url
stringclasses
31 values
title
stringclasses
31 values
paragraph_number
stringclasses
243 values
ar
stringlengths
35
7.38k
bm
stringlengths
43
12.8k
syarh_bm
stringlengths
0
13.9k
status
stringlengths
0
167
info
stringlengths
0
48
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
32
وَعَن عَليّ بن طلق قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلم: «إِذا فَسَا أَحَدُكُم فَليَتَوَضَّأ وَلَا تأتو النِّسَاءَ فِي أَعْجَازِهِنَّ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ
Sayyidina ʿAli bin Ṭalq meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu keluar angin tanpa bunyi, maka hendaklah dia berwuduk dan janganlah kamu mendatangi isterimu daripada belakang.” (Tirmizi dan Abu Daud)
Apabila seseorang itu keluar angin maka batallah wuduknya. Tanpa wuduk solah tidak boleh ditunaikan. Angin keluar daripada jalan belakang, oleh kerana munasabah ini, maka Nabi menyebutkan hukum yang kedua iaitu masalah mendatangi isteri daripada bahagian belakang. Ulama ittifaq mengatakan liwat itu haram. Firman AllahI,   نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٞ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡۖ وَقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُمۡۚ وَٱتَّقُواْٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٢٢٣   “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.” (al-Baqarah: 223)   Dalam ayat ini disebutkan datangilah isteri itu sebagai ladang. Apabila disebutkan tentang ladang maka ia pasti menghasilkan tanaman. Begitulah juga apabila seseorang itu ingin mendatangi isterinya maka hendaklah dia mendatanginya pada tempat yang boleh menghasilkan anak iaituqubul bukannya dubur. Perbuatan liwat ini ialah perbuatan yang paling keji iaitu perbuatan kaum Nabi Lut . Oleh sebab itu mereka diazab dengan azab yang keras.
Dhaif by al-Albani in Takhrij Sunan Tirmidhi
Halaman 15, Hadis 314
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
33
وَعَن مُعَاوِيَة بن أبي سُفْيَان أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ: «إِنَّمَا الْعَيْنَانِ وِكَاءُ السَّهِ فَإِذَا نَامَتِ الْعَيْنُ اسْتطْلقَ الوكاء» . رَوَاهُ الدَّرَامِي
Sayyidina Muʿawiyah bin Abu Sufyan meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Sesungguhnya dua mata itu adalah pengikat papan punggung. Apabila mata itu tidur, akan terlepas pengikat tersebut.” (Darimi)
Dua mata adalah pengikat papan punggung iaitu lubang angin. Selama mana mata berjaga maka selama itulah ikatan itu kuat iaitu seorang itu boleh mengawal angin keluar daripada duburnya. Apabila seseorang itu dalam keadaan lesu dan tidur, maka pengikat itu akan menjadi lemah dan angin boleh keluar daripada badannya tanpa disedari. Oleh itu diketahui bahawa semata-mata tidur itu tidak membatalkan wuduk, sebab terbatalnya wuduk ialah disebabkan keluarnya angin. Sangkaan ghalib, apabila seseorang dalam keadaan longlai dan tidur menyebabkan angin keluar maka zan ghalib ini menduduki tempat yakin iaitu hukum zan pada kedudukan hukum yakin. Oleh itu keadaan tidur menentukan sama ada wuduk itu batal atau tidak. Aimmah bersepakat bahawa mengantuk atau ‘نوم قليل’ tidur sedikit tidak membatalkan wuduk dan ‘نوم كثير’ tidur yang bersangatan membatalkan wuduk. Apakah kayu pengukur kepada sedikit atau banyaknya sesuatu tidur itu? Padanya ada ikhtilaf dikalangan aimmah.   Imam Malik mengatakan bahawa tidur yang nyenyak membatalkan wuduk. Manakala mengantuk pula tidak membatalkan wuduk. Imam Ahmad mengatakan bahawa tidur berdiri atau sambil duduk dikira sebagai naum qalil, selain daripada keadaan ini membatalkan wuduk. Ini adalah bentuk nyenyak atau tidak nyenyaknya seseorang itu. Mengikut Imam Syafiʿi tidur sambil duduk dan tetap papan punggung maka tidak membatalkan wuduk. Selain daripada keadaan ini membatalkan wuduk. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa tidur dalam keadaan solah, berdiri, rukuk, sujud dan duduk tidak membatalkan wuduk, selain daripada ini maka ia akan membatalkan wuduk, contohnya tidur berbaring, tidur idtijaʿ (tidur berbaring pada lambung), tidur istinad (tidur bersandar), tidur istilqa (tidur baring terlentang).
Sahih - Shoaib Al-Arna’oot - Takhreej Mushkil Al-Athar
Halaman 16, Hadis 315
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
34
وَعَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وِكَاءُ السَّهِ الْعَيْنَانِ فَمَنْ نَامَ فَليَتَوَضَّأ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدقَالَ الشَّيْخ الإِمَام محيي السّنة: هَذَا فِي غير الْقَاعِد لما صَحَّ    عَن أنس قَالَ: كَانَ أَصَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعشَاء حَتَّى تَخْفَقَ رُؤُوسُهُم ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّؤُونَ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيّ إِلَّاأَنه ذكرفيه: ينامون بدل: ينتظرون الْعشَاء حَتَّى تخفق رؤوسهم
Sayyidina ʿAli meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Pengikat bagi dubur ialah dua mata, maka barangsiapa yang tidur, hendaklah dia berwuduk.” (Abu Daud)   Syaikh Imam Muhy is-Sunnah berkata, “Ini adalah selain daripada tidur duduk kerana telah sah hadis yang berikut.   Sayyidina Anas berkata, “Sahabat-sahabat Nabi telah menunggu solat ʿisyak sehingga mereka tersengguk, kemudian mereka bersolat sedang mereka tidak memperbaharui wuduk.” (Abu Daud, Tirmizi, melainkan beliau menukarkan dengan perkataan ‘tidur’ sebagai ganti perkataan ‘menunggu waktu solat ʿisyak sehingga mereka tersengguk’
Ini adalah dalil bagi mazhab Syafiʿi yang mengatakan bahawa tidur yang tetap papan punggung tidak membatalkan wuduk
Sahih - Shuaib Al-Arna’oot - Takhreej Sunan Abi Daoud
Halaman 17 & 18, Hadis 316 & 317
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
35
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الْوُضُوءَ عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُه. رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَأَبُو دَاوُد
Sayyidina Ibnu ʿAbbas -meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kewajiban berwuduk itu adalah ke atas orang yang tidur berbaring. Sesungguhnya apabila seseorang itu berbaring, maka sendi-sendinya akan menjadi lembut.” (Tirmizi dan Abu Daud)
Apabila seseorang itu tidur berbaring maka segala sendi-sendinya akan menjadi longgar dan longlai. Kebiasaannya dalam keadaan ini angin akan keluar kerana sendi-sendi menjadi longlai. Ini berlaku kerana mata tertutup ketika berbaring yang menyebabkan lubang angin terbuka. Badan seseorang itu mengandungi banyak angin.Daripada sabdaan Nabi diketahui bahawa mata adalah pengawal bagi lubang angin. Unsur yang paling banyak dalam badan ialah angin. Oleh sebab imkan ul-ghalib maka dikira hukum yakini bahawa angin telah keluar tanpa disedari dan menyebabkan batalnya wuduk.   Bagi para anbiya tidur mereka tidak membatalkan wuduk kerana tidur mereka hanya mata tetapi hati tidak tidur. Oleh itu apabila Nabi bangun daripada tidur kadang kala Nabi menunaikan solah tanpa berwuduk kerana wuduk Nabi tidak terbatal. Akan tetapi kebiasaannya Nabi memperbaharui wuduk kerana taʿlimun lil-ummah atau untuk mengelakkan berlaku salah sangka daripada sahabat yang baru memasuki Islam atau tohmahan daripada orang munafiq. Oleh itu seseorang itu perlu menjauhi tempat atau keadaan yang boleh menyebabkan tohmah. Ini untuk mengelakkan orang lain menjadi berdosa disebabkan sangka buruk.
Sahih - Ibn Abd al-Barr - Al-Tamhid
Halaman 19, Hadis 318
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
36
وَعَن بسرة قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا مَسَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ» . رَوَاهُ مَالِكٌ وَأَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَه والدارمي
Busrah , meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu menyentuh kemaluannya, hendaklah dia berwuduk.” (Malik, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaʾi, Ibnu Majah dan Darimi)
Hadis ini berkaitan masalah khilafiyyah, bukan ikhtilaf. Bagi mazhab Syafiʿi wuduk terbatal dengan menyentuh kemaluan.
Sahih - Ibn Abd al-Barr - Al-istithkar
Halaman 20, Hadis 319
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
37
وَعَن طلق بن عَليّ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ مَسِّ الرَّجُلِ ذَكَرَهُ بَعْدَمَا يَتَوَضَّأُ. قَالَ: وَهَلْ هُوَ إِلَّا بَضْعَةٌ مِنْهُ . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ والنَّسَائِيُّ وَرَوَى ابْنُ مَاجَهْ نَحوه  قَالَ الشَّيْخُ الْإِمَامُ مُحْيِي السُّنَّةِ رَحِمَهُ اللَّهُ: هَذَا مَنْسُوخٌ لِأَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَسْلَمَ بَعْدَ قدوم طلق   وَقد روى أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: إِذَا أَفْضَى أَحَدُكُمْ بِيَدِهِ إِلَى ذَكَرِهِ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا شَيْءٌ فَلْيَتَوَضَّأْ. رَوَاهُ الشَّافِعِيُّ والدارقطني   وَرَوَاهُ النَّسَائِيُّ عَنْ بُسْرَةَ إِلَّا أَنَّهُ لَمْ يذكر: «لَيْسَ بَينه وبَينهَا شَيْء»
Ṭalq bin ʿAli berkata, “Rasulullah telah ditanya tentang lelaki yang menyentuh kemaluannya selepas dia berwuduk, maka Baginda bersabda, “Tidakkah ia adalah sebahagian daripada anggotanya?” (Abu Daud, Tirmizi dan Nasaʾi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan seperti hadiś di atas)   Syaikh Imam Muhy is-Sunnah 3 berkata, “Hadiś ini telah dimansukhkan kerana Sayyidina Abu Hurairah memeluk Islam selepas datangnya Sayyidina Ṭalaq .”   Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila tapak tangan seseorang itu menyentuh kemaluannya, dan tiada lapik antara tangannya dan zakar tersebut maka hendaklah dia berwuduk.” (Syafiʿi dan Daraquṭni)   Dan Imam Nasaʾi meriwayatkan hadiś di atas daripada Sayyidatina Busrah , melainkan beliau tidak menyebut, “Tiada di antaranya sesuatu”
Apabila Nabi telah ditanya berkenaan batalnya wuduk apabila tangan bersentuh dengan kemaluan, dalam riwayat Sayyidatina Busrah , mengatakan bahawa batal wuduk jika tangannya bersentuh dengan kemaluannya dan hadis yang berlawanan dengan hadis Sayyidatina Busrah , ialah hadis Sayyidina Talaq yang menyatakan wuduk tidak batal dengan diqiyaskan tangan dengan anggota-anggota yang lain apabila bersentuh dengan kemaluan tidak membatalkan wuduk.   Imam Muhy is-sunnah mengatakan bahawa Hadis Talaq telah dimansuhkan oleh Hadis Sayyidina Abu Hurairah. Hadis Sayyidina Abu Hurairah adalah hadis nasikh kerana keislaman Sayyidina Abu Hurairah adalah selepas kedatangan Sayyidina Talq bin Ali ke Madinah. Oleh itu hadis Sayyidina Abu Hurairah lebih kemudian daripada hadis Sayyidina Talq. Ikhtilaf di sini ialah apabila seseorang itu menyentuh kemaluannya tanpa sebarang lapik.     Mazhab aimmah :  adakah wuduk batal apabila sentuh kemaluan? Imam Ahmad : batal mutlaqan sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat, dengan tapak tangan atau belakang tangan. Imam Malik : bersentuh dengan tapak tangan dengan syahwat membatalkan wuduk. Imam Syafiʿi : bersentuh dengan tapak tangan membatalkan wuduk mutlaqan dengan syahwat atau tanpa syahwat. Ini juga adalah pendapat Sayyidina ʿUmar, Saʿad bin Abi Waqqas, Ibnu ʿUmar, Ibnu ʿAbbas, Abu Hurairah, ʿAisyah, Saʿid bin Musayyab, ʿAtaʾ bin Abi Rabah. Pendapat ini adalah pendapat yang paling kuat daripada segi naqalnya. Imam Abu Hanifah: tidak batal mutlaqan dengan tapak tangan atau belakang tangan, bersyahwat atau pun tidak, dan ini juga adalah pendapat Sayyidina ʿAli, Ibnu Masʿud, Huzaifah dan ʿAmmar.   Perkataan ‘ افضى ’ ‘afda’ hanya digunakan untuk memegang dengan tapak tangan dan perut jari, kerana ini ialah bahagian yang digunakan untuk merasai kelazatan, maka ia tidak sama dengan belakang tangan.   Sebahagian ulama Hanafi mengatakan bahawa Sayyidina Talaq bin Ali datang dua kali ke Madinah, sekali pada tahun pertama hijrah dan kali kedua pada tahun kesembilan hijrah. Walaubagaimanapun, Imam Ibnu Hibban mengatakan bahawa dakwaan kedatangan Sayyidina Talq ini tidak dijelaskan dengan riwayat yang sarih. Hadis Sayyidina Abu Hurairah diriwayatkan oleh Imam Syafiʿi dan Imam Buwaiti, dinyatakan dalam Musnad Syafiʿi, al-Umm dan Mukhtasar al-Buwaiti dengan sanad-sanadnya, dan diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dengan turuq yang banyak, padanya terdapat kedaifan antaranya disebabkan oleh Yazid bin ʿAbd ul-Malik bin Mughirah an-Naufali, tetapi hadisnya hasan kerana turuqnya yang banyak.
Sahih - Talaq bin Ali Al-Hanafi - Al-Mubarakfouri - Tuhfat Al-Ahwadi - Shoaib Al-Arnaout - Takhreej Sharh Al-Sunnah -
Halaman 21 22 & 23 , Hadis 320 321 & 322
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
38
وَعَنْ عَائِشَةَقَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ بَعْضَ أَزْوَاجِهِ ثُمَّ يُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: لَا يَصِحُّ عِنْدَ أَصْحَابِنَا بِحَالٍ إِسْنَادُ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ وَأَيْضًا إِسْنَادُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْهَا وَقَالَ أَبُو دَاوُدَ: هَذَا مُرْسل وَإِبْرَاهِيم التَّيْمِيّ لم يسمع من عَائِشَة
Aisyah -berkata, “Pernah Nabi mencium salah seorang daripada isteri Baginda (yakni Sayyidatina ʿAisyah,) kemudian Baginda bersolat sedang Baginda tidak memperbaharui wuduk Baginda.” (Abu Daud, Tirmizi, Nasaʾi dan Ibnu Majah. Imam Tirmizi berkata, “Isnad Haḍrat ʿUrwah daripada Sayyidatina ʿAisyah dan isnad Haḍrat Ibrahim at-Taimi daripada Sayyidatina ʿAisyah adalah tidak sah di sisi ashab kami (muhaddisin).” Imam Abu Daud berkata, “Ini ialah hadiś mursal dan Haḍrat Ibrahim at-Taimi tidak mendengar daripada Sayyidatina ʿAishah.”)
Imam Tirmizi mengatakan bahawa isnad hadis Sayyidatina ʿAisyah daripada Sayyidina ʿUrwah tidak sah di sisi muhaddisin,   حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَهَنَّادٌ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ، وَأَبُو عَمَّارٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ الأَعْمَشِ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ   Ini kerana Habib ibn Abi Sabit tidak mendengar daripada ʿUrwah ibnu Zubair, maka hadis ini ialah hadis munqatiʿ. Jika ʿUrwah yang dimaksudkan ialah ʿUrwah al-Muzani maka hadis ini menjadi daʿif kerana ʿUrwah al-Muzani majhul di sisi muhaddisin.   Begitu juga dengan isnad Ibrahim Taimi kerana beliau tidak mendengar daripada Sayyidatina ʿAisyah ,secara ittifaq muhaddisin.   Pendapat aimmah berkenaan dengan menyentuh wanita membatalkan wuduk, Imam Malik: batal wuduk jika bersentuh dengan syahwat. Imam Syafiʿidan Imam Ahmad: batal wuduk mutlaqan. Imam Abu Hanifah: tidak batal wuduk ‘mutlaqan’.   يَٰٓأَيُّهَاٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبٗا فَٱطَّهَّرُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٞ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآئِطِ أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءٗ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُلِيَجۡعَلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ حَرَجٖ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَيۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ  ٦   Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Maʾidah: 6)   ‘ لامس ’ maknanya mengikut mazhab Syafiʿi ialah sentuh dan jimak dan mengikut Imam Abu Hanifah mengatakan maknanya ialah jimak kerana bab mufaʿalah. Oleh itu ia daripada kedua belah pihak maka ia memberi makna jimak. Mazhab Syafiʿi mengambil kedua-dua makna sentuh dan jimak kerana bab mufaʿalah juga boleh memberi makna lazim. Oleh kerana makna umum maka menyentuh wanita menyebabkan wuduk batal. Kedua-dua mazhab ini wujud dalam kalangan sahabat, sebahagian mereka berpendapat bahawa menyentuh wanita membatalkan wuduk dan sebahagian yang lain berpendapat tidak. Hadis ini sanadnya tidak kuat dan makna sentuh bil-yad membatalkan wuduk sabit dengan nas al-Quran.
Sahih - Shuaib Al-Arna’oot - Takhreej Sunan Abi Daoud
Halaman 24, Hadis 323
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
39
وَعَن ابْن عَبَّاسقَالَ: أَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَتِفًا ثُمَّ مَسَحَ يَده بِمِسْحٍ كَانَ تَحْتَهُ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَابْن مَاجَه وَأحمد
Ibnu ʿAbbas berkata, “Rasulullah telah makan bahu kambing kemudian Baginda menyapu tangan Baginda dengan kain yang berada di bawahnya kemudian baginda bangun dan solat.” (Abu Daud, Ibnu Majah Dan Ahmad)
null
Sahih - Shoaib Al-Arna’oot - Takhreej Mushkil Al-Athar
Halaman 25, Hadis 324
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
40
وَعَن أم سَلمَة أَنَّهَا قَالَتْ: قَرَّبْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَنْبًا مَشْوِيًّا فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ. رَوَاهُ أَحْمَدُ
Ummu Salamah berkata, “Aku telah memberikan kepada Nabi rusuk kambing yang dipanggang lalu Bagindamemakan sebahagiannya kemudian Baginda bangun untuk bersolat sedangkan Baginda tidak mengambil wuduk.” (Ahmad)
Dalam hadis ini Nabi tidak mengambil wuduk sama ada wuduk lughawi atau syarʿi.
Sahih - Shuaib Al-Arna’oot - Takhreej Sharh Al-Sunnah
Halaman 26, Hadis 325
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
41
عَنْ أَبِي رَافِعٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «أَشْهَدُ لَقَدْ كُنْتُ أَشْوِي لِرَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَطْنَ الشَّاةِ، ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Rafiʿberkata, “Aku bersumpah sesungguhnya aku telah memanggang perut kambing untuk Rasulullah kemudian Baginda solat dan Baginda tidak mengambil wuduk.” (Ahmad)
‘asyhadu’ اشهد  lafaz ini menunjukkan adanyaikhtilaf ‘ ما مسته النار ’ membatalkan wuduk atau tidak?Ia berlaku pada zaman permulaan Islam. Ketika itu ada ikhtilaf dalam kalangan sahabat mengenai masalah ini tetapi ikhtilaf ini berakhir pada zaman sahabat juga iaitu ‘ ما مست النار ’ tidak membatalkan wuduk.   ‘perut kambing’ iaitu hati, limpa dan sebagainya. Sayyidina Abu Rafiʿadalah khadim Nabi.
Sahih Muslim
Halaman 27, Hadis 326
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
42
وَعَنْهُ قَالَ: أُهْدِيَتْ لَهُ شَاةٌ فَجَعَلَهَا فِي الْقِدْرِ فَدَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا هَذَا يَا أَبَا رَافِعٍ فَقَالَ شَاةٌ أُهْدِيَتْ لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَطَبَخْتُهَا فِي الْقِدْرِ قَالَ نَاوِلْنِي الذِّرَاعَ يَا أَبَا رَافِعٍ فَنَاوَلْتُهُ الذِّرَاعَ ثُمَّ قَالَ نَاوِلْنِي الذِّرَاعَ الْآخَرَ فَنَاوَلْتُهُ الذِّرَاعَ الْآخَرَ ثُمَّ قَالَ ناولني الذِّرَاع الآخر فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا لِلشَّاةِ ذِرَاعَانِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَكَتَّ لَنَاوَلْتَنِي ذِرَاعًا فَذِرَاعًا مَا سَكَتَّ ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَتَمَضْمَضَ فَاهُ وَغَسَلَ أَطْرَافَ أَصَابِعِهِ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى ثُمَّ عَادَ إِلَيْهِمْ فَوَجَدَ عِنْدَهُمْ لَحْمًا بَارِدًا فَأَكَلَ ثُمَّ دَخَلَ  الْمَسْجِدَ فَصَلَّى وَلَمْ يَمَسَّ مَاءً. رَوَاهُ أَحْمد   وَرَوَاهُ الدَّارِمِيُّ عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ إِلَّا أَنَّهُ لَمْ يَذْكُرْ: ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ إِلَى آخِرِهِ
Abu Rafiʿberkata bahawa seekor kambing telah dihadiahkan kepadanya, lalu beliau telah memasukkannya ke dalam periuk maka Rasulullah telah masuk dan berkata, “Apa ini wahai Abu Rafiʿ” Beliau berkata, “Seekor kambing yang dihadiahkan kepada kami ya Rasulullah, lalu aku memasaknya di dalam periuk.” Baginda bersabda, “Berikan kepadaku paha bahagian depan” dan aku telah berikan kepada Baginda, kemudian Baginda bersabda, “Berikan kepadaku paha hadapan yang sebelah lagi.” Dan aku pun berikan paha hadapan yang lain, kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Berikan kepadaku paha hadapan yang seterusnya.” Maka beliau berkata, “Ya Rasulullah, kambing hanya mempunyai dua paha hadapan.” Maka Rasulullah bersabda kepadanya, “Sesungguhnya jika kamu diam, kamu akan memberi kepadaku paha demi paha selagi mana kamu diam.” Kemudian Bagindameminta air lalu berkumur dan membasuh hujung-hujung jari Baginda lalu Baginda berdiri dan bersolat. Selepas itu Baginda kembali semula kepada Abu Rafiʿ dan Baginda mendapati daging yang sejuk di sisi mereka, lalu Baginda makan kemudian pergi ke masjid dan bersolat dalam keadaanBaginda tidak menyentuh air pun.” (Ahmad)   Imam Darimi meriwayatkan hadiś di atas daripada Sayyidina Abu ʿUbaid melainkan beliau tidak menyebut, “Kemudian Baginda meminta air....”
Masih lagi membahaskan tentang ‘ ما مست النار ’ (makanan yang dimasak) tidak membatalkan wuduk, mungkin zaman pengarang Kitab Masobih ada perbahasan mengenai ‘ ما مسته النار ’ membatalkan wuduk yakni hampir dengan zaman Imam Daud Zahiri.   Sayyidina Abu Rafiʿ ialah hamba Nabi yang selepas itu telah dimerdekakan.   ‘telah memasukkannya ke dalam periuk,’ ibarat mahzuf di sini bahawa kambing tersebut telah disembelih, dipotong dan dimasukkan ke dalam periuk. Ketika daging tersebut sedang masak Nabi telah datang.   ‘berikan kepadaku’ meminta kepada seseorang yang kita kenal dan rapat adalah diharuskan dan ia tidak berlawanan dengan istighna. Kemungkinan Nabi dalam keadaan istighraq bersama Allah, atau bersama Jibril disebabkan itu Nabi terus meminta. ‘ ذراع ’ adalah paha bahagian hadapan, paha belakang tidak dipanggil ‘ ذراع ’.   Ini ialah mukjizat Nabi iaitu makanan yang sedikit menjadi banyak. Oleh itu semasa makan kita perlu tawajjuh kepada Allah agar makanan menjadi berkat. Apabila kita bercakap perkara yang lagha maka keberkatan akan hilang daripada makanan.   ‘Bagindaberdiri dan solat’ zahirnya Nabi bersolat di rumah Sayyidina Abu Rafiʿ sedangkan ketika itu bukanlah waktu sembahyang. Diharuskan untuk kita bersolat di rumah orang yang kita bertandang untuk membawa keberkatan kepada rumah.   ‘Baginda tidak meminta air pun’ Membasuh tangan dan berkumur ialah mustahab. Sabit di sini ‘ ما مست النار ’ tidak membatalkan wuduk.   ‘kemudian Baginda meminta air’ tidak disebut dalam riwayat ini mungkin peristiwa yang berbeza atau peristiwa yang sama cuma ditinggalkan kerana untuk fokus kepada perkara yang nak disampaikan iaitu mengenai ‘ ما مست النار ’.
Hasan Lighairih by Syuib al-Arnaut in Takhrij Musnad
Halaman 28 & 29, Hadis 327 & 328
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
43
وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كُنْتُ أَنَا وَأُبَيٌّ وَأَبُو طَلْحَةَ جُلُوسًا فَأَكَلْنَا لَحْمًا وَخُبْزًا ثُمَّ دَعَوْتُ بِوَضُوءٍ فَقَالَا لِمَ تَتَوَضَّأُ فَقُلْتُ لِهَذَا الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْنَا فَقَالَا أَتَتَوَضَّأُ مِنَ الطَّيِّبَاتِ لَمْ يَتَوَضَّأْ مِنْهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ. رَوَاهُ أَحْمد
Anas bin Malik berkata, “Aku bersama Ubai dan Abu talhah sedang duduk-duduk, lalu kami makan daging dan roti. Kemudian aku meminta air untuk berwuduk lalu mereka berdua berkata, “Mengapa kamu ingin berwuduk?” Aku berkata, “Kerana makanan yang kita telah makan.” Lalu mereka berdua berkata, “Adakah kamu berwuduk kerana (memakan makanan) yang baik ini, sedangkan orang yang lebih baik daripada kamu yakni Rasulullah pun tidak berwuduk kerananya?” (Ahmad)
Dalam hukum ada dalil aqli dan naqli.Dalil aqli membantu dalil naqli dan yang asal ialah dalil naqli yakni al-Quran dan Hadis. Oleh itu dalam hadis ini sahabat telah menggunakan dalil aqli dahulu iaitu ‘ini makanan yang baik kenapa perlu berwuduk kerananya? Bukankah berwuduk kerana perkara yang tidak baik?’, kemudian mereka membawa dalil naqli iaitu ‘orang yang lebih baik daripada kamu pun tidak berwuduk’.
Sahih - Shuaib al-Arna’oot - Takhreej al-Musnad
Halaman 30, Hadis 329
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
44
وَعَن ابْن عمر كَانَ يَقُولُ: قُبْلَةُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَجَسُّهَا بِيَدِهِ مِنَ الْمُلَامَسَةِ. وَمَنْ قَبَّلَ امْرَأَتَهُ أَوْ جَسَّهَا بِيَدِهِ فَعَلَيهِ الْوضُوء. رَوَاهُ مَالك وَالشَّافِعِيّ
Ibnu ʿUmar -sering berkata, “Ciuman seorang lelaki terhadap isterinya dan sentuhannya termasuk dalam makna ‘mulamasah’. Barangsiapa yang mencium pasangannya dan menyentuhnya, maka dia perlu berwuduk.” (Malik dan Syafiʿi)
‘ قبلة الرجل امراته ’ ini bermakna dia telah menyentuh isterinya tanpa apa-apa lapik. Hukum seseorang yang menyentuh isterinya tanpa lapik ialah batal wuduknya. Ini ialah dalil yang digunakan untuk menyokong pendapat Mazhab Syafiʿi.
Sahih - Ibn Daqeeq Al-Eid - Al-Imam fi Ma’rifah Ahadith Al-Ahkam
Halaman 31, Hadis 330
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
45
وَعَن ابْن مَسْعُود كَانَ يَقُولُ: مِنْ قُبْلَةِ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ الْوُضُوءُ. رَوَاهُ مَالك
Ibnu Masʿud sering berkata, “Lelaki yang mencium pasangannya, hendaklah berwuduk.” (Malik)
Hadis ini juga menguatkan Mazhab Syafiʿi.
