-kolaborasi-mengqurankan-bangsa-mengikhlaskan-ummah-hussamuddin-yaacub/
Malaysia QuranHour 1440H: Kolaborasi MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah – Hussamuddin Yaacub
[ "KUALA LUMPUR – Masjid Putra, Putrajaya pada tarikh 30 Ogos ini bakal bergema dengan alunan Surah al-Kahfi dan Pesan Kemerdekaan dari Surah A-Kahfi bersempena Malaysia QuranHour kali ke-5 dan sambutan Hari Kebangsaan ke-62. ", "Surah tersebut dipilih kerana ianya sarat dengan panduan dan solusi menghadapi zaman penuh cabaran sebagai cara melakukan perubahan ke arah “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah”.", "“Quran Hour adalah sebuah ajakan untuk kita berkolaborasi bagi\nmenyelamatkan keluarga, organisasi dan negara dengan nilai dari Al-Quran dan As\nSunnah. Ia adalah perancangan sehingga tahun 1500H bagi menukar ekosistem agar\nkita kembali kepada nilai dan panduan dari al Quran. ” kata Datuk\nHussamuddin.", "Gerakan berinteraksi dengan al- Quran; Baca, Faham dan Amal melalui\nkempen tahunan berskala besar,  World\nQuran Hour (WQH) dan Malaysia #QuranHour, yang diaspirasi dan diasaskan Datuk\nDr Hussamuddin Yaacub ini telah mendapat 1.46 bilion capaian di media sosial\npada tahun ini berbanding 646 juta capaian pada tahun 2018. World #QuranHour\njuga telah diadakan di 300 lokasi di 70 buah negara membawa gelombang perubahan\ndengan al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia.", "Merujuk kepada misi Surah Al-Kahfi pada tahun ini, Dr. Hussamuddin\nmengatakan bahawa empat kisah yang ada di dalam surah tersebut sangat relevan\ndengan suasana yang sedang dihadapi oleh kita pada hari ini.", "“Kisah pemilik dua kebun yang dilanda badai di dalam Surah al-Kahf\npada saya, seolah-olah badai digital yang sedang meranapkan banyak syarikat\nmedia, perbankan dan lain-lain lagi sekarang ini. Ramai yang sombong ketika\nkita kaya, banyak harta dan ada ramai pengikut. \nPerkara ini perlu dipimpin dengan nilai dari al-Quran” ulas Datuk\nHussamuddin.", "Kisah Zulkarnain berkolaborasi membina benteng bersama-sama rakyatnya\ndi dalam Surah Al-Kahfi pula menurut Datuk Hussamuddin memberi beliau panduan\ntentang formula kejayaan dalam berkolaborasi.", "“Kita perlu membina dinding di dalam hati ummah agar hati kita\ndilindungi dari anasir perosak. Dengan meningkatkan iman dan kembali kepada\nal-Quran, Insya-Allah kita akan mampu menguruskan harta, ilmu dan kuasa dengan\nlebih baik” kongsi Hussamuddin.", "Keinginan untuk melihat perpaduan yang jitu dan kehidupan harmoni dalam\nmasyarakat juga menyebabkan beliau sering mencetuskan idea yang banyak\nmenyumbang kepada kecintaan kepada ilmu dan nilai murni sejagat, tanpa mengira\nperbezaan agama dan bangsa.", " Sebagaimana tabloid Sinar Harian\nyang neutral dalam pelaporannya, beliau juga sentiasa berusaha menterjemahkan\nnilai-nilai murni dalam peribadinya di rumah, tempat kerja dan masyarakat.\nImpian untuk “Masuk Syurga Sekeluarga” menjadi dorongan kuat bagi beliau\nmenyumbang kepada ummah melalui pelbagai kebolehan dalam variasi bidang.", "Di dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan, beliau percaya tiada\npanduan yang lebih baik selain merujuk kepada panduan dari al Quran dan\nsebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw.", "Terapi dari al-Quran menumbuhkan kekuatan dalam diri beliau. Contohnya\nbeliau mengambil inspirasi dari surah An-Nur yang ada menyebut tentang sifat\npohon zaitun yang teguh di pergunungan. Seseorang yang ingin berjaya akan tetap\nteguh melawan angin dan badai, kerana semakin tinggi keberadaan seseorang itu,\nsemakin kuat ujian melanda.", " Sifat-sifat dan pedoman\nsebeginilah yang cuba diterap dalam gerakan berinteraksi dengan al Quran (Baca,\nFaham, Amal) untuk dihayati oleh masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat\nyang berbudi dan penyayang, ‘A Nation of Compassion’.", "Walaupun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab antaranya tugas hakiki\nsebagai Pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan dan Penerbit di Kumpulan Media\nKarangkraf Sdn Bhd, Pengerusi TV AlHijrah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)\ndan terbaharu Pengerusi Raudhah City, sebuah syarikat pemaju perumahan, beliau\ntetap istiqamah dalam melestarikan gerakan al-Quran di Malaysia dan ke seluruh\ndunia.", "Justeru itu tidak hairanlah beliau mendapat perhatian majalah\nperniagaan berprestij, International Business Review of National Leaders,\nBusiness & Innovation sehingga terpilih dinamakan sebagai salah seorang\ndaripada 60 Pemacu Ekonomi Malaysia (60 Drivers of Malaysia’s Economy) oleh\nmajalah itu dua tahun lepas.", "Beliau diletakkan sebaris nama besar ekonomi Malaysia seperti Gabenor\nBank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group, Dato’ Seri\nMohamed Nazir Abdul Razak (pada masa itu).", "Pada tahun 2013, syarikat yang diterajui beliau berjaya mencapai jualan tahunan RM 500 juta. Bagi usahawan yang bermula dari bawah, nama beliau mencanak naik dengan cepat dalam kalangan pemain industri media dan penerbitan negara.", "Prinsip hidup yang sering selari dengan ajaran agama serta hala tuju\nyang jelas dalam hidupnya menjadikan Dr. Hussamuddin rujukan kepada para\nusahawan negara. Ucapan yang memberangsangkan antaranya, “Untuk berjaya, bukan\nsekadar menjadi pengikut, tapi kita perlu jadi ‘game changer’ menjadi lampu\nsuluh para usahawan melakar masa depan mereka dalam mengejar impian." ]
https://alhijrahnews.com/pendeposit-th-dinasihat-berwaspada-taktik-sindiket-panggilan-palsu/
PENDEPOSIT TH DINASIHAT BERWASPADA TAKTIK SINDIKET PANGGILAN PALSU
[ "KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pendepositnya agar tidak mudah percaya dengan taktik sindiket panggilan telefon dari pihak tidak dikenali berhubung transaksi pemindahan wang.", "Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab berkata pihaknya tidak pernah menghubungi pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.", "“TH mengambil maklum akan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan taktik baharu sindiket ‘Macau Scam’ yang melibatkan pengeluaran wang daripada akaun pendeposit TH yang dihubungkan dengan akaun bank-bank konvensional.", "“Pengeluaran tunai hanya boleh dilakukan di kaunter TH melalui pengesahan identiti, perbankan internet pula dikawal dengan kata laluan dan Transaction Authorisation Code (TAC) serta Automated Teller Machine (ATM) bank-bank rakan strategik TH dikawal dengan Postal Index Number (PIN),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau menjelaskan, pendeposit juga boleh mengehadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH serta membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi Tabung Haji Online (THiJARI).", "“Selain itu, pengeluaran tunai daripada akaun TH juga tidak boleh dilakukan melalui platform THiJARI dan peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.", "“Arahan pindahan telegrafik di kaunter pula hanya boleh dibuat dari akaun TH ke akaun milik sendiri sahaja. Oleh itu, wang di dalam TH sememangnya selamat,” katanya.", "TH komited untuk terus memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH. Untuk sebarang nasihat atau pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan THCC di talian 03-6207 1919. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-tiga-lagi-sekolah-ditutup-di-perak/
COVID-19: TIGA LAGI SEKOLAH DITUTUP DI PERAK
[ "IPOH: Tiga lagi sekolah di Perak ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan warganya.", "Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya masing-masing di Chemor, Ipoh manakala SK Tanah Kebun di Parit Buntar.", "Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerusi satu surat rasmi memaklumkan penutupan tersebut bermula 19 sehingga 25 Oktober ini.", "Ia bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dapat dijalankan selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "Penutupan terbabit menjadikan keseluruhan 10 sekolah dilaporkan ditutup di Perak sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda negara, September lalu.", "Sebelum ini, tujuh sekolah yang tutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang dalam daerah Larut Matang Selama.", "Sebuah lagi sekolah adalag SK Lekir di Batu 8 dekat Sitiawan. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid" ]
https://alhijrahnews.com/mais-agih-1500-mahabbah-face-shield-kepada-petugas-barisan-depan/
MAIS AGIH 1,500 MAHABBAH FACE SHIELD KEPADA PETUGAS BARISAN DEPAN
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama anak syarikatnya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengedarkan 1,500 Mahabbah Face Shield kepada petugas frontliner di Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah di Selangor.", "Fasiliti kesihatan terbabit adalah Hospital Selayang, Hospital Banting, Hospital Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.", "Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Mahktar berkata, setiap fasiliti kesihatan itu menerima 375 Face Shield yang amat diperlukan sekarang dalam usaha mereka mencegah penularan wabak Covid-19.", "Beliau berkata Face Shield diedarkan itu adalah hasil buatan tangan anak-anak yatim di Selangor. ", "“Alhamdulillah, sebanyak 1,500 Face Shield dihasilkan hasil kerja tangan anak-anak yatim dan ia berjaya diedarkan kepada hospital yang amat memerlukan. Terima kasih kepada YIDE dan semua pihak yang turut sama membantu dalam pelaksanaan usaha ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Hadir sama anggota MAIS, Dr Farid Ravi Abdullah yang turut membuat penyerahan Face Shield di Hospital Kajang dan PKD Hulu Langat.", "“Diharapkan dengan penyerahan ini dapat membantu sedikit sebanyak petugas-petugas barisan hadapan terutama di Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah dalam memerangi Covid19. Terima kasih kepada penyumbang Tabung Prihatin Covid-19 MAIS,” kata Dr Ahmad Shahir. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/spm-2019-pencapaian-lebih-baik-gpn-4-86-pencapaian-lebih-baik/
SPM 2019: PENCAPAIAN LEBIH BAIK, GPN 4.86 PENCAPAIAN LEBIH BAIK
[ "PUTRAJAYA: Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018. ", "Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata, 8,876 calon atau 2.28 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua matapelajaran berbanding 8,436 calon atau 2.15 peratus pada 2018.", "Pada tahun 2019, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 86.72 peratus (337,773 calon) berbanding 86.39 peratus (338,350 calon) pada 2018, katanya.", "“Bilangan calon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah adalah 246,645 calon,”  katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini. ", "Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.", "Trend GPN pada 2015 ialah 5.08, 2016 (5.05) dan 2017 (4.90).", "Pada tahun 2019, seramai 389,498 calon telah menduduki peperiksaan SPM.", "Habibah berkata pada 2019, seramai 307,445 calon atau 78.93 peratus telah menguasai dua bahasa iaitu sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.", "Mengenai pencapaian mengikut lokasi, beliau berkata pencapaian calon SPM di bandar dan di luar bandar meningkat pada 2019. ", "“Namun, pencapaian calon di bandar adalah lebih baik daripada calon di luar bandar. Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar bertambah 0.01 pada 2019 berbanding 2018,” katanya. ", "Mengenai prestasi mata pelajaran, Habibah berkata keputusan peperiksaan SPM 2019 menunjukkan sebanyak 48 dari 83 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi manakala 27 mata pelajaran mencatatkan penurunan.", "Habibah berkata, tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan prestasi manakala mata pelajaran teras yang lain iaitu Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains mencatatkan penurunan. ", "“Prestasi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.17 peratus manakala Sains menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 0.14 peratus,” katanya.", "Mengenai calon berkeperluan khas, Habibah berkata seramai 16 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki. ", "Habibah berkata, 1,402 calon berkeperluan khas telah menduduki SPM 2019 dan daripada jumlah itu, 61.34 peratus atau 860 calon layak dianugerahkan sijil SPM.", "“Hal ini menunjukkan bahawa semua calon yang menduduki peperiksaan SPM berpeluang memperoleh kejayaan,” katanya.", "Mengenai keupayaan calon menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Habibah berkata secara keseluruhan, 56 peratus calon SPM 2019 telah menguasai KBAT dengan baik berbanding 61.1 peratus calon pada tahun 2018", "Ditanya mengenai perbezaan jumlah calon yang mendaftar bagi SPM 2019 iaitu 416,416 calon berbanding calon yang menduduki iaitu seramai 389,498 calon, Habibah berkata ia disebabkan terdapat calon yang tidak hadir. ", "Kepada soalan negeri mana yang mencatatkan keputusan SPM 2019 terbaik, beliau berkata Kementerian Pendidikan tidak memberi tumpuan kepada pencapaian berdasarkan negeri tetapi pencapaian calon itu sendiri. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/ambil-iktibar-kejadian-bom-di-sri-lanka-kata-yadim/
Ambil iktibar kejadian bom di Sri Lanka, kata Yadim
[ "PUTRAJAYA, 23 April – Yayasan\nDakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengajak seluruh rakyat Malaysia mengambil\niktibar daripada kejadian pengeboman di tempat ibadah di Sri Lanka pada Sabtu\nlepas, tentang pentingnya keharmonian dan kedamaian dikekalkan di negara ini.", "Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata, perbuatan ganas mengambil nyawa seseorang secara individu atau kumpulan khususnya orang awam yang tidak berdosa harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh umat Islam sebagaimana digariskan dalam maqasid syariah. ”Atas apa alasan sekalipun, keganasan tetap dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya.", "Nik Omar berkata berkata Islam\nmengajarkan kepada umatnya untuk bersama-sama menjaga ketenangan, kedamaian,\ndan kebahagiaan hidup bermasyarakat.", "“Kejadian itu melambangkan nilai\nkemanusiaan yang semakin pudar dan golongan berkenaan sebenarnya terpengaruh\ndengan fahaman ekstrem,” katanya.", "Sekurang-kurangnya 290 orang maut\nmanakala lebih 500 lagi cedera dalam beberapa siri pengeboman yang menyasarkan\ngereja serta hotel mewah di tiga bandar di Sri Lanka pada Hari Easter.", "Tiada kumpulan mengaku\nbertanggungjawab setakat ini. – Sinar Harian" ]
https://alhijrahnews.com/aidiladha-selangor-umum-cuti-tambahan-pada-jumaat-30-jun/
AIDILADHA: SELANGOR UMUM CUTI TAMBAHAN PADA JUMAAT 30 JUN
