url
stringclasses
31 values
title
stringclasses
31 values
paragraph_number
stringclasses
243 values
ar
stringlengths
35
7.38k
bm
stringlengths
43
12.8k
syarh_bm
stringlengths
0
13.9k
status
stringlengths
0
167
info
stringlengths
0
48
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
31
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا فَيَقُولُ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ، إِلَّا شُفِيَ، إِلَّا أَنْ يَكُونَ قَدْ حَضَرَ أَجَلُهُ» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَالتِّرْمِذِيُّ
Ibnu ʿAbbas - meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak ada mana-mana orang Islam yang menziarahi saudara Islamnya yang sakit lalu dia membacakan doa (yang akan disebutkan di bawah) sebanyak tujuh kali melainkan pesakit itu akan sembuh kecuali ajalnya telah tiba.” Doa itu ialah, اسال الله العظيم، رب العرش العظيم ان يشفيك Maksudnya, ‘Aku meminta kepada Allah Zat Yang Maha Agung, Pemilik ʿarasy yang Agung supaya memberi kesembuhan kepadamu.’ (Abu Daud, Tirmizi)
Mengunjungi orang sakit adalah hak seorang Muslim terhadap saudaranya yang meningkatkan kasih sayang dan keakraban di antara anggota-anggota umat Islam.   Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seorang hamba Muslim yang menjenguk orang sakit, kemudian hamba tersebut mengucapkan doa ini tujuh kali:   أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ 'Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Rabb Arasy yang Maha Agung, agar Dia menyembuhkanmu,' kecuali orang yang sakit tersebut akan disembuhkan, kecuali jika sudah datang ajalnya." Dalam kunjungannya kepada orang sakit, pengunjung mengucapkan doa ini tujuh kali, dan dengan berkat dan kemurahan Allah yang Mahasuci dan Maha Tinggi, Allah akan menyembuhkan orang sakit tersebut. Dikatakan bahawa hasil ini, iaitu kesembuhan, terjadi ketika syarat-syarat lain untuk dikabulkan doa dipenuhi. Dikatakan pula bahawa makna hadis ini adalah dalam keadaan umumnya orang sakit akan sembuh, namun bukanlah suatu syarat bahawa setiap orang yang menerima doa ini pasti sembuh (apatah lagi ajalnya tiba).   Manfaat dari hadis ini antara lain: Mendorong kita untuk mendoakan orang sakit dengan doa ini dan mengulanginya tujuh kali. Kesembuhan akan berlaku bagi yang dibacakan doa ini dengan izin Allah, jika doa itu diucapkan dengan keikhlasan dan kebaikan Allah SWT menjanjikan agar doa hamba-hamba-Nya akan dimakbulkan (Behjatul Nazirin Syarah Riyadussolihin oleh Sheikh Dr Salim Eid al-Hilaly, Kunuz Riyadussolihin selian Sheikh Dr Hamad al-Ammar)
Hasan - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Syarah al-Sunnah
Halaman 31, Hadith 1553
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
32
وَعَنْهُ: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يُعَلِّمُهُمْ مِنَ الْحُمَّى وَمِنَ الْأَوْجَاعِ كُلِّهَا أَنْ يَقُولُوا: " بِسْمِ الله الْكَبِيرِ، أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ» " رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا يُعْرَفُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ إِسْمَاعِيلَ، وَهُوَ يضعف فِي الْحَدِيثِ
Ibnu ʿAbbas - meriwayatkan bahawa Nabi mengajar para sahabat sekiranya didatangi demam dan semua jenis penyakit supaya membaca, بِسْمِ الله الْكَبِيرِ، أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ Maksudnya,  "Dengan nama Zat yang Maha Besar. Aku meminta perlindungan dengan Allah yang Maha Agung daripada keburukan setiap urat yang membengkak dan setiap keburukan kepanasan api."  (Tirmidhi. Beliau berkata, hadis gharib, tidak diketahui ia melainkan daripada hadis Ibrahim bin Ismail. Beliau didaifkan dalam hadis.)
(مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ) Maksudnya ialah urat yang membengkak. Ia berlaku kerana darah tidak berjalan lalu menjadi sebab kepada berlakunya penyakit.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 32, Hadith 1554
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
33
وَعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: " «مَنِ اشْتَكَى مِنْكُمْ شَيْئًا أَوِ اشْتَكَاهُ أَخٌ لَهُ، فَلْيَقُلْ: رَبُّنَا اللَّهُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ، تَقَدَّسَ اسْمُكَ، أَمْرُكَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، كَمَا رَحْمَتُكَ فِي السَّمَاءِ، فَاجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِي الْأَرْضِ، اغْفِرْ لَنَا حُوبَنَا وَخَطَايَانَا، أَنْتَ رَبُّ الطَّيِبِينَ، أَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ، وَشِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ، عَلَى هَذَا الْوَجَعِ فَيَبْرَأُ» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Abu Dardaʾ berkata aku mendengar Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang sakit di kalangan kamu atau saudaranya yang sakit maka hendaklah dia membaca, ربنا الله الذي في السماء، تقدس اسمك، امرك في السماء والارض، كما رحمتك في السماء، فاجعل رحمتك في الارض، اغفر لنا حوبنا وخطايانا، انت رب الطيبين، انزل رحمة من رحمتك،  وشفاء من شفائك، على هذا الوجع Maksudnya, "Tuhan kami iaitu Allah yang berada di langit, Maha Suci nama-Mu, urusan-Mu di langit dan di bumi. Sepertimana rahmat-Mu meliputi langit maka cucurilah rahmat-Mu di bumi juga. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami dan dosa-dosa kami. Dikaulah rab kepada setiap perkara yang baik. Turunkanlah rahmat daripada rahmat-rahmat-Mu dan penawar daripada penawar-Mu ke atas penyakit ini." Jika dia membaca doa ini maka sakitnya akan sembuh. (Abu Daud)
Rahmat Allah berada di langit di setiap tempat. Di dunia hanya sebahagian tempat yang khusus sahaja yang mendapat rahmat dan ianya hanya khusus untuk orang yang beriman sahaja tidak untuk orang kafir. Keadaan di bumi berbeza dengan keadaan di langit. Sebab itulah dalam doa di atas diminta rahmat Allah di langit.   (رب الطيبين) Maksud orang-orang yang suci ialah orang-orang beriman yang bebas dari syirik atau orang-orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang hina.
Isnad Dhaif - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abi Daud
Halaman 33, Hadith 1555
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
34
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - " «إِذَا جَاءَ الرَّجُلُ يَعُودُ مَرِيضًا فَلْيَقُلِ: اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ يَنْكَأ لَكَ عَدُوًّا، أَوْ يَمْشِي لَكَ إِلَى جِنَازَةٍ» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Abdullah bin Amr -meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila seorang pergi menziarahi saudaranya yang sakit maka hendaklah dia membaca doa, اللهم اشف عبدك ينكا لك عدوا، او يمشي لك الى جنازة Maksudnya, “Ya Tuhanku, sembuhkanlah hamba-Mu, dia akan mencederakan musuh (di jalan-Mu) atau pergi menyembahyangkan jenazah untuk mendapat reda-Mu."  (Abu Daud)
( لَك عَدُوًّا ) : Iaitu orang kafir atau Iblis dan tenteranya.   (لَك) : Iaitu bagi tujuanmu dan mencari keredhaan-Nya.   ( الى جنازة) : Iaitu mengiringinya dengan solat jenazah sepertimana yang disebut dalam riwayat Ibn al-Sarh "ila salat". Ini adalah pandangan yang lebih luas maknanya. ('Aun Ma'bud Syarah Sunan Abi Daud, al-Azim al'Abadi)                                Hadis ini mengandungi beberapa faedah iaitu : 1. Ziarah orang sakit adalah hak seorang Muslim terhadap saudaranya yang Muslim, dan ia adalah salah satu bentuk komunikasi yang baik dan diingini di antara sesama Muslim, dan ziarah kepada orang sakit memiliki adab yang telah dijelaskan oleh Nabi SAW. 2. Mendoakan saudaranya yang sedang sakit seperti doa diatas. 3. Dia mengiringi jenazah dengan solat dan proses pengkebumian mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. 4. Sebagai seorang muslim maka memenuhi hak-hak Allah Yang Maha Agung dan hak-hak manusia merupakan satu perkara yang dititkberatkan disamping memperolehi pahala kerananya.
Isnad Dhaif - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abi Daud
Halaman 34, Hadith 1556
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
35
وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، «عَنْ أُمَيَّةَ: أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - عَنْ قَوْلِ اللَّهِ - عَزَّ وَجَلَّ -: {وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ}، وَعَنْ قَوْلِهِ: {مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ}  "، فَقَالَتْ: مَا سَأَلَنِي عَنْهَا أَحَدٌ مُنْذُ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، فَقَالَ: " هَذِهِ مُعَاتَبَةُ اللَّهِ الْعَبْدَ بِمَا يُصِيبُهُ مِنَ الْحُمَّى وَالنَّكْبَةِ، حَتَّى الْبِضَاعَةِ يَضَعُهَا فِي يَدِ قَمِيصِهِ، فَيَفْقِدُهَا، فَيَفْزَعُ لَهَا، حَتَّى إِنَّ الْعَبْدَ لَيَخْرُجُ مِنْ ذُنُوبِهِ، كَمَا يَخْرُجُ التِّبْرُ الْأَحْمَرُ مِنَ الْكِيرِ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ
Ali bin Zaid meriwayatkan daripada Umayyah bahawa beliau bertanya kepada ʿAisyah , mengenai firman Allah, وان تبدوا ما في انفسكم او تخفوه يحاسبكم به ٱلله… ٢٨٤ Maksudnya, “Jika kamu menzahirkan apa yang berada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu,” (al-Baqarah: 284) Begitulah juga dengan firman Allah, من يعمل سوءا يجز به… ١٢٣ “Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan pasti akan dibalasi dengan kejahatan itu.” (an-Nisa: 123) ʿAisyah, “Tidak pernah ada seorang pun bertanya kepada aku mengenai perkara ini selepas aku bertanya kepada Rasulullah mengenainya. Rasulullah bersabda, “Ini ialah balasan terhadap amalan jahat dengan perkara yang menimpanya seperti demam dan malapetaka. Sehingga seorang lelaki meletakkan duitnya di dalam poket lalu dia menyeluk sakunya dan dia tidak dapati wangnya menyebabkan dia terperanjat kerana kehilangan wangnya (pun akan menjadi sebab pengampunan dosanya). Seorang hamba akan terkeluar daripada dosanya sepertimana emas dan perak dikeluarkan daripada dapur tempa.” (Tirmizi)
Dalam hadis di atas disebutkan bahawa Umayyah, bertanya kepada Aisyah, mengenai dua ayat. Ayat pertama menyebutkan bahawa setiap setiap lintasan hati sama ada dizahirkan atau tidak akan dibalas. Manakala ayat kedua menyebutkan bahawa setiap kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas dibalas sama ada yang kecil atau yang besar.   Inilah yang difahami oleh Umayyah. Beliau bertanya kepada Aisyah, adakah apa yang terlintas dalam hati orang beriman dan kesalahan-kesalahan kecil yang mereka lakukan pun akan dikenakan balasan azab pada hari kiamat kelak? Aisyah, berkata bukan begitu bahkan maksud ayat ini ialah seorang mukmin akan ditimpakan kepadanya kesusahan dan kesedihan di dunia ini supaya ianya menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya sehingga kesedihan yang sangat kecil pun menjadi kaffarah bagi dosa dan kesalahannya. Dia akan dibersihkan daripada dosa seperti emas dan perak dibersihkan dan dikeluarkan daripada dapur tempa.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 35, Hadith 1557
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
36
- وَعَنْ أَبِي مُوسَى - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «لَا يُصِيبُ عَبْدًا نَكْبَةٌ فَمَا فَوْقَهَا أَوْ دُونَهَا إِلَّا بِذَنَبٍ، وَمَا يَعْفُو اللَّهُ عَنْهُ أَكْثَرُ، وَقَرَأَ: {وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ} [الشورى: 30] » . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ
Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang hamba itu ditimpa bencana yang kecil atau pun yang besar ataupun lebih kecil daripada itu melainkan kerana dosanya. Pengampunan Allah terhadapnya lebih banyak daripada bencana yang menimpanya.” Lalu Baginda membaca ayat, وما اصابكم من مصيبة فبما كسبت ايديكم ويعفو عن كثير٣٠ “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau (atau bala bencana) ia adalah disebabkan perbuatanmu sendiri. Dan (walaupun begitu) Allah mengampuni banyak daripada dosa-dosamu (kerana musibah itu).” (as-Syura: 30) (Tirmizi)
( نَكْبَةٌ ) : Iaitu ujian dan kesusahan.  ( فَمَا فَوْقَهَا ) : Bermaksud lebih besar atau di atasnya. ( أَوْ دُونَهَا ) : Bermaksud lebih kecil atau di bawahnya. ( إِلَّا بِذَنْبٍ ) : Bermaksud disebabkan dosa yang dilakukan oleh hamba. ( وَمَا يَعْفُو اللَّهُ ) : Bermaksud apa sahaja yang diampunkan dan dihapuskan oleh Allah. ( أَكْثَرُ ) : Bermaksud lebih banyak, dari apa yang Dia gantikan. (  وَمَا أَصَـٰبَكُمْ  ) : Bermaksud menyatakan kepada orang-orang beriman. (  مِنْ مُصِيبَةٍ ) : Bermaksud malapetaka dan kesukaran. (  فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ ) : Bermaksud apa yang kamu peroleh dari dosa-dosa. Istilah "aydi" (أَيْدِي ) merujuk kepada tangan, kerana banyak tindakan dilakukan dengannya. ( وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ) : Bermaksud dosa-dosa. Jadi Dia tidak membalas mereka, dan Dia, Maha Tinggi lagi Maha Pemurah untuk memberikan ganjaran di Akhirat. Bagi mereka yang tidak berdosa, apa sahaja yang menimpa mereka di dunia ini meningkatkan status mereka di Akhirat. (Tuhfatul Ahwazi Syarh Sunan Tirmizi, al-Mubarakfuri)   Hadis ini mengandungi beberapa faedah iaitu : Musibah atau ujian yang menimpa manusia menunjukkan kasih sayang Allah SWT hendak mengampunkan kesalahan hamba-hambanya. Manusia perlu redha dan sabar apabila ditimpa musibah dengan mengharapkan pengampunan dari Allah SWT.
Isnad Dhaif - Albani in Dhaif Tirmidhi
Halaman 36, Hadith 1558
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
37
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا كَانَ عَلَى طَرِيقَةٍ حَسَنَةٍ مِنَ الْعِبَادَةِ، ثُمَّ مَرِضَ، قِيلَ لِلْمَلَكِ الْمُوَكَّلِ بِهِ: اكْتُبْ لَهُ مِثْلَ عَمَلِهِ إِذَا كَانَ طَلِيقًا حَتَّى أُطْلِقَهُ، أَوْ أَكْفِتَهُ إِلَيَّ» "
ʿAbdullah bin ʿAmr - berkata Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya apabila seseorang hamba beribadat lalu dia sakit maka akan diberitahu kepada malaikat pencatat pahala, “Tulislah baginya pahala seumpama amalannya ketika dia sihat sehinggalah Aku menyembuhkannya atau Aku mengembalikannya kepada-Ku.” (Ahmad, Abd Razzaq)
عبادة kepada Allah perlu menjadi ibadah yang sah, supaya diterima oleh Allah. Apabila hamba mengikuti Sunnah dalam ibadahnya, dan berusaha semampunya dalam keadaan sihat, maka Allah dengan limpah kurnia-Nya akan mencatat pahala bagi hamba tersebut jika dia sakit dan tidak mampu beribadah. Hadis ini menjelaskan makna-makna tersebut, di mana Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: ( ان العبد اذا كان على طريقة حسنة) "Sesungguhnya hamba, apabila berada dalam keadaan baik," iaitu mengikuti tuntunan syariah,  (من العبادة) "dalam ibadah," iaitu dengan apa jua bentuk ibadah sunnah setelah menunaikan fardhu, ( ثم مرض) "kemudian dia sakit," iaitu mengalami penyakit dan kelemahan serta tidak mampu untuk menjalankan ibadah tersebut, (قيل للملك الموكل به ) "malaikat yang bertugas dengannya berkata," iaitu Allah Taala berkata kepada malaikat yang mencatat amal kebaikan, ( اكتب له مثل عمله اذا كان طليقا حتى اطلقه) "Tulislah pahala amalnya seumpama amalnya ketika dia dalam keadaan bebas, sehingga dia dilepaskan," iaitu tulislah baginya pahala selama tempoh sakitnya seperti jika dia dalam keadaan sihat, tidak ada halangan penyakit dalam melakukan amal ibadah, sehingga dia sembuh dari penyakitnya dan dibebaskan dari kesan penyakit, ( او اكفته الي) "atau cukupkanlah dia kepada-Ku," iaitu panggilkan dia dan dekatkan dia kepadaku dalam kubur iaitu kematian.
Isnad Hasan, AsSaffarini al-Hanabli; Hadis Sahih - Albani
Halaman 37, Hadith 1559
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
38
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «إِذَا ابْتُلِيَ الْمُسْلِمُ بِبَلَاءٍ فِي جَسَدِهِ، قِيلَ لِلْمَلَكِ: اكْتُبْ لَهُ صَالِحَ عَمَلِهِ الَّذِي كَانَ يَعْمَلُ، فَإِنْ شَفَاهُ غَسَّلَهُ وَطَهَّرَهُ، وَإِنْ قَبَضَهُ غَفَرَ لَهُ وَرَحِمَهُ» . " رَوَاهُمَا فِي " شَرْحِ السُّنَّةِ "
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila seorang Islam ditimpa bala pada tubunya maka akan diberitahu kepada malaikat, “Tulislah baginya amalan solehnya yang dia sering lakukan. Sekiranya Allah menyembuhkannya maka Allah akan membersihkannya dan menyucikannya daripada dosa dan sekiranya Allah mengambil nyawanya maka Allah akan mengampuninya dan memberi rahmat kepadanya.” (Syarh Sunnah)
Fadhilat Allah yang Maha Agung dan Maha Mulia terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman sangat besar. Dalam hadis ini, Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan beberapa bentuk fadhilat dari Allah Ta'ala, dan ditegaskan bahwa jika Allah menguji seorang hamba Muslim dengan penyakit atau rasa sakit yang mencegahnya dari melakukan tugasnya, lalu ia bersabar dan mengharap pahala dari Allah Azza wa Jalla, maka sesungguhnya Allah dengan kurnia dan kemurahan-Nya akan memerintahkan malaikat yang ditugaskan untuk mencatat pahala bagi hamba yang sedang sakit, sebagaimana pahala yang ia peroleh ketika ia sihat walafiat. Jika Allah memulihkan hamba dari penyakitnya, maka Allah telah mencuci dan membersihkan dosa-dosanya karena kesabaran dan harapannya dalam kondisi sakit. Jika Allah memanggilnya dan mematikannya dalam keadaan sakit ini, maka sesungguhnya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang ia lakukan dalam hidupnya dan akan memberinya tambahan karunia-Nya. Hal ini karena penyakit adalah takdir dari Allah yang menghalangi hamba untuk berbuat amal, dan dengan ridhanya, Allah memberi-Nya sesuai dengan takdir-Nya. Ini adalah rahmat dan kemurahan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Oleh kerana itu, seharusnya seorang hamba berusaha dalam ketaatan dan melakukan kebaikan selama dia sihat. Ketika dia tidak mampu melakukannya, Allah akan memberikan pahala atas usahanya.
Sahih Lighairihi, Syuaib Arnaut ; Ruwatuhu Thiqat, al-Munziri
Halaman 38, Hadith 1560
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
39
وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَتِيكٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الشَّهَادَةُ سَبْعٌ، سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِيقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ " وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ» " رَوَاهُ مَالِكٌ، وَأَبُو دَاوُدَ، وَالنَّسَائِيُّ
Jabir bin ʿAtīk berkata Rasulullah bersabda, “Syahid itu ada tujuh jenis selain yang terkorban di jalan Allah. Orang yang mati kerana taun dikira syahid, orang yang mati lemas dikira syahid, orang yang mati kerana penyakit lambung mati syahid, orang yang mati sakit perut dikira syahid, orang yang mati terbakar dikira syahid, mati kerana runtuhan dikira syahid dan wanita yang mati sedangkan di dalam perutnya ada kandungan dikira syahid. (Malik, Abu Daud dan Nasai)
(الشهادة سبع ) Bilangan yang disebutkan ini bukanlah untuk hasr bahkan terdapat banyak lagi golongan syahid hukmi. Penerangannya akan datang di akhir kitab Insya-Allah.   Telah dijelaskan sebelum ini bahawa mereka ini ialah golongan syahid akhirat (syahid hukmi atau majazi), iaitu di dunia muamalat dengan mereka sama sahaja dengan muamalat dengan orang lain, wajib dimandikan dan disembahyangkan. Namun di akhirat mereka akan mendapat ganjaran mati syahid.   (ذات الجنب ) Zat ul-janb ialah penyakit luka dan cedera yang menimpa seorang di dalam lambungnya. Di dalam Mazahir Haq ia terjemahkan dengan penyakit pneumonia iaitu penyakit radang paru-paru.
Sahih - Albani in HIdayah al-Ruwah
Halaman 39, Hadith 1561
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
40
وَعَنْ سَعْدٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «سُئِلَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً؟ قَالَ: " الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ، وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ هُوِّنَ عَلَيْهِ، فَمَا زَالَ كَذَلِكَ حَتَّى يَمْشِيَ عَلَى الْأَرْضِ مَا لَهُ ذَنْبٌ» " رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ، وَالدَّارِمِيُّ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Saʿad meriwayatkan bahawa Baginda ditanya mengenai siapakah manusia yang paling teruk diuji. Baginda menjawab, “Para nabi kemudian orang yang darjatnya tinggi kemudian rendah sedikit darjatnya. Setiap orang diuji mengikut keteguhan agamanya. Sekiranya dia seorang yang kuat agamanya maka ujian kepadanya pun berat dan sekiranya dia seorang yang lemah agamanya maka diringankan ujian baginya. Berterusanlah keadaan ini sehinggalah dia berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tiada dosa. (Tirmizi, Ibnu Majah, Darimi)
(أي الناس أشد بلاء) ؛ Iaitu Nabi adalah manusia paling banyak dan sukar menerima ujian dan bencana.   (قال: الأنبياء الأمثل فالأمثل) ؛ Iaitu mereka yang paling banyak diuji; kerana mereka menikmati ujian sebagaimana orang lain menikmati nikmat.  kata Ibnu al-Malik: "Maksudnya: Yang lebih mulia daripada yang mulia, dan yang lebih tinggi daripada yang tinggi dalam kedudukan dan darjat". (يبتلى الرجل على حسب دينه)؛ Iaitu sejauh mana kekuatan dan kelemahannya, dan sejauh mana kesempurnaan dan kekurangannya. (فإن كان في دينه صُلبًا اشتد بلاؤه) :  iaitu kuat dan tegar. Iaitu bagaimana dan sejauh mana. (وإن كان في دينه رقة)؛ Iaitu lemah dan lunak. Syaikh al-Tayyibi berkata: Ketegasan menjadi ciri dirinya dan kelembutan menjadi ciri agamanya.   (ابتلي على قدر دينه فما يبرح البلاء)؛ Iaitu dengan ujian yang ringan dan mudah.Iaitu tidak berhenti atau tidak berubah. (حتى يتركه يمشي على الأرض وما عليه خطيئة) : Merujuk kepada pembebasan diri daripada dosa-dosanya. Seolah-olah dia sebelumnya terikat dan kemudian dilepaskan dan dibebaskan untuk berjalan tanpa kesalahan. (Tuhfatul Ahwazi Syrh Sunan al-Tirmizi, al-Mubarakfuri)   Hadis ini megandungi berapa faedah iaitu : Setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT berdasarkan kemampuan dalam meghadapinya, sedangkan para nabi terdahulu pun diuji oleh Allah SWT. Ujian yang menimpa manusia tidak lain, ia hanyalah untuk menyucikan dosa-dosanya
Sahih - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij Siyar A'lami al-Nubala'
Halaman 40, Hadith 1562
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
41
«وَعَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - قَالَتْ: مَا أَغْبِطُ أَحَدًا بِهَوْنِ مَوْتٍ بَعْدَ الَّذِي رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -». رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَالنَّسَائِيُّ
ʿAisyah berkata, “Aku tidak lagi berasa cemburu terhadap sesiapa kerana kematian yang mudah selepas aku melihat kesukaran wafat Rasulullah”. (Tirmizi, Nasai)
Aisyah menyangka bahawa mati yang mudah merupakan tanda kemuliaan bagi seorang. Namun selepas beliau melihat kewafatan Rasulullah maka beliau mengetahui bahawa bukanlah begitu. Mati yang mudah bukanlah tanda karamah. Kemungkinan kesakitan itu adalah untuk ditinggikan darjat di akhirat bukannya kerana dosa seperti yang diterangkan dalam hadis ke-18.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 41, Hadith 1563
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
42
وَعَنْهَا قَالَتْ: «رَأَيْتُ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَهُوَ بِالْمَوْتِ، وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ، وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ، ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ، ثُمَّ يَقُولُ: (اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى مُنْكَرَاتِ الْمَوْتِ، أَوْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ» ) رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ
ʿAisyah berkata, “Aku melihat Nabi ketika Baginda hampir wafat yang mana di sisi Baginda terdapat satu mangkuk berisi air. Baginda mencelup tangan Baginda di dalam mangkuk tersebut lalu menyapu wajah Baginda kemudian berkata, “Ya Allah bantulah aku untuk menghadapi keperitan mati atau kesakitannya”. (Tirmizi, Ibnu Majah)
Dalam hadis ini disebutkan bahawa Rasulullah menyapu air pada wajah mulia Baginda ketika Baginda hampir wafat. Apakah hikmahnya? Kemungkinan hikmah disapu air ialah untuk meredakan kesakitan maut kerana kesakitan maut itu panas. Atau hikmahnya ialah untuk mengelak daripada pengsan. Atau hikmahnya ialah untuk membersihkan wajah untuk menghadap Allah. Atau hikmahnya adalah untuk menzahirkan kelemahan.   (منكرات الموت) Riwayat dengan lafaz ‘على منكرات الموت، او سكرات الموت’ ialah riwayat Imam Tirmizi di dalam Syamail. Adapun riwayat di dalam Jāmiʿ maka ianya ialah ‘على غمرات الموت او سكرات الموت’ . Mengikut riwayat Ibn Majah pula ‘على سكرات الموت’ tanpa syak. Wallahu aʿlam.
Dhaif - Albani in Dhaif al-Tirmidhi
Halaman 42, Hadith 1564
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
43
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا أَرَادَ اللَّهُ تَعَالَى بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila Allah inginkan kebaikan bagi hamba-Nya maka Allah akan menyegerakan balasan untuknya di dunia. Apabila Allah inginkan keburukan bagi hamba-Nya maka Allah akan menagguhkan balasan dosanya (di dunia) supaya Allah dapat membalasinya pada hari kiamat.” (Tirmizi)
Allah menguji hamba-hamba-Nya di dunia. Seorang yang diinginkan kebaikan pada dirinya akan disusahkan di dunia ini. Kesusahan di dunia lebih ringan daripada kesusahan di akhirat dan waktunya lebih singkat dan pasti berlalu dengan cepat.   Kebaikan orang kafir akan dibalas di dunia ini lagi supaya tiada sebarang balasan untuknya di akhirat. Balasan akhirat dan dunia sangat jauh berbeza. Penghujung kesakitan dunia ialah kematian manakala kesakitan akhirat tiada penghujungnya.