Sahih Mauquf by Malik In Muwatta
Halaman 32, Hadis 331
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
46
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا. أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ، - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: إِنَّ الْقُبْلَةَ مِنَ اللَّمْسِ، فَتَوَضَّئُوا مِنْهَا
Ibnu ʿUmar - meriwayatkan bahawa Sayyidina ʿUmar bin al-Khaṭṭab berkata, “Sesungguhnya ciuman itu adalah sebahagian daripada lams (sentuhan)maka hendaklah kamu berwudukselepas melakukannya.”
null
Sahih - Ibn Abd al-Barr - Al-Jawhar Al-Naqi
Halaman 33, Hadis 332
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
47
وَعَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ تَمِيمِ الدَّارِيّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْوُضُوءُ مِنْ كُلِّ دَمٍ سَائِلٍ . رَوَاهُمَا الدَّارَقُطْنِيُّ وَقَالَ: عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ وَلَا رَآهُ وَيَزِيدُ بن خَالِد وَيزِيد بن مُحَمَّد مَجْهُولَانِ
Haḍrat Umar bin ʿAbdul ʿAziz meriwayatkan daripada Sayyidina Tamim Dari bahawa Rasulullah bersabda, “Berwudukadalah perlu bagi setiap kali darah mengalir keluar.” (Daraquṭni dan beliau berkata, “Haḍrat ʿUmar bin ʿAbdul ʿAziz tidak mendengar daripada Tamim Dari dan beliau tidak pun melihat Tamim Dari, dan Yazid bin Khalid dan Yazid bin Muhammad kedua-duanya majhul)
Aimmah 3 berbeza pendapat, adakah darah yang keluar daripada badan membatalkan wuduk atau tidak? Mazhab Hanafi dan Hanbali :Ianya membatalkan wuduk Mazhab Syafiʿi :Ianya tidak membatalkan wuduk.   Antara dalil yang digunakan oleh pendapat yang pertama ialah hadis di atas. Pendapat yang kedua pula berdalilkan hadis zat ur riqaʿ pada tahun kelima hijrah. Dalam hadis itu dinyatakan bahawa terdapat dua orang sahabah yang ditugaskan menjaga keselamatan tentera Islam di waktu malam. Mereka telah membahagikan malam kepada dua, seorang ambil sebahagian lalu salah seorang daripadanya telah menunaikan solah. Tiba-tiba salah seorang daripada pihak musuh telah datang lalu memanah sahabi tersebut sebanyak dua panahan sehingga darahnya keluar sedangkan beliau meneruskan solahnya sehingga selesai. Apabila perkara ini sampai kepada Nabi maka Baginda hanya mendiamkan diri.   Timbul persoalan, bukankah darah itu najis? Bagaimanakah sahabi itu boleh meneruskan solahnya sambil menanggung najis? Padanya terdapat beberapa jawaban. Pertama ialah peristiwa di atas dihukumkan berlaku sebelum sabit kenajisan darah atau larangan solah bersama najis. Kedua ialah hukum tersebut telah sabit tetapi mungkin sahabi itu tidak mengetahuinya. Jawaban kedua agak lemah kerana beliau ialah sahabi, adalah menjadi satu perkara yang di luar jangkauan untuk mengatakan seorang sahabi tidak mengetahui sesuatu hukum yang umum. Jawapan ketiga ialah darah sahabi itu tidak terkena pakaiannya melainkan kadar yang sedikit sahaja yang dimaafkan.  والله أعلم   Jawapan bagi hadis ini telah disebutkan oleh Sahibul Misykat seperti di atas iaitu hadis daif kerana, 1) pada sanadnya ada inqita’ 2) dalam sanadnya ada rawi majhul.
Sahih - Shoaib Al-Arna’oot - Takhreej Mushkil Al-Athar
Halaman 34, Hadis 333
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
48
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا»قَالَ الشَّيْخ الإِمَام محيي السّنة: هَذَا الْحَدِيثُ فِي الصَّحْرَاءِ وَأَمَّا فِي الْبُنْيَانِ فَلَا بَأْس لما رُوِيَ   عَن عبد الله بن عمر قَالَ: ارْتَقَيْتُ فَوْقَ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِي فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقْضِي حَاجته مستدبر الْقبْلَة مُسْتَقْبل الشَّام(مُتَّفق عَلَيْهِ)
Abu Ayyub al-Anṣari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu ingin menunaikan hajat (buang air), maka hendaklah kamu tidak menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya, akan tetapi hendaklah kamu menghadap ke arah timur atau barat.” (Muttafaq ʿalaih)   Syaikh Imam Muhy is-Sunnah berkata, “Haḍis ini berkenaan (qada hajat) di kawasan padang yang luas, adapun di kawasan tertutup (seperti tandas), tidak mengapa (untuk menghadap ke arah kiblat). Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan (oleh hadis berikut),”   ʿAbdullah bin ʿUmar - berkata, “Aku telah memanjat rumah Hafṣah ,untuk menunaikan beberapa hajatku, maka aku telah melihat Rasulullah sedang menunaikan hajat dalam keadaan membelakangi qiblat dan menghadap ke arah Syam.” (Muttafaq ʿalaih)
Ghait ‘ غائط ’ asalnya ialah satu kawasan terpencil pada kawasan lapang atau hutan, tempat seseorang itu menyempurnakan hajatnya, supaya dia tidak dilihat oleh sesiapa, sama ada tempat itu tinggi atau rendah. Ghait dimaksudkan secara majazan kepada buang air besar, maka ianya juga termasuk buang air kecil. Maka lazim seseorang yang membuang air besar akan membuang air kecil maka membuang air kecil tidak dinyatakan di sini.   Lokasi kedudukan Madinah ‘Hendaklah kamu mengadap ke timur atau barat’. Bagi orang timur qiblatnya ialah menghala ke barat. Hadis ini hukumnya untuk orang Syam kerana jika kita di timur maka qiblat kita ialah menghala ke barat, jadi orang timur tidak boleh beramal dengan hadis ini kerana ia akan mendepani atau membelakangi qiblah. Hukum di sini ialah jangan mendepani atau membelakangi qiblah semasa istinja.   Ulama berselisih pendapat sama ada boleh atau tidak mendepani dan membelakangi qiblah semasa qada hajat. Imam Abu Hanifah: Tidak harus untuk mendepani atau membelakangi qiblah sama ada dalam bangunan atau kawasan lapang. Aimmah Salasah: Mendepani atau membelakangi qiblah pada kawasan lapang tidak diharuskan tetapi dalam bangunan dibolehkan. Satu pendapat daripada Imam Ahmad istiqbal juga dilarang dalam bangunan, istidbar dibenarkan dalam bangunan.   Orang-orang Syam, Jordan, Turki, Iran dan sebagainya yang qiblat mereka di arah selatan, maka hadis ini ialah untuk mereka, tidak untuk yang lain.   Imam Muhy is-Sunnahyang bermazhab Syafiʿi menyatakan bahawa hadis ini tidak umum tetapi telah disyaratkan.Larangan ini hanya di kawasan terbuka, tetapi di kawasan tertutup dibenarkan. Mazhab Syafiʿi beristidlalkan hadis Sayyidina Ibnu ʿUmar -.Pada zaman Nabi, tandas orang-orang Madinah dibahagian atas rumah.   Apabila terdapat taʿarud antara hadis qauli dan fiʿli maka ditarjihkan hadis qauli, disebabkan itu mazhab Hanafi mentarjihkan hadis qauli. Sedangkan mazhab Syafiʿi mentatbiqkan hadis qauli dan hadis fiʿli ini, oleh itu umum hadis qauli itu telah dikhususkan dengan khusus hadis fiʿli ini.   Oleh itu diharuskan untuk menunaikan qada hajat dalam keadaan menghadap qiblat atau membelakanginya jika ditunaikan dalam tandas. Walaubagaimanapun masih aula untuk tidak menghadap qiblat atau membelakanginya walaupun masih dalam kawasan tertutup, cuma ianya diharuskan.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 1 & 2, Hadis 334 & 335
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
49
وَعَن سلمَان قَالَ: نَهَانَا يَعْنِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ لِغَائِطٍ أَوْ بَوْل أَو أَن نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ بِعَظْمٍ. رَوَاهُ مُسلم
Salman berkata, “Kami telah ditegah - yakni, ditegah oleh Rasulullah - daripada menghadap qiblat ketika buang air besar atau kecil, atau beristinjak menggunakan tangan kanan atau beristinjak dengan batu yang kurang daripada tiga ketul atau beristinjak dengan najis kering atau tulang.” (Muslim)
‘ رَجِيعٍ ’ ‘najis kering’ ialah najis yang telah dikeringkan untuk digunakan sebagai bahan api.   ‘ أنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ لِغَائِطٍ أَوْ بَوْل ’ ‘ditegah daripada menghadap qiblat ketika buang air besar atau kecil’ ini ialah istidlal bagi Imam Ahmad yang melarang menghadap qiblat ketika istinja dan membenarkan istidbar.   ‘ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ ’ ‘beristinjak menggunakan tangan kanan’ larangan ini ialah tanzihan maka beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh.   Hukum beristinja iaitu menyucikan bahagian keluar najis ialah wajib mengikut mazhab Imam Syafiʿi, Imam Malikdan Imam Ahmad manakala mengikut mazhab Imam Abu Hanifah padanya ada tafsil. Jika bahagian keluar najis itu kering dan najis yang keluar itu tidak melebihi kawasan hadnya maka hukum istinja ketika itu ialah mustahab. Tetapi jika najis itu melebihi tempat keluarnya maka ia akan menjadi wajib. Had tempat keluar najis ialah sebesar satu dirham.   Dalam kitab-kitab ‘turath’ digunakan perkataan ‘dirham’ untuk menunjukkan satu saiz (seperti masalah di atas) atau satu kadar berat sedangkan jika difikirkan sebenarnya ‘dirham’ adalah mata wang. Jawabnya, pada zaman dahulu dibuat duit dirham dan dinar mengikut satu sukatan emas dan perak yang tertentu mengikut nilai, jadi yang dimaksudkan adalah sebesar mana saiz duit dinar emas dan dirham perak yang bersesuaian dengan kadar tersebut.   Istinjak boleh dilakukan dengan menggunakan batu, tanah kering (istihjar) atau air. Terdapat tiga cara untuk beristinjak. Cara yang terbaik ialah menggunakan tanah kering dahulu kemudian menggunakan air. Cara yang kedua ialah hanya menggunakan air sahaja. Cara yang ketiga pula ialah menggunakan tanah kering sahaja. Ketiga-tiga cara ini diharuskan dan yang terbaik ialah cara yang pertama. Di dalam al-Quran Allah berfirman,   فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ ١٠٨   “Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (at-Taubah: 108)   Mengikut setengah mufassirin ayat ini memuji orang-orang Madinah dan khususnya orang-orang Qubaʾ kerana mereka menggunakan air untuk beristinja. Pada zaman sekarang boleh menggunakan tisu tandas. Kelebihan menggunakan batu dan seumpanya ketika beristinjak ialah apabila seseorang berdehem dan menggunakan batu, maka dehem itu akan mengeluarkan baki air kencing itu dan batu akan menyerapnya.   ‘ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَار ’ Maksudnya ialah Nabimelarang beristinjak menggunakan kurang daripada tiga ketul batu. Ini ialah apabila istinjak itu hanya dilakukan dengan batu sahaja dan batu yang digunakan itu kecil. Jika batu itu besar maka boleh menggunakan tiga bucu batu tersebut dengan syarat bucu itu suci daripada najis.   Aimmah ikhtilaf pada hukum tiga kali. Mengikut mazhab Imam Abu Hanifahdan mazhab Imam Malikhukumnya ialah sunat. Mazhab Syafiʿi mengatakan ianya wajib. Hadis di atas ialah dalil bagi mazhab Syafiʿi.   Nabi melarang beristinjak dengan menggunakan najis (sama ada najis atau tanah yang terkena najis) dan tulang kerana najis itu tidak suci dan tulang itu pula ialah makanan kepada jin.   Persolannya ialah bagaimanakah tulang itu dimakan jin? Terdapat tiga jawaban,   1)Setelah tulang itu dibuang maka tulang itu akan diseliputi oleh daging secara maknawi, 2)dengan cara menghidu tulang tersebutatau, 3) maksud hadis itu ialah tulang itu menjadi makanan itu untuk binatang jin
Sahih Muslim
Halaman 3, Hadis 336
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
50
وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ يَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخبث والخبائث
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa, “Apabila Rasulullah memasuki tandas, Baginda akan berdoa,   اللهم اني اعوذ بك من الخبث والخبائث   (Muttafaq ʿalaih)
Doa ini dibaca sebelum memasuki tandas. Jika berada dalam kawasan yang lapang, maka doa ini dibaca sebelum dia membuka auratnya dan duduk ditempat menunaikan hajatnya.   ‘ الخبث والخبائث ’ mempunyai dua makna. Pertama syaitan jantan dan syaitan betina. Kedua ialah khabais itu kata jamak dan khubus itu pula kata masdar.   Mengikut tafsiran yang pertama, maknanya ialahkita meminta lindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan jantan dan syaitan betina. Munasabahnya ialah apabila seseorang itu membuka auratnya, maka syaitan akan menyentuh kemaluannya. Maka dengan membaca doa ini seseorang ituakan terpelihara daripada kejahatan syaitan tersebut.   Mengikut tafsiran yang kedua, maknanya ialah meminta perlindungan dengan Allah daripada perbuatan-perbuatan yang buruk iaitu perbuatan kufur dan syirik. Munasabahnya ialah apabila kita melihat kepada najis zahiri maka kita akan teringat kepada najis batini iaitu kufur dan syirik.   Di sini terdapat satu isykal iaitu bukankah Nabi sememangnya terpelihara daripada kejahatan syaitan, sedangkan Nabi masih lagi meminta lindung daripada syaitan?   Jawabnya ialah, ya, sememangnya Nabi terpelihara daripada syaitan. Jadi tujuan Nabi berdoa ialah sama ada untuk taʿlim lil-ummah atau untuk menzahirkan sifat ubudiyyah Baginda.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 4, Hadis 337
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
51
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحدهمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنَ الْبَوْلِ - وَفِي رِوَايَةٍ لمُسلم: لَا يستنزه مِنَ الْبَوْلِ - وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثمَّ أَخذ جَرِيدَة رطبَة فَشَقهَا نِصْفَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً قَالُوا يَا رَسُول الله لم صنعت هَذَا قَالَ لَعَلَّه يُخَفف عَنْهُمَا مَا لم ييبسا
Ibnu ʿAbbas berkata, “Nabi telah melalui berdekatan dengan dua kubur lalu Baginda bersabda, “Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab, sedangkan mereka bukan diazab kerana perkara yang besar. Adapun salah seorang daripada mereka,kerana tidak berjaga-jaga daripada percikan air kencing - dalam riwayat Imam Muslim, “kerana dia tidak menjauhi daripada percikan air kecil. - Adapun seorang lagi, kerana dia mengadu domba.” Kemudian Baginda mengambil pelepah basah dan membahagikan kepada dua kemudian Baginda meletakkan setiap satu pelepah itu di kedua-dua kubur tersebut. Sahabatbertanya, “Ya Rasulullah, mengapa tuan melakukan sedemikian?” Baginda bersabda, “Semoga Allah meringankan azab bagi mereka berdua selama pelepah ini basah (segar).” (Muttafaq ʿalaih)
‘ وما يعذبان في كبير ’ maksudnya ialah tidaklah kedua-duanya itu diazab kerana perkara yang besar seperti yang diterjemahkan. Kalaulah kita mengatakan maknanya ialah ‘bukan kerana dosa besar’ maka ianya akan menimbulkan persoalan iaitu perbuatan tidak menjaga kesucian diri ketika membuang air kecil boleh menyebabkan seseorang itu melakukan dosa besar. Begitulah juga perbuatan mengapi-apikan orang ramai. Ianya merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Maksud ‘bukan perkara yang besar’ itu ialah perkara tersebut bukan perkara yang susah untuk dielakkan bahkan ianya ialah satu perkara yang mudah untuk dijauhi.   Dewasa ini kedua-dua perkara ini dilakukan oleh masyarakat. Menjadi perkara yang biasa bahawa seseorang itu mengapi-apikan antara dua orang. Perbuatan ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan yang besar walaupun puncanya kecil.   Dalam hadis ini disebutkan bahawa Nabi telah memacakkan satu dahan yang masih segar. Perbuatan memacak pohon itu bukanlah penyebab mayat itu diringankan azabnya, akan tetapi setiap benda yang hidup sentiasa berzikir, oleh itu dengan keberkatan zikir itu moga-moga Allah meringankan azab penghuni kubur tersebut.   ‘ لعله ’ harf tamanni, padanya ada dua makna. Pertama ianya memberi makna syak, yakni ‘semoga Allah mengampunkan orang ini’. Kedua‘lam’ tersebut memberi makna ‘kai’ iaitu dengan sebab tasbih daripada pohon ini maka akan menyebabkan azab mereka diringankan.   خذ من امولهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهمۖ ان صلوتك سكن لهمۗ والله سميع عليم ١٠٣   “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (at-Taubah: 103)   Makna solat di sini ialah istighfar dan ayat ini menunjukkan doa orang yang hidup itu memberi kebahagian kepada orang yang telah mati. Oleh itu, tahlil, bacaan al-Quran dan sebagainya yang dibaca untuk si mati maka pahala ganjarannya akan sampai kepada mereka. Tasbih daripada satu pokok boleh memberi manfaat kepada si mati maka bagaimana pula tasbih, takbir dan tahmid daripada orang yang hidup tidak memberi manfaat?   Adalah perbuatan yang salah meletakkan bunga dan gambar di atas kubur para wali sepertimana perbuatan syirik sebahagian golongan. Kubur itu sepatutnya dibuat secara sederhana dan tanda dibuat untuk mengenali kubur tersebut sahaja. Perbahasan berkenaan membuat binaan akan dibincangkan pada bab akan datang, ان شاء الله .
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 5, Hadis 338
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
52
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِقَالُوا: وَمَا اللَّاعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ . قَالَ: «الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاس أَو فِي ظلهم» . رَوَاهُ مُسلم
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullahbersabda, “Berjaga-jagalah daripada dua penyebab laknat.” Sahabat bertanya, “Siapakah dua golongan itu ya Rasulullah?” Baginda bersabda, “Seseorang yang buang air di tempat orang ramai lalu lintas dan tempat mereka berteduh.” (Muslim)
‘ اللاعنين ’ Di sini terdapat dua taujih. Pertama ianya ialah isim fail yang memberi makna isim maful.oleh itu ianya memberi makna ‘ ملعون ’. Ianya sama seperti ayat al-Quran,   قَالَ سَ‍َٔاوِيٓ إِلَىٰ جَبَلٖ يَعۡصِمُنِي مِنَ ٱلۡمَآءِۚ قَالَ لَا عَاصِمَ ٱلۡيَوۡمَ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ إِلَّا مَن رَّحِمَۚ وَحَالَ بَيۡنَهُمَا ٱلۡمَوۡجُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُغۡرَقِينَ  ٤٣   “Anak Nabi Nuh menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.” (Hud: 43)   Dalam ayat di atas, ‘ لا عاصم ’ memberi makna ‘ لا معصوم ’.Contoh yang lain pula ialah ayat     “ من ماء دافق ” ‘dafiq’ memberi makna ‘madfuq’.   Makna kedua ialah hindarilah daripada perkara yang menyebabkan kamu boleh dikenakan laknat.   ‘ أَو فِي ظلهم ’ ini ialah syarat ittifaqi bukan syarat ihtirazi kerana pada musim panas orang ramai akan berkumpul di tempat yang teduh tanpa bumbung manakala pada musim sejuk orang ramai akan berkumpul di tempat berkumpul. Jika tempat tersebut tidak dilalui orang maka diharuskan buang air di situ kerana hikmah perkara tersebut dilarang ialah agar tidak menyusahkan orang.
Sahih Muslim
Halaman 6, Hadis 339
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
53
وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلم: «إِذا شرب أحدكُم فَلَا يتنفس فِي الْإِنَاءِ وَإِذَا أَتَى الْخَلَاءَ فَلَا يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ
Abu Qatadah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas itu dan apabila dia membuang air, janganlah dia menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan dan janganlah beristinjak menggunakan tangan kanan.” (Muttafaq ʿalaih)
Larangan ini untuk menunjukkan makruh. Mengikut perubatan sesuatu perkara itu mempunyai sifat sejuk atau panas. Contohnya buah mangga yang panas untuk menghilangkan kepanasannya maka ia direndam di dalam air. Air bersifat sejuk apabila seseorang bernafas di dalam bekas minuman maka ia akan memberi kesan kepada sifat sejuk air tersebut, atau air itu dimasuki benda yang terdapat dalam mulut.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 7, Hadis 340
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
54
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ وَمَنِ اسْتَجْمَرَ فليوتر.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya, dan barang siapa yang beristinjak menggunakan tanah keras (atau batu), maka hendaklah dia menggunakan dengan bilangan ganjil.”
Perintah dalam hadis ini ialah untuk istihbab. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan batu dan sebagainya lebih daripada tiga dan bilangan ganjil itu lebih afdal.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 8, Hadis 341
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
55
وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ الْخَلَاءَ فَأَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ وَعَنَزَةً يستنجي بِالْمَاء
Anas berkata, “Pernah suatu ketika Rasulullah ingin memasuki tandas, maka aku dan seorang hamba telah mengangkat untuk Nabi sebuah bekas air dan sebatang tombak kecil untuk beristinjak menggunakan air.
Apabila Nabi ingin menunaikan hajat ketika safar maka ada sahabat yang akan berkhidmat kepada Baginda. Kalau di rumah pula ada azwaj mutahharah.   ‘ يدخل الخلاء ’ terjemahan lafzinya ialah masuk ke kawasan lapang dan maksudnya ialah pergi untuk menunaikan hajat. Terjemahan yang sesuai dengan makna ialah masuk ke dalam tandas.   Nabi pergi kawasan menunaikan hajat lapang ketika bersafar. Nabi membawa satu bekas kecil yang diisi air bersama sebatang tombak kecil. Tombak kecil ini digunakan untuk keselamatan daripada binatang berbisa atau musuh. Tombak itu juga boleh digunakan untuk membuat lubang kecil atau meratakan tanah, ia juga boleh dipacakkan kemudian diletakkan kain sebagai pelindung dan tanda kepada orang yang datang bahawa ada orang yang sedang menunaikan hajat di situ. Tombak kecil ini juga boleh dijadikan sutrah ketika solat.   Terdapat tiga cara Nabi beristinjak seperti yang diriwayatkan iaitu menggunakan batu dan air, menggunakan air sahaja dan menggunakan tanah sahaja.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 9, Hadis 342
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
56
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ نَزَعَ خَاتَمَهُ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ وَقَالَ أَبُو دَاوُدَ: هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ. وَفِي رِوَايَتِهِ وَضَعَ بَدَلَ نزع
Anas berkata, “Apabila Rasulullah ingin memasuki tandas, Baginda akan mencabut cincin Baginda.” (Abu Daud, Nasaʿi dan Tirmizi. Beliau berkata, “Hadiś ini adalah hasan sahih gharib.” Dan Imam Abu Daud berkata, “Hadiś ini adalah munkar.” Dalam riwayatnya beliau meriwayatkan perkataan ‘meletakkan’ dengan ‘menanggalkan’
‘ نَزَعَ خَاتَمَهُ ’ Nabi menanggalkan cincin Baginda ketika Baginda memasuki tandas kerana terdapat ukiran nama Allah padanya. Mengikut setengah riwayat tertib ukiran tersebut ialah seperti berikut,   الله رسول محمد   Oleh itu janganlah kita membawa masuk sesuatu yang tertulis padanya nama Allah atau nama-nama yang dimuliakan ke dalam tandas. Jika ianya ditutup atau dimasukkan ke dalam beg maka diharuskan untuk membawanya. Kalaulah kita berada di luar rumah maka cukup dengan ditanggalkan dan disimpan di dalam poket kerana kalau ditinggalkan di luar nanti ada orang ambil.   Antara tujuan cincin Nabi ialah menjadikannya sebagai cop mohor Baginda pada surat-surat yang diutuskan kepada pembesar-pembesar.
Hasan Sahih Gharib by Tirmidhi in Sunan, Munkar by Abu Dawud in Sunan
Halaman 10, Hadis 343
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
57
وَعَنْ جَابِرٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ الْبَرَازَ انْطَلَقَ حَتَّى لَا  يرَاهُ أحد. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد
Jabir berkata, “Apabila Nabi ingin menunaikan hajat di tempat yang lapang, Baginda akan pergi ke tempat lain sehingga seorang pun tidak melihat Baginda.” (Abu Daud)
Daripada hadis ini maklumlah bahawa apabila kita ingin membuang air maka kita hendaklah mencari tempat yang jauh daripada orang ramai. Inilah adat mubarakah Nabi. Jika berada jauh maka ia boleh mengelakkan daripada orang mendengar bunyi atau mencium bau yang keluar daripadanya.   Hadis ini menunjukkan sifat hayaʾ(malu) Nabi, dan sememangnya Nabi lebih pemalu daripada anak dara di dalam biliknya.
Sahih Bukhari
Halaman 11, Hadis 344
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
58
وَعَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَأَرَادَ أَنْ يَبُولَ فَأَتَى دَمِثًا فِي أَصْلِ جِدَارٍ فَبَال ثُمَّ قَالَ: «إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَبُولَ فليرتد لبوله» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد
Abu Musa berkata, “Pada suatu hari, aku bersama Nabi lalu Baginda ingin buang air kecil. Maka Baginda telah pergi ke kawasan yang lembut berdekatan dengan tembok lalu baginda membuang air kecil. Kemudian Baginda bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu ingin membuang air kecil, hendaklah dia mencari tempat yang sesuai untuk dia membuang air kecil.” (Abu Daud)
‘ ذَاتَ يَوْمٍ ’ Kalimah ‘yaum’ di sini bukan memberi makna ‘hari’ secara mutlak tetapi menunjukkan pada waktu ‘siang hari’.   Di sini ada satu isykal  (persoalan) iaitu air kencing itu bersifat masin dan tajam, jika sering digunakan pada suatu tempat maka ia akan merosakkan tempat itu. Perbuatan itu merosakkan harta seseorang. Bagaimanakah Nabi membuang air kecil di situ?   Jawabnya ialah Nabi sebenarnya membuang air kecil berdekatan dengan dinding itu dan air kencing itu tidak mengenainya, atau dinding tersebut berada pada tempat yang tidak berpenghuni, atau dinding itu memang tempat untuk membuang air dan Nabi telah mendapat keizinan daripada pemilik tempat itu sama ada secara sarih atau isyarah.   Apa-apa sahaja yang keluar daripada tubuh mubarak Baginda ialah suci.
Dhaif by Syuib al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 12, Hadis 345
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
59
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ الْحَاجَةَ لَمْ يَرْفَعْ ثَوْبَهُ حَتَّى يَدْنُوَ مِنَ الأَرْض. رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَأَبُو دَاوُد والدارمي
Anas berkata, “Apabila Rasulullah ingin buang air, Baginda tidak mengangkat baju Baginda sehingga anggota Baginda hampir dengan bumi.” (Tirmizi, Abu Daud dan Darimi)
Semasa berdiri tidak sepatutnya kita mengangkat pakaian membuka aurat. ‘ يدنو ’ ‘mendekati’ dhamirnya kembali sama ada kepada Nabi atau pakaian Baginda.   Bagi mereka yang mempunyai sifat ihsan untuk melakukan perkara ini adalah mudah sahaja, bagi mereka yang tiada sifat ihsan perkara ini adalah susah.
Sahih Bukhari
Halaman 13, Hadis 346
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
60
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ مِثْلُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ أُعَلِّمُكُمْ إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَأَمَرَ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ وَنَهَى عَنِ الرَّوْثِ وَالرِّمَّةِ وَنَهَى أَنْ يَسْتَطِيبَ الرَّجُلُ بِيَمِينِهِ. رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالدَّارِمِيُّ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya perumpamaan aku dan kamu seperti seorang bapa bagi seorang anak, maka aku perlu mengajar kamu. Apabila kamu ingin buang air, janganlah kamu menghadap ke arah qiblat dan janganlah kamu membelakanginya dan Nabi memerintahkan untuk menggunakan tiga ketul batu dan Baginda melarang menggunakan najis dan tulang dan Nabi melarang daripada seorang lelaki itu beristinja dengan menggunakan tangan kanannya.” (Ibnu Majah dan Darimi)
Sabdaan Nabi yang mafhumnya ‘sesungguhnya perumpamaan aku dan kamu seperti seorang bapa bagi seorang anak’ iaitu sebagaimana seorang bapa mengingini kebaikan kepada anaknya maka begitulah Nabi bahkan kasih sayang Nabi dan keihsanan Baginda kepada umatnya ribuan kali ganda lebih besar daripada seorang bapa.   Terlalu banyak kebaikan Nabi kepada kita. Daripada hadis ini maklumlah bahawa harus untuk menzahirkan kasih sayang kepada mereka yang muda dan rendah daripada kita. Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab untuk kebaikan jasmani bahkan mereka bertanggungjawab untuk mengajar akhlaq yang baik kepada anak-anak mereka. Isteri-isteri Baginda ialah ummahat ul-mukminin, oleh itu Baginda adalah seumpama bapa, sebagaimana taʿzim kepada bapa maka kepada Nabi adalah lebih lagi. Kasih sayang Nabi kepada umat terlalu besar dan mendalam, Nabi terpaksa melalui ranjau dan kesusahan untuk kebaikan umat.   Oleh itu Nabi menyatakan bahawa hubungan Baginda dengan umat terlalu rapat sehingga cara untuk menunaikan hajat juga diajar oleh Nabi sebagaimana yang disukai oleh Allah seumpama tidak menghadap atau membelakangi qiblat.   Nabi juga menghukumkan untuk menggunakan tiga ketul batu untuk beristinja dan tidak membenarkan untuk menggunakan tulang dan najis untuk beristinja.   Oleh itu untuk beristinja perlu menggunakan benda yang suci, benda yang boleh menghilangkan kekotoran, bukannya najis dan benda yang menyerap air.   Oleh itu sebahagian ulama mengatakan tidak sesuai beristinja menggunakan kertas, akan tetapi tisu tandas yang dibuat khas untuk kegunaan ini maka ianya dibenarkan. Kertas yang mempunyai nama Allahatau nama anbiya maka ia sama sekali tidak dibenarkan.   Ada kalangan yang mengatakan kertas matapelajaran mantiq boleh digunakan untuk beristinja adalah salah. Kerana ia juga adalah wasilah kepada ilmu untuk memahami al-Quran dan hadis.   Nabi melarang beristinja dengan tulang kerana ia tidak menyerap air, tajam dan boleh melukakan, tulang juga makanan bagi jin.   Nabi juga melarang menggunakan tangan kanan.   ‘ رجل ’ di sini ialah ‘syarat ittifaqi’, yakni tidak mengira sama ada lelaki atau wanita.