[ "SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberikan cuti tambahan pada Jumaat 30 Jun kepada penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Khamis 29 Jun.", "Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim berkata, kemudahan cuti tambahan itu khusus kepada semua penjawat awam di Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sahaja.", "“Walaubagaimanapun, Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan pihak Swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).", "“Cuti tambahan itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), katanya dalam satu kenyataan hari ini. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/satu-maut-dua-cedera-ringan-akibat-dipanah-petir-ketika-memikat-burung/
SATU MAUT, DUA CEDERA RINGAN AKIBAT DIPANAH PETIR KETIKA MEMIKAT BURUNG
[ "KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, dekat sini, hari ini. ", "Mangsa, Mohd Hassan Mohd Rani, 38, disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dan Abdul Hisyam Muhamad dilaporkan cedera ringan.", "Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada MERS999 pada jam 7 malam tadi.", "“Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan pada jam 6 petang tadi. Sewaktu kejadian ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang memikat burung.”", "“Setelah itu, hujan lebat bersama ribut petir telah berlaku di lokasi. Mereka kemudian pergi berlindung di bawah sebatang pokok di kawasan berhampiran sebelum tiba-tiba Mohd Hassan dipanah petir,” katanya dalam kenyataan malam ini.", "Menurutnya, Mohamad Fadilah dan Abdul Hisyam yang berada berdekatan dengan Mohd Hassan turut terkena tempias panahan petir tersebut. ", "“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua rakannya mendapat rawatan di hospital sama. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pertingkat-silibus-kafa-untuk-generasi-akan-datang/
PERTINGKAT SILIBUS KAFA UNTUK GENERASI AKAN DATANG
[ "SANDAKAN: Kerajaan akan memastikan silibus Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkata langkah itu adalah untuk mempersiapkan anak-anak generasi Islam dalam mendepani cabaran di masa hadapan.", "“Dalam masa yang sama, kebajikan 35,000 para guru KAFA juga akan sentiasa diberi perhatian untuk penambahbaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.", "Zulkifli berkata demikian menerusi ciapan di Twitter rasminya selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 Peringkat Daerah Sandakan di Hotel Pavillion, Sandakan.", "Turut hadir Pengarah JAKIM Sabah, Norjeli Dais dan Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Hashim Salleh. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/zionis-bunuh-wanita-palestin/
Wanita Palestin mangsa terbaru Zionis
[ "RAMALLAH, 31 Januari – Tentera\nIsrael menembak mati seorang wanita Palestin di pos pemeriksaan Al-Zaayim\nberhampiran pintu masuk ke penempatan haram Maale Adumin di timur Baitulmaqdis,\nsemalam.", "Sinar Online memetik media\ntempatan melaporkan, tentera Israel melepaskan tembakan selepas wanita terbabit\nberlari sambil memegang pisau ke arah mereka.", "Jurucakap polis Israel dalam\nkenyataannya berkata, wanita tersebut didakwa cuba menikam salah seorang\nanggota keselamatan yang ditempatkan di pos pemeriksaan berkenaan.", "Wanita Palestin tersebut cedera\nparah dan meninggal dunia beberapa minit selepas ditembak.", "Tiada kecederaan dilaporkan dalam\nkalangan tentera Israel.", "Pesuruhjaya polis Israel, Yoran\nHalevi yang melawat lokasi kejadian berkata, pihaknya sedang menyiasat motif\ndan dari mana wanita terbabit datang sambil menegaskan kawalan keselamatan di\nkawasan tersebut telah ditingkatkan." ]
https://alhijrahnews.com/isu-jual-mykad-hadkan-tempoh-pegawai-berisiko-tinggi/
ISU JUAL MYKAD: HADKAN TEMPOH PEGAWAI BERISIKO TINGGI
[ "KUALA LUMPUR: Hadkan tempoh penempatan\npegawai berisiko tinggi bagi mengelakkan isu penjualan dan penipuan sijil\nkelahiran dan kad pengenalan (MyKad) berulang.", "Itu langkah jangka pendek dicadangkan\nPersatuan Fraud Bertauliah Malaysia bagi mengatasi isu penjualan dokumen\nkewarganegaraan yang menggemparkan negara.", "Presidennya, Datuk Akhbar Satar yang\njuga penganalisis jenayah berkata, hanya dengan cara itu isu terbabit boleh\ndiatasi.", "Ini kerana isu membabitkan ketirisan\nsistem pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad itu berpunca daripada integriti\nindividu terbabit yang tidak amanah dan tamak.", "“Jika baiki sistem tapi “handler” (individu yang diamanahkan) tiada integriti masalah akan terus berlaku.", "“Kita kena pastikan “highrisk post” tidak terlalu lama, mungkin dihadkan satu hingga dua tahun,” kata Akhbar ketika ditemubual secara langsung Berita TV AlHijrah semalam.", "Minggu lalu, negara digemparkan dengan penahanan 20 individu, termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad secara penipuan. ", "Susulan pendedahan itu, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang dan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Khamis lalu atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.", "Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin\nYassin dilaporkan berkata kerajaan tidak akan berkompromi degan mana-mana pihak\nbersubahat secara langsung atau tidak langsung dalam isu penjualan sijil\nkelahiran dan MyKad.", "Mengulas lanjut, Akhbar berkata pegawai pemantau\nbagi pegawai berisiko terbabit juga seharusnya terdiri daripada individu berintegriti\ntinggi.", "“Pegawai kena bersih, lebih putih dari putih,” katanya kepada Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dalam berita jam 8 malam itu.", "Akhbar menegaskan isu itu adalah isu\nbesar yang memerlukan tindakan segera kerana membawa impikasi langsung kepada\nmasalah sosial, ekonomi dan masa depan negara.", "“Kalau tidak kawal ia akan merosakkan imej negara,” katanya memberikan contoh bagaimana kemasukan sebilangan wanita warga China yang terbabit dengan aktiviti pelacuran di ibu negara.", "MyKad ini dikatakan dijual di antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap satu kepada warga asing menunjukkan betapa bernilainya ia kepada warga asing yang mahukan kewarganegaraan segera. ", "Bagaimanapun, taktik sindiket itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen berjaya mengesan seorang warga asing yang memiliki dokumen itu tetapi gagal berbahasa Malaysia. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/tiada-kes-jangkitan-covid-19-di-alpinia-bandar-putra-jknj/
TIADA KES JANGKITAN COVID-19 DI ALPINIA BANDAR PUTRA – JKNJ
[ "JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan ada mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan padang permainan di kawasan perumahan Alpinia di Bandar Putra dekat Kulai berikutan penularan virus COVID-19.", "JKNJ menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 yang dikesan berlaku di kawasan perumahan itu setakat ini.", "“Penduduk dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang nasihat COVID-19 tanpa mendapat maklumat yang sahih dari pihak kesihatan sehingga menimbulkan situasi panik atau kebimbangan dalam kalangan penduduk dan menyukarkan pihak kesihatan menjalankan tugas dengan tenang,” kata kenyataan itu. ", "Sebelum ini tular di media sosial notis pemberitahuan daripada Persatuan Penduduk Alpinia Bandar Putra Kulai yang memaklumkan terdapat kes jangkitan Covid-19 berdekatan kawasan perumahan itu.", "Sehubungan itu surat itu meminta penduduk supaya mematuhi langkah-langkah keselamatan antaranya mengelak kawasan padang dan taman permainan kanak-kanak sehingga diberitahu dan menangguhkan aktiviti keramaian.", "Berikutan itu juga JKNJ menasihat pihak komuniti supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat sekiranya terdapat keraguan berkaitan dengan COVID-19 bagi mendapatkan kepastian yang jelas tentang  penyakit itu. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/kerajaan-setuju-beri-ganjaran-sempena-hari-pekerja-2022/
KERAJAAN SETUJU BERI ‘GANJARAN’ SEMPENA HARI PEKERJA 2022
[ "KUALA LUMPUR: Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja dalam menjana kemajuan negara, kerajaan bersetuju memberi ‘ganjaran’ sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.", "Selain itu, melalui Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzyCover.com yang diperkenalkan mulai hari ini (1 Mei), penjawat awam akan ditawarkan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah dan skim akan diperluaskan kepada sektor swasta.", "“Program ini akan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),” katanya dalam ucapan khas sempena Hari Pekerja 2022 yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.", "Ismail Sabri berkata gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa hari ini pula merupakan hadiah kepada golongan pekerja atas dedikasi tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.", "Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju mewajibkan penyediaan taska di tempat kerja bagi sektor awam kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum diperluaskan ke sektor swasta.", "Beliau berkata kerajaan telah menyediakan geran tahunan sebanyak RM10 juta pada 2019 dan RM30 juta sejak 2020 bagi inisiatif berkenaan, sekali gus memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil.", "Selain itu, Perdana Menteri berkata pembukaan semula sempadan negara memberi ruang kepada pengambilan semula tenaga kerja asing dalam sektor tertentu terutama sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) namun tindakan itu bukan berhasrat membelakangkan pekerja tempatan.", "Ismail Sabri berkata satu mekanisme komprehensif akan dirangka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing supaya warga tempatan diberi keutamaan terlebih dahulu.", "“Kementerian Sumber Manusia telah diminta supaya meneliti dan mengkaji aspek ini agar pekerja tempatan mendapat manfaat dengan menambah baik kadar gaji, pakej pekerjaan dan kemajuan kerjaya,” katanya.", "Ismail Sabri berkata kerajaan juga meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai bukti komitmen menghapuskan buruh paksa di Malaysia, sekali gus memastikan produk dan barangan negara tidak lagi dikenakan sekatan masuk ke pasaran antarabangsa kerana didakwa menggunakan buruh paksa.", "Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga melancarkan portal UPSkills Malaysia untuk pekerja meningkatkan kemahiran dan menjadikannya pusat rujukan tunggal yang menghimpunkan maklumat 6,143 penyedia latihan meliputi 35 bidang kemahiran.", "Selain itu, katanya pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kehidupan antaranya Program Subsidi Upah (PSU) yang membantu lebih 350,000 majikan di seluruh negara dengan peruntukan RM20.34 bilion selain berjaya mengekalkan 2.95 juta individu dalam sektor pekerjaan.", "Menurutnya, kerajaan juga telah meningkatkan had siling gaji bulanan diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000 yang memanfaatkan sembilan juta pekerja khususnya pencarum Perkeso di seluruh negara.", "“Kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara.", "“Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja, pemimpin dan ahli kesatuan-kesatuan sekerja yang ada di negara ini,” katanya yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri kepada seluruh Keluarga Malaysia. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kepala-air-berlaku-lagi-di-sungai-iboi/
KEPALA AIR BERLAKU LAGI DI SUNGAI IBOI
[ "BALING: Penduduk Kampung Iboi dekat Kupang dikejutkan sekali lagi dengan kejadian kepala air dari Gunung Inas, hari ini.", "Kejadian kira-kira jam 3.30 petang mencetuskan panik apabila air deras turut melimpah ke atas Jambatan Bailey.", "Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, hujan lebat hampir satu jam mengakibatkan air mengalir dengan laju.", "Namun katanya, kejadian kali ini tidak seperti kejadian kepala air dan banjir lumpur yang berlaku pada 4 Julai lalu yang membawa bongkahan kayu dan ranting pokok.", "Ketika kejadian petang tadi tiga mangsa dari satu keluarga yang tinggal berhampiran sungai telah diarahkan keluar dari rumah untuk keselamatan.", "Menurut Shamsudin, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan bagi memantau keadaan air dan penduduk.", "Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak berada dekat dengan tebing sungai kerana boleh membahayakan keselamatan mereka.", "“Orang ramai tidak digalakkan berhenti dan mengambil gambar di tebing sungai untuk tengok air melimpah.", "“Kita bimbang berlaku kejadian tidak diingini yang membahayakan nyawa mereka,” katanya.", "Kejadian kepala air dan banjir lumpur pada 4 Julai lalu mengorbankan tiga nyawa dari satu keluarga.", "Ia juga mengakibatkan sejumlah rumah dihanyutkan arus dan sejumlah besar terjejas akibat dimasuki air dan lumpur. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/elaun-kafa-naik-rm100-imam-dapat-500/
ELAUN KAFA NAIK RM100, BANTUAN ONE-OFF RM500 IMAM, BILAL
[ "KUALA LUMPUR : Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA seluruh negara.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kenaikan elaun itu membabitkan peruntukan tambahan RM46 juta.", "Beliau berkata kerajaan turut mencadangkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir.", "“Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan.", "“Kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.", "Peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri juga ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion peruntukan sebelum ini. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kdn-rampas-alat-mainan-seks-bernilai-rm1-1-juta/
KDN RAMPAS ALAT MAINAN SEKS BERNILAI RM1.1 JUTA
[ "BUTTERWORTH: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,926 pelbagai alat mainan seks bernilai RM1.1 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Bukit Mertajam, dekat sini pada 15 Feb lepas.", "Setiausaha Bahagian PKK KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata pihaknya menjalankan serbuan menerusi Ops Maya di gudang itu pada 12 tengah hari, hasil risikan dan intipan yang dijalankan penguatkuasanya sejak beberapa minggu sebelum itu.", "“Semasa serbuan itu, terdapat seorang wanita berusia 29 tahun yang mengaku semua alat mainan seks di gudang berkenaan adalah untuk perniagaannya yang dijalankan sejak tahun lepas, dan kami telah  menahannya bagi membantu siasatan kes itu.", "“Dalam serbuan itu, kami merampas patung seks, pelbagai alat kemaluan lelaki dan wanita, vibrator, serta lain-lain alat mainan seks yang dilarang di negara ini. Berdasarkan siasatan, semua alat seks mainan tersebut dibawa masuk dari China,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Nik Yusaimi berkata semua alat mainan seks yang dirampas itu didapati adalah bagi jualan menerusi dalam talian terutama platform e-dagang dengan harga antara RM70 hingga RM450 mengikut jenis alat berkenaan.", "“Wanita itu dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga dua kali ganda daripada nilai barangan berkenaan, dan kami percaya terdapat beberapa premis lain di negeri ini turut menjalankan kegiatan menjual alat mainan seks secara dalam talian, namun bukan secara terus di kedai,” katanya.", "Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memudaratkan kemoralan dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan iaitu mengedar atau menjual barang-barang lucah.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pengeluaran-kwsp-suka-suka-wajib-bayar-zakat/