Sahih by Ahmad Syakir in Takhrij Sunan al-Tirmizi
Halaman 43, Hadith 1565
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
44
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ، مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ، وَإِنَّ اللَّهَ - عَزَّ وَجَلَّ - إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya balasan yang besar akan didapati dengan ujian yang besar. Sesungguhnya apabila Allah mengasihi satu kaum maka Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka Allah akan redha kepadanya dan barangsiapa yang marah maka Allah akan murka padanya”. (Tirmizi, Ibnu Majah)
(ومن سخط فله السخط ) Kenyataan ini menunjukkan bahawa orang yang dibenci Allah pun akan diuji walaupun permulaan hadis hanya menyebutkan golongan yang disayangi Allah. Oleh itu kedua-dua golongan akan diuji dan perkara yang penting ialah sama ada bersabar atau tidak bersabar.
Sahih - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Minhaj al-Qasidin
Halaman 44, Hadith 1566
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
45
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوِ الْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ، حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ تَعَالَى وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَرَوَى مَالِكٌ نَحْوَهُ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Orang mukmin lelaki atau wanita akan sentiasa diuji pada dirinya, hartanya dan anaknya sehinggalah dia bertemu Allah dalam keadaan bersih daripada dosa. (Tirmizi)
Manusia di dalam dunia ini terdedah kepada ujian dalam keadaan kesukaran dan kemudahan. Jika seseorang terkena musibah dalam dirinya, anaknya, atau harta bendanya, kemudian sabar menghadapi berterusan ujian tersebut, itu menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan. Namun jika marah dan tidak redha, maka bagi yang marah atas ujian itu, dia akan mendapat murka Allah Taala. Antara faedah hadis ini: Rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman adalah dengan menghapuskan dosa-dosa mereka di dunia ini melalui ujian dan bala di dunia serta kesusahan-kesusahan yang berlaku. Seorang mukmin akan diuji dengan pelbagai jenis bala. Berita gembira bagi orang yang diuji, Allah Taala berfirman: (ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين) .  "Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." Musibah dan kesukaran yang menimpa mukmin yang bersabar seperti penyakit, kemiskinan, kematian orang yang disayangi, kehilangan harta dan kekurangan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa mereka. Ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa jika hamba itu meredhainya dan tidak marah.(Behjatul Nazirin Syarah Riyadussolihin, Sheikh Dr Salim E'id al-Hilali)
Isnad Hasan - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij Sharh al-Sunnah
Halaman 45, Hadith 1567
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
46
وَعَنْ مُحَمَّدِ بْنِ خَالِدٍ السُّلَمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا سَبَقَتْ لَهُ مِنَ اللَّهِ مَنْزِلَةٌ لَمْ يَبْلُغْهَا بِعَمَلِهِ، ابْتَلَاهُ اللَّهُ فِي جَسَدِهِ، أَوْ فِي مَالِهِ، أَوْ فِي وَلَدِهِ، ثُمَّ صَبَّرَهُ عَلَى ذَلِكَ يُبَلِّغُهُ الْمَنْزِلَةَ الَّتِي سَبَقَتْ لَهُ مِنَ اللَّهِ» " رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَأَبُو دَاوُدَ
Muhammad bin Khalid as-Sulami meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang hamba telah ditetapkan kedudukannya di sisi Allah tetapi dia tidak mampu mencapai kedudukan tersebut melalui amalannya maka Allah akan menguji tubuh badannya, hartanya atau anaknya. Kemudian Allah akan memberinya taufiq untuk bersabar dengan ujian itu. Melaluinya Allah menyampaikannya kepada kedudukan yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk dirinya.” (Ahmad, Abu Daud)
Dapat diketahui daripada hadis ini bahawa seorang hamba itu akan mendapat kebahagian dan kedudukan yang tinggi di akhirat kerana dia bersabar dengan musibah. Ganjaran itu dia boleh mendapat melalui beribadah dan ketaatan.   Sebenarnya tidak ada sebarang kesusahan untuk orang Islam. Jika dia mendapat ujian maka dia bersabar dan jika dia mendapat nikmat maka dia bersyukur. Dalam kedua-dua keadaan ini dia mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Oleh itu sifat sabar itu merupakan satu sifat yang sangat penting. Ianya hendaklah dilatih dan dipupuk. Ianya akan datang apabila iman seorang itu kuat.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 46, Hadith 1568
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
47
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مُثِّلَ ابْنُ آدَمَ وَإِلَى جَنْبِهِ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ مَنِيَّةً، إِنْ أَخْطَأَتْهُ الْمَنَايَا وَقَعَ فِي الْهَرَمِ حَتَّى يَمُوتَ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
ʿAbdullah bin Syikhkhir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Anak Adam dicipta dan dihampirkan kepadanya sembilan puluh sembilan sebab kematian. Sekiranya dia terlepas daripada sebab-sebab itu maka dia akan terus ke umur tua sehinggalah dia meninggal dunia.” (Tirmizi)
Apabila manusia dicipta maka terdapat musibah di sekelilingnya seperti jala. Kalaulah dia terselamat daripada suatu musibah maka akan datang kepadanya musibah yang lain. Jika dia selamat daripada musibah yang kedua ini maka akan datang kepadnya musibah yang ketiga dan begitulah seterusnya dan penghujungnya ialah kematian. Jika dia tidak mati pada usia muda maka dia akan mati juga pada usia tua.   Dalam sebuah hadis qudsi dinyatakan bahawa Allah berfirman, ‘Apabila seorang hamba tidak sabar terhadap ujian-Ku dan tidak bersyukur dengan nikmat-Ku serta tidak reda terhadap ketetapan-Ku maka carilah tuhan selain Aku.’ Alangkah betapa murkanya Allah kepada orang yang tidak reda terhadap-Nya.
Isnad Dhaif - Ibn Al-Qaysarani in Dhakirah al-Hifaz
Halaman 47, Hadith 1569
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
48
وَعَنْ جَابِرٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حِينَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلَاءِ الثَّوَابَ، لَوْ أَنَّ جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ» " رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Golongan yang mendapat afiah (kehidupan sentisa mudah di dunia) sangat berkeinginan pada hari kiamat nanti supaya kulit-kulit mereka digunting di dunia dengan gunting-gunting ketika mana (melihat ganjaran) pahala yang diberi kepada ahli musibah. (Tirmizi, dia berkata, “Hadis ini ialah hadis gharib.”)
Orang yang hidup selesa dan senang di dunia ini apabila melihat pahala yang begitu besar yang diperolehi oleh orang yang hidup susah akan bercita-cita bahawa alangkah baiknya jika di dunia dahulu kulitnya dipotong-potong dengan gunting.
Gharib - Tirmidhi in Sunan al-Tirmidhi
Halaman 48, Hadith 1570
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
49
وَعَنْ عَامِرٍ الرَّامِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - الْأَسْقَامَ، فَقَالَ: " «إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَصَابَهُ السَّقَمُ، ثُمَّ عَافَاهُ اللَّهُ - عَزَّ وَجَلَّ - مِنْهُ، كَانَ كَفَّارَةً لِمَا مَضَى مِنْ ذُنُوبِهِ، وَمَوْعِظَةً لَهُ فِيمَا يَسْتَقْبِلُ وَإِنَّ الْمُنَافِقَ إِذَا مَرِضَ ثُمَّ أُعْفِيَ، كَانَ كَالْبَعِيرِ إِذَا عَقَلَهُ أَهْلُهُ ثُمَّ أَرْسَلُوهُ، فَلَمْ يَدْرِ لِمَ عَقَلُوهُ، وَلِمَ أَرْسَلُوهُ " فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْأَسْقَامُ؟ وَاللَّهِ مَا مَرِضْتُ قَطُّ. فَقَالَ: " قُمْ عَنَّا فَلَسْتَ مِنَّا» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
'Amir ar-Rami berkata Rasulullah menceritakan mengenai penyakit lalu Baginda bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang mukmin jatuh sakit kemudian Allah menyembuhkannya daripada penyakitnya itu maka penyakit itu akan menjadi kaffarah dosanya yang telah lalu dan sebagai pengajaran untuknya pada masa yang akan datang. Sesungguhnya orang munafik apabila dia sakit lalu disembuhkan maka dia adalah seperti unta yang ditambat oleh tuannya kemudian mereka melepaskannya. Dia tidak tahu mengapakah dia ditambat dan kenapakah dia dilepaskan.” Seorang lelaki berkata “Ya Rasulullah, apakah sakit? Demi Allah, aku tidak pernah sakit langsung.”. Baginda bersabda, “Bangunlah dan tinggalkanlah kami kerana engkau bukan daripada kalangan kami.” (Abu Daud)
Apabila seorang beriman sakit maka dia akan menganggap bahawa sakitnya itu kerana dosanya yang lampau. Oleh itu dia bukan sahaja bertaubat daripada dosanya yang lalu bahkan dia juga akan berusaha meninggalkan dosa tersebut pada waktu akan datang.   Keadaan orang munafik pula seperti unta. Seekor unta tidak mengetahui mengapakah dia diikat oleh tuannya dan mengapakah dia dilepaskan. Begitulah keadaan orang munafik. Sakitnya itu tidak mengingatkan dirinya pada dosanya yang lampau. Dia tidak menganggap bahawa sakit itu peringatan untuknya dan tidak mendapat apa-apa pengajaran daripadanya. Seorang yang berkeadaan begini bagaimanakah dia akan bertaubat? Penyakit yang menimpa dirinya tidak akan menjadi sebab keampunan dosanya dan tidak akan menyelamatkan dirinya daripada dosa untuk masa yang akan datang. Allah berfirman yang maksudnya, “Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih teruk.”
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 49, Hadith 1571
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
50
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا دَخَلْتُمْ عَلَى الْمَرِيضِ فَنَفِّسُوا لَهُ فِي أَجَلِهِ، فَإِنَّ ذَلِكَ لَا يَرُدُّ شَيْئًا، وَيُطَيِّبُ بِنَفْسِهِ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Abu Saʿid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu menziarahi orang sakit maka hilangkanlah kesedihannya tentang kematiannya kerana perkara itu tidak akan melambatkan kematiaan dan menenteramkan hatinya”. (Tirmizi, Ibn Majah. Imam Tirmizi berkata, “Hadis ini ialah hadis gharib.”)
Disunatkan menyiwakkan (bersugi) seorang yang nazak. Hikmahnya ialah supaya rohnya keluar dengan mudah dan mewangikan mulutnya. Para malaikat menyukai wangian. Oleh kerana itulah dia dimandikan, dibersihkan dan dipakaikan pakaian yang wangi. Bahkan kata Syeikh Sulaiman al-Kurdi dilakukan pada orang yang hampir meninggal dunia seperti seorang yang ingin pergi solat jumaat. (al-Hawāsyi al-Madaniah: 2: 101)
Dhaif Jiddan - Albani in Dhaif al-Tirmidhi
Halaman 50, Hadith 1572
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
51
وَعَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «وَمَنْ قَتَلَهُ بَطْنُهُ لَمْ يُعَذَّبْ فِي قَبْرِهِ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَالتِّرْمِذِيُّ، وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Sulaiman bin Surad berkata Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang perutnya membunuhnya maka dia tidak akan diazab di dalam kuburnya.” (Ahmad, Tirmizi. Kata Imam Tirmizi hadis ini hadis gharib)
(ومن قتله بطنه ) Maksudnya ialah mati kerana sakit pada perutnya.   (لم يعذب في قبره ) Orang yang mati kerana sakit perut tidak akan diazab di dalam kuburnya. Kenapa? Kerana kematiannya dikira sebagai mati syahid dan seorang yang mati syahid bersih daripada dosa seperti yang disebutkan di dalam hadis Amr bin ʿAas yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, يغفر للشهيد كل ذنب الا الدين Maksudnya, “Diampunkan bagi orang yang mati syahid semua dosa kecuali hutang.” [1]   [1]  صحيح مسلم، كتاب الامارة، باب من قتل في سبيل الله كفرت خطاياه الا الدين، رقم 1886.
Sahih - Ibn Hajar Asqalani in 'Asilat wa Ajwibah
Halaman 51, Hadith 1573
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
52
عَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: " أَسْلِمْ ". فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ، فَقَالَ: أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ ; فَأَسْلَمَ. فَخَرَجَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَهُوَ يَقُولُ " الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ» " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Anas berkata, “Ada seorang budak yahudi yang selalu berkhidmat kepada Nabi. Budak itu telah jatuh sakit lalu Baginda datang menziarahinya. Baginda duduk di sisi kepalanya lalu bersabda, “Peluklah agama Islam.” Budak itu memandang bapanya yang berada di sampingnya. Bapanya berkata, “Taatilah Abu al-Qasim.” Lantas budak itu memeluk Islam. Baginda keluar sambil bersabda, “Segala pujian bagi Allah yang menyelamatkannya daripada neraka.” (Bukhari)
(غلام يهودي ) Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada Ibn Basykual bahawa budak itu bernama Abdul Quddūs.   Hadis ini menunjukkan bahawa boleh mengambil khidmat daripada orang kafir (zimmi), menziarahinya apabila dia sakit, mengambil khidmat daripada kanak-kanak dan mendakwahkannya kepada Islam. Ianya juga menunjukkan memeluk Islam daripada kanak-kanak diterima. (Fath ul-Bāri: 3: 252)
Sahih Bukhari
Halaman 52, Hadith 1574
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
53
- وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ عَادَ مَرِيضًا نَادَى مُنَادٍ فِي السَّمَاءِ: طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلًا» ". رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit maka seorang penyeru di langit akan menyeru, “Amat baik perbuatanmu. Amat baik perjalananmu. Kamu menyediakan sebuah tempat tinggal di dalam syurga.” (Ibnu Majah)
Maksud asalnya ialah menziarahi orang sakit dengan apa cara sekali pun, sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Namun dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa afdal berjalan kaki ketika menziarahi orang sakit.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 53, Hadith 1575
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
54
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ: «إِنَّ عَلِيًّا خَرَجَ مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي وَجَعِهِ الَّذِي تُوُفِّيَ فِيهِ، فَقَالَ النَّاسُ: يَا أَبَا الْحَسَنِ، كَيْفَ أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -؟ قَالَ: أَصْبَحَ بِحَمْدِ اللَّهِ بَارِئًا» . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Abdullah bin Abbas - berkata, “Sesungguhnya Ali keluar daripada sisi Nabi ketika Baginda sedang sakit gering. Lalu orang ramai bertanya, “Ya Abu al-Hasan, bagaimanakah keadaan Rasulullah?” Beliau menjawab, “Segala puji bagi Allah. Baginda hampir sembuh.” (Bukhari)
Apabila sahabat bertanya kepada ʿAli tentang keadaan Rasulullah maka beliau memberitahu bahawa Baginda hampir sihat. Dalam jawapan ini terdapat isykal (persoalan) kerana Rasulullah wafat selepas sakit tersebut. Terdapat tiga jawapan, Ali memberikan jawapan mengikut sangkaan beliau. Beliau menyangka Nabi akan sembuh. Maksud perkataan Ali ‘بارئا’ ialah Baginda bebas daripada keadaan yang biasa menimpa orang sakit seperti bersedih dan bimbang. Jawapan yang beliau berikan adalah untuk ‘تفاؤل’ tafāʾul (memaknakan yang baik).
Sahih Bukhari
Halaman 54, Hadith 1576
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
55
وَعَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ: قَالَ لِيَ ابْنُ عَبَّاسٍ: «أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ قُلْتُ: بَلَى. قَالَ: هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أُصْرَعُ، وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ. فَادْعُ اللَّهَ لِي، فَقَالَ: " إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكَ ". فَقَالَتْ: أَصْبِرُ. فَقَالَتْ: إِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ، فَدَعَا لَهَا». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
ʿAtāʾ bin Abi Rabāh meriwayatkan bahawa Abdullah bin ʿAbbas - berkata, “Mahukah aku menunjukkan kepadamu seorang wanita daripada kalangan ahli syurga?” Aku menjawab, “Bahkan.” Beliau berkata, “Wanita yang berkulit gelap inilah. Dia menemui Nabi lalu berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ditimpa penyakit sawan. Pakaianku akan tersingkap (ketika aku terkena sawan). Doakanlah kepada Allah bagi pihakku.” Baginda bersabda, “Jika kamu ingin maka kamu boleh bersabar dan ganjaranmu adalah syurga. Jika kamu ingin maka aku boleh berdoa kepada Allah supaya memberi afiat kepadamu.”. Lalu wanita itu berkata, “Aku akan bersabar.” Beliau berkata lagi, “Pakaianku tersingkap. Tuan doakanlah kepada Allah supaya pakaianku tidak tersingkap.” Lalu Baginda mendoakan untuknya.” (Bukhari dan Muslim)
(هذه المراة السوداء ) terdapat perbezaan dalam menentukan nama wanita ini. Terdapat tiga riwayat, Syuʿairah ‘ شعيرة ’. Syuqairah ‘ شقيرة ’. Syukairah ‘ شكيرة ’   Beliau merupakan tukang sikat Ummu al-Mukminin Khadijah al-Kubra.   Hadis ini menunjukkan bahawa ganjaran bersabar bagi kesusahan di dunia ialah syurga. Ia juga menunjukkan harus meninggalkan berubat dan berdoa serta reda dengan qada. Bahkan zahir hadis ini menunjukkan bahawa berterusan sabar bagi penyakit yang dihadapi itu lebih afdal daripada mendapat kesembuhan tetapi ianya bagi orang yang kesakitannya tidak menghalang orang lain daripada mendapat faedah daripada dirinya.   Hadis ini juga menunjukkan boleh seorang itu meminta kepada orang soleh supaya mendoakan bagi pihaknya.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 55, Hadith 1577
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
56
وَعَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ: «إِنَّ رَجُلًا جَاءَهُ الْمَوْتُ فِي زَمَنِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ رَجُلٌ: هَنِيئًا لَهُ، مَاتَ وَلَمْ يُبْتَلَ بِمَرَضٍ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " وَيْحَكَ، وَمَا يُدْرِيكَ لَوْ أَنَّ اللَّهَ ابْتَلَاهُ بِمَرَضٍ فَكَفَّرَ عَنْهُ مِنْ سَيِّئَاتِهِ» " رَوَاهُ مَالِكٌ مُرْسَلًا
Yahya bin Saʿid berkata, “Sesungguhnya seorang lelaki telah meninggal dunia di zaman Rasulullah lalu seorang lelaki berkata, “Alangkah beruntungnya si mati ini. Dia meninggal dunia dalam keadaan tidak ditimpa sebarang penyakit.” Rasulullah bersabda, “Bertuah betul kamu. Apakah yang membuatkan kamu tahu bahawa mati tanpa sakit itu satu kebaikan? Kalaulah Allah mengujinya dengan penyakit lalu Allah mengampuni dosa-dosanya (kerana penyakit tersebut maka sudah tentulah ianya satu kebaikan untuk dirinya.)” (Malik)
Kesakitan itu balasannya ialah kaffarah. Oleh sebab itulah mati diuji itu lebih baik daripada mati secara tiba-tiba.   Janganlah kita berdoa meminta sakit daripada Allah. Bahkan mohonlah afiah. Ini adalah kerana jika kita diuji dengan kesakitan maka ditakuti kita tidak mampu menanggunya. Dan jika kita sedang diuji maka tempuhilah ujian itu dengan semampunya. Adakah seorang yang tinggal di kampung ingin memanggil seorang raja makan di rumahnya sedangkan dia tidak mampu melayan si raja itu sesuai dengan kedudukannya? Namun jika raja itu sesat dan lalu ingin tumpang bermalam di rumahnya maka adakah dia akan menolaknya?
Sahih by al-Albani in Takhrij Misykat
Halaman 56, Hadith 1578
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
57
وَعَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ، وَالصُّنَابِحِيِّ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: أَنَّهُمَا دَخَلَا عَلَى رَجُلٍ مَرِيضٍ يَعُودَانِهِ، فَقَالَا لَهُ كَيْفَ أَصْبَحْتَ؟ قَالَ: أَصْبَحْتُ بِنِعْمَةٍ . قَالَ شَدَّادٌ: أَبْشِرْ بِكَفَّارَاتِ السَّيِّئَاتِ، وَحَطِّ الْخَطَايَا; فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: " «إِنَّ اللَّهَ - عَزَّ وَجَلَّ - يَقُولُ: إِذَا أَنَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا، فَحَمِدَنِي عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ، فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنَ الْخَطَايَا، وَيَقُولُ الرَّبُّ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى -: أَنَا قَيَّدْتُ عَبْدِي وَابْتَلَيْتُهُ، فَأَجْرُوا لَهُ مَا كُنْتُمْ تُجْرُونَ لَهُ وَهُوَ صَحِيحٌ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ
Syaddad bin Aus dan Sunabihi - meriwayatkan bahawa mereka berdua menziarahi seorang lelaki yang sakit. Mereka berdua bertanya kepadanya, “Bagaimanakah keadaan kamu pada pagi ini?” Lelaki itu berkata, “Aku berpagi-pagi dengan penuh kenikmatan.” Syaddad berkata, “Bergembiralah dengan kaffarah terhadap kesalahan-kesalahan dan pengampunan dosa-dosa kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Apabila Aku menguji mana-mana hamba-Ku yang beriman lalu dia memuji-Ku kerana ujian tersebut maka sesungguhnya dia akan bangun dari tempat pembaringannya itu dalam keadaan suci daripada dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.” Allah berfirman lagi (kepada para malaikat), “Aku meletakkan hamba-Ku dalam satu ikatan (menahannya daripada melakukan ketaatan) dan Aku telah mengujinya. Oleh itu kamu semua tulislah untuknya ganjaran yang selalu kamu tulis untuknya ketika dia sihat.” (Ahmad)
Hadis ini menjelaskan kelebihan menziarahi pesakit dan berkata yang elok-elok serta mendoakan pesakit. hadis ini juga menjelaskan kelebihan seseorang yang mampu bersabar atas ujian kesakitan, iaitu dengan penghapusan dosa serta kesalahan.   Juga jelas dari hadis, bagaimana menyikapi ujian sakit iaitu dengan masih mampu memuji Allah swt atas ujian terbabit.   Ini menjadikan seseorang itu redha dengan qadha qadar serta sedar diri selaku hamba Allah swt yang lemah.   Pun begitu, hadis ini apabila disebut sebegitu rupa, bermakna akan ramai juga yang akan gagal menyikapi ujian sakit dengan betul. Justeru, adalah amat besar pengajaran dari hadis ini bagi setiap mukmin sedar tatacara mereka menyikapi sakit.   Tentunya, sukar untuk berfikiran positif apabila dilanda kesakitan dan kelemahan tubuh, namun itulah suatu bentuk ujian berat bagi hambaNya yang diuji. Berkenaan jenis dosa yang terampun jika memuji Allah swt dan sabar atas kesakitan, Al-Abhari berkata :  ظَاهِرُهُ أَنَّ الْمَرَضَ يُكَفِّرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِذَا حَمِدَ الْمَرِيضُ عَلَى ابْتِلَائِهِ، لَكِنَّ الْجُمْهُورَ رَخَّصَ ذَلِكَ بِالصَّغَائِرِ Ertinya : "Nampaknya penyakit dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan keseluruhan apabila pesakit memuji Allah atas ujian yang diberikan kepadanya. Namun, kebanyakan ulama memberikan kelonggaran (atau berpandangan) keampuanan ini hanya berkaitan dengan dosa-dosa kecil." (وَابْتَلَيْتُهُ) : "(Dan Aku mengujinya)", iaitu: Aku menguji dia supaya terbukti daripadanya kesyukuran atau kekufuran
Hasan by al-Albani in Takhrij Misykat
Halaman 57, Hadith 1579
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
58
وَعَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا كَثُرَتْ ذُنُوبُ الْعَبْدِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ مَا يُكَفِّرُهَا مِنَ الْعَمَلِ، ابْتَلَاهُ اللَّهُ بِالْحَزَنِ لِيُكَفِّرَهَا عَنْهُ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ
ʿAisyah , meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila dosa seorang hamba itu telah banyak dan dia tidak mempunyai sebarang amalan yang boleh manjadi kaffarah dosanya maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan untuk mengampuni dosanya. (Ahmad)
Hadis ini menyatakan bahawa perasaan rungsing dan gelisah juga boleh menjadi sebab kepada keampunan dosa. Mulla Ali Qari menyebutkan bahawa diriwayatkan, ان الله تعالى يحب كل قلب حزين Maksudnya, “Sesungguhnya Allah mencintai setiap hati yang sedih.” Hadis riwayat Imam Hakim di dalam al-Mustadrak. [1]   [1]  اجرجه الحاكم في المستدرك (4/315) من حديث ابي الدرداء.
Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 58, Hadith 1580
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
59
وَعَنْ جَابِرٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ عَادَ مَرِيضًا، لَمْ يَزَلْ يَخُوضُ الرَّحْمَةَ حَتَّى يَجْلِسَ، فَإِذَا جَلَسَ اغْتَمَس فِيهَا» ". رَوَاهُ مَالِكٌ، وَأَحْمَدُ
Jabir berkata Rasulullah bersabda, “Barangsiapa menziarahi saudaranya yang sakit maka dia akan berterusan berada dalam rahmat sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka dia akan tenggelam di dalam rahmat.” (Malik, Ahmad)
Hadis ini memberitahu kelebihan menziarahi orang sakit. Apabila seorang duduk bersama dengan orang yang sakit maka sebenarnya dia tenggelam di dalam rahmat Allah.
Sahih li Ghairihi - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij al-Musnad li Syuaib
Halaman 59, Hadith 1581
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
60
- وَعَنْ ثَوْبَانَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ إِذَا أَصَابَ أَحَدَكُمُ الْحُمَّى، فَلْيُطْفِئْهَا عَنْهُ بِالْمَاءِ، فَلْيَسْتَنْقِعْ فِي نَهْرٍ جَارٍ وَلْيَسْتَقْبِلْ جِرْيَتَهُ، فَيَقُولُ: بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ، وَصَدِّقْ رَسُولَكَ. بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ، وَلْيَنْغَمِسْ فِيهِ ثَلَاثَ غَمَسَاتٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ لَمْ يَبْرَأْ فِي ثَلَاثٍ فَخَمْسٍ، فَإِنْ لَمْ يَبْرَأْ فِي خَمْسٍ فَسَبْعٍ، فَإِنْ لَمْ يَبْرَأْ فِي سَبْعٍ فَتِسْعٍ، فَإِنَّهَا لَا تَكَادَ تُجَاوِزُ تِسْعًا بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ» " رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Sauban meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu demam maka redakanlah demam itu dengan menggunakan air. Hendaklah dia berendam di dalam sungai yang mengalir dan menghadap ke arah arus air lalu membaca, بسم الله، اللهم اشف عبدك، وصدق رسولك Maksudnya, “Dengan nama Allah. Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu dan benarkanlah Rasul Mu" (Dia lakukan perkara di atas) selepas solat Subuh sebelum terbit matahari. Hendaklah dia rendam di dalam sungai itu sebanyak tiga kali selama tiga hari. Sekiranya tidak sembuh dengan tiga kali maka lakukanlah sebanyak lima kali. Sekiranya tidak sembuh dengan lima kali maka lakukanlah sebanyak tujuh kali. Sekiranya tidak sembuh selama tujuh kali maka lakukanlah sebanyak sembilan kali. Dengan izin Allah tidak akan melampaui sembilan kali.” (Tirmizi. Beliau berkata, ‘hadis gharib’)
Dalam hadis ini Nabi mengajarkan cara untuk menyembuhkan penyakit demam. Kemungkinan cara ini adalah untuk demam yang berlaku kerana cuaca yang sangat panas yang biasa berlaku di Hijaz dan bukan umum untuk semua jenis demam. Ini adalah kerana sebahagian penyakit demam tidak boleh terkena air. Oleh itu orang yang terkena penyakit demam perlu mendapat nasihat daripada ahli perubatan adakah dia boleh terkena air atau tidak.   (فان لم يبرا في ثلاث فخمس) Ayat ini mempunyai dua makna. Makna pertama ialah jika dia tidak sembuh dalam masa tiga hari maka dia lakukannya selama lima hari. Makna kedua ialah jika dia tidak sembuh dengan tiga kali selam maka dia selam sebanyak lima kali (seperti yang diterjemahkan).   Mengikut makna pertama takdirnya ialah ‘ثلاثة ايام’ dan mengikut makna kedua takdirnya ialah ‘ثلاث غمسات’.