Sahih - Shuaib Al-Arna’oot - Takhrij Sahih Ibn Hibban
Halaman 14, Hadis 347
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
61
وَعَن عَائِشَة قَالَتْ: كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطَهُورِهِ  وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد
Aishah - berkata, “Tangan kanan Rasulullah digunakan untuk bersuci dan makan, dan tangan kiri Bagindadigunakan untuk beristinjak dan apa sahaja yang tidak digemari.” (Abu Daud)
‘ وما كان من اذى ’ Maksudnya ialah apa-apa perkara yang dianggap rendah oleh tabiat yang salim (normal) seperti membersihkan hidung, mengangkat kasut, mengangkat barang kotor seperti sampah sarap dan lain-lain. Pekerjaan-pekerjaan ini dilakukan dengan menggunakan tangan kiri. Adapun pekerjaan yang mulia seperti mengangkat kitab  maka dilakukan dengan menggunakan tangan kanan.
Sahih - Shuaib Al-Arna'oot - Takhreej Al-Musnad
Halaman 15, Hadis 348
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
62
وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْغَائِطِ فَلْيَذْهَبْ مَعَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ يَسْتَطِيبُ بِهِنَّ فَإِنَّهَا تُجْزِئُ عَنْهُ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ وَالدَّارِمِيُّ
Aishah - meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu ingin pergi ke tandas, hendaklah dia membawa bersamanya tiga biji batu supaya dia boleh beristinjak menggunakannya, sesungguhnya ia sudah mencukupi.” (Ahmad, Abu Daud, Nasaʾi dan Darimi)
‘ ثلاثة احجار ’ Maksudnya ialah tiga kali sapuan pada bahagian yang berlainan, walaupun menggunakan satu ketul batu sahaja untuk ketiga-tiganya. Oleh itu tiga ketul batu itu ialah ‘syarat ittifaqi’.
Sahih Lighairih - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 16, Hadis 349
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
63
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلَا بِالْعِظَامِ فَإِنَّهَا زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ إِلَّا أَنَّهُ لَمْ يَذْكُرْ: «إخْوَانكُمْ من الْجِنّ
Ibnu Masʿud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu beristinjak menggunakan najis, dan jangan pula dengan tulang. Sesungguhnya ia adalah makanan saudara kamu dalam kalangan jin.” (Tirmizi dan Nasaʿi melainkan beliau tidak menyebut, “Saudara kamu dalam kalangan jin.”)
‘ اخوانكم ’ jin mempunyai dua golongan, Islam dan kafir. Saudara di sini merujuk kepada jin Islam bukan kafir.   Tulang itu ialah makanan jin sama ada secara maknawi sahaja atau dengan mencium bau. Perbahasannya telah lalu.
Sahih by al-Albani in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 17, Hadis 350
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
64
وَعَن رويفع بن ثَابت قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا رُوَيْفِعُ لَعَلَّ الْحَيَاةَ سَتَطُولُ بِكَ بَعْدِي فَأَخْبِرِ النَّاسَ أَنَّ مَنْ عَقَدَ لِحْيَتَهُ أَوْ تَقَلَّدَ  وَتَرًا أَوِ اسْتَنْجَى بِرَجِيعِ دَابَّة أَو عظم فَإِن مُحَمَّدًا بَرِيء مِنْهُ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد
Ruwaifiʿ bin Śabit meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda kepadaku, “Wahai Ruwaifiʿ, semoga umur kamu panjang selepas kewafatanku. Maka, hendaklah kamu memberitahu kepada manusia bahawa barangsiapa yang menjalin janggutnya, memakai tangkal atau beristinjak menggunakan najis binatang yang kering atau tulang, sesungguhnya Muhammad berlepas tanggungjawab daripadanya.” (Abu Daud)
‘ لَعَلَّ الْحَيَاةَ سَتَطُولُ بِكَ بَعْدِي ’  Ini sebenarnya suatu perkhabaran daripada Nabi mengenai perkara yang akan datang dan ianya salah satu mukjizat Nabi. Nabi memberitahu kepada Ruwafiʿ perkara tersebut setelah Baginda diberitahu Allah. Apa yang dikhabarkan Nabi itu ternyata benar. Ruwaifiʿ telah diberikan umur yang panjang dan beliau meninggal dunia pada zaman Muʿawiyah, iaitu setelah berlalunya lebih 30 tahun (zaman khulafa rasyidin) daripada kewafatan Rasulullah.   Nabi melarang tiga perkara dalam hadis ini iaitu,   1. Menjalin janggut. Perbuatan ini dilarang kerana ianya seolah-olah mengubah ciptaan Allah dan meniru adat orang-orang kafir. Tambahan pula padanya terdapat tasyabbuh bin nisa (menyerupai wanita   2. Memakai tangkal. Pada peringkat permulannya Nabi melarang mengalungkan tangkal kerana sewaktu itu orang ramai masih mempercayai  tangkal itu muassir biz-zat iaitu ianya sendiri boleh menyelamatkan seseorang, menolak bala dan sebagainya. Inilah adat orang Arab Jahiliyyah. Setelah kepercayaan seperti ini terhapus daripada diri mereka dan mereka tidak lagi menganggap tangkal itu muassir biz-zat maka tangkal dibenarkan menggunakanya dengan syarat ianya menggunakan ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat yang tidak bertentangan dengan syariat.   Seorang meminta tangkal daripada Maulana, dan Maulana mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai tangkal.   Maulana Husain Ahmad Madani ialah anak murid kepada Maulana Qasim Nanotwi. Beliau sering dicari oleh Inggeris kerana terlibat dengan Kongres (Parti Kerajaan) dan beliau tidak bersama Muslim League. Seorang General Inggeris sangat membenci Maulana Husain Ahmad Madani. Satu hari anak General ini dirasuki jin dan orang ramai katakan bahawa anak dia hanya boleh diselamatkan oleh Maulana Husain Ahmad Madani. Maka Jeneral itu telah pergi menemui Maulana dan meminta taʾwiz (tangkal) daripada Maulana, setelah diberi taʾwiz itu maka anak Jeneral itu sembuh. Setelah itu dia telah membukanya dan di dalamnya ditulis “Tinggalkan rumah ini, Husain Ahmad Madani.”   Maulana Husain Ahmad Madaninisbahnya ialah sifat taqwa. Maulana ʿAbd ul-Qadir Raipuri nisbahnya ialah kekuatan zikir, mengikut Haji Abdul Wahab, enam tahun Maulana ʿAbd ul-Qadir Raipuri melakukan mujahadah dalam zikir beliau, dan beliau berdoa kepada Allah selama tiga tahun untuk mendapatkan hakikat zikir, iaitu semua anggota beliau berzikir. Oleh itu sebahagian masyaikh (Maulana Fadl ur-Rahman) sambil melakukan pekerjaan mereka berzikir kerana zikir yang dilakukan bukan hanya zikir lidah, antaranya zikir pas anfas, zikir yang dilatih bersama dengan nafas keluar dan masuk bersama zikrullah, sebahagian masyaikh kami mewajibkan 25,000 kali zikir menyebut nama ‘Allah’, ini kerana manusia bernafas antara 25,000 hingga 27,000 kali sehari. Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi dengan husnu tadbir dan nisbah dakwah Maulana Ilyas. Apabila para masyaikh ini meninggal maka nisbah ini dipindahkan kepada mereka yang layak. Nisbah ini ataupun wilayah (sifat kewalian) ini, kesemua nisbah ini berpindah kepada Maulana Yusuf. Maulana Yusuf dengan kesibukannya masih lagi dapat mengarang dan menyiapkan kitab Hayat us-Sahabah. Nisbah ini dipanggil nisbah intiqaliyyah. Disebabkan kerohanian yang begitu kuat, beliau tidak dapat menanggung kekuatan tersebut sehingga dikatakan bahawa ia adalah penyebab beliau meninggal awal. Ini yang berlaku ketika bayan terakhir beliau umat fana.   3. Beristinjak menggunakan najis binatang yang kering atau tulang.
Sahih - Ruwaifa bin Thabit Al-Ansari - Al-Majmu’
Halaman 18, Hadis 351
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
65
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنِ اكْتَحَلَ فَلْيُوتِرْ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ وَمَنِ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حرج وَمن أكل فَمَا تخَلّل فليلفِظ وَمَا لَاكَ بِلِسَانِهِ فَلْيَبْتَلِعْ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ وَمَنْ أَتَى الْغَائِط فليستتر وَمن لَمْ يَجِدْ إِلَّا أَنْ يَجْمَعَ كَثِيبًا مِنْ رَمْلٍ فَلْيَسْتَدْبِرْهُ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَلْعَبُ بِمَقَاعِدِ بَنِي آدَمَ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَهْ والدارمي
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang memakai celak, hendaklah dia melakukannya dengan bilangan ganjil, sesiapa yang melakukannya, itu adalah bagus, jika tidak, ia tidak menjadi kesalahan. Barangsiapa yang beristinjak dengan batu, hendaklah dia menggunakan batu dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang telah melakukannya, ia adalah bagus, jika tidak, ia tidak menjadi kesalahan. Barangsiapa yang makan, maka apa yang terselit di giginya, hendaklah dia mengeluarkannya dan apa yang dia boleh mengeluarkannya dengan lidah, hendaklah dia menelannya, sesiapa yang melakukannya, ia adalah bagus, jika tidak, ia tidak menjadi kesalahan. Barangsiapa yang ingin buang air, hendaklah dia berselindung, jika dia tidak mendapati (apa-apa yang boleh melindunginya) melainkan longgokan pasir, hendaklah dia membelakanginya (duduk di belakang longgokan pasir). Sesungguhnya syaitan bermain di tempat duduk anak Adam. Sesiapa yang melakukannya, maka dia telah melakukan suatu perkara yang baik, jika tidak, maka ia tidak menjadi kesalahan.” (Abu Daud, Ibnu Majah dan Darimi)
Dalam hadis ini terdapat perintah supaya memakai celak dengan bilangan ganjil. Jika dikira mata itu sebagai dua anggota yang berlainan maka hendaklah dikenakan celak tersebut tiga kali pada sebelah kanan dan tiga kali pada sebelah kiri. Jika dikira dua mata itu sebagai satu anggota maka sebelah mata kanan itu dikenakan dua kali untuk mendapatkan bilangan ganjil tersebut, sebaiknya dikenakan tiga kali pada sebelah kanan dan dua kali pada sebelah kiri, dimulakan dengan mata kanan dan diakhiri dengan mata kanan juga. Bilangan ganjil ini disukai oleh Allah, dan jika dikenakan dengan bilangan genap juga maka ia tidaklah menjadi satu kesalahan.   Dalam hadis ini juga terdapat perintah supaya menggunakan batu sewaktu istinjak dengan bilangan yang ganjil. Bilangan tiga ialah wajib dan bilangan yang ganjil itu adalah mustahab. Bilangan ganjil di sini tidak menjadi perkara utama, maksudnya di sini ialah mendatangkan kesucian, cuma untuk mendapatkan afdalnya. Mazhab Hanafi berpendapat bilangan tiga ketul batu bukan wajib, ia hanya irsyadi dan maksudnya ialah untuk mendapat kesucian. Mazhab Syafiʿi mengatakan wajib kerana kenyataan jelas daripada hadis Sayyidina Salman yang akan datang, dan maksud daripada tiga ketul batu ialah tiga kali sapuan (lihat Nihayat ul-Muhtaj: 1: 90).   ‘ما لاك بلسانه ’ Makanan terselit pada gigi dan boleh dikeluarkan dengan lidah maka ia boleh ditelan atau dibuang. Jika dikeluarkan dengan kayu dan sebagainya maka cebisan makanan yang melekat itu perlu dibuang kerana ditakuti dicampuri dengan darah yang hukumnya adalah najis.   ‘ ومن اتى الغائط ’ maka hendaklah dia membuat persiapan melindunginya daripada pandangan orang ramai. Jika dia tidak mendapati apa-apa yang boleh melindungi dirinya, maka hendaklah dia membuat longgokan pasir dan melindungi dirinya dibelakang longgokan tersebut. Jika tidak dilindungi auratnya, maka syaitan akan berusaha untuk dia dilihat oleh orang lain. Syaitan juga akan bermain dan menyentuh kemaluan mereka yang tidak berselindung ketika menunaikan hajatnya.
Sahih - Abd al-Haqq al-Ishbili - al-Ahkam al-Wusta
Halaman 19, Hadis 352
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
66
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي مُسْتَحَمِّهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ أَوْ يَتَوَضَّأُ فِيهِ فَإِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ إِلَّا أَنَّهُمَا لم يذكرَا: «ثمَّ يغْتَسل فِيهِ أويتوضأ فِيهِ
Abdullah bin Mughaffalmeriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Jangan sekali-kali salah seorang daripada kamu buang air kecil di tempat mandi kemudian dia mandi atau berwuduk di situ. Sesungguhnya sebahagian besar was-was adalah daripadanya.” (Abu Daud, Tirmizi dan Nasaʾi melainkan  mereka berdua tidak menyebut, “Kemudian kamu mandi di situ atau berwuduk.”)
‘ لَا يَبُولَنَّ’ Di sini digunakan la nahi dan nun taʾkid iaitu jangan sekali-kali, perkataan ini menunjukkan larangan.   ‘ مستحم’ asalnya ialah tempat orang menggunakan air panas, ketika dahulu orang menggunakan ‘hammam’ ‘bilik mandi panas awam’. Nabi melarang untuk membuang air dan mandi pada satu tempat kerana boleh menyebabkan sifat was-was. Was-was adalah sebahagian daripada penyakit gila. Hadis ini dihukumkan pada keadaan bilik air yang dibuat daripada tanah dan tiada saliran yang sempurna sehingga menyebabkan air bertakung.   Jika ada saliran yang bagus dan tidak menyebabkan najis bertakung maka dibenarkan untuk membuang air kecil di dalam bilik air, hukumnya diharuskan walaupun yang terbaiknya dielakkan.
Sahih by al-Mughlatai in Syarh Sunan Ibn Majah
Halaman 20, Hadis 353
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
67
وَعَن عَبْد الله بن سَرْجِسْ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي جُحْرٍ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيّ
Abdullah bin Sarjismeriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Jangan sekali-kali seorang pun daripada kamu buang air kecil di dalam lubang (yang tidak diketahui).” (Abu Daud dan Nasaʾi)
Kemungkinan lubang itu terdapat binatang kecil seperti semut dan seumpamanya, maka ia membinasakan kehidupan binatang tersebut. Jika ianya lubang untuk haiwan besar seperti ular, kala jengking dan sebagainya maka ia akan memudaratkan diri kita. Kemungkinan juga lubang-lubang itu ialah kediaman untuk jin dan makhluq halus. Perkara ini berlaku kepada Sayyidina Saʿad bin ʿUbadah yang telah membuang air ke dalam lubang yang merupakan kediaman jin.   قَتَلْنَا سَيِّدَ الْخَزْرَجِ سَعْدَ بْنَ عُبَادَهْ رَمَيْنَاهُ بِسَهْمين فَلَمْ نُخْطِئْ فُؤَادَهْ   Telah kami bunuh ketua Khazraj Saʿaḍ bin ʿUbadah   Dengan dua bilah panahannya dan tidak tersasar pada dadanya
Dhaif by al-Albani in Sahih Sunan Nasaie
Halaman 21, Hadis 354
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
68
وَعَنْ مُعَاذٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَةَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَالظِّلِّ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَابْن مَاجَه
Muʿaz meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Hendaklah kamu berjaga-jaga daripada tiga penyebab laknat; buang air di tempat laluan air, di tengah jalan dan di tempat teduhan.” (Abu Daud dan Ibnu Majah)
'tiga penyebab laknat’ iaitu tiga tempat yang dilarang untuk membuang air, jika dilakukan padanya boleh mendatangkan laknat Allah.   ‘ الموارد ’ jamak kepada ‘ مورد ’ tempat laluan air atau sungai, air mengalir di dalamnya kerana ia daripada tempat tinggi ke tempat yang rendah. Oleh itu najis akan mengalir ke kawasan rendah dan ini akan menyusahkan orang lain. Atau pada tempat binatang minum air, kawasan manusia mengambil air terutama di kawasan hutan dan kawasan yang kurang air.   ‘ قارعة ’ memberi makna ‘ مقروعة ’ tempat banyak hentakan kaki iaitu tempat laluan orang, atau tengah jalan. Tempat teduhan orang iaitu tempat orang berhimpun walaupun tiada teduhan di situ.
Sahih - Ibn Daqiq al-Eid - Ma'rifat Hadith al-Ahkam
Halaman 22, Hadis 355
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
69
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا يَخْرُجِ الرَّجُلَانِ يَضْرِبَانِ الْغَائِطَ كَاشِفَيْنِ عَنْ عَوْرَتِهِمَا يَتَحَدَّثَانِ فَإِنَّ اللَّهَ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَهْ
Abu Saʿid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya dua orang lelaki yang keluar membuang air dalam keadaan terbuka aurat mereka berdua bersembang, sesungguhnya Allah membenci perkara tersebut.” (Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
‘ لا يخرج ’ Sighah nahi ghaib atau khabr dengan makna nahi. Dua orang yang membuang air, berhadapan satu sama lain dan berbual. Perbuatan melihat aurat itu haram dan bercakap semasa di dalam tandas itu makruh. Maka perkara ini mendatangkan kemurkaan Allah.
Isnad Dhaif by Syuib al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 23, Hadis 356
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
70
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ والخبائث  رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَابْن مَاجَه
Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya tandas ini ialah tempat yang didatangi (oleh syaitan dan jin). Oleh itu apabila seseorang daripada kamu ingin ke tandas, hendaklah dia membaca,   أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ والخبائث   “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan jantan dan betina.” (Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadis ini menceritakan tentang adab dan etika ketika memasuki tandas,Islam sangat menitikberatkan segala aspek hinggalah kepada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas. Hadis ini menjelaskan bahawa tandas adalah tempat yang disukai syaitan dan jin,ini kerana ia adalah tempat yang kotor,disingkapkan aurat dan tidak dibenarkan berzikir. Oleh itu apabila seseorang masuk ketandas dia harus membaca doa agar dilindungi Allah dari hasutan dan bisikan syaitan. Pengajaran yang boleh diambil daripada hadis ini ialah: 1.Tempat yang kotor adalah tempat berkumpul syaitan dan jin. 2.Hadis ini menceritakan tentang kewujudan makhluk ghaib seperti jin dan syaitan yang mana kita wajib beriman dengannya dan ingkar terhadapnya adalah kesesatan dan kekufuran. 3.Hadis ini menjelaskan tentang hakikat wujud syaitan adalah berpasangan; jantan dan betina. 4.Anjuran untuk membaca doa ketika hendak masuk kedalam tandas.
Sahih - Zaid bin Arqam Al-Muhaddith - Al-Jami’
Halaman 24, Hadis 357
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
71
وَعَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُهُمُ الْخَلَاءَ أَنْ يَقُولَ بِسْمِ اللَّهِ . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَإِسْنَاده لَيْسَ بِقَوي
Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Penutup di antara mata-mata jin dan aurat anak Adam ketika salah seorang daripada mereka ingin memasuki tandas maka dia mengucapkan, ‘Bismillah’.
Apabila seseorang itu memasuki tandas dan membaca ‘bismillah’ maka syaitan tidak dapat melihat kemaluan seseorang itu. Maka seeloknya digabungkan antara taʿawwuz dan bismillah.
Halaman 25, Hadis 358
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
72
وَعَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ قَالَ «غُفْرَانَكَ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَابْن مَاجَه والدارمي
Aishah , berkata, “Apabila Nabi telah keluar daripada tandas, Baginda mengucapkan , “ غفرانك ”
‘ غفرانك ’ ialah mafʿul mutlaq kepada fiʿil mahzuf ‘ اللهم اغفرلي غفرانك ’ atau mafʿul bihi kepada ‘ اللهم ا ني اسئلك غفرانك ’. Menjadi persoalan kenapa perlu beristighfar selepas keluar daripada tandas. Jawabannya ialah apabila seseorang itu berada di dalam tandas dia tidak boleh berzikir secara jahri maka dia beristighfar atas kekurangan itu, atau setelah melihat kekotoran zahiri maka teringat dosa kekotoran batini, maka kita beristighfar memohon perlindungan kekotoran batini. Memohon keampunan ke atas nikmat-nikmat makan yang telah menjadi darah dan daging dan lebihannya dikeluarkan daripada badan, atas nikmat-nikmat ini banyak haknya yang tidak disyukuri maka memohon istighfar atas kekurangan ini.
Halaman 26, Hadis 359
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
73
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وروى الدَّارمِيّ وَالنَّسَائِيّ مَعْنَاهُ
Abu Hurairah berkata, “Pernah suatu ketika Rasulullah ingin menunaikan hajat di kawasan lapang lalu aku telah membawa kepada Baginda air di dalam bekas kulit - atau bekas kecil - maka Baginda telah beristinja dan menyapu tangan Baginda di tanah kemudian aku membawa air di dalam bekas yang lain lalu Baginda berwuduk.”
Sahabat berkhidmat kepada Nabi hatta dalam keadaan Baginda menunaikan hajat dan mengambil wuduk. Khidmat sahabah tidak melihat umur sehinggakan Sayyidina Abu Hurairah yang agak berumur masih berkhidmat kepada Nabi. Begitu juga pelajar yang telah habis belajar juga perlu mencari peluang untuk berkhidmat kepada ustaz.   ‘Menyapu tangan Baginda di tanah’ amalan ini adalah mustahab, pada zaman sekarang boleh menggunakan sabun untuk menghilangkan bau pada tangan setelah beristinja.   Nabi gunakan bekas yang berlainan untuk beristinja dan berwuduk. Ini bukanlah bermakna tidak boleh menggunakan bekas yang sama untuk beristinja digunakan untuk berwuduk. Kemungkinan jika air yang pertama telah habis maka air daripada bekas yang kedua boleh digunakan. Khadim perlu memahami makhdum (orang yang dikhidmat) kerana ditakuti menyusahkan orang.
Halaman 27, Hadis 360
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
74
وَعَن الحكم بن سُفْيَان قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَالَ تَوَضَّأَ وَنَضَحَ فَرْجَهُ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيّ
Al-Hakam bin Sufyan berkata, “Apabila Nabi buang air, Baginda akan berwuduk dan merenjis pada kawasan hadapan Baginda.”
Sebenarnya adab-adab istinja terlalu banyak. Imam Ibn al-Arabi menyebut dalam syarah Tirmizi lebih kurang 36 adab istinja.   ‘ نضح ’ bermakna merenjis, ia juga boleh memberi makna basuh. Jika makna asal merenjis pada kemaluan digunakan ia tidak boleh menyucikan najis. Maka di sini boleh digunakan untuk makna basuh dan wau bukan untuk tertib. Atau maknanya merenjis pada bahagian hadapan pakaian agar tidak menimbulkan was-was, di sini waunya boleh digunakan untuk tertib.   Melakukan perbuatan merenjis ini adalah mustahab atau basuh untuk istihbab.
Halaman 28, Hadis 361
https://masabih.org/mishkat/kitab-bersuci
Kitab Bersuci
75
وَعَن أُمَيْمَة بنت رقيقَة قَالَتْ: كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدَحٌ مِنْ عَيْدَانٍ تَحْتَ سَرِيرِهِ يَبُولُ فِيهِ بِاللَّيْلِ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيّ
Umaimah binti Ruqaiqah berkata, “Nabi mempunyai satu bekas daripada kayu di bawah katil Baginda, yang Bagindaakan membuang air kecil di dalamnya.”
‘ قَدَحٌ مِنْ عَيْدَانٍ ’ Nabi mempunyai sebuah mangkuk yang dibuat daripada kayu. Kalimah عيدان  mempunyai dua makna. 1) kayu kurma. 2)‘ عِيدان ’ dengan kasrah ain jamak kepada ‘ عود ’ yang memberi makna mutlaq kayu.   ‘ تَحْتَ سَرِيرِهِ ’ di bawah katil, maklum daripada hadis ini bahawa tidur di atas katil juga adalah sunnah dan tidak bersalahan dengan zuhud.   Kemungkinan perkara ini berlaku ketika usia Nabi sudah lanjut atau semasa Baginda sakit. Ketika malam untuk memudahkan maka bekas kencing disediakan untuk Nabi. Terjadi juga kepada orang yang sudah agak lanjut usia kerap kencing pada waktu malam. Ini menunjukkan harus untuk melakukan perkara ini dan tidak bersalahan dengan taqwa. Semua perbuatan yang dilakukan oleh Nabi tidak bersalahan dengan taqwa dan zuhud.
Halaman 29, Hadis 362
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
1
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لَمَّا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِر» . رَوَاهُ مُسلم
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Solat lima waktu, solat Jumaat hingga Jumaat yang berikutnya, dan bulan Ramadan hingga Ramadan yang berikutnya merupakan penebus dosa yang dilakukan di antaranya selagimana seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.” (Muslim)
‘الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ’ yakni dosa yang dilakukan di antara solat yang ditunaikan itu dan solat selepasnya akan dimaafkan. Jika seseorang itu menunaikan solat dengan sempurna maka ia akan menjadi kaffarah baginya dengan syarat tidak melakukan dosa besar. Kalimah ‘إذا’ memberi beberapa makna: Pertama seseorang itu yaqin bahawa semua dosa-dosanya akan diampunkan jika dia tidak melakukan dosa besar, tetapi jika dia melakukan dosa besar maka kemungkinan dosa-dosanya akan diampunkan. Kedua ialah jika seorang itu menunaikan solat dengan sempurna, zakat, puasa dan haji dengan betul maka dosa besar pun akan diampunkan. Namun Makna pertama lebih kuat (rajih). Sesuatu amal yang dilakukan dengan sahih ialah setelah melakukan amal seseorang itu beristighfar dan merasakan kekurangan pada amalnya, inilah yang menyebabkan dosanya akan diampunkan. Juga mengisyaratkan kepada keistimewaan orang muslim, maksudnya bila dipanggil orang Islam maka dia ialah seorang yang menjaga solat. Kaedahnya ialah jika satu-satu amalan menjanjikan pengampunan dosa dan dosa telah habis diampunkan maka tempat pengampunan dosa akan digantikan dengan ketinggian darjat.
Sahih Muslim
Halaman 1- hadis 564
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
2
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  " أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ قَالُوا: لَا يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ. قَالَ: فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا "
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda, “Apakah pendapat kamu, jika terdapat sebuah sungai di hadapan pintu rumah seseorang daripda kamu, lalu dia mandi di dalam sungai tersebut setiap hari? Adakah masih terdapat kotoran yang berbaki padanya? Sahabat  berkata, “Tidak berbaki kotorannya walaupun sedikit.” Baginda  bersabda, “Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa dengannya.” Muttafaq ʿalaih)
Lima kali mandi ditasybihkan dengan lima kali solat. Nabi ( bersabda dalam bentuk mubalaghah, kerana mengikut kaedah sesuatu yang maʿqul maknawi) ditasybihkan dengan sesuatu yang mahsus nyata). Di sini Nabi ( telah mentasybihkan sesuatu yang mahsus dengan sesuatu yang maʿqul, yakni diampunkan dosa dengan sebab solat seperti seorang itu mandi yang akan menghilangkan kotoran. Solat ialah maʿqul dan mandi itu mahsus. Dengan melakukan solat maka dosa akan dihapuskan, maknanya dosa itu dihapuskan atau dosa itu dipadam daripada buku catatan amalan.
Sahih Bukhari & Muslim
Halaman 2 - hadis 565
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
3
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: إِنَّ رَجُلًا أَصَابَ مِنِ امْرَأَةٍ قُبْلَةً فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: (وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْل إِن الْحَسَنَات يذْهبن السَّيِّئَات) فَقَالَ الرَّجُلُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلِي هَذَا؟ قَالَ: «لِجَمِيعِ أُمَّتِي كُلِّهِمْ» . وَفِي رِوَايَةٍ: «لِمَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ أُمَّتِي»
Ibnu Masʿud , berkata, “Sesungguhnya seorang lelaki telah mencium seorang wanita, lalu dia pergi berjumpa Nabi  lalu menceritakan hal tersebut, maka Allah SWT menurunkan ayat, وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ   “Dan dirikanlah sembahyang wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang pagi dan petang), dan pada  ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah  Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” Hud: 114) Maka lelaki itu berkata, “Adakah perkara ini hanya untukku?” Baginda  bersabda, “Untuk kesemua umatku.” Dalam riwayat yang lain, “Untuk umatku yang mengamalkannya.” Muttafaq ʿalaih)
Oleh kerana perbuatan sahabi itu aib maka adat mubarakah sahabat mereka tidak akan menceritakan siapakah pelakunya. Sahabi itu telah mencium perempuan itu sama ada kerana tersalah atau terlupa. ‘طَرَفَيِ النَّهَارِ’ yakni dua tepi siang, terdapat 4 waktu di sini. Dua tepi siang, pertama ialah fajar dan zuhur, kedua ialah asar dan maghrib. ‘وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ’ ialah isyak. Syiah mensabitkan tiga waktu sahaja daripada ayat ini. Ihtimal kedua, ‘طرف أول’ ialah solah subuh, ‘طرف ثانى’ ialah zuhur dan asar dan ‘زلفا من الليل’ ialah maghrib dan isyak. Ihtimal ketiga, ‘طرف أول’ ialah subuh dan zuhur, ‘طرف ثانى’ ialah asar dan ‘زلفا من الليل’ ialah maghrib dan isyak. Asbab nuzul ayat ini disebabkan sahabat tadi, disebabkan kesilapannya, maka Allah SWT menurunkan kebaikan. Ada ulama berpendapat bahawa ini adalah khusus untuk sahabat tersebut kerana mencium wanita ialah dosa besar dan tidak terampun melainkan dengan bertaubat, ataupun bersolat bersama Nabi ( lalu terampun dosanya) Di antara petunjuk dalam hadis ini juga adalah ialah jika seseorang itu bertaubat kepada Allah swt dan meminta ampun kepada Allah, Allah akan menerima taubatnya, dan solat itu adalah salah satu sebab untuk menghapuskan perbuatan buruk. Malah ketika Nabi yang soalan dari penanya tersebut, sedang dia mengatakan "Saya telah melampaui batas", namun Nabi saw tidak sama sekali bertanya lebih lanjut kepadanya dan bertanya perinciannya, dan baginda hanya berkata: ( إنَّ الله قد غفر لك) ertinya : Allah telah memaafkan kamu. Perlu difahami, solat boleh menghapuskan dosa-dosa kecil namun dosa besar, memerlukan kepada tubat. Ketika dia menghadiri solat dengan bertaubat dan menyesal, maka sesiapa yang bertaubat kepada Allah dan menyesali dosa-dosanya, Allah akan memaafkannya. Ini juga adalah petunjuk bahawa sesiapa yang tidak memperincikan kesalahannya kepada yang ditanya, maka mereka yang ditanya tidak perlu bertanya lebih, selagi dia sudah atau ingin bertaubat dan menyesal.