PENGELUARAN KWSP ‘SUKA-SUKA’ WAJIB BAYAR ZAKAT
[ "KUALA LUMPUR: Pembayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula 1 April nanti.", "Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.", "“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” katanya kepada Berita AlHijrah.", "Sementara itu beliau menjelaskan pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan sumber pendapatan yang mendesak.", "“Jika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,” katanya.", "Ujar beliau, antara syarat pengecualian ialah, individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan, golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera, serta pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tiga-pekerja-bank-cedera-polis-bantuan-terlepas-tembakan/
TIGA PEKERJA BANK CEDERA POLIS BANTUAN TERLEPAS TEMBAKAN
[ "JASIN: Tiga pekerja bank termasuk seorang pengawal keselamatan cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan di lobi premis berkenaan di sini hari ini.", "Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian pada 12.55 tengah hari itu, polis bantuan berusia 59 tahun yang bekerja di sebuah syarikat multinasional, terlepas tembakan daripada senapang jenis ‘Winchester’ dipercayai atas kecuaian sendiri.", "Beliau berkata berdasarkan maklumat, polis bantuan yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang berkenaan datang ke bank tersebut untuk mengiringi pekerja syarikatnya menguruskan gaji pekerja.", "“Sebelum kejadian, tali senapang suspek tergantung pada bahunya, manakala muncung senjata api itu menghala ke arah lantai.", "“Namun, ketika sedang membetulkan kedudukan senjata api itu jarinya tertarik picu senapang sebelum terlepas tembakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Ahmad Jamil berkata peluru yang terkena lantai menyebabkan lantai mozek tersebut pecah dan serpihannya mengenai pengawal keselamatan serta dua pekerja wanita bank itu.", "“Pengawal keselamatan berusia 25 tahun itu mengalami luka kecil pada telinga sebelah kanan, manakala dua pekerja wanita masing-masing berusia 46 dan 28 tahun luka kecil di paha dan betis kaki kiri,” katanya.", "Menurutnya polis bantuan tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960, manakala senapang dan satu kelongsong peluru dirampas.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/musang-king-berendam-menu-istimewa-kampung-chuchuh-puteri/
‘MUSANG KING BERENDAM’ MENU ISTIMEWA KAMPUNG CHUCHUH PUTERI
[ "KUALA KRAI: Keenakan rasa durian Musang King menyaksikan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara itu sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap tiba musimnya.", "Melihat kepada potensi raja buah itu, pembuat kuih tradisional Siti Khazanah Mohd Nordin, tampil mencipta kelainan apabila mula menghasilkan kuih ‘Musang King berendam’ sejak bulan puasa tahun lepas.", "Bercakap kepada Bernama, Siti Khazanah berkata idea menghasilkan juadah unik itu tercetus hasil inspirasi dari kuih badak berendam.", "“Jika badak berendam menggunakan inti kacang merah, resipi saya ini dihasilkan menggunakan isi Musang King sebagai intinya.", "“Selain bahagian inti, saya turut meletakkan isi durian Musang King dalam kuah juadah ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Chuchuh Puteri, di sini hari ini.", "Bercerita lanjut, wanita berusia 52 tahun itu  berkata kuih berkenaan sangat mudah disediakan, tambahan pula bahan-bahan digunakan mudah serta murah untuk diperolehi.", "“Proses menghasilkan kuih ini mempunyai tiga peringkat. Langkah pertama isi durian Musang King akan dimasak sehingga kering sebelum dibentukkan bujur atau bulat.", "“Langkah kedua tepung pulut dibancuh bersama air dan diuli hingga sebati, seterusnya dimasak menggunakan air panas, kemudian dibentuk menjadi bulat dalam saiz besar,” katanya yang turut mengusahakan kebun durian Musang King seluas 16 hektar,", "Menurutnya, proses ketiga diteruskan untuk menyediakan kuah kuih tersebut menggunakan bahan utama iaitu santan, gula melaka dan daun pandan.", "“Setelah kuah siap dimasak, cara menghidangnya ialah curahkan kuah yang banyak ke atas tepung dibentuk bulat sebab itulah namanya diberikan Musang King berendam,” katanya.", "Siti Khazanah berkata kuih ciptaannya itu dijual pada harga RM5 untuk satu bekas yang mempunyai tiga biji Musang King berendam.", "“Pada sambutan Ramadan kali ini, saya sudah mula menerima hampir 100 tempahan daripada sekitar Chuchuh Puteri,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/his-akademi-halal-menterai-moa-pembangunan-modal-industri-halal/
HIS, Akademi Halal menterai MoA pembangunan modal industri halal
[ "KUALA LUMPUR, 5 April – Halal International Selangor (HIS) bersedia menjadi pusat latihan utama bagi latihan dan pendidikan halal secara bersemuka dan dalam talian.", "Ia susulan daripada pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA)\nantara HIS dan Akademi Halal di sini hari ini bersempena Pameran Halal\nAntarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019.", "“Kerjasama ini membuktikan satu langkah sinergistik untuk\nkebaikan industri halal dengan cara menyokong sepenuhnya peranan Jabatan\nKemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi perkembangan pengetahuan yang\ndipermudahkan bagi memajukan profesional halal bertaraf dunia,“ kata Ketua\nPegawai Operasi HIS Zulkarnine Shah Zainal Abidin.", "MoA itu menyatakan bahawa latihan halal bukan sahaja\nkomprehensif, malah mudah diakses menerusi platform pembelajaran dalam talian\nAkademi Halal.", "Menurut Zulkarnine, langkah strategik antara HIS dan Akademi\nHalal akan menyemarakkan lagi pembangunan modal insan industri halal di\nSelangor.", "Sinar Harian memetik laporan Bernama menyebutkan HIS ke arah membangunkan profesional halal menerusi Program Kecekapan Teknikal Individu Halal akan melibatkan 40 modul untuk menghasilkan profesional yang holistik bagi memajukan industri halal pada masa depan.", "Zulkarnine berkata kerjasama itu akan meningkatkan lagi usaha untuk meletakkan Selangor sebagai peneraju industri halal.", "“Kami percaya MoA ini akan membantu memperkukuh usaha Invest\nSelangor dan kerajaan negeri bagi menarik pelabur dari seluruh dunia untuk\nmelihat Selangor sebagai pemangkin pertumbuhan dan pembangunan dalam industri halal\ndi rantau ini,” katanya.", "Pada majlis menandatangani MoA itu, HIS diwakili Mohamad\nRazif Abdul Wahab manakala Khairul Anwar Kamal mewakili Akademi Halal,\ndisaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah\ndan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. " ]
https://alhijrahnews.com/covid-19-159-kes-positif-baharu-satu-lagi-kematian-direkod-kp-kesihatan/
COVID-19: 159 KES POSITIF BAHARU, SATU LAGI KEMATIAN DIREKOD – KP KESIHATAN
[ "PUTRAJAYA: Sebanyak 159 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,320 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat satu lagi kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes.", "Beliau berkata mangsa lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Muar, Johor pada jam 10.50 pagi tadi.", "“Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak Selasa lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada hari berikutnya,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, di sini, hari ini.", "Dr Noor Hisham berkata sebanyak 61 kes pesakit pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad adalah 320.", "Sehingga kini, beliau berkata 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.", "Dalam pada itu, Dr Noor Hisham sekali lagi menegaskan bahawa rakyat tempatan yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.", "Tegasnya, ini berikutan, sejumlah kes COVID-19 yang direkodkan sejak kebelakangan ini melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.", "“Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat dikeluarkan.", "“Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab dan pematuhan ketetapan ini amat penting bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan yang meluas dalam masyarakat,” tambahnya.", "Sementara itu bagi memudahkan orang ramai untuk menyampaikan bantuan berkaitan COVID-19 kepada KKM, mereka boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan kewangan ke akaun 2-66016-0002347-5 (RHB Bank) atas nama ‘Sumbangan Perubatan KKM’. ", "Bagi sumbangan dalam bentuk barangan atau peranti perubatan, mereka boleh berhubung lanjut melalui talian 03-8883 3111 (waktu operasi Isnin-Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang) atau melalui e-mel [email protected], untuk perhatian Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, KKM. ", "“KKM sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat yang ingin menyalurkan sumbangan atau derma bagi membantu kami menangani pandemik COVID-19 dengan sebaiknya.", "“Sumbangan diterima setakat ini tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga melibatkan alat kelengkapan perubatan, barangan keperluan di peringkat makmal, bahan pakai buang serta keperluan perubatan lain yang berkaitan untuk kegunaan di fasiliti KKM,” katanya.", "Mengambil kira keadaan semasa, Dr Noor Hisham juga berharap rakyat terus memberi kerjasama kepada kerajaan dengan berada di rumah, mengamalkan jarakan sosial dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.  " ]
https://alhijrahnews.com/kepala-kanak-kanak-tersangkut-jeriji-pintu/
KEPALA KANAK-KANAK TERSANGKUT JERIJI PINTU
[ "KUALA SELANGOR: Bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah di sebuah rumah di Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.", "Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.22 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.", "“Semasa tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kepala kanak-kanak berusia tiga tahun telah tersangkut di jeriji pintu utama rumah itu.", "“Bomba bertindak merenggangkan besi jeriji tersebut dan melepaskan kepala mangsa dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Operasi menyelamatkan mangsa dianggarkan kira-kira 25 minit dan mangsa diserahkan kepada ibunya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/saranan-solat-jenazah-ghaib-untuk-mangsa-kri-nanggala-402/
SARANAN SOLAT JENAZAH GHAIB UNTUK MANGSA KRI NANGGALA 402
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib bagi mendoakan mangsa tragedi kapal selam Tentera Indonesia KRI Nanggala 402.", "Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata solat jenazah ghaib itu disarankan diadakan pada malam ini, Selasa, 27 April 2021.", "“Solat jenazah ghaib disaran diadakan selepas solat Isya’ malam ini bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban.", "“Kami merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati bagi menghadapi musibah dan ujian yang berat ini.,” katanya.", "Semalam Indonesia mengesahkan kesemua 53 kru Kri Nanggala 402 terkorban selepas kapal selam itu dipercayai pecah kepada tiga bahagian.", "Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan pada Rabu sebelum disahkan tenggelam. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/ron97-naik-5-sen/
RON97 naik 5 sen
[ "PUTRAJAYA, 12 April – Harga runcit\nbagi petrol RON97 naik 5 sen daripada RM2.63 kepada RM2.68 seliter berkuatkuasa\ntengah malam sehingga 19 April ini.", "Harga runcit bagi petrol RON95 dan\ndiesel dikekalkan iaitu masing-masing pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.", "Kementerian Kewangan melalui\nkenyataan media menjelaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara\nmingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).", "“Berdasarkan pengiraan di bawah\nformula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April\n2019 sehingga 19 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan\nRM2.39 seliter masing-masing.", "“Namun, harga runcit produk petrol\nRON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08\nseliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan\nharga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,”\nkata kenyataan itu hari ini.", "Harga runcit bagi RON95, RON97 dan\ndiesel kembali diselaraskan secara mingguan bermula 1 Januari lalu susulan\npenurunan harga minyak mentah global secara berterusan. – Sinar Harian" ]
https://alhijrahnews.com/didikan-di-rumah-paling-berkesan-sultan-nazrin/
DIDIKAN DI RUMAH PALING BERKESAN: SULTAN NAZRIN