Dhaif - Albani in Dhaif al-Jami'
Halaman 60, Hadith 1582
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
61
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «ذُكِرَتِ الْحُمَّى عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَسَبَّهَا رَجُلٌ ; فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " لَا تَسُبَّهَا فَإِنَّهَا تَنْفِي الذُّنُوبَ كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْحَدِيدِ» " رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Abu Hurairah berkata, “Disebutkan mengenai demam di hadapan Rasulullah. lalu seorang lelaki telah mencela demam. Nabi pun bersabda, “Janganlah mencaci demam kerana ia menghapuskan dosa sepertimana api membersihkan kotoran daripada besi.” (Ibnu Majah)
Hadis ini mengajarkan kepada kita bahawa janganlah kita mencaci dan merungut jika ditimpa demam bahkan hendaklah kita bersyukur. Walaupun pada zahirnya demam merupakan satu kesusahan atas diri kita tetapi pasti padanya ada hikmah daripada Allah. Kemungkinan ada kesalahan kita yang lampau yang dihapuskan dengan sebab demam itu. Apabila kita diuji dengan perkara yang kita tidak suka maka bersyukurlah. Seperti mana kita bersyukur apabila mendapat nikmat maka begitulah juga kita bersyukur apabila mendapat musibah. Allah berfirman, وعسى ان تكرهوا شي‍ٔا وهو خير لكم وعسى ان تحبوا شي‍ٔا وهو شر لكم وٱلله يعلم وانتم لا تعلمون ٢١٦ Maksudnya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)
Sahih - Albani in al-Silsilah al-Sahihah
Halaman 61, Hadith 1583
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
62
وَعَنْهُ قَالَ: «إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَادَ مَرِيضًا فَقَالَ: " أَبْشِرْ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ هِيَ نَارِي أُسَلِّطُهَا عَلَى عَبْدِي الْمُؤْمِنِ فِي الدُّنْيَا لِتَكَوُنَ حَظَّهُ مِنَ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ". رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَابْنُ مَاجَهْ، والْبَيْهَقِيُّ فِي " شُعَبِ الْإِيمَانِ
Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah menziarahi orang sakit lalu bersabda, “Bergembiralah kerana sesungguhnya Allah berfirman, “Demam itu adalah api-Ku. Aku menjadikannya berkuasa ke atas hamba-Ku yang beriman di dunia sebagai (ganti) bahagiannya daripada api nerakapada hari kiamat kelak.” (Ahmad, Ibnu Hibban, Baihaqi dalam Syuʿab)
(لتكون حظه ) Maksudnya ialah demam itu menjadi ganti bagi bahagian api neraka di akhirat kelak kerana dosa-dosa yang dilakukan. Ada pendapat mengatakan bahagian yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah yang terkandung dalam firman Allah, وان منكم الا واردها ٧١ Maksudnya, “Setiap daripada kamu pasti akan mendatangi api neraka.”  (Maryam: 71)   Mujahid berkata demam di dunia ialah bahagian orang mukmin daripada mendatangi api neraka di akhirat. Maksudnya ialah apabila dia demam di dunia ini maka dia tidak akan pergi ke neraka pada hari akhirat. Hasan berkata setiap anak Adam mempunyai bahagian daripada api neraka dan bahagian untuk orang mukmin ialah demam yang membakar kulitnya tetapi tidak membakar anggotanya. Namun sayugia dimaksudkan orang mukmin itu dengan orang mukmin yang sempurna. Ini adalah kerana orang mukmin yang ʿ asi (yang melakukan maksiat) akan diazab dengan api. (al-Mirqāt: 4: 50)
Isnad Dhaif - Ibn Rajab in al-Bisharat al-'Uzmaa
Halaman 62, Hadith 1584
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
63
وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: " «إِنَّ الرَّبَّ - سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى - يَقُولُ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي، لَا أُخْرِجُ أَحَدًا مِنَ الدُّنْيَا أُرِيدُ أَنْ أَغْفِرَ لَهُ، حَتَّى أَسْتَوْفِيَ كُلَّ خَطِيئَةٍ فِي عُنُقِهِ بِسَقَمٍ فِي بَدَنِهِ، وَإِقْتَارٍ فِي رِزْقِهِ» . رَوَاهُ رَزِينٌ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Demi kemulian dan ketinggian-Ku, Aku tidak akan mengeluarkan seorang pun daripada kalangan orang yang Aku ingin mengampuni dosanya daripada dunia sehinggalah Aku menyempurnakan balasan semua dosa yang tertanggung pada lehernya dengan sakit pada badan dan kesempitan pada rezeki.” (Razin)
Maksud daripada firman Allah ialah bahawa ‘Mana-mana hamba-Ku yang Aku ingin dia memperoleh kesenangan yang kekal di akhirat maka Aku akan membalas dosa-dosanya di dunia lagi. Oleh itu Aku akan timpakan kepadanya kesakitan dengan menyempitkan harta dan rezeki lalu dia diampunkan dan dia memperoleh keselamatan daripada azab akhirat.’   Hasilnya ialah kemiskinan, kesakitan dan kesusahan akan menggugurkan dosa seorang hamba.
La Asla Lahu by Hafiz Zubair 'Ali in Misykwah Syarh Misykat
Halaman 63, Hadith 1585
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
64
وَعَنْ شَقِيقٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: مَرِضَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - فَعُدْنَاهُ فَجَعَلَ يَبْكِي، فَعُوتِبَ. فَقَالَ: إِنِّي لَا أَبْكِي لِأَجْلِ الْمَرَضِ ; لِأَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: " «الْمَرَضُ كَفَّارَةٌ» " وَإِنَّمَا أَبْكِي لِأَنَّهُ أَصَابَنِي. عَلَى حَالِ فَتْرَةٍ، وَلَمْ يُصِبْنِي فِي حَالِ اجْتِهَادٍ لِأَنَّهُ يُكْتَبُ لِلْعَبْدِ مِنَ الْأَجْرِ إِذَا مَرِضَ مَا كَانَ يُكْتَبُ لَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْرَضَ فَمَنَعَهُ مِنْهُ الْمَرَضُ. رَوَاهُ رَزِينٌ
Syaqiq berkata, “ʿAbdullah bin Masʿud telah jatuh sakit lalu kami menziarahinya. Beliau telah menangis menyebabkan beliau disindir. Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidaklah menangis kerana sakit kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Sakit itu ialah kaffārah.” Sebenarnya aku menangis kerana aku ditimpa sakit ketika aku dalam keadaan biasa dan bukan menimpa aku dalam keadaan aku bersungguh-sungguh melakukan ibadat. Sesungguhnya seorang hamba apabila dia ditimpa penyakit maka akan dituliskan untuknya ganjaran bagi amalan yang dilakukannya sebelum dia sakit lalu kesakitan menghalangnya daripada melakukan amalan tersebut.” (Razin)
Manusia sering berperasangka dan ia banyak yang tidak benar, justeru berhati-hati dalam membuat telahan dan kesimpulan terhadap apa-apa yang dilihat tanpa mengetahui apa yang benar. Perlunya menjelaskan hakikat di sebalik sesuatu perkara dan tidak hanya mendiamkannya dan membiarkan salah faham tersebar. Perlunya menjaga maruah diri dan menjelaskan apa yang benar apabila ternyata perlu. Digalakkan menziarahi orang yang sakit dan keperluan bersikap baik di hadapan mereka. Amat digalakkan seseorang yang sedang sakit mengingati hadis-hadis Rasulullah berkaitan ganjaran sabar dalam kesakitan dan kebolehannya menghapus dosa. Perlunya sentiasa mengejar dan melazimkan diri dalam ibadah agar apabila jatuh sakit, kita bakal mendapat ganjaran seperti sebelum ditimpa sakit. Inilah yang menjadikan Abdullah Mas'ud menangis, iaitu kerana sebelum dia jatuh sakit, dia bukan berada dalam kesungguhan ibadah, Justeru terlepas peluangnya untuk mendapat ganjaran luar biasa ibadah dalam keadaan sakit tersebut.
La Asla Lahu by Hafiz Zubair 'Ali in Misykwah Syarh Misykat
Halaman 64, Hadith 1586
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
65
- وَعَنْ أَنَسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - لَا يَعُودُ مَرِيضًا إِلَّا بَعْدَ ثَلَاثٍ»). رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ، والْبَيْهَقِيُّ فِي " شُعَبِ الْإِيمَانِ "
Anas berkata, “Nabi tidak akan menziarahi orang sakit melainkan selepas tiga hari.” (Ibnu Majah, Baihaqi)
Imam Ghazali berkata di dalam al-Ihyā sebahagian ulama berpendapat menziarahi orang sakit ialah selepas tiga hari. Jumhur berpendapat bahawa menziarahi orang sakit tidak terikat dengan masa kerana itlaq (umum) sabdaan Rasulullah yang telah lalu pada fasal pertama, عودوا المريض Maksudnya, “Ziarahilah orang sakit.” Hadis ini tidak menghadkan perintah ziarah selepas bilangan hari-hari yang tertentu. Adapun hadis di atas maka ianya daif. (al-Mirʿāt: 5: 277, al-Mughni: 1: 672)
Dhaif Jiddan - Al-Saffarini Al-Hanbali in Sharh Thalathiat al-Musnad
Halaman 65, Hadith 1587
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
66
وَعَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا دَخَلْتَ عَلَى مَرِيضٍ فَمُرْهُ يَدْعُو لَكَ، فَإِنَّ دُعَاءَهُ كَدُعَاءِ الْمَلَائِكَةِ» " رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Umar bin al-Khattab berkata Rasulullah bersabda, “Apabila kamu menziarahi orang sakit maka suruhlah dia berdoa untuk kamu kerana doanya seperti doa para malaikat.” (Ibnu Majah)
Hadis ini mengajar kita bahawa mintalah doa daripada orang sakit. Doa orang yang sakit disamakan dengan doa para malaikat kerana apabila seorang Islam sakit maka dosa-dosanya diampunkan dan dia bersih daripada dosa seperti keadaan para malaikat. Doa seorang yang bersih daripada dosa cepat dimakbulkan. Orang sakit juga ialah ‘ مضطر ’ iaitu seorang yang berada di dalam kesulitan dan sangat berhajat. Doa seorang ‘ مضطر ’ cepat dimakbulkan.
Dhaif - Al-Suyuthi in al-Jami' al-Saghir
Halaman 66, Hadith 1588
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
67
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: مِنَ السُّنَّةِ تَخْفِيفُ الْجُلُوسِ، وَقِلَّةُ الصَّخَبِ فِي الْعِيَادَةِ عِنْدَ الْمَرِيضِ. قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - لَمَّا كَثُرَ لَغَطُهُمْ وَاخْتِلَافُهُمْ، قُومُوا عَنِّي». رَوَاهُ رَزِينٌ
Abdullah bin ʿAbbas - berkata, “Antara sunnah ialah duduk tidak lama dan tidak meninggikan suara ketika menziarahi orang sakit.” Beliau berkata lagi, “Rasulullah pernah bersabda ketika sudah banyak suara dan banyak perselisihan orang ramai, “Kamu semua bangun tinggalkan aku.” (Razin)
Apabila Rasulullah hampir meninggal dunia maka Baginda meminta dibawakan pena dan kulit atau seumpamanya untuk Baginda menuliskan sesuatu. Melihat permintaan Baginda, sebahagian sahabat berpendapat hendaklah ditunaikan permintaan Rasulullah dan sebahagian pula –seperti Umar- berpendapat tidak kerana keadaan Rasulullah amat gering pada waktu itu. Para sahabat mula berselisih faham. Melihat keadaan mereka, Rasulullah bersabda, “Bangunlah kamu semua dan pergilah daripada sini.” [1]   Mulla Ali Qari menukilkan daripada Ibn Hajar bahawa, “Seolah-olah apabila Rasulullah melihat perselisihan sahabat ketika Baginda ingin menulis maka zahir bagi Baginda bahawa maslahahnya ialah tidak menulis. Oleh itu meninggalkan perbuatan menulis itu memang ihktiyar dan pilihan Baginda. Jika tidak sudah tentulah Baginda akan tetap menyuruh untuk ditulis kerana Baginda tidak akan meninggalkan sesuatu yang wajib dengan sebab halangan daripada sesiapa pun sama ada Umar atau selain beliau.” Selepas peristiwa di atas Baginda masih hidup. Peristiwa itu berlaku pada hari Khamis seperti yang zahir daripada perkataan Ibn Abbas riwayat Bukhari [ 2] dan Baginda wafat pada hari Isnin.   [1] راجع صحيح البخاري، باب كتابة العلم. [2]  رقم 4431.
La Asla Lahu by Hafiz Zubair 'Ali in Misykwah Syarh Misykat
Halaman 67, Hadith 1589
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
68
وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الْعِيَادَةُ فَوَاقُ نَاقَةٍ» " وَفِي رِوَايَةِ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ مُرْسَلًا: «أَفْضَلُ الْعِيَادَةِ سُرْعَةُ الْقِيَامِ». رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ اهـ
Anas berkata Rasulullah bersabda, “Masa menziarahi orang sakit ialah sekadar tempoh di antara dua perahan susu unta (kerana selepas memerah susunya maka akan dibiarkan sebentar kemudian akan diperah lagi).” Dalam riwayat Hadrat Saʿid bin Musayyab secara mursal, “Menziarahi orang sakit yang paling afdal ialah cepat beredar.” (Baihaqi)
Maksud antara dua perahan susu unta satu tempoh masa yang tidak lama. Apabila susu unta diperah kemudian ingin diperah kali kedua maka antara dua perahan itu akan dibiarkan sebentar supaya kantung susu menjadi penuh. Apabila telah penuh maka barulah akan diperah untuk kali kedua.   Hadis ini menunjukkan bahawa antara adab menziarahi pesakit ialah tidak duduk lama di sisinya kerana orang sakit perlu berehat.   Mulla Ali Qari menceritakan bahawa sebahagian orang menziarahi Hadrat Sirri Saqti yang sedang sakit. Mereka telah duduk di sisinya dalam waktu yang lama. Mereka telah meminta daripada tuan syeikh mendoakan untuk mereka. Hadrat Sirri Saqti telah berdoa, اللهم علمهم كيف يعودون المرضى “Ya Allah, ajarlah mereka bagaimanakah cara mereka menziarahi orang-orang sakit.”   Mulla Ali Qari juga menceritakan bahawa seorang lelaki telah duduk di sisi seorang pesakit dalam waktu yang agak lama. Pesakit itu berkata, “Saya merasa amat susah kerana ramainya orang yang datang menziarahi saya.” Lelaki yang berada di sisinya berkata kepadanya, “Jika begitu biarkanlah aku mengunci pintu.” Pesakit itu berkata, “Baiklah kalau begitu, tetapi kuncilah pintu itu dari luar.”
Dhaif - Al-Suyuthi in al-Jami' al-Saghir, Dhaif - Albani in al-Silsilah al-Dha'ifa
Halaman 68, Hadith 1590,1591
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
69
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَادَ رَجُلًا فَقَالَ لَهُ: مَا تَشْتَهِي قَالَ أشْتَهِي خُبْزَ بُرٍّ. قَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " مَنْ كَانَ عِنْدَهُ خُبْزُ بُرٍّ فَلْيَبْعَثْ إِلَى أَخِيهِ، ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " إِذَا اشْتَهَى مَرِيضُ أَحَدِكُمْ شَيْئًا فَلْيُطْعِمْهُ» ". رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Abdullah bin ʿAbbas meriwayatkan, “Sesungguhnya Nabi menziarahi orang sakit kemudian Baginda bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu ingin makan?” Lelaki itu berkata, “Aku teringin makan roti gandum.” Nabi berkata, “Siapa yang mempunyai roti gandum maka berilah kepada saudaranya ini.” Kemudian Nabi bersabda, “Apabila pesakit kamu teringin makan sesuatu maka berilah dia makan makanan tersebut.” (Ibnu Majah)
Apabila orang yang sakit meminta sesuatu maka boleh bagi kita memberikan kepadanya. Namun hadis ini bukanlah umum. Apa yang diminta pesakit itu boleh diberikan kepadanya apabila ia tidak memberi mudarat kepada dirinya. Kadang-kadang memberikan pesakit makanan yang diingininya itu boleh menyembuhkan penyakitnya.
Dhaif - Albani in Dhaif Ibn Majah
Halaman 69, Hadith 1592
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
70
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: «تُوُفِّيَ رَجُلٌ بِالْمَدِينَةِ مِمَّنْ وُلِدَ بِهَا ; فَصَلَّى عَلَيْهِ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ: يَا لَيْتَهُ مَاتَ بِغَيْرِ مَوْلِدِهِ. قَالُوا: وَلِمَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: " إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا مَاتَ بِغَيْرِ مَوْلِدِهِ قِيسَ لَهُ مِنْ مَوْلِدِهِ إِلَى مُنْقَطَعِ أَثَرِهِ فِي الْجَنَّةِ» ". رَوَاهُ النَّسَائِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ
ʿAbdullah bin ʿAmr - berkata, “Seorang lelaki yang lahir di Madinah telah meninggal di kota Madinah. Baginda menyolatkan jenazahnya lalu bersabda, “Alangkah berbahagianya dia jika dia mati bukan pada tempat yang lahirnya.” Para sahabat . bertanya , “Kenapakah ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya apabila seseorang itu mati pada selain bumi yang dia dilahirkan maka akan diukurkan baginya jarak antara tempat kelahirannya sehinggalah tempat kematiannya di dalam syurga.” (Nasaʾi, Ibnu Majah)
(بغير مولده ) Hadis ini menyebutkan kelebihan seorang yang meninggal bukan pada tempat kelahirannya. Dia bersafar dan meninggalkan tempat lahirnya. Safar yang dimaksudkan ialah safar taat seperti safar jihad, menuntut ilmu atau seumpamanya.   (قيس له من مولده ) Maksudnya ialah syurganya akan ditambahkan kelapangan sejauh jarak tempat kelahiran dan kematiannya. Ada pendapat mengatakan bahkan yang akan dilapangkan itu bukanlah tempat di dalam syurga bahkan kuburnya kerana jika diambil makna tersebut untuk syurga maka kelapangan itu tiada nisbahnya dengan keluasan syurga.
Isnad Dhaif - Al-Nasa'i in al-Sunan al-Kubra lil Nasa'i
Halaman 70, Hadith 1593
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
71
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَوْتُ الْغُرْبَةِ شَهَادَةٌ» ". رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Abdullah bin ʿAbbas - berkata Rasulullah bersabda, “Mati di bumi yang asing (mati dalam keadaan musafir) adalah mati syahid.” (Ibnu Majah)
قَالَ السُّيُوطِي (Al-Suyuti) berkata, "Ibn al-Jawzi telah menyebutkan riwayat ini dalam 'Al-Mawḍūʿāt' dari sudut pandang lain oleh ʿAbd al-ʿAzīz, dan ini tidak tepat dalam konteks tersebut. Dia telah dikaitkan dengan pelbagai rantai yang tidak boleh dipercayai dalam manuskrip-manuskrip palsu. Al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar menyatakan dalam analisis kritikalnya bahawa sanad Ibn Mājah adalah lemah, kerana Huthayl adalah perawi hadis yang tidak dikenali, dan Al-Dāraquṭnī telah menyebutkan perbezaan dalam penilaiannya terhadap Huthayl. Beliau membetulkan pendapat orang yang meriwayatkan dari Huthayl, dari ʿAbd al-ʿAzīz, dari Nāfiʿ, dari Ibn ʿUmar. Dalam 'Al-Zawāʾid,' sanad juga merangkumi Huthayl ibn al-Ḥakam. Al-Bukhārī mengomentari tentangnya, menyatakan riwayat ini tidak boleh dipercayai. Ibn ʿAdī menyatakan bahawa hadis ini tidak boleh dipegang. Ibn Ḥibbān mengkritik dengan keras hadis ini, dan Ibn Maʿīn berkata bahawa hadis ini ditolak dan tidak mempunyai bobot. Saya telah menulis tentang Huthayl, dan tidak ada isu dengan itu." Al-Shawkānī menyebutnya dalam "Al-Fawāʾid Al-Majmūʿa fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍūʿa" (Manfaat Terkumpul dari Hadis Palsu). Terdapat banyak riwayat yang serupa mengenai kelebihan mati di negara asing atau semasa dalam perjalanan, tetapi semua riwayat ini lemah, tidak boleh dipercayai, dan tidak kuat. Oleh itu, mereka ditolak. Hanya satu hadis sahih dalam kategori kelebihan mati di negara asing, iaitu: Imam al-Tirmidhī melaporkan dalam "Sunan" (3917) dari riwayat Ibn ʿUmar, yang berkata: Rasulullah, salam sejahtera ke atasnya, bersabda, مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا، فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا "Barangsiapa yang mampu mati di Madinah, biarlah dia mati di sana, kerana saya akan memberi syafaat bagi sesiapa yang mati di sana."   Hadis ini sahih. ʿAbd al-Ḥaqq al-Ishbīlī mengesahkan dalam "Al-Aḥkām Al-Wusṭā" (2/341), dan Sheikh al-Albānī mengesahkan dalam "Ṣaḥīḥ al-Tirmidhī" (3076).
Dhaif Jiddan - Yahya b. Mu'in in Tahdhib al-Tahdhib; Isnaduhu Wahh (lemah)- Ibn Hajar
Halaman 71, Hadith 1594
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
72
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ مَاتَ مَرِيضًا مَاتَ شَهِيدًا، أَوْ وُقِيَ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَغُدِيَ، وَرِيحَ عَلَيْهِ بِرِزْقِهِ مِنَ الْجَنَّةِ» . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ، والْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mati dalam keadaan sakit maka dia dikira mati syahid ataupun dia akan diselamatkan daripada azab kubur, akan diberi rezekinya daripada syurga pagi dan petang.” (Ibnu Majah, Baihaqi)
Sakit di dalam hadis ini dimaksudkan atas sakit yang khusus iaitu taun bukan semua jenis sakit. Ini adalah kerana kalaulah maksudnya umum, semua jenis sakit, maka sudah tentulah pengkhususan penyebutan beberapa jenis sakit di dalam hadis yang lain tiada faedah. (Ithāf un-Nubalā: 45)
Dhaif Jiddan - Albani in Dhaif Ibn Majah
Halaman 72, Hadith 1595
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
73
وَعَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: «يَخْتَصِمُ الشُّهَدَاءُ وَالْمُتَوَفَّوْنَ عَلَى فُرُشِهِمْ إِلَى رَبِّنَا - عَزَّ وَجَلَّ - فِي الَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنَ الطَّاعُونِ، فَيَقُولُ الشُّهَدَاءُ: إِخْوَانُنَا قُتِلُوا كَمَا قُتِلْنَا. وَيَقُولُ الْمُتَوَفَّوْنَ: إِخْوَانُنَا مَاتُوا عَلَى فُرُشِهِمْ كَمَا مِتْنَا. فَيَقُولُ رَبُّنَا: انْظُرُوا إِلَى جِرَاحِهِمْ فَإِنْ أَشْبَهَتْ جِرَاحَتُهُمْ جِرَاحَ الْمَقْتُولِينَ فَإِنَّهُمْ مِنْهُمْ وَمَعَهُمْ، فَإِذَا جِرَاحُهُمْ قَدْ أَشْبَهَتْ جِرَاحَهُمْ». رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ
ʿIrbad bin Sariyah meriwayatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Orang yang mati syahid dan orang yang telah mati di atas hamparan tidur mereka telah berbalah mengenai orang yang mati kerana sakit taun sehingga diajukan kepada Allah. Mereka yang syahid berkata, “Saudara-saudara kami terbunuh sepertimana kami terbunuh.” Mereka yang mati di atas hamparan tidur pula berkata, “Saudara-saudara kami telah mati di atas hamparan mereka sepertimana kami mati.” Allah berfirman, “Lihatlah kamu semua kepada luka-luka mereka. Sekiranya luka mereka menyerupai luka orang yang syahid maka mereka digolongkan bersama dengan orang yang mati syahid dan bersama mereka.” Lalu apabila dilihat pada luka-luka tersebut maka didapati luka mereka menyerupai luka-luka para syahid.” (Ahmad, Nasaʾi)
Dengan limpah kurnia Allah orang yang mati kerana taun bersama dengan para syuhada, kerana luka-luka yang ada pada badan mereka. Luka yang ada pada badan mereka disamakan dengan luka yang ada pada badan oragn mati syahid. Perkataan ‘ طعن ’ memberi makna melukakan dengan mata pedang. Oleh itu seorang yang mati kerana penyakit taun sama seperti seorang yang mati syahid.
Hasan - Albani in Sahih al-Jami'
Halaman 73, Hadith 1596
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
74
وَعَنْ جَابِرٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: «الْفَارُّ مِنَ الطَّاعُونِ كَالْفَارِّ مِنَ الزَّحْفِ، وَالصَّابِرُ فِيهِ لَهُ أَجْرُ شَهِيدٍ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Orang yang melarikan diri daripada taun adalah seperti orang yang melarikan diri daripada medan pertempuran. Orang sabar dengan wabak taun akan mendapat pahala syahid.” (Ahmad)
Imam Tibi berkata, “Persamaan antara orang yang melarikan diri daripada wabak taun dan orang yang melarikan diri daripada medan pertempuran ialah daripada sudut melakukan dosa besar.” Mengikut taujih Imam Tibi hukum keluar daripada tempat yang berlaku taun ialah haram. Begitulah yang disebutkan oleh Imam Munāwi dalam Faid ul-Qadīr. Kata beliau larangan keluar ialah apabila tiada hajat. Namun sekiranya ada hajat dan keperluan untuk keluar maka ianya tidaklah menjadi haram.   Mulla Ali Qari menyebutkan ada pendapat mengatakan persamaan itu adalah daripada sudut tidak mendapat pahala syahid bukan pada ianya dosa besar. (al-Kāsyif: 4: 1361, Faid ul-Qadīr: 4: 461, al-Mirqāt: 4: 57)
Isnad Dhaif Jiddan by Hafiz Zubair 'Ali in Misykwah Syarh Misykat
Halaman 74, Hadith 1597
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
75
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ، إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَزْدَادَ خَيْرًا، وَإِمَّا مُسِيئًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعْتِبَ» ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang pun daripada kalangan kamu bercita-cita untuk mati. Sekiranya dia seorang yang baik maka mudah-mudahan dia bertambah baik dan sekiranya dia pendosa maka mudah-mudahan dia berhenti daripada perbuatan buruknya itu dan mencari keredaan Allah.” (Muslim)
Dalam hadis ini sebab dilarangnya berkeinginan untuk mati ialah kerana jika pelakunya seorang yang baik maka dia masih mempunyai peluang untuk menambah kebaikannya manakala jika sebaliknya maka dia masih mempunyai peluang untuk bertaubat. (ʿUmdat ul-Qāri)   (لا يتمنى) Mengikut sebahagian nuskhah Sahih Bukhari ‘لا يتمن’ tanpa huruf ya. Mengikut sebahagian nuskhah yang lain ‘لا يتمنين’ bersama nun taʾkid. (Fath ul-Bari: 10:148)   (فلعله ان يستعتب) Kalimah ‘الاستعتاب’ memberi makna meminta keredaan.