Sahih Bukhari & Muslim
Halaman 3 - hadis 566
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
4
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: «جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أَصَبْتُ حَدًّا فَأَقِمْهُ عَلَيَّ. قَالَ: وَلَمْ يَسْأَلْهُ عَنْهُ وَحَضَرَتِ الصَّلَاةُ، فَصَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ، قَامَ الرَّجُلُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أَصَبْتُ حَدًّا، فَأَقِمْ فِيَّ كِتَابَ اللَّهِ. قَالَ: فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ غَفَرَ لَكَ ذَنْبَكَ ـ أَوْ حَدَّكَ» مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Sayidina Anas berkata, “Seorang lelaki telah datang lalu berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan kesalahan yang mewajibkan hukum Allah terhadapku, maka jalankanlah ia ke atasku.” Perawi berkata, “Nabi tidakpun bertanya tentang perkara itu, dan waktu solah telah tiba, lalu lelaki itu solat bersama Rasulullah. Apabila Nabi selesai solat, lelaki itu telah berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan kesalahan yang mewajibkan hukum Allah, jalankanlah hukuman tersebut mengikut kitab Allah.” Baginda bersabda, “Tidakkah kamu bersolat bersama kami?” Dia berkata, “Ya” Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa kamu –atau Allah telah menggugurkan hukuman ke atas kamu.” (Muttafaq ʿalaih)
Hadis ini sama ada peristiwa yang sama dengan hadis sebelum ini atau dua peristiwa yang berbeza. Kedua-duanya berkemungkinan. ‘حَدًّا’ ialah balasan syarʿi. Inilah setinggi-tinggi darjat sahabat kerana mereka mengaku kesalahan yang dilakukan dan bersedia menerima hukuman daripada Allah. Apabila seorang itu melakukan kesalahan maka dia perlu memberitahu kesalahannya kepada mursyidnya untuk tujuan pengislahan. Jika seseorang tidak menyatakan penyakitnya kepada doktor yang ditemuinya maka akan mendatangkan kesusahan kepada doktor.  Nabi SAW tidak bertanya kepada sahabat tersebut apakah dosa yang dia lakukan, ini kerana mungkin Nabi telah diberitahu melalui wahyu dan mungkin sebenarnya perbuatan itu tidak dikenakan hukum hudud. Para sahabah selagi tidak dihukum di atas kesalahan yang dilakukan mereka tidak akan berasa tenang kerana keyakinan mereka terhadap balasan akhirat dan orang yang boleh melakukan begini hanyalah orang yang mempunyai keyakinan yang sempurna kepada Allah. Di sini disebutkan ‘hukum hudud’, perkara yang menyebabkan hudud ialah dosa-dosa besar. Sedangkan para ulama mengatakan bahawa solah yang ditunaikan hanya menyebabkan dosa-dosa kecil sahaja yang diampun. Jawabannya ialah ini adalah keistimewaan sahabat tersebut. Di sini tidak disebutkan taubat sedangkan sahabat tersebut telah bertaubat. Oleh itu, bukan sahaja beliau menunaikan solat bahkan solat bersama taubat. Jawaban ketiga ialah solat yang ditunaikan di belakang Nabi menyebabkan dosa besar juga dimaafkan. Atau kemungkinan sahabat tersebut menganggap dosa yang dilakukan ialah dosa besar sedangkan ianya dosa kecil yang diampun dengan mengerjakan solat
Sahih Bukhari & Muslim
Halaman 4 - hadis 567
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
5
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: «سَأَلَتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ: الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا ". قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: بِرُّ الْوَالِدَيْنِ. قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ. قَالَ: حَدَّثَنِي بِهِنَّ، وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Ibnu Masʿud berkata, “Aku bertanya kepada Nabi, “Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?” Baginda bersabda, “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda bersabda, “Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa.” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.” Perawi berkata, “Nabi memberitahuku tiga perkara ini, jika aku bertanya lagi, pasti Baginda akan menambah untukku.” (Muttafaq ʿalaih)
Ibn Masoud r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang ketaatan kepada Allah, manakah yang paling dicintai oleh Allah Taala? Semakin dicintai Allah, semakin besar pahalanya. Beliau bersabda dengan jelas: "Sembahyang yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala ialah sembahyang fardhu pada waktunya", yang ditentukan oleh Pembuat Undang-undang, kerana di dalamnya bersegera kepada seruan Allah Ta’ala, menunaikan. dengan perintah-Nya, dan menjaga kewajipan besar ini. Dan dari keinginannya, semoga Allah meredhainya, untuk kebaikan, dia tidak berhenti di sini, malah bertanya kepadanya tentang darjat kedua, dari kekasih Allah Taala, baginda berkata: "Berbuat baik kepada orang tua". Yang pertama adalah hak Allah, dan ini adalah hak ibu bapa, dan hak ibu bapa adalah sesudah hak Allah, dan memberi makan kepadamu, serta belas kasihan dan belas kasihan mereka kepadamu. Kemudian, semoga Allah meredhainya, orang yang tidak bakhil ditambahkan ke langkah berikutnya dalam rangkaian amal-amal soleh ini, dan baginda berkata: "Jihad di jalan Allah", ini adalah kerana ia adalah puncak Islam dan tiangnya, yang hanya dapat ditegakkan dengannya, dan dengannya firman Allah ditinggikan dan menyebarkan agamanya. Dengan meninggalkannya - dan Allah melarang - Islam telah dihancurkan, umatnya rosak, kemuliaan mereka hilang, kerajaan mereka dirompak, dan kewibawaan dan negara mereka hilang. Ia adalah kewajipan yang pasti bagi setiap Muslim, kerana dia yang tidak pergi kempen, dan tidak memikirkan pencerobohan, mati di atas cabang kemunafikan.
Sahih Bukhari & Muslim
Halaman 5 - hadis 568
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
6
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ» رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “ Di antara seseorang hamba itu dengan jatuh dalam kekufuran adalah meninggalkan solat” (Muslim)
Dalam hadis ini, Rasul (sallallahu alaihi wasallam) dengan tegas memperingatkan tentang meninggalkannya, dan beliau memberitahu bahawa perbezaan antara seseorang dan terjerumus dalam penyembahan berhala dan kufur adalah peninggalan solat. Meninggalkan solat adalah menafikan kewajipannya boleh dianggap sebagai kufur oleh ijmak (sepakat) para ulama. Begitu juga, meninggalkan solat secara keseluruhan kerana cuai atau malas adalah kufur yang bakal mengeluarkan seseorang dari Muslim, demikian mengikut pandangan ramai sarjana. Terdapat ijmak di kalangan Sahabat tentang perkara ini. Namun, sesiapa yang kadang-kadang mengerjakan solat dan kadang-kadang meninggalkannya tidak menjaga solat dengan baik, mereka masih berada di bawah ancaman [hukuman] ini sekiranya tidak qadha dan taubat. Sebagaimana firman Allah SWT  {فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا * إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا}  Ertinya : {Maka sesudah mereka, berlaku keturunan yang melalaikan solat dan mengikut nafsu. Mereka kelak akan menghadapi kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman, dan beramal soleh. Mereka itulah yang akan masuk Syurga, dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun.} [Maryam: 59, 60]; ‘الْعَبْدِ’ maksudnya di sini ialah mukmin dan muslim. Jika solat ditinggalkan dengan sengaja maka seseorang itu menjadi murtad, ini ialah mengikut pendapat Imam Ahmad berdasarkan zahir lafaz hadis ini, tetapi fatwa ini ditarik balik, jika tidak ramai orang Islam akan dibunuh. Fatwa mazhab Syafiʿi dan mazhab Maliki tidak murtad dan sebahagian ulama mengatakan boleh dikenakan had syarʿi. Mazhab Hanafi juga mengatakan tidak murtad tetapi dikenakan penjara, tetapi kesemua mazhab tidak beramal dengan pendapat-pendapat ini sekarang. Maklumlah bahawa hukum Allah itu sangat besar. Hadis ini ialah istidlal Imam Ahmad. Aimmah yang tiga tidak mengatakan ‘ tark us-solah ’ kafir, jawaban aimmah salasah pada hadis ini ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah tasyabbuh bil kufur. Jawaban yang kedua ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah termasuk dalam ‘كفر دون كفر’ kufrun duna kufrin kerana satunya kufur yang menyebabkan seorang itu kekal dalam neraka, kufur di sini tidak menyebabkannya kekal di dalam neraka, yakni ia bukan kufur hakiki. Jawaban ketiga ialah ia menjadi kufur secara mutlaq iaitu apabila dia mengharuskan untuk meninggalkan solah. Ini serupa dengan apa yang Nabi, salam sejahtera atasnya, katakan: سباب المسلم فسوق، وقتاله كفر "Menghina seorang Muslim adalah perilaku yang berdosa, dan memerangi mereka adalah ketidakpercayaan." Dan ucapannya: ، وقوله: "من قال لأخيه: يا كافر، فقد باء به أحدهما"، "Siapa pun yang berkata kepada saudaranya, 'Wahai orang kafir,' maka itu kembali kepada salah seorang dari mereka." Dan ucapannya: وقوله: "من أتى امرأة في دبرها، فقد كفر بما أنزل على محمد "Siapa pun yang mendekati seorang wanita dari belakang, dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." (Hadis Dhoif)
Sahih Muslim
Halaman 6 - Hadis 569
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
7
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَمْسُ صَلَوَاتٍ افْتَرَضَهُنَّ اللَّهُ تَعَالَى مَنْ أَحْسَنَ وُضُوءَهُنَّ، وَصَلَّاهُنَّ لِوَقْتِهِنَّ، وَأَتَمَّ رُكُوعَهُنَّ وَخُشُوعَهُنَّ، كَانَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يَغْفِرَ لَهُ، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلَيْسَ لَهُ عَلَى اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ، وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَأَبُو دَاوُدَ، وَرَوَى مَالِكٌ وَالنَّسَائِيُّ نَحْوَهُ.
Sayyidina ʿUbadah bin Ṣamitt meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Allah telah menfardukan solat lima waktu. Barangsiapa yang memperelokkan wuduknya dan bersolat pada waktunya, lalu dia menyempurnakan rukuknya dan khusyuʿnya, maka baginya janji Allah untuk mengampunkannya dan barangsiapa yang tidak melakukan sedemikian, tiadalah baginya janji Allah untuk mengampunkannya. Jika Allah kehendaki, Dia akan mengampunkannya, dan jika tidak, Dia akan mengazabnya.” (Ahmad dan Abu Daud, Malik dan Nasaʾi meriwayatkan seumpamanya.)
Melengkapkan Rasa Khusyu': Merasai rasa khusyu' dalam doa, dan dalam membaca apa yang dibaca di dalamnya, dan pandangan mata harus berada di tempat sujud semasa berdiri, tidak memandang ke kanan atau kiri, dan dalam rukuk, hingga ke hujung jari kaki, dan dalam sujud, hingga ke hujung hidung, dan dalam duduk: pada tempat yang ditetapkan. ( كان له على الله عَهدٌ ) ertinya: "Dia mempunyai perjanjian dengan Allah" iaitu, janji; dan ini tidak diwajibkan kepada Allah, kerana hamba tidak berhak apa-apa dari Allah, tetapi ini disebutkan untuk menandakan bahawa ia pasti terlaksana, atau ia disebutkan dalam konteks pertemuan. Amin. Dan Al-Turabishi berkata dalam penjelasan "Masaabih Al-Sunnah": ( كان له على الله عَهدٌ ) "Dia mempunyai perjanjian dengan Allah" Perjanjian adalah memelihara sesuatu dan mempertimbangkannya secara berterusan, dan darinya datanglah nama "Al-Mawthiq" (Yang Dipercayai) yang memerlukan agar para penyembah mentaatinya sebagai perjanjian. Dan perjanjian Allah adalah apa yang Dia perintahkan mereka untuk menjaga, jadi mereka tidak boleh mengabaikannya. Kemudian apa yang datang dari Allah Yang Maha Kuasa, dalam cara memberi ganjaran kepada hamba-Nya, dinamakan perjanjian mengikut jalan kelegaan, kerana didapati bahawa Dia menunaikan perjanjiannya kepada hamba-Nya. Dan kerana Allah Yang Maha Kuasa berjanji kepada orang-orang yang memegang perjanjiannya bahawa Dia tidak akan mengazab mereka, dan Dia pasti menunaikan janjinya, dan Dia tidak mengabaikannya dalam hakikat. Oleh itu, janjinya dinamakan perjanjian, kerana ia lebih selamat daripada perjanjian lain. Ulama dari empat mazhab beristidlal daripada hadis-hadis ini bahawa solat fardu atau wajib hanya lima, yang lain cuma nawafil (sunat). Mazhab Hanafi mengatakan bahawa solat fardu ialah lima, cuma ada satu lagi solat yang wajib iaitu solat witir. Iaitu selain solat Jumaat bagi kaum lelaki yang tidak bermusafir. Bagi pendapat mazhab Syafiʾi fardu dan wajib adalah sama. Dari segi pelaksanaan, fardu dan wajib mengikut mazhab Syafiʾi dan mazhab Hanafi adalah sama iaitu wajib melakukannya. Tetapi dari segi cara pengambilan hukum kedua-duanya, mazhab Hanafi telah membezakanya kerana mereka mengatakan fardu ialah sesuatu yang sabit secara yaqin sama ada daripada al-Quran atau hadis yang mutawatir atau masyhur, jika sabit daripada hadis ahad maka hukumnya wajib, jadi sumber hukum wajib dan fardu berbeza menyebabkan perlaksanaan hukum kedua-duanya juga berbeza. Mengikut mazhab Syafiʿi pula sumber yang berlainan akan tetapi perlaksanaannya sama sahaja. Riwayat al-Quran adalah tawatur atau masyhur, kedua-duanya memberi hukum yang jelas. Begitu juga hadis tawatur dan masyhur memberi faedah yaqini, kerana itulah mazhab Hanafi telah mengatakan hukum daripadanya adalah fardu. Hadis ahad adalah zanni maka hukum daripadanya adalah wajib seperti membaca al-Fatihah dalam solat yang sabit daripada hadis ahad, لا صلاة إلا بفاتحة الكتاب Ertinya : Tiada dikira solat seseorang tanpa membawa Fatihah. Begitu juga solat hari raya mengikut Mazhab Hanafi adalah wajib (tahunan), mazhab Syafiʿi hanya mengatakannya sunnat muakkadah.
Sahih - An-Nawawi in Khulasah al-Ahkam ; Sahih - Al-Sakhawi in Ajwibah al-Mardhiyyah
Halaman 7 - Hadis 570
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
8
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «صَلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ، تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ». رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ.
Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Solatlah lima waktu yang difardukan ke atas kamu, berpuasalah pada bulan yang kamu difardukan untuk berpuasa padanya, tunaikanlah zakat bagi harta kamu, dan taatilah ketua kamu, maka kamu akan memasuki syurga tuhan kamu.” (Ahmad dan Tirmizi)
Komitmen dalam tindakan ini bersumber dari takwa kepada Allah, dan takwa kepada Allah Yang Maha Tinggi adalah jalan ke surga dan syarat untuk memasukinya, serta kesungguhan dalam dunia adalah sebab penyelamatan di akhirat. Kewajipan taat kepada pemerintah dan pemimpin, dan syarat ketaatan kepada mereka adalah agar mereka tidak memerintahkan apa yang melibatkan durhaka kepada Allah - Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Bahawa tindakan untuk memasuki surga adalah dengan mengikut perintah Allah - Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi -, dan bukan melibatkan syirik atau perkara yang diharamkan.   Sesungguhnya, Allah Yang Maha Tinggi menciptakannya, menggambarkannya kepada kita, dan mendorong kita untuk bertindak untuk memasukinya. Ini adalah ganjaran dan balasan dari Allah, dan tindakan untuknya adalah tindakan kerana wajah Allah Yang Maha Tinggi serta melibatkan ketulusan.   Penekanan Nabi - semoga Allah melimpahkan kesejahteraan ke atasnya - pada perkara-perkara ini dengan peringatannya adalah petunjuk kepada kepentingannya.
Hasan Sahih - At-Tirmidhi; Sahih - Ibn Hibban & Albani
Halaman 8 - Hadith 571
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
9
وَعَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَكَذَا رَوَاهُ فِي شَرْحِ السُّنَّةِ عَنْهُ. وَفِي المصابيح عَن سُبْرَة بن معبد
ʿAmru bin Syuʿaib meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah bersabda, “Perintahkanlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika mereka berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Abu Daud, begitu juga diriwayatkan di dalam kitab Syarh us-Sunnah daripadanya.)
Hukum-hukum agama sepatutnya dipelajari oleh kanak-kanak secara berperingkat dan berperingkat untuk menjadikannya mudah bagi mereka, dan mereka sepatutnya diajar mengenainya sebelum ia menjadi wajib atas mereka; kanak-kanak dilahirkan tanpa pengetahuan, kemudian mereka mendapatkan pengetahuan melalui pemerhatian dan pembelajaran daripada orang lain, terutamanya ibu bapa. Pengajaran Hadis  1. Ibu bapa, termasuk bapa dan yang lain, dikehendaki untuk memerintahkan anak-anak mereka untuk melaksanakan solat, mengajar mereka peraturan, tindakan, syarat, dan mengamalkan mereka untuk menjalankannya apabila mencapai usia tujuh tahun. Sebelum usia tersebut, ianya disyorkan. Sekiranya mereka mencapai umur sepuluh tahun dan masih belum menunaikan solat, adalah dibenarkan untuk mendisiplinkan mereka kerana mengabaikannya, walaupun melalui hukuman fizikal yang ringan. 2. Salah satu perkara praktikal dalam Islam yang dipelajari oleh kanak-kanak segera setelah konsep tauhid adalah solat. 3. Hukuman fizikal adalah satu kaedah pendidikan, terutamanya apabila ia membawa faedah atau mengelakkan kerosakan. Ia harus merupakan bentuk disiplin yang sederhana, mengelakkan pukulan pada wajah, dan tidak melebihi sepuluh kali pukulan. 4. Solat seorang kanak-kanak yang masih muda adalah sah jika mereka mempunyai pemahaman yang baik. 5. Ibu bapa bertanggungjawab untuk melindungi anak-anak mereka dari perkara yang boleh menimbulkan kekacauan dalam diri mereka, terutamanya semasa tahun remaja. Ia penting bagi bapa untuk menekankan kesucian kesopanan, dan dia harus memisahkan mereka semasa tidur. Jika kemudahan penginapan membenarkan, setiap anak harus mempunyai bilik yang khusus. Dan kerana ini, Allah berfirman, ﴾ وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا  ﴿ "Dan perintahkanlah keluargamu dengan menunaikan solat, dan bersabarlah dalam melakukannya." [Ta-Ha: 132]; Allah Yang Maha Tinggi memberitahu bahawa untuk memelihara solat, diperlukan kestabilan (istiṣbār), yang lebih besar dan tinggi daripada sekadar kesabaran (ṣabr). Seperti yang dikatakan oleh para ulama tafsir: (الزيادة في مبنى الكلمة تدل على زيادة في معناها) "Peningkatan struktur kata menunjukkan peningkatan dalam maknanya." Al-Qushayri, semoga Allah merahmatinya, berkata: Al-Istiṣbār (kestabilan) adalah puncak kesabaran.
Isnad Hasan - An-Nawawi in Al-Majmu' ; Al-Zarqani - Hasan in Mukhtasar al-maqasid
Halaman 9 - Hadis 572 & 573
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
10
وَعَنْ بُرَيْدَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلَاةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ.
Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Perjanjian di antara kita dan mereka adalah solat; Barangsiapa yang meninggalkan solah, sesungguhnya dia telah kufur.” (Ahmad, Tirmizi, nasaʾi dan Ibnu Majah.)
Dalam hadis ini, Rasul (sallallahu alaihi wasallam) dengan tegas memperingatkan tentang meninggalkannya, dan beliau memberitahu bahawa perbezaan antara seseorang dan terjerumus dalam penyembahan berhala dan kufur adalah peninggalan solat. Meninggalkan solat adalah menafikan kewajipannya boleh dianggap sebagai kufur oleh ijmak (sepakat) para ulama. Begitu juga, meninggalkan solat secara keseluruhan kerana cuai atau malas adalah kufur yang bakal mengeluarkan seseorang dari Muslim, demikian mengikut pandangan ramai sarjana. Terdapat ijmak di kalangan Sahabat tentang perkara ini. Namun, sesiapa yang kadang-kadang mengerjakan solat dan kadang-kadang meninggalkannya tidak menjaga solat dengan baik, mereka masih berada di bawah ancaman [hukuman] ini sekiranya tidak qadha dan taubat. Sebagaimana firman Allah SWT  {فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا * إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا}  Ertinya : {Maka sesudah mereka, berlaku keturunan yang melalaikan solat dan mengikut nafsu. Mereka kelak akan menghadapi kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman, dan beramal soleh. Mereka itulah yang akan masuk Syurga, dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun.} [Maryam: 59, 60]; Hadis ini ialah istidlal Imam Ahmad. Aimmah yang tiga tidak mengatakan ‘ tark us-solah ’ kafir, jawaban aimmah salasah pada hadis ini ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah tasyabbuh bil kufur. Jawaban yang kedua ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah termasuk dalam ‘كفر دون كفر’  kufrun duna kufrin  kerana satunya kufur yang menyebabkan seorang itu kekal dalam neraka, kufur di sini tidak menyebabkannya kekal di dalam neraka, yakni ia bukan kufur hakiki. Jawaban ketiga ialah ia menjadi kufur secara mutlaq iaitu apabila dia mengharuskan untuk meninggalkan solah. Ini serupa dengan apa yang Nabi, salam sejahtera atasnya, katakan: سباب المسلم فسوق، وقتاله كفر "Menghina seorang Muslim adalah perilaku yang berdosa, dan memerangi mereka adalah ketidakpercayaan." Dan ucapannya: ، وقوله: "من قال لأخيه: يا كافر، فقد باء به أحدهما"، "Siapa pun yang berkata kepada saudaranya, 'Wahai orang kafir,' maka itu kembali kepada salah seorang dari mereka." Dan ucapannya: وقوله: "من أتى امرأة في دبرها، فقد كفر بما أنزل على محمد "Siapa pun yang mendekati seorang wanita dari belakang, dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." (Hadis Dhoif)
Sahih al-Isnad - Al-Hakim in Mustadrak ; Sahih - Ibn Taymiyyah in al-Fatawa al-Kubra ; Sahih - Al-Sakhawi in Al-Ajwibah al-Mardhiyah
Halaman 10 - Hadis 574
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
11
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي عَالَجْتُ امْرَأَةً فِي أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَإِنِّي أَصَبْتُ مِنْهَا مَا دُونَ أَنْ أَمَسَّهَا فَأَنَا هَذَا فَاقْضِ فِيَّ مَا شِئْتَ. فَقَالَ عُمَرَ لَقَدْ سَتَرَكَ اللَّهُ لو سَتَرْتَ نَفْسَكَ. قَالَ وَلَمْ يَرُدَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ شَيْئًا فَقَامَ الرَّجُلُ فَانْطَلَقَ فَأَتْبَعَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا فَدَعَاهُ وتلا عَلَيْهِ هَذِه الْآيَة (أقِم الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَات يذْهبن السَّيِّئَات ذَلِك ذكرى لِلذَّاكِرِينَ) فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ يَا نَبِيَّ اللَّهِ هَذَا لَهُ خَاصَّة قَالَ: «بل للنَّاس كَافَّة» . رَوَاهُ مُسلم
ʿAbdullah bin Masʿud berkata, “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah mengusik seorang wanita di hujung Madinah, sesungguhnya aku telah berseronok dengannya tetapi aku tidak menjimaknya (tidak berzina), maka aku menyerah diri. Lakukanlah apa sahaja yang tuan ingin terhadapku.” Sayyidina ʿUmar berkata, “Allah telah menyembunyikan aib kamu jika kamu menyembunyikannya.” Baginda tidak menjawab sesuatupun. Lalu lelaki itu bangun dan pergi, maka Baginda telah mengutus seorang lelaki megikutinya dan Baginda memanggil lelaki tersebut dan membaca ayat ini, وأقم الصلوة طرفي النهار وزلفا من اليل إن الحسنت يذهبن السي‍ٔات ذلك ذكرى للذكرين   Ertinya : Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang dan bahagian awal malam. Sesungguhnya, amalan yang baik itu menghapuskan amalan yang buruk. Itulah peringatan untuk orang-orang yang mengingati (Allah). ( surah 11 : 114 ) Maka seorang lelaki dari kalangan sahabat bertanya, “Ya Nabi Allah, adakah ia khas untuk lelaki tersebut?” Baginda bersabda, “Bahkan ia untuk kesemua manusia.” (Muslim)
Salah satu cara yang membantu seseorang dalam bertaubat adalah dengan berusaha untuk memperbanyak amal kebajikan dan melimpahkan mereka, sehingga mereka mengatasi hidup dan hatinya. Di antara cara-cara ini yang menghapus dosa-dosa adalah solat. Dalam hadis ini, Abdullah ibn Mas'ood, semoga Allah merahmatinya, melaporkan bahawa seorang lelaki berseronok-seronok secara tidak halal dengan seorang wanita seperti mencium dan menyentuhnya. Dia kemudian tersedar dan atas rasa insaf, pergi kepada Nabi SAW dan memberitahunya tentang apa yang terjadi. Kemudian, Allah menurunkan ayat ini: وأقم الصلوة طرفي النهار وزلفا من اليل إن الحسنت يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذكرين   "Dan dirikanlah solat pada kedua hujung siang dan pada waktu malam yang dekat." [Hud: 114], yang bererti: Laksanakan solat wajib pada awal dan akhir hari, yang merupakan solat Fajar, Dhuhr, dan Asar. "Dan pada sebahagian malam", yang berarti: Juga laksanakan solat pada sebahagian malam, yang merupakan solat Maghrib dan Isya. "Sesungguhnya amal baik menghapuskan amal buruk", Sesungguhnya, tindakan-tindakan yang baik, termasuk solat dan yang lainnya, menghapuskan dosa-dosa biasa dan kecil. Lelaki itu bertanya kepada Nabi, salam dan berkah atasnya, berkata: "Wahai Utusan Allah, adakah hukum ini khusus untuk saya sahaja?" Nabi, salam dan berkah atasnya, menjawab: لِجَميعِ أُمَّتي كُلِّهم Ertinya : "Ia untuk seluruh umatku, setiap orang dari mereka." (Sahih Bukhari) Ini adalah pengukuhan dari Nabi, salam dan selawat atasnya, setelah pengukuhan sebelumnya, untuk meliputi yang hadir dan yang tidak hadir, bermaksud: "Ini untuk mereka, dan engkau termasuk di antara mereka". Penebusan dosa ini khusus untuk dosa-dosa kecil, adapun dosa-dosa besar, mereka memerlukan taubat yang sempurna dengan syarat-syaratnya. Hadis ini menggambarkan sejauh mana rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya dan bahawa Dia menerima orang-orang yang bertaubat. Pengajaran dari hadis ini juga adalah : 1. Pemimpin umat Islam dan ulamanya mestilah tidak tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman atau label, mengkritik, memandang hina dan mencerca kesilapan seseorang khususnya mereka yang ingin bertaubat. Malah sentiasa memberikan ruang taubat dan penghapusan dosa dengan mengalakkan pelaksanaan kewajiban solat dan ibadah lainnya kerana kebaikan menghapuskan keburukan.  2. Hadis ini juga bukan merendahkan dosa maksiat yang dilakukan oleh lelaki dan wanita, saama sekali tidak boleh memandang enteng dosa sedemikian. Namun konteks hadis ini menunjukkan tingginya dan keperluan solat untuk menghapus dosa dan solat yang dilaksana berterusan mampu menyelamatkan seseorang dari terjebak dengan pelbagai maksiat khususnya maksiat seksual. Sebagaimana firman Allah SWT :  وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ Ertinya : Sesungguhnya solat itu dapat mencegah fahsya' (dosa berkait seksual) dan mungkar (dosa dan kejahatan secara umum). )  ( Al-Ankabut : 45 )  3. Nabi menunjukkan bahawa apabila didatangi dengan dosa peribadi sebegini, Nabi tidak menyiasat lebih untuk mengetahui perincian yang dilakukan oleh lelaki terbabit, ini menunjukkan ulama dan pemimpin Islam (kerana kapasiti Nabi selaku Rasul dan Qadhi apabila dirujuk) tidak sibuk mengorek perincian tetapi segera memberi nasihat serta sentiasa memberi harapan keampunan kepada pelaku maksiat dan bukan menyisihkan mereka dan menghina.  4. Dapat dilihat dari nasihat Saidina Umar r.a bahawa dosa peribadi tidak perlu dimaklumkan kepada guru dan ulama kecuali apabila berkait keperluan kehakiman di mahkamah atau mendapatkan keadilan. Jika tidak, tiada perlu didedahkan dan cukup bertaubat dan memperbaiki solat. Oleh sebab itu, Baginda nabi senyap tanpa ulasan selepas Umar memberi nasihat kepada lelaki itu. Senyapnya Nabi adalah suatu perakuan dan tepatnya nasihat Umar keada lelaki itu. 5. Harus bagi seorang ulama atau guru menangguhkan jawapan terhadap persoalan sebagaimana Nabi SAW menangguhkan komen baginda terhadap permintaan lelaki terbabit. Dalam konteks hadis itu, Nabi menanti wahyu namun konteks pengajaran kepad akita adalah ulama dan guru boleh sahaja menangguhkan respon demi membuat kajian hukum yang paling tepat dengan kehendak Islam.