[ "PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah didikan paling berkesan untuk membolehkan baginda lebih memahami dan berusaha sedaya mungkin menghormati perkara-perkara makruf dan menjauhi perkara-perkara mungkar, dihayati melalui asuhan ayahanda dan bondanya di rumah.", "Titah baginda, didikan di rumah berkesan menyemaikan nilai-nilai keinsanan yang amat berharga lagi murni, di samping mencontohi teladan baik daripada guru-guru yang memberikan bimbingan kepada baginda.", "Baginda bersyukur berayahanda seorang hakim dan berbonda seorang guru yang amat tegas mengutamakan ilmu, disiplin, amanah, jujur, ikhlas, peraturan serta kebenaran dan kepalsuan, lalu berjaya menyemaikan nilai-nilai tersebut ke dalam hati sanubari lima orang didik (anakanda) baginda berdua.", "“Beta menghargai contoh teladan dan asuhan yang amat berkesan yang ditinggalkan oleh para guru, menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan.", "“Nilai-nilai yang disemai oleh ayahanda dan bonda, diperlengkap asuhan guru, telah membina keyakinan dalaman, mengukuhkan diri beta untuk berdiri atas kalam kebenaran, bersuara atas hakikat kenyataan,” titah baginda pada Titah Diraja bersempena sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), di sini hari ini.", "Sultan Nazrin bertitah dalam berperanan sebagai Amirul Mukminin (pemimpin), untuk menyempurnakan amanah dan memenuhi harapan rakyat, asuhan yang asas dan permulaan semasa dalam usia persekolahan amat besar peranannya.", "“Beta amat insaf akan serba-serbi kedaifan dan kurang kearifan beta dalam hal ehwal Islam. Didikan yang diterima dalam keluarga terlalu asas kandungannya dan pengajian dalam masa yang terbatas daripada guru al-Quran yang datang ke rumah, begitu permulaan isinya.", "“Didikan dan pengajian yang begitu terbatas yang diperoleh dalam 14 tahun pertama usia beta sebelum melanjutkan pelajaran keluar negara, sekadar cukup untuk keperluan diri beta.", "“Bak kata bidalan, ‘kecilnya duduk mengaji, besarnya tegak sembahyang’, mengupayakan beta memahami Rukun Islam yang lima, mengenali Rukun Iman yang enam, di samping dibimbing mengenai perkara-perkara asas yang ditakrif sebagai makruf dan mungkar,” titahnya.", "Mengenai isu lebih besar yang dihadapi umat Islam ketika ini, baginda memilih beberapa contoh untuk dijadikan renungan bersama dan diambil iktibar, antaranya dua insiden penduduk kampung mengutip beras daripada sebuah lori dan mengambil susu daripada sebuah treler dalam dua kejadian kemalangan.", "Sultan Nazrin menarik perhatian terhadap insiden di sebuah negara bukan Islam yang menyaksikan pejalan kaki dan pemandu kereta bekerjasama mengutip botol-botol Cola untuk dikembalikan kepada pemandu trak yang mengalami kemalangan dan tiada satu pun botol yang hilang.", "“Adakah tahap kemiskinan begitu memudaratkan, menjadi faktor penyebab sehingga penduduk di dua kampung berkaitan, berebut mengambil makanan yang bukan hak mereka daripada tumpahan lori.", "“Jika demikian tahap kemiskinan yang mereka alami, sehingga terlupa hukum halal dan haram, ternyata ada institusi termasuk institusi agama yang telah tidak memenuhi tanggungjawab untuk membantu nasib penduduk yang sedemikian darurat, daif dan miskin,” titahnya.", "Sultan Nazrin bertitah baginda turut disembah maklum dari semasa ke semasa mengenai tabung masjid dan surau sering kali dipecahkan, yang menurutnya jarang kedengaran berlaku 50 tahun dahulu.", "Baginda bertitah anak-anak Melayu Islam 62 tahun dahulu mendapat bimbingan dan asuhan agama di madrasah, surau, pondok dan rumah yang disampaikan para ustaz yang tidak memiliki ijazah atau diploma, tetapi berjaya membina generasi yang teguh iman, kukuh prinsip, menjunjung amanah dan memenuhi tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.", "“Apakah nila yang telah merosakkan susu. Apakah petualang yang telah merosakkan nilai mulia, nilai terhormat dan nilai murni yang dimiliki oleh umat Islam di bumi ini pada satu masa dahulu, ketika pengajian agama lebih merupakan tanggungjawab ibu bapa, berlaku dalam keluarga dan masyarakat, berlangsung dalam surau, madrasah dan masjid.", "“Kini setelah kerajaan menyediakan dana yang besar, pengajian agama Islam diajar secara formal di dalam bilik darjah sekolah, lengkap dengan kurikulum, sistem penilaian, peperiksaan dan pemarkahan secara formal, di bawah bimbingan guru-guru yang memiliki diploma dan ijazah, daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, malah hingga ke pusat pengajian tinggi,” titah Sultan Nazrin. — BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/kes-harian-terus-menurun-catat-22030-semalam/
KES HARIAN TERUS MENURUN, CATAT 22,030 SEMALAM
[ "KUALA LUMPUR: Kes harian baharu COVID-19 terus menurun apabila mencatatkan 22,030 semalam berbanding 22,535 pada Ahad.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes itu, 8,616 kes atau 39.11 peratus adalah kategori satu, 13,188 kes atau 59.86 peratus dalam kategori dua manakala kategori tiga, empat dan lima berjumlah 226 kes atau 1.03 peratus.", "Dalam kenyataan hari ini mengenai perkembangan harian pandemik COVID-19 di negara, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh mencatatkan jumlah 33,872 mengatasi kes baharu menjadikan kes kumulatif sembuh ialah 3,502,760 kes.", "Beliau berkata sebanyak 1,521 kes dimasukkan ke hospital dengan 634 atau 41.7 peratus daripadanya adalah individu dalam kalangan kategori tiga, empat dan lima manakala 887 kes (58.3 peratus) merupakan pesakit kategori satu dan dua.", "Dr Noor Hisham berkata mengenai jumlah penggunaan katil COVID-19 bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) di hospital Kementerian Kesihatan, enam negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus semalam iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (77 peratus), Kelantan (75 peratus), Johor (66 peratus), Selangor (62 peratus), Melaka (59 peratus), dan Pulau Pinang (51 peratus).", "Katanya pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun sedikit kepada 215 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus berbanding 222 pesakit pada Ahad.", "Berhubung kadar kebolehjangkitan (Rt) yang dicatatkan di seluruh negara semalam, Dr Noor Hisham berkata ia turut mencatatkan penurunan sedikit kepada 0.96 berbanding 0.97 pada Ahad. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/orang-asli-tidak-mahu-pindah/
Orang Asli enggan pindah
[ "GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh, di sini tidak akan berpindah ke penempatan baharu sebaliknya mahu kemudahan asas seperti elektrik dan sumber air bersih disediakan.", "Menurut Som Yai, 63, mereka tidak perlu keluar dari perkampungan itu yang menjadi nadi kehidupan sejak dahulu lagi.", "Katanya, kematian empat ahli keluarganya termasuk suami, Hamdan Keladi, meninggalkan kesan mendalam buat dirinya namun tidak terlintas dalam fikirannya untuk meninggalkan kampung.", "“Kami tidak perlu keluar dari sini, cuma pihak berkenaan perlu prihatin kepada hidup kami. Kami memerlukan air bersih dan bekalan elektrik.", "“Bukan kami mahu berpindah randah jika kemudahan itu ada. Kami hanya keluar mencari sumber hutan dan kembali semula ke rumah kerana kehidupan kami tidak boleh dipisahkan dengan sumber alam.", "“Kenapa perlu buat penempatan baharu kerana perkampungan sudah ada. Naik taraflah kampung kami,” katanya yang juga isteri kepada tok batin sebelum ini. ", "Bagi Mamat Ong, bukan mudah untuk orang asli menyesuaikan diri di penempatan baharu dan lebih mudah sekiranya perkampungan sedia ada mendapat pembelaan dan pembangunan.", "“Sudah lama kami mahukan bekalan air bersih dan elektrik. Hidup kami akan lebih terancang dengan kemudahan utama ini.", "Sudah lama kami tinggal di kampung ini. Kami sudah biasa dengan selok belok hutan dan mencari sumber kewangan dengan hasil hutan,” katanya.", "Bagi seorang Tok Batin, Mamat Pokok, soal pemindahan bukan semudah yang dijangka kerana ia memerlukan perbincangan menyeluruh.", "“Banyak perkara perlu diberi perhatian terutamanya soal tanah dan lokasi.", "“Ini soal memindahkan manusia yang bergantung dengan sumber hutan. Saya tidak rasa ia satu perkara mudah apatah lagi perlu wujudkan penempatan baharu yang dilengkapi kemudahan asas,” katanya.", "Kelmarin, kerajaan negeri difahamkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang merancang untuk memindahkan masyarakat Orang Asli berkenaan keluar dari kampung terbabit selepas 112 daripada penduduk suku berkenaan dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan. – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-cuba-rompak-wanita-di-kedai-dobi-layan-diri-dipenjara-tujuh-tahun-empat-sebatan/
LELAKI CUBA ROMPAK WANITA DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI DIPENJARA TUJUH TAHUN, EMPAT SEBATAN
[ "KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana cuba merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri, bulan lepas. ", "Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut selepas Muhammad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 31 tahun di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir dekat Kuala Nerus, pada kira-kira 3 petang, 30 Sept lepas.", "Dia dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.", "Mahkamah memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan itu bermula daripada tarikh Muhammad Faiz ditahan iaitu pada 1 Okt lepas.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. ", "Dilaporkan pada 30 Sept lepas seorang wanita ditikam di belakang badannya oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dipercayai gunting, di dalam sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir dekat Kuala Nerus.", "Video kejadian itu yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki meluru masuk lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/transgender-haram-masuk-masjid-tunai-haji-dan-umrah/
TRANSGENDER HARAM MASUK MASJID, TUNAI HAJI DAN UMRAH
[ "KUALA LUMPUR: Golongan mukhannath atau lebih dikenali sebagai ‘transgender’ diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina yang boleh menganggu suasana ibadah.", "Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, golongan tersebut juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah.", "“Jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar. Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah bagi mengelakkan fitnah.", "“Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki,” katanya menurut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali ke-53.", "Jelasnya, golongan tersebut yang menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik.", "“Tasyabbuh iaitu perbuatan lelaki ataupun wanita dengan sengaja meniru jantina yang berbeza dari segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya.", "“Hukum tasyabbuh adalah haram dan termasuk dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT seperti di dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Abbas r.a bermaksud Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari),” tambahnya.", "Ujarnya, jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada lelaki sejak asal bukan dibuat-buat adalah tidak dinamakan dengan tasyabbuh dan golongan tersebut dipanggil mukhannath khalqi.", "Ia juga termasuk wanita yang mempunyai sifat lelaki sejak asal seperti suara yang garau dan golongan ini dimaafkan selagi mana ia bukan disengajakan.", "“Demikian juga lelaki atau wanita yang memiliki perasaan seks kepada golongan sejenis tanpa sengaja, namun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mencanggahi syarak adalah dimaafkan bahkan jika dia bersabar menahan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram, dia mendapat pahala yang besar,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/tahanan-palestin-maut-di-penjara-israel-selepas-mogok-lapar-87-hari/
TAHANAN PALESTIN MAUT DI PENJARA ISRAEL SELEPAS MOGOK LAPAR 87 HARI
[ "RAMALLAH: Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.", "“Khader Adnan mati syahid akibat jenayah yang dilakukan oleh musuh,” katanya.", "Beliau berkata rejim Israel akan menanggung akibatnya, lapor Agensi Anadolu.", "Pada 23 April, Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata mahkamah tentera Israel baru-baru ini menolak permintaan peguamnya supaya beliau dibebaskan dengan ikat jamin semasa hari ke-78 mogok laparnya.", "Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya.", "Pada 2012, Adnan melancarkan mogok lapar selama 66 hari yang memaksa pihak berkuasa Israel membebaskannya dan melancarkan mogok lapar yang sama pada 2015 dan 2018.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/8-juta-ahli-kini-dibenarkan-keluarkan-akaun-1-kwsp/
8 JUTA AHLI KINI DIBENARKAN KELUARKAN AKAUN 1 KWSP
[ "KUALA LUMPUR: Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas pendapatan kini dibenarkan untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar.", "Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.", "“Sukacita diumumkan program i-Sinar diperluas kepada semua ahli yang terjejas pendapatan tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.", "“Selagi terjejas pendapatan dengan ketara mereka boleh mengeluarkan Akaun 1 KWSP,” katanya.", "Jelas Tengku Zafrul, dengan pengumuman terbaharu itu, jumlah ahli yang layak mengeluarkan Akaun 1 KWSP meningkat dari 2 juta ahli sebelum ini kepada 8 juta ahli.", "Selain itu, kadar pengeluaran maksima RM9,000 bagi ahli yang mempunyai simpanan Akaun 1 kurang RM90,000 yang diumumkan sebelum ini, ditingkatkan kepada RM10,000. — AlHijrah Online / Zaim Zamani" ]
https://alhijrahnews.com/saluran-paip-singki-meletup-dua-kanak-kanak-melecur-terkena-serbuk-soda/
SALURAN PAIP SINGKI MELETUP, DUA KANAK-KANAK MELECUR TERKENA SERBUK SODA
[ "SERDANG: Letupan saluran paip singki di sebuah rumah tingkat satu pangsapuri di Seri Kembangan pada Selasa menyebabkan dua kanak-kanak melecur akibat terkena cecair dipercayai asid serbuk soda.", "Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A  A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu dan bapa mangsa selepas terdengar bunyi letupan dan jeritan anak mereka.", "“Cecair dipercayai asid serbuk soda itu dari saluran paip singki tingkat atas rumah mangsa.", "“Pemilik rumah di tingkat dua itu dipercayai menggunakan serbuk soda untuk membersihkan saluran paip yang tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Ujarnya mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun melecur tahap tiga di bahagian dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.", "Manakala seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun melecur di paha kanan.", "Kedua-dua dalam keadaan stabil dan mangsa kanak-kanak lelaki masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Kuala Lumpur manakala seorang lagi mangsa telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.", "Anbalagan berkata pemilik rumah tingkat 2 telah dirakam percakapan dan dia memaklumkan ada menggunakan serbuk serbuk soda yang dibeli dari atas talian bernilai RM50.", "Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kerajaan-percaya-usaha-pegawai-jakim-beri-kefahaman-islam-sebenar/
KERAJAAN PERCAYA USAHA PEGAWAI JAKIM BERI KEFAHAMAN ISLAM SEBENAR
[ "PUTRAJAYA: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat kepercayaan besar kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab menyebar dan memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat Malaysia.", "Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pegawai hal ehwal Islam telah diminta untuk menggandakan usaha tersebut.", "“Amat bersejarah malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu para pegawai JAKIM dan agensi agama dalam Majlis Ilmu Madani dan Sesi Dialog bersama YAB Perdana Menteri.", "“Perdana menteri dari hati ke hati telah menyampaikan hasrat kepada para pegawai hal Ehwal Islam untuk bersama-sama kepimpinan negara untuk melaksanakan agenda Membangun Malaysia Madani.", "“Ini adalah satu kepercayaan besar kerajaan kepada pegawai JAKIM untuk menggandakan usaha memberikan kefahaman Islam sebenar kepada umat Islam,” kata Mohd Na’im dalam catatan di Facebook malam tadi.", "Tambahnya petemuan tersebut telah memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga pegawai hal ehwal Islam.", "Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula pukul 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.", "Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.", "Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri,  sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Dis 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.", "Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rayuan-terakhir-najib-didengar-khamis-ini-ketua-hakim-negara/