Sahih Bukhari
Halaman 75, Hadith 1598
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
76
وَعَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ، وَلَا يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ  إِنَّهُ إِذَا مَاتَ انْقَطَعَ أَمَلُهُ، وَإِنَّهُ لَا يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلَّا خَيْرًا» ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang pun daripada kamu bercita-cita untuk mati dan janganlah dia berdoa untuk mati sebelum ajalnya sampai. Sesungguhnya apabila dia mati maka terputuslah segala harapannya. Sesungguhnya tidaklah bertambah umur seorang mukmin melainkan bertambahlah kebaikannya.” (Muslim)
(من قبل ان ياتيه) Hafiz Ibn Hajar menyebutkan bahawa jumlah ini merupakan isyarat kepada larangan terhadap perbuatan membenci kedatangan maut apabila waktunya telah sampai supaya kita tidak termasuk dalam kalangan mereka yang benci untuk berjumpa dengan Allah. Nabi bersabda mafhumnya “Barangsiapa yang benci untuk berjumpa Allah maka Allah juga benci untuk berjumpa dengannya.” Hadis ini akan datang selepas ini. (Fath ul-Bari: 10: 148)   (انقطع امله) Imam Tībi menyebutkan bahawa mengikut nuskhah Jamiʿ ul-Usul dan Jamʿu Bayna Sahihain perkataan ‘ امله ’ ialah dengan hamzah (yang memberi makna angan-angan) manakala mengikut nuskhah Syarh us-Sunnah perkataan ‘ عمله ’ ialah dengan ʿain (yang memberi makna amalan).   Imam Nawawi berkata, “Kedua-duanya betul tetapi ‘ عمله ’ dengan ʿain lebih baik dan itulah yang berulang-ulang datang dalam hadis. Wallahu ʿAlam. (al-Minhāj: 17: 8, al-Kāsyif: 3: 338, al-Mirqāt: 4: 59)
Sahih Muslim
Halaman 76, Hadith 1599
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
77
وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلِ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang pun daripada kamu bercita-bercita untuk maut kerana kesusahan yang menimpanya. Sekiranya dia terpaksa juga untuk melakukannya maka hendaklah dia berdoa, “Ya Allah, teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup itu lebih baik untukku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik untukku.” (Bukhari dan Muslim)
Maksud keburukan dalam hadis ini ialah keburukan dunia seperti yang telah diterangkan pada permulaan bab. Dalam Sahih Ibn Hibban terdapat riwayat daripada Anas bin Malik, لا يتمنين احدكم الموت لضر نزل به في الدنيا Maksudnya, “Janganlah kamu mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpamu di dunia” Dalam hadis ini terdapat tambahan perkataan ‘ في الدنيا ’.   Mulla Ali Qari berkata Imam Nawawi menfatwakan bahawa tidak makruh menginginkan kematian kerana takutkan fitnah pada urusan agama bahkan ianya digalakkan, dan itulah yang dinukilkan daripada Imam Syafiʿi dan Umar bin Abdul Aziz. Begitulah juga disunatkan menginginkan mati syahid kerana ianya sabit daripada Umar dan selain beliau. Bahkan sabit juga ia daripada Muaz bin Jabal pada taun ʿAmwas.” (al-Mirqāt: 4: 60)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 77, Hadith 1600
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
78
وَعَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ، وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ". فَقَالَتْ عَائِشَةُ أَوْ بَعْضُ أَزْوَاجِهِ: إِنَّا لَنَكْرَهُ الْمَوْتَ. قَالَ: " لَيْسَ ذَلِكَ، وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ بُشِّرَ بِرِضْوَانِ اللَّهِ وَكَرَامَتِهِ، فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ فَأَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ وَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ، وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حَضَرَ بُشِّرَ بِعَذَابِ اللَّهِ وَعُقُوبَتِهِ، فَلَيْسَ شَيْءٌأَكْرَهُ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ فَكَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ، وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَفِي رِوَايَةِ عَائِشَةَ: «وَالْمَوْتُ قَبْلَ لِقَاءِ اللَّهِ»
Ubadah bin Samit meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang suka untuk bertemu dengan Allah maka Allah juga akan suka untuk bertemu dengannya. Barangsiapa yang tidak suka untuk bertemu dengan Allah maka Allah juga akan tidak suka untuk bertemu dengannya.” ʿAisyah , atau salah seorang daripada isteri-isteri Baginda berkata, “Sesungguhnya kami tidak sukakan mati.” Baginda bersabda, “Bukanlah begitu. Sesungguhnya apabila seorang mukmin itu hampir mati maka dia akan diberi khabar gembira mengenai keredaan Allah dan kemuliaannya lalu dia sangat suka akan perkara yang berada di hadapannya (kematiannya) lalu dia akan suka untuk bertemu Allah dan Allah akan suka untuk bertemu dengannya. Manakala apabila orang kafir hampir mati maka akan diberi khabar mengenai azab Allah dan balasannya, lalu dia sangat benci akan perkara yang ada di hadapannya lalu dia sangat tidak suka untuk bertemu Allah dan Allah juga sangat benci untuk bertemu dengannya.” (Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat ʿAisyah ada tambahan “Dan mati itu adalah sebelum berjumpa Allah.”
(والموت قبل لقاء الله) Riwayat ini terdapat dalam sahih Muslim. Ianya menunjukkan bahawa kematian itu bukanlah bertemu dengan Allah. Maksud bertemu Allah dalam hadis di atas bukanlah kematian tetapi mendapat keampunan dan keredaan Allah.   Imam Nawawi berkata, “Hadis di atas (hadis 1601), bahagian akhirnya menafsirkan bahagian awalnya, dan ia juga menafsirkan hadis-hadis lain yang mutlak seperti hadis, من احب لقاء الله ومن كره لقاء الله Maknanya hadis ini ialah perasaan benci yang diambil kira adalah ketika berada dalam keadaan nazak, dalam keadaan taubat tidak lagi diterima. Pada waktu itu setiap orang akan diberi khabar mengenai tempat yang akan ditujunya dan apa yang disediakan untuknya. Perkara ini akan disingkapkan kepadanya ketika dia sedang nazak.   Oleh itu ahlu saʿādah akan merasa gembira kerana ingin berpindah dan mendapatkan balasan yang disediakan untuknya. Jadi dia akan merasa gembira untuk bertemu dengan Allah. Allah juga suka untuk bertemu dengan mereka iaitu Dia akan meluaskan lagi kurnian-Nya kepadanya. Adapun ahlu syaqāwah (orang-orang yang celaka) maka mereka akan merasa benci untuk bertemu dengan Allah kerana mereka tahu balasan keburukan yang akan mereka pergi kepadanya. Allah juga  benci untuk bertemu dengan mereka iaitu Allah menjauhkan mereka dari rahmat-Nya sedang tidaklah Dia inginkan perkara itu pada diri mereka.” (al-Minhāj: 17: 10)
Sahih Bukhari dan Muslim, Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 78, Hadith 1601, 1602
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
79
وَعَنِ أَبِي قَتَادَةَ: أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ: مُسْتَرِيحٌ أَوْ مُسْتَرَاحٌ مِنْهُ. فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا الْمُسْتَرِيحُ؟ وَمَا الْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ فَقَالَ: الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ، وَالْبِلَادُ، وَالشَّجَرُ، وَالدَّوَابُّ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Qatādah meriwayatkan bahawa beliau menceritakan bahawa sesungguhnya telah lalu satu jenazah berhampiran Baginda maka Baginda telah bersabda, “Sama ada dia berehat atau selain dia yang berehat.” Para sahabat . bertanya, “Apakah maksud sabdaan tuan sama ada dia berehat dan apa pula makna selain dia yang berehat?”. Jawab Baginda, “Hamba yang mukmin akan berehat daripada kepenatan dunia dan kesusahannya lalu pergi kepada rahmat Allah manakala hamba yang fajir hamba-hamba yang lain, negeri, pokok dan binatang-binatang akan berehat dengan kematiannya. (Bukhari dan Muslim)
Apabila hamba yang beriman meninggal dunia maka dia berehat daripada segala penderitaan dunia dan keperitannya. Sebab itulah Masruq berkata, ما غبطت شيئا لشيء كمؤمن في لحده امن من عذاب الله واستراح من الدنيا Maksudnya, “Aku tidak pernah mencemburui sesuatu seperti aku cemburu terhadap seorang mukmin yang berada di dalam lahadnya. Dia terselamat daripada azab Allah dan berehat daripada dunia.”   Apabila hamba yang fasiq meninggal dunia maka semua makhluk terselamat dan berehat daripada kezaliman dan kejahatannya.   Dinukilkan daripada Imam Dawūdi bahawa makna kerehatan manusia daripada orang fasik ialah mereka berehat daripada kejahatan yang dilakukannya itu. Jika mereka menegahnya daripada kejahatan tersebut maka dia akan melakukan perbuatan yang menyakiti mereka dan jika mereka tidak menegahnya maka mereka mendapat dosa. Makna kerehatan negara atau tempat daripada orang fasik ialah kerehatan daripada perbuatan maksiat yang dilakukannya itu kerana ianya punca kepada kemarau dan akan membinasakan tanam-tanaman dan pembiakan. (Takmilah Fath ul-Mulhim: 4:477)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 79, Hadith 1603
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
80
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: «أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِمَنْكِبِي، فَقَالَ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ، أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ، وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ» ". رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
ʿAbdullah bin ʿUmar - meriwayatkan bahawa, “Rasulullah memegang kedua-dua bahuku lalu bersabda, “Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini orang asing (musafir) bahkan sebagai seorang musafir jalanan ‘ عابر سبيل ’.” Abdullah bin Umar - selalu berkata, “Jika kamu berada pada waktu petang maka janganlah kamu tunggu waktu pagi dan sekiranya kamu berada pada waktu pagi maka janganlah kamu tunggu waktu petang. Rebutlah peluang dan persiapkanlah bekalan ketika waktu sihat untuk sakit, ketika waktu hidup untuk mati.” (Bukhari)
(او عابر سبيل) Kalimah ‘ او ’ di sini memberi makna ‘ بل ’ iaitu untuk istidrak, (terjemahannya bahkan). Maknanya ialah bukan sahaja kamu menjadi seperti orang musafir bahkan lebih daripada itu jadilah seperti seorang yang sentiasa dalam perjalanan (orang yang sentiasa dalam perjalanan tidak perlu membawa barang-barang yang lebih).   (كانك غريب) Makna gharib ialah orang asing. Maksudnya ialah orang itu tidak cenderung ke arah dunia bahkan dia menjadikan dunia ini sebagai tempat menjalani safarnya sahaja dan tidak menjadikan dunia ini sebagai tanah airnya. Orang-orang seperti ini meninggalkan kelazatan dunia dan menjauhkan diri dari bergaul dengan orang-orang yang cintakan dunia. Bayangkanlah keadaan seorang yang menjalani safar dan benar-benar ingin pulang ke kampungnya. Hatinya tidak akan terpaut kepada keindahan di sekelilingnya bahkan hatinya sentiasa cenderung ke arah keluarga dan kampung halamannya. Seorang yang dalam safar tidak cenderung kepada tempat yang dia singgah bahkan hatinya sentiasa cenderung kepada tempat yang ingin ditujunya. Begitulah keadaan ahlullah dengan dunia yang fana ini.   Musafir ada dua jenis. Pertama ialah musafir qar ār dan kedua ialah musafir fir ār . Musafir qar ār ialah musafir yang singgah dan bermalam di satu-satu tempat manakala musafir fir ār pula ialah musafir yang sedang meneruskan perjalanannya. Maksud musafir yang lebih sesuai di sini ialah musafir fir ār bukan musafir qar ār .   (اذا امسيت) Perkataan ini mauquf Ibn Umar -. Beliau memberi nasihat bahawa apabila kita masih hidup pada waktu petang maka janganlah kita menaruh harapan bahawa kita akan terus hidup sehingga keesokan paginya. Tiada sesiapa yang tahu waktu kematiannya. Kita tidak boleh berasa aman bahawa kematian kita masih jauh. Tidak semestinya pagi yang indah ini boleh membawa kita ke waktu petang dan tidak juga semestinya waktu petang kita terus berlalu sehingga ke waktu subuh. Oleh itu hendaklah kita menghabiskan masa dengan amal kebaikan dan memenuhkan waktu kita siang dan malam dengan perkara-perkara yang berfaedah.   (وخذ من صحتك لمرضك) Makna jumlah ini ialah ketika kamu masih sihat maka persiapkanlah sebanyak-banyak bekalan sekira-kira jika kamu sakit dan berlakunya kekurangan pada amalan kamu maka ia ditampung dengan bekalan yang telah kamu siapkan ketika kamu sihat. Begitulah juga bekalan ketika kamu masih hidup untuk ditampung kekurangan jika kamu mati.   Kesihatan merupakan satu peluang yang amat bernilai. Oleh itu sayugia bagi kita memanfaatkan peluang tersebut. Janganlah kita menyia-nyiakan peluang tersebut. Seorang yang sakit tidak mampu melakukan amalan sebagaimana yang dia boleh lakukan ketika dia sihat.
Sahih Bukhari
Halaman 80, Hadith 1604
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
81
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: «سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَبْلَ مَوْتِهِ بِثَلَاثَةِ أَيَّامٍ يَقُولُ: " لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ» ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Jabir berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda tiga hari sebelum Baginda meninggal, “Janganlah sekali-kali seorang itu meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia bersangka baik terhadap Allah.” (Muslim)
Maksud berharap dengan rahmat Allah ialah seorang itu benar-benar berharap agar Allah merahmati dan memaafkannya. Perasaan ini datang dengan tadabbur dan merenung ayat-ayat dan hadis-hadis berkenaan keluasan rahmat dan pengampunan Allah dan janji-Nya kepada ahlu tauhid di akhirat kelak. Iman yang baik ialah berada antara perasaan takut dan harap.   Kita sentiasa melakukan amal kebaikan sehingga kematian datang kepada kita dalam keadaan kita melakukan amal kebaikan. Kalaulah kita berbaik sangka dengan Allah maka Allah akan bermuamalah baik dengan kita.   Hasan al-Basri berkata apabila satu orang tidak beramal dan mendakwa bahawa dia sedang berbaik sangka dengan Allah maka ketahuilah bahawa dia berbohong kerana tanda satu orang yang berbaik sangka dengan Allah ialah dia melakukan amal.
Sahih Muslim
Halaman 81, Hadith 1605
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
82
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِنْ شِئْتُمْ أَنْبَأْتُكُمْ مَا أَوَّلُ مَا يَقُولُ اللَّهُ لِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَمَا أَوَّلُ مَا يَقُولُونَ لَهُ، قُلْنَا: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: " إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ: هَلْ أَحْبَبْتُمْ لِقَائِي؟ يَقُولُونَ: نَعَمْ يَا رَبَّنَا. فَيَقُولُ: لِمَ؟ فَيَقُولُونَ: رَجَوْنَا عَفْوَكَ وَمَغْفِرَتَكَ. فَيَقُولُ: قَدْ وَجَبَتْ لَكُمْ مَغْفِرَتِي». رَوَاهُ فِي شَرْحِ السُّنَّةِ، وَأَبُو نُعَيْمٍ فِي الْحِلْيَةِ
Muaz bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sekiranya kalian ingin maka aku akan khabarkan kepada kalian perkara pertama yang Allah akan bertanya kepada orang mukmin pada hari kiamat dan apakah jawapan pertama daripada orang mukmin kepada Allah.” Kami menjawab, “Ya ya Rasulullah.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada orang mukmin, “Adakah kalian suka untuk bertemu dengan Ku?” Maka orang mukmin akan menjawab, “Ya, wahai Tuhan kami.” Lalu Allah bertanya lagi, “Kerana apa?” Jawab orang mukmin, “Kerana kami mengharapkan kemaafan dan pengampunan-Mu” Lalu Allah berfirman, “Sesungguhnya telah sabitlah bagi kalian pengampunan-Ku.” (Syarah Sunnah, Abu Nuʿaim di dalam al-Hilyah)
(هل احببتم لقائي) Maksud bertemu dengan Allah ialah kembali kepada kampung akhirat ataupun melihat wajhullah.   (فيقول لم؟) Terdapat sedikit perbezaan dalam mentafsirkan jumlah ini. Ibn Malak menafsirkannya dengan ‘لاي سهو اذنبتم؟’ iaitu “Kerana kelalaian apakah kamu melakukan dosa?” Mulla Ali Qari pula menafsirkannya dengan ‘لم احببتم لقائي؟’ iaitu “Kerana apakah kamu semua suka bertemu dengan-Ku?”
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 82, Hadith 1606
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
83
- وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ الْمَوْتِ» ". رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَالنَّسَائِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Banyakkanlah menyebut mengenai perkara yang memotong perkara-perkara yang lazat iaitu maut”. (Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah)
Di dalam hadis ini kematian disifatkan sebagai sesuatu yang memotong kelazatan. Sememangnya kematian itu akan memutuskan seorang itu daripada segala kelazatan dunia.   Nabi menyuruh supaya kita banyak mengingati kematian dengan menyifatkan kematian secagai sesuatu yang memotong kelazatan. Apabila seorang sentiasa mengingati mati maka dia akan terhindar daripada leka melakukan amal kebaikan dan daripada sibuk dengan dunia. Dia akan memperbanyakkan amalan dan ketaatnya serta bekalan akhiratnya.
Dhaif Jiddan - Imam Ahmad in Masa'il Ahmad li Abi Daud
Halaman 83, Hadith 1607
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
84
(وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ) : «أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ) (لِأَصْحَابِهِ: اسْتَحْيُوا مِنَ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ. قَالُوا: إِنَّا نَسْتَحْيِي مِنَ اللَّهِ يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ. قَالَ: لَيْسَ ذَلِكَ وَلَكِنْ مَنِ اسْتَحْيَى مِنَ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى، وَلْيَحْفَظِ الْبَطْنَ وَمَا حَوَى، وَلْيَذْكُرِ الْمَوْتَ وَالْبِلَى، وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ اسْتَحْيَى مِنَ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ) » . (رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ)
Abdullah bin Masʿud - meriwayatkan, “Sesungguhnya pada satu hari Nabi Allah bersabda kepada para sahabatnya, “Malulah kalian terhadap Allah akan sebenar-benar malu.” Jawab para sahabat, “Ya Nabi Allah, sesungguhnya kami malu terhadap Allah dan segala pujian bagi Allah.” Sabda Baginda, “Bukanlah begitu, akan tetapi mereka yang malu terhadap Allah akan sebenar-benar malu hendaklah menjaga kepala dan apa dipelihara olehnya, memelihara perut dan apa yang terkandung olehnya, menyebutkan tentang kematian dan kemusnahan. Seorang yang inginkan kehidupan akhirat akan meninggalkan perhiasan dunia. Barangsiapa yang dapat melakukan sedemikian maka dialah yang malu terhadap Allah sebagaimana dengan sebenarnya.” (Ahmad, Tirmizi. Kata at-Tirmizi, “Hadis gharib.”)
(ليس ذلك) Nabi memberitahu kepada sahabat bahawa malu kepada Allah yang Baginda maksudkan bukanlah seperti yang diketahui itu bahkan lebih lagi, malu dengan sebenar-benarnya. Kemudian Baginda memberitahu ciri-ciri seorang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.   (فليحفظ الراس) Maksud memelihara kepala ialah tidak menundukkan kepala iaitu sujud kepada selain Allah, menunaikan solat semata-mata kerana-Nya bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk, tidak juga meninggikan kepala kerana sombong terhadap orang lain.   (وما وعى) Maksudnya ialah apa yang dipelihara oleh kepala iaitu anggota seperti lidah, mata, telinga. Iaitu memelihara percakapan, penglihatan dan pendengaran daripada digunakan pada tempat yang haram dan tidak disukai Allah.   (وليحفظ البطن) Iaitu memelihara diri daripada makan harta yang haram.   (وما حوى) Maksudnya ialah anggota-anggota yang berhubung dengan perut seperti tangan, kaki dan kemaluan. Iaitu memelihara anggota-anggota ini daripada digunakan pada tempat yang dimurkai Allah.   (الموت والبلى) Maksudnya ialah mengingati kematian dan kehancuran, iaitu apa yang dilalui di dalam kubur. Seorang yang dimasukkan ke dalam kubur tulang dan tubuhnya akan hancur binasa. Apabila seorang memikirkan mengenai kehidupan di dalam kubur maka perasaan cintakan dunia akan pudar daripada hatinya. Dia tidak akan terlalu risau terhadap kerugian dunianya bahkan dia akan memikirkan perkara yang lebih penting daripada itu lagi iaitu urusan akhirat.   Kalaulah seorang itu meyakini bahawa kehidupan dunia ini kehidupan yang sementara nescaya dia akan meninggalkan dunia serta kelazatannya dan sentiasa melakukan amal kebaikan dan berusaha mendapatkan kejayaan akhirat yang kekal abadi. Kelazatan dunia tidak berhimpun dengan auliya Allah.
Isnad Dhaif - Syuaib Al-Arna'ut in Takhrij Syarh al-Sunnah
Halaman 84, Hadith 1608
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
85
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «تُحْفَةُ الْمُؤْمِنِ الْمَوْتُ» . رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ
ʿAbdullah bin ʿAmr meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Hadiah buat orang mukmin ialah kematian.” (Baihaqi)
Hadis ini memberitahu bahawa kematian menjadi hadiah kepada orang-orang yang beriman. Kenapa? Kerana melalui kematianlah mereka dapat berehat daripada kepenatan dunia. Kematian itu merupakan perantaraan untuk mereka merasai kelazatan nikmat akhirat, mendapat balasan kebaikan bagi amalan yang mereka kerjakan, bertemu dengan Nabi dan para salihīn serta melihat Allah.
Dhaif - Albani in Dhaif al-Jami'
Halaman 85, Hadith 1609
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
86
وَعَنْ بُرَيْدَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الْمُؤْمِنُ يَمُوتُ بِعَرَقِ الْجَبِينِ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَالنَّسَائِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ
Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Orang mukmin mati dalam keadaan dahinya berpeluh.” (Tirmizi, Nasaʾi, Ibnu Majah)
Hadis ini memberi makna bahawa tanda mati yang baik ialah mati dalam keadaan berpeluh. Apakah maksudnya? Maksudnya ialah seorang mukmin menanggung kesusahan ketika wafat kerana terdapat saki baki dosa yang belum diampunkan. Kesusahan yang dialaminya itu merupakan balasan bagi dosa-dosa tersebut supaya kematiannya itu dalam keadaan bersih daripada dosa. Maksudnya ialah perasaan malu yang datang dalam diri seorang mukmin kerana melihat balasan dan ganjaran yang terlalu besar daripada Allah untuk dirinya. Maksudnya ialah berpeluh itu memang menjadi tanda kematian orang beriman walaupun tidak diketahui maknanya Maksudnya ialah kinayah kepada kepenatan dalam mencari rezeki yang halal dan dalam melawan hawa nafsu dalam menunaikan solat dan berpuasa. Dia mati dalam keadaan demikian. (al-Mirʿāt: 4: 301)   Mengikut tiga penerangan yang pertama hadis ini menceritakan keadaan kematian itu sendiri manakala mengikut penerangan yang keempat hadis ini menceritakan keadaan yang ditanggung orang beriman sewaktu kematian datang kepadanya.
Sahih - Ibn Hibban in Bulugh al-Maram
Halaman 86, Hadith 1610
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
87
وَعَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ خَالِدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَوْتُ الْفَجْأَةِ أَخْذَةُ الْأَسَفِ» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَزَادَ الْبَيْهَقِيُّ فِي شُعَبِ الْإِيمَانِ: وَرَزِينٌ فِي كِتَابِهِ «أَخْذَةُ الْأَسَفِ لِلْكَافِرِ، وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِ»
ʿUbaidullah bin Khalid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Kematian mengejut adalah sentapan kerana kemurkaan.” (Abu Daud) Dalam riwayat Imam Baihaqi di dalam Syuʿābul Iman dan hadis di dalam kitab Imam Razīn terdapat tambahan, “Mati secara tiba-tiba merupakan sentapan kemurkaan ke atas orang kafir dan rahmat bagi orang mukmin.”
(عبيد الله بن خالد ) Beginilah yang terdapat di dalam nuskhah Misykāt. Yang betulnya ialah ‘ عبيد بن خالد ’. Nama perawi yang betul ialah Ubaid bin Khalid as-Sulami al-Bahzi. Beliau merupakan salah seorang sahabat muhajir. Beliau antara sahabat yang menyertai peperangan Siffīn dan berada pada pihak Ali. Beliau hidup sehingga pemerintahan Hajjaj. (Usd ul-Ghābah: 3: 531, at-Taqrīb: 408, al-Mirʿāt: 4: 301)   Mati secara tiba-tiba merupakan kesan daripada kemurkaan Allah kepada orang yang tidak beriman. Dia tidak diberi peringatan supaya bertaubat dan dapat membuat persiapan akhirat.   (وزاد البيهقي في شعب الايمان) Hadith yang ada tambahan ini ialah riwayat Aisyah, bukan riwayat Ubaid bin Khālid. Wallāhu aʿlam.
Sahih by al-Iraqi in Takhrij Ihya; Sahih by al-Nawawi in Khulasah al-Ahkam; Dhaif by al-Haitsami in Majma al-Jawaid ;Dhaif by al-Arnau't in Takhrij Sunan Abu Dawud
Halaman 87, Hadith 1611
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
88
- وَعَنْ أَنَسٍ قَالَ: «دَخَلَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي الْمَوْتِ فَقَالَ: كَيْفَ تَجِدُكَ؟ قَالَ: أَرْجُو اللَّهَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا الْمَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو، وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Anas meriwayatkan bahawa Nabi pergi menziarahi seorang pemuda yang hampir mati. Baginda bertanya, “Bagaimana keadaanmu?” Jawab pemuda itu, “Aku harapkan rahmat Allah dan aku takutkan dosa-dosaku, ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tidaklah terhimpun dua perkara ini dalam hati seseorang hamba dalam seumpama situasi ini melainkan Allah akan memberi kepadanya perkara yang dia harapkan dan selamatkannya daripada perkara yang dia khuatirkan.” (Tirmizi, Ibnu Majah)
Hadis ini menunjukkan bahawa pada waktu kematian sekali pun kita hendaklah berada antara takut dan harap bukan berada dalam keadaan harap sahaja.