Sahih Muslim
Halaman 11 - Hadis 575
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
12
وَعَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَرَجَ زَمَنَ الشِّتَاءِ وَالْوَرَقُ يَتَهَافَتُ فَأَخَذَ بِغُصْنَيْنِ مِنْ شَجَرَةٍ قَالَ فَجَعَلَ ذَلِكَ الْوَرَقُ يَتَهَافَتُ قَالَ فَقَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ» قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: «إِنَّ العَبْد الْمُسلم ليصل الصَّلَاة يُرِيد بهَا وَجه الله فتهافت عَنهُ ذنُوبه كَمَا يتهافت هَذَا الْوَرَقُ عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ
Abu Zar berkata, “Suatu ketika Nabi keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat kereḍaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.” (Riwayat Ahmad)
Taraf Hadis ini adalah Hasan Li Ghairihi kerana rantai sanad ini lemah kerana Jahalah pada Mazahim ibn Muawiya. Abu 'Aamir: Beliau ialah Abd al-Malik ibn Amr al-'Aqdi. Dan terdapat satu riwayat pendukung (sywahid) dari hadis Salman al-Farsi, ia akan disebutkan dalam 5/439. Namun dalam rantai sanadnya terdapat Ali ibn Zaid ibn Jud'an, dan dia adalah lemah. Demikian juga, terdapat riwayat serupa dari Ibn 'Umar yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam "al-Hilya" 6/99-100, dan al-Bayhaqi 3/10, dan dikatakan 'La ba'sa Bihi (tidak ada masalah dengannya). Lihat "Hath al-Khataya bissalah ma salaf" حط الخطايا بالصلاة ما سلف di bawah nombor (21308). Dan lihat hadis Abu Hurairah dalam bab ini di bawah nombor (8924). SYARAH DAN PENGAJARAN 1. Sama seperti angin menerbangkan daun-daun pohon, begitu juga solat menghapuskan dosa-dosa, tidak meninggalkan sebarang bekas. Solat adalah pahala yang besar dan berfungsi sebagai penebusan dosa. 2. Juga diharuskan untuk menggunakan ilmu kiasan dalam memberi faham kepada pendengar bagi mendatangkan lebih kesan kefahaman dan juga mengelakkan kebosanan. 3. Diharuskan untuk mematahkan ranting pokok untuk tujuan belajar dan ranting pokok yang sudah luruh daunnya.  4. Digalakkan menyahut panggilan orang yang lebih mulia sebagai tanda hormat dan ambil perhatian terhadapnya. Demikian dapat dilihat bagaimana Abu Ghar menyahut seruan Nabi terhadap namanya dengan penuh hormat dan santun.
Hasan Lighairihi - Syuaib al-arnout in Takhrij Musnad and Albani in Sahih al-Targhib
Halaman 12 - Hadis 576
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
13
وَعَن زيد بن خَالِد الْجُهَنِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى سَجْدَتَيْنِ لَا يَسْهُو فِيهِمَا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ
Zaid bin Khalid al-Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang bersolat dua rakaat, dia tidak lupa di dalamnya, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.” (Ahmad)
Abu Daud, menyebutkan bab tentang dibencinya gangguan (fikiran dan bisikan) dan penceritaan fikiran semasa solat. Maksud yang dimaksudkan daripada terjemahan ini adalah: Seseorang sepatutnya fokus dalam sembahyang mereka, memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan dalam solat, dan menjauhkan diri mereka dari membenarkan fikiran mereka melayang ke dalam perkara-perkara dunia atau perkara agama yang tidak berkaitan dengan sembahyang.Sebagai contoh, jika seseorang berfikir tentang perkara ilmiah semasa sembahyang, ini tidak digalakkan kerana ia termasuk dalam waswas dan gangguan fikiran. Seseorang sepatutnya menghadapi sembahyang mereka dengan tumpuan sepenuhnya dan tidak sepatutnya terikat dengan perkara-perkara dunia atau perkara-perkara selain daripada solat dan semua erti bagi zikir, doa dan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca serta merasakan kerendahan diri berhadapan Allah swt. Maksud hadis ini ialah apabila seorang itu dapat tawajjuh hanya kepada Allah daripada awal solat hingga akhir maka dia telah mendapat darjah khusyuk yang sempurna. Yakni dia tidak mengingati dunia dalam solatnya. Jika dalam solat kita dapat fokus hanya pada Allah sahaja pada satu-satu tempat maka itu pun telah dikira termasuk orang yang khusyuk dalam solat disebabkan zaman kita sekarang yang penuh dengan gangguan, walaupun hakikatnya solat itu tidaklah begitu sempurna lagi.  Apabila seorang itu berdiri seperti hamba dengan khusyuk dan tawadduʿ maka Allah akan mengampuni dosanya. Perlulah membuat latihan untuk menghasilkan solat yang khusyuk.
Hasan Lighairihi - Syuaib al-Arnout in Takrhij al-Musnad.
Halaman 13 - Hadis 577
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
14
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ: «مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمن لم يحافظ عَلَيْهَا لم يكن لَهُ نور وَلَا برهَان وَلَا نجاة وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالدَّارِمِيُّ وَالْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ
ʿAbdullah bin ʿAmar bin ʿAṣ -meriwayatkan bahawa Rasulullah menyebutkan tentang (kelebihan dan kemulian) solat. Baginda bersabda, “Barangsiapa yang memelihara solatnya nescaya solatnya itu akan menjadi cahaya dan bukti (bahawa dia seorang menjaga perintah-perintah yang lain) dan penyelamat baginya pada hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memelihara solatnya nescaya tidak ada baginya cahaya, bukti dan penyelamat. Pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf.” (Ahmad, Darimi dan Baihaqi)
‘Memelihara solatnya’ iaitu dengan berterusan atau konsisten menjaga solat-solat fardhunya dengan betul rukun-rukunnya, sunat-sunatnya. ‘Menjadi cahaya’ iaitu bercahaya di dalam hati lalu mudah menerima ilmu dan kebaikan dan dipermudah mendapat jalan keluar ketika dalam kesukaran. Ada juga yang menafsirkan ia turut membawa cahaya iman pada wajah mereka yang mendirikan solat. ‘Bukti’ iaitu tanda dia seorang yang beriman. Jika disebabkan harta dia meninggalkan solat maka dia seperti Qarun, jika disebabkan kuasa dan pemerintahan maka mereka akan dibangkitkan bersama Firaun dan Haman, jika disebabkan perniagaan dia meniggalkan solat maka dia akan dibangkitkan bersama Ubai Bin Khalaf. Siapa yang menjaga solat maka dia akan bersama para anbiyaʾ dan Inshallah kita berdoa agar dapat bersama dengan Nabi Muhammad kerana kita adalah pengikut Baginda.
Sahih - al-Dimyati in al-Muttajir al-Rabih ; Sahih - Al-'Iraqi in Torh al-Tahtrib ; Dhaif - Albani in Dhaif al-Jami'
Halaman 14 - Hadis 578
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
15
وَعَن عبد الله بن شَقِيق قَالَ: كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الْأَعْمَالِ تَركه كفر غير الصَّلَاة. رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ
Sayyidina ʿAbdullah bin Syaqiq berkata, para sahabat tidak melihat mana-mana amalan yang meninggalkannya itu boleh menjadi kafir kecuali solat. (Tirmizi)
Dalam hadis ini, sahabat-sahabat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berpendirian bahawa meninggalkan solat adalah satu-satunya perbuatan yang boleh menjerumuskan seseorang sebagai kufur. Meninggalkan solat adalah menafikan kewajipannya boleh dianggap sebagai kufur oleh ijmak (sepakat) para ulama. Begitu juga, meninggalkan solat secara keseluruhan kerana cuai atau malas adalah kufur yang bakal mengeluarkan seseorang dari Muslim, demikian mengikut pandangan ramai sarjana. Terdapat ijmak di kalangan Sahabat tentang perkara ini. Namun, sesiapa yang kadang-kadang mengerjakan solat dan kadang-kadang meninggalkannya tidak menjaga solat dengan baik, mereka masih berada di bawah ancaman [hukuman] ini sekiranya tidak qadha dan taubat. Sebagaimana firman Allah SWT  {فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا * إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا}  Ertinya : {Maka sesudah mereka, berlaku keturunan yang melalaikan solat dan mengikut nafsu. Mereka kelak akan menghadapi kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman, dan beramal soleh. Mereka itulah yang akan masuk Syurga, dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun.} [Maryam: 59, 60]; ‘الْعَبْدِ’ maksudnya di sini ialah mukmin dan muslim. Jika solat ditinggalkan dengan sengaja maka seseorang itu menjadi murtad, ini ialah mengikut pendapat Imam Ahmad berdasarkan zahir lafaz hadis ini, tetapi fatwa ini ditarik balik, jika tidak ramai orang Islam akan dibunuh. Fatwa mazhab Syafiʿi dan mazhab Maliki tidak murtad dan sebahagian ulama mengatakan boleh dikenakan had syarʿi. Mazhab Hanafi juga mengatakan tidak murtad tetapi dikenakan penjara, tetapi kesemua mazhab tidak beramal dengan pendapat-pendapat ini sekarang. Maklumlah bahawa hukum Allah itu sangat besar. Hadis ini ialah istidlal Imam Ahmad. Aimmah yang tiga tidak mengatakan ‘ tark us-solah ’ kafir, jawaban aimmah salasah pada hadis ini ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah tasyabbuh bil kufur. Jawaban yang kedua ialah kufur yang dimaksudkan di sini ialah termasuk dalam ‘كفر دون كفر’  kufrun duna kufrin  kerana satunya kufur yang menyebabkan seorang itu kekal dalam neraka, kufur di sini tidak menyebabkannya kekal di dalam neraka, yakni ia bukan kufur hakiki. Jawaban ketiga ialah ia menjadi kufur secara mutlaq iaitu apabila dia mengharuskan untuk meninggalkan solah. Ini serupa dengan apa yang Nabi, salam sejahtera atasnya, katakan: سباب المسلم فسوق، وقتاله كفر "Menghina seorang Muslim adalah perilaku yang berdosa, dan memerangi mereka adalah ketidakpercayaan." Dan ucapannya: ، وقوله: "من قال لأخيه: يا كافر، فقد باء به أحدهما"، "Siapa pun yang berkata kepada saudaranya, 'Wahai orang kafir,' maka itu kembali kepada salah seorang dari mereka." Dan ucapannya: وقوله: "من أتى امرأة في دبرها، فقد كفر بما أنزل على محمد "Siapa pun yang mendekati seorang wanita dari belakang, dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." (Hadis Dhoif)
Isnad Sahih - An-Nawawi in Riyadhu Solihin
Halaman 15 - Hadis 579
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
16
وَعَن أبي الدَّرْدَاء قَالَ: أَوْصَانِي خَلِيلِي أَنْ لَا تُشْرِكَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُطِّعْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَتْرُكْ صَلَاةً مَكْتُوبَة مُتَعَمدا فَمن تَركهَا مُتَعَمدا فقد بَرِئت مِنْهُ الذِّمَّةُ وَلَا تَشْرَبِ الْخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كل شَرّ. رَوَاهُ ابْن مَاجَه
Abu Dardaʾ berkata, “Kekasihku yang kucintai telah mewasiatkan kepadaku bahawa, “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatupun walaupun kamu dipotong-potong atau dibakar, dan janganlah kamu tinggalkan solah fardhu dengan sengaja, barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, sesungguhnya dia telah terlepas daripada tanggungan Allah , dan jangan minum arak, kerana sesungguhnya ia adalah kunci bagi setiap kejahatan.” (Ibnu Majah)
( ولا تترُكْ صَلاةً مَكتوبةً مُتعمِّدًا) "Jangan dengan sengaja meninggalkan sembahyang yang diwajibkan." Ini juga merupakan larangan terhadap pengabaian sembahyang wajib dan tidak melaksanakannya. Firman-Nya, (مُتعمِّدًا) "dengan sengaja," adalah satu langkah berjaga-jaga terhadap kesilapan, lupa, tidur, keperluan, dan ketidakmampuan untuk solat. ( وَإِنْ قُطِّعْتَ وَحُرِّقْتَ) ‘Walaupun kamu dipotong-potong’ iaitu jika diancam untuk kufur pun masih tetap dengan pegangan. Di sini Nabi ingin memberitahu yang ʿazimah. Rukhsahnya ialah jika diancam maka boleh ucapkan kalimah kufur untuk selamatkan diri dengan syarat dalam hati tetap beriman, إلا من أكره وقلبه مطمئن بالإيمن…١٠ “Melainkan orang yang dipaksa sedangkan dalam hati mereka tenang dengan keimanan..” (al-Hijr: 10) ( فمَن ترَكَها مُتعمِّدًا فقد بَرِئَت منه الذِّمَّةُ ) "Jadi, barangsiapa yang dengan sengaja meninggalkannya, ikrarnya telah dihapuskan," bermaksud: dia menjadi tanpa janji dengan Allah, dan tiada martabat yang akan mencegahnya daripada hukuman dan seksaan. Ada yang mengatakan: ini adalah perumpamaan untuk menekankan kekufuran, dan ada yang mengatakan: makna "janji" adalah keselamatan daripada terdedah kepada pembunuhan atau hukuman, dan ia bermaksud perjanjian, jaminan, kesucian, dan hak, bermaksud setiap individu mempunyai janji dengan Allah untuk pemeliharaan dan perwakilan. Jadi apabila dia terjerumus dalam kebinasaan atau melakukan apa yang dilarang oleh Allah, atau melanggar apa yang diperintahkan, perjanjian Allah akan meninggalkannya. (ولا تشرَبِ الخمرَ؛ فإنَّها مِفتاحُ كلِّ شرٍّ) "Dan janganlah kamu minum arak; kerana ia adalah kunci kepada segala kejahatan." Ini adalah larangan terhadap minuman beralkohol, yang merangkumi segala yang mengurangkan kecerdasan dan memabukkan, tidak kira nama-nama yang pelbagai. Pengabaian solat dan pengambilan arak telah dihubungkan dengan syirik kepada Allah; menunjukkan bahawa sembahyang adalah tiang agama dan pengambilan arak adalah seperti penyembahan berhala. Oleh kerana ibu kepada semua amalan yang baik dan inti daripadanya adalah sembahyang, dan ibu kepada semua kejahatan adalah arak; maka, kedua-duanya tidak pernah wujud bersama. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." [Al-Quran, Al-Ankabut :45].   Pengajaran hadis adalah  Kewajipan berpegang kepada tauhid dan tidak mensyirikkan Allah dalam apa jua keadaan. Solat adalah tiang agama. Tidak layak bagi seorang hamba meninggalkan solat kerana solat adalah ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak bahkan diberikan ancaman bagi sesiapa yang meninggalkannya. Menjauhi arak kerana arak adalah kunci kejahatan dan nabi saw melaknat semua yang berkaitan dengan arak. Hukum berkaitan termasuk juga apa-apa yang memabukkan dan merosakkan akal seperti dadah dan sebagainya.
Isnad Dhoif at Sharun - Ibn Hajar al-Asqolani in Talkhis al-Habir and Al-Sindi in Hashiah al-Sindi
Halman 16 - Hadis 580
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
17
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «وَقْتُ الظُّهْرِ إِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ، وَكَانَ ظِلُّ الرَّجُلِ كَطُولِهِ، مَا لَمْ يَحْضُرِ الْعَصْرُ، وَوَقْتُ الْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ الشَّمْسُ. وَوَقْتُ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبِ الشَّفَقُ، وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ. وَوَقْتُ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعِ الشَّمْسُ، فَإِذَا طَلَعَتِ الشَّمْسُ فَأَمْسِكْ عَنِ الصَّلَاةِ؟ فَإِنَّهَا بَيْنَ قَرْنَيِ الشَّيْطَانِ» " رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Abdullah bin ʿAmar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Waktu zohor adalah ketika tergelincir matahari, ketika bayang seorang lelaki berada hampir dengannya, (waktunya berterusan) selagi belum masuk waktu asar, waktu asar adalah ketika matahari masih belum kekuningan, waktu solat Maghrib adalah selagi mega merah belum terbenam, waktu solat ʿisya adalah pada pertengahan malam, dan waktu solat subuh adalah ketika terbit fajar dan berterusan selagi matahari tidak terbit. Apabila matahari terbit, hendaklah kamu berhenti daripada melakukan solah; Sesungguhnya waktu itu adalah di antara dua tanduk syaitan.” (Muslim)
Hadis ini menyatakan bahawa waktu mustahab solat asar ialah ketika waktu kekuningan sehingga sebelum terbenamnya matahari dan waktu mustahab solat isyak ialah sulus ul-lail. Dalam hadis ini diberitahu waktu yang mustahab dan waktu yang jawaz (harus) sahaja. ‘Diantara dua tanduk syaitan’ ulama mutaqaddimin memberi makna dengan maknanya yang asal, mutaakhirrin mentakwilkan maknanya apabila matahari terbit dan terbenam, syaitan akan datang berdiri dan meletakkan kepalanya dekat dengan matahari, apabila penyembah matahari (agama majusi) sujud kepada matahari maka syaitan (mengikut sangkaannya) berkata, “Lihatlah! Mereka semua sujud kepadaku.” Atau maksudnya pada waktu itu syaitan mengumpulkan tentera-tenteranya dikalangan jin untuk mengambil laporan. Beza usaha kita dan usaha syaitan ialah mereka usaha membawa manusia ke neraka dan kita usaha untuk membawa manusia ke syurga. Sebab itulah makruh solat pada waktu tersebut.
Sahih Muslim
Halaman 17, Hadis 581
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
18
وَعَنْ بُرَيْدَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: «أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَقْتِ الصَّلَاةِ، فَقَالَ لَهُ: صَلِّ مَعَنَا هَذَيْنِ يَعْنِي الْيَوْمَيْنِ - فَلَمَّا زَالَتِ الشَّمْسُ أَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الظُّهْرَ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْمَغْرِبَ حِينَ غَابَتِ الشَّمْسُ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْفَجْرَ حِينَ طَلَعَ الْفَجْرُ. فَلَمَّا أَنْ كَانَ الْيَوْمُ الثَّانِي أَمَرَهُ: " فَأَبْرَدَ بِالظُّهْرِ " فَأَبْرَدَ بِهَا - فَأَنْعَمَ أَنْ يُبْرِدَ بِهَا - وَصَلَّى الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ - أَخَّرَهَا فَوْقَ الَّذِي كَانَ، وَصَلَّى الْمَغْرِبَ قَبْلَ أَنْ يَغِيبَ الشَّفَقُ، وَصَلَّى الْعِشَاءَ بَعْدَمَا ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ، وَصَلَّى الْفَجْرَ فَأَسْفَرَ بِهَا. ثُمَّ قَالَ: أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ وَقْتِ الصَّلَاةِ؟ ". فَقَالَ الرَّجُلُ: أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: " وَقْتُ صَلَاتِكُمْ بَيْنَ مَا رَأَيْتُمْ» ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Buraidah berkata, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang waktau solat, lalu Baginda bersabda, “Kamu solatlah bersama kami dua hari ini.” Maka apabila matahari tergelincir, Baginda menyuruh Bilal untuk azan, lalu beliau telah azan, kemudian Baginda menyuruh pula untuk iqamat, lalu beliau telah iqamat, kemudian Baginda menyuruh untuk iqamat untuk solat asar sedangkan pada waktu itu matahari meninggi dan berwarna putih cerah, kemudian Baginda menyuruh pula iqamat, lalu dia telah iqamat untuk solat maghrib ketika matahari telah terbenam, kemudian Bagindamenyuruh Bilal lagi, lalu beliautelah iqamat untuk solat ʿIsya ketika terbenam mega merah, kemudian Baginda menyuruh Sayyidina Bilal lagi, lalu dia telah iqamat untuk solat subuh ketika terbit fajar. Apabila tiba hari yang kedua, Baginda menyuruh, “Tunggulah waktu sejuk untuk solat zohor, lalu Sayyidina Bilal menunggu waktu sejuk dan waktu itu telah tiba, dan solat asar ketika matahari meninggi, Baginda telah melewatkan sedikit daripada yang sebelumnya, dan Baginda solat maghrib sebelum terbenam mega merah, dan Baginda solat ʿisyak selepas berlalu satu pertiga malam, dan Baginda solat subuh ketika langit kekuningan. Kemudian Baginda bersabda, “Dimanakah orang yang bertanya tentang waktu solah tersebut?” Lelaki itu menyahut, “Saya ya Rasulullah.” Baginda bersabda, “Waktu solat kamu di antara apa yang kamu lihat.” (Muslim)
‘Kamu solatlah bersama kami dua hari ini’ Nabi ingin mengajar sahabah secara amali walaupun sebenarnya Baginda boleh menerangkan tentang waktu solat dalam masa dua minit sahaja. Hari pertama Nabi solat di awal waktu, hari kedua Baginda solat di akhir waktu. ‘ فَأَبْرَدَ بِالظُّهْرِ ’ daripada lafaz hadis ini mazhab Hanafi berpendapat bahawa afdal solat zohor lewat. Mazhab Syafiʿi berpendapat afdal solat awal waktu. ‘ وَقْتُ صَلَاتِكُمْ بَيْنَ مَا رَأَيْتُمْ ’ terdapat isykal (persoalan), secara lafazhubung kait baina ‘ بين ’ dengan perkataan selepasnya ialah pada ṭarfain ‘ طرفين ’ (awal dan akhir waktu), maka maknanya ṭarfain tidak termasuk pada hukum, maklum di sini solat pada dua hari itu telah terkeluar daripada waktu. Jawabnya ialah sebenarnya Nabi solat diantara ṭarfain, cuma dalam sabdaan Nabi menyatakan, “Waktu solat kamu di antara apa yang kamu lihat.” Dari segi amali tidak terus solat fardu, bahkan azan, solat sunat dan sebagainya dahulu. Jadi solat Nabi bukan di ṭarfain bahkan di tengah-tengahnya.
Sahih Muslim
Halaman 18, Hadis 582
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
19
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «أَمَّنِي جِبْرِيلُ عِنْدَ الْبَيْتِ مَرَّتَيْنِ، فَصَلَّى بِيَ الظُّهْرَ حِينَ زَالَتِ الشَّمْسُ، وَكَانَتْ قَدْرَ الشِّرَاكِ، وَصَلَّى بِيَ الْعَصْرَ حِينَ صَارَ ظِلُّ كُلِّ شَيْءٍ مِثْلَهُ، وَصَلَّى بِيَ الْمَغْرِبَ حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ، وَصَلَّى بِيَ الْعَشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ، وَصَلَّى بِيَ الْفَجْرَ حِينَ حَرُمَ الطَّعَامُ وَالشَّرَابُ عَلَى الصَّائِمِ، فَلَمَّا كَانَ الْغَدُ ; صَلَّى بِيَ الظُّهْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَهُ، وَصَلَّى بِيَ الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّهُ مِثْلَيْهِ، وَصَلَّى بِيَ الْمَغْرِبَ حِينَ أَفْطَرَ الصَّائِمُ، وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ وَصَلَّى بِيَ الْفَجْرَ فَأَسَفَرَ " ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَيَّ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، هَذَا وَقْتُ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِكَ، وَالْوَقْتُ مَا بَيْنَ هَذَيْنِ الْوَقْتَيْنِ» " رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَالتِّرْمِذِيُّ.
Ibnu ʿAbbas - bahawa Rasulullah bersabda, “Sayyidina Jibril telah mengimamiku di samping Kaʿbah sebanyak dua kali, beliau mengimamiku solat zohor ketika tergelincir matahari yang ianya sekadar panjang tali kasut, beliau mengimamiku solat asar ketika jadilah bayang-bayang sesuatu itu seumpamanya, beliau mengimamiku solat maghrib ketika orang yang berpuasa berbuka, beliau mengimamiku solat isyak ketika hilangnya mega, beliau mengimamiku solat subuh ketika haramnya makan dan minum ke atas orang yang berpuasa. Keesokannya beliau mengimamiku solat zohor ketika bayang-bayang sesuatu hampir menjadi seumpamanya, beliau mengimamiku solat asar ketika bayang-bayang sesuatu menjadi dua kali ganda, beliau mengimamiku solat maghrib ketika orang yang berpuasa berbuka, beliau mengimamiku solat isyak sehingga waktu satu pertiga malam, beliau mengimamiku solat subuh sehingga waktu cerah sedikit. Kemudian beliau berpaling kepadaku dan berkata, “Ya Muhammad! Ini ialah waktu anbiyaʾ sebelum kamu dan waktu solat adalah diantara dua waktu ini.” (Abu Dawud, Tirmidhi)
Selepas Nabi pulang daripada Miʿraj menerima perintah solat lima waktu, Sayyidina Jibril datang mengimami Baginda untuk memberitahu waktu-waktu solat. Kenapa dimulakan dengan solat zohor? Selepas pulang daripada Miʿraj, Baginda tidak sempat mengkhabarkan kepada orang Islam dan untuk mengumpulkan semua orang adalah susah, kerana itulah Baginda tidak mulakan dengan solat subuh tetapi solat zohor. Nabi telah menjadi muqtadi, Sayyidina Jibril menjadi imam sedangkan sahabat mengikuti Nabi, jadi di sini berlaku iqtidaʾ bi al-muqtadi. Mengikut pendapat Imam Ahmadharus muqtadi berimamkan muqtadi yang bersolat dibelakang imam. Aimmah salasah mengatakan tidak harus. Jawabnya Nabi bukan muqtadi tetapi mukabbir. Ihtimal yang kedua ialah Sayyidina Jibril tidak menjadi imam tetapi berada di samping Nabi menunjuk ajar kaifiat solat kepada Baginda. ‘ فصلى بالظهر ’ faʾ di sini ialah faʾ tafsiliah. Maksudnya Sayyidina Jibril menunjuk cara kepadaku bersolat. ‘Sekadar panjang tali kasut’ maksudnya ialah bayang asli itu pendek kerana matahari tidak berada betul-betul setentang dengan Kaʿbah ketika itu. Aimmah salas berpendapat bahawa waktu asar masuk apabila bayang sesuatu itu sekali ganda tetapi Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa masuk waktu asar apabila bayang menjadi dua kali ganda sesuatu. ‘Ketika orang yang berpuasa berbuka’ Isykalnya (persoalannya) ialah sewaktu Sayyidina Jibril mengimami Nabi atau menunjuk ajar Baginda, belum diturunkan lagi mengenai puasa? Jawabnya sewaktu peristiwa ini berlaku sebenarnya puasa telah difardukan. Hari kedua Nabi solat zohor ketika hampir habis  mislu awal , sebab itu Imam Malik mengatakan diantara  misluawal  dan  mislusani  adalah waktu  musytarak  diantara zohor dan asar, boleh solat zohor atau asar ketika itu. Nabi solat maghrib pada waktu yang sama pada kedua hari tersebut. Hadrat Adam telah bertaubat untuk kesilapan Baginda dan waktu penerimaan taubat itu ialah pada waktu subuh menyatakan kegembiraan Baginda bahawa taubat Baginda diterima. Solat zohor ialah solat Nabi Ishaq setelah korban yang dilakukannya diterima Allah sebagai menyatakan kesyukuran. Solat Asar dilakukan oleh Nabi ʿUzair sewaktu bangkit daripada tidur 100 tahun. Kemudian beliau tunaikan solat asar empat rakaat sebagai tanda syukur. Solat maghrib dilakukan oleh Nabi Daud setelah taubat Baginda diterima. Baginda memulakan solat tersebut dengan empat rakaat tetapi Baginda melakukan salam pada rakaat ketiga, setelah itu hukumnya kekal menjadi 3 rakaat. Solat isyak adalah solat khusus bagi umat ini. Di tengah-tengah setiap solat ialah waktu solat-solat sunat.