RAYUAN TERAKHIR NAJIB DIDENGAR KHAMIS INI – KETUA HAKIM NEGARA
[ "PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangguhkan pendengaran rayuannya bagi mengetepikan sabitan serta hukuman terhadapnya dalam kes berkaitan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.", "Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim dalam menolak permohonan itu mengarahkan pihak pembelaan meneruskan rayuan utama mereka, Khamis ini.", "“Rayuan utama akan diteruskan pada hari Khamis ini pukul 9.30 pagi,” katanya.", "Ini merupakan rayuan bekas perdana menteri itu yang terakhir, selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 8 Dis lepas mengekalkan sabitan Ahli Parlimen Pekan itu, hukuman 12 tahun penjara, serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.", "Lain-lain panel hakim dalam pendengaran hari ini adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.", "Dalam menyampaikan penghakimannya Tengku Maimun menetapkan bahawa permohonan yang dibuat oleh peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik bagi tempoh penangguhan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan, ditolak sebulat suara, kerana hak bagi perbicaraan yang adil tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.", "“Dalam perkara ini kita perlu ingatkan diri sendiri mengenai Arahan Amalan Ketua Hakim Negara, yang mengatakan bahawa kes-kes yang sebegini perlu diberi keutamaan. Realiti sebenarnya adalah dana awam yang agak besar akan dibazirkan sekiranya penangguhan diberikan dalam kes sebegini yang merupakan satu pilihan mudah.", "“Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang menuntut perayu dilayan sama seperti tertuduh lain. Oleh itu, kami menyatakan sekali lagi bahawa walaupun perayu berhak mendapat haknya menukar peguam, dia tidak berhak membuat pilihan ini dengan mengorbankan mahkamah, pendakwaan atau keseluruhan sistem keadilan,” katanya dan menambah pihak pembelaan memohon penangguhan rayuan ini atas sebab mudah, bahawa mereka tidak bersedia.", "Tengku Maimun menegaskan bahawa masa yang diambil untuk kes ini, terutama jumlah hari yang ditetapkan untuk pendengaran, bermakna ramai lagi penjenayah dan orang yang dituduh terpaksa menunggu giliran mereka untuk rayuan mereka didengar.", "“Keadilan yang ditangguhkan dalam kes ini, adalah juga keadilan yang dinafikan bagi tertuduh yang lain,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/frontliners-risikokan-nyawa-demi-tanggungjawab-kepada-negara-raja-permaisuri-agong/
‘FRONTLINERS’ RISIKOKAN NYAWA DEMI TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA – RAJA PERMAISURI AGONG
[ "KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini menzahirkan penghargaan tertinggi buat para petugas barisan hadapan.", "Titah baginda, mereka telah banyak berkorban dan menyumbang dalam perang terhadap virus COVID-19 yang kini membelenggu dunia.", "Menurut Raja Permaisuri Agong, ketika COVID-19 memberi tekanan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk, namun petugas barisan hadapan tetap mengorbankan masa dan tenaga untuk mendepani dan melawan jangkitan itu.", "“Penghargaan tertinggi buat para frontliners di atas sumbangan dan pengorbanan yang diberikan dan sanggup menggalas tanggungjawab tanpa mengenal erti kepayahan dan risiko ke atas kesihatan mereka.”", "Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat yang menjadi sukarelawan dalam membantu frontliners.", "Tunku Hajah Azizah yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertitah demikian sewaktu Majlis Penganugerahan Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 kepada petugas barisan hadapan.", "Hadir menerima anugerah tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, yang menerimanya bagi pihak petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan).", "Acara berlangsung di ISTAC UIAM Kampus Kuala Lumpur, hari ini. ", "Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Nooraini Ahmad, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. – Alhijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi" ]
https://alhijrahnews.com/polis-terima-laporan-insiden-tembakan-di-west-auckland/
Polis terima laporan insiden tembakan di West Auckland
[ "WELLINGTON, NEW ZEALAND – Pasukan polis West Auckland dilapor menerima panggilan berlaku insiden tembakan dan berunding dengan seorang lelaki yang dikatakan mengurung diri dalam sebuah rumah.", "Laporan diterima menyatakan, kedengaran bunyi tembakan di kawasan Glen Eden selepas jam 10 pagi (waktu tempatan), hari ini.", "Anggota polis khas daripada Armed Offenders Squad (AOS) telah dikerah ke lokasi sebagai langkah berjaga-jaga.", "Sebahagian dari kawasan West Coast Red berhampiran Glendale ditutup kepada orang ramai untuk mengelak kejadian tidak diingini.", "Sebuah\n sekolah rendah dan pusat jagaan kanak-kanak di kawasan berhampiran \nturut diarah tutup ekoran insiden terbabit, namun arahan penutupan \nditarik balik tidak lama kemudian.", "Sementara itu, seorang pekerja pembaikan yang bekerja berhampiran lokasi insiden berkata, dia mendengar pihak AOS mengarahkan lelaki yang mengurung diri agar menyerah diri.", "New Zealand yang digemparkan serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac lalu kini meningkatkan tahap keselamatan negara bagi mengelak insiden sama berulang lagi. – SINAR HARIAN" ]
https://alhijrahnews.com/bicara-ebit-lew-gambar-dipercayai-berunsur-seksual-adalah-tangkap-layar-aplikasi-perbualan/
BICARA EBIT LEW: GAMBAR DIPERCAYAI BERUNSUR SEKSUAL ADALAH TANGKAP LAYAR APLIKASI PERBUALAN
[ "TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.", "Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.", "Beliau berkata selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.", "“Sekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama ‘DCIM’ (menempatkan gambar itu).", "“Manakala dalam gambar (tangkap layar) ini folder berkenaan tidak wujud,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di sini hari ini.", "Latifah berkata tarikh tangkap layar itu dilakukan boleh ditentukan, iaitu pada 7 Ogos 2021.", "Nor Azizah: Jadi, maksudnya gambar itu mesti berada di dalam barang kes sebelum tarikh 7 Ogos 2021.", "Latifah: Ya.", "Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 21 hingga 23 Jun depan.", "Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sheikh-yusuf-al-qardawi-meninggal-dunia-pada-usia-96-tahun/
SHEIKH YUSUF AL QARADHAWI MENINGGAL DUNIA PADA USIA 96 TAHUN
[ "KUALA LUMPUR: Tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.", "Kenyataan tersebut disahkan menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.", "“Imam Yusuf Al Qaradhawi, semoga Allah merahmatinya, yang menghabiskan hidupnya demi menjelaskan syariat Islam dan membela ummatnya, meninggal siang tadi,” katanya hari ini. ", "Bagaimanapun, tempat pengebumian Allahyarham akan diumumkan dalam masa terdekat.", "Yusuf al-Qaradhawi yang lahir pada 9 September 1926 yang juga merupakan cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir.-AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lebih-10-rumah-rosak-dilanda-ribut-di-marang/
LEBIH 10 RUMAH ROSAK DILANDA RIBUT DI MARANG
[ "MARANG: Lebih 10 buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.", "Seorang mangsa, Ambak Mohd, 79, berkata ketika kejadian pada 3.30 petang itu, dia bersama tiga ahli keluarga yang lain sedang berehat di rumah selepas makan tengah hari.", "Ambak berkata tiba-tiba angin kuat membadai rumahnya menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.", "“Waktu itu hujan tidaklah terlalu lebat, tetapi angin memang sangat kuat dan bunyi yang kuat agak menakutkan.”", "“Anak lelaki saya mengarahkan kami semua keluar dari rumah kerana bimbang bumbung tersebut akan menimpa kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.", "Sementara itu persiapan rumah terbuka Aidilfitri anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad bersama masyarakat daerah Marang turut terjejas apabila lima khemah besar musnah diterbangkan angin.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata selain khemah, pentas utama yang mengambil masa empat jam untuk didirikan juga runtuh dalam sekelip mata.", "“Semua kerja pemasangan khemah dan pentas sudah selesai pagi ini (pagi semalam) kerana rumah terbuka Aidilfitri itu petang esok (hari ini).”", "“Daripada tujuh khemah yang ada, hanya dua boleh digunakan semula. Kami pun terpaksa mengerah lebih ramai tenaga untuk membina semula pentas dan khemah untuk majlis esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di tapak rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Padang Mengkuang.", "Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada petugas yang cedera akibat kejadian tersebut.", "“Ada beberapa petugas yang berada di tempat kejadian ketika ribut melanda, tetapi Alhamdulillah semuanya sempat lari dan berlindung di dalam masjid,” katanya.", "Katanya, semua rumah yang rosak akan dibaiki segera dan bantuan bersesuaian diuruskan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pengkalan Berangan.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/hannah-kecam-ucapan-berbaur-perkauman-bekas-pemain-pelapis-bam/
HANNAH KECAM UCAPAN BERBAUR PERKAUMAN BEKAS PEMAIN PELAPIS BAM
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.", "Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan individu yang pernah berada di bawah naungan BAM pada 2014 dan kini dilaporkan tidak menetap di Malaysia.", "“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya di laman Twitter, hari ini.", "Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.", "“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.", "Bekas pemain tersebut dalam satu video mendakwa bahawa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitiviti umat Islam.", "Sementara itu, BAM dalam catatan di akaun Facebook hari ini turut mengecam komen bersifat perkauman yang dibuat oleh bekas pemain itu, yang sedang memberi latihan di China ketika ini.", "BAM memaklumkan mereka benar-benar terkejut dan akan menangani isu itu termasuk menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA) dan menggesa mereka mengambil tindakan yang perlu terhadap individu tersebut.", "“Komen yang bersifat memecahbelahkan seperti itu tidak mempunyai tempat dalam masyarakat terutamanya di negara kita dan tidak boleh dibiarkan. Orang yang rasis seperti itu tidak sepatutnya diambil bekerja sebagai jurulatih dalam sukan yang digemari oleh berjuta-juta orang dari semua kaum dan agama.", "“BAM dan semua ahli gabungan kami tidak akan menerima orang seperti itu untuk terlibat dalam badminton di Malaysia,” katanya.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/agong-permaisuri-berkenan-sembah-kenal-balu-waris-anggota-polis-terkorban-op-daulat/
AGONG, PERMAISURI BERKENAN SEMBAH KENAL BALU, WARIS ANGGOTA POLIS TERKORBAN OP DAULAT
[ "PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.", "Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini dalam suasana sayu, usai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023.", "Balu dan waris terbabit mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013  iaitu ACP Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.", "Wira-wira yang gugur itu adalah dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.", "Seri Paduka berdua yang sebak menyaksikan persembahan pantomim itu, kemudiannya turun dari pentas utama bertemu balu serta waris wira-wira negara yang terkorban itu dalam suasana yang semakin sayu dengan berlatarbelakangkan lagu  “Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu” nyanyian penyanyi tersohor Uji Rashid.", "Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mengurniakan sumbangan ketika menyantuni balu dan waris anggota PDRM dalam pertemuan itu yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.", "Persembahan pantomim yang menyayat hati itu adalah hasil karya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan dijayakan oleh 150 anggota PDRM, Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Udara dan Pasukan Gerakan Am.", "Pada 12 Feb 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tanduo.", "Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo.", "Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/henti-tugas-loji-pencemaran-sumber-air-mentah-di-sungai-selangor/
HENTI TUGAS LOJI, PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH DI SUNGAI SELANGOR
[ "KUALA LUMPUR: Bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi.", "Tindakan diambil berikutan pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.", "LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam, manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 1 pagi tadi.", "Sebanyak 1,274 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terkesan.", "Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun memaklumkan insiden pencemaran telah beransur pulih setakat awal pagi tadi.", "“Bacaan 0 TON telah dicapai setelah usaha mengatasi pencemaran dibuat oleh LUAS,” kata Amirudin menerusi Twitter.", "“Loji Rawatan Air Rantau Panjang telah mula beroperasi manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 sedang melalui proses pembersihan sebelum beroperasi semula.", "“Bekalan air dijangka pulih seperti biasa.”", "Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) baru-baru ini menubuhkan Skuad Pantas bagi pemantauan 24 jam tanpa henti di kawasan sensitif sungai-sungai di Selangor.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lapan-ngo-malaysia-bina-penempatan-syrian-al-hayah-di-syria/
LAPAN NGO MALAYSIA BINA PENEMPATAN SYRIAN AL-HAYAH DI SYRIA