Mursal - Bukhari in al-'Alal al-Kabir
Halaman 88, Hadith 1612
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
89
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَا تَمَنَّوُا الْمَوْتَ ; فَإِنَّ هَوْلَ الْمُطَّلَعِ شَدِيدٌ، وَإِنَّ مِنَ السَّعَادَةِ أَنْ يَطُولَ عُمْرُ الْعَبْدِ وَيَرْزُقَهُ اللَّهُ - عَزَّ وَجَلَّ - الْإِنَابَةَ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah bercita-cita untuk mati kerana sesungguhnya haru biru alam akhirat sangat dahsyat. Sesungguhnya antara kebahagiaan itu adalah dipanjangkan umur seorang hamba dan Allah memberi kepadanya rezeki untuk bertaubat.” (Ahmad)
(فان هول المطلع شديد) Makna muttala ʿ ialah tempat yang tinggi yang boleh dilihat daripadanya tempat yang di bawah. Maksud muttala ʿ dalam hadis di atas ialah keadaan-keadaan alam barzakh dan kedahsyatan hari kiamat. Maksud larangan tersebut ialah tiada faedah menginginkan kematian kerana ianya menginginkan kesusahan dan kesakitan.   Dalam hadis ini dinyatakan bahawa seorang yang mengharapkan kematian tiada faedah baginya dan ianya bukan satu amal yang baik. Ini apabila ianya daripada seorang yang berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah dan dia mengharapkan kematian supaya dia bebas daripada kesusahan yang dialaminya. Tetapi kalaulah mengharapkan kematian itu kerana nak bertemu dengan Allah dan cintakan akhirat maka tidak ada masalah.   (وان من السعادة) Kehidupan dunia ini merupakan satu peluang untuk membina kehidupan akhirat. Apabila bertambah umur maka bertambahlah amal. Apabila bertambah amal maka bertambahlah kebahagiaan.
Isnad Dhaif - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 89, Hadith 1613
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
90
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: «جَلَسْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَذَكَّرَنَا وَرَقَّقَنَا فَبَكَى سَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ فَأَكْثَرَ الْبُكَاءَ، فَقَالَ يَا لَيْتَنِي مِتُّ. فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " يَا سَعْدُ، أَعِنْدِي تَتَمَنَّى الْمَوْتَ " فَرَدَّدَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ قَالَ: " يَا سَعْدُ، إِنْ كُنْتَ خُلِقْتَ لِلْجَنَّةِ فَمَا طَالَ عُمْرُكَ وَحَسُنَ مِنْ عَمَلِكَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ
Abu Umamah meriwayatkan bahawa kami duduk bersama Rasulullah. Baginda memberi tazkirah kepada kami dan memberi ucapan yang telah melembutkan hati kami lalu Saʿad bin Abi Waqqās telah menangis dan telah teresak-esak menangis lalu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku mati.” Mendengarkan perkataan beliau maka Nabi bersabda, “Adakah di sisi aku kamu bercita-cita untuk mati?” Baginda mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabda, “Ya Saʿad sekiranya kamu diciptakan untuk syurga maka selagi panjang umur kamu dan baiknya amalan kamu maka itu semua baik untuk kamu.” (Ahmad)
Dalam hadis ini Nabi seolah-olah mengingkari perbuatan Saʿad bin Abi Waqqas. Sa'ad mengharapkan kematian sedangkan beliau berada bersama Rasulullah. Ini menunujukkan bahawa seketika berada bersama dengan Baginda merupakan satu nikmat yang lebih berharga daripada segalanya bahkan mengharapkan kematian semasa bersama Baginda adalah tidak dibenarkan dan dianggap makruh.
Isnad Dhaif - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Siyar A'lami al-Nubala'
Halaman 90, Hadith 1614
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
91
وَعَنْ حَارِثَةَ بْنِ مُضَرَّبٍ قَالَ: «دَخَلْتُ عَلَى خَبَّابٍ وَقَدِ اكْتَوَى سَبْعًا ; فَقَالَ: لَوْلَا أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَقُولُ: لَا يَتَمَنَّ) أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لَتَمَنَّيْتُهُ، وَلَقَدْ رَأَيْتُنِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مَا أَمْلِكُ دِرْهَمًا، وَإِنَّ فِي جَانِبِ بَيْتِيَ الْآنَ لَأَرْبَعِينَ أَلْفَ دِرْهَمٍ. قَالَ: ثُمَّ أُتِيَ بِكَفَنِهِ فَلَمَّا رَآهُ بَكَى وَقَالَ: لَكِنَّ حَمْزَةَ لَمْ يُوجَدْ لَهُ كَفَنٌ إِلَّا بُرْدَةٌ مَلْحَاءُ، إِذَا جُعِلَتْ عَلَى رَأْسِهِ قَلَصَتْ عَنْ قَدَمَيْهِ، وَإِذَا جُعِلَتْ عَلَى قَدَمَيْهِ قَلَصَتْ عَنْ رَأْسِهِ، حَتَّى مُدَّتْ عَلَى رَأْسِهِ وَجُعِلَ عَلَى قَدَمَيْهِ الْإِذْخِرُ». رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَالتِّرْمِذِيُّ، إِلَّا أَنَّهُ لَمْ يَذْكُرْ: ثُمَّ أُتِيَ بِكَفَنِهِ إِلَى آخِرِهِ
Harithah bin Mudarrab meriwayatkan bahawa aku pergi menziarahi Khabbab pada ketika itu beliau telah menyelar kulitnya dengan besi panas [1] sebanyak tujuh selaran. Beliau berkata jikalaulah aku tidak pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang daripada kalian bercita-cita untuk mati.” nescaya pasti aku akan bercita-cita untuk mati. Sesungguhnya aku masih ingat ketika aku bersama Rasulullah dahulu sedangkan aku tidak mempunyai satu dirham pun manakala sekarang ini di satu sudut rumahku pasti dan pasti terdapat 40 000 (empat puluh ribu) dirham.” Harithah menceritakan lagi, “Lalu dibawa datang kain kafan Khabbab. Tatkala beliau melihat kain kafannya beliau terus menangis seraya berkata, “Sedangkan Hamzah hanya mempunyai kain yang mempunyai garisan hitam putih untuk dijadikan kafan beliau. Apabila ditutup kepalanya maka kakinya akan terdedah dan apabila ditutup kakinya maka kepalanya pula akan terdedah sehinggalah ditutup mukanya dengan kain itu dan ditutup kakinya dengan menggunakan daun izkhir .” (Ahmad, Tirmizi. Imam Tirmizi tidak meriwayatkan jumlah ‘ثم اتي بكفنه’ sehingga akhir)   [1] Salah satu cara perubatan.
Di dalam hadis ini dinyatakan bahawa Khabbab telah menggunakan besi panas untuk mengubati penyakit beliau. Ini ialah salah satu cara perubatan zaman dahulu. Timbul persoalan bahawa terdapat hadis yang lain yang melarang daripada berubat dengan cara berikut. Terdapat dua jawapan, Larangan itu ialah apabila seseorang itu meyakini bahawa perkara itulah yang menyembuhkan penyakitnya. Tetapi apabila dia meyakini bahawa Allah jualah yang menyembuhkan penyakitnya dan perbuatan itu hanyalah sebagai sebab maka tidak dilarang. Atau larangan itu ialah untuk seorang yang mencapai kedudukan tawakkal yang lebih tinggi dan perkara ini tidaklah menunujukkan perbuatan itu haram secara umum.
Isnad Sahih - Albani in Hidayah al-Ruwah
Halaman 91, Hadith 1615
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
92
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، " «لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ» ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Saʿid dan Sayyidina Abu Hurairah - meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Talkinkanlah ‘لا اله الا الله’ kepada mereka yang hampir meninggal dunia dalam kalangan kamu.” (Muslim)
( موتاكم) Maksud maut ākum di sini ialah seorang yang hampir meninggal dunia. Imam Nawawi menyebutkan bahawa ulama bersepakat disunatkan mentalkinkan seorang yang ingin meninggal dunia. (Syarah Muslim: 6:219)   Talkin itu diucapkan apabila tanda-tanda ingin mati itu jelas kelihatan padanya. Tujuan talkin ialah supaya orang yang ingin mati itu mudah mengucapkan kalimah tauhid dan kalimah yang mulia itu menjadi kalimah yang terakhir diucapkannya. Dalam Sunan Abi Daud terdapat riwayat “Barangsiapa yang perkataan terakhirnya ialah kalimah ‘لا اله الا الله’ maka dia akan memasuki syurga.” Hadis ini akan disebutkan pada fasal kedua.   Orang yang menalkinkan si mati hendaklah mentalkinkan dengan lemah lembut dan janganlah dia mentalkinkan secara paksa untuk mengucapkan kalimah itu.
Sahih Muslim
Halaman 92, Hadith 1616
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
93
وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا  لِأَنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ» ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Ummu Salamah , meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kalian menziarahi orang sakit atau mayat maka katakanlah ucapan yang baik kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan doa kalian.” (Muslim)
Hadis ini mengajarkan kita adab bahawa apabila kita menziarahi orang sakit maka kita ucapkan perkataan yang baik.   ( خيرا ) Maksud kebaikan di sini ialah medoakan kesembuhan bagi orang yang sakit, atau mendoakan keampunan bagi orang yang meninggal dunia, atau mendoakan apa-apa kebaikan untuk dirimu. Ada juga pendapat yang berkata maksud ‘ خيرا ’ ialah kalimah tauhid ‘لا اله الا الله’ . (al-Lamaʿāt: 4: 83)
Sahih Muslim
Halaman 93, Hadith 1617
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
94
وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ بِهِ، إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَخْلفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا، فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ: أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ، أَوَّلُ بَيْتِ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Ummu Salamah, meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang Allah perintahkan iaitu, انا لله وانا اليه راجعون، اللهم اجرني في مصيبتي، وخلف لي خيرا منها Terjemahannya,  "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya lah kami akan dikembalikan. Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku kerana musibahku ini dan gantilah bagiku perkara yang lebih baik’ maka Allah akan menggantikan untuknya perkara yang lebih baik.” Tatkala Abu Salamah meninggal dunia maka aku berkata adakah terdapat orang Islam yang lebih baik daripada Abu Salamah. Keluarga yang pertama yang berhijrah kepada Rasulullah. Kemudian aku pun membaca doa tersebut lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah. (Muslim)
(فيقول ما امره) Terdapat isykal (persoalan) bahawa di dalam ayat al-Quran tidak ada perintah untuk membaca zikir tersebut?   Jawapannya ialah ayat tersebut memuji orang-orang yang bersabar. Setiap sifat yang dipuji oleh Allah di dalam al-Quran mengandungi perintah untuk melakukannya sebagaimana ayat yang mencela perbuatan yang keji mengandungi perintah untuk meninggalkannya.   (ابو سلمة) Nama beliau ialah Abdullah, iaitu Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal, daripada kabilah Bani Makhzūm, berbangsa Quraisy. Ibu beliau ialah Barrah binti Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd Manāf. Beliau ialah sepupu Rasulullah sebelah ibu. Beliau juga saudara susuan Baginda dengan Suwaibah. Beliau meninggal dunia pada bulan Jumādal Akhirah tahun 4H. Beliau orang pertama yang berhijrah bersama keluarga, ke Habsyah.   Ummu Salamah, berkata adakah ada seorang yang lebih baik daripada suaminya Abu Salamah, kerana kelebihan yang ada pada dirinya dan beliau tidak terfikir bahawa Rasulullah akan bernikah dengannya. (al-Istīʿāb, al-Isābah, al-Anwār ul-Muhammadiyyah: 151)
Sahih Muslim
Halaman 94, Hadith 1618
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
95
وَعَنْهَا قَالَتْ: «دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرَهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ ; فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ: " لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ ; فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ": ثُمَّ قَالَ: " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَأَفْسِحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Ummu Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Abu Salamah (selepas kematian beliau). Pada waktu itu mata beliau dalam keadaan terbuka lalu Rasulullah menutupnya kemudian Baginda bersabda, “Sesungguhnya ruh apabila dicabut maka penglihatan akan mengikutinya.” Lalu beberapa orang dalam kalangan keluarga Abu Salamah meninggikan suara mereka. Lalu Rasulullah bersabda, “Janganlah kalian mendoakan untuk diri kalian melainkan kebaikan. Sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa-apa yang kalian doakan.” Kemudian Baginda bersabda, “Ya Allah, ampunilah dosa Abu Salamah, tinggikanlah kedudukannya bersama orang-orang yang diberi petunjuk dan berikanlah ganti untuk keluarganya selepas pemergiannya. Ampunilah dosa kami wahai Rabb sekalian alam. Luaskanlah kuburnya. Terangilah kuburnya untuknya.” (Muslim)
(وقد شق بصره) Maknanya ialah matanya terbuka tidak tertutup. Kalimah ‘ بصره ’ boleh menjadi faʿil dan boleh menjadi mafʿul.   (ان الروح اذا قبض تبعه البصر ) Nabi bersabda apabila roh dicabut maka penglihatan akan mengikutinya. Sabdaan Nabi ini merupakan sebab ( illah ) bagi perbuatan Baginda menutup matanya. Oleh itu tiada faedah membiarkan mata terus terbuka. Atau Baginda menerangkan sebab mata itu terbuka. Iaitu seorang yang ingin meninggal dunia malaikat maut akan menjelma di hadapannya. Dia akan terus melihat malaikat maut itu dan matanya tidak berkelip sehinggalah ruhnya berpisah dan sisa kekuatan penglihatannya mula menjadi lemah lalu dia akan terus berada dalam keadaan yang sedemikian. (al-Mirʿāt: 5: 311)   Apabila Rasulullah melihat jasad Abu Salamah dalam keadaan mata terbuka maka Baginda menutupkan matanya. Imam Nawawi berkata, “Daripada hadis ini dapat diketahui bahawa disunatkan menutup mata mayat yang terbuka dan para ulama bersepakat ke atasnya. Hikmahnya ialah supaya tidak menjadi buruk keadaan si mayat itu jika dibiarkan terbuka.”   (اللهم اغفر لابي سلمة...) Nabi mendoakan keampunan kepada Abu Salamah serta keluarga beliau. Oleh itu disunatkan mendoakan kebaikan sama ada kebaikan dunia atau akhirat kepada si mati dan keluarganya serta keturunannya. (al-Minhāj: 6: 223)
Sahih Muslim
Halaman 95, Hadith 1619
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
96
وَعَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - حِينَ تُوُفِّيَ سُجِّيَ بِبُرْدَةٍ حِبَرَةٍ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
ʿAisyah , meriwayatkan bahawa sesungguhnya ketika Rasulullah wafat Baginda ditutup dengan kain hibarah ” (Bukhari dan Muslim)
(ببردة حبرة ) Selendang atau kain hibarah ialah sejenis kain kapas yang dibuat di Yaman, berhias dengan garis-garisan. Imam Nawawi berkata, “Daripada hadis ini diketahui bahawa disunatkan menutup jenazah dengan sehelai kain (sebelum jenazah itu dimandikan). Ia perkara yang disepakati.” (al-Minhāj: 7: 10)   Antara perkara yang sunat juga dilakukan selepas seorang itu mati ialah mengikat rahangnya, melembutkan sendinya, menghadapkannya ke arah kiblat dan meletakkan sesuatu yang berat di atas perutnya seperti cermin. Namun janganlah benda itu terlalu berat sekira-kira menyakitinya. Jika tidak maka hukumnya haram. Begitulah juga sentiasalah mendoakan rahmat dan keampunan untuknya. (Busyra al-Karīm: 447)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 96, Hadith 1620
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
97
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ» ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Muʿaz bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang dapat mengucap ‘لا اله الا الله’ sebagai perkataan terakhirnya maka pasti dia akan memasuki syurga.” (Abu Daud)
Imam al-Nawawi, rahimahullah, berkata: "Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah 'La ilaha illallah', dia akan masuk syurga. Perintah untuk menegaskan bahawa perkara ini adalah sunnah. Para ulama sepakat mengenai talqin kepada orang yang nazak adalah sunnah , tetapi  tidak mengulanginya secara berlebihan. Ini dilakukan untuk mengelakkan seseorang dari merasa kesukaran pada saat kematian serta menghindari berkata-kata yang tidak wajar kerana ketidakselesaanannya. Mereka juga menyatakan bahawa jika seseorang mengucapkan kalimat ini sekali, tidak perlu mengulanginya, kecuali dia berbicara lagi, di mana penekanan perlu diulangi untuk menjadikannya sebagai perkataan terakhirnya." (Syarah Sahih Muslim, jil 6, ms 219) Imam Al-Mubarakfuri, rahimahullah, berkata dalam Mir'ah al-Mafatih (jil 5, ms 308): "Menurut kitab Al-Majmu', ketika seseorang yang sedang dalam proses kematian mengucapkan 'La ilaha illallah' tanpa penambahan apa-apa, tidak disarankan untuk menambah 'Muhammadur Rasulullah' kepadanya.  Hadis ini mengandungi beberapa faiedah iaitu : Penjelasan mengenai keutamaan kalimat Tauhid ("La ilaha illallah"). Digalakkan untuk mengakhiri perkataan seseorang iaitu menjelang kematiannya dengan frasa agung ini. Penebusan amalan dan ucapan baik untuk memadamkan dosa-dosa kecil. Kewajipan menjaga lidah daripada mengucapkan perkataan palsu atau mengajak kepada perkara palsu, dan menjadikannya lembut dengan berdzikir kepada Allah dan mengajak kepada agama-Nya. Ini membantu seseorang untuk mengucapkan kalimat ini pada saat kematiannya.
Isnad Sahih - Hakim in al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn
Halaman 97, Hadith 1621
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
98
وَعَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «اقْرَءُوا سُورَةَ يس عَلَى مَوْتَاكُمْ» ". رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَأَبُو دَاوُدَ، وَابْنُ مَاجَهْ
Maʿqil bin Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Bacalah surah Yasin kepada mereka yang hampir mati di kalangan kalian.” (Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah)
(موتاكم) Maksud ‘ maut ākum ’ ialah orang yang hampir mati supaya dia dapat merasai kandungan surah Yasīn iaitu zikrullah, hari kiamat dan kebangkitan selepas mati. Ada juga ihtimāl bahawa maksud ‘ maut ākum ’ ialah orang yang baru mati, iaitu membacanya di rumah sebelum dia dikebumikan atau selepas dia dikebumikan.
Isnad Dhaif - Nawawi in al-Adhkar li Nawawi
Halaman 98, Hadith 1622
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
99
وَعَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَبَّلَ عُثْمَانَ بْنَ مَظْعُونٍ وَهُوَ مَيِّتٌ وَهُوَ يَبْكِي حَتَّى سَالَ دُمُوعُ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى وَجْهِ عُثْمَانَ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَأَبُو دَاوُدَ، وَابْنُ مَاجَهْ
ʿAisyah , meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah mengucup ʿUsman bin Mazʿun yang ketika itu telah meninggal dunia sehingga mengalir air mata Nabi di atas wajah ʿUsman. (Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah)
ʿUsman bin Mazʿun merupakan sahabat Rasulullah yang terawal memeluk Islam. Imam Ibn Ishak berkata beliau memeluk Islam selepas tiga belas orang yang lain memeluk Islam. Nasab beliau bertemu dengan nasab Nabi pada datuk Baginda Kaʿab bin Luai, iaitu Usman bin Mazʿūn bin Habib bin Wahb bin Huzāfah bin Jumh bin Amru bin Husais bin Kaʿab. Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang berhijrah ke Habsyah pada hijrah yang pertama. Beliau sahabat yang pertama yang meninggal di Madinah di kalangan muhajirin dan sahabat yang pertama dikebumikan di Baqiʿ ul-Gharqad. Beliau wafat pada tahun 2H. Nabi meletakkan tanda pada kubur beliau dan menziarahi beliau. (Usdu al-Ghabah: 3: 589, al-Istīʿāb)   Hadis ini menceritakan bahawa Nabi mencium jasad Usman bin Mazʿūn. Ia menunjukkan bahawa seorang manusia itu tetap suci walaupun rohnya telah berpisah daripada jasad.   Ia juga menunjukkan bahawa sunat mencium wajah orang yang meninggal dunia. Padanya ada tafsil. Imam Nawawi berkata, ويجوز لاهل الميت ونحوهم تقبيل وجهه Maksudnya, “Harus bagi keluarga si mati dan seumpama mereka mencium wajahnya.” (Minhaj ut-Talibin: 156)   Kesimpulan hukum mencium mayat dilihat pada dua perkara, 1) si mati 2) orang yang menciumnya. Jika si mati itu seorang soleh maka sunat bagi setiap orang menciumnya. Jika si mati itu bukan orang soleh maka harus bagi seumpama ahli keluarganya. Jika bagi orang lain maka makruh. Ini ialah apabila ciuman itu tidak menyebabkan berlaku perkara yang dilarang dan apabila sama jenis atau terdapat hubungan mahramiah. (Hasyiah Jamal ala al-Manhaj: 2:155)   Terdapat dua hadis yang masyhur berkenaan perkara ini. Pertama hadis Nabi mencium ʿUsman bin Mazʿun. Kedua hadis Abu Bakar mencium Baginda iaitu hadis selepas ini.
Isnad Dhaif - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij al-Musnad li Syu'aib
Halaman 99, Hadith 1623
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
100
وَعَنْهَا قَالَتْ: إِنَّ أَبَا بَكْرٍ قَبَّلَ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَهُوَ مَيِّتٌ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ
ʿAisyah , meriwayatkan bahawa sesungguhnya Sayyidina Abu Bakar mengucup Nabi yang ketika itu telah wafat. (Tirmizi, Ibnu Majah)
Tempat yang dicium Abu Bakar ialah dahi Rasulullah dan beliau berkata, طبت حيا وميتا Maksudnya, “Engkau sentiasa wangi sama ada ketika mati atau hidup.”
Isnad Sahih by Syuib al-Arna'ut in Takhrij Musnad
Halaman 100, Hadith 1624
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
101
وَعَنْ حُصَيْنِ بْنِ وَحْوَحٍ: «أَنَّ طَلْحَةَ بْنَ الْبَرَاءِ مَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَعُودُهُ فَقَالَ: إِنِّي لَا أَرَى طَلْحَةَ إِلَّا قَدْ حَدَثَ بِهِ الْمَوْتُ فَآذِنُونِي بِهِ وَعَجِّلُوا، فَإِنَّهُ لَا يَنْبَغِي لِجِيفَةِ مُسْلِمٍ أَنْ تُحْبَسَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ أَهْلِهِ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Husain bin Wahwah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Talhah bin Baraʾ jatuh sakit. Nabi datang menziarahi beliau lalu Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku melihat tanda-tanda bahawa Talhah akan meninggal dunia. Apabila dia meninggal dunia maka khabarkanlah kepadaku dan bersegeralah (dalam menguruskan jenazahnya) kerana tidak patut jenazah seorang Islam itu dibiarkan lama di hadapan keluarganya.” (Abu Daud)
Hadis ini mengajar kita agar kita bersegera dalam menguruskan jenazah. Ini adalah kerana dikhuatiri jika dilambat-lambatkan maka jasadnya akan berubah lalu orang ramai mula melayannya secara tidak baik. Perkara ini tidak harus kerana padanya ada penghinaan kepada si mati sedangkan seorang Islam mulia di sisi Allah. Oleh sebab itulah pengurusan jenazah perlu disegerakan.
Isnad Dhaif - Syu'aib Al-Arna'ut in Takhrij Sunan Abi Daud
Halaman 101, Hadith 1625
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
102
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ لِلْأَحْيَاءِ قَالَ: أَجْوَدُ وَأَجْوَدُ». رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Abdullah bin Jaʿfar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Talkinlah kepada orang yang ingin meninggal dunia dalam kalangan kamu kalimah berikut, لا اله الا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين Maksudnya, “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah Pemilik ʿarasy yang agung, segala pujian adalah milik Allah Pemilik sekalian alam.” Para sahabat . bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pula sekiranya dibacakan kepada yang masih hidup?” Jawab Baginda, “Lebih baik, lebih baik.” (Ibnu Majah)
Abdullah bin Jaʿfar merupakan bayi pertama yang dilahirkan dalam kalangan sahabah di bumi Habsyah. Beliau merupakan seorang sahabah yang sangat dermawan sehingga dikatakan bahawa tidak ada di dalam Islam orang yang lebih dermawan dari beliau.   Ibn Asākir menyebutkan bahawa Budaih meriwayatkan daripada Abdullah bin Jaʿfar - bahawa Ali bin Abi Tālib berkata kepadanya, “Wahai anak saudaraku. Aku ajarkan kamu beberapa kalimah yang aku dengar daripada Rasulullah. Barangsiapa yang mengucapnya ketika dia mati maka dia akan masuk syurga. Kalimah-kalimah itu ialah, لا اله الا الله الحليم الكريم - tiga kali الحمد لله رب العالمين - tiga kali تبارك الذي بيده الملك، يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير
Dhaif - Albani in Dhaif al-Jami'
Halaman 102, Hadith 1626
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
103
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «الْمَيِّتُ تَحْضُرُهُ الْمَلَائِكَةُ فَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ صَالِحًا قَالُوا: اخْرُجِي حَمِيدَةً أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ كَانَتْ فِي الْجَسَدِ الطَّيِّبِ، اخْرُجِي وَأَبْشِرِي بِرَوْحٍ وَرَيْحَانٍ وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ، فَلَا تَزَالُ يُقَالُ لَهَا: ذَلِكَ حَتَّى تَخْرُجَ ثُمَّ يُعْرَجَ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ فَيُفْتَحَ لَهَا فَيُقَالُ: مَنْ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: فُلَانٌ. فَيُقَالُ: مَرْحَبًا بِالنَّفْسِ الطَّيِّبَةِ فِي الْجَسَدِ الطَّيِّبِ، ادْخُلِي حَمِيدَةً، وَأَبْشِرِي بِرَوْحٍ وَرَيْحَانٍ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ، فَلَا تَزَالُ يُقَالُ لَهَا ذَلِكَ حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي فِيهَا اللَّهُ، فَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ السُّوءُ قَالَ: اخْرُجِي أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْخَبِيثَةُ كَانَتْ فِي الْجَسَدِ الْخَبِيثِ، اخْرُجِي ذَمِيمَةً، وَأَبْشِرِي بِحَمِيمٍ وَغَسَّاقٍ، وَآخَرَ مِنْ شَكْلِهِ أَزْوَاجٌ، فَمَا تَزَالُ يُقَالُ لَهَا ذَلِكَ حَتَّى تَخْرُجَ، ثُمَّ يُعْرَجُ إِلَى السَّمَاءِ فَيُفْتَحُ لَهَا فَيُقَالُ: مَنْ هَذَا؟ فَيُقَالُ: فُلَانٌ. فَيُقَالُ: لَا مَرْحَبًا بِالنَّفْسِ الْخَبِيثَةِ كَانَتْ فِي الْجَسَدِ الْخَبِيثِ، ارْجِعِي ذَمِيمَةً فَإِنَّهَا لَا تُفْتَحُ لَكِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ; فَتُرْسَلُ مِنَ السَّمَاءِ ثُمَّ تَصِيرُ إِلَى الْقَبْرِ» . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Malaikat akan datang kepada mereka yang hampir meninggal dunia. Sekiranya mayat itu ialah mayat seorang yang soleh maka malaikat akan berkata, “Keluarlah dalam keadaan terpuji wahai roh yang baik daripada jasad yang baik. Keluarlah dan bergembiralah dengan kerehatan dan rezeki yang melimpah ruah dan bergembiralah dengan pertemuan dengan Tuhan yang tiada murka.” Berterusanlah perkataan itu diungkapkan untuknya sehinggalah rohnya keluar kemudian diangkat rohnya ke langit lalu dibuka pintu langit untuknya. Ditanya, “Siapakah orang ini?” Jawab para malaikat, “Si polan.” Maka akan dikatakan, “Selamat datang wahai roh yang baik daripada jasad yang baik, masuklah dalam keadaan terpuji dan bergembiralah dengan kerehatan dan rezeki yang melimpah ruah sedangkan Tuhan tiada murka.” Berterusanlah diungkapkan perkataan itu sehinggalah sampai ke langit yang terdapat Allah di sana. Jika mayat itu ialah mayat seorang yang jahat maka malaikat akan berkata, “Keluarlah wahai roh yang jahat daripada jasad yang jahat, keluarlah dalam keadaan tercela dan bergembiralah dengan air yang bersangatan panas dan azab yang sangat pedih dan pelbagai jenis azab lagi!” Berterusan diungkapkan perkataan itu sehinggalah rohnya keluar kemudian diangkat ke langit lalu dibuka pintu langit untuknya dan ditanya, “Siapakah dia?” Akan dijawab, “Si polan.” Maka akan dikatakan, “Tidak dialu-alukan kedatangan roh yang jahat daripada jasad yang jahat! Pulanglah kamu dalam keadaan tercela kerana sesungguhnya tidak akan dibuka pintu langit untukmu!” Maka dia diturunkan daripada langit dan dia kembali ke kuburnya. (Ibnu Majah)
(تحضره الملائكة) Malaikat yang datang ialah malaikat rahmat sekiranya mayat itu mayat yang soleh dan malaikat azab sekiranya mayat itu mayat yang jahat.   (فاذا كان الرجل صالحا) Maksud soleh ialah seorang mukmin atau seorang yang menunaikan hak Allah dan hak manusia. Makna pertama dikuatkan dengan hadis selepas ini. Di dalam hadis itu disebutkan ‘ روح المؤمن ’.   (السماء التي فيها الله ) Maksudnya ialah langit yang ada rahmat Allah, atau tempat zahirnya perintah dan hukuman-Nya.   (ثم يعرج بها الى السماء ) Sahibul Mirʿāt berkata di dalam kebanyakan nuskhah Misykat ialah ‘ ثم يعرج الى السماء ’ tanpa ‘ بها ’. Dalam sebahagian nukshah pula ‘ ثم يعرج بها الى السماء ’, dan ia sama seperti yang terdapat di dalam musnad Ahmad dan sunan Ibn Mājah.   (فيفتح لها) Maksud ibarah ini ialah diminta buka, kerana tidak akan dibuka pintu bagi roh yang jahat. Allah berfirman, ان ٱلذين كذبوا ب‍ٔايتنا وٱستكبروا عنها لا تفتح لهم ابوب ٱلسماء ولا يدخلون ٱلجنة حتى يلج ٱلجمل في سم ٱلخياط وكذلك نجزي ٱلمجرمين ٤٠ Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.” (al-Aʿrāf: 40)   (تصير الى القبر) Roh yang tidak baik akan berada pada kedudukan yang serendah-rendahnya. Manakala roh yang baik pula akan bersiar-siar di dalam syurga, menikmati nikmat. Hendaklah diketahui bahawa alam barzakh ialah sesuatu yang berlawanan dengan adat dan hukum alam dunia. Oleh itu ia bukanlah satu perkara yang pelik bagi seorang yang benar-benar kuat imannya.