Isnad Hasan - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 19, Hadis 583
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
20
وَعَن ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ أَخَّرَ الْعَصْرَ شَيْئًا فَقَالَ لَهُ عُرْوَةُ: أَمَا إِنَّ جِبْرِيلَ قَدْ نَزَلَ فَصَلَّى أَمَامَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: اعْلَمْ مَا تَقُولُ يَا عُرْوَةُ فَقَالَ: سَمِعْتُ بَشِيرَ بْنَ أَبِي مَسْعُودٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا مَسْعُودٍ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «نَزَلَ جِبْرِيلُ فَأَمَّنِي فَصَلَّيْتُ مَعَهُ ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ ثُمَّ صَلَّيْتُ مَعَهُ» يحْسب بأصابعه خمس صلوَات
Ibnu Syihab meriwayatkan bahawasanya ʿUmar Bin ʿAbd ul-ʿAziz melewatkan sedikit solat asar, kemudian ʿUrwah telah berkata kepadanya, “Ketahuilah sesungguhnya  Jibril AS telah turun dan bersolat di belakang Rasulullah.”, lalu ʿUmar telah berkata kepada beliau, “Aku mengetahui apa yang kamu katakan ya ʿUrwah.” Kemudian ʿUrwah telah berkata, “Aku mendengar  Basyir Bin Abu Masʿud berkata, “Aku mendengar Abu Masʿud berkata, “aku mendengar Rasulullah bersabda, “ Jibril AS telah turun dan mengimamiku dan aku bersolat bersamanya, kemudian aku bersolat bersamanya, kemudian aku bersolat bersamanya, kemudian aku bersolat bersamanya, kemudian aku bersolat bersamanya.” Baginda mengira dengan jari-jari Baginda sebanyak lima waktu solat.” (Muttafaq ʿAlaih)
null
Sahih Bukhari Dan Muslim
Halaman 20, Hadis 584
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
21
وَعَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ كَتَبَ إِلَى عُمَّالِهِ: إِنَّ أَهَمَّ أُمُورِكُمْ عِنْدِي الصَّلَاةُ ; مَنْ حَفِظَهَا وَحَافَظَ عَلَيْهَا حَفِظَ دِينَهُ، وَمَنْ ضَيَّعَهَا فَهُوَ لِمَا سِوَاهَا أَضْيَعُ. ثُمَّ كَتَبَ: أَنْ صَلُّوا الظُّهْرَ إِنْ كَانَ الْفَيْءُ ذِرَاعًا، إِلَى أَنْ يَكُونَ ظِلُّ أَحَدِكُمْ مِثْلَهُ، وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ قَدْرَ مَا يَسِيرُ الرَّاكِبُ فَرْسَخَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً قَبْلَ مَغِيبِ الشَّمْسِ، وَالْمَغْرِبَ إِذَا غَابَتِ الشَّمْسُ، وَالْعِشَاءَ إِذَا غَابَ الشَّفَقُ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ، فَمَنْ نَامَ فَلَا نَامَتْ عَيْنُهُ، فَمَنْ نَامَ فَلَا نَامَتْ عَيْنُهُ، فَمَنْ نَامَ فَلَا نَامَتْ عَيْنُهُ، وَالصُّبْحَ وَالنُّجُومُ بَادِيَةٌ مُشْتَبِكَةٌ. رَوَاهُ مَالِكٌ
ʿUmar bin Khattab meriwayatkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada para gabenornya, “Sesungguhnya urusan kamu yang paling penting di sisiku ialah solah. Sesiapa yang menjaganya dan menunaikannya dengan betul dan berterusan maka dia telah menjaga agamanya. Sesiapa yang menyia-nyiakan solatnya maka dia akan lebih menyia-nyiakan urusan yang lain.” Kemudian beliau telah menulis, “Tunaikanlah solah zohor apabila bayang asliya pada kadar satu hasta dan hadnya ialah sehingga bayang seseorang itu sama dengan tingginya. Tunaikanlah solat asar ketika matahari masih tegak cerah dan jelas sehinggalah tempoh penunggang merentasi dua hingga tiga farsakh sebelum tenggelamnya matahari. Waktu maghrib (bermula) ialah ketika matahari tenggelam dan waktu isyak bermula apabila syafak (merah) hilang sehinggalah satu pertiga malam. Sesiapa yang ingin tidur, moga matanya tidak tertidur, sesiapa yang ingin tidur, moga matanya tidak tertidur, sesiapa yang ingin tidur, moga matanya tidak tertidur. Tunaikanlah solah Subuh sewaktu bintang-bintang masih jelas dan bertaburan. (Malik)
Menunaikannya dengan betul’ yakni dengan berterusan menjaga syarat-syarat, rukun-rukun, sunat-sunat serta adab-adabnya. ‘Kadar satu hasta’ bukanlah ketetapan untuk seluruh tempat, ianya berbeza mengikut tempat, musim dan masa. Setiap tempat boleh berubah-ubah bayang aslinya. Mungkin ketika itu di Madinah bayang aslinya ialah satu hasta. Satu farsakh lebih kurang tiga batu atau lima kilometer. Jadi tiga farsakh ialah 15 kilometer. Ini ialah kadar biasa, jika orang yang cepat perjalananya maka lebih kurang masa perjalanannya. ‘Moga matanya tidak tertidur’ ini ialah doa daripada  ʿUmar. Jika terlalu letih dan menyuruh orang lain mengejutkannya maka ini tidak mengapa dan tidaklah menjadi larangan.‘Bintang masih jelas’ waktu masih gelap. beberapa pengajaran hadis Waktu solat zaman dahulu antaranya ditentukan dengan cara melihat kepada bayang-bayang atau kadar kegelapan Ini jelas menunjukkan bahawa menjaga waktu soalt terutama solat di awal waktu adalah satu sunnah yang patut dilakukan.
Dhaif (Munqati) - al-Albani in Hidayah Ruwah
Halaman 21, Hadis 585
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
22
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: «كَانَ قَدْرُ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ فِي الصَّيْفِ ثَلَاثَةَ أَقْدَامٍ إِلَى خَمْسَةِ أَقْدَامٍ، وَفِي الشِّتَاءِ خَمْسَةَ أَقْدَامٍ إِلَى سَبْعَةِ أَقْدَامٍ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ.
ʿAbdullah ibnu Masʿud meriwayatkan bahawa beliau berkata, “Kadar solat zohor Rasulullah pada musim panas ialah tiga hingga lima langkah, dan pada musim sejuk lima hingga tujuh langkah.” (Abu Dawud dan Nasaʾi)
Hadis ini ialah dalil mazhab Hanafi, musim panas Nabi lewatkan solah, musim sejuk Nabi cepatkan waktu solah. Pada musim panas matahari berada betul-betul setentang atas kepala, jadi bayang aslinya pendek sedangkan pada musim sejuk bayang asli akan menjadi panjang sedikit. Pada musim panas langkah yang ketiga (daripada objek) telah agak jauh daripada bayang asli. Selepas bayang asli barulah dikira masuk waktu, jadi waktu telah lewat sedikit kerana telah jauh daripada bayang asli. Pada musim sejuk pula, matahari akan agak condong dan bayang asli akan menjadi lebih panjang. Jadi waktu zohor pada langkah yang kelima (daripada objek) adalah masih awal. Beberapa pengajaran hadis 1. Alasan bagi panjang dan pendeknya bayang-bayang adalah disebabkan oleh peningkatan atau penurunan ketinggian matahari di langit. Semakin dekat dan tinggi ia berada seiring dengan posisi kepala, bayang-bayang akan menjadi lebih pendek. Sebaliknya, semakin jauh dan rendah ia berada dari posisi kepala, bayang-bayang akan menjadi lebih panjang. 2. Oleh itu, bayang-bayang musim sejuk dilihat lebih panjang daripada bayang-bayang musim panas di setiap tempat."
Sahih - al-Albani in Takhrij Misykat
Halaman 22, Hadis 586
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
23
عَنْ سَيَّارِ بْنِ سَلَامَةَ، قَالَ: دَخَلْتُ أَنَا وَأَبِي عَلَى أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ، فَقَالَ لَهُ أَبِي: «كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْمَكْتُوبَةَ؟ فَقَالَ: كَانَ يُصَلِّي الْهَجِيرَ الَّتِي تَدْعُونَهَا الْأُولَى حِينَ تَدْحَضُ الشَّمْسُ، وَيُصَلِّي الْعَصْر َ ثُمَّ يَرْجِعُ أَحَدُنَا إِلَى رَحْلِهِ فِي أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ، وَنَسِيتُ مَا قَالَ فِي الْمَغْرِبِ، وَكَانَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ الْفَيْءَ الَّتِي تَدْعُونَهَا الْعَتَمَةَ، وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا، وَكَانَ يَنْتَقِلُ مِنْ صَلَاةِ الْغَدَاةِ حِينَ يَعْرِفُ الرَّجُلُ جَلِيسَهُ وَيَقْرَأُ بِالسِتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ» . وَفِي رِوَايَةٍ: «وَلَا يُبَالِي بِتَأْخِيرِ الْعِشَاءِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ، وَلَا يُحِبُّ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Sayyar ibn Salamah meriwayatkan bahawa beliau berkata, “Aku dan ayahku telah melawat Sayyidina Abu Barzah, ayahku telah bertanya kepada beliau, “Bagaimana Rasulullah menunaikan solat-solat fardu?” ?” Beliau menjawab, “Nabi menunaikan solah ‘Hajir’ yang kamu memanggilnya ‘solah pertama’ ketika matahari tergelincir. Baginda menunaikan solah ʿasar, (setelah selesai solat,) salah seorang daripada kami pulang ke tempat barang-barangnya di hujung Madinah sewaktu matahari panas terik. Aku telah lupa apakah yang beliau sebutkan tentang solah Maghrib. Baginda suka melewatkan solah ʿIsyak yang kamu memanggilnya ʿatamah. Baginda tidak suka tidur sebelum menunaikannya dan bersembang-sembang selepasnya. Baginda akan pulang selepas solah subuh ketika seorang itu boleh mengenali kawannya yang duduk di sebelahnya. Baginda akan membaca (dalam solah subuh) sebanyak 60 sehingga 100 ayat.” Dalam riwayat yang lain, “Baginda tidak peduli untuk melewatkan solah ʿIsyak sehingga ke satu pertiga malam. Baginda tidak suka tidur sebelum mengerjakannya dan berbual-bual selepas menunaikannya.” (Muttafaq ʿalaih)
Solah zohor dinamakan al-ula kerana ia adalah solat yang pertama ditunaikan setelah solah difardukan. Dalam hadis ini juga menunjukkan bahawa solat asar ialah di awal waktu. Rawi tidak menyebutkan waktu solat maghrib, ittifaq ulama bahawa mustahab solat maghrib dikerjakan di awal waktu. Bercakap mengenai ilmu, melayan tetamu, bercakap dengan isteri adalah tidak dilarang. Percakapan yang dilarang ialah bercakap-cakap kosong dan percakapan yang tidak bermanfaat. Segerakan tidur supaya dapat bangun solat tahajjud dengan mudah. Beberapa pengajaran hadis 1.Hadis ini menentukan bahawa setiap solat itu ada waktu-waktu yang telah ditetapkan, dan mengerjakan di awal waktu adalah sunnah. 2.Hadis yang menjadi dalil mazhab Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa mentakkhirkan subuh pada akhir waktu. Mazhab Syafiʿi mengatakan afdal solat subuh pada awal waktu kerana Nabi dan sahabat memulakan solat pada awal waktu dan menyudahkannya di akhir waktu.
Sahih Bukhari Dan Muslim
Halaman 23, Hadis 587
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
24
وَعَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ، قَالَ: «سَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: كَانَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ، وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ، وَالْمَغْرِبَ إِذَا وَجَبَتْ، وَالْعِشَاءَ: إِذَا كَثُرَ النَّاسُ عَجَّلَ، وَإِذَا قَلُّوا أَخَّرَ، وَالصُّبْحَ بِغَلَسٍ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Muhammad bin ʿAmru bin Hasan bin ʿAli berkata, “Kami telah bertanya Sayyidina Jabir bin ʿAbdullah berkenaan dengan solah Nabi maka beliau berkata, “Baginda menunaikan solah zohor ketika matahari panas terik dan solah ʿasar ketika matahari terang dan maghrib ketika matahari terbenam. Baginda akan menyegerakan solah ʿisyak apabila sahabah ramai dan melewatkannya apabila sahabah sedikit. Baginda akan menunaikan solah subuh ketika hari masih gelap. (Muttafaq ʿalaih)
Allah Taala memerintahkan kita untuk mendirikan solat, dan Rasulullah SAW mengajar kita bagaimana untuk melaksanakannya. Kita diperintahkan untuk memelihara rukun, sunnah, adab, dan waktu solat. Dalam hadis ini, di riwayatkan oleh sahabat Muhammad bin 'Amr bin al-Hasan bin Ali: Bahawa al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi tiba sebagai wali di Madinah pada zaman khilafah Abdul Malik bin Marwan, setelah kematian Ibn Zubair radhiyallahu 'anhu pada tahun tujuh puluh tiga Hijriah. Orang ramai bertanya kepada Jabir bin Abdullah tentang melewatkan solat, cara melaksanakannya, dan waktu yang sesuai kerana al-Hajjaj kerap melewatkan solat. Jabir RA memberitahu mereka bahawa Rasulullah SAW solat zuhur ketika bayangan pendek, menunaikan 'Asr selepas matahari turun dari puncaknya, dikenali sebagai waktu Hajirah dari perkataan 'hijr' (meninggalkan) kerana orang ramai meninggalkan urusan dan perjalanan pada masa tersebut disebabkan kepanasan, dan ia dikatakan. Baginda solat Maghrib apabila matahari terbenam dan tergelincir, serta solat Isyak kadang-kala awal dan kadang-kala selepas, jika sahabat berkumpul, baginda mempercepatkan Isyak dan jika mereka lambat, baginda menangguhkan. Solat Subuh, Nabi SAW melakukannya awal ketika masih gelap di penghujung malam sebelum cahaya fajar terbit. Dalam menetapkan waktu-waktu ini, Jawapan Jabir kepada pertanyaan mereka adalah agar mereka mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan melaksanakan setiap solat pada awal waktu. Riwayat Abu Dawud dari Ibn Mas'ud menerangkan apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai pemimpinmelewatkan  solat, beliau berkata, "Solatlah pada waktunya dan jadikanlah solatmu bersama mereka sebagai solat sunat." Ini merupakan petunjuk Nabi kepada umat Islam pada situasi seperti ini; mereka sepatutnya solat pada awal waktu bersendirian atau di rumah mereka dan kemudian solat bersama pemimpin pada waktu yang dilewatkan di mana mereka berkumpul untuk solat berjemaah atau diperintahkan untuk solat pada masa tersebut, supaya tidak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan menunjukkan ketidakpatuhan kepada pemimpin dan tidak solat bersama mereka, kerana Rasulullah SAW memerintahkan taat kepada mereka selagi mereka mendirikan solat -seperti yang dinyatakan dalam riwayat lain-. Namun, ditegaskan untuk tidak mengerjakan satu solat lebih dari sekali dalam satu hari jika tiada sebab. beberapa pengajaran hadis 1.Di sini terdapat sebab yang kukuh untuk melakukan solat kembali, iaitu taat kepada pemimpin dan untuk mengelakkan perpecahan, solat pertama dianggap fardhu dan yang kedua sebagai solat sunat. 2. Solat Zuhur pada awal waktu selepas waktu Zuhur. Ia menunjukkan kebolehan menangguhkan solat Isyak mengikut berkumpulnya jemaah solat. Ia juga menegaskan keutamaan solat pada awal waktu serta peringatan untuk tidak menangguhkan solat. Patuh pada solat bersama imam Muslim walaupun mereka zalim."
Sahih Bukhari Dan Muslim
Halaman 24, Hadis 588
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
25
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، «قَالَ: إِذَا صَلَّيْنَا خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالظَّهَائِرِ سَجَدْنَا عَلَى ثِيَابِنَا اتِّقَاءَ الْحَرِّ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ، وَلَفْظُهُ لِلْبُخَارِيِّ.
Anas berkata, “Apabila kami menunaikan solah zohor di belakang Nabi maka kami akan sujud di atas pakaian kami kerana mengelakkan diri daripada kepanasan. (Muttafaq ʿalaih)
Hadis ini menunjukkan solat zohor di awal waktu kerana awal waktu zohor terlalu panas. Mazhab Hanafi menjawab bahawa di akhir waktu pun masih panas lagi. Mazhab Syafiʿi mengatakan bahawa sebelum zohor telah bermula panas dan apabila masuk waktu zohor maka tempat-tempat sujud menjadi sangat panas. Dalam hadis ini, Anas RA berkata: 'Ketika kami solat di belakang Rasulullah SAW dalam Solat Dhuha, kami sujud di atas pakaian kami. Mereka menggunakan bahagian hujung pakaian mereka semasa sujud, meletakkannya di antara dahi mereka dan bumi, untuk melindungi diri daripada kepanasan dan kepanasan tanah. Ini kerana waktu Dhuha pada hari-hari musim panas dan ketika suhu tinggi merupakan waktu-waktu paling panas dalam sehari, yang mengakibatkan kepanasan tanah. Beberapa pengajaran hadis 1.Islam adalah agama rahmat dan kemudahan, dalam setiap hukum dan pengajaran, serta dalam pelaksanaan syariat sesuai kemampuan hamba, tanpa kesulitan. 2.Penggunaan cara yang memudahkan manusia dalam menjalankan ibadahnya tanpa kesukaran atau kesulitan."
Sahih Bukhari Dan Muslim
Halaman 25, Hadis 589
https://masabih.org/mishkat/kitab-solat
Kitab Solat
26
وَعَنْهُ «قَالَ: حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ يُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ» " رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Ibnu ʿAbbas - meriwayatkan bahawa ketika mana Rasulullah berpuasa pada hari ʿAsyuraʾ dan memerintahkan untuk berpuasa ʿAsyuraʾ sahabat . bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasara.” Baginda bersabda, “Sekiranya aku masih hidup pada tahun depan maka pasti dan pasti aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan.” (Sahih Muslim)
Hari Asyura adalah hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram, dan Quraisy dahulu berpuasa pada hari itu. Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda berpuasa pada hari itu mengikut adat kebiasannnya dan menyuruh orang lain berpuasa juga. Puasa pada hari itu adalah fardhu sebelum Ramadhan, sehingga diturunkan puasa Ramadhan kepada orang Islam. Maka puasa Ramadhan sahaja yang menjadi fardhu, dan puasa Asyura menjadi sunat; sesiapa yang mahu berpuasa, berpuasalah, dan sesiapa yang mahu meninggalkannya, tinggalkanlah.   Dalam hadis ini, Abdullah bin Abbas RA memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW ketika berpuasa pada hari Asyura, dan menyuruh sahabat-sahabatnya RA berpuasa juga, mereka berkata kepadanya: “Wahai Rasulullah, ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani dengan berpuasa juga; kerana ini adalah hari yang Allah menyelamatkan Musa AS daripada Firaun dan tenteranya.” Para sahabat RA hanya menyebutkan perkara itu kepada Nabi Muhammad SAW kerana yang diketahui daripada baginda SAW bahawa baginda sering bermaksud untuk berbeza dengan Yahudi dan Nasrani. Maka jawapan baginda SAW -seperti dalam kedua-dua Sahih-: “Kami lebih berhak kepada Musa daripada mereka, maka berpuasalah”, maksudnya: dengan menyetujui baginda dalam bersyukur kepada Allah SWT, dan bergembira dengan keselamatan Musa AS. Maka beliau sallallahu alaihi wasallam berpuasa pada hari itu, dan menyuruh manusia berpuasa juga.   Dan telah datang dalam Sahih Muslim tentang kelebihan puasa pada hari itu bahawa ia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. Kemudian Rasulullah SAW bertekad untuk berpuasa pada hari kesembilan bersama dengan hari kesepuluh; untuk berbeza dengan Ahli Kitab yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja.
Sahih Muslim
Halaman 84, Halaman 2043
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
1
عَنْ أَبِي مُوسَى – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «أَطْعِمُوا الْجَائِعَ، وَعُودُوا الْمَرِيضَ، وَفُكُّوا الْعَانِيَ» ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Berilah makan kepada orang yang lapar. Ziarahilah orang yang sakit. Bebaskanlah tawanan (orang Islam yang tertawan).” (Bukhari)
Hadis ini menerangkan tiga perintah iaitu memberi makan, menziarahi orang sakit dan membebaskan tawanan. Imam Tibrizi meletakkan hadis ini sebagai permulaan untuk menerangkan kitab jenazah dengan hadis menziarahi orang yang sakit dan hukum-hakamnya Hukum menziarahi orang sakit adalah fardu kifayah sama juga seperti memberi makan kepada orang yang lapar dan membebaskan tawanan iaitu orang Islam yang ditawan oleh orang kafir (Syarah Riyadh Solihin Ibnu Uthaimin 4: 469-470) Antara adab-adab yang perlu dijaga ketika menziarahi orang sakit adalah tidak duduk lama bersama pesakit kerana khuatir akan menyusahkan pesakit dan keluarganya. Jikalau pesakit dan keluarga itu memerlukan apa-apa hajat, maka disunatkan untuk kita bersedekah kepada mereka samada dalam bentuk makanan, kewangan atau yang sesuai dengan hajat mereka. Para ulama membahas pula bilakah waktu terbaik untuk menziarahi pesakit? Disunatkan untuk menziarahi pesakit bila-bila sahaja tanpa waktu tertentu dengan syarat tidak memberatkan mereka. Misalnya jikalau didapati waktu malam memberatkan mereka, maka disunatkan untuk menziarahi mereka pada siang hari (Mausuah kuwaitiyah 31:78-79)  Hukum memberi makanan adalah sunat tetapi menjadi fardu kifayah kepada yang memerlukan. Jikalau seseorang itu tahu akan adanya orang yang lapar sekitarnya maka menjadi kewajipan untuk memberikan makanan kepada mereka dan gugur kewajipan itu pada orang lain  Membebaskan tawanan orang muslim dari orang kafir adalah fardu kifayah. Sama juga halnya membebaskan keluarga mereka. Jikalau ada kemampuan untuk membebaskan samada dari segi kewangan atau dengan kuasa pemimpin, maka diwajibkan semampu mungkin untuk membebaskan mereka (Syarah Riyad Solihin Ibnu Uthaimin 4:469-470)   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: menziarahi orang sakit, memberi makan kepada orang yang lapar dan membebaskan tawanan adalah fardu kifayah Tidak dibolehkan ziarah terlalu lama sehingga menyusahkan pihak pesakit Dibolehkan untuk ziarah bila-bila sahaja selagimana tidak memberatkan mereka memberi makanan kepada yang memerlukan akan diberi pahala yang besar Membebaskan saudara seislam adalah wajib bagi yang mampu
Sahih Bukhari
Halaman 1, Hadis 1523
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
2
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ: " رَدُّ السَّلَامِ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Hak orang Islam terhadap orang Islam ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan menjawab bersin.” (Muttafaq ʿalaih)
Lima hak orang Islam terhadap orang Islam iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan menjawab bersin. ‘Hak’ di sini menurut Hafiz Ibn Hajar adalah fardu kifayah bermakna apabila dilakukan oleh sebahagian orang Islam maka gugur hukumnya pada orang lain (Fath ul-Bāri: 3: 131)  Hukum memberi salam adalah sunat muakkad tetapi menjawabnya menjadi fardu ain. Jikalau seseorang itu memberi salam kepada jemaah maka ia menjadi fardu kifayah. Afdal menjawab salam dengan perkataan yang lebih baik. Misalnya jikalau seseorang itu memberi salam “Assalamualaikum” maka dibalas dengan menjawab “waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh” (Mausuah Kuwaitiyah 11: 314-315)  Salam adalah doa yang bermaksud selamat dari apa jua keburukan, kesakitan dan khususnya api neraka. Tetapi kita tidak boleh memberi salam kepada orang kafir kerana ia ditegah oleh baginda Nabi Muhammad SAW (Minhatul Alam Syarh Bulughul maram 10:10) (Syarah Riyad Solihin Ibn Uthaimin 593:2)  Menziarahi orang sakit adalah fardu kifayah dan boleh jadi ia menjadi fardu ain sekiranya orang yang sakit itu adalah ahli keluarga terdekat kerana menjaga silaturrahim adalah kewajipan. Antara adab-adab yang perlu diteliti semasa ziarah adalah dengan tidak menziarahi mereka dengan begitu kerap kerana khuatir akan menyusahkan mereka melainkan mereka yang meminta kita hadir. Dalam menziarahi orang sakit, boleh atau tidak itu terletak kepada pihak pesakit. Ia menjadi boleh jikalau pesakit senang hati menerimanya dan tidak boleh jikalau menyusahkan mereka  (Syarah Riyad Solihin Ibn Uthaimin 2: 596)  Hadis ini menerangkan juga kewajipan mengikuti jenazah dan mengikuti jenazah ini  tidak terhad hanya menemani jenazah ke perkuburan tetapi termasuk solat jenazah ke atas mereka. Disebutkan mengiringi jenazah secara khusus di sini bagi menunjukkan kepentingannya. Hukumnya adalah fardu kifayah bahkan sebahagian ulama membenarkan untuk mengambil upah bagi membawa jenazah ke kuburnya (Mausuah Kuwaitiyah 11:16) Memenuhi jemputan mempunyai makna yang lebih umum daripada majlis perkahwinan. Menurut majoriti ulama menghadiri majlis perkahwinan adalah wajib tetapi mereka berselisih pendapat dalam hukum memenuhi jemputan majlis yang lain. Ulama dari mazhab Hanafi, Syafi’i dan Hanbali berpandangan hukum memenuhi majlis selain majlis perkahwinan seperti kenduri aqiqah adalah sunat. Ulama Maliki berpandangan pula ianya harus sahaja. (Mausuah Kuwaitiyah 20:337)  Jikalau majlis itu terdapat perkara kemungkaran atau maksiat seperti dihidangi arak maka kewajipan pergi ke majlis itu digugurkan. Bahkan ulama yang lain mengatakan ianya haram (Mausuah Kuwaitiyah 45:239)  Menjawab bersin adalah wajib dan disunatkan orang yang bersin itu membaca tahmid iaitu “Alhamdulillah” dan orang yang menjawab membaca “YarhamukAllah”. Hukum mengucapkan tahmid itu sunat tetapi menjawabnya wajib. Sekiranya dia tidak mengucapkan tahmid maka kewajipan itu digugurkan.   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Islam mengajarkan toleransi dan moral yang tinggi dengan menerangkan adab-adab serta hak muslim kepada muslim yang lain Budaya memberi dan menjawab salam, ziarah orang sakit, mengikuti jenazah dan memenuhi jemputan dapat memupuk semangat kesatuan kepada orang Islam serta diberi ganjaran pahala yang besar Agama Islam menitikberatkan sekecil perkara sehingga menjawab bersin dikategorikan sebagai hak yang perlu dilakukan sesama orang Islam
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 2, Hadis 1524
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
3
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ " قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: " إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Hak orang Islam terhadap orang Islam ada enam.” Baginda (ditanya “Ya Rasulullah, apakah hak-hak tersebut?” Rasulullah bersabda, “Apabila kamu bertemu dengannya maka ucapkan salam kepadanya, apabila dia menjemput kamu maka terimalah jemputannya, apabila dia meminta nasihat maka kamu nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu dia memuji Allah maka jawablah bersinnya, apabila dia sakit maka ziarahilah dia dan apabila dia mati maka hantarlah jenazahnya.” (Muslim)
Hak muslim kepada muslim yang lain banyak dan pelbagai tetapi disebut lima atau enam perkara agar penyampaian baginda SAW menjadi lebih ringkas dan mudah diingati. Angka berbeza tidak boleh disebut sebagai percanggahan kerana ia tidak menafikan bilangan hak muslim yang lain  Hadis ini secara zahir, memulakan salam sesama orang Islam adalah wajib tetapi melalui perbincangan ulama ia hanyalah sunat muakkad tetapi menjawabnya adalah fardu ain sepertimana diterangkan di dalam hadis yang lalu (no.1524) (Subul as-Salam 8:132)  Lafaz salam yang paling ringkas adalah “Assalamualaikum” tetapi yang lebih afdal adalah “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Jikalau yang menjawab salam itu seorang, maka menjawab salam itu adalah fardu ain tetapi jikalau salam itu diberi kepada jemaah, hukum menjawabnya adalah fardu kifayah bermakna apabila sebahagian jemaah sahaja yang menjawab maka kewajipan menjawab pada jemaah lain telah digugurkan (Subul as-Salam 8:132-133) Menerima jemputan perkahwinan adalah wajib menurut majoriti ulama tetapi berbeza pendapat sekiranya majlis itu selain majlis perkahwinan seperti majlis khatan. Majoriti ulama mengatakan sunat kecuali Malikiyah yang mengatakan ianya harus. Apakah wajib menerima dan hadir jemputan orang kafir ke majlis mereka? Hadis ini menerangkan tidak wajib untuk kita memenuhi jemputan itu melainkan ada maslahah kerana Nabi Muhammad SAW pernah memenuhi jemputan orang yahudi ketika di Madinah (Syarah Riyad Solihin Ibn Uthaimin 2:602)  Memberi nasihat hukum asalnya adalah sunat, di sini Rasulullah SAW mengatakan ia boleh berubah menjadi wajib jika diminta. Menurut Mulla Ali al-Qari, Nasihat itu umum yang bermaksud memberikan apa-apa pesanan yang membawa seseorang itu kepada kebaikan. Zahir hadis ini juga menyatakan menjawab bersin itu wajib sekiranya pembersin itu mengucapkan “Alhamdulillah”. Sekiranya dia tidak menyebut tahmid maka tidak diwajibkan untuk kita menjawabnya. Menziarahi orang sakit adalah fardu kifayah sama seperti syarahan hadis yang lalu (no.1524)  Hadis ini menerangkan juga kewajipan mengikuti jenazah dan mengikuti jenazah ini  tidak terhad hanya menemani jenazah ke perkuburan tetapi termasuk solat jenazah ke atas mereka. Disebutkan mengiringi jenazah secara khusus di sini bagi menunjukkan kepentingannya. Hukumnya adalah fardu kifayah bahkan sebahagian ulama membenarkan untuk mengambil upah bagi membawa jenazah ke kuburnya (Mausuah Kuwaitiyah 11:16)  Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Pendidikan akhlak begitu dititikberatkan dalam Islam dan mampu menyemai perasaan kasih sayang dan memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan orang Islam Menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk mendidik anak sedari kecil akan sifat-sifat murni dan hak tanggungjawab orang muslim pada orang lain bagi menunjukkan orang Islam adalah orang yang bermasyarakat dan peduli akan orang lain
Sahih Muslim
Halaman 3, Hadis 1525
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
4
وَعَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «أَمَرَنَا النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِسَبْعٍ، وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ. أَمَرَنَا: بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ، وَاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ، وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ، وَرَدِّ السَّلَامِ، وَإِجَابَةِ الدَّاعِي، وَإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ، وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ، وَنَهَانَا عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ، وَعَنِ الْحَرِيرِ، والْإِسْتَبْرَقِ، وَالدِّيبَاجِ، وَالْمِيثَرَةِ الْحَمْرَاءِ وَالْقَسِّيِّ» ، وَآنِيَةِ الْفِضَّةِ - وَفِي رِوَايَةٍ: - وَعَنِ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ ; فَإِنَّهُ مَنْ شَرِبَ فِيهَا فِي الدُّنْيَا لَمْ يَشْرَبْ فِيهَا فِي الْآخِرَةِ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Baraʾ bin ʿAzib meriwayatkan bahawa, “Rasulullah telah memerintahkan kami tujuh perkara dan melarang kami daripada tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami untuk menziarahi orang sakit, menghantar jenazah, menjawab bersin, menjawab salam, menerima jemputan, membantu orang yang telah melakukan sumpah (untuk menyempurnakan sumpahnya) dan membantu orang yang dizalimi. Baginda  melarang kami daripada memakai cincin emas, memakai sutera yang nipis, sutera yang tebal, pakaian yang bercampur sutera (kandungan sutera melebihi daripada kandungan selainnya), pelana berwarna merah (yang di alas dengan sutera), ridaʾ(kain atas) yang bercampur sutera dan bekas dibuat daripada perak.” Dalam satu riwayat lain, “(Baginda melarang kami daripada minum di dalam bekas perak kerana sesungguhnya orang yang minum menggunakannya di dunia tidak akan dapat minum menggunakannya di akhirat.” (Muttafaq ʿalaih)
Hadis Baraʾ bin ʿAzib RA menceritakan perihal tujuh perkara yang diperintahkan dan tujuh perkara yang dilarang. Ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang muslim itu tidak boleh hidup bersendirian kerana ada hak-hak yang perlu ditunaikan seseorang muslim di dalam sebuah masyarakat. Jikalau ada hak ini tidak ditunaikan ketika kita dituntut untuk melakukannya, maka orang itu dikira berdosa contohnya tidak menjawab bersin.  Telah diceritakan sebahagian hukum menziarahi orang sakit, menjawab salam dan seumpamanya dengan lebih detil pada hadis yang lalu (penerangan hadis 1524 dan 1525). Menziarahi orang sakit dan menghantar jenazah adalah fardu kifayah dan perlu melazimi adab-adab  ketika menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit dan mengikuti jenazah bukan sekadar menjenguk dan mengikut tetapi perlu mendoakan mereka. Menjawab bersin itu dengan membaca “YarhamukAllah” ketikamana seseorang itu mengucapkan “Alhamdulillah” dan hukum mengucapkan tahmid itu sunat tetapi menjawabnya wajib. Sekiranya dia tidak mengucapkan tahmid maka kewajipan itu digugurkan. Perkataan ‘yarhamukaallah” adalah sebuah doa yang bermaksud “Semoga Allah SWT Rahmati kamu”. Antara bentuk Rahmat Allah SWT adalah mengurniakan tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih kepada hamba-Nya. Hukum menjawab salam adalah fardu ain tetapi memberi salam adalah sunat. Jikalau seseorang itu memberi salam kepada jemaah maka ia menjadi fardu kifayah. Afdal menjawab salam dengan perkataan yang lebih baik. Misalnya jikalau seseorang itu memberi salam “Assalamualaikum” maka dibalas dengan menjawab “waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh”. Manakala hukum menerima jemputan terbahagi kepada dua Yang pertama hukum pergi ke jemputan perkahwinan adalah wajib, Yang kedua ulama berbeza pendapat dalam memenuhi jemputan selain jemputan majlis perkahwinan. Menurut majoriti ulama mengatakan ianya hanyalah sunat kecuali ulama Malikiyah mengatakan ianya harus. Membantu orang yang telah melakukan sumpah bermaksud membantu menyempurnakan sumpahnya misalnya apabila ada seseorang meminta kepada kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan dia bersumpah dengannya, maka kita perlu bantu melaksanakan janji tersebut selagimana tidak membantu atas perkara maksiat. Membantu orang yang dizalimi bukan sahaja terhad kepada orang Islam tetapi kepada orang kafir zimmi (orang kafir yang patuh kepada pemerintahan islam) Antara perkara yang dilarang oleh Nabi SAW adalah memakai cincin emas dan segala perhiasan yang diperbuat dari emas tetapi larangan ini khusus untuk lelaki dan ia diperbolehkan bagi wanita. Islam juga melarang lelaki untuk memakai pakaian yang diperbuat dari sutera atau campuran sutera. Jikalau lelaki itu mempunyai penyakit kulit yang teruk seperti penyakit kurap, Islam memberikan keringanan untuk memakainya atas kapasiti darurat. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membenarkan Saidina Abdul Rahman bin Auf RA dan Saidina Zubair RA memakai sutera ketika mereka dijangkiti penyakit kulit (Mausuah Kuwaitiyah 11: 120) Diharamkan bagi lelaki dan perempuan untuk memakai bekas yang diperbuat dari perak dan emas berdasarkan hadis sahih yang lain menurut jumhur ulama’. Dalam riwayat hadis yang lain, sesiapa sahaja yang minum menggunakan bekas dari perak di dunia tidak akan dapat menggunakannya untuk minum di akhirat kelak (Mausuah Kuwaitiyah 1: 117) Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Seseorang muslim itu tidak boleh hidup bersendirian kerana ada hak-hak yang perlu ditunaikan seseorang muslim itu di dalam sebuah masyarakat Kerahmatan Islam bukan sahaja terhad kepada orang Islam tetapi termaksud kafir zimmi. Menunjukkan keadilan di dalam Islam wajib ditegakkan tanpa mengira agama dan bangsa Lelaki tidak dibolehkan memakai emas dan sutera atau campuran dari sutera tetapi ianya diperbolehkan untuk wanita. Manakala menggunakan bekas perak untuk makan dan minum diharamkan bagi lelaki dan wanita menurut jumhur ulama.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 4, Hadis 1526
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
5
وَعَنْ ثَوْبَانَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ» " رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Sauban meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila orang Islam menziarahi saudaranya yang sakit maka dia sentiasa berada di taman syurga sehinggalah dia pulang.” (Muslim)
( خُرْفَةِ ) Makna asal khurfah ialah buah yang telah masak. Makna hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit sentiasa mendapat pahala. Keadaannya sama seperti keadaan seorang yang memetik buah-buahan. Ada juga pendapat mengatakan makna khurfah di sini ialah jalan. Maknanya ialah seorang yang menziarahi orang sakit sebenarnya berjalan pada jalan yang membawanya ke syurga. (Fath ul-Bāri: 10: 129) Daripada hadis ini dapat diketahui bahawa seorang yang jalannya lebih jauh (dalam menziarahi pesakit) mendapat lebih banyak pahala. Hadis ini bukanlah bermaksud menerangkan kelebihan duduk dalam tempoh yang agak lama di sisi pesakit kerana terdapat hadis yang lain yang menyarankan kita agar duduk sebentar sahaja di sisi pesakit. (Mirʿāt ul-Mafātih: 5: 216) Hadis ini menjelaskan tentang fadilat menziarahi orang sakit, ‘khurfah’ yang disebutkan dalam hadis ialah buah yang masak. Perumpamaan ini bermaksud seseorang yang menziarahi orang sakit sentiasa mendapat pahala. Ada juga pendapat mengatakan makna khurfah di sini ialah jalan. Maknanya seseorang yang menziarahi orang sakit sebenarnya berjalan pada jalan yang membawanya ke syurga.   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Menziarahi orang sakit adalah fardu kifayah dan antara hak seorang muslim kepada muslim yang lain. Ia boleh menjadi fardu ain sekiranya orang yang sakit itu adalah ahli keluarga terdekat kerana menjaga silaturrahim adalah kewajipan. Menziarahi orang sakit mempunyai adab-adab yang perlu dijaga semasa ziarah antaranya tidak menziarahi mereka dengan begitu kerap kerana khuatir akan menyusahkan mereka melainkan mereka yang meminta kita hadir. Dalam menziarahi orang sakit, boleh atau tidak itu terletak kepada pihak pesakit. Ia menjadi boleh jikalau pesakit senang hati menerimanya dan tidak boleh jikalau menyusahkan mereka. Dapat juga kita fahami, semakin jauh perjalanan untuk menziarahi orang sakit maka semakin besarlah pahalanya yang akan diperoleh.