[ "KUALA LUMPUR: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, termasuk Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membangunkan Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah di AlBab, Syria bagi menyediakan penempatan kepada pelarian terjejas perang di wilayah konflik itu.", "Tujuh NGO lain adalah Malaysia For Syria (MFS), Cinta Syria Malaysia (CSM), Faith Men, Global Peace Mission Malaysia (GPM), WeCare, MyFundAction dan Haluan.", "Projek penempatan sistematik untuk pelarian Syria yang terjejas perang itu membabitkan dana USD369,650 atau kira-kira RM1.51 juta yang disumbangkan rakyat Malaysia melalui kelapan-lapan pertubuhan kemanusiaan terbabit.", "Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata fasa pertama perkampungan pelarian Syria itu menyaksikan pembangunan 100 unit rumah kluster selain bangunan madrasah dan sekolah.", "“Projek perkampungan pelarian yang turut melibatkan kerjasama NGO Syria di Turki, Bonyan turut membabitkan penyediakan bekalan elektrik, air, telaga, sanitasi dan kemudahan infrastruktur jalan yang sistematik.", "“Seramai 52 keluarga pelarian Syria dari Kem Azraq telah berpindah ke Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah secara berperingkat-peringkat pada 15 April lalu sempena perasmian penempatan itu yang disempurnakan Timbalan Mufti Kilis, wakil NGO Malaysia dan Bonyan,” kata Mohd Fauzan.", "Menurut beliau fasa kedua pembangunan Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah akan diteruskan dengan penambahan 100 unit rumah pangsapuri, sebuah pusat perniagaan, ladang ternakan dan pertanian.", "Katanya selain pembinaan penempatan tersebut, MVM juga menyampaikan bantuan bekalan makanan melalui agihan kotak makanan, makanan panas dan baju raya kepada pelarian Syria di Turki dan Syria.", "“Bantuan sama turut disalurkan kepada pelarian Palestin di Gaza dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia yang beroperasi di wilayah bergolak itu.", "“MVM dengan kerjasama rakan NGO, khususnya Malaysia For Syria dan Cinta Gaza Malaysia akan terus komited untuk membantu warga Syria dan Palestin yang terjejas akibat konflik dan penindasan,” kata Mohd Fauzan." ]
https://alhijrahnews.com/bayaran-bpn-2-0-fasa-kedua-bermula-21-januari/
BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA BERMULA 21 JANUARI
[ "KUALA LUMPUR: Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima akan dipercepatkan.", "Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran tersebut akan bermula 21 Januari ini.", "“Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat, PKP Pemulihan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian ingin memaklumkan bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan.", "“Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan atau rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu,” katanya Tengku Zafrul dalam kenyataan hari ini.", "Menurut kenyataan tersebut, tarikh pembayaran bagi penerima B40 akan bermula 21 Januari 2021 dan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.", "Tarikh bayaran bagi penerima M40 pula bermula 25 Januari 2021 juga dikreditkan terus ke dalam akaun bank.", "Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).", "Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.", "Tengku Zafrul berkata semakan kelulusan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu bpn.hasil.gov.my. – AlHijrah Onlin" ]
https://alhijrahnews.com/pelajar-kolej-jual-kek-ganja-ditahan/
PELAJAR KOLEJ JUAL KEK GANJA DITAHAN
[ "KUALA LUMPUR: Kegiatan seorang pelajar kolej swasta menjual kek dicampur ganja terbongkar selepas diberkas di Jalan 9, di sini, Sabtu lalu.", "Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pelajar lelaki berusia 19 tahun itu aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu.", "“Sejumlah 6 kilogram (kg) kek mengandungi ganja bernilai RM21,000 dirampas. Punca bekalan diperoleh masih dalam siasatan,”", "“Suspek adalah penuntut kolej swasta. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau dan bebas daripada sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Yahaya, serbuan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur selama tiga jam bermula pada pukul 5 petang.", "Katanya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rm1juta-foodbank-yapeim-2-0-diagih-kepada-kumpulan-sasar-melalui-musaadah-covid19/
YAPEIM PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK MISI MUSAADAH COVID19
[ "KUALA LUMPUR: Sejumlah\nRM1 juta diperuntukkan menerusi Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi\nIslam Malaysia (YAPEIM) 2.0  bagi\nmenjayakan Misi Musaadah COVID19 yang akan bermula 23 Mac ini.", "Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata seramai 2,000 keluarga kumpulan sasar akan mendapat manfaat daripada program khas sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 itu.", "“Prihatin dengan situasi yang melanda negara, YAPEIM tampil menyahut seruan bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 di Putrajaya.", "“Misi ini adalah bertujuan meringankan bebanan kepada kumpulan sasar yang sedang dikenalpasti di seluruh negara dan akan dilaksanakan agensi-agensi agama Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Misi Musaadah\nCOVID19 merujuk kepada program bantuan golongan asnaf dan petugas barisan\nhadapan yang kini terkesan secara langsung dalam usaha kerajaan mengekang\npenularan wabak penyakit itu melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula\nkelmarin.", "Mohd Daud berkata melalui program itu YAPEIM akan menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan sumbangan  barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya.", "“YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri dan Pasaraya YAPEIM Mart akan melaksanakan misi ini secara berperingkat dengan mengenalpasti penerima dan menyelaras kaedah saluran sumbangan sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan Kerajaan,” katanya. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali" ]
https://alhijrahnews.com/bunuh-pensyarah-uiam-suami-dipercayai-curang-punca-mangsa-fail-pengesahan-cerai/
BUNUH PENSYARAH UIAM: SUAMI DIPERCAYAI CURANG PUNCA MANGSA FAIL PENGESAHAN CERAI
[ "KUALA LUMPUR: Suami yang disyaki membunuh isterinya, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dipercayai curang dan menyebabkan mangsa mahu memfailkan pengesahan perceraian.", "Krisis rumah tangga yang dialami pasangan terbabit mendorong perlakuan jenayah apabila si isteri ditemui mati di dalam sebuah kereta berhampiran tasik di Pinggiran Cyberjaya, Sepang, Khamis lalu.", "Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu didapati menjalinkan hubungan dengan wanita lain.", "“Keadaan itu menyebabkan berlaku masalah dalam rumah tangga mereka sehinggalah berlaku kejadian pembunuhan itu.", "“Setakat ini suspek masih direman dan soal siasat sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.", "Sementara itu, polis sedang giat mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil bagi membantu siasatan.", "Sebelum ini media melaporkan suspek berang dengan tindakan isterinya yang mahu menfailkan pengesahan perceraian hingga menyebabkan dia bertindak menjerut leher isterinya dengan kain tudung hingga mati.", "Lelaki itu kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta sebelum mengajak anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun keluar mencari isterinya itu dengan perkhidmatan e-hailing.", "Bagaimanapun, tembelang lelaki itu dihidu pihak berkuasa apabila siasatan mendapati pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga dan dia kemudian mengaku menjerut leher isterinya.", "Suspek ditahan reman sehingga 6 Ogos ini. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/wanita-indonesia-maut-ditetak-di-mantin/
WANITA INDONESIA MAUT DITETAK DI MANTIN
[ "NILAI, 17 Jun – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dengan kesan tetakan di belakang kepala, badan, muka dan bahu di sebuah rumah teres dua tingkat di Mantin, dekat sini, semalam. ", "Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata Balai Polis Mantin mendapat panggilan mengenai penemuan mayat wanita yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya pada 11.15 pagi semalam.", "“Terdapat kesan luka di bahagian kepala serta badan dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tujuh kesan tetakan dengan dua di belakang kepala, satu di belakang badan dan baki di muka dan bahu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.", "Beliau berkata pemeriksaan di rumah itu juga menemukan sebilah pisau pemotong daging bersebelahan mayat, yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa yang berusia 43 tahun itu. Katanya polis percaya kes itu bermotifkan cemburu dan pihaknya kini giat mencari suami mangsa yang berusia 48 tahun, warga Myanmar untuk membantu siasatan kes.", "Zaldino berkata fotofit suami mangsa akan diedarkan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran.", "“Sehingga kini suami mangsa yang bekerja sebagai pembantu pam minyak di Mantin tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi. “Si mati mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan kami akan rakam percakapan anak mangsa,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/__trashed-50/
Sultan Pahang angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-16
[ "KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, hari ini. ", "Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam\nmesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor\nSultan Sharafuddin Idris Shah.", "Al-Sultan Abdullah, 59\ntahun melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan sembilan  Raja-raja Melayu dari Negeri Sembilan,\nSelangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Pahang yang diwakili\nPemangku Raja serta Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak\nselain dif-dif kenamaan yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan\nkehakiman", "Turut melafaz sumpah\nmemegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang\ndi-Pertuan Agong.", "Surat Sumpah jawatan\nitu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal\nAbidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai saksi.", "Baginda berdua\ndipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di\nIstana Negara pada 24 Januari lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.", "Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah tiba di Dataran Parlimen dengan  diiringi kenderaan pengiring diraja. Al-Sultan Abdullah menerima Kawalan Kehormatan Darjat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.", "Baginda tiba di Kompleks Bunga raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA jam 9.10 pagi menerusi pesawat khas yang diterbangkan dari Pengkalan Tentera Udara Kuantan. ", "Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V,\nyang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu, selepas\nmemegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.", "Pemilihan itu berdasarkan sistem penggiliran\nsebagaimana tradisi sebelum ini dan Malaysia muncul satu-satunya negara dari 43\nnegara Raja Berpelembagaan yang mengamalkan sistem penggiliran berkenaan." ]
https://alhijrahnews.com/cemburu-disyaki-motif-wanita-hamil-ditembak/
CEMBURU DISYAKI MOTIF WANITA HAMIL DITEMBAK
[ "MACHANG: Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.", "Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagaimanapun polis akan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes tersebut bagi menentukan motif sebenar.", "Muhamad Zaki berkata mangsa kemungkinan ditembak menggunakan pistol separa automatik .38 berikutan penemuan kelongsong peluru.", "“Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh walaupun ada pelbagai motif yang diperkatakan.", "“Selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi agar apa yang kita jangkakan itu adalah tepat. Pada masa sama polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di IPD Machang di sini, hari ini yang menyaksikan Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Rosli Mat menyerahkan jawatan kepada pemangkunya DSP Mohd Zahir Abdullah.", "Semalam, Emirah Mazlan, 26, ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian perut dan akibat tembakan tersebut, bayi di dalam kandungan mangsa yang berusia tujuh bulan turut meninggal dunia.", "Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa ditembak di lokasi lain sebelum memandu kereta ke lokasi mayatnya ditemukan kerana jarak rumahnya adalah sejauh 15 kilometer.", "Beliau berkata susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan reman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kiswah-kaabah-dinaikkan-tiga-meter-sebagai-persiapan-musim-haji/
KISWAH KAABAH DINAIKKAN TIGA METER SEBAGAI PERSIAPAN MUSIM HAJI
[ "RIYADH: Selaras dengan tradisi, bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah dinaikkan kira-kira tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih.", "Menurut laporan Saudi Press Agency, prosedur yang sama diulang setiap tahun sebelum musim haji untuk melindungi kiswah kerana sesetengah jemaah menyentuhnya ketika mengelilingi Kaabah.", "Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci Dr Abdulrahman Al-Sudais, hadir ketika proses kiswah dinaikkan pada Sabtu.", "Penolong Presiden Umum Hal Ehwal Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kaabah Kiswa, Pameran, Kejuruteraan, Teknikal dan Hal Ehwal Operasi, Sultan Al- Qurashi berkata menaikkan bahagian bawah kiswah berfungsi untuk memelihara kebersihannya, integritinya serta mencegah gangguan.", "Beliau berkata ia juga bagi mencegah beberapa amalan jemaah haji berdasarkan kepercayaan karut.", "Setiap tahun, pada hari kesembilan bulan Islam Zulhijjah, kain sutera hitam ditanggalkan dan disarungkan kiswah baharu. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/mahkamah-keluarkan-waran-tangkap-terhadap-sajat/
MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP SAJAT
[ "KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.", "Ia selepas individu tersebut gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.", "Waran tangkap dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.", "Menurut laporan, prosiding untuk sebutan semula kes tersebut dijadual jam 9 pagi tadi, namun Muhammad Sajjad tidak kelihatan.", "Peguamnya Zuri Zabuddin Budiman berkata anak guamnya akan diwajibkan hadir prosiding pada tarikh baharu kelak.", "Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.", "Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Sajat menangis dalam keadaan bergari. – AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/bekas-guru-sekolah-rendah-cabul-liwat-remaja-lelaki-kekal-dipenjara-14-tahun/
BEKAS GURU SEKOLAH RENDAH CABUL, LIWAT REMAJA LELAKI KEKAL DIPENJARA 14 TAHUN