Isnad Sahih - Al-Busiri in Misbah al-Zujaja
Halaman 103, Hadith 1627
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
104
وَعَنْهُ: " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: «إِذَا خَرَجَتْ رُوحُ الْمُؤْمِنِ تَلَقَّاهَا مَلَكَانِ يُصْعِدَانِهَا. قَالَ حَمَّادٌ: فَذَكَر مِنْ طِيبِ رِيحِهَا وَذَكَرَ الْمِسْكَ. قَالَ: وَيَقُولُ أَهْلُ السَّمَاءِ: رُوحٌ طَيِّبَةٌ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ الْأَرْضِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْكِ، وَعَلَى جَسَدٍ كُنْتِ تُعَمِّرِينَهُ ; فَيُنْطَلَقُ بِهِ إِلَى رَبِّهِ ثُمَّ يَقُولُ: انْطَلِقُوا بِهِ إِلَى آخِرِ الْأَجَلِ.قَالَ: وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا خَرَجَتْ رُوحُهُ قَالَ حَمَّادٌ: وَذَكَرَ مِنْ نَتْنِهَا، وَذَكَرَ لَعْنًا، وَيَقُولُ أَهْلُ السَّمَاءِ: رُوحٌ خَبِيثَةٌ جَاءَتْ مِنْ قِبَلِ الْأَرْضِ، فَيُقَالُ: انْطَلِقُوا بِهِ إِلَى آخِرِ الْأَجَلِ. قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: فَرَدَّ رَسُولُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - رَيْطَةً كَانَتْ عَلَى أَنْفِهِ هَكَذَا». رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Apabila roh orang mukmin keluar maka dua malaikat akan bertemunya membawanya naik.” Hadrat Hammad berkata lalu dia menyebutkan mengenai baunya yang wangi dan menyebut kasturi. Sabda Baginda lagi, “Penduduk langit akan berkata roh yang baik datang dari bumi semoga Allah mengampunimu dan jasad yang dahulu kamu menetap di dalamnya. Lalu dibawa berjumpa Tuhannya. Firman Allah, “Bawalah dia pergi sehingga akhir tempohnya (di alam barzakh).” Sabda Rasulullah lagi, “Apabila roh orang kafir keluar daripada jasadnya,” Hammad berkata lalu dia menyebut mengenai busuknya dan menyebut mengenai kelaknatannya, “Dan penduduk langit berkata, “Roh yang jahat datang dari bumi.” Lalu akan dikatakan, “Bawalah dia pergi sehingga akhir ajalnya (di alam barzakh).” Abu Hurairah berkata, “Lalu Baginda menutup hidung Baginda dengan menggunakan kain seperti ini.” (Ia merupakan isyarat kepada busuknya roh yang jahat.) (Muslim)
(ريطة) Dibaca dengan fathah rāʾ, maksudnya ialah kain yang nipis, atau kain cadar yang tidak berjahit tepinya.   (قال حماد) Siapakah Hammād? Hammād di sini ialah Hammād bin Zaid perawi hadis daripada Budail, daripada Abdullah bin Syaqiq daripada Abu Hurairah.  [1] Fa'il ‘ قال ’ di sini ialah perawi daripada Hammād iaitu Ubaidullah bin Umar al-Qawārīri, guru Imam Muslim.   [1]  راجع صحيح مسلم رقم 2872
Sahih Muslim
Halaman 104, Hadith 1628
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
105
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " «إِذَا حُضِرَ الْمُؤْمِنُ أَتَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ بِحَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ فَيَقُولُونَ: اخْرُجِي رَاضِيَةً مَرْضِيًّا عَنْكِ إِلَى رَوْحِ اللَّهِ وَرَيْحَانٍ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ، فَتَخْرُجُ كَأَطْيَبِ رِيحِ الْمِسْكِ حَتَّى إِنَّهُ لَيُنَاوِلُهُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا حَتَّى يَأْتُوا بِهِ أَبْوَابَ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا أَطْيَبَ هَذِهِ الرِّيحَ الَّتِي جَاءَتْكُمْ مِنَ الْأَرْضِ! فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ.  فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدُمُ عَلَيْهِ فَيَسْأَلُونَهُ مَاذَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَاذَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ فَيَقُولُونَ: دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا. فَيَقُولُ: قَدْ مَاتَ أَمَا أَتَاكُمْ؟ فَيَقُولُونَ: قَدْ ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ، وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا احْتُضِرَ أَتَتْهُ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ بِمِسْحٍ فَيَقُولُونَ: اخْرُجِي سَاخِطَةً مَسْخُوطٌ عَلَيْكِ إِلَى عَذَابِ اللَّهِ - عَزَّ وَجَلَّ - فَتَخْرُجُ كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ إِلَى بَابِ الْأَرْضِ فَيَقُولُونَ: مَا أَنْتَنَ هَذِهِ الرِّيحَ؟ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْكُفَّارِ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda, “Apabila seorang mukmin hampir meninggal dunia maka malaikat rahmat akan datang membawa kain sutera putih seraya berkata, “Keluarlah kamu dalam keadaan reda dan diredai daripada jasadmu kepada rahmat Allah dan rezeki yang melimpah ruah dan pergilah kepada tuhan yang tiada murka.” Lalu dia akan keluar dengan bau sebaik-baik bau kasturi sehinggalah akan menyambutnya oleh malaikat demi malaikat sehinggalah mereka membawanya ke pintu-pintu langit. Malaikat langit akan berkata dalam keadaan terpegun, “Betapa wanginya bau yang datang kepada kamu daripada bumi!” Lalu malaikat-malaikat membawa roh mukmin itu ke tempat kediaman roh-roh mukmin. Roh-roh mukmin itu akan sangat gembira lebih daripada kegembiraan kamu apabila kepulangan seorang saudara yang telah lama menghilang. Lalu roh-roh mukmin akan bertanya, “Apakah yang telah dilakukan oleh si polan?” Lalu roh mukmin yang lain akan menjawab, “Biarkan dia kerana masih lagi berada di dalam keresahan dunia. (Sehingga sekarang dia masih belum bebas daripadanya).” Roh yang baru datang akan bertanya, “Dia telah meninggal dunia. Adakah dia tidak datang kepada kamu semua?” Jawab roh-roh mukmin, “Jika dia telah mati dan dia tidak ditempatkan bersama kita pasti dia telah dihumban ke tempat kembalinya iaitu neraka Hawiyah.” Dan sesungguhnya apabila orang kafir hampir meninggal dunia malaikat azab akan datang kepadanya dengan sehelai kain yang kasar seraya berkata, “Keluarlah kamu dalam keadaan tidak suka dan dibenci terhadap kau dan pergilah ke azab Allah.” Lalu rohnya pun keluar dengan bau bangkai yang terbusuk sehinggalah dia dibawa ke pintu bumi lalu dikatakan, “Betapa busuknya bau ini.” Malaikat membawanya dan menempatkannya di kalangan roh-roh kafir. (Ahmad, Nasaʾi)
Tidak diragukan lagi bahawa dunia adalah tempat yang sementara, dan pada saat kematian, orang yang beriman menerima kabar gembira dari Allah tentang syurga, sementara orang kafir mendapati azab yang Allah ancamkan. Dalam hadis ini menceritakan bahawa apabila ajalnya semakin dekat dan malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawanya sudah hadir, إنَّ المؤمِنَ إذا احتُضِرَ" "malaikat-malaikat rahmat mendatanginya dengan pakaian sutera putih," merujuk kepada pakaian sutera yang lembut, putih seperti kain kafan, untuk menggulung rohnya dan mengangkatnya ke langit. Mereka berkata, "Keluarlah" dari tubuhmu yang suci, dan kembalilah kepada Tuhanmu dengan kerelaan hati dan Allah juga meredhai engkau, dengan rahmat-Nya bagimu, dan kejayaan yang baik, serta Dia meredhaimu atas ketaatanmu dan perbuatan baikmu. "إلى رَوْحٍ "Menuju roh," bermaksud keluarlah menuju ketenangan dan rahmat, rezeki atau bau harum yang segar,   ورَبٍّ غَيرِ غَضبانَ "dan Tuhan yang tidak marah," bermaksud berjumpa dengan Tuhanmu, dan Dia meredai engkau; Dia akan memberimu kenikmatan kekal dan rezeki yang baik, roh seorang mukmin keluar dengan bau kasturi yang harum,  para malaikat akan mengambilnya dari tangan ke tangan, menciumnya, dan menikmati baunya yang harum, sebagai penghormatan, pengagungan, berkah, dan kehormatan. حتى إنَّهم لِيناوِلُه بعضُهم بعضًا يَشَمُّونه "Hingga mereka membawanya ke pintu langit, lalu berkata," maksudnya sebahagian malaikat langit tercengang dengan kemuliaan baunya, "bau harum seperti apa yang datang dari bumi ini?" iaitu malaikat langit kagum dengan keindahan dan keharuman bau ini yang berasal dari diri seorang mukmin. Malaikat terus memberikan pujian keatas bau seorang mukmin. Para malaikat membawanya ke tempat para roh orang mukmin yang berada di 'Illiyyin,  roh-roh mukmin sangat bahagia dengan kedatangan roh ini, lebih bahagia daripada salah seorang di antara kita yang senang ketika orang yang dicintainya yang sudah lama pergi kembali. Beberapa roh mukmin bertanya kepada roh ini tentang beberapa orang yang mereka kenal.  Ada yang berkata kepada yang lain, "Biarkanlah dia sampai dia istirahat," kerana dia telah merasakan kelelahan dunia. Ketika roh ini menjawab pertanyaan mereka, "Apa yang telah sampai kepadamu?". Orang yang kalian tanyakan telah meninggal. Roh-roh orang mukmin berkata ketika seorang mukmin mati dan belum bergabung dengan mereka, dia telah dihantarkan ke neraka.   وان الكافر اذا احتضر اتته ملائكة العذاب بمسح فيقولون: اخرجي ساخطة مسخوط عليك الى عذاب الله - عز وجل   "Dan sesungguhnya apabila orang kafir hampir meninggal dunia malaikat azab akan datang kepadanya dengan sehelai kain yang kasar seraya berkata, “Keluarlah kamu dalam keadaan tidak suka dan dibenci terhadap kau dan pergilah ke azab Allah.”  Para malaikat membawanya ke tempat para roh orang kafir yang berada dalam penjara di bawah bumi. Setiap kali mereka berada di atas suatu bumi, mereka berkata seperti itu," ertinya malaikat-malaikat yang melewati roh-roh orang kafir berkata demikian kerana bau busuk yang sangat buruk. "Hingga mereka membawanya ke ruh-ruh orang kafir," iaitu hingga para malaikat membawanya ke tempat para roh orang kafir dalam penjara seperti yang Allah berfirman, {Sekali-kali tidak (demikian), sesungguhnya catatan orang-orang fasik itu benar-benar di dalam Sijjin.}[Al-Mutaffifin: 7]. Ada pendapat bahawa "catatan orang-orang fasik" adalah buku yang berisi perbuatan-perbuatan syaitan dan orang kafir, dan ada pendapat lain bahawa ini adalah tempat di bahagian bawah bumi yang ketujuh, dan tempat ini adalah tempat Iblis dan pasukannya. Dalam hadis merupakan peringatan tentang keutamaan iman dan akibat buruk kekufuran dalam kubur dan setelah kematian
Sahih - Al-Wadi'i in Sahih al-Musnad
Halaman 105, Hadith 1629
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
106
وَعَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: «خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ، وَلَمَّا يُلْحَدْ فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ كَأَنَّ عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرَ وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فِي الْأَرْضِ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا،         ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنَ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنَ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنَ السَّمَاءِ، بِيضُ الْوُجُوهِ، كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الشَّمْسُ، مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ، وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ، حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ - عَلَيْهِ السَّلَامُ - حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ: أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنَ اللَّهِ.         قَالَ: فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنَ السِّقَاءِ، فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا +-فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ، وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ، وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ، قَالَ: فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ يَعْنِي بِهَا عَلَى مَلَأٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا: مَا هَذَا الرُّوحُ الطَّيِّبُ؟ يَقُولُونَ: فُلَانُ ابْنُ فُلَانٍ بِأَحْسَنِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانُوا يُسَمُّونَهُ بِهَا فِي الدُّنْيَا، حَتَّى يَنْتَهُوا بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، فَيَسْتَفْتِحُونَ لَهُ فَيُفْتَحُ لَهُمْ فَيُشَيِّعُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا، حَتَّى يُنْتَهَى بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ اللَّهُ - عَزَّ وَجَلَّ -: اكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ، وَأَعِيدُوهُ إِلَى الْأَرْضِ ; فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ، وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ، وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى.          قَالَ: فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ. يَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ. فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ يَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -. فَيَقُولَانِ لَهُ: وَمَا عِلْمُكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ، فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ قَالَ: فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا فَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ.          قَالَ: وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ، حَسَنُ الثِّيَابِ طَيِّبُ الرِّيحِ. فَيَقُولُ: أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُرُّكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ فَيَقُولُ لَهُ مَنْ أَنْتَ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ وَيَجِيءُ بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ. فَيَقُولُ: رَبِّ، أَقِمِ السَّاعَةَ، رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي. قَالَ: وَإِنَّ الْعَبْدَ الْكَافِرَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنَ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنَ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مِنَ السَّمَاءِ مَلَائِكَةٌ سُودُ الْوُجُوهِ، مَعَهُمُ الْمُسُوحُ فَيَجْلِسُونَ مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ: أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْخَبِيثَةُ اخْرُجِي إِلَى سَخَطٍ مِنَ اللَّهِ.          قَالَ: فَتُفَرَّقُ فِي جَسَدِهِ فَيَنْتَزِعُهَا كَمَا يُنْزَعُ السَّفُّودُ مِنَ الصُّوفِ الْمَبْلُولِ، فَيَأْخُذُهَا وَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدْعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَجْعَلُوهَا فِي تِلْكَ الْمُسُوحِ، وَتَخْرُجَ مِنْهَا كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ، فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ بِهَا عَلَى مَلَأٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا: مَا هَذَا الرُّوحُ الْخَبِيثُ؟ يَقُولُونَ: فُلَانُ ابْنُ فُلَانٍ بِأَقْبَحِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَا، حَتَّى يُنْتَهَى بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُسْتَفْتَحُ لَهُ، فَلَا يُفْتَحُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ}         فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: اكْتُبُوا كِتَابَهُ فِي سِجِّينٍ، فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى، فَتُطْرَحُ رُوحُهُ طَرْحًا، ثُمَّ قَرَأَ: {وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ} [الحج: 31] فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ، وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ يَقُولُ: هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي. فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي. فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي. فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ كَذَبَ فَأَفْرِشُوهُ مِنَ النَّارِ وَافْتَتِحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ فَيَأْتِيهِ حَرُّهَا وَسَمُومُهَا، وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلَاعُهُ، وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ قَبِيحُ الْوَجْهِ، قَبِيحُ الثِّيَابِ، مُنْتِنُ الرِّيحِ، فَيَقُولُ: أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُوءُكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ. فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتَ، فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيءُ بِالشَّرِّ؟ فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيثُ، فَيَقُولُ: رَبِّ لَا تُقِمِ السَّاعَةَ».  وَفِي رِوَايَةٍ نَحْوُهُ، وَزَادَ: «إِذَا خَرَجَ رُوحُهُ صَلَّى عَلَيْهِ كُلُّ مَلَكٍ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، وَكُلُّ مَلَكٍ فِي السَّمَاءِ، وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ لَيْسَ مِنْ أَهْلِ بَابٍ إِلَّا وَهُمْ يَدْعُونَ اللَّهَ أَنْ يُعْرَجَ بِرُوحِهِ مِنْ قِبَلِهِمْ، وَتُنْزَعُ نَفْسُهُ يَعْنِي الْكَافِرَ مَعَ الْعُرُوقِ فَيَلْعَنُهُ كُلُّ مَلَكٍ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ، وَكُلُّ مَلَكٍ فِي السَّمَاءِ، وَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ لَيْسَ مِنْ أَهْلِ بَابٍ إِلَّا وَهُمْ يَدْعُونَ اللَّهَ أَنْ لَا يُعْرِجَ رُوحَهُ مِنْ قِبَلِهِمْ» . رَوَاهُ أَحْمَدُ
Barāʾ bin ʿAzib meriwayatkan bahawa, “Kami keluar bersama Rasulullah untuk mengkebumikan mayat seorang sahabat Ansar sehingga kami sampai di kubur. Tatkala beliau dikebumikan Baginda duduk lalu kami pun duduk mengelilingi Rasulullah seolah-olah di atas kepala kami ada burung. Pada tangan Baginda ada sebatang tongkat yang Baginda menggunakannya untuk mencucuk bumi. Lalu Baginda mengangkat kepala Baginda seraya bersabda, “Kalian mintalah perlindungan dengan Allah daripada azab kubur.” Baginda mengulanginya sebanyak dua kali atau tiga kali. Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika ingin berpisah daripada dunia dan pergi ke akhirat maka para malaikat akan turun daripada langit. Wajah mereka putih bersinar seakan-akan wajah mereka ialah matahari. Bersama mereka ada kain-kain kafan daripada kafan syurga dan wangi-wangian daripada wangian syurga. Mereka akan duduk hampir dengannya dengan penuh adab dan menunggu rohnya keluar. Kemudian malaikat maut akan datang dan duduk di sisi kepalanya lalu berkata, “Wahai roh yang baik, keluarlah kamu dan pergilah kepada pengampunan Allah.” Sabda Baginda lagi, “Rohnya akan (keluar dengan lancar) mengalir seperti mengalirnya air daripada bekas air. Lalu para malaikat menyambut rohnya dan mereka tidak melepaskannya daripada tangan mereka sekelip mata pun. Mereka pun mengkafankannya dan memakaikannya wangian. Dia akan keluar daripada jasadnya dengan bau yang lebih harum daripada haruman kasturi yang terdapat di atas muka bumi. Sabda Baginda lagi, “Malaikat-malaikat itu membawanya naik dan setiap kali malaikat-malaikat itu melalui penghuni-penghuni langit maka penghuni langit akan berkata, “Siapakah roh baik ini?” Maka malaikat rahmat menjawab, “Polan bin polan.” Malaikat menyebut namanya yang terbaik di antara nama-namanya yang kalian memanggilnya ketika di dunia dulu. Malaikat-malaikat membawanya sehingga sampai ke langit dunia. Lalu malaikat-malaikat itu meminta supaya dibuka pintu langit untuknya maka pintu langit dibuka untuk mereka. Penghuni-penghuni setiap langit akan menyambut kedatangannya dan datang menghampirinya sehingga sampai ke tingkatan langit seterusnya. Sehinggalah mereka sampai ke langit yang ketujuh. Allah berfirman, “Tulislah buku amalan hambaku ini bersama dengan  Illiyin. ” Firman Allah lagi, “Kalian kembalikanlah dia ke bumi kerana sesungguhnya Aku telah mencipta mereka daripadanya, kepadanya mereka dikembalikan dan daripadanya mereka akan dibangkitkan sekali lagi.” Rohnya pun dikembalikan semula ke dalam jasadnya lalu datang dua malaikat mendudukkannya. Dua malaikat itu bertanya kepadanya, “Siapakah Tuhanmu?” Dia menjawab, “Tuhanku Allah.” Tanya mereka lagi, “Apakah agamamu?” Dia menjawab, “Islam agamaku.” Mereka bertanya lagi, “Siapakah lelaki yang diutus di kalangan kamu?” Dia menjawab, “Lelaki itu ialah Rasulullah.” Mereka meneruskan pertanyaan, “Daripada mana kamu mengetahui mengenai kerasulannya?” Dia menjawab, “Aku membaca kitab Allah lalu aku beriman dengannya serta membenarkannya.” Lalu akan terdengar seruan daripada langit mengatakan, “Hambaku benar, kalian hamparkanlah kepadanya hamparan daripada syurga, pakaikanlah kepadanya pakaian daripada syurga dan bukakanlah pintu memasuki syurga untuknya.” Sabda Baginda lagi, “Lalu akan datang kepadanya bayu dan wangian daripada syurga dan diluaskan kuburnya sejauh mata memandang.” Sambung Baginda lagi, “Selepas itu akan datang seorang lelaki yang tampan wajahnya, elok pakaiannya dan wangi baunya dan akan berkata kepadanya, “Bergembiralah dengan perkara yang mengembirakan dikau, ini adalah hari dikau yang dahulu dikau telah dijanjikan.” Dia akan bertanya, “Siapakah gerangan kamu yang tampan lagi membawa berita gembira ini?” Lelaki itu menjawab, “Aku ialah amalan solehmu.” Kemudian dia meminta, “Ya Tuhanku, dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat supaya aku dapat pergi kepada keluarga dan hartaku di dalam syurga.” Sabda Baginda, “Sesungguhnya seorang hamba yang kafir apabila ingin berpisah daripada dunia ke akhirat maka akan turun kepadanya malaikat-malaikat yang wajahnya hitam. Bersama mereka ada pakaian kasar. Mereka akan mendudukkannya lalu mereka duduk berhampiran dengannya menunggu rohnya keluar. Kemudian datang malaikat maut duduk berhampiran kepalanya. Malaikat maut berkata, “Keluarlah wahai roh yang jahat dan pergilah kepada kemurkaan Allah.” Lalu terpisahlah roh daripada jasadnya dengan disentap oleh malaikat sebagaimana direntap besi memanggang daging daripada bulu kambing yang basah (yakni meninggalkan kesan). Malaikat maut mengeluarkan rohnya lalu disambut oleh malaikat-malaikat dan mereka tidak biarkan rohnya terlepas daripada tangan malaikat maut sekelip mata pun sehinggalah mereka memasukkan rohnya ke dalam kain yang kasar itu. Akan keluar daripada roh itu bau bangkai yang paling busuk yang ada di atas muka bumi. Lalu mereka membawanya naik ke langit. Setiap kali mereka lalu berhampiran kumpulan malaikat, malaikat-malaikat itu akan bertanya, “Siapakah roh yang jahat ini?” Mereka menjawab ‘polan bin polan’ dengan menyebut seburuk-buruk namanya dahulu di bumi. Dia akan dibawa sehingga sampai ke langit dunia, lalu diminta supaya dibuka pintu langit untuknya. Tidak akan dibuka pintu langit untuknya. Kemudian Baginda membaca ayat, لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ... ٤٠ Maksudnya, “Tidak akan terbuka pintu-pintu langit untuk mereka dan tidak mungkin mereka akan masuk syurga seperti mana tidak mungkin unta masuk ke dalam lubang jarum.” (Al-Aʿraf:40) Allah berfirman, “Tulislah takdirnya untuk menetap di  Sijjin , di neraka yang paling bawah.” Lalu rohnya dicampak dengan kuat. Kemudian Rasulullah membaca ayat, وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ ٱلسَّمَآءِ فَتَخۡطَفُهُ ٱلطَّيۡرُ أَوۡ تَهۡوِي بِهِ ٱلرِّيحُ فِي مَكَانٖ سَحِيقٖ ٣١ Maksudnya, “Sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).” (al-Hajj: 31) Rohnya akan dikembalikan ke dalam jasadnya. Akan datang kepadanya dua malaikat. Mereka akan bertanya kepadanya, “Siapakah Tuhanmu?” Dia menjawab, “Aduh aduh, aku tidak tahu.” Mereka bertanya lagi, “Apakah agamamu?” Dia menjawab, “Aduh aduh, aku tidak tahu.” Mereka terus bertanya, “Siapakah lelaki yang diutus di kalangan kamu?” Dia menjawab, “Aduh aduh, aku tidak tahu.” Kemudian akan kedengaran suara penyeru daripada langit, “Dia dusta!! Hamparkanlah untuknya hamparan daripada neraka, bukalah untuknya pintu daripada neraka!! Lalu akan datang kepadanya kepanasan neraka dan bahangnya. Akan disempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya berselisih. Datang kepadanya lelaki yang wajahnya hodoh, bajunya buruk, baunya busuk lalu berkata, “Bergembirah dengan perkara yang akan menyakiti engkau. Hari ini merupakan hari yang engkau dijanjikan.” Dia bertanya, “Siapakah gerangan engkau yang hodoh lagi membawa berita buruk?” Lelaki itu menjawab, “Akulah amalan buruk engkau.” Selepas itu dia akan berkata, “Ya Tuhanku, janganlah dikau mendirikan kiamat.” Dalam riwayat yang lain ada seumpamanya dan ditambah, “Apabila roh seorang hamba yang beriman keluar maka seluruh malaikat yang berada di antara langit dan bumi, malaikat yang berada di langit akan mendoakan kesejahteraan untuknya. Lalu dibuka pintu-pintu langit untuknya. Seluruh penghuni daripada setiap pintu akan meminta daripada Allah supaya roh ini diangkat bagi pihak mereka (mengharpkan keberkatan roh itu). Manakala roh kafir akan disentap sekali dengan urat-uratnya. Seluruh malaikat yang berada di antara langit dan bumi dan malaikat yang berada di langit akan melaknatnya. Pintu-pintu langit akan dikunci. Seluruh penghuni daripada setiap pintu akan meminta Allah supaya tidak mengangkat roh ini daripada pihak mereka.” (Ahmad)
(فتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنَ السِّقَاءِ ) Rohnya akan keluar seperti air yang mengalir. Ini merupakan perumpamaan yang dibuat oleh Baginda untuk menggambarkan mudahnya roh seorang mukmin itu keluar daripada tubuhnya apabila dia ingin meninggal dunia.   (فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا ) Beginilah keadaan roh orang beriman. Apabila malaikat maut mencabut rohnya maka para malaikat yang lain tidak akan membiarkan roh itu berada pada malaikat maut bahkan mereka akan bersegera mengambilnya dan meletakkannya di dalam kain kafan yang dibawa daripada syurga.   Imam Tibi berkata padanya ada isyarat bahawa apabila malaikat maut mencabut nyawa seseorang maka dia akan menyerahkan roh itu kepada malaikat yang menjadi pembantunya untuk diletakkan di dalam kafan yang dibawa daripada syurga.   (اكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ ) Illiyyin ialah nama tempat yang berada pada langit ketujuh. Pada tempat itu tersimpannya buku-buku amalan orang-orang yang soleh. Oleh itu maksud ‘ كِتَابَ عَبْدِي ’ ialah buku catatan amalan hamba-Ku. Begitulah juga dengan sijjil. Ia bermaksud buku catatan amalan para pendosa dan orang yang tidak beriman.