Sahih Muslim
Halaman 5, Hadis 1527
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
6
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: يَا ابْنَ آدَمَ، مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي. قَالَ: يَا رَبِّ، كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ؟! قَالَ: أَمَّا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ؟ يَا ابْنَ آدَمَ، اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي. قَالَ: يَا رَبِّ، كَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ؟! قَالَ: أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ؟ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي؟ يَا ابْنَ آدَمَ، اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي. قَالَ: يَا رَبِّ، كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ؟! قَالَ: اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ، أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي؟» " رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat kelak, “Wahai anak Adam, adalah dahulu Aku sakit sedangkan kamu tidak menziarahi Aku.” Anak Adam akan menjawab, “Bagaimana boleh aku menziarahi-Mu sedangkan Engkau merupakan tuhan sekalian alam?” Allah berfirman, “Adakah tidak kamu mengetahui sesungguhnya hamba-Ku polan telah sakit sedangkan kamu tidak menziarahinya? Adakah tidak kamu mengetahui sesungguhnya jika engkau menziarahinya pasti kamu akan mendapati-Ku di sampingnya?” “Wahai anak Adam adalah dahulu Aku meminta kamu makanan sedangkan kamu tidak memberi-Ku makanan.” Kata anak Adam, “Bagaimana mungkin aku memberi-Mu makan sedangkan Engkau tuhan sekalian alam?” Allah berfirman, “Adakah kamu tidak mengetahui dahulu hamba Ku si polan meminta kamu makanan tetapi kamu tidak memberi kepadanya makanan? Adakah kamu tidak tahu sesunggunya jika kamu memberinya makan pasti kamu mendapati ganjarannya ada bersama-Ku.” “Wahai anak Adam dahulu Aku meminta daripada kamu minuman tetapi kamu tidak memberi Aku minum. Kata anak Adam, “Ya tuhanku bagaimana mungkin aku memberi-Mu minum sedangkan Engkau tuhan sekalian alam? Firman Allah, “Hamba-Ku si polan telah meminta kamu minuman tetapi kamu tidak memberinya minum. Adakah tidak kamu mengetahui sesungguhnya jika kamu memberinya minum pasti kamu akan mendapati ganjarannya ada di sisi Ku.” (Muslim)
(لوجدتني عنده ) Kenyataan yang digunakan untuk menziarahi orang sakit tidak sama dengan kenyataan yang digunakan untuk memberi makan dan minum. Kenyataan untuk orang sakit ialah ‘لوجدتني عنده’ iaitu ‘engkau akan mendapati Aku berada di sisi pesakit’ manakala kenyataan untuk memberi makan dan minum ialah ‘وجدت ذلك عندي’ iaitu ‘engkau akan mendapati (pahalanya) di sisi-Ku’. Ini menunjukkan menziarahi orang sakit lebih besar ganjarannya daripada memberi makan dan minum. (Hasyiah Jurjāni: 2: 184) Hadis ini menceritakan tentang fadilat menziarahi serta memberi makanan dan minuman kepada orang sakit. Bukanlah Allah SWT yang ditimpa sakit tetapi yang dimaksudkan di sini adalah sakit yang ditimpa hamba-hamba-Nya. Allah SWT itu Maha sempurna dan mustahil Allah SWT itu sakit kerana sakit menunjukkan kekurangan sedangkan Allah SWT Maha Suci dari segala kelemahan. Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Hadis ini menguatkan lagi bahawa menziarahi orang sakit itu adalah satu tuntutan kita kepada orang muslim yang lain. Apabila seseorang mukmin itu sakit, Allah SWT semakin dekat dengan hamba-Nya. Bahkan dalam hadis yang lain, وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا“ Jika Allah SWT mencintai suatu kaum, Allah SWT akan menimpakan mereka ujian. Barangsiapa yang reda (akan ujian itu) maka dia akan meraih reda Allah SWT” (HR. Ibnu Majah no. 4031, hadis hasan menurut Syaikh al-Albani) Allah SWT dekat dengan hamba-Nya terutama ketika sakit, sebab itu sakit bukan semata-mata musibah tetapi ia adalah rahmat. Bahkan orang yang disakiti itu menurut ulama doanya mustajab kerana dekatnya dia dengan Allah SWT. Menziarahi orang sakit itu bukan sekadar ziarah tetapi memberi makanan dan minuman atau apa-apa bantuan yang sesuai dengan hajat mereka.
Sahih Muslim
Halaman 6, Hadith 1528
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
7
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: أَنَّ «النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - دَخَلَ عَلَى أَعْرَابِيٍّ يَعُودُهُ، وَكَانَ إِذَا دَخَلَ يَعُودُهُ قَالَ: " لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» ".فقال لَهُ: " «لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» ". قَالَ: كَلَّا، بَلْ حُمَّى تَفُورُ، عَلَى شَيْخٍ كَبِيرٍ، تُزِيرُهُ الْقُبُورَ. فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَنَعَمْ إِذًا " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Ibnu Abbas - berkata sesungguhnya Nabi menziarahi seorang arab badwi yang jatuh sakit. Adalah kebiasaan Baginda apabila menziarahi orang sakit Baginda akan bersabda (kepada si pesakit), “Jangan risau kerana sakit ini akan menyucikan kamu daripada dosa insya-Allah.” Maka Baginda pun mengucapkan kepada si badwi itu, “Jangan risau kerana sakit ini akan menyucikan kamu daripada dosa insya-Allah.” Si arab badwi itu berkata, “Sekali-kali tidak (perkara yang akan berlaku tidaklah seperti yang kau katakan) bahkan demam yang mendidihkan orang tua yang akan membawanya ke kubur. Jawab Baginda dalam keadaan yang kurang selesa dengan jawapan si badwi, “Baiklah kalau begitu.” (Bukhari)
Dalam Rabiʿ ul-Abrar disebutkan nama lelaki di atas iaitu Qais bin Abu Hazim. Hafiz Ibn Hajar berkata aku tidak menemui orang lain yang menyebut nama lelaki ini. Sekiranya ianya mahfuz maka dia bukanlah Qais bin Abi Hazim yang mukhadram, [1] kerana lelaki yang disebutkan dalam hadis di atas meninggal pada zaman Nabi sedangkan Qais bin Abu Hazim yang mukhadram tidak pernah melihat Rasulullah ketika dia Islam dan masih hidup selepas kewafatan Baginda (. (Rabī ʿul-Abrār: 5: 49, Fath ul-Bāri: 6: 705, Mirʿat ul-Mafatih: 5: 218)   Hadis ini menunjukkan seseorang yang sakit itu perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT kerana bukan semua sakit itu musibah sepertimana disebutkan di dalam hadis ini bahawa sakit itu malah menyucikan dosa   Dalam hadis ini dinyatakan bahawa Nabi SAW menziarahi seorang badwi. Ini merupakan satu adab yang sangat tinggi yang diajarkan Baginda kepada umat. Walaupun Baginda seorang yang tinggi kedudukannya namun Baginda tetap menziarahi seorang yang lebih rendah kedudukannya daripada Baginda.   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Seorang yang sakit itu hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah swt kerana antara kasihnya Allah swt kepada hamba-Nya adalah dengan memberi ujian. Antara hikmah dari kompilasi ujian menurut Imam Izz Abd Salam dalam bukunya Fawaid balwa wal mihan, antaranya adalah menaikkan darjat hamba Allah swt Menziarahi pesakit termasuk dalam perbuatan amal kebaikan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan ini antara sunnah yang selalu dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW Kita disunatkan menyebut ayat-ayat yang baik dan menenangkan kepada orang sakit kerana ayat " لَا بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ bukanlah ayat doa tetapi adalah ayat khabar (penceritaan).   [1] Salah seorang perawi hadis yang masyhur. Riwayat beliau ada di dalam kutub sittah. Imam Zahabi berkata di dalam Siyar beliau telah bersafar untuk bertemu dengan Nabi ( namun Baginda ( telah wafat sewaktu beliau masih di dalam perjalanan. Beliau meninggal dunia pada tahun 90H atau sebelumnya seperti di dalam Taqrib.
Sahih Bukhari
Halaman 7, Hadith 1529
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
8
وَعَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِذَا اشْتَكَى مِنَّا إِنْسَانٌ، مَسَحَهُ بِيَمِينِهِ، ثُمَّ قَالَ: " أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا» " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Aisyah berkata, “Adalah Rasulullah apabila salah seorang daripada kami sakit maka Rasulullah akan menyapunya dengan tangan kanan Baginda kemudian berdoa, اذهب الباس رب الناس، واشف انت الشافي، لا شفاء الا شفاؤك،  شفاء لا يغادر سقما Maksudnya, ‘ Hilangkanlah kesusahan ini wahai Rabb kepada manusia, sembuhkanlah sesungguhnya Dikaulah Penyembuh. Tiada syifa melainkan syifa-Mu, syifa yang tidak meninggalkan sebarang penyakit. ’ (Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan disunatkan untuk berdoa dengan doa baginda SAW ini apabila menziarahi orang sakit malah lebih aula (utama) apabila doakan kepada diri sendiri. Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW apabila baginda atau keluarga baginda SAW sakit   Menurut al-Hafiz Ibn Hajar diharuskan meletakkan nama Allah dengan nama yang tiada di dalam al-Quran, tetapi dengan dua syarat, Ia tidak mengambarkan kekurangan. mempunyai asal di dalam al-Quran.   Asy-Syifa’ ini mempunyai asal di dalam al-Quran iaitu di dalam surah asy-Syuʿarāʾ ‘وَإذا مَرِضْتُ فهو يَشْفِينِ’. (al-Fath: 10: 233)   Hadis ini merupakan dalil diperbolehkan ruqyah dengan Al-Quran, zikir dan doa yang diajarkan oleh baginda SAW. Rasulullah saw mengajarkan bahawa apabila seseorang itu sakit maka disunatkan untuk membaca doa ini   Tetapi adakah Al-Quran penyembuh masalah hati Sahaja atau penyembuh hati dan badan sekali? Ibnu Qayyim menyatakan dalam kitabnya Zad al-Ma’ad : Jumhur ulama ahlus Sunnah mengatakan Al-Quran adalah penyembuh sakit samada penyakit hati mahupun penyakit badan berdalilkan   قال الله تعالى: ﴿وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ﴾ (الإسراء ، آية : 82) “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Al-Isra :82)   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Disunatkan untuk berdoa dengan doa baginda SAW ini apabila menziarahi orang sakit malah lebih utama mendoakan diri sendiri. Diperbolehkan untuk ruqyah dengan ayat Al-Quran, zikir dan doa yang diajar oleh baginda SAW Al-Quran adalah ubat penyembuh kepada penyakit hati dan badan. Tetapi dalam masa yang sama kita dikehendaki berikhtiar seperti berjumpa dengan doktor pakar untuk berubat
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 8, Hadith 1530
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
9
وَعَنْهَا قَالَتْ: كَانَ «إِذَا اشْتَكَى الْإِنْسَانُ الشَّيْءَ مِنْهُ أَوْ كَانَتْ بِهِ قَرْحَةٌ أَوْ جُرْحٌ، قَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِأُصْبُعِهِ: " بِسْمِ اللَّهِ، تُرْبَةُ أَرْضِنَا، بِرِيقَةِ بَعْضِنَا، لِيُشْفَى سَقِيمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Aisyah, meriwayatkan bahawa apabila seseorang datang mengadu sakit atau terdapat bisul padanya atau luka maka Baginda akan mengisyaratkan dengan jari Baginda (yakni Baginda meletakkan air liur Baginda yang mulia pada jari Baginda lalu kenakan pada tanah kemudian menyapu pada tempat yang berkenaan sambil membaca doa), بسم الله، تربة ارضنا، بريقة بعضنا، ليشفى سقيمنا، باذن ربنا Maksudnya, ‘ Dengan nama Allah, dengan tanah bumi kami, dengan air liur salah seorang daripada kami, untuk menyembuhkan penyakit kami, dengan izin Tuhan kami. ’ (Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini dinyatakan cara Nabi SAW berubat. Imam Nawawi berkata makna hadis ini ialah Nabi SAW mengambil sedikit daripada air liur pada jari telunjuk Baginda kemudian Baginda meletakkan jari Baginda yang mulia pada tanah. Sedikit tanah melekat pada jari, kemudian Baginda menyapu pada tempat luka sambil membaca doa di atas. (al-Minhāj: 14: 184)   Hadis ini menunjukkan diharuskan melakukan ruqyah daripada setiap sakit dan ianya merupakan satu perkara yang biasa dan diketahui umum dalam kalangan sahabat. (Fath ul-Bāri: 10: 235)   Inilah cara dan doa Nabi untuk menyembuhkan sakit demam. Cara yang Baginda lakukan merupakan cara ilahi, yang difahami oleh Baginda walaupun akal kita tidak mampu untuk memahaminya. Imam Baidāwi berkata ilmu perubatan telah membuktikan bahawa air liur mempunyai kesan yang sangat baik untuk menghentikan luka dan memulihkan tabiat badan. Tanah tempatan pula mempunyai kesan untuk memelihara tabiat badan yang asal dan menolak keburukan yang terhasil kerana benda-benda yang mengubah tabiat badan. Oleh kerana itulah disebutkan bahawa seorang yang ingin bermusafir sayugia membawa sedikit tanah dari tempatnya jika dia tidak mampu membawa sedikit air dari tempatnya. Tujuannya ialah jika di dalam perjalanan dia ingin minum air yang dia tidak biasa minum dan tidak sesuai dengan tabiat tubuhnya maka dia letakkan sedikit tanah tempatnya itu di dalam bekas minuman dan minum daripada bekas itu, supaya ia memelihara dirinya daripada kemudaratan air yang tidak biasa dengan tabiat dirinya. (Tuhfat ul-Abrār: 1: 420)     Imam Nawawi  berkata mengikut jumhur ulama maksud tanah di sini ialah mana-mana tanah dan ada pendapat mengatakan maksudnya ialah tanah Madinah secara khusus kerana keberkatannya. Adapun yang mengatakan tanah dari wadi Buthan iaitu salah satu lembah masyhur di Madinah berdasarkan hadis Tsabit bin Qais RA tetapi Albani mengatakan hadis ini dhaif   Bagaimana pula dengan ruqyah yang dilakukan oleh orang Yahudi atau Nasrani dengan ayat Al-Quran dan zikir? Ulama Hanafiah, Imam Syafie dan Imam Malik membolehkan untuk ruqyah kepada orang Islam. Manakala terdapat riwayat kedua dari Imam Malik mengatakan perbuatan tersebut adalah makruh. Adapun ruqyah orang Islam kepada orang kafir diperbolehkan menurut jumhur ulama (Mausuah kuwaitiyah 13:34-35)    Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Disunatkan untuk berdoa dengan doa baginda SAW ini apabila menziarahi orang sakit malah lebih utama mendoakan diri sendiri. Cara Nabi dalam menyembuhkan sakit dengan tanah dan air liur adalah petunjuk ilahi, walaupun akal tidak dapat memahaminya. Diperbolehkan ruqyah orang islam kepada orang kafir menurut jumhur ulama manakala orang yahudi dan nasrani diperbolehkan ruqyah kepada orang Islam menurut ulama Hanafi, Imam Syafie dan Imam Malik dengan syarat bersumberkan dari Al-Quran dan zikir. Manakala riwayat kedua dari Imam Malik mengatakan perbuatan itu makruh.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 9, Hadith 1531
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
10
وَعَنْهَا قَالَتْ: «كَانَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِذَا اشْتَكَى نَفَثَ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَمَسَحَ عَنْهُ بِيَدِهِ، فَلَمَّا اشْتَكَى وَجَعَهُ الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ، كُنْتُ أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ الَّتِي كَانَ يَنْفِثُ، وَأَمْسَحُ بِيَدِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ قَالَتْ: «كَانَ إِذَا مَرِضَ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ نَفَثَ عَلَيْهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ»
Sayyidatina Aisyah, berkata, “Adalah menjadi kebiasaan Nabi apabila Baginda sakit maka Baginda akan meniup pada dirinya surah-surah muʿauwizat (surah al-Falaq, an-Nas dan al-Ikhlas) lalu menyapu anggota Baginda dengan tangan Baginda. Tatkala Baginda sakit gering akulah yang meniupkan surah-surah muʿauwizat yang sering ditiup Baginda dan aku menyapu dengan tangan Baginda. (Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim, “Apabila ada ahli keluarga Baginda yang sakit maka Baginda akan meniupkan muʿauwizat kepadanya.”
Berkata Al-Mazhari Al-Zaidani : Muʿauwizat  maksudnya ialah surah al-Falaq dan surah an-Nas. Namun kalimah ‘معوذات’ kalimah jamak, sedangkan dua surah itu bukan jamak. Ada tiga sebab yang disebutkan oleh ulama :   Sesetengah ulama berpandangan sekurang-kurang jamak adalah dua bukannya tiga ke atas. Ada yang mengatakan walaupun ia disebut secara jama’ tetapi dimaksudkan dalam hadis ini ialah dua. Dua surah ini dan ayat-ayat yang seumpamanya membawa makna ‘معوذات’iaitu pelindung. Bermaksud bukan dua surah ini sahaja tetapi bersama dengan ayat al-Quran yang lain maka oleh sebab itu disebutkan dengan bentuk jama’ (Al-Mafatih fi Syarh Masabih 2:391, al-Mirqāt: 3: 1126)   Ada ulama mengatakan Muʿauwizat  ialah surah al-Falaq, an-Nas dan juga surah al-Ikhlās. Tetapi surah al-Ikhlās tidak mempunyai ayat taʿwīz. Bagaimana pula boleh dipanggil muawwizāt? Jawabnya ialah ketiga-tiganya surah ini dipanggil muʿawwizāt secara taghlīb. Hafiz Ibn Hajar    berkata, “Pendapat inilah pendapat yang muktamad.” Ada juga pendapat mengatakan termasuk juga surah al-Kāfirūn.   Mulla Ali Qari berkata, “Mengikut riwayat Imam Muslim tidak disebutkan bahawa Nabi saw menyapu. Ia mempunyai kemungkinan bahawa Nabi melakukannya cuma perawi tidak menyebutnya kerana ianya sudah diketahui. Atau ada juga kemungkinan Nabi tidak melakukannya. Ini bermakna, kadang-kadang Nabi menyapu dan kadang-kadang Baginda tidak menyapu dan hanya meniup sahaja. Wallāhu aʿlam.” (al-Mirqāt: 3: 1126)   Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah: Sunnah nabi saw apabila sakit maka dibaca surah-surah muʿauwizat (surah al-Falaq, an-Nas dan al-Ikhlas) dan ditiup lalu pada anggota badan kita. Ulama berbeza pendapat maksud Muʿauwizat namun yang dimaksudkan disini ialah surah al-Falaq, an-Nas dan juga surah al-Ikhlās menurut Hafiz ibn Hajar Ruqyah dengan ayat al-quran dan doa-doa yang baik untuk ruqyah adalah sunnah.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 10, Hadith 1532
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
11
«وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي يَأْلَمُ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ " قَالَ: فَفَعَلْتُ. فَأَذْهَبَ اللَّهُ مَا كَانَ بِي». رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Usman bin Abi al-ʿAsh meriwayatkan bahawa beliau mengadu kepada Rasulullah tentang sakit yang beliau mendapati pada tubuhnya lalu Baginda bersabda, “Letaklah tanganmu di atas tubuhmu yang sakit dan bacalah basmalah sebanyak tiga kali kemudian bacalah doa ini sebanyak tujuh kali, اعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما اجد واحاذر Maksudnya, ‘Aku meminta lindung dengan keagungan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapati dan yang aku tidak sukai.’ Usman berkata, “Aku telah melakukannya dan kesakitanku telah hilang.” (Muslim)
Tangan yang diletak pada tempat yang sakit ialah tangan kanan seperti yang terdapat dalam riwayat-riwayat yang lain. (al-Mirʿāt: 5 :223)   Daripada hadis ini dapat diketahui bahawa jika ada anggota badan kita yang sakit maka disunatkan diletakkan tangan kanan padanya dan membaca doa yang diajarkan Raulullah di atas.
Sahih Muslim
Halaman 11, Hadith 1533
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
12
- وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: «أَنَّ جِبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَشْتَكَيْتَ؟ فَقَالَ: " نَعَمْ ". قَالَ: بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ، أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Saʿid al-Khudri berkata, “Sesungguhnya Jibril datang menemui Nabi lalu berkata, “Ya Muhammad adakah kamu sakit?” Jawab Baginda, “Ya.” Maka Jibril membaca doa, ،بسم الله ارقيك، من كل شيء يؤذيك، من شر كل نفس، او عين حاسد الله يشفيك، بسم الله ارقيك ‘Dengan nama Allah aku melindungimu daripada setiap perkara menyakitimu jiwa yang jahat dan yang dengki. Allah yang akan menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku membaca rukyah kepadamu.’ (Muslim)
Ini adalah doa dari Malaikat Jibril, yang paling mulia di antara para malaikat, kepada Nabi Muhammad, yang paling mulia di antara para rasul. Beliau berkata, "Adakah engkau mengeluh (sakit)?" Nabi menjawab, "Ya." Dan dari ini, terdapat petunjuk bahawa adalah dibenarkan bagi seseorang yang sakit untuk memberitahu orang lain bahawa mereka sakit ketika ditanya. Ini bukanlah dikira sebagai pengaduan.    Baginda berkata, "Dari kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki, Allah akan menyembuhkanmu." Dari kejahatan setiap jiwa, sama ada jiwa manusia, jiwa jin, atau lain-lain, atau dari mata yang dengki, yang orang sebut sebagai "mata yang dengki." Ini kerana orang yang dengki, benci jika Allah memberkati hamba-hamba-Nya dengan nikmat-Nya. Jiwa mereka jahat dan rakus, dan dari jiwa jahat dan rakus  ini, keburukan mungkin menimpa orang yang iri. Oleh itu, dikatakan, "Atau dari mata yang dengki, Allah akan menyembuhkanmu," yang bermaksud Dia akan menyembuhkanmu dan menghilangkan penyakitmu.   Baginda berkata, "Dengan nama Allah, aku meruqyahmu." Baginda memulai dengan Bismalah pada awal doa dan di akhir doa.   Beberapa pengajaran Hadis 1.Ini menunjukkan bahawa adalah dibenarkan untuk memberitahu tentang penyakit tanpa mengeluh atau merasa terganggu. 2.Kebolehan meruqyah dengan menggunakan Nama dan Sifat Allah. 3.Pengesahan kesan dengki, dan bahawa mata dengki dapat memiliki kesan buruk pada orang yang terkena. 4.Penggalakan menggunakan doa-doa yang disebutkan dalam hadis untuk meruqyah. 5.Bahawa Nabi SAW seperti manusia lain, boleh mengalami penyakit. (Behjatul al-Nazirin Syarah Riyadussolihin oleh Sheikh Dr Salim Eid al-Hilali; Kunuz min Riyadussolihin selian Sheikh Dr Hamad al-'Ammar.