[ "PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang bekas guru sekolah rendah kerana kesalahan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.", "Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Lim Chong Fong, sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Shafie Abdul Rani, 53, kerana sabitan atas kesalahan tersebut adalah selamat.", "Dalam menyampaikan keputusan itu, Hakim Hadhariah berkata hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.", "Mohamad Shafie disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Julai 2021 atas tiga pertuduhan mencabul mangsa ketika berusia 11 tahun di dalam bilik sebuah sekolah dan di pusat latihan guru di kawasan itu, daerah Hilir Perak, pada tahun 2012 dan 2013.", "Dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan meliwat mangsa yang sama pada ketika itu berumur 17 tahun di sebuah rumah di Langkap, daerah Hilir Perak, pada Disember 2018.", "Mohamed Shafie diperintah menjalani hukuman penjara secara berasingan dari tarikh ditangkap pada 8 Feb 2021 dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu.", "Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara pada 26 Mei tahun lepas.", "Perayu diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/arab-saudi-perluas-mecca-route-ke-enam-negara-lain-hasil-kejayaan-di-malaysia-mohd-naim/
ARAB SAUDI PERLUAS MECCA ROUTE KE ENAM NEGARA LAIN HASIL KEJAYAAN DI MALAYSIA – MOHD NA’IM
[ "SEPANG: Kejayaan projek perintis “Mecca Route” yang dimulakan oleh kerajaan Arab Saudi di Malaysia pada 2017 membolehkan program itu diperluas ke enam negara lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.", "Beliau berkata program yang bertujuan memudah dan mempercepatkan urusan perjalanan jemaah haji itu kini turut dilaksanakan di Maghribi, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Ivory Coast dan Turkiye.", "Ketika meninjau kaunter “Mecca Route” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Mohd Na’im berkata melalui program itu, pegawai imigresen Arab Saudi yang berada di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji tanpa perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam apabila tiba di negara itu.", "“Dahulu, bakal haji terpaksa menunggu sekitar empat hingga lima jam di imigresen, tetapi dengan adanya “Mecca Route” ini, seramai kira-kira 55 pegawai kerajaan Arab Saudi yang ditempatkan di sini selama sebulan untuk memudahkan perjalanan bakal haji.", "“Selepas melepasi Imigresen Malaysia, mereka terus bergerak ke sini (kaunter Mecca Route) dan terus mendaftar dengan passport mereka, dalam kurang seminit sudah selesai,” katanya.", "Mohd Na’im turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dan Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud kerana meneruskan program Mecca Route di Malaysia.", "Sementara itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas kerjasama menjayakan program berkenaan.", "“Dengan kerjasama yang mantap ini, memudahkan program Mecca Route demi kemudahan dan kebajikan bakal haji,” katanya sambil mendoakan bakal haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/agong-raja-permaisuri-berangkat-ke-u-k-hadir-pertabalan-raja-charles-iii/
AGONG, RAJA PERMAISURI BERANGKAT KE U.K., HADIR PERTABALAN RAJA CHARLES III
[ "PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan Lawatan Khas ke London, United Kingdom bermula dari 3 hingga 14 Mei 2023.", "Baginda berdua telah dijemput oleh Baginda Raja Charles III untuk menghadiri upacara pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei 2023.", "Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei 2023.", "Memetik kenyataan Wisma Putra hari ini, Lawatan Khas pemerintah negara ini adalah amat signifikan di dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan UK, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.", "“Lawatan Khas ini turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara.” -Alhijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/permohonan-permit-iktikaf-ramadan-di-masjidil-haram-masjid-nabawi-dibuka/
PERMOHONAN PERMIT IKTIKAF RAMADAN DI MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI DIBUKA
[ "KUALA LUMPUR: Jemaah Umrah seluruh dunia, termasuk warga Malaysia yang kini berada di Arab Saudi sudah boleh mula menempah slot Iktikaf Ramadan 1443H di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Isnin 25 Syaaban (28 Mac) sehingga 10 Ramadan (12 April).", "Slot Iktikaf Ramadan 1443H akan dibuka untuk tempoh 12 hari bermula 19 hingga 30 Ramadan (21 April-2 Mei), lapor akhbar tempatan Saudi ‘Mojaznews’ memetik sumber Agensi Pengurusan Masjid Nabawi, sebuah agensi di bawah Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjidi Nabawi.", "Menurut beliau, jemaah yang berjaya membuat tempahan boleh mengambil permit mereka di kaunter khas yang akan dibuka di kedua-dua Masjid Suci berkenaan dari 16 hingga 19 Ramadan (18-21 April).", "Namun, perlu diingatkan pautan berkenaan hanya boleh diakses oleh jemaah yang kini berada di Arab Saudi sahaja.", "Jemaah juga diingatkan agar sentiasa mematuhi syarat dan protokol kesihatan selain menjaga tata susila yang ditetapkan dalam portal berkenaan, yang antara lain mewajibkan jemaah membawa sejadah sendiri dan hanya dua pakaian Ihram.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/lelaki-oku-jadi-mangsa-liwat-dalam-kebun-sayur/
LELAKI OKU JADI MANGSA LIWAT DALAM KEBUN SAYUR
[ "BATU GAJAH: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) menjadi mangsa liwat dalam kejadian di kebun sayur di kawasan sekitar Batu Gajah, pada Sabtu lalu.", "Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berusia 28 tahun yang mengalami lemah intelektual dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii dalam sebuah pondok di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.", "Suspek yang merupakan kenalan mangsa difahamkan telah menawarkan dirinya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum membawanya ke tempat kejadian.", "“Polis menerima laporan kejadian itu jam 4.32 petang pada Ahad.", "“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah berjaya melakukan penangkapan terhadap suspek semalam (Isnin) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Katanya polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 11.30 pagi selain turut merampas sebuah kereta dan telefon bimbit.", "Menurutnya, suspek berusia 36 tahun dan tidak bekerja telah direman selama lima hari sehingga 6 Mei bagi siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis atau pegawai penyiasat, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jais-minta-pemilik-akaun-facebook-pakej-taubat-rm20-tarik-balik-iklan/
JAIS MINTA PEMILIK AKAUN FACEBOOK PAKEJ TAUBAT RM20 TARIK BALIK IKLAN
[ "SHAH ALAM:  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meminta pemilik akaun Facebook yang memuat naik poster pakej taubat dengan bayaran RM20 supaya menarik balik poster berkenaan, kata Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.", "Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pemilik akaun media sosial itu dan individu terbabit mengakui kesilapannya itu.", "“JAIS telah menyiasat perkara ini dan mendapati pemilik akaun Facebook itu telah memuat naik poster tersebut pada 26 Jun 2021. Pemilik akaun Facebook itu telah dihubungi oleh JAIS dan mengakui kesilapan serta telah diminta untuk menarik balik poster kempen wakaf al-Quran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd Shahzihan berkata ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang mengelirukan dan memberi gambaran bahawa mana-mana orang Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada mana-mana orang atau pihak, sedangkan perkara ini bercanggah dengan cara bertaubat yang dianjurkan oleh syarak.", "“Taubat adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT memohon keampunan akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun tidak memerlukan orang tengah atau perantara atau nilai wang tertentu bagi taubat diterima,” katanya. ", "Justeru, beliau berkata JAIS juga mengingatkan kepada umat Islam, khususnya di Selangor agar berhati-hati memberi ungkapan-ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip-prinsip agama. ", "“Sebarang kesilapan atau kekhilafan akan menyebabkan timbul kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan yang cemas, membuka ruang fitnah kepada agama dan umat Islam,” katanya. ", "Beliau berkata di Selangor, perbuatan atau dakwaan seumpama itu adalah satu kesalahan yang boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad sebelum ini meminta Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyiasat kemunculan laman sosial yang memaparkan pakej taubat dengan bayaran RM20. —AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/sambutan-hari-lahir-jadi-kenangan-terakhir-bersama-cucu/
SAMBUTAN HARI LAHIR JADI KENANGAN TERAKHIR BERSAMA CUCU
[ "KUALA LUMPUR: Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.", "Lokman, 57, berkata Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, hadir majlis hari lahirnya di Sabak Bernam, Selangor pada 26 Dis lepas.", "“Itu kali terakhir saya berjumpa dengan mereka. Mereka berkelakuan seperti biasa serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.", "Lokman berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran itu oleh anak perempuannya pada 4 pagi tadi.", "Menurutnya dia kemudian bergegas ke lokasi sebelum bertemu anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu sedih dengan insiden itu.", "“Anak saya sedang sarat mengandung anak ketiga tidak dapat masuk ke dalam rumah…dia cedera di kaki kerana terkena kaca dan kemudian dibawa ambulans ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya.", "Lokman berkata ketika kejadian, anaknya yang berusia 28 tahun dan suami, 30 tahun, keluar makan kira-kira 3 pagi dan meninggalkan dua anak mereka di dalam rumah.", "Katanya, cucu perempuannya mempunyai penyakit asma dan kedua-duanya disifatkan sebagai manja dalam kalangan ahli keluarga.", "Dalam kejadian awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya dan Muhammad Al Qayyum ditemukan  rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi sebelum 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak ke lokasi kejadian.", "Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/seorang-remaja-palestin-maut-ditembak-tentera-israel/
SEORANG REMAJA PALESTIN MAUT DITEMBAK TENTERA ISRAEL
[ "NABLUS: Seorang remaja Palestin maut selepas ditembak Tentera Israel semalam dalam satu pertempuran di Tebing Barat yang dijajah.", "Kematian Mohammad Said Hamayel, 15, akibat pertempuran tersebut disahkan Kementerian Kesihatan Palestin.", "Pertempuran di Beita, Selatan Nablus itu berlaku ekoran penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Palestin membantah pembinaan penempatan Israel di kawasan berkenaan.", "Enam individu turut dilapor cedera dalam pertempuran tersebut akibat terkena peluru hidup.", "Kematian Mohammad Said berlaku sehari selepas tiga rakyat Palestin dibunuh oleh pasukah khas Zionis dalam misi menangkap suspek ‘pengganas’ di Tebing Barat.", "Keganasan di Tebing Barat meningkat sejak Mei lalu dengan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin telah terbunuh. — AlHijrah Online / AFP" ]
https://alhijrahnews.com/pelarian-rohingya-lari-dari-india-menuju-bangladesh/
Pelarian Rohingya lari dari India menuju Bangladesh
[ "DHAKA, 9 Januari – Puluhan Muslim\nRohingya dilaporkan menyeberangi sempadan menuju ke Bangladesh dari India sejak\nbeberapa hari lalu, ketika New Delhi berdepan kecaman kerana mengusir minoriti\nterbabit ke Myanmar.", "Minggu lalu, India menyerahkan\nlima anggota keluarga Rohingya kepada pihak berkuasa Myanmar walaupun terdapat\nancaman genosid ke atas pelarian berkenaan oleh tentera rejim Myanmar. India,\nyang bukan penandatangan kepada Konvensyen Pelarian PBB, menahan 23 etnik\nRohingya pada 2018, paling ramai sejak beberapa tahun lalu, ketika penganut\ntegar Hindu menggesa etnik minoriti itu diusir. ", "Sinar Online melaporkan bahawa pegawai\nsempadan Bangladesh berkata, puluhan Rohingya ditahan ketika menyeberang dari\nIndia menuju Bangladesh sejak minggu lalu, ekoran kebimbangan diusir pulang ke\nMyanmar. Mereka yang ditahan kemudian dihantar ke kem pelarian di selatan\nnegara itu di mana satu juta etnik berkenaan hidup dalam kedaifan. “Mereka\nmemberitahu kami, mereka panik selepas India mula menahan pelarian Rohingya dan\nmengusir mereka ke Myanmar,” kata seorang pegawai polis, Shahjahan Kabir di\nbandar sempadan timur Bangladesh di Brahmanpara. Beliau memaklumkan AFP, 17\netnik Rohingya ditahan Khamis lalu selepas menyeberang masuk ke Bangladesh,\ndiikuti 31 lagi di pintu sempadan berasingan. Kebanyakannya tinggal di India\nsehingga selama enam tahun, tambah Kabir. Di Cox’s Bazar, daerah sempadan di\nmana kira-kira 720,000 Rohingya mendapatkan perlindungan daripada tindakan\nkeras tentera Myanmar Ogos 2017, pihak berkuasa tempatan berkata,\nsekurang-kurangnya 57 etnik itu tiba sejak beberapa hari lalu. " ]
https://alhijrahnews.com/kluster-tarawih-patuh-s-o-p-semasa-beribadah-dalam-ramadan/
KLUSTER TARAWIH: PATUH S.O.P. SEMASA BERIBADAH DALAM RAMADAN
[ "ALOR SETAR: Kedah akan menarik balik kebenaran menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri jika kes positif COVID-19 kembali meningkat.", "Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, sebab utama peningkatan kes positif adalah berpunca kegagalan kawalan kendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).", "Jelasnya, di samping kebenaran bagi menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau, jemaah seharusnya bertanggungjawab menjaga S.O.P. bagi memastikan tiada berlakunya penyebaran jangkitan tersebut semasa beribadah.", "Najmi Ahmad mengulas berdasarkan pengalamannya menunaikan solat Jumaat yang menyaksikan jemaah tidak mematuhi sepenuhnya S.O.P. ketika berada dalam kawasan masjid, seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta keluar dari saf serentak tanpa menjaga jarak.", "Jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan garis panduan yang jelas berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid.", "“Peraturan sudah dikeluarkan daripada pejabat agama, dan akan ada perbezaan mengikut zon-zon di setiap kawasan, yang berpandukan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.", "Najmi Ahmad menegaskan bahawa kepatuhan SOP adalah penting demi memastikan tiada kluster solat tarawih muncul.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/rejim-zionis-pelampau-yahudi-biadab/
Rejim Zionis, pelampau Yahudi biadab!