Sahih - Ibn Qayyim in Tahdhib al-Sunan
Halaman 106, Hadith 1630
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
107
وَعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ كَعْبٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: «لَمَّا حَضَرَتْ كَعْبًا الْوَفَاةُ أَتَتْهُ أُمُّ بِشْرٍ بِنْتُ الْبَرَاءِ بْنِ مَعْرُورٍ فَقَالَتْ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، إِنْ لَقِيتَ فُلَانًا فَاقْرَأْ عَلَيْهِ مِنِّي السَّلَامَ، فَقَالَ: غَفَرَ اللَّهُ لَكِ يَا أُمَّ بِشْرٍ، نَحْنُ أَشْغَلُ مِنْ ذَلِكَ. فَقَالَتْ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَمَا سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فِي طَيْرٍ خُضْرٍ تَعْلُقُ بِشَجَرِ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: بَلَى. قَالَتْ: فَهُوَ ذَاكَ». رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي كِتَابِ الْبَعْثِ وَالنُّشُور
Abdul Rahman bin Kaʿab meriwayatkan daripada bapanya berkata, “Tatkala Kaʿab hampir meninggal dunia maka Ummu Bisyr anak perempuan Baraʾ bin Maʿrur datang kepadanya lalu berkata, “Ya Abu Abdul Rahman, sekiranya kamu bertemu si polan (di alam barzakh) maka sampaikanlah salamku kepadanya,” Beliau menjawab, “Semoga Allah mengampuni engkau ya Ummu Bishr, kami sangat sibuk dan tiada kesempatan untuk lakukan perkara itu. Lalu Ummu Bishr, berkata, “Ya Abu Abdul Rahman, adakah tidak engkau mendengar sabdaan Rasulullah, “Sesungguhnya roh-roh orang mukmin berada di dalam burung yang hijau yang hinggap di pohon di dalam syurga?” Beliau menjawab, “Bahkan aku telah dengar.” Kata Ummu Bisyr ,, “Itulah yang aku maksudkan.” (Ibnu Majah)
Abdul Rahman bin Kaʿab bin Malik ialah seorang tabiʿin yang siqah. Beliau ialah anak kepada Kaʿab bin Mālik, sahabat yang unggul, salah seorang daripada tiga sahabat yang terdapat di dalam ayat, وعلى ٱلثلثة ٱلذين خلفوا ١١٨ Maksudnya, “Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka).” (at-Taubah: 118)   al-Barāʿ bin Maʿrūr ialah seorang sahabi, Ansāri, Khazraji. Beliau antara dua belas naqīb Ansār yang dilantik oleh Rasulullah pada malam Aqabah. Beliau orang pertama yang berbaiat dengan Rasulullah pada malam tersebut.   Apabila Kaʿab telah bersiap untuk bersafar ke kampung akhirat maka Ummu Bisyr telah datang kepadanya dan membuat satu permohonan iaitu menyampaikan salam kepada keluarga beliau yang telah meninggal dunia. Berkemungkinan maksud beliau ialah ayahnya iaitu Barāʾ dan berkemungkinan juga maksud beliau ialah anaknya iaitu Bisyr, dan berkemungkinan juga anak beliau yang bernama Mubassyir.   (غفر الله لك ) Kaʿab berkata semoga Allah maafkan kamu. Beliau berkata demikian kerana beliau mendengar satu percakapan yang beliau rasa tidak sepatutnya diucapkan. Beliau berkata, ‘Kami di sana lebih sibuk dengan urusan masing-masing, tidak dapat kenal sesiapa, bagaimana mungkin ingin sampaikan salam? Di sana setiap orang sibuk dengan amalan masing-masing. Di alam barzakh manusia berada dalam hal masing-masing. Kita tidak mengetahui bagaiamanakah keadaan kita.’   Ummu Bisyr telah menjawab keuzuran ini bahawa Rasulullah bersabda roh orang mukmin di alam barzakh di dalam rahmat dan pertolongan Allah. Bukankah mereka berada di dalam burung hijau?   Sebahagian ulama berkata roh yang dimaksudkan ialah roh para syuhada sahaja. Namun hadis ini menyebut umum, roh orang beriman sama ada syuhada atau tidak. Roh mereka berada di syurga, apabila mereka tidak ditahan kerana hutang yang belum dibayar atau dosa-dosa besar.
Dhaif - Albani in Dhaif Ibn Majah
Halaman 107, Hadith 1631
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
108
وَعَنْهُ عَنْ أَبِيهِ: أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَيْرٌ تَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يُرْجِعَهُ اللَّهُ فِي جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُهُ» . رَوَاهُ مَالِكٌ، وَالنَّسَائِيُّ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي كِتَابِ الْبَعْثِ وَالنُّشُورِ
Abdul Rahman bin Kaʿab meriwayatkan daripada bapanya sesungguhnya bapanya selalu menceritakan bahawa Rasulullah bersabda, “Hanya sanya roh orang mukmin ialah seekor burung yang hinggap di pokok syurga sehinggalah Allah mengembalikannya ke dalam jasadnya pada hari Allah membangkitkannya.” (Malik, Nisaʾi, Baihaqi)
Di sini ada persoalan. Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa roh itu sendiri merupakan burung yang terbang di dalam syurga. Apabila roh orang beriman ditukar kepada bentuk badan binatang seperti burung bukankah itu satu kerendahan?   Jawabnya ialah bukanlah roh itu menjadi seperti jisim burung bahkan maksudnya ialah ia mendapat kekuatan untuk terbang seperti burung. Ini jawapan Imam Suyūti.   Ada pendapat kata maksudnya ialah roh para syuhada sahaja tetapi zahir daripada siyaq (konteks) hadis ini ialah umum.
Sahih - Ibn 'Abd al-Barr in al-Istidhkar
Halaman 108, Hadith 1632
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
109
- وَعَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ يَمُوتُ فَقُلْتُ: اقْرَأْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّلَامَ. رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ
Muhammad bin Munkadir meriwayatkan, “Aku menziarahi Jābir bin Abdullah - ketika beliau hampir meninggal dunia lalu aku berkata, “(Apabila sampai di alam barzakh nanti maka) sampaikanlah salamku kepada Rasulullah.” (Ibnu Majah)
Muhammad bin Munkadir ialah seorang imam yang unggul, hafiz lagi siqah. Bapa beliau Munkadir merupakan keluarga Aisyah. Imam Zahabi menyebut di dalam Siyar bahawa pada suatu ketika Munkadir meminta sesuatu daripada Sayyidatina Aisyah. Aisyah berkata, “Apa-apa harta yang sampai kepadaku nanti aku akan hantarkannya kepada kamu.” Tidak lama selepas itu seorang memberikan kepada Aisyah 10,000 dirham. Aisyah berkata, “Alangkah cepatnya engkau diuji wahai Aisyah!” Aisyah telah menyerahkan kesemua duit itu kepada Munkadir. Munkadir telah menggunakan duit itu untuk membeli seorang hamba wanita. Hamba wanita itulah ibu kepada Muhammad bin Munkadir.   Muhammad bin Munkadir merupakan seorang yang sangat banyak menangis, dan beliau akan menangis apabila membaca hadis Rasulullah. Pernah sekali beliau menangis lalu beliau menyapu wajah dan janggutnya dengan air mata dan berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa api neraka tidak akan membakar kawasan yang terkena air mata.” Pada suatu ketika beliau meletakkan pipi beliau di atas kubur Nabi, lalu pergi. Ada orang yang mencela beliau atas perbuatan tersebut. Beliau menjawab bahawa aku telah ditimpa perkara yang menggelisahkan diriku. Maka aku telah meminta tolong dengan kubur Rasulullah. Beliau meninggal pada tahun 130H. (as-Siyar: 5: 353)
Dhaif - Albani in Dhaif Ibn Majah
Halaman 109, Hadith 1633
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
110
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ: «دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نُغَسِّلُ ابْنَتَهُ فَقَالَ: " اغْسِلْنَهَا ثَلَاثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكِ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ، بِمَاءٍ وَسِدْرٍ، وَاجْعَلْنَ فِي الْآخِرَةِ كَافُورًا أَوْ شَيْئًا مِنْ كَافُورٍ، فَإِذَا فَرَغْتُنَّ فَآذِنَّنِي ". فَلَمَّا فَرَغْنَا آذَنَّاهُ، فَأَلْقَى إِلَيْنَا حَقْوَهُ، فَقَالَ: أَشْعِرْنَهَا إِيَّاهُ» وَفِي رِوَايَةٍ: " «اغْسِلْنَهَا وِتْرًا: ثَلَاثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا، وَابْدَأْنَ بِمَيَامِنِهَا وَمَوَاضِعِ الْوُضُوءِ مِنْهَا " وَقَالَتْ: فَضَفَّرْنَا شَعَرَهَا ثَلَاثَةَ قُرُونٍ، فَأَلْقَيْنَاهَا خَلْفَهَا». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Ummu ʿAtiyyah , meriwayatkan bahawa, “Rasulullah masuk berjumpa kami ketika kami memandikan anak perempuan Baginda lalu bersabda, “Mandikanlahnya sebanyak tiga kali bilasan atau lima kali atau lebih daripada itu sekiranya kalian rasa sesuai, dengan menggunakan air bidara dan akhirilah bilasan dengan kapur atau sedikit daripada kapur. Kemudian apabila telah selesai maka panggillah aku masuk.” Selepas kami selesai kami menjemput Baginda masuk. Baginda memberi kepada kami kain sarungnya seraya berkata, “Pakaikan dia kain sarung ini pada bahagian yang paling dalam (yang melekat dengan kulit).” Dalam riwayat yang lain, “Mandikanlah dia dengan bilasan yang ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh kali. Mulakanlah daripada bahagian kanan anggota-anggotanya dan anggota-anggota wudhuk.” Ummu Atiyyah berkata, “Kemudian kami menjalin rambutnya sebanyak tiga jalinan dan kami melepaskan rambutnya itu ke belakang.” (Bukhari dan Muslim)
Hendaklah diketahui bahawa di dalam masalah memandikan mayat antara hadis utama mengenainya ialah hadis Ummu ʿAtiyyah , di atas. Terdapat dua perbahasan mengenai Ummu ʿAtiyyah. Pertama mengenai nama beliau dan kedua mengenai nama ayah beliau. Ulama menulis bahawa nama beliau ialah ‘ نسيبة ’ dan mereka berbeza pendapat dalam meletakkan dabitnya (baris nama). Sebahagian mendabitkan nama beliau dengan sighah tasghir ‘ نسيبة ’ (Nusaibah) dan sebahagian pula dengan sighah takbir ‘ نسيبة ’ (Nasibah). Dabit yang pertama lebih masyhur daripada dabit kedua. Ayah beliau ialah Kaʿab. Sebahagian menulis bahawa ayah beliau ialah Haris. (Aujaz ul-Masalik: 4: 392)   (ابنته ) Terdapat ikhtilaf dalam menafsirkan siapakah anak Nabi yang dimandikan ini. Sebahagian berkata beliau ialah Zainab dan sebahagian yang lain pula berkata beliau ialah Ummu Kulsum.   (اغسلنها ثلاثا او خمسا او اكثر من ذلك ) Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan bilangan mandi iaitu tiga, lima, tujuh, atau lebih daripada itu ‘ اكثر ’ dan ganjil ‘ وترا ’. Imam Nawawi berkata, “Riwayat-riwayat ini sama maknanya walaupun lafaz-lafaznya berbeza. Maksud yang dikehendaki ialah mandikanlah dia dengan bilangan ganjil iaitu tiga. Jika perlu ditambah untuk bersih maka jadikanlah mandi itu lima kali. Jika perlu lagi maka tujuh kali dan begitulah seterusnya.   Hasilnya ialah yang diperintahkan itu memandikan dengan bilangan yang ganjil. Memandikan sebanyak tiga kali itu sunat. Jika selepas tiga kali itu telah bersih maka tidak perlu ditambah kali keempat. Jika masih tidak bersih maka disunatkan menambahkan lagi sehingga bersih. Dan disunatkan tambahan itu dengan bilangan yang ganjil.   Oleh itu sabdaan Baginda ‘ ان رايتن ذلك ’ bermaksud jika kamu perlu untuk menambah lebih daripada tiga kali. Bukanlah maskudnya kamu boleh sahaja menambah lebih daripada tiga kali jika kamu mahu.” (al-Minhāj: 7: 3)   (بماء وسدر ) Ianya menunjukkan bahawa disunatkan memandikan jenazah dengan air daun bidara. Kata Imam Nawawi ulama sepakat bahawa ianya sunat.   (كافورا او شيئا من كافور ) Ianya menunjukkan bahawa pada bilasan yang terakhir disunatkan dicampurkan air dengan sedikit kapur. Kata Imam Nawawi ianya sunat mengikut mazhab Syafiʿi, Maliki, Hanbali dan jumhur. Mengikut Hanafiyah tidak disunatkan.   Terdapat beberapa hikmah menggunakan kapur ketika memandikan mayat. Antaranya ialah menghilangkan kotoran, menguatkan jasad supaya tidak cepat rosak, dan menghalau serangga hinggap pada jasadnya.   (اشعرنها اياه ) Maknanya ialah jadikanlah kain ini ‘syiar’ beliau. Maksud syiar ialah kain yang berada pada bahagian dalam yang bersentuhan dengan kulit.   (فالقى الينا حقوه ) Hadis ini menunjukkan keharusan bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan asar Nabi. (Iʿlām ul-Anām: 2: 208)   (وابدان بميامنها ومواضع الوضوء منها ) Ianya menunjukkan disunatkan mulakan sebelah kanan, dan juga sunat diwudukkan mayat sebelum dia dimandikan, seperti wuduk ketika mandi janabah.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 110, Hadith 1634
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
111
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: «إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُفِّنَ فِي ثَلَاثَةِ أَثْوَابٍ يَمَانِيَّةٍ بِيضٍ سَحُولِيَّةٍ، مِنْ كُرْسُفٍ، لَيْسَ فِيهَا قَمِيصٌ وَلَا عِمَامَةٌ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
ʿAisyah , meriwayatkan, “Sesungguhya Rasulullah dikafankan dengan tiga helai kain Yaman yang berwarna putih dibuat daripada kapas. Tidak ada padanya qamis dan tidak juga serban.” (Bukhari dan Muslim)
(ليس فيها قميص ولا عمامة ) Ulama berbeza pendapat dalam menerangkan maksud jumlah ini. Imam Nawawi menerangkan bahawa maknanya ialah Nabi tidak dikafankan dengan qamis dan juga serban. Baginda hanya dikafankan dengan tiga izār sahaja. Ini ialah tafsiran Imam Syafiʿi dan jumhur. Imam Malik pula menafsirkan bahawa tiada bersama tiga izār itu qamis dan juga serban. Qamis dan serban itu ada cuma tidak termasuk di dalam tiga izār. Oleh itu jumlah keseluruhan kain kafan Baginda ialah lima helai.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 111, Hadith 1635
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
112
وَعَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَفَّنَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فليُحْسِنْ كَفَنَهُ» . رَوَاهُ مُسلم
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila salah seorang dalam kalangan kamu mengkafankan saudaranya maka hendaklah dia mengelokkan pengkafanannya.” (Muslim)
Makna hadis di atas ialah mengkafankan si mati dengan kain kafan yang paling bersih, putih, lembut, suci dan baik. Tidak semestinya kain kafan itu kain kafan yang mahal sehingga berlakunya israf dan pembaziran. Bahkan kafan yang dipakaikan dengan tujuan takabbur dan angkut ialah haram.
Sahih Muslim
Halaman 112, Hadith 1636
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
113
وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: إِنَّ رَجُلًا كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَقَصَتْهُ نَاقَتُهُ وَهُوَ مُحْرِمٌ فَمَاتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْهِ وَلَا تَمَسُّوهُ بِطِيبٍ وَلَا تُخَمِّرُوا رَأْسَهُ فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْم الْقِيَامَة ملبيا»  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَسَنَذْكُرُ حَدِيثَ خَبَّابٍ: قُتِلَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ فِي بَابِ جَامِعِ الْمَنَاقِبِ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Abdullah bin Abbas - berkata terdapat seorang lelaki yang berada bersama Rasulullah. Apabila lelaki itu berada dalam ihram dia telah terjatuh dari untanya sehingga menyebabkan lehernya patah. Rasulullah bersabda, “Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafankanlah dia bersama dua pakaiannya. Janganlah menyapu wangian padanya. Janganlah menutup kepalanya kerana sesungguhnya dia akan dibangkitkan dalam keadaan bertalibiah pada hari kiamat. (Bukhari dan Muslim) Kami akan menyebutkan hadis Khabbab ‘Musʿab bin Umair dibunuh...’ pada Bab Jami Manaqib insya-Allah.
( وقصت ) makna الوقص ialah mematahkan leher. Mengikut mazhab Syafiʿi orang yang mati dalam keadaan berihram tidak boleh ditutup kepalanya, tidak boleh dipakaikan pakaian yang berjahit dan tidak boleh dipakaikan wangian. (Minhaj ut-Talibin: 151, Busyra al-Karim: 455)   Inilah juga pendapat Imam Ahmad. Adapun mengikut mazhab Hanafi dan Maliki maka seorang yang mati dalam keadaan ihram diurus seperti jenazah yang lain juga.   Imam Ibn Daqiq ‘Id berkata pendapat Hanafiyyah dan Malikiyyah itulah tuntutan qias. Ini adalah kerana apabila muhrim (seseorang yang dalam ihram) itu mati maka taklif telah terhenti daripada dirinya. Namun Imam Syafi’i mengikuti hadis, dan hadis didahulukan daripada qiyas. (al-Mir’at: 5: 348)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 113, Hadith 1637
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
114
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ ; فَإِنَّهَا مَنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَمِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ ; فَإِنَّهُ يُنْبِتُ الشَّعَرَ، وَيَجْلُو الْبَصَرَ» " رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَالتِّرْمِذِيُّ، وَرَوَى ابْنُ مَاجَهْ إِلَى " مَوْتَاكُمْ "
Ibnu ʿAbbas - meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Kalian pakailah pakaian putih kerana pakain yang berwarna putih adalah sebaik-baik pakain kalian dan kalian kafankanlah jenazah-jenazah kalian dengannya. Sebaik-baik celak kalian ialah ismid kerana sesungguhnya ia menumbuhkan bulu dan menjelaskan penglihatan.” (Abu Daud dan Tirmizi) Riwayat Ibnu Majah sehingga ‘kafankanlah jenazah-jenazah kalian dengannya.’
Disunatkan kain kafan itu berwarna putih dan daripada kapas. Kain yang dibasuh lebih afdal daripada kain yang dibeli baru. (Busyra al-Karim: 455)   (فانها من خير ثيابكم ) Hanyasanya kain yang berwarna putih itu ialah kain yang terbaik kerana ia menunjukkan kepada sifat tawaduk, tidak ujub dan kibr. Dan juga kerana ianya lebih bersih dan suci.   (ومن خير اكحالكم الاثمد ) Di sini Nabi memberitahu kelebihan menggunakan celak ismid. Kata Mulla Ali Qari dan paling afdal ialah dipakai sebelum tidur kerana mengikuti sunnah Nabi.
Sahih - Ibn Luqman in al-A'lam bi Fawa'id 'Umdah al-Ahkam
Halaman 114, Hadith 1638
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
115
وَعَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «لَا تَغَالَوْا فِي الْكَفَنِ فَإِنَّهُ يُسْلَبُ سَلْبًا سَرِيعًا» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Ali meriwayatkan Rasulullah bersabda, “Janganlah kalian mencari kain kafan yang mahal kerana sesungguhnya kain kafan sangat cepat menjadi lusuh.” (Abu Daud)
Hadis ini melarang daripada melampaui batas dalam kafan iaitu iaitu dengan menggunakan kain yang sangat mahal. Menggunakan kain kafan yang bersih, berwarna putih, tebal dan bagus. Hukum melampaui batas dalam kafan ialah makruh. (Majmuʾ: 5: 197)   Makna ‘ يسلب ’ ialah menjadi lusuh. (Hasyiah Jurjani: 2: 223)
Dhaif - Albani in Dhaif al-Jami'
Halaman 115, Hadith 1639
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
116
«وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ لَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ دَعَا بِثِيَابٍ جُدُدٍ فَلَبِسَهَا، ثُمَّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " الْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِي ثِيَابِهِ الَّتِي يَمُوتُ فِيهَا» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
Diriwayatkan daripada Abu Saʿid al-Khudri bahawa apabila hampir meninggal dunia, beliau meminta kain yang baru lalu memakainya kemudian meriwayatkan bahawa, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Mayat akan dibangkitkan dalam keadaan memakai pakaian yang dia mati ketika memakai pakaian itu.” (Abu Daud)
Abu Saʿid memahami hadis ini secara zahir. Ulama yang berpendapat pakaian yang dibasuh itu lebih afdal daripada pakaian yang dibeli menerangkan bahawa maksud hadis ini ialah si mati itu akan dibangkitkan mengikut amalan dan keadaannya sama ada baik atau buruk. Dalam sebuah hadis dinyatakan, يبعث كل عبد على ما مات عليه  (مسلم) Terjemahannya, “Seorang hamba itu dibangkitkan mengikut keadaannya.” (Muslim)
Dhaif Jiddan - Al-Mundhiri in Targhib wa al-Tarhib
Halaman 116, Hadith 1640
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
117
وَعَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " «خَيْرُ الْكَفَنِ الْحُلَّةُ، وَخَيْرُ الْأُضْحِيَةِ الْكَبْشُ الْأَقْرَنُ» " رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ  وَرَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ، وَابْنُ مَاجَهْ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ
ʿUbadah bin Somit bahawa Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik kafan ialah sepasang kain (dua helai kain) dan sebaik-baik binatang korban ialah kambing biri-biri yang bertanduk.” (Abu Daud) Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ibn Majah daripada Abu Umamah.
(الحلة ) ialah sejenis kain dari Yaman. Ia juga memberi makna sepersalinan yang terdiri daripada baju dan kain sarung. Kalimah ‘ الحلة ’ tidak akan digunakan kecuali merujuk kepada dua helai kain daripada jenis yang sama.   Maksud hadis ini ialah tidak sepatutnya kafan itu dengan sehelai kain sahaja bahkan kafan yang baik ialah yang terdiri daripada dua helai kain. Jika dikafankan dengan tiga helai maka itu lebih sempurna lagi dan mengikut sunnah. (Mirʿatu al-Mafatih: 5:353)
Dhaif - Albani in Dhaif Abi Dawud, Dhaif - Albani in Dhaif al-Targhib
Halaman 117, Hadith 1641, 1642
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
118
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: «أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلَى أُحُدٍ أَنْ يُنْزَعَ الْحَدِيدُ وَالْجُلُودُ، وَأَنْ يُدْفَنُوا بِدِمَائِهِمْ وَثِيَابِهِمْ» . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ، وَابْنُ مَاجَهْ
Ibnu ʿAbbas - meriwayatkan bahawa Rasulullah memerintahkan supaya ditanggalkan besi dan kulit yang dijadikan sebagai perisai daripada orang yang terkorban dalam peperangan Uhud dan memerintahkan supaya dikebumikan mereka bersama darah-darah mereka dan baju-baju mereka. (Abu Daud dan Ibnu Majah)
ان ينزع الحديد والجلود، "(Bahawa senjata mereka harus dicabut)": Bermaksud senjata dan perisai mereka. "(Dan kulit mereka)": Seperti jubah dan pakaian yang tidak dicemari dengan darah. وان يدفنوا بدمائهم وثيابهم "(Dan mereka harus dikubur dalam darah dan pakaian mereka)": Bermaksud pakaian yang dicemari dengan darah dikuburkan sekali kerana syahid. Al-Mundhiri berkata: "Dan hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan dalam sanadnya terdapat Ali ibn Asim al-Wasiti. Banyak ulama telah membincangkan hadis ini, dan Ata' ibn al-Sa'ib memberikan komentar terhadap hadis ini." Dalam perenggan ini, ia membincangkan akibat Pertempuran Uhud yang menjadikan mereka syahid. ('Aun Ma'bud Syah Sunan abu Dawud, al-Azim al-'Abadi)
Isnad Dhaif - Al-Nawawi in al-Majmu' li Nawawi
Halaman 118, Hadith 1643
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
119
عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ أُتِيَ بِطَعَامٍ وَكَانَ صَائِمًا، فَقَالَ: قُتِلَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ وَهُوَ خَيْرٌ مِنِّي، كُفِّنَ فِي بُرْدَةٍ، إِنْ غُطِّيَ رَأْسُهُ بَدَتْ رِجْلَاهُ، وَإِنْ غُطِّيَ رِجْلَاهُ بَدَا رَأْسُهُ، وَأَرَاهُ قَالَ: وَقُتِلَ حَمْزَةُ وَهُوَ خَيْرٌ مِنِّي، ثُمَّ بُسِطَ لَنَا مِنَ الدُّنْيَا مَا بُسِطَ، أَوْ قَالَ: أُعْطِينَا مِنَ الدُّنْيَا مَا أُعْطِينَا، وَلَقَدْ خَشِينَا أَنْ تَكُونَ حَسَنَاتُنَا عُجِّلَتْ لَنَا، ثُمَّ جَعَلَ يَبْكِي حَتَّى تَرَكَ الطَّعَامَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Saʿad bin Ibrahim meriwayatkan daripada bapanya bahawa dibawa makanan untuk berbuka kepada Abdul Rahman bin ʿAuf sewaktu beliau berpuasa. Beliau berkata, “Musʿab bin ʿUmair disyahidkan sesungguhnya dia lebih baik daripada aku, dia dikafankan dengan sehelai kain yang sekiranya ditutup kapalanya maka kakinya akan terdedah dan sekiranya ditutup kakinya maka kepalanya pula akan terdedah.” Perawi berkata, “Aku menyangka bahawa dia berkata “Hamzah disyahidkan sesungguhnya dia lebih baik daripada aku.” Kemudian dibentangkan kepada kami dunia sebanyak-banyaknya atau beliau berkata diberikan dunia kepada kami sebanyak-banyaknya dan sesungguhnya kami takut kebaikkan kami dibalas dengan segera.” Kemudian mulalah beliau menangis sehingga beliau meninggalkan makanan.” (Bukhari)
Abd Rahman bin Auf salah seorang daripada sepuluh sahabah yang dijamin syurga. Kedudukan mereka lebih tinggi daripada kedudukan sahabah-sahabah yang lain. Oleh itu perkataan Abd Rahman dalam hadis di atas menimbulkan persoalan. Jawapannya ialah, Beliau mengucapkan perkataan tersebut berdasarkan sifat tawaduk dan rendah diri yang terdapat dalam dirinya. Atau kelebihan di atas ialah secara juzʿi bukannya kulli iaitu daripada sudut memilih sifat sabar dan mengutamakan kefakiran.   Wajah mutabaqah antara hadis dan bab ialah pada perkataan Abdul Rahman bin Auf, ‘ ان غطي راسه...الخ ’.