Sahih Muslim
Halaman 12, Hadith 1534
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
13
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ: "أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ" وَيَقُولُ: "إِنَّ أَبَاكُمَا كَانَ يُعَوِّذُ بِهَا إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ». رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ  وَفِي أَكْثَرِ نُسَخِ "الْمَصَابِيحِ": "بِهِمَا" عَلَى لَفْظِ الثَّنْيَةِ
Abdullah bin Abbas - berkata, “Rasulullah pernah membaca doa pelindung kepada Hasan dan Husain -iaitu, اعيذكما بكلمات الله التامة، من كل شيطان وهامة، ومن كل عين لامة ‘Aku melindungimu dengan nama-nama Allah yang sempurna daripada segala syaitan daripada kalangan jin dan manusia, dan binatang yang berbisa serta daripada setiap penyakit yang boleh menimpa manusia (seperti penyakit gila dan cacat akal).’ Baginda bersabda, “Sesungguhnya bapa kamu dahulu pun membaca doa perlindungan ini kepada Ismail dan Ishak.” (Bukhari)  Dalam kebanyakan nuskhah Masabih dengan lafaz tasniah iaitu ‘بهما’.
(بكلمات الله التامة ) Maksud kalimah-kalimah Allah di sini ialah nama-nama-Nya yang mulia dan kitab-kitab-Nya yang diturunkan.   (شيطان ) Syaitan di sini merangkumi daripada kalangan jin dan manusia.   (وهامة ) Maksud kalimah ini ialah binatang yang berbisa yang boleh membunuh. Jamaknya ialah ‘هوام’ . Jika bisanya tidak boleh membunuh maka ia dipanggil ‘لامة’ . Kadang-kadang kalimah ‘هوام’ digunakan juga untuk setiap yang melata walaupun tidak membunuh seperti serangga-serangga. (an-Nihāyah: 1012)   (لامة ) Maksud kalimah ini ialah setiap keburukan yang boleh menimpa insan seperti penyakit gila dan cacat akal. (al-Fath: 6: 460)   (وفي اكثر نسخ المصابيح بهما على لفظ الثنية ) Kata Khatīb Tibrīzi, dalam kebanyakan nuskhah Masābīh ‘بهما’ iaitu dengan damir tasniah. Kata Imām Tībi “Kemungkinan ianya kesilapan nāsikh.” Namun mengikut nuskhah Sahih Bukhari versi Yunini pada kalimah ‘بها’ ada isyarat bahawa mengikut nuskhah Ibn Asākir dan Abul Waqt kalimahnya ialah ‘بهما’ .
Sahih Bukhari
Halaman 13, Hadith 1535
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
14
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ» ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan daripadanya maka Allah akan menimpakan kepadanya musibah.” (Bukhari)
Hadis ini memberitahu bahawa Allah akan menguji hamba yang disayangi-Nya. Ujian itu tanda rahmat Allah kepada hamba-Nya. Seorang yang diuji oleh Allah tanda Allah inginkan kebaikan daripada dirinya.
Sahih Bukhari
Halaman 14, Hadith 1536
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
15
وَعَنْهُ، وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ، وَلَا وَصَبٍ، وَلَا هَمٍّ، وَلَا حُزْنٍ، وَلَا أَذًى، وَلَا غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا خَطَايَاهُ» " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah dan Abu Saʿid - meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Tidaklah menimpa seorang Islam kepenatan, setiap sakit (apa sahaja jenis sakit), setiap kerisauan, setiap kesedihan, setiap perkara yang menyakiti dan setiap dukacita sehingga tercucuk duri sahaja pun melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya kerana perkara-perkara tersebut. (Bukhari da Muslim)
Dosa yang diampunkan ialah dosa kecil sahaja. Dosa besar akan diampunkan dengan bertaubat.   Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa musibah yang menimpa seorang itu akan menjadi kaffarah bagi dosa yang setimpal dengannya. Jika dia reda maka dia diberi pahala. Jika orang yang ditimpa musibah itu tidak mempunyai dosa maka akan diberikan kepadanya pahala sebagai ganti kaffarah dosa. (al-Fath: 10: 120)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 15, Hadith 1537
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
16
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَهُوَ يُوعَكُ، فَمَسِسْتُهُ بِيَدِي فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا. فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " أَجَلْ، إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ ". قَالَ: فَقُلْتُ: ذَلِكَ لِأَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ؟ فَقَالَ: " أَجَلْ ". ثُمَّ قَالَ: " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلَّا حَطَّ اللَّهُ تَعَالَى بِهِ سَيِّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا» " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abdullah bin Masʿud berkata, “Aku bertemu Nabi sedangkan ketika itu Baginda sedang sakit lalu aku menyentuhnya dengan tanganku seraya berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya tuan mengalami sakit yang agak teruk.” Jawab Baginda, “Ya, sesungguhnya aku mengalami sakit seperti sakit dua orang di kalangan kamu.” Abdullah bin Masʿud berkata. “Lalu aku bertanya, “Tuan sakit sebegini adalah kerana tuan akan mendapat dua ganjaran?” Jawab Baginda, “Ya.” Kemudian Baginda bersabda lagi, “Tidaklah seorang Islam pun yang tertimpa perkara yang menyusahkannya sama ada sakit atau selainnya melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya sepertimana pokok menggugurkan daun-daunnya.” (Bukhari dan Muslim)
Pahala bagi kesabaran dalam menghadapi ujian secara umum dan penyakit secara khusus sangat besar di sisi Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Ini disebabkan Allah telah menjadikan ujian sebagai penghapus dosa-dosa bagi orang mukmin dan sebagai kenaikan darjat bagi mereka. Para nabi adalah yang paling banyak diuji di antara manusia, dan Nabi SAW diuji dan telah menunjukkan kesabaran.   Dalam hadis ini, Abdullah bin Mas'ud,  meriwayatkan bahawa dia menjenguk Rasulullah, SAW ketika beginda sakit dan mengalami penderitaan yang kuat. Baginda mengalami demam yang parah, atau rasa sakit dan keletihan. Abdullah menyentuh baginda dengan tangannya dan berkata, "Wahai Rasulullah, engkau sedang mengalami sakit yang sangat parah!" Rasulullah menjawab, "Ya, aku mengalaminya seperti dua orang di antara kamu." Ini bererti baginda merasakan demam seperti dua orang di antara mereka atau merasa keletihan dan sakit seperti dua orang di antara mereka. Abdullah bin Mas'ud bertanya, "Adakah ini suatu pahala untukmu?" Rasulullah, SAW, "Ya." Kemudian baginda memberitahunya bahawa setiap kali seorang Muslim terkena gangguan, termasuk penyakit dan cubaan lainnya, Allah mengampuni dosa-dosanya kerana itu. Dosa-dosanya terlepas dari dirinya seperti dedaunan yang jatuh dari pohon, ertinya mereka gugur setelah mengering. Baginda mengibaratkan penghapusan dosa-dosa dengan cepat seperti keadaan pohon yang melepaskan dedaunan dengan cepat akibat angin musim gugur, sehingga pohon menjadi gondol.   Dalam hadis ini, ditekankan keutamaan kesabaran dalam menghadapi penyakit dan kesulitan. Ia menekankan bahawa kesabaran menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat kesalahan.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 16, Hadith 1538
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
17
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ أَحَدًا الْوَجَعُ عَلَيْهِ أَشَدُّ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Aisyah berkata, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sakit lebih teruk daripada Baginda.” (Bukhari dan Muslim)
Orang yang paling banyak diuji adalah para nabi, kemudian yang paling mendekati mereka, dan seterusnya secara berperingkat. Seseorang diuji sejajar dengan kekuatan imannya. Jika dalam agamanya terdapat ketegasan, maka ujiannya akan lebih berat. Jika dalam agamanya terdapat kelembutan, maka ujiannya akan sejajar dengan itu. Tiada keraguan bahawa Nabi, SAW adalah yang paling mempunyai keimanan yang sempurna, yang paling bertakwa di kalangan makhluk-makhluk Allah, Mahasuci dan Maha Tinggi. Oleh itu, baginda diuji dengan pelbagai jenis ujian.   Dalam hadis ini, Aisyah, memberitahu bahawa baginda tidak melihat sesiapa yang mengalami penyakit lebih parah daripada Rasulullah SAW. Mungkin salah satu sebab peningkatan kesakitan di kalangan para nabi Allah adalah kerana keyakinan yang amat kuat, kesabaran yang tinggi, dan kesiapan untuk menghadapinya. Ini adalah untuk menjadi teladan bagi pengikut-pengikut mereka dalam perkara-perkara tersebut, dan untuk menyempurnakan pahala mereka serta menyebarkan kebaikan bagi mereka.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 17, Hadith 1539
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
18
وَعَنْهَا قَالَتْ: «مَاتَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَيْنَ حَاقِنَتِي وَذَاقِنَتِي، فَلَا أَكْرَهُ شِدَّةَ الْمَوْتِ لِأَحَدٍ أَبَدًا بَعْدَ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» -. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Aisyah  berkata, “Nabi wafat di antara tulang selangkaku dan daguku. Aku tidak lagi menyangka buruk terhadap seseorang yang mati dalam kesakitan maut selepas aku melihat kematian Nabi.” (Bukhari)
Sayyidatina Aisyah menyangka bahawa kematian yang susah itu kerana dosa yang dilakukan. Tetapi setelah beliau melihat kewafatan Nabi maka beliau mengetahui bahawa kematian yang susah bukan kerana dosa. Kesusahan itu mungkin kerana ingin ditinggikan darjat di akhirat. Begitulah juga kematian yang mudah itu bukanlah tanda karamah atau kewalian seseorang.   Kenapakah Nabi dilihat berat ketika hendak meninggal dunia? Jawapannya adalah kerana perasaan cemas Baginda untuk bertemu dengan Allah. Keadaan ini sama seperti keadaan seorang yang pergi menunaikan umrah dan melihat kaabah pada kali pertama. Baginda juga kelihatan sedemikian kerana kelembutan jasad mulia Baginda.
Sahih Bukhari
Halaman 18, Hadith 1540
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
19
وَعَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ الْخَامَةِ مِنَ الزَّرْعِ، تُفَيِّئُهَا الرِّيَاحُ، تَصْرَعُهَا مَرَّةً وَتَعْدِلُهَا أُخْرَى، حَتَّى يَأْتِيَ أَجَلُهُ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ الْأَرْزَةِ الْمُجْذِيَةِ الَّتِي لَا يُصِيبُهَا شَيْءٌ، حَتَّى يَكُونَ انْجِعَافُهَا مَرَّةً وَاحِدَةً» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Kaʿab bin Malik meriwayatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Perumpamaan orang mukmin adalah seperti satu ranting daripada tanaman yang ditiup angin lalu menyebabkan dia akan tertolak ke tepi dan kemudian kembali ke tempat asalnya sehinggalah tiba ajalnya. Perumpamaan bagi orang munafik pula adalah seperti sebatang pokok yang tetap teguh berdiri yang mana tidak tertimpa sesuatu pun padanya sehinggalah dia terpotong atau tercabut. (Bukhari dan Muslim)
Permisalan kehidupan orang mukmin ialah seperti ranting lembut yang ditiup angin. Kadang-kadang ia tertunduk dan kadang-kadang ia tegak kembali. Begitulah kehidupan orang beriman. Kesusahan, musibah dan kesakitan menyebabkan dia terjatuh dan menyusahkannya. Kesihatan dan kegembiraan pula menyebabkan dia berasa seronok.   Akan tetapi permisalan orang munafik pula seperti pokok yang tetap teguh berdiri, tidak terkesan dengan angin pun. Namun pasti akan datang waktu yang dia terus tumbang. Begitulah halnya orang munafik, walaupun dia kelihatan sentiasa senang dan mudah, gembira namun apabila datang tangkapan Allah maka dia akan terus jatuh.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 19, Hadith 1541
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
20
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ الزَّرْعِ لَا تَزَالُ الرِّيحُ تُمِيلُهُ، وَلَا يَزَالُ الْمُؤْمِنُ يُصِيبُهُ الْبَلَاءُ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ كَمَثَلِ شَجَرَةِ الْأَرْزَةِ لَا تَهْتَزُّ حَتَّى تَسْتَحْصِدَ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman. Sentiasalah angin mencondongkannya (yakni) berterusanlah orang mukmin itu diuji. Perumpamaan orang munafik pula adalah seumpama sejenis pokok yang kuat tidak bergerak-gerak sehinggalah ia ditebang. (Bukhari dan Muslim)
Kesusahan yang dialami seorang munafik di dunia ini lebih ringan supaya pembalasannya di kiamat lebih berat. Keadaan ini berbeza dengan keadaan orang mukmin. Kesusahan yang dialami olehnya di dunia ini berat supaya lebih ringan pembalasannya di hari kiamat kelak.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 20, Hadith 1542
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
21
وَعَنْ جَابِرٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى أُمِّ السَّائِبِ فَقَالَ: مَا لَكِ تُزَفْزِفِينَ؟! " قَالَتِ: الْحُمَّى - لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا - قَالَ: " لَا تَسُبِّي الْحُمَّى  فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ» " رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah masuk berjumpa Ummu Saib, lalu bersabda, “Mengapakah kamu menggigil?”. Jawab beliau, “Demam. Allah tidak memberkatinya.” Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mencaci demam kerana demam itu menghapuskan dosa anak Adam seperti mana dapur tempa menghilangkan kotoran besi”. (Muslim)
(ام السائب ) Terdapat perbezaan riwayat dalam menentukan wanita yang diziarahi Rasulullah. Mengikut nuskhah Misykat wanita tersebut ialah Ummu Saib tanpa syak. Mengikut riwayat Muslim terdapat syak Ummu Saib atau Ummu al-Musayyib.   (تزفزفين) Dengan ‘ الزاي ’ yang berasal dari kalimah ‘التزفزف’. Sebahagian nuskhah dibaca dengan ‘ الراء ’ daripada kalimah ‘ الترفرف ’. Maknanya ialah ‘ الارتعاد ’ iaitu menggigil.   Hadis ini mengajar kita bahawa jika kita sakit demam maka janganlah kita mencela demam itu dan mengeluh kerana ia merupakan kaffarah bagi dosa. Bukan sahaja demam bahkan setiap kesusahan yang menimpa seorang mukmin merupakan kaffarah bagi kesalahan yang dilakukannya.   Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Allah mengampunkan seluruh dosa seorang mukmin kerana demam satu malam sahaja. Diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Dardāʿ bahawa demam satu malam ialah kaffārah dosa setahun. [1]   [1 ] Dua  asar (hadis) ini disebutkan oleh Imam Suyuti di dalam kitab beliau Kasyful Ghumma fi Fadlil Humma (waraqah 7). Berlaku tashif di dalam Mazahir Haq ‘ ابو داود ’ oleh itu hendaklah dibetulkan. Wallahu aʿalam.
Sahih Muslim
Halaman 21, Hadith 1543
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
22
وَعَنْ أَبِي مُوسَى - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ بِمِثْلِ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا» ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Abu Musa berkata Rasulullah bersabda, “Apabila seorang hamba itu sakit atau bersafar maka akan ditulis untuknya ganjaran pahala sepertimana kebiasaan amalannya ketika dia tidak bersafar dan dalam keadaan sihat.” (Bukhari)
Jika seorang mempunyai satu amalan yang sering dilakukannya lalu dia sakit atau bersafar atau terdapat apa-apa halangan yang lain yang menyebabkan dia tidak dapat menunaikan amalan yang sering dilakukannya itu dan dia berniat jika tiada halangan ini pasti dia akan melakukanya maka dia tetap akan mendapat ganjaran daripada amalan tersebut.   Satu keadaan seorang itu meninggalkan amalan kerana malas. Satu keadaan lagi ialah seorang itu meninggalkan amalan kerana ada halangan seperti sakit atau safar. Dalam keadaan kedua ini pahala amalan itu akan tetap ditulis untuknya.
Sahih Bukhari
Halaman 22, Hadith 1544
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
23
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الطَّاعُونُ شَهَادَةُ كُلِّ مُسْلِمٍ» " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah, “Taun adalah syahadah setiap orang Islam.” (Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menceritakan mengenai taun. Apakah itu taun? Adakah ia nama bagi penyakit yang khusus atau ianya wabak? Di dalam Fath ul-Bāri, Hafiz Ibn Hajar menukilkan takrif-takrif taun yang diambil daripada ahli lughah, fuqahā dan juga ahli perubatan. Kemudian beliau membuat kesimpulan bahawa hakikat taun ialah bengkak yang berlaku kerana darah yang pecah lalu merosakkan anggota tubuh. Adapun menggunakan kalimah taun untuk makna wabak penyakit maka ianya majāz. (al-Fath: 10: 205)   Ada pendapat mengatakan taun merupakan satu penyakit yang khusus yang terkena pada anggota yang lembut seperti ketiak atau tempat luka yang menyebabkan luka itu bewarna hitam.   Hadis ini menyebut bahawa taun merupakan mati syahid bagi orang Islam. Namun untuk mendapat pahala mati syahid ini ada tiga syarat yang disebutkan pada hadis ke-25 iaitu, Dia tetap tinggal di tempat yang terkena taun. Dia bersabar. Dia meyakini bahawa tidak akan menimpanya sesuatu keburukan pun kecuali keburukan yang Allah telah tetapkan untuknya. Jika dia tetap tinggal di tempat yang terkena taun tetapi hatinya sentiasa merasa bimbang maka dia tidak dapat ganjaran syahadah. Begitulah juga jika dia terkena taun lalu menyesal kerana tidak keluar dan menyangka kalaulah saya tinggalkan tempat ini sudah tentulah saya tidak akan terkena penyakit taun. Orang seperti ini juga tidak beroleh ganjaran mati syahid.   Seorang yang tetap tinggal di tempat yang merebak taun dan bersabar serta betul keyakinannya akan memperoleh ganjaran mati syahid, sama ada dia mati kerana taun, atau dia sembuh, atau dia tidak terkena langsung taun. (Fath ul-Bāri: 10: 219)   (شهادة كل مسلم) Di dalam nuskhah Misykat kalimah ‘ شهادة ’ menjadi mudaf kepada kalimah selepasnya. Namun mengikut nuskhah sahih Bukhari dan Muslim matan hadisnya tanpa idafat iaitu,  شهادة لكل مسلم
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 23, Hadith 1545
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
24
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِيقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Ada lima jenis syahid iaitu mati kerana taun, mati sakit perut, mati lemas, mati di bawah runtuhan dan yang mati di jalan Allah”. (Bukhari dan Muslim)
(والغريق ) Maksudnya ialah orang yang mati lemas di dalam air. Dia lemas di dalam air bukan dengan pilihan hatinya dan tiada niat untuk membunuh diri. Orang ini mendapat pahala mati syahid. Begitulah juga halnya seorang yang mati lemas apabila kapal yang dinaikinya itu tenggelam. Para penumpang kapal itu juga mendapat pahala syahid. Kata Mulla Ali Qari zahirnya ia disyaratkan dengan seorang yang bersafar di laut dengan safar yang tidak haram.   Mereka yang mati dalam salah satu keadaan di atas akan mendapat ganjaran mati syahid. Mati syahid mempunyai tiga bahagian, Syahid akhirat dan dunia: Seorang yang meninggal dunia dalam peperangan melawan orang kafir. Mereka diberi hukum syahid di dunia dan juga di akhirat. Syahid akhirat: Seorang yang jenis kematiannya mendapat ganjaran syahid seperti orang yang mati kerana penyakit taun. Walaupun di dunia kematian mereka diuruskan seperti kematian yang lain tetapi di akhirat mereka akan memperoleh ganjaran mati syahid. Syahid dunia: Seorang yang mati dalam medan peperangan kerana melawan orang kafir tetapi mempunyai niat yang tidak baik seperti mencari kemasyhuran. Walaupun di dunia jenazah mereka diuruskan seperti jenazah seorang yang mati syahid tetapi tiada ganjaran syahid yang akan diperolehi di akhirat.   Empat golongan yang pertama yang disebutkan dalam hadis di atas merupakan syahid akhirat dan ianya syahid majazi. Golongan yang kelima merupakan syahid dunia dan akhirat dan ianya syahid hakiki atau hukmi.   Di dalam hadis ini disebutkan lima golongan yang mendapat pahala syahid. Adalah penting di sini untuk dijelaskan bahawa terdapat banyak lagi mereka yang mendapat pahala syahid majazi selain daripada empat golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas yang datang penyebutannya di dalam hadis-hadis yang lain. Imam Suyuti telah mengumpulkan golongan syahid hukmi di dalam risalah beliau yang betajuk ‘ ابواب السعادة في اسباب الشهادة ’. Di akhir kitab akan disebutkan golongan syahid hukmi insya-Allah.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 24, Hadith 1546
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
25
وَعَنْ عَائِشَةَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا – قَالَتْ: «سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عَنِ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَنِي: " أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا، يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ» رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ "
Aisyah berkata, “Aku bertanya Rasulullah mengenai wabak taun.” Lalu Baginda memberitahuku bahawa, “Sesungguhnya wabak taun ini adalah azab daripada Allah ke atas sesiapa yang dikehendakinya dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai rahmat kepada orang mukmin. Tidaklah seseorang itu terkena penyakit taun lalu dia tetap berada di tempatnya dalam keadaan sabar dan mengharapkan ganjaran, hal keadaan meyakini bahawa tidak akan tertimpa kepadanya sesuatu pun melainkan yang Allah sudah tetapkan untuknya melainkan dia akan mendapat ganjaran pahala syahid”. (Bukhari)
Hadis ini menerangkan kelebihan orang yang berada pada tempat yang terkena penyakit taun. Penerangannya telah lalu pada hadis ke-23.   Hadis ini menunjukkan bahawa taun itu merupakan azab dan juga rahmat. Ia menjadi azab bagi orang-orang kafir dan menjadi rahmat bagi orang-orang mukmin.   Taun menjadi rahmat bagi orang beriman kerana seorang mukmin yang diuji dengannya dan bersabar akan mendapat pahala syahid, sedangkan bagi orang kafir taun ini seolah-olah azab yang disegerakan kepada mereka di kehidupan dunia ini sebelum akhirat.
Sahih Bukhari
Halaman 25, Hadith 1547
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
26
وَعَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الطَّاعُونُ رِجْزٌ أُرْسِلَ عَلَى طَائِفَةٍ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ، أَوْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ، وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Usamah bin Zaid - berkata Rasulullah bersabda, “Taun adalah satu bentuk azab yang dihantar kepada satu kelompok daripada kalangan Bani Israil atau pun daripada mereka yang sebelum kamu. Jika kamu mendengar bahawa di sebuah tempat itu ditimpa wabak taun maka janganlah kamu pergi ke sana. Sekiranya datang wabak taun di tempat yang mana kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.” (Bukhari dan Muslim)
Golongan Bani Israil yang disebutkan di atas ialah golongan yang diperintahkan oleh Allah untuk masuk ke Bait ul-Maqdis dalam firman-Nya,   واذ قلنا ٱدخلوا هذه ٱلقرية فكلوا منها حيث شئتم رغدا وٱدخلوا ٱلباب سجدا وقولوا حطة نغفر لكم خطيكم وسنزيد ٱلمحسنين ٥٨ “Ingatlah ketika Kami berfirman, “Masuklah ke kota (Bait ul-Maqdis) dan makanlah apa yang ada di dalamnya mengikut apa yang kamu suka tanpa sebarang halangan dan masuklah pintunya dalam keadaan menundukkan diri dan katakanlah, “(Permintaan kami) ialah Engkau mengampuni dosa-dosa kami. Nescaya Kami akan ampunkan dosa-dosa kamu dan Kami akan tambahkan pahala untuk orang-orang yang melakukan kebaikan (ketaatan).” (al-Baqarah: 58)   Sebahagian daripada mereka telah mengingkari perintah itu dan memasuki pintu dalam keadaan menundukkan badan mereka sambil berpusing ke arah belakang dan berkata, ‘ حبة في شعرة ’ yang bermaksud gandum bukan ‘ حطة ’ yang bermaksud ampunkan dosa-dosa kami. (al-Jalālain)   Allah menghantar azab taun kepada mereka. Seramai 24,000 orang yang mati kerana azab tersebut.   (فاذا سمعتم به بارض) Di dalam hadis ini Nabi berpesan dua perkara jika berlaku penyakit taun, Jika kita berada di luar daripada tempat yang terkena wabak taun maka janganlah kita masuk ke dalamnya. Hikmahnya ialah supaya kita terselamat daripada kebinasaan dan supaya aqidah kita tidak rosak. Jika kita berada di dalam tempat yang terkena penyakit taun maka janganlah kita keluar dan meninggalkan tempat tersebut. Hikmahnya ialah jika di dalam tempat taun itu tidak ada orang yang sihat siapa pula yang ingin menguruskan orang yang terkena penyakit taun?
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 26, Hadith 1548
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
27
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: " «قَالَ اللَّهُ - سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى -: إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِي بِحَبِيبَتَيْهِ ثُمَّ صَبَرَ، عَوَّضْتُهُ مِنْهُمَا الْجَنَّةَ» " يُرِيدُ عَيْنَيْهِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Anas berkata aku mendengar Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, “Apabila Aku menguji dua benda yang dikasihi hamba Ku kemudian dia bersabar maka Aku akan menggantikan kedua-duanya dengan syurga”. (Bukhari)
Allah akan menggantikan mata orang yang buta di dunia dan bersabar dengan syurga sama ada dia akan masuk syurga bersama orang-orang yang masuk awal ke dalamnya atau dia akan memasuki syurga tanpa hisab atau dia mempunyai kedudukan yang khusus di dalam syurga. Walau bagaimanpun ganjaran ini untuk sabar pada kali pertama.   Oleh itu seorang yang buta janganlah dia mengeluh dengan keadaannya. Diceritakan bahawa seorang lelaki telah buta pada akhir umurnya. Apabila orang ramai bertanya kepadanya maka dia berkata, “Inilah perkara yang aku inginkan. Aku inginkan bersendirian dengan Allah.”
Sahih Bukhari
Halaman 27, Hadith 1549
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
28
عَنْ عَلِيٍّ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: " «مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَأَبُو دَاوُدَ
Ali berkata aku mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorang Islam yang menziarahi orang Islam yang lain yang sakit pada waktu pagi melainkan 70,000 (tujuh puluh ribu) malaikat akan mendoakan rahmat untuknya sehingga ke petang. Tidaklah juga dia menziarahinya pada waktu petang melainkan 70,000 (tujuh puluh ribu) malaikat akan mendoakan rahmat untuknya sehingga ke pagi. Dia akan diberikan sebuah kebun di dalam syurga”. (Abu Daud)
Apabila kita pergi mana-mana seperti menziarahi orang sakit, melakukan jaulah, pergi ke majlis, maka berniatlah ingin menziarahi orang Islam. Insya-Allah pahalanya sampai ke subuh atau sampai ke petang. Sifat menginginkan kelebihan (ihtisab) sangat penting dalam amalan.
Sahih - Albani in al-Silsilah al-Sahihah
Halaman 28, Hadith 1550
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
29
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: عَادَنِي النَّبِيُّ مِنْ وَجَعٍ كَانَ بِعَيْنِي». رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَأَبُو دَاوُدَ
Zaid bin Arqam berkata, “Nabi pernah menziarahi aku kerana sakit pada mataku.” (Abu Daud)
Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan menziarahi orang sakit walaupun sakit yang dialaminya bukanlah sakit yang berat. Menziarahinya tetap memperoleh ganjaran menziarahi orang sakit. Begitulah hukumnya mengikut mazhab Syafiʿi tanpa membezakan adakah ia sunat muakkad atau tidak. (al-Majmūʿ: 3: 91)
Hasan - Ibn Hajar Asqalani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 29, Hadith 1551
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
30
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، وَعَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مُحْتَسِبًا، بُوعِدَ مِنْ جَهَنَّمَ مَسِيرَةَ سِتِّينَ خَرِيفًا» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya kemudian dia menziarahi saudara Islamnya yang sakit dalam keadaan dia meyakini terhadap ganjaran maka akan dijauhkannya daripada neraka sejauh enam puluh tahun perjalanan.” (Abu Daud)
Disunatkan mengambil wuduk ketika ingin menziarahi orang sakit seperti yang disebut oleh Hafiz Irāqi di dalam nazamnya.   Mengapakah seorang yang ingin menziarahi orang sakit disuruh berwuduk? Kerana menziarahi orang sakit itu ibadat dan ibadat itu lebih afdal dilakukan dalam keadaan berwuduk. Doa orang yang mempunyai wuduk juga lebih mustajab. Oleh itu orang yang menziarahi pesakit dalam keadaan berwuduk bolehlah mendoakan afiat untuk si pesakit.
Dhaif - Albani in Dhaif Abi Dawud
Halaman 30, Hadith 1552