[ "BAITULMAQDIS – Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa rejim Zionis di pekarangan Masjid al-Aqsa ketika sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk Haram al-Sharif semalam.", "Sinar Harian memetik laporan berita Anadolu yang menyebutkan polis Israel membenarkan lebih 400 pelampau Yahudi memasuki kawasan itu sebagai langkah provokasi bertepatan dengan ulang tahun pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari 1967.", "Insiden pertempuran tercetus selepas ratusan jemaah melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ sebagai membantah perbuatan biadab mereka yang mencemari kesucian masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.", "Polis Israel kemudiannya menyerang beberapa jemaah Palestin termasuk pengawal al-Aqsa yang cuba menghalang langkah provokatif kumpulan pelampau Yahudi tersebut.", "“Mereka turut melepaskan gas pemedih mata dan bertindak mengusir para jemaah ke pintu masuk bahagian selatan al-Aqsa. Beberapa orang dilaporkan cedera dan diberkas rejim Zionis,” lapor Anadolu lagi.", "Difahamkan, ia adalah pertama kali dalam tempoh tiga dekad pelampau Yahudi dibenarkan memasuki pekarangan al-Aqsa pada minggu akhir Ramadan.", "Pada 1988, pekarangan al-Aqsa ditutup kepada pelampau Yahudi selepas ulang tahun pendudukan Israel itu turut jatuh pada minggu akhir Ramadan. " ]
https://alhijrahnews.com/kekurangan-bekalan-telur-semakin-pulih/
KEKURANGAN BEKALAN TELUR SEMAKIN PULIH
[ "PUTRAJAYA: Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.", "Beliau berkata ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober. ", "“Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Dis lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertnggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.", "“Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Disember lepas, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.", "Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.", "“Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil eksport telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,” katanya.", "Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Mohamad berkata MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kewangan selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/vaksin-halal-tiada-dna-babi-hilmi/
VAKSIN HALAL, TIADA DNA BABI – HILMI
[ "BALIK PULAU, 25 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa penggunaan vaksin.", "Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata: “Saya mahu memberi jaminan semua vaksin adalah halal dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.", "“Vaksin perlu menjadi satu kemestian untuk semua orang kerana ia menghalang individu daripada mendapat penyakit berjangkit yang mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan Aidilfitri kepada 800 penerima di SMK Seri Balik Pulau di sini hari ini.", "Beliau berkata ramai ibu bapa mendapat maklumat yang salah daripada internet berhubung vaksin yang menyatakan ia tidak halal ekoran khabar angin yang mendakwa ia mengandungi DNA haiwan itu.", "Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa agar tidak mempercayai ‘Dr Google’ membuta tuli, sebaliknya mendapatkan nasihat pakar mengenai vaksinasi.", "Dr Hilmi berkata bilangan ibu bapa muda yang enggan anak mereka divaksin semakin meningkat kerana mereka lebih mempercayai ‘Dr Google’ – walaupun mereka tidak mengetahui apa yang mereka baca.", "“Bilangan pasangan muda yang enggan anak mereka mendapat vaksin semakin meningkat setiap tahun dan ini adalah satu tindakan jenayah terhadap kanak-kanak,” katanya.", "Dr Hilmi berkata KKM menyokong usaha untuk menghalang pendaftaran prasekolah kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi vaksin. Beliau berkata vaksin hanya dilakukan sekali seumur hidup dan suntikan itu adalah percuma di bawah kementerian itu.", "Baru-baru ini dua kanak-kanak dari Melaka dan Kedah meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan akibat kegagalan menerima imunisasi difteria, penyakit disebabkan bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan boleh dielak menerusi vaksin.", "BERNAMA" ]
https://alhijrahnews.com/hujan-lebat-punca-tanah-runtuh-di-simpang-pulai-jkr/
HUJAN LEBAT PUNCA TANAH RUNTUH DI SIMPANG PULAI -JKR
[ "IPOH: Kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185 Kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang menyebabkan dua mangsa maut semalam, dikenal pasti berpunca daripada keadaan hujan yang berterusan.", "Menurut laporan, Timbalan Penolong Pengarah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir. Hamdan Ali berkata, pihaknya mengenalpasti punca itu berdasarkan alat pengesan kadar jumlah hujan yang direkodkan.", "“Kadar hujan agak tinggi sebanyak 217 mililiter sepanjang tempoh dua minggu dan keadaannya berterusan sehingga mengakibatkan kelemahan pada tebing jalan hingga terjadi runtuhan tanah.", "“Kita mendapati ia adalah runtuhan besar membabitkan lebih 10,000 meter padu tanah,” katanya ketika meninjau lokasi kejadian hari ini.", "Hamdan berkata, susulan itu bagi tindakan jangka pendek ketika ini pihaknya akan melakukan kerja pembersihan pada tanah.", "“Oleh kerana jumlah tanah yang besar, kita akan membuat pembersihan selama satu minggu, memantau kestabilan cerun secara berterusan untuk mengenalpasti tindakan jangka masa panjang seterusnya,” katanya.", "Beliau berkata, runtuhan cerun itu adalah yang pertama berlaku di kawasan berkenaan dan ia di luar jangkaan.", "“Susulan kejadian ini, sebahagian cerun di sini tidak stabil, jadi kita masih lagi di dalam kajian keadaan cerun ketika ini. Panjang cerun yang terjejas adalah kira-kira 100 meter,” katanya.", "Beliau berkata, laluan yang terjejas dijangka akan dibuka pada 9 Disember sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.", "Menurutnya, pusat pemantauan cerun yang ditempatkan di antara Seksyen 38 hingga 48 bagi memantau cerun pada tiga lokasi mendapati keadaan stabil.", "“Setakat ini, pemantauan yang dijalankan dilokasi lain bersama pihak konsesi mendapati ada runtuhan kecil di dua lokasi tapi tidak kritikal dan laluan masih boleh dilalui,” katanya.", "Semalam, media melaporkan dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas kenderaan masing-masing tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/pensyarah-usim-meninggal-dunia-semasa-sampaikan-kuliah-subuh/
PENSYARAH USIM MENINGGAL DUNIA SEMASA SAMPAIKAN KULIAH SUBUH
[ "KUALA LUMPUR: Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Soberi Awang meninggal dunia awal pagi tadi.", "Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi tadi semasa menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.", "Allahyarham, difahamkan mengadu sakit dada dalam kuliahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit. Jemaah yang hadir mula menerpa Allahyarham bagi memberi bantuan.", "Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, Aman Palestin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga Perunding Aman Palestin.", "“Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham dan kenalan atas kehilangan seorang insan yang banyak memberikan bakti dan jasa buat pembangunan masyarakat Malaysia khususnya dalam menyampaikan ilmu-ilmu mengenai Palestin, Syria dan Yaman.", "“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.", "Allahyarham juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).", "Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Maghrib di Surau Ittihadiyah sebelum dibawa ke Kemaman, Terengganu.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/keputusan-resolusi-mengenai-gaza-menunjukkan-dunia-menolak-pencerobohan-israel/
KEPUTUSAN RESOLUSI MENGENAI GAZA MENUNJUKKAN DUNIA MENOLAK PENCEROBOHAN ISRAEL
[ "RAMALLAH: Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.", "Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi yang ditaja oleh Jordan itu.", "Beliau berkata perkembangan itu mengesahkan sokongan majoriti dunia terhadap rakyat Palestin dan  isu Palestin masih mendapat perhatian, lapor Agensi Berita WAFA. ", "Dengan menerima 120 undi menyokong resolusi itu menunjukkan dunia menolak pencerobohan terhadap wilayah Palestin dan pemindahan paksa dari tanah air mereka.", "Beliau berkata dunia mesti melaksanakan resolusi itu dengan serius dan ia hanya boleh dicapai melalui perdamaian, selaras dengan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan berdasarkan penyelesaian dua negara. ", " Resolusi berkenaan diluluskan pada Jumaat dan menurut laman sesawang PBB pengundian pada Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali. — AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/jawi-anjur-program-sempena-sambutan-hari-wilayah-persekutuan-2021/
JAWI ANJUR PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2021
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan beberapa program sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2021, untuk umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.", "Menerusi ciapan di akaun Twitter @myJAWIKL , antara program yang diadakan adalah program Yasin Hour yang melibatkan semua institusi pendidikan Islam di bawah seliaan JAWI pada 29 Januari (Jumaat) pada jam 9 pagi dan 3 petang.", "“Program Wilayah Persekutuan Bermunajat serentak di semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 30 Januari (Sabtu), selepas solat Maghrib, dalam talian serta bersiaran langsung melalui Facebook rasmi JAWI dari Masjid Wilayah Persekutuan.", "“Forum Perdana Ehwal Islam dalam talian pada 31 Januari (Ahad), jam 9.00 malam dengan tajuk ‘Masyarakat Cakna, Wilayah Sejahtera’ membariskan ahli panel tersohor tanah air yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI,” dalam bebenang tersebut.", "Selain itu, JAWI turut mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam di lapan buah masjid selama 8 hari berturut-turut di Wilayah-Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 Februari (Isnin) hingga 8 Februari (Isnin) pada jam 9 malam.", "Khutbah Jumaat Khas, yang akan dibacakan di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan, bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’, pada 5 Februari (Jumaat).", "Kebanyakan program yang diadakan akan berlangsung secara dalam talian, yang membolehkan semua umat Islam boleh sertai bersama.", "JAWI menyeru agar kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT mengurniakan kesejahteraan serta memelihara warga Wilayah Persekutuan dan negara Malaysia dari segala bencana dan wabak yang melanda.—AlHijrah Online." ]
https://alhijrahnews.com/wanita-warga-emas-rentung-dalam-kebakaran-pusat-jagaan-orang-tua/
WANITA WARGA EMAS RENTUNG DALAM KEBAKARAN PUSAT JAGAAN ORANG TUA
[ "PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas maut akibat rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, awal pagi tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.13 tengah malam sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.", "Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah pusat jagaan orang tua berkeluasan 50×100 kaki persegi, jenis bangunan struktur kelas A melibatkan kemusnahan 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.", "“Semasa kejadian, seramai 14 penghuni termasuk penjaga telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.", "“Namun terdapat seorang mangsa perempuan rentung di dalam sebuah bilik di atas katil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tambah Wan Md Razali, kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam sebelum jentera bomba sampai di lokasi kejadian. –AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/kanak-kanak-maut-bapa-parah-dilanggar-kereta-semasa-pulang-dari-tadika/
KANAK-KANAK MAUT, BAPA PARAH DILANGGAR KERETA SEMASA PULANG DARI TADIKA
[ "PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut semasa pulang dari tadika selepas motosikal ditunggang bapanya dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning dekat sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang melibatkan mangsa Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazerein, 4, meninggal dunia di Zon Merah Hospital Port Dickson.", "Sementara bapanya, Muhammad Shazerein mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu, kaki dan tulang belakang.", "Katanya, penunggang motosikal itu dalam perjalanan pulang dari mengambil anaknya dari Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson sebelum dilanggar dengan sebuah kereta dipandu lelaki warga Singapura berusia 33 tahun.", "“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Air Kuning menghala ke Sua Betong.", "“Sebaik tiba di lokasi, kereta berkenaan sedang memotong kenderaan di hadapannya lalu melanggar bahagian tepi kanan motosikal yang sedang membelok ke simpang kanan menghala ke Ladang Sua Betong,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.", "Aidi Sham berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selain saringan awal ujian air kencing negatif dan ujian pernafasan menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam darah.", "“Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.", "“Polis meminta saksi kejadian tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/heineken-0-0-tidak-halal-dan-hanya-untuk-orang-bukan-islam/
Heineken 0.0 tidak halal, hanya untuk orang bukan Islam
[ "KUALA LUMPUR – Heineken Malaysia Berhad mengulangi kenyataan penjualan\nminuman malt tidak beralkohol baru, Heineken 0.0 hanyalah disasarkan kepada\npelanggan bukan Islam.", "Ia produk bukan halal dan menyasarkan pelanggan berusia 21 tahun ke\natas, seperti yang dinyatakan semasa pelancaran produk mereka dahulu dan juga\ndilaporkan oleh media sebelumnya.", "“Semua produk Heineken 0.0 hanya boleh didapati di zon bukan halal\ndi pasar raya dan kedai serbaneka, dengan papan tanda yang jelas menunjukkan\nbahawa ia hanya untuk orang bukan Islam, berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.", "“Bagi kedai tanpa kawasan bukan halal yang khas, papan tanda dipaparkan untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa Heineken 0.0 adalah untuk bukan Islam, berusia 21 tahun ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.", "Menurut kenyataan itu lagi, tujuan minuman itu diperkenalkan bagi\nmembantu pengguna bukan Islam yang ingin menyederhanakan penggunaan alkohol, namun\nmasih boleh menikmati rasa bir tanpa kesan alkohol dan mengawal penggunaannya dalam\nmenyeimbangkan gaya hidup mereka.", "Manakala penggunaan slogan ‘Now You Can’ bermaksud ia selamat untuk dinikmati dalam apa jua acara dan keadaan.", "Sebelumnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid\nYusof menggesa supaya pengeluar bir di negara ini untuk tidak mengelirukan\npengguna, terutamanya orang Islam, dengan mengeluarkan minuman tanpa alkohol.", "Ini berikutan proses menghasilkan minuman itu termasuk penyulingan dilakukan\nadalah sama seperti menghasilkan produk alkohol, sebagaimana maklumat yang\ndinyatakan melalui satu status di Facebook Jakim.", "Justeru itu beliau menasihati orang Islam supaya menjauhi produk yang mempunyai status yang diragui.", "Kehadiran produk ini dibincangkan di media sosial oleh orang ramai yang bimbang ia mengelirukan pembeli dari kalangan orang Islam yang menyangka ia produk halal berdasarkan slogannya." ]
https://alhijrahnews.com/rentas-negeri-tanpa-surat-lima-pemain-bola-sepak-dikompaun/
RENTAS NEGERI TANPA SURAT, LIMA PEMAIN BOLA SEPAK DIKOMPAUN
[ "PUTRAJAYA: Polis mengenakan kompaun terhadap lima individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah padang bola sepak sintetik di Presint 8, di sini.", "Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kesemua individu didapati tidak memiliki surat kebenaran merentas daerah atau negeri untuk berada di Putrajaya.", "Tambahnya, pemeriksaan dilakukan Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP IPD Putrajaya yang membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan antara jam 10 malam hingga 11.45 malam tadi.", "“Hasil pemeriksaan mendapati lima individu berusia antara 23 hingga 28 tahun didapati tiada surat kebenaran merentas negeri dengan bermain bola sepak di sini.", "“Kesemua mereka merupakan kakitangan syarikat swasta yang menggunakan pas bekerja untuk masuk ke Putrajaya,” katanya", "Mengulas lanjut, kesemua lelaki yang dikenakan kompaun tersebut berasal dari Selangor.—AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/konsep_penyatuan_rasulullah-ajar-manusia-bermuafakat-pm/
KONSEP PENYATUAN RASULULLAH AJAR MANUSIA BERMUAFAKAT – PM
[ "KUALA LUMPUR: Konsep penyatuan yang dibawa Rasullullah SAW mengajar setiap manusia untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang, demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penyatuan yang diasaskan Rasullullah SAW merentasi kabilah, agama serta fahaman.", "“Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda.", "“Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.", "Ismail Sabri pada kesempatan itu juga mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1443H/2021M kepada semua umat Islam dan semoga sentiasa beramal mengikut Sunnah Baginda SAW.–AlHijrah Online" ]
https://alhijrahnews.com/agong-kutuk-serangan-keganasan-di-sri-lanka/
Agong kutuk serangan keganasan di Sri Lanka
[ "KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin\n Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengutuk sekeras-kerasnya pelaku \nserangan keganasan di beberapa lokasi di Sri Lanka, semalam.", "Seri Paduka turut menzahirkan perasaan dukacita yang amat mendalam atas kehilangan nyawa dan kecederaan yang berlaku.", "“Seri Paduka juga mengucapkan takziah dan simpati yang tidak terhingga kepada mangsa-mangsa jenayah tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun itu, yang disasarkan kepada orang tidak berdosa semasa sambutan perayaan Easter, iaitu ketika penganut Kristian sedang berkumpul untuk berdoa dan merayakan sambutan itu.", "“Seri Paduka turut menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia dengan mangsa-mangsa, keluarga mereka dan rakyat Sri Lanka,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, hari ini.", "Yang di-Pertuan Agong juga amat yakin rakyat Sri Lanka akan terus bersabar mempertahankan kekuatan dan kemanusiaan mereka dalam menghadapi tragedi yang amat mengerikan itu.", "Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan lebih 200 orang.", "Terdahulu, pada Ahad, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian itu. – SINAR HARIAN" ]