Sahih Bukhari
Halaman 119, Hadith 1644
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
120
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «أَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أُبَيٍّ بَعْدَمَا أُدْخِلَ حُفْرَتَهُ، فَأَمَرَ بِهِ، فَأُخْرِجَ، فَوَضَعَهُ عَلَى رُكْبَتَيْهِ، فَنَفَثَ فِيهِ مِنْ رِيقِهِ، وَأَلْبَسَهُ قَمِيصَهُ، قَالَ: وَكَانَ كَسَا عَبَّاسًا قَمِيصًا» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah datang kepada Abdullah bin Ubai selepas dia dimasukkan ke dalam lubang kuburnya lalu Baginda memerintahkan supaya dikeluarkan mayatnya lalu diletakkan di atas ribaan Baginda lalu Baginda menghamburkan sedikit daripada air liur Baginda kepadanya dan memakaikan jubah Baginda kepadanya seraya bersabda, “Adalah dahulu dia telah memberi jubah kepada ʿAbbas.” (Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadis ini dinyatakan bahawa Nabi memerintahkan dikeluarkan semula jenazah Abdullah bin Ubai. Terdapat beberapa sebab Nabi memakaikan jubah Baginda kepada ketua munafik itu, Kerana selepas peperangan Badar Abdullah Ibn Ubai memberikan bajunya kepada ʿAbbas yang menjadi tawanan ketika itu. Perkara ini dapat dilihat daripada jumlah yang akhir daripada hadis di atas. Nabi memberikan pakaian Baginda kepadanya supaya tidak ada lagi budinya yang masih belum dibalas. Kerana sifat syafaqah dan kasih Nabi kepada umat. Hal ini jelas dilihat daripada perbuatan Rasulullah yang tetap ingin memohon keampunan kepada Abdullah selepas kematiannya, sehinggalah turun ayat yang melarang daripada beristighfar kepada orang munafik. Kerana kedudukan anaknya Abdullah bin Abdullah Ibn Ubai. Mulla Ali Qari menulis bahawa sama ada memang anaknya yang meminta untuk dilakukan demikian atau si munafik itu yang mewasiatkan kepadanya. Untuk menarik pengikut-pengikut Abdullah kepada Islam. Mulla Ali Qari menulis bahawa seramai 1000 orang pengikut Abdullah yang telah memeluk Islam kerana melihat si munafik ini bertabarruk dengan pakaian Rasullah. Kerana memberi isyarat bahawa perkara-perkara yang bersifat hissi (zahir) tidak akan memberi faedah apabila ada bersamanya aqidah yang rosak.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 120, Hadith 1645
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
121
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ، فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا إِلَيْهِ، وَإِنْ تَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ» مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Bersegeralah dalam menghantar jenazah. Sekiranya jenazah tersebut orang yang soleh maka satu kebaikan untuk kalian mengusung jenazah itu. Sekiranya jenazah itu tidak demikian maka satu keburukan yang kalian lepaskan daripada bebanan kalian.” (Bukhari dan Muslim)
Imam Nawawi menukilkan daripada Qadi ʿIyad bahawa terdapat dua tafsiran mengenai kalimah ‘ الاسراع ’ dalam hadis di atas. Pertama ialah bersegera dalam menghantar jenazah. Kedua bersegera dalam menguruskan jenazah apabila telah pasti kematiannya. Tetapi tafsiran yang kedua ditolak kerana pada akhir hadis dinyatakan ‘ فشر تضعونه عن رقابكم ’. (Syarh Muslim: 7: 13)   Terdapat tiga perbahasan mengenai bersegera menghantar jenazah. Hukum Kaifiyat (keadaan bersegera). Hikmah   Perbahasan Pertama Ulama ittifaq bahawa hukum bersegera ketika menghantar jenazah ialah sunat. Begitulah yang disebutkan oleh Ibn Qudamah dan Imam Nawawi. Tetapi Ibn Hazm berpendapat hukumnya ialah wajib. (al-Mughni: 2: 352, al-Majmuʿ: 5: 271, al-Muhalla: 3: 381, al-Mirʿāt: 5: 360)   Perbahasan Kedua Maksud bersegera ialah berjalan lebih laju daripada cara jalan yang biasa dan lebih perlahan daripada berlari. Jika dikhuatiri mayat itu berubah maka boleh dipercepatkan lagi perjalanan. Janganlah pula berjalan terlalu cepat sehingga boleh menyebabkan kemudaratan kepada mayat atau menyusahkan orang yang menghantar jenazah. (al-Majmuʿ: 5: 271, Fath ul-Bari: 3: 210)   Perbahasan Ketiga Terdapat dua hikmah dalam bersegera menghantar jenazah. Pertama seperti yang disebutkan dalam hadis di atas iaitu sekiranya jenazah itu jenazah seorang soleh maka kita bersegera menghantarnya kepada kebaikan dan sekiranya jenazah itu tidak baik maka kita bersegera melepaskan beban daripada diri kita. Hikmah kedua ialah untuk bersalahan dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. (Tarh ut-Tasrib: 3: 292)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 121, Hadith 1646
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
122
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «إِذَا وُضِعَتِ الْجَنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُونِي، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا: يَا وَيْلَهَا أَيْنَ تَذْهَبُونَ بِهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْإِنْسَانَ، وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصُعِقَ» " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Abu Saʿid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila jenazah diletakkan lalu orang ramai menanggung di atas pundak-pundak mereka. Sekiranya dahulu jenazah itu orang yang soleh maka dia akan berkata, “Bawalah aku dengan segera.” Manakala jika jenazah itu dahulu orang yang tidak soleh maka dia akan berkata kepada ahli keluarganya, “Betapa celaka dirinya! Kemanakah mereka ingin membawa dia pergi?” Setiap makhluk selain manusia akan mendengar suaranya dan jika manusia mendengar suaranya pasti manusia akan jatuh tersungkur.” (Bukhari)
Jenazah yang baik akan mendapat nikmat manakala jenazah yang buruk akan mendapat azab. Oleh kerana itulah jenazah yang baik meminta dipercepatkan perjalanannya dan jenazah yang buruk meminta dilambatkan.   (يا ويلها اين تذهبون بها؟) Jenazah itu berkata ‘ ويلها ’ dan maksudnya ialah ‘ ويلي ’. Imam Tibi menyebutkan bahawa jenazah itu tidak menyukai menyandarkan kecelakaan itu kepada dirinya sendiri.   (فان كانت صالحة قالت) Mayat boleh bercakap walaupun rohnya telah keluar daripada jasadnya. Semua makhluk mendengar percakapannya kecuali manusia. Atau maksud berkata-kata itu ialah keadaan mayat itu menunjukkan sedemikian. Keadaan yang pertama dipanggil lisan ul-maqal dan keadaan yang kedua dipanggil lisan ul-hal.
Sahih Bukhari
Halaman 122, Hadith 1647
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
123
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «إِذَا رَأَيْتُمُ الْجَنَازَةَ فَقُومُوا، فَمَنْ تَبِعَهَا فَلَا يَقْعُدْ حَتَّى تُوضَعَ» ". مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Saʿid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kalian melihat jenazah maka berdirilah. Sesiapa yang mengiringi jenazah maka janganlah dia duduk sehingga jenazah itu diletakkan.” (Bukhari dan Muslim)
Hadis ini dan dua hadis selepasnya menyentuh masalah berdiri apabila melihat jenazah. Hadis pertama menyebut perintah Nabi untuk berdiri apabila melihat jenazah. Hadis kedua pula menyebut bahawa Nabi berdiri untuk jenazah seorang Yahudi. Hadis ketiga pula menyatakan bahawa Nabi berdiri kemudian Baginda duduk.   Kata Imam Nawawi di dalam al-Majmūʿ bahawa terdapat hadis sahih yang menyuruh berdiri dalam dua keadaan, Seorang yang ada jenazah lalu berhampiran dengannya. Dia hendaklah berdiri sehinggalah jenazah itu pergi. Seorang yang mengikuti jenazah dan mengirinya. Dia hendaklah berdiri sehinggalah jenazah itu diletakkan.   Kemudian para ulama berbeza pandangan adakah kedua-dua peintah berdiri ini mansukh atau tidak? Imam Syafiʿi dan kebanyakan ashāb (para ulama Syafi’iyyah) berkata ianya mansukh. Oleh itu pada hari ini seorang itu tidak lagi diperintahkan untuk berdiri kerana jenazah sama ada jenazah lalu berhampiran dengannya atau dia mengiringi jenazah. Ada juga sebahagian ashab berkata berdiri itu hukumnya makruh. Imam Abu Saad al-Mutawalli, sahib Tatimmah berkata sunat berdiri bagi seorang yang jenazah lalu berhampiran dengannya. Jika dia mengikuti jenazah itu maka janganlah dia duduk sehinggalah jenazah itu diletakkan. Pendapat yang ketiga inilah ikhiyar Imam Nawawi di dalam al-Majmūʿ.   Kata al-Khatib asy-Syirbīni di dalam al-Muhgni, ويكره القيام للجنازة اذا مرت به ولم يرد الذهاب معها كما صرح به في الروضة وجرى عليه ابن المقري خلافا لما جرى عليه المتولي من الاستحباب Maksudnya, “Makruh berdiri untuk jenazah apabila jenazah lalu berhampiran dengannya dan dia tidak ingin pergi bersama jenazah seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Imam Nawawi di dalam Raudah dan dipegang oleh Ibn Muqri, berbeza dengan apa yang dipegang oleh al-Mutawalli iaitu sunat.”   Adapun hadis yang menyatakan berdiri maka ianya dimansukhkan dengan hadis nombor 5 yang akan datang (hadis Sayyidina Ali).
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 123, Hadith 1648
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
124
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «مَرَّتْ جَنَازَةٌ، فَقَامَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقُمْنَا مَعَهُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّهَا يَهُودِيَّةٌ. فَقَالَ: " إِنَّ الْمَوْتَ فَزَعٌ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ الْجَنَازَةَ فَقُومُوا» " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Jabir meriwayatkan, “Satu jenazah diusung lalu Rasulullah berdiri kerananya dan kami semua berdiri bersama Rasulullah lalu kami bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya itu ialah jenazah seorang wanita yahudi.” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kematian itu satu perkara yang menakutkan. Apabila kalian melihat jenazah maka hendaklah kalian berdiri.” (Bukhari dan Muslim)
Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk sentiasa berwaspada terhadap perintah-perintah Allah yang Maha Agung. Apa yang berlaku di sekelilingnya dalam bentuk tanda-tanda dan peristiwa bukanlah kecuali sebagai pengingat tentang kebesaran dan kuasa Allah.  Dalam hadis ini, Jabir ibn Abdullah,  berkata:  مرت جنازة، فقام لها رسول الله صلى الله عليه وسلم وقمنا معه، فقلنا: يا رسول الله، انها يهودية. فقال: " ان الموت فزع، فاذا رايتم الجنازة فقومو ا   “Satu jenazah diusung lalu Rasulullah berdiri kerananya dan kami semua berdiri bersama Rasulullah lalu kami bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya itu ialah jenazah seorang wanita yahudi.” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kematian itu satu perkara yang menakutkan. Apabila kalian melihat jenazah maka hendaklah kalian berdiri.”    Bermaksud, Nabi, SAW berdiri ketika jenazah itu lalu, tanpa bertanya tentangnya, dan baginda tidak tahu sama ada itu jenazah seorang Muslim atau bukan-Muslim. Istilah 'jenazah' merujuk kepada mayat dalam keranda. Jenazah ini, dan upacara pengebumian ini adalah bagi satu jenazah Yahudi, bukan seorang Muslim. Nabi,  menjelaskan kepada mereka bahawa perkara ini adalah perkara umum dan bukan khusus kepada seseorang atau agama tertentu. Jadi kami berkata, 'Wahai Rasulullah, ini adalah upacara pengebumian seorang Yahudi?' Baginda berkata: 'Kematian adalah sumber ketakutan.' Bermaksud, terdapat ketakutan dalam kematian. 'Jadi, apabila kamu melihat upacara pengebumian, berdirilah.' Bermaksud, berdirilah sebagai penghormatan terhadap perkara kematian dan ketakutan itu sendiri serta kecemasan yang terkandung di dalamnya. Upacara pengebumian berfungsi sebagai peringatan tentang itu, dan berdiri bukanlah untuk menghormati si mati. Terdapat hadis lain yang diriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib, yang menunjukkan penghapusan hukum ini. Dalam hadis ini, Nabi SAW berdiri semasa jenazah lalu kemudian baginda duduk setelah itu. Ini menunjukkan penghapusan hukum berdiri semasa upacara pengebumian, dan bahawa amalan ini adalah pada peringkat awal islamnya sahaja. Kemudian, Nabi SAW duduk selepas itu.
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 124, Hadith 1649
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
125
- وَعَنْ عَلِيٍّ قَالَ: «رَأَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فَقُمْنَا، وَقَعَدَ فَقَعَدْنَا، يَعْنِي فِي الْجَنَازَةِ». رَوَاهُ مُسْلِمٌ، وَفِي رِوَايَةِ مَالِكٍ، وَأَبِي دَاوُدَ: قَامَ فِي الْجَنَازَةِ ثُمَّ قَعَدَ بَعْدُ
Ali meriwayatkan, “Kami melihat Rasulullah berdiri lalu kami berdiri dan (pada kali yang lain) Baginda duduk lalu kami pun duduk iaitu (apabila) jenazah (diusung berhampiran).” (Muslim) Dalam riwayat Imam Malik dan Imam Abu Daud, “Baginda berdiri apabila jenazah diusung berhampiran, kemudian selepas itu Baginda duduk (tidak lagi berdiri).
Hadis inilah yang disebut oleh ulama Syafiʿiyyah sebagai dalil berdiri untuk jenazah itu hukumnya mansukh. Wallāhu aʿlam.
Sahih Muslim
Halaman 125, Hadith 1650
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
126
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " «مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا، وَيُفْرَغَ مِنْ دَفْنِهَا، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mengiringi jenazah seorang Islam dalam keadaan beriman dan mengharapkan ganjaran dan dia berada bersama jenazah itu sehinggalah jenazah itu disolatkan dan dikebumikan maka sesungguhnya dia pulang sambil membawa ganjaran sebanyak dua qirat. Setiap qirat itu seumpama gunung Uhud. Barangsiapa yang solatkan jenazah lalu dia pulang sebelum jenazah dikebumikan maka sesungguhnya dia pulang sambil membawa ganjaran sebanyak satu qirat.” (Bukhari dan Muslim)
(كل قيراط ) Satu qirat menyamai 1/10 dinar di kebanyakan tempat. Di Syam satu qirat sama dengan 1/24 dinar. (an-Nihayah 4:42).   (كل قيراط مثل احد ) Maksud ayat ini ialah menerangkan jumlah pahala yang diperolehi bukannya menerangkan makna qirat. Nabi menggunakan perkataan qirat kerana masyarakat pada zaman tersebut biasa menggunakan qirat. (Mirʿat ul-Mafatih 5:369)
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 126, Hadith 1651
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
127
وَعَنْهُ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى لِلنَّاسِ النَّجَاشِيَّ الْيَوْمَ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ بِهِمْ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ» . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi menyampaikan berita kematian raja Najashi kepada orang ramai pada hari yang beliau mati pada hari tersebut. Baginda membawa orang ramai keluar ke musalla (tempat sembahyang diluar masjid) lalu Baginda membuat saf dan bertakbir sebanyak empak kali takbir (solat jenazah). (Bukhari dan Muslim)
(النجاشي ) Najasyi ialah gelaran raja Habsyah. Namanya ialah ‘ اصحمة ’. Beliau pada awalnya beragama Kristian kemudian memeluk Islam dan beriman dengan kerasulan Baginda tetapi tidak pergi berhijrah kepada Rasulullah. Beliaulah raja yang memberi perlindungan kepada sahabat-sahabat yang berhijrah ke Habsyah. Semasa kematiannya Nabi sangat sedih. Apabila berita kematian itu sampai kepada Baginda, Baginda melakukan solat jenazah ke atasnya.   Hadis ini menyentuh masalah solat jenazah sedangkan jenazah tiada di hadapan musolli. Ia dipanggil solat jenazah ghaib. Padanya ada ikhtilaf, Mengikut mazhab Hanafi dan Maliki tidak boleh ditunaikan solat jenazah ghaib. Mengikut mazhab Syafiʿi dan Hanbali boleh ditunaikan solat jenazah ghaib.   Dalil Pendapat Pertama: Dalam masalah ini terdapat hadis yang menyatakan bahawa Nabi dan para sahabat menyembahyangkan jenazah Najasyi sedangkan jenazah itu tiada di hadapan Baginda dan para sahabat. Pendapat pertama berkata ia merupakan khususiat Nabi. Mereka mentakwil hadis ini dengan dua takwilan. Pertama ialah bumi ini dilipat untuk Nabi dan semuanya kelihatan sama bagi Baginda. Oleh itu tiada dalam peristiwa ini solat kepada jenazah ghaib. Takwilan kedua ialah jenazah Najasyi itu dibawa di hadapan Baginda sehingga Baginda melihatnya. Oleh itu ianya bukanlah solat ghaib. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Sayyidina Imran bin Husain yang disebut oleh Ibn Abdil Barr di dalam at-Tamhid bahawa beliau berkata, وما نحسب الجنازة الا بين يديه Maksudnya, “Kami tidak menganggap jenazah itu melainkan berada di hadapan Baginda". Kalaulah solat jenazah ghaib itu masyrūʿ (disyariatkan) sudah tentulah Nabi akan menyembahyangkan jenazah mana-mana sahabat yang meninggal dunia dan sudah tentulah orang-orang Islam di masyriq dan maghrib akan menyembahyangkan jenazah para khulafa rasyidin. Dan tiada dinukilkan pun bahawa ada sahabat yang melakukannya.   Dalil Pendapat Kedua: Antara dalil pendapat kedua ialah hadis ini. Ianya secara jelas menyatakan bahawa Nabi dan para sahabat menunaikan solat jenazah Najasyi sedangkan jenazah itu tiada di hadapan Baginda dan para sahabat. Takwilan yang disebutkan itu batil dan tidak sabit khususiyat. Adapun takwilan pertama maka ia tidak boleh diterima dalam masalah seperti ini. Kata Imam Nawawi di dalam al-Majmūʿ, لو فتح هذا الباب لما بقي وثوق بشيء من ظواهر الشرع لاحتمال انحراف العادة في تلك القضية Maksudnya, “Kalaulah dibuka pintu ini maka sudah tentulah tiada berbaki lagi kepercayaan kepada mana-mana zahir syarak kerana kemungkinan berubahnya adat pada masalah tersebut.” Jika diterima sekalipun maka ianya hanya berlaku kepada Nabi dan tidak berlaku kepada sahabat. Sedangkan hadis ini menyatakan bahawa bukan Nabi sahaja yang menyembahyangkan jenazah Najasyi bahkan para sahabat turut menyembahyangkannya. [1] Adapun takwilan kedua maka ianya perlu kepada naql (dalil Quran dan hadis). Jika tidak maka ia dakwa semata-mata. Sedangkan tiada naql. Adapun perkataan Sayyidina Imran bin Husain maka ianya warid dengan pelbagai lafaz iaitu, وهم لا يظنون الا ان جنازته بين يديه ونحن لا نرى الا ان الجنازة قدامنا وما نحسب الجنازة الا بين يديه Dan maksud daripada jumlah ini bukanlah seperti yang mereka dakwa bahkan maksudnya ialah apa yang beliau sendiri terangkan di dalam hadis Tirmizi, فصففنا كما يصف على الميت وصلينا عليه كما يصلى على الميت Iaitu para sahabat menyembahyangkan jenazah Najasyi itu sama seperti mereka menyembahyangkan jenazah hadir tanpa sebarang perbezaan. Adapun perkataan ‘kalaulah solat jenazah itu masyrūʿ...’ maka ianya batil. Walaupun tiada nukilan sedemikian tetapi adakah ada nukilan yang melarangnya? Tambahan pula, sekali sahaja perbuatan Rasulullah sudah cukup untuk mengatakan ianya masyrūʿ (disyariatkan).   [1] فاين الخصوصية؟!!
Sahih Bukhari dan Muslim
Halaman 127, Hadith 1652
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
128
وَعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى قَالَ: «كَانَ زَيْدُ بْنُ أَرْقَمَ يُكَبِّرُ عَلَى جَنَائِزِنَا أَرْبَعًا، وَأَنَّهُ كَبَّرَ عَلَى جَنَازَةٍ خَمْسًا فَسَأَلْنَاهُ فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكَبِّرُهَا» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Abdur Rahman bin Abi Laila meriwayatkan, “Adalah Zaid bin Arqam bertakbir dalam solat jenazah sebanyak empat kali. Pada suatu hari beliau bertakbir sebanyak lima kali kepada satu jenazah lalu kami bertanya kepadanya sebab dia berbuat begitu. Beliau menjawab, “Rasulullah  pernah bertakbir sebanyak itu.” (Muslim)
Imam Nawawi berkata, “Hadis ini mansukh di sisi ulama. Ijmaʿ menunjukkan bahawa ianya mansukh. Imam Ibnu Abdil Barr dan selain beliau menukilkan ijmaʿ bahawa pada zaman ini [1] takbir hanya dilakukan sebanyak empat kali sahaja. Ini menujukkan bahawa selepas Sayyidina Zaid bin Arqam para ulama telah ijmaʾ solat jenazah hanya empat takbir sahaja. Pendapat yang lebih sahih ialah ijmaʾ yang berlaku selepas ikhtilaf itu boleh.” (al-Minhāj: 7:26)   [1] Imam Ibnu Abdil Barr lahir pada tahun 368H dan wafat pada tahun 463H. (Tazkirat ul-Huffaz)
Sahih Muslim
Halaman 128, Hadith 1653
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
129
«وَعَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ: صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ. فَقَالَ: لِتَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ» . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
Talhah bin Abdullah bin ʿAuf berkata, “Aku menyembahyangkan jenazah sambil berimamkan Abdullah bin ʿAbbas lalu beliau membaca surah al-Fatihah. Beliau berkata, “(Aku melakukannya) supaya kamu mengetahui ianya sunnah.” (Bukhari)
Mengikut mazhab Syafiʿi surah al-Fatihah wajib dibaca dalam solat jenazah manakala mengikut mazhab Hanafi tidak ada bacaan fatihah dalam solat jenazah bahkan dibaca sana ʿ (pujian) iaitu, سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعالى جدك ولا اله غيرك Hadis ini menolak pendapat mazhab Hanafi.
Sahih Bukhari
Halaman 129, Hadith 1654
https://masabih.org/mishkat/kitab-jenazah
Kitab Jenazah
130
- وَعَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى جَنَازَةٍ، فَحَفِظْتُ مِنْ دُعَائِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ»  وَفِي رِوَايَةٍ: «وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ. قَالَ: حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ» . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
ʿAuf bin Malik berkata, “Rasulullah telah mengimami solat jenazah. Aku telah menghafal doa yang Baginda baca iaitu, اللهم اغفر له، وارحمه، وعافه واعف عنه، واكرم نزله، ووسع مدخله، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس، وابدله دارا خيرا من داره Terjemahan, “Wahai Tuhan kami, ampunilah dia, rahmatilah dia, berilah afiat kepadanya, ampunkanlah dosanya, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salji dan air batu. Bersihkanlah dia daripada dosa-dosa seperti Engkau membersihkan pakaian putih daripada kotoran. Berikanlah kepada sebagai ganti tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggal dia di dunia dahulu.” Dalam riwayat yang lain terdapat tambahan, وقه فتنة القبر وعذاب النار Maksdunya, “Selamatkanlah dia daripada azab kubur dan neraka.” ʿAuf bin Malik berkata, “…sehingga aku berharap bahawa akulah mayat yang didoakan Rasulullah itu.” (Muslim)
Perbandingan ini dibuat dengan pakaian putih kerana kebersihan jelas dan sempurna di dalamnya disebabkan kejernihannya, berbeza dengan warna-warna lain. Gantikan kediamannya dengan yang lebih baik, iaitu tempat kediaman syurga yang mengandungi apa yang jiwa inginkan, menenangkan mata, lebih baik daripada keluarganya, dan keluarga di sini merujuk kepada pembantu dan hamba, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Ini menunjukkan bahawa wanita syurga lebih utama daripada wanita manusia walaupun mereka memasuki syurga. Beberapa sahabat berbeza pendapat, seperti Aisyah RA dengan pandangan yang bertentangan. namun setiap orang mempunyai hujahnya.  Manfaat dari Hadis ini: 1.  Penjelasan mengenai kesahihan berdoa semasa solat jenazah, yang sangat dianjurkan, dan tidak terhad kepada doa wajib tertentu mengikut para ulama. Orang yang melakukan solat jenazah boleh menggunakan apa sahaja doa yang mampu, tetapi lebih baik menggunakan doa-doa yang sahih seperti hadis diatas. 2. Melakukan solat jenazah adalah kewajipan kifayah. 3. Kebiasaan  doa ini dibaca semasa solat jenazah. 4. Galakan  membersihkan diri dengan air salji dan hujan  5. Penggunaan istilah "zauj" (suami) boleh juga kepada isteri, dan terkadang boleh juga menggunakan "zawjah" (isteri).Al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wal Athar, ms 314, Al-Bahr al-Muhit Syarah Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, jil 18, ms 516).
Sahih Muslim
Halaman 130, Hadith 1655